Anda di halaman 1dari 72

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kini wau adalah permainan warisan yang kurang dimainkan oleh


masyarakat Melayu. Di sesetengah negeri, wau adalah suatu karya yang dihargai
dan masih direka oleh pembuat wau terutamanya di pantai timur semenanjung
Malaysia. Wau adalah permainan tradisional yang diterbangkan oleh dua orang
lelaki. Pada zaman dahulu, wau dimainkan selepas musim menuai padi.
Permainan wau juga telah dijadikan permainan harian seperti permainan
tradisional lain seperti gasing, sepak raga, congkak, dan sepak bulu ayam oleh
semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, kini wau juga dijadikan sebagai
hiasan kerana corak dan motifnya yang menarik.

Sehubungan itu, dalam kajian ini pengkaji ingin mengkaji mengenai Proses
Pembuatan Wau di Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu, Kelantan. Proses adalah
proses suatu cara, metod dan teknik bagaimana sesungguhnya sumber-sumber
(tenaga kerja, mesin, bahan dan dana) yang ada diubah untuk memperoleh suatu
hasil (Assauri, 1995). Proses juga bermaksud sebagai cara, metod ataupun teknik
bagaimana produksi itu dilaksanakan.
1

Menurut Perpustakaan Negara Malaysia (2012:10), permainan wau juga


dikenali sebagai layang - layang di selatan tanah air. Permainan wau merupakan
suatu aktiviti menerbangkan wau tersebut di udara. Perkataan wau dikatakan
berasal dari kerajaan Melayu Pattani (Thai). Oleh itu, negeri pantai timur dan utara
seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menggunakan perkataan
tersebut. Manakala, perkataan layang-layang digunakan di negeri-negeri pantai
barat dan selatan semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka, dan Johor.
Menurut Mohammad Razy Mohammad Nor (2000)1 di negara kita terdapat dua
istilah yang sering digunakan iaitu wau dan layang-layang. Sesetengah pengkaji
berpendapat istilah layang-layang dan wau dikaitkan dengan perbezaan negeri.
Perkataan layang-layang diguna pakai oleh masyarakat di Johor, Negeri Sembilan
dan Selangor manakala wau diguna pakai oleh masyarakat Pantai Timur dan
Utara Malaysia.
Kemungkinan juga perkataan wau berasal dari perkataan Cina
Hokkien (Fujian). Kata untuk wau dalam dialek hokkien adalah
ao di utara Malaysia
(Perpustakaan Negara Malaysia, 2012:11)

Menurut Mohammad Razy Mohammad Nor (2000)2 permainan layanglayang sebenarnya sudah lama bertapak di negara kita. Bukti permainan ini
dimainkan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu dapat dilihat dalam tulisantulisan lama seperti dalam buku sejarah Melayu. Dalam jurnal yang didapati dalam

1
2

Dipetik daripada penulisan Amy Azreyan binti Amy (2004:15)


Dipetik daripada penulisan Amy Azreyan binti Amy (2004:14)

Perpustakaan Negara Malaysia (2012:11), menurut sejarahwan Clive Hart, layanglayang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana reka bentuk serta ciri wau
di Malaysia mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara
China.

Menurut Shafie Jusoh (2015) pula hampir sama dengan mitos kedatangan
nama wau. Menurut Perpustakaan Negara Malaysia, (2012:11) menyatakan wau
dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus
talinya, dan anak itu pun menangis wa,wa,wa,wa, maka, menurut yang
empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau". Namun begitu, menurut Shafie Jusoh
(2015) pula jalan ceritanya berlainan sedikit. Beliau menyatakan kedatangan nama
Wau Bulan iaitu:
Pada zaman dahulu, kanak-kanak menangis pada waktu malam
dan menjerit. Oleh itu, bapa mereka mendukung anak mereka dan
dibawa keluar rumah langsung menunjukkan bulan. Bapanya
berjanji bahawa setelah anaknya berhenti menangis maka bapanya
akan mencipta sebuah wau yang diperbuat daripada kayu besar.
Keesokan harinya bapanya mencipta bulatan lalu berfikir bahawa
wau tersebut tidak boleh dinaikkan jika ia membentuk bulatan
sahaja. Maka bapanya mencipta ekor dan menyerupai seperti
bulan di atas langit. Dari kejadian tersebut, tercipta nama Wau
Bulan. Selain itu, setiap bahagian mempunyai maksud tersendiri.
(Shafie Jusoh, 2015)

Gambar Rajah 1.1: Bahagian wau yang dimaksudkan oleh Shafie Jusoh

Permainan wau terkenal di dalam Malaysia, tetapi proses pembuatan wau


tidak mendapat tempat di hati masyarakat Melayu. Proses pembuatan wau yang
rumit menyebabkan masyarakat zaman kini tidak begitu berminat untuk
mempelajari cara membuat wau. Hal ini dibuktikan dalam kajian Rosiah Md Noor
dan Mohd Azhar Abd Manan (2011:10), usaha-usaha memartabatkan permainan
wau tradisi lebih menjurus kepada mengadakan program festival dan pertandingan
secara bermusim di tempat-tempat tertentu. Tidak ramai yang dapat menyertainya
kerana memerlukan kepakaran sama ada dalam pembuatan wau yang dapat
terbang tinggi dan berada lama di udara serta kepakaran menghasilkan wau yang
cantik. Usaha lain seperti mengadakan bengkel untuk mempelajari kaedah
penghasilan wau sangat terhad dan tidak menyeluruh. Tambahan pula pembuatan
wau tradisi mengambil masa yang panjang dan memerlukan latihan yang
berterusan untuk menghasilkan wau yang sempurna.

Wau tradisional diakui sukar untuk dibuat. Hal ini kerana kemahiran untuk
membuat sebuah wau perlu mengambil masa yang lama. Selain itu, bahan yang
digunakan untuk membuat wau adalah bahan yang sukar diperoleh seperti buluh.
Corak hiasan sobek daripada potongan dan tampalan kertas juga mengambil
masa yang lama. Tambahan pula, wau juga dikatakan direka mengikut mitos dan
kepercayaan mistik untuk menaikkan semangat wau ketika diterbangkan. Proses
pembuatan wau diakui masih boleh dikenali tetapi daripada luaran sahaja, bukan
dari dalaman wau tersebut.

Pembuatan wau yang rumit menyukarkan masyarakat untuk menceburi


bidang pembuatan wau. Penghasilan wau pada zaman kini tidak bertujuan untuk
dipertandingkan atau dimainkan, tetapi terdapat pelbagai fungsi seperti hiasan,
logo, dan cenderahati. Pembuatannya yang sukar juga menyebabkan pembuat
wau semakin berkurang. Seorang pembuat barangan kraf seperti tukang wau
paling tidak menghasilkan wau bukan hanya bertujuan untuk dimainkan tetapi
untuk menjualnya jika ada pembeli (Ali Hassan, 2010)3. Pendapatan hasil daripada
buatan wau sama ada wau untuk dilayangkan atau untuk hiasan dapat
menampung kos bahan, tenaga dan masa dalam menghasilkan wau tersebut.

Menurut Ali Hassan Hamat (2010), beliau pernah menerima tempahan


membuat wau yang boleh dilayangkan (wau layang) dengan jumlah yang banyak

Dipetik daripada Rosiah Md Noor dan Mohd Azhar Abd Manan (2010:3).

tetapi tidak mampu melakukannya. Hal ini kerana faktor masa dan tenaga yang
tidak dapat memenuhi permintaan. Perkara ini diakui oleh Kasmin Mirun (2010)4
seorang pengusaha wau berpendapat wau layang sukar dihasilkan dalam jumlah
yang banyak dalam masa yang singkat. Beliau hanya membuat wau layang jika
ada tempahan awal. Faktor usia dan kesihatan menjadi kengkangan utama untuk
terus produktif. Tenaga muda hanya bersifat sementara atau secara sambilan
yang membantu beliau mengusahakan wau hiasan yang bersaiz kecil sahaja.

Pada masa kini, wau telah diubah supaya dapat menarik perhatian
masyarakat. Namun, masih ramai yang tidak berminat untuk menceburkan diri
dalam permainan wau. Oleh itu, sesetengah pihak telah mengadakan beberapa
inovasi terhadap wau. Dalam konteks barangan kraf tradisional seperti wau
Melayu, inovasi melibatkan penambahbaikan kepada produk tersebut dengan
mengekalkan nilai etika dan estetika dalam sosiobudaya Melayu (Bird, 1989 dalam
Muhammad Abi Sofian Abdul Halim 2009). Menurut Bird (1989), inovasi juga
merangkumi kebolehan dan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah bila
berhadapan dengan situasi atau peluang dalam perniagaan. Pembuat dan
pengusaha barangan warisan tidak berupaya mementingkan faktor estetika
semata-mata tanpa memikirkan faktor pendapatan. Oleh itu, inovasi memerlukan
motivasi yang tinggi dalam meningkatkan persembahan produk kepada keperluan
dan kemudahan pengguna atau pembeli.

Dipetik daripada Rosiah Md Noor dan Mohd Azhar Abd Manan (2010:3).

1.2

Latar Belakang Kajian

Kajian saya lebih menjurus kepada Proses Pembuatan Wau. Pengkaji


mengkaji proses pembuatan wau adalah kerana proses pembuatan wau agak
rumit dan sukar. Tidak semua orang tahu tentang cara membuat wau. Kajian ini
boleh bertindak sebagai alat bantu untuk pengkaji lain mencari maklumat tentang
proses pembuatan wau. Selain itu, tidak ramai pengkaji mengkaji tentang proses
pembuatan wau, maka pengkaji menambah lagi maklumat tentang wau.
Pendedahan seperti penerangan tentang proses dan cara bermain dapat diambil
sebagai suatu maklumat berguna kepada masyarakat. Oleh itu, pengkaji berasa
bahawa kajian ini dapat membantu pengkaji lain pada masa akan datang. Kajian
ini juga mempunyai nilai yang tersendiri iaitu dari segi penghasilan wau yang
menarik dan cerita disebalik kewujudan permainan wau.

