Anda di halaman 1dari 15

BAHAGIAN A

1.0 Isu dalam Artikel


Menurut penerangan yang dikemukakan dalam artikel yang dikajikan, tujuan utama
seluruh kajian adalah mengkaji kesan pembelajaran yang mana berasaskan projek melalui
penulisan yang dilaksanakan dalam bentuk risalah untuk meningkatkan tahap penguasan
murid- murid tahap sederhana di sekolah rendah. dalam kemahiran menulis.
Dalam pada itu, isu utama yang dibincangkan dalam artikel ini adalah tentang corak
pengajaran guru yang tidak berkesan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam
penulisan karangan. Contohnya, kebanyakan guru di sekolah masih mengunakan corak
pengajaran di mana melakukan penerangan tentang isi karangan yang perlu ditulis dan
memberikan idea idea kepada murid- murid dengan menyediakan rangka karangan
yang hanya memerlukan murid- murid untuk menuliskan semula tajuk karangan yang
diajarkan. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa corak pengajaran ini adalah tidak
berkesan untuk mempertingkatkan tahap penguasaan murid- murid dalam kemahiran
menulis terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Isu kedua yang dibincangkan dalam kertas kajian ini adalah kebanyakan guru mata
pelajaran Bahasa Melayu tidak yakin akan kebolehan murid untuk memperolehi isi
karangan dengan cara penerokaan pengetahuan secara sendiri. Kekurangan keyakinan ini
telah menyebabkan kebanyakan guru cenderung untuk menyediakan pelbagai isi
karangan kepada murid- murid di dalam kelas dan tidak memberikan peluang kepada
murid- murid untuk melakukan penerokaan secara berdikari.
Akhirnya, corak pengajaran yang tidak kreatif dan interaktif juga merupakan suatu isu
yang dibincangkan dalam artikel ini. Ini adalah kerana corak pengajaran yang tidak
kreatif akan menjejaskan keberkesanan seluruh proses penulisan murid- murid di dalam
kelas.

2.0 Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan


Secara lazimnya, perancangan dan perlaksanan tindakan telah dibincangkan secara
terperinci dalam artikel ini. Seperti yang diterangkan oleh penulis artikel, empat set
persediaan pengajaran untuk digunakan sebagai rawatan sebelum ujian pasca akan
dilakukan. Dalam pada itu, persediaan mengajar bagi kumpulan ini berbeza setiap kali
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan. Murid murid akan didedahkan dengan
tugasan secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Penulis artikel juga menuliskan
bahawa setiap sesi rawatan murid akan diarahkan menghasilkan sebuah risalah mengikut
nama negara ASEAN yang telah dipilihkan. Pada masa yang sama, pengkaji akan
merujuk kepada guru Bahasa Melayu Tahun 5 dan juga penyelia latihan penyelidikan ini
di mana bertujuan untuk memastikan rancangan pengajaran ini adalah sah dan berkesan.

Ujian Bertulis
Seperti yang diterangkan dalam kertas kajian ini, suatu set ujian bertulis akan
diaplikaskan untuk melakukan ujian terhadap tahap kefahaman murid semasa mencari
maklumat yang disediakan dan mengorganisasikan maklumat tersebut. Secara lazimnya,
soalan ujian pra dan pasca akan dilakukan secara setara supaya mengelakkan ancaman
pada kesahan dalaman dan sampel kajian tidak terbiasa dengan format ujian sebelum ini.
Selain itu, pengkaji telah merujuk kandungan kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 5 (Buku Panduan Kurikulum Tahun 5) bagi pemilihan tajuk karangan ujian ini
daripada dua orang Bahasa Melayu Tahun 5 serta penyelia bagi kursus latihan
penyelidikan ini.

3.0

Hasil Dapatan dalam Artikel

Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini, tumpuan akan
diberikan terhadap hasil dapatan kajian yang dibincangkan dalam artikel ini. Semua akan
diterangkan secara terperinci dalam laporan kajian ini. Hasil dapatan yang pertama ialah
pencapaian PBP melalui penulisan risalah adalah meningkat dalam ujian pasca
berbanding dengan ujian pra. Dalam perkataan yang lain, PBP melalui penulisan
berbentuk risalah dapat meningkatkan penguasaan sampel kajian dalam kemahiran
menulis.
Pada masa yang sama, perbincangan dalam artikel ini juga menunjukkan bahawa
keputusan yang dibincangkan dalam artikel ini telah menunjukkan bahawa pencapaian
sampel kajian dari segi penguasaan membina struktur isi kandungan penulisan berbentuk
risalah adalah meningkat dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Sejajar dengan itu, ia
boleh menunjukkan bahawa PBP melalui penulisan berbentuk risalah telah dapat
membantu sampel kajian menguasai kemahiran menulis dari segi aspek membina struktur
isi kandungan sebuah risalah.
Akhirnya, perbincangan yang dilakukan dalam artikel juga menunjukkan bahawa dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam peringkat pencapaian
murid dari segi penguasaan aspek tatabahasa melalui penulisan berbentuk risalah dalam
ujian pasca berbanding ujian pasca.

