Anda di halaman 1dari 7

1.

Pengenalan
Krisis secara umumnya adalah suatu gangguan atau suatu masalah dalam
kehidupan yang melanda setiap individu manusia. Krisis melanda idividu dalam
keadaan

dirancang

mahupun

tidak

dirancang.

Krisis merupakan satu titik tolak kehidupan seseorang sama ada mampu

untuk

menanganinya dan meneruskan hidup ke tahap seterusnya atau sebaliknya. Krisis


terhasil dari stress dan tekanan dalam kehidupan peribadi seseorang. Stress adalah
elemen utama dalam pembangunan krisis. Manusia mempunyai tindak balas yang
berbeza terhadap stress dan situasi krisis berdasarkan kemahiran atau tingkahlaku
tersendiri, keupayaan untuk menangani, tahap kematangan dan personaliti.
Bagi sesetengah orang, situasi krisis mungkin

seiring

dengan

perubahan

tingkahlaku seperti masalah tidur atau makan berlebihan. Bagi sesetengah orang yang
lain pula, krisis mungkin

terjadi

dalam

bentuk

ketidakpercayaan,

ketidakmampuan untuk menangani dan penolakan. Selain itu, juga terdapat yang
mengalami

perubahan

psikologikal

ketika

berhadapan

dengan

krisis

seperti peningkatan degupan jantung, berpeluh dan pengsan.


Bagi pesakit psikiatri, krisis adalah satu bentuk gangguan kehidupan yang boleh
menyebabkan pesakit kembali kepada keadaan abnormal akibat keadaan penyakitnya.
Sebagai contoh, seorang wanita india yang mempunyai masalah delusi paranoid
terhadap lelaki melayu, yang mempunyai sejarah silam yang menyebabkan dia
berkepercayaan bahawa lelaki itu akan mencederakannya, maka lelaki melayu tersebut
adalah krisis bagi dirinya.
Seseorang yang berada dalam keadaan krisis adalah apabila seseorang itu tidak
dapat menentukan matlamat hidup dengan cara yang biasa disebabkan ada halangan
yang besar dan berat ( Caplan ,1961 ). Intervensi krisis dilakukan apabila berlaku
sesuatu keadaan yang mengganggugugat kebajikan diri atau kebjikan orang lain
dan satu langkah segera perlu diambil.
Krisis boleh dibahagikan kepada dua iaitu krisi yang boleh diramal dan krisis
yang tidak boleh diramal. Krisis yang boleh diramal adalah peristiwa atau proses biasa
yang berlaku dalam kehidupan seperti perkahwinan, kehamilan dan persaraan. Krisis
yang tidak boleh diramal adalah peristiwa atau proses yang terjadi secara mengejut
1

dan tiba-tiba. Contohnya krisis yangtidak boleh diramal adalah jenayah seperti tekanan
yang ditunjukkan oleh mangsa jenayah rogol, pembunuhan dan rompakan bersenjata.
Selain itu, malapetaka semula jadi dan berita mengejut seperti ahli keluarga terlibat
dalam kemalangan adalah contoh krisis yang tidak boleh diramal.
Sejarah krisis secara keseluruhannya dapat dilihat pada empat tahap iaitu suatu
keadaan kritikal terjadi di mana penentuan dibuat sama ada seseorang itu mempunyai
keupayaan untuk menangani krisis tersebut atau tidak. Seterusnya, peningkatan
ketegangan

dan

persekitaran yang tidak terurus akan menambah

kebolehupayaan

seseorang dan melahirkan satu tuntutan untuk sumber tambahan untuk menyelesaikan
acara

adalah

diperlukan. Akhir

sekali,

petunjuk

mungkin

diperlukan bagi menyelesaikan masalah ketidaktentuan personaliti yang besar.

2.0

Intervensi
Intervensi pula membawa maksud campur tangan yang boleh digambarkan
sebagai apa yang kaunselor lakukan atau boleh lakukan dalam program bimbingan
dan kaunseling yang komperehensif. Contoh- contoh intervensi adalah perkhidmatan
sesi kaunseling samaada secara individu, kelompok kecil atau kelompok besar. Selain
itu, sokongan moral ahli keluarga, peranan memujuk dan konsultasi juga dikira
sebagai intervensi. Pemilihan intervensi kaunseling yang berkesan melibatkan
bilangan faktor yang berbeza, termasuklah penilaian ke atas masalah pesakit,
matlamat yang diinginkan, pemilihan peasakit, ciri-ciri personal dan gaya
pembelajaran. Antara matlamat kepada keberkesanan intervensi adalah:
1) Pesakit memahami akan penyakit yang sedang dialami.
2) Pesakit mengetahui apakah ancaman-ancaman / krisis yang boleh
mengembalikannya kepada keadaan penyakitnya.
3) Pesakit memahami dan mengetahui bagaimana untuk berhadapan dengan
punca-punca krisis yang dialaminya.
4) Pesakit boleh membezakan yang mana masalah bagi dirinya dan yang bukan
masalah bagi dirinya.
5) Pesakit mampu untuk mencari sokongan sekiranya tidak mampu berhadapan
dengan krisis sendirian.
6) Pesakit/waris boleh mengendalikan krisis dengan baik dan tidak relapse
terhadap penyakit.
7) Mengembalikan emosi pesakit kepada keseimbangan emosi yang stabil.
PENYELESAIAN KRISIS
Pengawasan berterusan dan persetujuan bersama
Membina dan merancang plan tindakan
Meneroka dan mencari jalan penyelesaian
Menangani pearsaan dan emosi pesakit (mendengar dengan aktif)