1.2

Pernyataan Masalah

Kekurangan sumber maklumat tentang proses pembuatan wau mendorong


saya menjalankan kajian tentang Proses Pembuatan Wau Bulan. Kajian saya akan
menjadi bahan rujukan masyarakat kelak. Kebanyakan masyarakat tidak
mengetahui tentang pembuatan wau dari segi proses. Oleh itu, kajian ini dapat
dijadikan

sebagai

penambah

maklumat

kepada

masyarakat

yang

ingin

mempelajari proses pembuatan wau. Selain itu, kebanyakan masyarakat tidak


7

mengetahui cara permainan wau yang sebenar dan syarat-syarat yang diperlukan
dalam permainan wau. Faktor kekurangan pembuat wau juga telah menyebabkan
pengkaji melakukan kajian ini. Jika kajian ini dilakukan, sedikit sebanyak dapat
membantu untuk dijadikan sebagai rujukan kepada generasi akan datang.
Dikhuatiri jika tidak dikaji dengan lebih mendalam, proses pembuatan wau akan
dilupakan dan tidak dijadikan sebagai permainan tradisional kerana kepupusan
tenaga mahir dalam pembuatan wau.

1.3

Objektif Kajian
1.4.1 Mengkaji proses pembuatan Wau Bulan di Pantai Cahaya Bulan,
Kota Bharu, Kelantan.
1.4.2 Mengenalpasti cara permainan Wau Bulan.
1.4.3 Mengenalpasti faktor kekurangan pembuat wau dari sudut ilmiah.

1.5

Persoalan Kajian
1.5.1 Bagaimanakah proses membuat Wau Bulan di Pantai Cahaya Bulan,
Kota Bharu, Kelantan?
1.5.2 Bagaimanakah cara permainan Wau Bulan?
1.5.3 Apakah faktor kekurangan pembuat wau di Kelantan?

1.6

Batasan Kajian

Kajian yang dikaji oleh pengkaji hanya meliputi kawasan Kota Bharu,
Kelantan khususnya di Pantai Cahaya Bulan. Skop kajian adalah ingin melihat
proses pembuatan Wau Bulan dilakukan. Selain itu, pengkaji juga ingin melihat
dan mengkaji cara permainan wau dari peringkat tidak rasmi hingga ke peringkat
rasmi iaitu melibatkan pertandingan. Disamping itu, pengkaji ingin mengenalpasti
faktor-faktor yang menyebabkan kekurangan pembuat wau pada masa kini.

Bab 2

Kajian Literatur

2.1

Pengenalan

Dalam kajian literatur ini, pengkaji mengkaji kajian lepas berkaitan dengan
Permainan Tradisional Wau dari segi cara pembuatan wau, corak dan motif wau,
sejarah asal usul wau, cara bermain wau dan jenis-jenis wau yang terdapat di
Malaysia. Kajian lepas adalah kajian yang telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji lepas.
Tujuan pengkaji mengkaji kajian lepas adalah untuk memastikan bahawa kajian
yang akan dihasilkan oleh pengkaji tidak mempunyai persamaan dengan kajian
pengkaji lain. Pengkaji melayari pelbagai laman sesawang untuk mendapatkan
maklumat yang secukupnya seperti Slideshare, Scibd , dan google scholar. Selain
itu, pengkaji juga mencari maklumat di dalam perpustakaan untuk menambahkan
lagi maklumat yang sedia ada.

10

2.2

Konsep Kajian Literatur

Kajian Lepas atau Literature Review adalah a critical analysis of the


research conducted on a particulartopic or question in the field of science. Ia
merupakan analisa berupa kritik (membangun mahupun menjatuhkan) dari
penelitian yang sedang dilakukan terhadap topik khusus atau pertanyaan terhadap
suatu bahagian dari keilmuan. Literature Review bukan hanya ringkasan terhadap
sesebuah kajian lain tetapi merupakan cerita ilmiah terhadap permasalahan kajian
tertentu yang dilakukan oleh orang lain. Kajian ini diterbitkan oleh Irah Airah
(2013:1).

Sebelum pengkaji mengkaji dengan lebih mendalam tentang permainan


wau, pengkaji ingin memperkenalkan maksud sebenar wau. Wau telah wujud
terlalu lama di Malaysia. Hal ini dibuktikan dalam jurnal yang diterbitkan oleh Fendi
Abidin yang bertajuk Layang-layang China dan Wau (2014:2). Dalam jurnal
tersebut telah memetik petikan dari sebuah buku yang dikarang oleh Jennifer
Rodrigo bertajuk Malaysia-The Beautiful.
Kedatangan permainan layang atau lebih dikenali sebagai wau di
Malaysia adalah sekitar abad ke 16
(Jennifer Rodrigo, 1996)

11

Dalam kajian Rosiah Md Noor dan Mohd Azhar Abd Manan yang bertajuk
Potensi Penghasilan Wau Tradisional Baru Sebagai Item Komersial menceritakan
tentang sedikit asal usul wau dan memdokuskan kepada penghasilan wau secara
inovasi iaitu dengan menggunakan teknik cetakan. Hal ini adalah untuk
memastikan wau berkembang sejajar dengan arus kemodenan di Malaysia. Selain
itu, beliau juga ingin memastikan item yang dibuat dapat dikormesialkan di pasaran
seperti item-item keusahawanan lain. Dipercayai wau wujud sejak tahun 206
sebelum masihi di Negara China, di Eropah sejak abad ke-4, manakala di Malaysia
sejak kurun ke-5 dengan pelbagai kepercayaan serta mitos Rosiah Md Noor dan
Mohd Azhar Abd Manan (2010:10).

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Pumpkin Princess, (2008:1),


permainan wau dijadikan satu aktiviti untuk mengisi masa lapang sebelum
menjalankan

kerja-kerja

menanam padi pada

musim seterusnya. Walau

bagaimanapun, permainan wau lebih dijadikan sebagai permainan hiburan orang


melayu. Dahulu wau dan layang-layang sering dimainkan sebagai riadah dan
hiburan yang sangat digemari selepas kerja-kerja menuai padi. Masyarakat pada
zaman dahulu memilih permainan wau sebagai permainan tradisi semasa musim
menuai padi. Setelah kerap dimainkan beramai-ramai, hubungan sosial yang
wujud memberikan satu suasana yang baru dan muncul pula pertandingan kecil
diantara

mereka.

Perasaan

gembira

dapat

dilihat

semasa

pertandingan

berlangsung dan pelbagai jenis wau yang dipertandingkan (Abdul Samad Idris,
1978).
12

Kertas menjadi bahan utama sebagai dinding wau sejak dulu lagi.
Kebiasaannya kertas yang digunakan adalah kertas lutsinar yang berwarna.
Manakala buluh duri menjadi bahan sebagai tulang kerangka yang diikat dengan
menggunakan benang. Kecantikan atau estetika sesebuah wau melayu tradisional
adalah pada gubahan motif yang menghasilkan corak yang terdapat pada badan
wau tersebut. oleh itu, beliau ingin mencuba alternatif baru dengan membuat
teknik cetakan supaya pembuatan wau menjadi mudah dan diminati oleh semua
peringkat masyarakat. Wau tradisi memerlukan kepakaran tertentu sama ada
dalam pembuatan wau serta kepakaran menghasilkan wau yang cantik
dekorasinya. Pembuatan wau tradisi mengambil masa yang lama dan memerlukan
latihan yang berterusan untuk menghasilkan wau yang sempurna (Rosiah Md Noor
dan Mohd Azhar Abd Manan, 2011:8). Di dalam penulisannya juga memetik
petikan dari pengkaji lain yang menceritakan tentang jenis wau seperti menurut
Hussin b. Haron (2000), di Malaysia terdapat berbagai bentuk dan nama wau di
antaranya ialah Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau Jala budi. Ketiga-tiga jenis
layang-layang ini adalah merupakan wau tradisi kebangsaan dan nama layanglayang di negara kita mempunyai kaitan yang amat rapat dengan bentuk layanglayang tersebut. Wau juga mempunyai nama lain iaitu layang-layang tradisional
melayu.

Beliau juga menyatakan tentang tujuan wau dimainkan adalah untuk


beriadah. Permainan wau juga telah menjadi permainan harian seperti permainan
tradisional lain seperti gasing, sepak raga, sepak bulu ayam dan congkak oleh
13

semua peringkat umur kanak-kanak, dewasa dan orang tua (Rosiah Md Noor dan
Mohd Azhar Abd Manan, 2011:10). Selain itu, wau juga sering dimainkan sebagai
riadah dan hiburan yang sangat digemari setanding oleh semua peringkat umur.
Kini, perkembangan wau di Malaysia telah menjangkau ke acara yang
dipertandingkan di peringkat nasional dan antarabangsa melalui Persatuan
Pelayang Negeri dan Kebangsaan. la dihasilkan untuk tiga tujuan iaitu untuk
dipertandingkan bagi kategori terbang di udara setinggi 500 kaki, untuk tujuan
pertandingan kecantikan dekorasi semasa di bumi dan untuk tujuan hiasan dinding
dan replika yang dijual sebagai cenderahati (Sheppard, M. ,1978). (Dipetik dalam
penulisan Rosiah Md Noor dan Mohd Azhar Abd Manan, (2011:10).

Pembuatan wau juga boleh dilakukan dengan teknik cetakan skrin. Dua
jenis corak telah dapat dihasilkan iaitu corak untuk wau bulan dan wau merak.
Setiap satu corak dihasilkan melalui dua jenis teknik cetakan skrin iaitu teknik
stensil bersempadan tepat (hard-edge stencil) dan teknik pengasingan empat
warna (four colour separation). Cetakan dihasilkan di atas kain dengan
menggunakan

warna-warna

cetakan

berasaskan

air.

Bagi

teknik

stensil

bersempadan tepat dua hingga empat warna digunakan bagi menjelaskan corak
wau. Dua warna yang baru dicetak di sebelah kanan tidak cukup menyerlahkan
corak wau kerana warna kuning dan hijau merupakan hue warna yang harnpir
sama dengan tindakan latar putih. Tambahan warna merah yang kontra sebagai
ganti latar putih menjadikan corak kelihatan lebih jelas. Teknik pengasingan empat
warna 'CYMK' {half-tone 4 colour separation), menggunakan hanya warna- warna
14

biru (Cyan), kuning (Yellow), merah (Magenta) dan hitam (Key) sahaja sebagai
warna asasnya. Imej bagi setiap warna terdiri daripada bintik bulat atau partikel
pelbagai saiz (half-tone) yang akan bercampur bagi menghasilkan warna-warna
baru. Warna-warna seperti hijau, jingga, unggu, merah jambu dan coklat terhasil
daripada gabungan partikel 4 warna asas tadi dan menghasilkan ton warna pada
kebanyakkan motif. Ini berbeza dengan corak yang menggunakan teknik hardedge di mana warna kelihatan tetap dengan 4 warna yang digunakan iaitu kuning,
merah, hijau dan hitam. Motif yang terhasil juga kelihatan rata. (Rosiah Md Noor
dan Mohd Azhar Abd Manan, 2011:17). Pembuatan adalah pengetahuan tentang
pembuatan barang-barang, pembinaan jentera, cara atau kaedah mencipta
sesuatu hasil seni berkaitan dengan sesuatu bidang yang khusus. Manakala wau
pula adalah mainan yang dibuat daripada kertas dan buluh dan dapat diterbangkan
ke udara dengan menggunakan tali layang-layang. Keunikan wau tradisi
menjadikan ianya sebuah kraftangan yang bernilai tinggi (Rosiah Md Noor dan
Mohd Azhar Abd Manan. 2011:8).

Dalam jurnal yang diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia yang


bertajuk Permainan Tradisional Wau, ia menerangkan tentang asal usul wau, cara
permainan wau, dan pembuatan wau secara ringkas. Di dalam jurnal tersebut
terdapat petikan daripada pengkaji lain yang digunakan sebagai sokongan dalam
pernyataannya. Menurut sejahrawan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal
dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyai
persamaan dengan layang-layang tradisional China. Kemungkinan juga perkataan
15

wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien (Fujian). Kata untuk wau dalam
dialek Hokkien ialah ao di utara Malaysia.

Selain itu, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan
yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada
tulang belakang daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat
daun nenas. Wau dimainkan di tempat yang berangin. Suatu hari, permainan
tanpa nama itu putus talinya, dan anak itu pun menangis wa,wa,wa,wa, maka,
menurut yang empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau". Terdapat juga sumber
lain menyatakan wau wujud dari semangat padi, Wau Bulan pula lahir sebagai
lambang penyatuan kembali Empayar Srivijiya oleh Dewa Muda. Selain itu, bulatan
bulan pada Wau Bulan melambangkan negeri-negeri daratan yang dinamakan
Nusarantangn kawasan yang bersambung. Bintang yang terletak di antara bulatan
bulan sabit penuh dilambangkan sebagai negara pusat atau kawasan pusat
pemerintahan yang dinamakan Nusa Kencana-Kawasan Emas dan bulan sabit
penuh yang menjadi bahagian bawah wau ini dilambangkan dengan negeri-negeri
kepulauan yang dinamakan Nusantara kawasan yang dirantai oleh laut-laut. Wau
Bulan ini memiliki tiga teraju yang melambangkan tiga bahagian empayar Srivijaya
dan tiga teraju ini diikat oleh satu tali, yang melambangkan Empayar Srivijaya
diperintah oleh satu pentadbiran pusat. Dalam asal usul yang lain pula, wau
dinyatakan berasal dari Kembayat Negara di zaman Siti Zubaidah dan wau ini
bernama Wau Lenggang Kembayat. Wau inilah yang dinaikkan oleh Pembina
Empayar Srivijaya iaitu Dewa Muda. Bentuknya tidaklah seperti Wau Bulan seperti
16

yang dinyatakan dalam asal usul di atas. Wau Lenggang Kembayat ini bentukya
seperti Wau Ikan yang wujudnya sekarang ini Perpustakaan Negara Malaysia
(2012:11).

Pembuatan wau diterangkan secara asas daripada komponen wau hingga


cara pembuatan wau. Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional
iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau
bahagian pinggang dan ekor wau. Setiap motif dihasilkan dengan kaedah yang
disebut sebagai 'sobek' iaitu merujuk kepada proses menebuk dengan cara seperti
mengukir menggunakan pisau khas (Perpustakaan Negara Malaysia, 2012:14). Ia
juga menyatakan bahawa rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga
lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Pembuatan sesebuah wau
agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan
rangka, mengimbangkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau
tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang
wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan
benang mengikut bentuk serta jenisnya (Perpustakaan Negara Malaysia, 2012:14).

Di dalam jurnal yang ditulis oleh Amy Azreyan Amy (2003) yang bertajuk
Mengkaji Pengaruh Rekabentuk Dan Berat Wau Terhadap Masa Dan Corak
Layangan Wau Di Udara pula menyatakan tentang permainan wau iaitu dari segi
masa layangan dan corak layangan mengikut perbezaan rekabentuk wau-wau
17

tradisional iaitu Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau Jalabudi. Hal ini bermaksud
beliau menceritakan tentang pengaruh rekabentuk wau dalam permainan wau dan
mempunyai kaitan antara rekabentuk dan permainan. Dalam pembuatan wau,
terdapat wau yang senang dan susah untuk dihasilkan. Bentuk layang-layang
terdapat beberapa kategori daripada ringkas hingga yang paling susah. Paling
ringkas sering dimainkan oleh kanak-kanak yang menggunakan kertas biasa
manakala paling susah ialah Wau Bulan, Merak Daun dan Wau Sobek kerana
ianya memerlukan kemahiran untuk membuat rangka, motif ukiran dan kepandaian
menggunakan warna bagi menimbulkan kecantikan sesebuah wau tersebut
(Hussin b. Haron, 2000). (dipetik dalam kajian Amy Azreyan, 2004:15).

Terdapat bahagian yang senang dan susah dalam penghasilan wau.


Menurut Hosking (1990), struktur wau boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
utama iaitu kepala, sayap dan ekor. Rangka wau terdiri daripada daripada
tumbuhan-tumbuhan semulajadi seperti buluh, nibong, batang, pinang, bertam,
dan kulit kayu. Kertas pula digunakan pada bahagian kepala, manakala ekor
adalah bebas. Tali busur pula diperbuat daripada bahan tumbuhan tempatan
seperti daun ibus, daun mulong dan rotan bagi menghasilkan dengungan yang
kuat dan menghasilkan nada yang menarik. (dipetik dalam kajian Amy Azreyan,
2004:15). Menurut Hosking (1990), kemahiran mengukir dan kepakaran yang
tinggi diperlukan bagi mereka pelbagai motif-motif yang cukup simbolik
berdasarkan motif tumbuhan. (dipetik dalam kajian Amy Azreyan, 2004:16).

18

Selain itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan
bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang
aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti,
bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti (Anon,
2008:13). Menurut Abd Razak Md Desa, (2014:14) dalam Harian Metro, permainan
wau adalah satu hobi yang tidak dapat dikikis daripada masyarakat Kelantan.
"Ia hobi, sekali gus menyebabkan aktiviti ini terus hidup di
Kelantan. Selain itu, ia juga boleh menjadi sumber pendapatan
sampingan bagi mereka yang pandai membuat wau,"
Abd Razak, (2014:14)

Dalam keratan akhbar Harian Metro bertajuk Pak Sapie Pakar Buat Wau,
Pak Sapie atau nama sebenar Shafie Jusoh iaitu tukang pembuat wau telah
menyatakan bahawa beliau sanggup meredah semak belukar semata-mata untuk
mencari buluh terbaik bagi memastikan kualiti wau yang bakal dihasilkan.
Hampir setiap pagi pakcik keluar mencari buluh dengan anak.
Lebih elok mencari bahan sendiri kerana kita tahu bagaimana
keadaan buluh itu untuk dibuat wau
Shafie Jusoh, (2014:48)

19

Pak Sapie juga menyatakan tentang kesukaran dalam mendapatkan buluh yang
berkualiti.
Buluh digunakan ialah buluh duri dan memang payah untuk
mendapatkannya. Sebab itu tidak ramai sanggup melakukannya
sendiri dan lebih gemar mendapatkan daripada orang lain
Shafie Jusoh, (2014:48)

Dalam pembuatan wau, elemen utama yang harus disentuh sebelum


menghasilkan wau adalah ukiran lukisan pada badan wau. ukiran pada badan wau
akan menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Hal ini dapat dijelaskan dalam
jurnal terbitan Melissa Cunningham, (2014:7). Dalam jurnal tersebut telah
dinyatakan tentang mengukur, melukis, dan menyobek corak wau. dalam
penghasilan wau dimulai dengan melipat kertas warna, melukis di bahagian dada
sehingga hujung sayap dan diakhiri dengan menampal ukiran sobek berserta gam
kanji pada bahagian tepinya sahaja. Selain itu, buluh yang digunakan dalam
penghasilan wau juga akan disimpan dalam jangka masa panjang. Hal ini kerana
untuk memastikan buluh yang digunakan untuk membina rangka wau dalam
keadaan yang kukuh. Hal ini dapat dibuktikan dalam jurnal Wau yang diterbitkan
oleh Melissa Cunningham, (2014:5). Dalam jurnal tersebut terdapat cara
penyimpanan buluh dan pantang larang penyimpanan buluh. Buluh akan disimpan
dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau.
kebiasaannya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh
daripada dilangkah manusia.

Buluh juga boleh disimpan di dalam paya atau

direndam dalam selut. Selain itu, buluh juga boleh ditanam di dalam pasir dan
20

dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam. Kepingan buluh juga boleh
disalai pada bara api.

2.5

Kesimpulan

Kajian lepas adalah kajian yang perlu dirujuk oleh pengkaji supaya pengkaji
mendapat maklumat yang tepat dan berfaedah. Selain itu, kajian lepas juga
bertujuan untuk menambah kajian yang tidak dikaji atau pengkaji lain terlepas
pandang di dalam kajian mereka. Oleh itu, kajian yang ditambah sedikit sebanyak
dapat membantu pengkaji lain menimba ilmu dan pengetahuan supaya ilmu yang
hendak disampaikan berkesan dan padat di hati pembaca.

21

Bab 3

Metodologi Kajian

3.1

Kaedah Penyelidikan

Kaedah kajian adalah kaedah pengkaji melakukan kajian dalam usaha


menghasilkan kajian. Kaedah kajian juga penting dalam mencapai objektif kajian.
Pelbagai kaedah digunakan untuk menghasilkan kajian yang terbaik. Kaedah yang
digunakan amat berkesan dalam kajian tentang Proses Pembuatan Wau di Pantai
Cahaya Bulan Kota bharu, Kelantan. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif.
Data yang diperolehi adalah dari pemerhatian pengkaji ke kawasan lapangan,
temubual, kajian lepas dan sebagainya.

Data Sekunder adalah data yang dikumpul oleh pengkaji lain. Data
sekunder dikumpul bertujuan untuk menambah pengetahuan pengkaji dan
membuktikan kajian pengkaji dengan disokong kajian-kajian lepas. Antara sumber
data sekunder yang saya gunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
tajuk kajian adalah buku, jurnal, internet, rekod-rekod lepas dan lain-lain.