BAHAGIAN B
Cabaran Cabaran Mengajar Kemahiran Menulis Bahasa Melayu di Sekolah Saya
1.0 Pengenalan
Mememangnya tidak boleh dinafikan bahawa proses pengajaran untuk kemahiran
menulis Bahasa Melayu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia turut dipersetujui oleh
Hashim Othman. (2005) dan beliau telah menerangkan bahawa pendidikan merupakan
satu bidang yang utama dan menjadi semakin penting dalam membangunkan sesebuah
negara. Antara elemen pendidikan yang diberikan tumpu perhatian ialah pendidikan
Bahasa Melayu.
Pada masa yang sama, Awang Had Salleh. (1997) juga menerangkan bahawa
perkembangan teknologi juga telah menyebabkan pengunaan Bahasa Melayu menjadi
semakin penting terutamanya dalam masyarakat Malaysia. Ini adalah kerana beliau telah
berpendapat bahawa penggunaan Bahasa Melayu merupakan suatu faktor yang penting
untuk mempertingkatkan hubungan etnik yang harmoni di kalangan penduduk
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berlainan. Walau bagaimanapun,
kebanyakan murid di peringkat sekolah rendah masih gagal untuk menguasai ilmu
pengetahuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya kemahiran menulis.
Kenyataan ini telah mendapatkan persetujuan daripada Mariam Abdul Kadir. (1997) dan
beliau juga menerangkan bahawa keadaan ini telah menyebabkan guru mata pelajaran
Bahasa Melayu akan menghadapi pelbagai cabaran yang berlainan dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sejajar dengan itu, cabara cabaran yang
dihadapi oleh guru dalam mengajar kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam sekolah
kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam laporan ini.

2.0

Cabaran Cabaran Mengajar Kemahiran Menulis Bahasa Melayu

Pada asasnya, roses pengajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu bukanlah semudah
yang disangkakan. Ini adalah kerana kewujudan pelbagai jenis cabaran yang berlainan.
Antara cabaran yang wujud dalam proses pengajaran kemahiran menulis adalah
kehilangan keminatan murid terhadap mata pelajaran Bahasa ini. Ia turuta mendapatkan
persetujuan daripada Anna Franca Plastina (2002), di mana beliau berpendapat bahawa
kehilangan minat di kalang murid- murid terhadap penulisan boleh disebabkan oleh
pelbagai factor yang berlainan. Antara factor yang dimaksudkan adalah seperti:
a. Kesusahan dalam memahami konsep asas bahasa
b. Pengaruh ahli keluarga yang tidak menggunakan bahasa tersebut
c. Pengaruh kawan dan sahabat
d. Tidak suka akan guru bahasa tersebut
Selain daripada itu, Mariam Abdul Kadir. (1997) juga menerangkan bahawa masalah
ketidakminatan mereka juga akan dipengaruhi oleh faktor faktor lain seperti jantina,
latarbelakang keluarga, umur serta bangsa mereka. Sejajar dengan itu, cadangan yang
dikemukakan oleh beliau telah menunjukkan bahawa penyelidikan boleh dilakukan untuk
mencari faktor yang menyebabkan seseorang murid hilang minat dalam mempelajari
subjek bahasa, penyelidik tersebut haruslah mengambil kira faktor faktor sampingan
tersebut.
Keterangan yang telah dikemukakan oleh Jason Squire (2003), juga menunjukkan
bahawa proses pengajaran Bahasa pada hari ini adalah dipenuhi dengan onak dan duri.
Beliau telah menerangkan bahawa banyak rintangan dan halangan yang perlu diharungi
dalam proses pengajaran bahasa. Antara cabaran yang dikemukakan oleh beliau adalah
seperti penerimaan daripada para pelajar sendiri. Sememangnya tidak boleh dinafikan
bahawa dalam masyarakat hari ini, banyak pelajar tidak menerima atau tidak berminat
untuk belajar di dalam mata pelajaran bahasa. Ia telah menyebabkan guru di sekolah ini
menghadapi masalah dan cabaran untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu
terutamanya dalam aspek penulisan.

