Anda di halaman 1dari 4

Ajar Anak Anda Membaca Bagaimana Menggunakan Kaedah

Fonetik (Bahagian 1)
Bersama Othman Ahamad
Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy

Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca?


Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anakanak yang diberi rangsangan yang sesuai akan
bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun.
Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan
anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah
suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.
Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling
sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah
dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak
manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa
otak membaca dengan memecahkan perkataan yang
dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan
huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca
perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai
untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka,
lambat, mengelirukan dan membebankan memori.
Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa
tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila
mengajar membaca.
1.

JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ei


untuk huruf a, bi untuk huruf b dan
seterusnya kerana anak-anak yang tahu namanama huruf tidak semestinya dapat membaca.
Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c
adalah halangan pertama membaca.

2.

JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada

perkataan-perkataan yang dilihat kerana


mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut
nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.
3.

JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf


sambil mengenalkan nama huruf sekaligus,
contohnya seperti menyebut ei (huruf a)
bunyinya a kerana anak tidak perlu tahu nama
huruf untuk membaca.

4.

JANGAN ajar anak menghafal mana-mana


suku kata atau perkataan apabila mula
mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan
terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang
menyukarkan.

5.

JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada


kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting
kepada kanak-kanak pada peringkat awal.

Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak


membaca mengikut kaedah fonetik? Membaca
mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal
berikut; Memperkenalkan bunyi secara sistematik
1.

anak-anak perlu tahu bunyi huruf iaitu dapat


menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang
diajarkan

2.

anak-anak perlu kenal huruf iaitu bentuk,


rupa dan cara tulis huruf tersebut

3.

anak-anak dapat mengaitkan huruf yang


dilihat dengan bunyi yang berkaitan.

Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam


dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk
pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul
anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan
bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang
ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat
menyebut bunyi aa apabila melihat huruf a
(nama huruf ei) dan bunyi ii apabila melihat huruf
e. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat
huruf ani, dia akan menyebut bunyi aa nn ii
(iaitu bunyi ani) bukannya ei en ai (bunyi enai).
Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan
oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang
terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi aa tersebut
boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan?
Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit
aaaaaaa panasnya! Melalui asosiasi ini anak dapat
mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih
berkesan, cepat dan berkekalan. Ikutilah kursuskursus Bacalah Anakku atau rujuk buku panduan siri
cepat membaca Bacalah Anakku.
Sebaik-baiknya
ibu
bapa
tidak
perlu
memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai
hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila
dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang
telah disusun secara sistematik dalam pemilihan
bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu.
Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat
menguasai bunyi dengan lebih teratur dan
berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina
daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf
vokal a i dan u lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi
a i u diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyibunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak.
Seterusnya
bunyi-bunyi
konsonan
lain
diperkenalkan satu persatu , contohnya b n m
s dan k.
Seterusnya, dengan berpandukan
membaca
Bacalah
Anakku,
ajar

siri cepat
anak-anak

membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang


diajarkan , contohnya b dan a i dan u untuk
membaca ba bi dan bu. Melalui kaedah fonetik,
anak-anak tidak akan mengeja ba menjadi ba ;
tidak juga menghafal suku kata ba; tetapi mereka
membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi
beh (bagi huruf b) dan aa (bagi huruf a).

Anda mungkin juga menyukai