22

3.1.1

Pemerhatian

Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan pemerhatian pengkaji di


kawasan pembuatan wau iaitu di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu Kelantan.
Pemerhatian yang didapati oleh pengkaji adalah pemerhatian secara langsung.
Pengkaji telah memerhati setiap wau bulan yang dihasilkan oleh seorang
pembuat wau yang terkenal iaitu Encik Shafie Jusoh atau lebih dikenali Pak
Sapie. Dalam pemerhatian pengkaji, pengkaji mendapat pengalaman dalam
membuat wau secara langsung oleh beliau. Beliau sangat mahir dalam
membuat Wau Bulan. Selain daripada membuat Wau Bulan, beliau juga
membuat Wau Puyuh, Wau Merak, dan banyak lagi. Oleh itu, pengkaji berasa
amat teruja untuk turut sama dalam membuat wau. Di sini kita dapat lihat
bahawa kaedah pemerhatian adalah salah satu kaedah yang berkesan dan
penulis sendiri dapat merasai perasaan yang dialami oleh orang kampung dan
pembuat wau itu sendiri.

Kaedah pemerhatian juga mempunyai pelbagai cara, salah satu cara


yang berkesan adalah pengkaji melawat ke kawasan lain dan merasa
pengalaman itu sendiri. Sebagai contoh, pengkaji pernah ke Sabah untuk
melancong. Semasa pengkaji melancong, dia mendapati segelintir masyarakat
Sabah masih melakukan aktiviti membuat layang - layang di tepi pantai dan
dijual kepada pelancong. Beliau juga tidak ketinggalan dalam pembelian
layang-layang tersebut dan melihat cara pembuatan penjual menghasilkan
sebuah layang-layang.
23

Oleh itu, pengkaji mendapat pengetahuan serta pengalaman secara


langsung oleh kaedah pemerhatian tersebut. Kaedah pemerhatian juga sesuai
untuk kajian yang memerlukan pengkaji merasai pengalaman sekaligus mudah
untuk menjalankan kajian. Selain itu, kajian yang dilakukan juga mempunyai
99% kebenaran kerana pengkaji dapat menjelaskan secara terperinci tentang
kajian yang dikaji.

3.1.2

Kajian lepas

Berdasarkan kajian yang

dikaji, pengkaji mendapatkan maklumat

dari pelbagai sumber seperti perpustakaan, artikel, internet, buku dan jurnal.
kebanyakkan sumber yang didapati menerangkan asal usul wau dari semua
aspek. Pemerhatian yang dilakukan dalam jurnal lebih kepada pemerhatian dari
internet. Antara pemerhatian yang dilakukan adalah keseluruhan penerangan
dalam jurnal tersebut. Pengkaji menggunakan pelbagai sumber buku rujukan
bagi memastikan mereka menerima fakta atau data yang tepat dan terperinci.
Pengkaji juga mempelajari dengan lebih mendalam mengenai permainan ini
supaya pengkaji dapat memahami penerangan yang terdapat di dalam kajian
lepas. Hal ini juga dapat menyedarkan pengkaji tentang kegunaan pelbagai
jenis sumber rujukan untuk menambah idea dan pengetahuan pengkaji. Tujuan
kajian lepas dilakukan adalah untuk menyemak sama ada kajian yang akan
pengkaji hasilkan mempunyai persamaan dengan kajian pengkaji lain atau

24

tidak. Selain itu, kajian lepas juga dapat memberi maklumat yang tepat kepada
pengkaji.

Kajian lepas juga adalah salah satu kaedah yang berkesan dalam kajian
saya. saya mengkaji kajian yang dilakukan oleh pengkaji sebelum ini. Dari
kajian lepas, pengkaji dapat mengetahui sejauh mana penggunaan wau dalam
kalangan masyarakat di Malaysia. Selain itu, kaedah penyelidikan juga
digunakan untuk mencari kekurangan sumber rujukan supaya pengkaji dapat
menambah sedikit sebanyak tentang Wau Bulan.

Kaedah perpustakaan juga tidak ketinggalan, pengkaji meminjam buku dari


perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan serta mencetak isi halaman tersebut
untuk elemen 1 dan elemen 2. Pengkaji mencari pelbagai sumber-sumber
untuk melengkapkan kajian berkaitan dengan Wau Bulan. Melalui kajian
internet pula, pengkaji mengumpul maklumat untuk menambah maklumat
sampingan supaya kajian pengkaji akan menjadi lebih kukuh.

3.1.3

Temubual

Temubual adalah salah satu kajian yang berkesan. Hal ini kerana pengkaji
menemui secara langsung pembuat Wau Bulan untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang proses pembuatan Wau Bulan. Kaedah tembual melibatkan dua
25

individu yang berhubung secara bersemuka dan memulakan perbualan dengan


ditanya oleh pengkaji tentang soalan-soalan yang berkaitan dengan kajian yang
dilakukan. Pengkaji menemubual seorang pembuat wau yang terkenal di
Kelantan iaitu Shafie Jusoh atau lebih dikenali dengan nama Pak Sapie. Pak
Sapie menerangkan serba sedikit tentang wau dan menunjukkan cara-cara
membuat Wau Bulan.

3.2

Kesimpulan

Kaedah penyelidikan adalah sesuatu yang penting bagi memastikan data


yang diperolehi dan hasil sesuatu kajian tepat, terperinci dan jelas. Dalam bab ini,
pengkaji menerangkan metodologi kajian yang digunakan bagi mendapatkan
maklumat yang lebih tepat, bernas dan sahih berkaitan tajuk kajian.

26

Bab 4

Wau Bulan, Kelantan

4.1

Pengenalan

Dapatan kajian adalah salah satu bahagian yang penting dalam sesuatu
kajian. Menurut kamus dewan (2010:312) definisi dapatan adalah sesuatu yang
didapati atau diketemui hasil daripada kajian, penyelidikan dan sebagainya. Dalam
bab ini pengkaji telah menemui jawapan dalam kajian yang telah dijalankan.
Pengkaji telah menerangkan beberapa dapatan kajian yang telah dilakukan.
Dapatan kajian adalah menjawab objektif kajian yang dinyatakan oleh pengkaji
pada awal bab dahulu. Oleh itu pengkaji telah menerangkan tentang proses
pembuatan Wau Bulan, cara permainan wau dan faktor kekurangan pembuat wau
di negara Malaysia khususnya negeri Kelantan.

27

4.2

Proses Pembuatan Wau Bulan di Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu,

Kelantan.

Proses pembuatan wau Bulan ini dilakukan di bengkel Shafie Jusoh iaitu di
Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu, Kelantan. Sepanjang proses pembuatan ini,
pengkaji tidak melepaskan peluang untuk belajar cara pembuatan Wau Bulan.
Shafie Jusoh menerangkan

satu persatu

proses

pembuatan

wau

serta

menunjukkan cara-cara menghasilkan wau.

4.2.1

Bahan yang digunakan untuk membuat wau

4.2.1.1

Buluh duri

Gambar 4.2.1.1: Buluh duri yang dijemur terlebih dahulu supaya kering.

28

Buluh duri adalah bahan yang lazim digunakan untuk membuat


rangka wau. Hal ini kerana buluh duri tahan lebih lama berbanding buluh
lain. Selain itu, buluh duri juga ringan dan mudah dilenturkan. Oleh itu,
pembuat wau lebih memilih buluh duri berbanding buluh lain.

4.2.1.2

Kertas wau

Sumber: internet

Gambar 4.2.1.2: Kertas Jagung, kertas mal dan kertas licin.

29

Kertas yang digunakan untuk membuat wau adalah kertas jagung5.


Kertas jagung dipercayai ringan dan mudah diperoleh. Selain itu, kertas
jagung

juga

mempunyai

warna

yang

menarik

dan

variatif.

Bagi

menghasilkan corak pula, pembuat wau akan menggunakan kertas mal 6.


Kertas mal ringan dan memudahkan corak dilakukan seperti penindihan
corak ke atas corak yang lain. Oleh itu, ia tidak akan memberatkan wau.
Kertas licin kertas kilat juga digunakan untuk mencantikan wau.

4.2.1.3

Parang/Golok

Gambar 4.2.1.3: Golok atau parang yang tajam.

Parang digunakan untuk menebang dan mengerat buluh. Parang


yang digunakan hendaklah tajam supaya mudah untuk menjalankan kerja
menebang.
5

Kertas Jagung adalah kertas yang berwarna-warni dan berkerut. Ia sering digunakan dalam membuat
gubahan bunga kerana kertas jagung mudah dibentuk dan sukar koyak.
6
Kertas Mal adalah kertas keras sedikit namun ringan. Ia licin dantidak berkerut.

30

4.2.1.4

Benang Jepun

Gambar 4.2.1.4: Benang jepun tidak mudah putus.

Benang jepun adalah benang yang diimport dari Jepun. Benang


jepun mempunyai ketahanan yang kuat dan tidak akan putus. Kebiasannya
benang tersebut digunakan untuk membuat pukat. Ia seakan-akan benang
pengangkap tetapi bersaiz kecil. Kebiasaannya benang jepun berwarna
hitam. Benang jepun digunakan untuk proses mengikat seperti mengikat
rangka wau.

4.2.1.5

Gam

Gam berfungsi sebagai penampal kertas mal dan kertas jagung


untuk dilekatkan antara satu sama lain supaya corak yang dihasilkan tidak
tertanggal.

31

4.2.1.6

Pisau Raut

Gambar 4.2.1.6: Pisau raut digunakan khas untuk meraut.

Pisau raut adalah pisau khas yang digunakan untuk meraut. Pisau ini
digunakan untuk meraut buluh sehingga buluh tersebut mudah dilentur.

32

4.2.2

Proses Pembuatan Wau

4.2.2.1

Memilih buluh

Gambar 4.2.2.1: Buluh duri yang matang.

Buluh yang hendak dipilih haruslah kering dan tidak mempunyai


pucuk muda. Hal ini kerana buluh yang mempunyai pucuk muda dipercayai
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak. Selain itu,
dalam proses mencari buluh duri, buluh tersebut hendaklah matang supaya
ia mudah dilentur. Buluh yang matang berwarna merah manakala buluh
muda pula berwarna putih dan kelihatan pucat. Jika buluh matang
dilenturkan, ia akan melentur dengan baik, sebaliknya jika buluh muda
dilenturkan ia akan mdah patah.

33

4.2.2.2

Meraut buluh

Gambar 4.2.2.2: Proses meraut buluh sehingga boleh dilentur.

Tujuan meraut buluh adalah untuk membuang bahagian yang tidak


diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
menjadikan wau yang dihasilkan seimbang pada bentuk dan berat sayap
wau. Satu batang buluh diraut sebanyak lima kali hanya untuk sebuah wau.
Namun, ia juga dilihat sebesar mana wau yang hendak dihasilkan. Selain
itu, tujuan meraut juga adalah untuk memastikan buluh mudah dilentur.

34

4.2.2.3

Membuat bingkai

Gambar 4.2.2.3: Rangka Wau yang telah didirikan.

Setelah meraut buluh, bingkai wau didirikan terlebih dahulu. Bingkai


wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang
rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan
dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh
untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk
rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah
diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

35

4.2.2.4

Mengikat rangka

Gambar 4.2.2.4 (a): Proses mengikat rangka menggunakan benang jepun.

Gambar Rajah 4.2.2.4 (b): Bahagian Wau Bulan

Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu dan seterusnya


diikat pada tulang belakang. Ia perlu diikat di bahagian atas dan bawah ekor
tulang belakang. Pastikan dikedua-dua belah bahagian tersebut seimbang.
36

Setelah itu rangka tersebut hendaklah diikat dengan mengunakan benang


jepun. Hal ini adalah untuk mencantumkan hujung bahagian ekor wau.
Kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap. Bagi wau bulan, kepingan
buluh ditaut membentuk separa bulatan iaitu pada bahagian sayap dan ekor
wau. Seterusnya, kepingan buluh yang diraut nipis dibentuk menjadi bulat
untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan mengikut nisbah
iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau. Langkah terakhir dalam
mengikat rangka wau adalah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat
separuh daripada kepala wau dengan sayap sepanjang 2 inci dari tulang
belakang. Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil
tanah akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan
lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi
angin.

4.2.2.5

Membuat corak

Gambar 4.2.2.5 (a): Proses sobek wau

37

Gambar 4.2.2.5 (b): Proses menampal corak di atas permukaan kertas licin.

Kebiasaannya corak yang dihasilkan adalah bermotifkan flora seperti


bunga cengkih, pucuk rebung, dan orkid. Menurut Shafie Jusoh, pada
zaman dahulu motif yang digunakan hanya awan larat. Setelah peredaran
masa yang pantas, motif dan corak wau juga menjadi pelbagai jenis. Dalam
penghasilan corak wau, corak wau akan dilukis terlebih dahulu, kemudian
akan ditindih dan ditampal di atas kertas licin pelbagai warna. Hal ini
bertujuan untuk menjadikan wau kelihatan cantik ketika di atas langit.

38

4.2.2.6 Membuat busur

Gambar 4.2.2.6: Memasang plastik kotak di hujung batang busur.

Busur adalah suatu alat untuk menaikkan wau ke awan. Busur


diperbuat daripada buluh yang diraut nipis, manakala bahagian bunyi busur
pula diperbuat daripada plastik ikat kotak. Walaubagaimanapun, menurut
Shafie Jusoh pada masa dahulu busur dihasilkan dengan mengunakan
lintah. Kemudian busur akan diletakkan di belakang kepala wau dengan
menggunakan buluh penyepit dan diikat menggunakan benang jepun
supaya ia dapat dinaikkan dan mengeluarkan bunyi yang sedap semasa
melayang tinggi di atas awan.
Semasa saya sedang duduk di depan rumah, seekor lintah
telah melekat di kaki saya. Melihat keanjalan lintah tersebut,
timbul fikiran ingin menggunakan lintah sebagai busur wau.
Saya mengambil lintah tersebut lalu memaku ekornya,
kemudian saya mengambil lesung batu untuk mengheret lintah
tersebut hingga menjadi kenyal dan memanjang sepanjang
yang boleh. Setelah menjadi panjang, saya menjemur lintah
tersebut dan menjaganya supaya lintah tersebut tidak reput.
Selepas siap dijemur, saya cuba jadikan ia busur. Setelah
siap, saya cuba naikkan wau. pada masa itu, semua orang
terpegun dengan bunyi busur wau saya yang dengung dan
39

sedap didengar. Dari hari itu, ramai yang telah datang


bertanyakan tentang rahsia saya membuat busur wau.
(Shafie Jusoh, 2015)

4.2.2.7

Memasang rambu

Gambar 4.2.2.7: Rambu yang telah siap dipasang pada badan Wau Bulan

Rambu adalah perhiasan untuk mencantikkan wau. kebiasaannya


rambu diperbuat daripada kertas mal atau kertas yang ringan. Kertas
tersebut akan potong-potong supaya menjadi banyak. Kebiasaannya rambu
tersebut berwarna warni.

40

4.3

Cara Permainan Wau

Permainan wau adalah salah satu permainan tradisional yang masih


dipertandingkan. Selain daripada pertandingan permainan, pertandingan dari segi
corak, hiasan dan wau tercantik juga diadakan. Menurut buku Permainan
Tradisional Wau (2012:5), pelbagai bentuk dan corak wau yang dicipta, terdapat
bentuk orang dan kapal berangkai. Terdapat juga wau yang dimainkan dengan dua
utas tali sahaja.

Menurut Syed Mahadzir (2009:18) menyatakan wau atau layang-layang


bukan

sahaja

dimainkan

tetapi

dipertandingkan

dengan

menitikberatkan

kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan ketinggian di udara. Terdapat beberapa


rahsia dalam mengendalikan wau di atas awan. Rahsia tersebut dapat diketahui
oleh pemain itu sendiri iaitu dengan menghadapi sendiri masalah dalam
menaikkan wau serta mengendalikan wau. Oleh itu, tidak semua orang boleh
menaikkan wau kerana orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menaikkan
wau dan mengendalikan wau. Hal ini kerana ketika wau berada di atas awan, wau
akan mengikut pergerakan angin. Jika angin bertiup kencang maka wau akan
hilang kawalan dan perlukan pengendalian yang sempurna. Hal ini dapat
dibuktikan oleh pernyataan Syed Mahadzir (2009:18), seseorang pemain yang
berpengalaman akan cepat bertindak apabila wau atau layang-layang membuat
ragam di udara.
41

Pada kebiasaannya wau dimainkan oleh dua orang iaitu seorang yang
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.
Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur talinya sehinggalah wau tersebut terbang tinggi di udara. Kilauan
cahaya matahari akan mencantikkan lagi wau yang dihias mengikut citarasa
pemain. Bagi Wau Bulan pula ia dimainkan dengan teraju tiga. Teraju tiga
mempunyai kaitan dengan Melayu kerana ia membawa maksud tersirat selain
untuk menaikkan wau. Hal ini dapat dibuktikan oleh kajian Syed Mahadzir
(2009:18), Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau. Wau dimainkan oleh
orang Melayu dan mereka mempercayai ada kaitan antara semangat angin dan
langit. Terdapat pelbagai kaedah dalam permainan wau. ia bukan sahaja
menerbangkan wau semata-mata malah ia dilihat dari pelbagai aspek. Antaranya
adalah cara permainan mengikut permainan yang ditetapkan seperti bermain wau
sebagai mengisi masa lapang, bermain wau sebagai pertandingan dan hiasan
sahaja.
4.3.1

Pertandingan
Menurut

Shafie

Jusoh

(2015),

wau

yang

dihasilkan

untuk

pertandingan mempunyai syarat tertentu dari pelbagai aspek. Pemain atau


pereka wau perlu mengikuti syarat yang ditetapkan seperti warna, saiz,
ketinggian dan lain-lain syarat yang ditetapkan oleh penganjur. Pelbagai syarat
yang perlu dipatuhi oleh pemain jika mereka ingin bertanding. Beliau
menyatakan bahawa setiap negeri mempunyai warna yang berlainan. Sebagai
contoh, jika pertandingan dianjurkan oleh negeri Johor maka warna wau akan
42

dibuat dengan warna terang seperti merah, biru, dan hijau. Walau
bagaimanapun, jika pihak negeri Kelantan menganjurkan pertandingan warna
wau perlulah lebih kepada warna pastel 7. Terdapat beberapa syarat yang perlu
dipatuhi semasa memasuki pertandingan wau. Antara syarat yang dikemukan
oleh Biro Teknik Majlis Pelayang Malaysia di dalam buku Permainan Warisan
Rakyat (2009:8) adalah seperti berikut.

4.3.1.1

Padang

4.3.1.1.1 Padang yang hendak digunakan untuk pertandingan wau


mestilah luas dan lapang supaya ia mencukupi untuk berapa wau yang
akan dinaikan serentak. Luas kawasannya hendaklah sekurangkurangnya 75 meter X 200 meter. Selain itu, padang tersebut hendaklah
tiada gangguan seperti jalan raya, tiang elektrik, dan pagar. Bangunan
juga adalah gangguan. Hal ini kerana ia akan menganggu tiupan angin.

4.3.1.1.2 Padang latihan perlu diadakan oleh penganjur. Padang


tersebut disediakan untuk membolehkan peserta menaikkan wau dan
memperbetulkan wau sekiranya berlaku perubahan angin dan cuaca.
Pemain dinasihatkan supaya tidak menguasai kesuluruhan padang
supaya pemain lain dapat menggunakan padang.

Warna pastel adalah warna lembut seperti biru laut, merah jambu dan hijau muda.

43

4.3.1.1.3 Semasa memasuki padang pertandingan, peserta perlulah


berada

dibelakang

pengadil.

Peserta

diingatkan

supaya

tidak

menganggu kawasan pertandingan yang sedang berjalan. Peserta


hendaklah mendaftar diri seta wau sebelum siren penamat dibunyikan.
Sekiranya peserta tidak berjaya menampilkan diri, 2 markah akan
ditolak.

4.3.1.1.4 Peserta pertandingan hendaklah keluar padang apabila bunyi


siren penamat dibunyikan. Peserta diminta memberi kerjasama supaya
pertandingan berjalan dengan lancar.

4.3.1.2

Pancang meter dan pancang anjung

4.3.1.2.1 Jarak antara pancang meter dengan pancang meter yang lain
hendaklah sejauh 10 meter.

4.3.1.2.2 Jarak diantara pancang meter dengan oancang anjung


hendaklah sejauh 50 meter.

4.3.1.2.3 Setiap pancang hendaklah dinomborkan serta dengan kain


bendera yang berlainan warna mengikut pasanagn diantara satu

44

pancang meter yang lain. (nombor pancang meter dengan pancang


anjung hendaklah sama).

4.3.1.2.4 Pancang meter hendaklah berkedudukan mendatar sepanjang


pertandingan. Ini dapat dilihat pada meter air yang terdapat pada meter
itu.

4.3.1.3

Peralatan

4.3.1.3.1 Tempat letak pembesar suara hendaklah berada ditempat


yang boleh didengar oleh semua orang

4.3.1.3.2 Sistem hubungan antara satu sama lain semasa di dalam


padang hendaklah sesuai dan lancar. ( disyorkan mengguna telefon atau
walkie talkie).

4.3.1.3.3 Khemah hendaklah disediakan untuk setiap peserta supaya


peserta dapat menyimpan wau dan berlindung. Khemah urusetia juga
hendaklah berdekatan dengan khemah peserta supaya memudahkan
komunikasi antara satu sama lain.

45

4.3.1.3.4 Menyediakan papan tanda larangan supaya khemah peserta


tidak dicerobohi oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

4.3.1.4

Bendera Isyarat

4.3.1.4.1 Bendera isyarat pancang hendaklah berwarna hijau dan


merah (30cmX60cm) setiap satu set. Bendera hijau membawa
maksudsudah bersedia manakala bendera merah pula membawa isyaat
belum bersedia.

4.3.1.4.2 Bendera isyarat pertandingan (60 X 130 cm)

i. Bendera pelepas
Warna bendera ini mestilah berwarna putih hitam berpetak. Ia
digunakan untuk memulakan pertandingan.

ii. Bendera rehat


Warna bendera ini hendaklah berwarna merah. Ia digunakan untuk
menamatkan pertandingan dan masa rehat

iii. Bendera arah angin


Bendera ini mestilah berwarna oren dan digunakan untuk arah angin.

46

4.3.1.5

Setiap pertandingan atau pesta hendaklah mendirikan menara

kawalan tinggi sekurang-kurangnya 3.5 meter.

4.3.1.6

Syarat-syarat pertandingan Wau Tradisi Malaysia

4.3.1.6.1 Penjenis Wau Tradisi

i. Wau Tradisi Malaysia


a)

Wau Bulan

b)

Wau Kucing

c)

Wau Jalabudi

ii. Wau Tradisi Negeri


a)

Wau Doo Doo helang

Terengganu

b)

Wau Merak

Johor

c)

Wau Puyuh

Kelantan

d)

Wau Helang

Perlis

e)

Wau Kapal

Selangor

f)

Wau Sri Bulan

Perak

47

4.3.1.6.2 Ukuran Wau

i. Ukuran wau hendaklah mengikut kemahuan penganjur pertandingan.


Sebagai contoh, 54 inci (137cm) panjang tulang belakang dan rentas
sayap.

ii. Ukuran-ukuran dan bentuk wau

Gambar Rajah 4.3.1.6.2: Ukuran yang ditetapkan .

4.3.1.6.3 Tali

i. Ukuran tali sekurang-kurangnya hendaklah 150 meter atau mengikut


kesesuaian padang

ii. Tali salut kaca, salut berluan, wayar, kevler dan tali yang boleh
memotong wau lain tidak dibenarkan sama sekali.

48

4.3.1.7

Peraturan bermain

4.3.1.7.1 Sebelum pertandingan dimulakan, semua wau yang akan


dipertandingkan perlu didaftar dan disahkan. Setelah diterima, markah
kecantikan dibumi akan diambil

4.3.1.7.2 Sebelum wau dinaikkan, wau-wau terlebih dahulu disahkan


oleh pengadil pancang.

4.3.1.7.3 Pangkal tali mestilah diikat pada pancang meter dan hujung
tali hendaklah ditarik ke pancang anjung sebelum dinaikkan. Ia hanya
boleh dibuka dengan kebenaran pengadil terlebih dahulu.

4.3.1.7.4 Juru anjung boleh menganjung wau mereja ditempat yang


sesuai mengikut angindengan syarat tidak menganggu wau lain.

4.3.1.7.5 Masa menaikkan wau adalah sekurang-kurangnya 5 minit.


Markah ketahanan akan diambil kira sebaik sahaja wisel permulaan
dibunyikan. Setelah pemain berpuas hati, tali wau hendaklah dilepaskan
dari tangan dan pemain tidak boleh memegang tali tersebut semula. Jika
peserta

melakukan

perkara

dibatalkan dan dikira semula.

49

demikian,

markah

ketinggian

akan

4.3.1.8

Kecacatan wau semasa bermain

4.3.1.8.1 sekiranya wau itu jatuh dalam tempoh masa yang ditetapkan
ia boleh dianjung semula beberapa kali.

4.3.1.8.2 Sebarang kerja membaiki wau hendaklah dilakukan di dalam


kawasan pertandingan sahaja.

4.3.1.8.3 Wau yang hilang dan rosak tidak dibenarkan diganti dengan
wau lain. Kertas wau yang rosak juga tidak boleh ditampal dengan
kertas lain.

4.3.1.8.4 Wau yang terputus talinya boleh disambung dan dinaikkan


semula.

4.3.1.9

Pembahagian markah

4.3.1.9.1 Ketinggian (50 markah)

i. Markah ketinggian akan dikira setelah peserta melepaskan tali.

ii. Sekiranya wau terputus talinya atau jatuh maka markah ketinggian
akn kekal seperti yang tercatat.

50

iii. Sekiranya wau tersebut hendak jatuh, selat, atau selangkong,


peserta memegang tali untuk menyelamatkan wau maka markah yang
dikira akan terbatal serta merta.

iv. Sekiranya tali wau dipegang oleh orang luar tanpa pengetahuan
pemain maka markah ketinggian masih kekal seperti sediakala.

v. Sekiranya wau tersebut bersarut dengan wau lain, markah ketinggian


masih

kekal,

namun

jika

ketinggian

wau

tersebut

meningkat

disebabkan bantuan wau lain, markah ketinggian tidak dikira. Markah


akan disambung kira apabila sarutan dilepaskan dan peserta
melepaskan talinya.

vi. Sekiranya wau bersarut di udara lalu peserta melepaskan sarutan


dengan mudah iaitu memutuskan tali peserta lain maka permainan
peserta yang memutuskan tali peserta lain dibatalkan.

4.3.1.9.2 Kecantikkan dibumi (20 markah)

i. Dayacipta

10 markah

ii. Corak dan hiasan

10 markah

51

iii. Pola pilihan asas binaan corak ukirannya jelas dan tidak bercampur
aduk sehingga pola asas kurang jelas.

iv. Gubahan rekaan coraknya kemas, jelas, terkawal, dan menarik.

v. Bentuk positif dan negative pada corak wau kelihatan rapid an


tersusun. (tidak terlampau longgar atau padat)

vi. Warna yang digunakan terkawal dan mengikut kehendak penganjur.


Warna tidak terlampau banyak sehingga menganggu pandangan mata.

vii. Menggunakan teknik sobek, ukir dan lain-lain bagi menghasilkan


ciptaannya.

viii. Corak berasaskan kehendak penganjur.

ix. Rambu hiasan (belalai) tidak melebihi 0.14cm (5 inci)

4.3.1.9.3 Ketahanan di udara (20 markah)

i. Wau hendaklah disahkan oleh pengadil pancang meter sebelum


wisel atau siren penamat usingan dibunyikan.

52

ii. Wau yang jatuh akan diturunkan dalam masa yang ditetapkan dan
akan dipotong markah dari segi ketahanan. Setiap minit ia berada
dibumi kan dipotong sebanyak 2 markah.

iii. Sekiranya wau jatuh dan tidak dinaikkan semula walaupun telah
diarahkan oleh pengadil maka markah ketahanan akan dipotong
selama mana wau berada di bumi.

4.3.1.9.4 Dengung/Busur (10 markah)

i. Wau yang menggunakan tali busur atau dengung dengan bahan


tiruan seperti kain, plastik, reben dan lain-lain markah busur adalah
kosong.

ii. Markah busur diambil dari mula wau dinaikkan sehingga wau
diturunkan.

iii. Sekiranya tali busur terputus di udara, ia boleh diturunkan dan


digantikan dengan yang lain. Markah ketinggian akan diambil semula
dan markah ketahanan akan dipotong selama mana ia di atas bumi).

iv. Busur hendaklah berirama dari awal hingga akhir. (nada tidak terlalu
tinggi dan tidak terlalu rendah).

53

v. Walaupun dinaikkan tanpa busur, ia tetap sah, namun markah untuk


busur adalah kosong.

vi. Jumlah

4.3.1.10

100 markah.

Pembahagian markah kepada pemenang

Dalam pertandingan Wau Tradisi Naik peserta diwajibkan mendaftar


tiga wau iaitu Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau Jalabudi. Markah ketigatiga wau itu akan dijumlahkan. Peserta yang mendapat markah terbanyak
akan dikira sebagai pemenang dalam kategori berkenaan. Markah yang
sama akan dirujuk pada markah ketinggian dan jika terdapat persamaan
dalam markah ketinggian maka dirujuk markah kecantikan di bumi dan
seterusnya markah ketahanan dan dengung.

4.3.1.11

Ketiadan angin

4.3.1.11.1 Markah kecantikan di bumi

4.3.1.11.2 Markah ketahanan

i. Memastikan wau itu naik.

ii. Masa wau bertahan di udara


54

iii. Wau tersebut naik dengan elok iaitu tidak senget ke kiri dan ke
kanan. Ia juga tidak pusing-pusing dan tidak menjunam ke bumi.

4.3.1.12

Markah Wau sobek/pameran atau tradisi

4.3.1.12.1 Menghasilkan dayacipta yang asli berasaskan unsure-unsur


semulajadi dan kebudayaan tempatan.

4.3.1.12.2 Mempunyai imaginasi yang tinggi mutunya dan terkawal


dalam melaksanakan penyusunan dan pengelolahan.

4.3.1.12.3 Meletakkan hiasan tambahan seperti rambut, manik, dan


lain-lain pada tempatnya yang sesuaid dan munasabah dan ianya boleh
menambahkan

kecantikan

yang

sedia

ada.

Bahan-bahan

yang

digunakan terhad kepada barang asli tempatan sahaja.

4.3.1.12.4 Keseluruhan wau yang dicipta haruslah tulen dan melahirkan


perasaan seperti lemah lembut, tenang, geram dan sebagainya.

55

4.3.2

Hobi/ masa lapang

Permainan wau atau layang-layang dipanggil permainan laman. Hal


ini bermaksud permainan wau adalah permainan yang dimainkan oleh orang
kampung pada zaman dahulu selepas musim menuai padi. Permainan wau
kebiasaannya dimainkan di kawasan lapang seperti sawah padi yang telah
dituai. Hal ini dapat dibuktikan oleh Syed Mahadzir (2009:17) yang
menyatakan:
Permainan ini biasanya dilakukan selepas musim menuai padi
kerana sawah padi adalah kawasan yang sesuai sebagai
tempat bermain layang-layang

(Syed Mahadzir, 2009:17)

Di sini jelas mengatakan bahawa permainan wau adalah permainan yang


dijadikan hobi orang kampung selepas menuai padi. Dalam permainan wau
sebagai hobi pula, ia berbeza dengan cara bermain wau semasa bertanding.
Permainan wau sebagai hobi lebih santai dan tidak terikat dengan peraturanperaturan tertentu. Menurut Shafie Jusoh, wau yang dihasilkan bertujuan
pertandingan, ia memerlukan ketekunan dan ketelitian yang tinggi manakala
wau yang hanya dihasilkan untuk mengisi masa lapang pula hanya
mementingkan ketahanan wau tersebut. Perhiasan, ketinggian, dan kualiti wau
tidak dititikberatkan kerana mereka hanya bermain bertujuan untuk berhibur.

56

Tambahan pula, permainan akan menjadi lebih menarik kerana


orang kampong akan menunjukkan kehandalan mereka. Permainan yang tiada
peraturan diakui lebih menghiburkan berbanding pertandingan. Hal ini kerana
mereka boleh melakukan pelbagai cara untuk menjatuhkan pihak lawan. Hal ini
juga dapat dibuktikan oleh Syed Mahadzir (2009:17) yang menyatakan:

kadangkala

kaca

yang

telah

ditumbuk

hancur

dan

dicampurkan gam kanji disapukan kepada benang layanglayang untuk tujuan merasa iaitu memutuskan benang
layang-layang pihak lawan.
(Syed Mahadzir, 2009:17).

Oleh itu, permainan wau adalah sangat sesuai untuk dijadikan hobi
kerana ia dapat mengumpulkan orang ramai disesuatu kawasan. Selain itu, ia
juga dapat menarik perhatian orang ramai untuk berkumpul sekaligus dapat
mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Dalam pemerhatian pengkaji
di kampungnya iaitu di Johor. Permainan wau atau di johor lebih dikenali
sebagai layang-layang juga amat popular. Setiap petang orang kampung yang
terdiri daripada lelaki berumur akan bermain layan-layang dan diperhati oleh
masyarakat yang kebetulan lalu dikawasan tersebut. Disini dapat dilihat
permainan ini dapat menarik masyarakat untuk mencuba sesuatu permainan
tradisional yang menarik.

57

4.4

Faktor kekurangan pembuat wau

Pembuatan wau yang sukar menyebabkan ramai masyarakat hanya


memilih untuk melihat dan membeli wau. hal ini menguntungkan pihak tertentu
seperti pembuat wau. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak boleh berterusan
kerana permainan wau adalah salah satu tradisi masyarakat Melayu di negara kita.
Oleh itu, pembuat wau perlu berkembang sejajar dengan pereka permainan
teknologi.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, pembuat wau yang terkenal iaitu Shafie


Jusoh atau lebih dikenali sebagai Pak Sapie adalah satu-satunya pembuat wau
yang berpengalaman dan popular. Hal ini diakui oleh masyarakat Kelantan dan
badan-badan kerajaan. Hal ini dapat dibuktikan daripada lambang Wau Bulan yang
terdapat di belakang duit syiling 50 sen. Menurut Shafie Jusoh, lambang tersebut
telah diminta oleh pihak kerajaan kepada Shafie Jusoh sendiri supaya melakar
bentuk Wau Bulan. Menurut Shafie Jusoh lagi, selepas kejadian tersebut, NGO
dan badan kerajaan datang berjumpa Shafie Jusoh memohon agar melakarkan
wau dan meminta sedikit sebanyak info tentang wau. sebagai contoh Pusat
Perlancongan dan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Perhatian yang
diberi oleh badan kerajaan dan NGO, nama Shafie Jusoh mula meningkat naik
sehingga wau sinonim dengan Shafie Jusoh. Selain itu, gambar Shafie Jusoh
selalu terpampang di majalah, poster, dan surat khabar. Hal ini dapat dibuktikan di
dalam iklan perlancongan Malaysia. Oleh hal yang demikian, nama Pak Sapie
meningkat naik dan beliau adalah satu-satunya pembuat wau yang dikenali ramai.
58

Berdasarkan

pemerhatian

pengkaji,

pembuatan

wau

yang

rumit

menyebabkan masyarakat kurang berminat untuk menceburkan diri ke dalam


bidang pembuatan wau. pembuat wau perlu bekerja keras untuk membina sebuah
wau. Pengkaji dapat melihat tidak ramai anak muda yang berminat untuk
menceburkan diri ke dalam bidang pertukangan wau. Hal ini dapat dibuktikan
dengan kunjungan yang dilakukan oleh pengkaji sendiri ke bengkel wau. Di situ
hanya kelihatan Shafie Jusoh seorang sahaja sedang menghasilkan wau. jika
terdapat pembuat wau yang lain, mereka hanyalah dikalangan Shafie Jusoh iaitu
anak beliau Wan Anuar 36 tahun. Hal ini dapat dibuktikan dalam Metro Harian.

biarpun menjadi satu-satunya anak yang mewarisi pekerjaan


bapanya, dia tetap berbangga kerana dapat meneruskan usaha
memartabatkan seni wau.
(Metro Harian, 2014:49)

Selain itu, berdasarkan pemerhatian ilmiah pula, pengkaji dapat melihat


kekurangan pembuat wau dari petikan Rosiah Md Noor dan Mohd Azhar Abd
Manan (2011) menyatakan:

Wau tradisi memerlukan kepakaran tertentu samada dalam


pembuatan wau serta kepakaran menghasilkan wau yang cantik
dekorasinya. Pembuatan wau tradisi mengambil masa yang panjang
dan memerlukan latihan yang berterusan untuk menghasilkan wau
yang sempurna
(Rosiah Md Noor dan Mohd Azhar Abd Manan, 2011:8)

59

Selain itu, pembuat wau juga adalah dalam golongan warga tua. Hal ini
kerana

dari

pemerhatian

pengkaji,

perkembangan

teknologi

yang

pesat

menyebabkan pembuat wau tidak mendapat perhatian di kalangan masyarakat.


Pengeluaran terlalu banyak permainan berteknologi canggih seperti PSP, PS2,
dan banyak lagi memudahkan pemain dan permainan mereka lebih menarik.

Oleh itu, pembuat wau mempunyai masalah dalam mencari pelapis kerana
perkembangan teknologi masa kini. Selain itu, terdapat juga pembuat wau tetapi
mereka telah memasukkan elemen moden ke dalam wau tersebut. Hal ini telah
dinyatakan oleh Rosiah Md Noor at.al, (2011:8) di dalam penulisannya yang
bertajuk Potensi Penghasilan Wau Tradisional Baru Sebagai Item Komersial:

Penciptaan baru Wau tradisi hanya tertakluk kepada menukar bahan


pembuatannya dari buluh dan kertas kepada nilon atau polester dan
fiberglass atau dawai. Kaedah menghasilkan corak pula daripada
teknik potongan kertas (sobek) dan tampalan kepada teknik cetakan
screen.

(Rosiah Md Noor dan Mohd azhar Abd Manan, 2011:8)

Hal ini jelas menyatakan bahawa pembuat wau yang asli tidak lagi menjadi
perhatian. Sebaliknya, remaja sekarang lebih berfikir maju ke hadapan dengan
memodenkan tradisi nenek moyang selama ini. Pembuatan wau yang sukar
menyebabkan pengkaji wau lain mencuba alternatif baru untuk menjadikan wau
lebih moden dan diminati masyarakat. Kemungkinan usaha merekacipta wau
moden ini dapat menarik perhatian masyarakat.
60

Oleh

itu,

pembuat

wau

tradisional

mengalami

kesukaran

dalam

menampilkan diri kerana masalah kesukaran dalam pembuatan wau dan usaha
pengkaji lain untuk mencipta wau moden.

4.5

Kesimpulan

Kesimpulannya, dalam proses pembuatan wau pelbagai perkara yang perlu


dilakukan. Pengkaji menerangkan tentang cara bermain wau kerana telah menjadi
sinonim antara pembuatan wau dengan cara bermain. Hal ini kerana ia
mempunyai kaitan antara satu sama lain. Selain itu, kekurangan pembuat wau
juga mempunyai kaitan dalam kajian ini kerana pengkaji menganggap kajian ini
akan membantu dan menambah perkara-perkara yang kurang dalam kajian
pengkaji lain.

Oleh itu, pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk memenuhi objektif
kajian. Pengkaji juga ingin meluahkan pendapat pengkaji tentang Wau Bulan yang
terkenal di Malaysia. Selain daripada menerangkan proses pembuatan wau,
pengkaji juga menerangkan cara bermain dan syarat untuk bermain wau dari
pelbagai aspek. Pengkaji berharap Permainan Tradisonal Wau tidak pupus ditelan
zaman.

61

Bab 5
Perbincangan dan Kesimpulan

5.1

Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan tentang dapatan kajian


secara menyeluruh. Pengkaji juga mengupas dan mengulas secara terperinci
tentang kajian yang dijalankan. Selain itu, dalam bab ini pengkaji akan member
beberapa pendapat supaya pengkaji dapat mengembangkan ilmu dan pandangan
dari pelbagai aspek agar

5.2

Perbincangan

Permainan Tradisional Wau adalah permainan yang terkenal. Secara


umum, masyarakat mengetahui tentang wau khususnya Wau Bulan. Hal ini kerana
Wau Bulan adalah wau yang popular dan diakui oleh Rosiah Md Noor dan Azhar
Md Adnan, (2011:15) di dalam penulisannya yang bertajuk Potensi Penghasilan
Wau Tradisional Baru Sebagai Item Komersial. Beliau menyatakan Hanya dua
jenis wau tradisi yang akan dijadikan sampel kajian iaitu wau tradisi kebangsaan
iaitu wau bulan dan wau tradisi negeri Johor iaitu wau merak. Pemilihan ini kerana
faktor popularitinya. Walau bagaimanapun, masyarakat hanya mengetahui nama
wau sahaja, namun mereka tidak mengetahui tentang wau secara terperinci
seperti pembuatan wau, cara bermain dan lain-lain.

62

Di sini pengkaji ingin mendedahkan lebih terperinci tentang Wau Bulan dan
sedikit sebanyak tentang wau lain. Proses pembuatan semua jenis wau adalah
hampir sama tetapi mempunyai sedikit perbezaaan dari segi bentuk. Pengkaji
menerangkan secara terperinci tentang membuat wau dengan berkunjung sendiri
ke kawasan kajian iaitu di Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu, Kelantan iaitu di
bengkel Pak Sapie. Semasa pengkaji melihat proses pembuatan wau yang
dilakukan oleh Pak Sapie, pengkaji dapat membezakan cara pembuatan yang
berlainan dari proses pembuatan wau yang dikaji oleh pengkaji di dalam kajian
lain. Menurut Pak Sapie, beliau tidak mempunyai pantang larang yang terlalu
banyak dalam memilih buluh duri. Namun, pembuat wau lain mempunyai pelbagai
pantang larang yang telah ditetapkan. Antara petua dan pantang larang memilih
buluh adalah rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di
dalam semak atau dusun. Selain itu, Pilih buluh yang kelihatan kering, seelokeloknya di tengah rumpun (Perpustakaan Negara Malaysia, 2012:15) . Hal ini
membuktikan bahawa wau dihasilkan melalui pengalaman seseorang pembuat
wau. Wau tersebut akan terbukti ketahanannya dari cara pengkaji memproses dan
memilih material dalam membuat wau.

Berdasarkan cara permainan wau pula, secara umum nya ia kelihatan


sama. Secara umum wau dinaikkan oleh dua orang. Seorang bertugas sebagai
pemegang wau manakala seorang lagi adalah pemegang tali yang dipanggil
dengan nama juru anjung. Permainan wau juga agak rumit, namun ia mengikut
tujuan permainan wau diadakan. Jika wau dimain untuk pertandingan, maka
pelbagai syarat dikenakan kepada pemain supaya permainan berlaku dengan adil.
63

Namun, jika permainan diadakan sebagai hobi, ia boleh dimainkan dengan bebas
dan tanpa syarat. Cara permainan tetap sama cuma bahan yang digunakan
mungkin berbeza. Sebagai contoh, semasa dalam pertandingan, pemain tidak
boleh mengkhianati pemain lain, namun jika permainan bertujuan mengisi masa
lapang, pemain lain boleh mengkhianati pemain lain seperti menyalut kaca yang
ditumbuk halus dan digamkan di tali wau supaya tali tersebut akan memutuskan
tali pemain lain.

Pembuatan wau bukan sahaja dilakukan dengan buluh duri dan


sebagainya, namun pembuatan wau juga boleh dilakukan dengan kertas dan
bersaiz kecil. Hal ini adalah untuk permainan kanak-kanak. Kanak-kanak juga
boleh bermain wau tetapi permainan tersebut adalah untuk mengisi masa lapang.
Paling ringkas sering dimainkan oleh kanak-kanak yang menggunakan kertas
biasa (Amy Azreyan binti Amy, 2004:15).

Selain itu, pembuatan wau yang sukar menyebabkan masyarakat tidak


memandang serius terhadap wau. Mereka lebih memilih untuk menempah wau
kerana proses pembelajaran membuat wau memakan masa yang lama. Masa
yang ditetapkan tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat sekarang yang terlalu
sibuk dengan kerja harian. Mereka lebih memilih pekerjaan yang boleh
menjimatkan masa mereka. Disebabkan hal ini, pembuatan wau sebenar
dilupakan oleh masyarakat khususnya di kawasan bandar.

64

5.3

Keusahawanan

Keusahawanan adalah aktiviti seorang usahawan yang boleh ditakrifkan


sebagai yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk
mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan dan perkhidmatan
dalam ekonomi. Pengkaji mengambil keputusan untuk menghasilkan infografik.
Infografik adalah suatu informasi secara bergambar yang ringkas dan padat.
Pengkaji memilih infografik sebagai produk keusahawanan kerana pembuatan wau
hendaklah disampaikan kepada masyarakat secara terang iaitu berserta gambar.
Oleh itu, masyarakat dapat menerima pengetahuan dengan jelas dan dapat
memahami penyampaian infografik tersebut. selain itu, infografik adalah salah satu
aliran masa kini yang dapat diterima oleh masyarakat kerana ia kelihatan menarik
dan tidak membosankan. Pengkaji menggunakan strategi pemasaran iaitu empat
strategi utama. Strateginya adalah 4P iaitu produk (product), lokasi (place), harga
(price), dan promosi (promotion).

5.3.1

Produk (Product)

Produk adalah barang atau perkhidmatan yang akan ditawarkan


kepada pengguna. Produk yang ditawarkan hendaklah beraedah kepada
pengguna

dan

tidak

membahayakan.

Pengkaji

telah

memilih

untuk

mengeluarkan infografik tentang wau untuk dibaca oleh masyarakat. Pengkaji


juga akan menawarkan perkhidmatan merekacipta infografik mengikut citarasa
pelanggan.
65

5.3.2

Lokasi (Location)

Lokasi merujuk kepada kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat


pemasaran. Sebagai contoh, infografik yang direka berkaitan dengan proses
pembuatan wau. oleh itu, kawasan yang sesuai adalah di dinding sekolah,
muzium, dan buku infografik.

5.3.3

Harga (Price)

Harga yang perlu diletak kepada infografik perlu mengira kos


dalaman dan luaran. Kos dalaman seperti bayaran print, elektrik, pengangkutan
dan lain-lain. Manakala kos luaran pula bergantung kepada harga semasa
infografik di pasaran.

5.3.4

Promosi (Promotion)

Promosi

adalah

aktiviti

untuk

memperkenalkan

produk

dan

perkhidmatan di pasaran. Hal ini dapat membantu pengkaji memperoleh


pelanggan sekaligus meningkatkan jualan. Kebiasaannya promosi dilakukan
secara atas talian seperti Facebook, Instagram, Wechat dan sebagainya.

66

5.4

Cadangan dan Kesimpulan

Pada pandangan pengkaji, cadangan yang ingin diutarakan adalah lebih


kepada keusahawanan. Hal ini kerana pada masa kini setiap perbuatan yang
dilakukan mempunyai satu misi iaitu untuk mendatangkan duit. Dalam permainan
wau juga boleh mendatangkan duit sekiranya mereka pembuat wau dan pihak lain
tahu memainkan peranan masing-masing. Sebagai contoh, pembuat wau boleh
menjual wau kepada pelancong. Pelancong akan hargai wau tersebut kerana
pembuatan wau yang unik dari segi rekabentuk, warna dan saiz.

Walau bagaimanapun, pembuatan wau tradisional ini masih hambar dan


tidak mendapat perhatian ramai. Oleh itu, pengkaji ingin mengemukakan beberapa
cadangan untuk memastikan pembuatan wau boleh diketahui umum secara jelas
dan sistematik. Pada pandangan pengkaji. Pihak yang bertangunggjawab bukan
sahaja perlu mengadakan pertandingan permainan wau, namun pihak tersebut
perlu mengadakan bengkel pembuatan wau. Hal ini boleh memberi pengetahuan
tentang wau secara khusus kepada peminat wau dan masyarakat. Selain itu,
dengan mengadakan bengkel ini, masyarakat akan lebih terbuka dan tertarik untuk
menghasilkan wau.

Setelah bengkel dilakukan, pihak tersebut perlu meneruskan dengan


mengadakan pertandingan pembuatan wau. Di sini kita dapat lihat potensi peserta
dalam membuat wau. wau tersebut akan dikira dari segi kekemasan, warna, dan
cara pembuatan yang betul. Selain daripada mengisi masa lapang dengna perkara
67

yang berfaedah, ia juga dapat memberi pengetahuan kepada peserta tentang


kesukaran pembuatan wau.

Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pihak kerajaan supaya
permainan wau tidak pupus. Selain tiu, pihak kerajaan juga perlu berusaha untuk
mencari pembuat wau yang muda supaya pembuatan wau masih kekal selamalamanya.

68

Lampiran

Gambar A.1: Banner Galeri Wau Pak Sapie

Rajah A.2: Bengkel Wau Pak Sapie


69

Bibliografi
Abd Razak Md Desa. 2014. Turun Ilmu Secara Percuma. Metro harian, 27 Mei.
Ali Hassan Hamat (2010). Pengiat dan Pelayang Wau Tradisional Melayu.
Temubual di rumah beliau di Kuala Terengganu, Terengganu pada 17 Jun
2010.
Amy, Azreyan Amy. (2004). Mengkaji Pengaruh Rekabentuk Dan Berat Wau
Terhadap

Masa Dan Corak Layangan Wau Di Udara. 18.

Bird, B.(1989) dalam Muhammad Abi Sofian Abdul Halim (2009) Etika dan Estetika
dalam Inovasi prosuk Warisan. Buku Prosiding Isu-isu Sastera dan Budaya.
Kota Kinabalu Universiti Malaysia Sabah.
Ghulam-Sarwar Yousof. (2007). Recreational and ceremonial crafts: Malay Kites
and

Tops. In Datok Syed Ahmad Jamal (Ed) The Encyclopedia /Malaysia: Crafts
and The Visual Arts. Singapura: Archipelago Press.98-99.

Hussin b. Haron. 2000. Amy Azreyan. Amy. 2004: Mengkaji Pengaruh Rekabentuk
Dan Berat

Wau Terhadap Masa Dan Corak Layangan Wau Di Udara:.

Selangor: Penerbit UTM.


Institusi Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. 2011. Folio Wau, 2011.
Terengganu: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kasmin Mirun (2010) Pengiat 'Wau Baling', temubual di bengkel beliau di Baling,
Kedah

pada 6 Disember 2010.

70

Mohammad Razy Mohammad Nor. 2000. Amy Azreyan. Amy. 2004: Mengkaji
Pengaruh Rekabentuk Dan Berat Wau Terhadap Masa Dan Corak
Layangan

Wau Di Udara:. Selangor: Penerbit: Universiti Teknologi

Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia, 2012. Permainan Tradisional Malaysia. Kuala
Lumpur:

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Rahim. Syam. 1985. Amy Azreyan. Amy. 2004: Mengkaji Pengaruh Rekabentuk
Dan

Berat Wau Terhadap Masa Dan Corak Layangan Wau Di Udara:.

Selangor:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Rosiah Md Noor dan Mohd Azhar Abd Manan, (2011) Potensi Penghasilan Wau
Tradisional Baru Sebagai Item komersial. Shah Alam: Penerbit Universiti
Teknologi Mara.
Shafie Jusoh. 2014. Pak Sapie Pakar Buat Wau Metro harian, 25 Mei.
Shafie, Jusoh. (2015) Temubual bersama beliau di bengkel beliau di
Cahaya

Pantai

Bulan Kota Bharu, Kelantan pada 28 Oktober 2015.

Sheppard, Mubin. (1978) Living Crafts of Malaysia. Singapura: Times Books


International.
Syed Mahadzir, (2009) Siri Budaya Khas: Permainan Warisan Rakyat. Kuala
Lumpur: Penerbit Perpustakaan Negara Malaysia.

71

Rujukan Internet
Fendi

Abidin

(2011):

http://documents.tips/documents/wau-layang-layang-

china.html 18 Mac 2015


Melissa cunningham (2014): https://www.scribd.com/doc/245317667/Wau 18 Mac
2015
Wan Farabel: https://www.scribd.com/doc/33213109/Wau-bulan 18 Mac 2015

72