Selain daripada itu, pemerhatian yang dilakukan juga mendapati bahawa pengaruh
daripada bahasa ibunda juga merupakan cabaran yang perlulah diatasi oleh seseorang
guru mata pelajaran Bahasa Melayu semasa beliau menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan

daripada Awang Had Salleh. (1997), dan beliau telah menerangkan bahawa pengaruh
daripada bahasa ibunda boleh menyebabkan kebanyakan murid di sekolah melakukan
kesilapan dalam aspek morfologi dan sintaksi dengan mudah dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, ia bukanlah mudah untuk seseorang guru bahasa
memperbetulkan kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid akibat daripada pengaruh
bahasa ibunda mereka.
Sesungguhnya, cabaran cabaran yang dihadapi oleh guru ini telah menyebabkan tahap
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu terutamanya aspek penulisan terjejas.

3.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, ia bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk seseorang guru mata
pelajaran Bahasa Melayu untuk mengajar murid- murid menguasai kemahiran menulis
dalam Bahasa Melayu tersebut. Ini adalah kerana kebanyakan murid menunjukkan
ketidakminatan dalam pembelajaran bahasa Melayu. Perbincangan dapatan kajian telah
menunjukkan kepada kita bahawa secara keseluruhan, tahap ketidakminatan murid dalam
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah adalah tinggi dan perlu diberikan
perhatian yang mencukupi. Banyak perubahan dan usaha tambahan yang perlu dilakukan
oleh pelbagai pihak untuk memastikan guru guru Bahasa Melayu di sekolah rendah
dapat menyampaikan pembelajaraan dan pengajaran Bahasa Melayu dengan lebih
interaktif dan berkesan lagi. Ini adalah sangat penting bagi meningkatkan tahap
keminatan murid di sekolah rendah dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

BAHAGIAN C
Kajian Kesalahan Murid Cemerlang
(A) Jenis Jenis Kesalahan dalam Aspek Morfologi dan Pembetulan
Bil
1
2
3

Jenis Kesalahan Morfologi


Kebanyakan sibuk dengan urusan - urusan

Pembetulan
Kebanyakannya sibuk

Televisyen terdiri dari beberapa bahagian

dengan urusan
Televisyen terdiri daripada

Balik kampung

beberapa bahagian
Balik ke kampung

(B) Jenis Jenis Kesalahan dalam Aspek Sintaksi dan Pembetulan


Bil
1

Jenis Kesalahan Sintaksi


Buku itu telah dihadiah oleh Ali semalam.

Pembetulan
Buku itu telah dihadiah
oleh Ali semalam.

Kerja itu mesti dilakukan oleh mereka..

Kerja itu mesti dilakukan


oleh guru.

Tanah itu Siti membeli daripada Rosmah

Tanah itu Siti beli daripada


Rosmah

(C) Analisis Penggunaan Penanda Wacana dan Pembetulan


Bil

Penggunaan Penanda Wacana

Pembetulan

Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan

bu bapa perlu memberikan

moral kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Ini

didikan agama dan moral

kerana didikan agama dan moral mampu menjadi

kepada anak-anak sejak

benteng ampuh menangkis anasir negatif dalam

mereka kecil lagi. Hal ini

kehidupan.

demikian kerana didikan


agama dan moral dapat
menjadi benteng ampuh
menangkis anasir negatf
dalam kehidupan

Kajian Kesalahan Murid Sederhana


(A) Jenis Jenis Kesalahan dalam Aspek Morfologi dan Pembetulan

Bil
1
2
3
4

Jenis Kesalahan Morfologi


Kebanyakan kelas kelas
Antara kemudahan - kemudahan
Peti itu dari kayu
Kepada tempat lain

Pembetulan
Kebanyakan kelas
Antara kemudahan
Peti itu daripada kayu
Ke tempat lain

(B) Jenis Jenis Kesalahan dalam Aspek Sintaksi dan Pembetulan


Bil
1

Jenis Kesalahan Sintaksi


Tanah itu Siti telah beli

Pembetulan
Tanah itu telah Siti beli.

Buku rujukan itu Rosmah tidak baca.

Buku

rujukan

itu

tidak

itu

mesti

Rosmah baca
3

Kerja rumah itu Shirley mesti siapkan hari ini.

Kerja

rumah

Shirley siapkan hari ini.


4

Soalan kerja rumah mesti semua murid menjawab.

Soalan kerja rumah mesti

Kerja rumah itu mesti murid menyiapkan hari ini

murid jawab.
Kerja rumah

itu

mesti

murid siapkan hari ini.

(C) Analisis Penggunaan Penanda Wacana dan Pembetulan


Bil
1

Penggunaan Penanda Wacana


Dadah merupakan musuh nombor satu

Pembetulan
Dadah merupakan musuh nombor

negara dan perlu dibanteras daripada

satu negara dan perlu dibanteras

peringkat akar umbi.Ini perlu dilaksanakan

daripada peringkat akar umbi.

demi menyelamatkan golongan remaja

Usaha ini perlu dilaksanakan demi

daripada terus terpedaya dan terjerat dalam

menyelamatkan golongan remaja

kancah penyalahgunaan dadah.

daripada terus terpedaya dan terjerat


dalam kancah penyalahgunaan
dadah.

Kajian Kesalahan Murid Lemah


(A) Jenis Jenis Kesalahan dalam Aspek Morfologi dan Pembetulan
Bil
1
2
3

Jenis Kesalahan Morfologi


Semua masyarakat
Ramai pelawat - pelawat
Dia lebih pandai dari saya

Pembetulan
Masyarakat
Ramai pelawat
Dia lebih pandai daripada

Di zaman ini

saya
Pada zaman ini

Di hari raya

Pada hari raya

(B) Jenis Jenis Kesalahan dalam Aspek Sintaksi dan Pembetulan


Bil
1

Jenis Kesalahan Sintaksi


Buku rujukan itu Jason baca

Pembetulan
Buku rujukan itu dibaca
oleh Jason

Minuman itu Austin hantar semalam.

Minuman itu dihantar oleh


Austin semalam

Kerja rumah itu kami mesti siapkan hari ini.

Kerja

rumah

itu

mesti

disiapkan oleh kami hari ini.


4

Dia tidak Aju

Dia bukan Aju

Ali bukan rajin.

Ali tidak rajin.

Ahmad tidak seorang yang penakut.

Ahmad

bukan

seorang

yang penakut.
7

Bapa Ahmad tidak jururawat, tetapi doktor.

Bapa

Ahmad

bukan

jururawat, tetapi doktor.

(C) Analisis Penggunaan Penanda Wacana dan Pembetulan


Bil
1

Penggunaan Penanda Wacana


Saya suka bermain layang layang yang mana

Pembetulan
Saya suka bermain layang

dibuat daripada kertas warna warni di pantai

layang di mana dibuat


daripada kertas warna

Dalam pada masa yang sama, saya akan

warni di pantai.
Pada masa yang sama,

bermalam di tepi pantai

saya akan bermalam di tepi


pantai.

KESIMPULAN
Secara rumusannya, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan dalam
kehidupan harian termasuklah bidang akademik adalah semakin penting dan
mendapatkan tumpuan daripada segenap lapisan masyarakat. Sesungguhnya, kebanyakan
murid gagal untuk menguasai kemahiran tatabahasa yang mana terdiri daripada
komponen sintaksi dan juga morfologi. Untuk bahagian morfologi, ia adalah terdiri
daripada morfem terikat dan morfem bebas. Sementara itu, sintaksi akan menumpukan
perhatian dalam perbincangan yang berkaitan dengan pelbagai frasa yang berlainan.
Sesungguhnya, kebanyakan murid masih melakukan pelbagai kesilapan yang berkaitan
dengan tatabahasa ini. Ini adalah kerana mereka gagal untuk memahirkan kemahiran
tatabahasa dan ia merupakan suatu kelemahan yang perlulah diberikan tumpuan oleh
guru guru di sekolah supaya mereka dapat menguasai semula kemahiran tatabahasa ini
pada masa hadapan.

RUJUKAN
Awang Had Salleh. (1997). Literacy: A relook of concept and approach in an era of
information technology. Suara Literasi (Buletin of Malaysian Reading Association), 6
March.
Hashim Othman. (2003). Kemahiran menulis: perspehif komunikatif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Othman. (2005). Pentaksiran lmrangan bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.

Hutchinson, C. (1990).

Commturicative competence in language testing. Di dalam

Handbook of educational ideas and practices by Entwistle, E., (Ed.). London:


Routeledge.
Kementerian

Pendidikan Malaysia

(Pusat Perkembangan Kurikulum).

Sukatan Pelajaran Kurihtlum Bersepadu

(2003a).

Sekolah Rendah: Bahasa Melryu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kementerian Pendidikan Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum). (2003b). Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Melayu SK Tahun I6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka
Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd
Mariam Abdul Kadir. (1997). Literacy in Malaysia: Innovation and development to meet
vision 2020. Paper presented at Asia Literacy Regional Forum, Manila, Philippine, May
5-9.

Anda mungkin juga menyukai