Mengenalpasti masalah utama (melihat sekeliling)


Memperkukuh hubungan dan rapport
Merancang dan menguruskan bantuan terhadap krisis

Merancang dan menguruskan bantuan terhadap krisis

3.0

Tanda-Tanda dan Gejala


Tanda dan gejala bagi krisis dinilai dari bagaimana pesakit respon terhadap
krisis yang dialami, antaranya ialah:
1) Mood atau emosi pesakit tiba-tiba berubah kepada negative seperti murung
dan kemurungan atau berubah kepada aggressive.
2) Pesakit berkelakuan aneh dari biasa apabila berhadapan dengan sesuatu
objek, situasi keadaan atau sesorang yang menjadi krisis bagi dirinya.
3) Pesakit cuba mengelakkan diri dari berhadapan dengan sesuatu seperti elak
dari menyeberangi sungai, jalan raya atau cuba elak dari menaiki motor.
4) Pesakit tidak selera makan atau tidak mahu makan dari masakan seseorang
yang menjadi krisis bagi dirinya.
5) Pesakit mengambil ubat mengikut jadual dan dos, tetapi masih berkelakuan
pelik dari dalam sesuatu keadaan.
6) Pesakit kelihatan keresahan secara tiba-tiba tanpa sebab yang diketahui.

4.0

Cara Pengendalian
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh pesakit atau keluarga atau
anggota kesihatan dalam mengendalikan krisis pesakit.
Anggota lain:
1) Menilai keadaan pesakit ketika berhadapan dengan krisis.
2) Mendengar dengan baik masalah yang diterangkan oleh pesakit.
3) Mengenalpasti punca masalah atau punca krisis dari pesakit.
4) Mengenalpasti perkara-perkara yang boleh meletakkan pesakit dalam
krisisnya.
5) Menyediakan sesi terapi bagi pesakit sama ada dalam bentuk individu
ataupun secara berkumpulan yang mempunyai krisis yang sama.
6) Memantau perkembangan pesakit dalam berhadapan dengan krisisnya.
7) Mengelakkan pesakit berjumpa/ berhadapan dengan faktor krisis.

Pesakit:
1) Memberi kerjasama terhadap proses pegendalian.
2) Memahami penyakit yang dialami.
3) Memahami dengan jelas perkara-perkara yang membuat pesakit berubah
4)
5)
6)
7)

tingkahlaku.
Mengambil rawatan dan ubatan yang dijadualkan.
Menghadiri sesi terapi kumpulan atau individu seperti yag dicadangkan.
Berusaha berhadapan dengan krisis dengan cara yang lebih baik.
Berusaha mengubah persepsi terhadap ancaman-ancaman yang dirasai.

5.0

Kesimpulan
Krisis yang dialami oleh pesakit psikiatri adalah sukar diramal. Hal ini kerana,
pesakit psikiatri tidak seperti manusia normal, mereka ada yang tidak mampu
mengawal emosi serta tingkahlaku mereka apabila berdepan dengan krisis yang
dialami walaupun mereka mengikut rawatan dan ubatan mengikut jadual. Oleh yang
demikian, adalah penting bagi kita sebagai anggota perawatan untuk memahami
pesakit dan membantu mereka dalam berdepan dengan krisis mereka.
Pelbagai usaha boleh digiatkan oleh anggota kesihatan mahupun anggota
keluarga pesakit agar pesakit mampu untuk mengawal tingkahlaku dan pemikiran
ketika berdepan dengan krisis.
Kaedah utama dan biasa digunapakai ialah sesi kaunseling dan psychotherapy
dalam member faham kepada pesakit akan punca krisis mereka dan membantu mereka
utuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Oleh itu, semua pihak perlu memahami akan keadaan ini dan bersama dalam
membantu pesakit psikiatri untuk hidup sejahtera seperti manusia lain, dan dengan ini
mereka dapat diterima oleh masyarakat social yang lain.

6.0

Rujukan
1.
2.
3.
4.
5.

https://www.scribd.com/doc/20981434/Intervensi-Krisis-Kaunseling-Upsi
https://www.scribd.com/document/86338384/DEFINISI-KRISIS
http://www.slideshare.net/kiki_sakti/intervensi-krisis
https://www.scribd.com/doc/95516193/Definisi-Krisis-adalah
Greenstone, J.L., & Leviton, S. C. ( 2002 ).Crisis Intervention: Crises and How

To Respond Them.
6. http://www.crisisinterventionla.com/
7. http://www.minddisorder.com
8. Cormier, S. and Hackney, H. (1994). Counseling strategies and
Interventioun (5th ed.).
9. Sabariah Siron ( 2005). Teori Kaunseling. Selangor: Terbitan Pearson
Malaysia Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai