Anda di halaman 1dari 3

Garis Panduan Penulisan Penulis Tunas Super

Garis panduan bagi penulisan Tunas Super ini adalah perkara yang dapat
membantu para peserta menulis dengan lebih baik lagi, di samping mengambil kira
beberapa aspek yang menjadi pegangan PTS.

1.0

Format Penulisan
Format penulisan yang perlu diikuti oleh para peserta adalah seperti berikut:
1.0.1 Teks
(1)
(2)
(3)
(4)
(5)
(6)

2.0

Font: Arial/ Times New Roman


Size: 12
Align: Justify
Spacing: Double Spacing (2.0)
Muka Surat: Minimum 100 muka surat
Jumlah Bab: 1 bab perlu ada 10 muka surat

Aspek Cerita
Aspek cerita unsur yang perlu adalah dalam sesebuah cerita. Berikut adalah
unsurnya:
(1) Tema
Tema adalah persoalan utama yang ada dalam sesuatu cerita/karya yang
ditulis.
(2) Watak dan Perwatakan
Watak adalah pelaku yang ada dalam cerita yang ditulis oleh para
peserta. Perwatakan pula adalah gaya watak itu bertindak dalam cerita,
sama ada secara dalaman, iaitu hati, ataupun secara luaran, iaitu fizikal
dan tindakan.
(3) Plot
Plot adalah hal yang menghubungkan antara satu babak kepada babak
yang lain, supaya dapat mewujudkan suatu cerita/ karya yang menarik
untuk dibaca. Plot ini terbahagi kepada beberapa peringkat seperti di
bawah:
(a) Permulaan- Permulaan cerita dan pengenalan watak.
(b) Perkembangan- Konflik dalam cerita mula diwujudkan.
(c) Perumitan- Konflik yang dicipta dalam cerita tadi mula menjadi
rumit.
(d) Klimaks- Kemuncak cerita. Konflik yang ada sampai ke pengakhiran
(e) Peleraian- Penyelesaian konflik yang timbul dalam cerita.

(4) Latar
Latar adalah suasana yang menggambarkan peristiwa yang berlaku dalam
cerita itu dan terhadap watak. Latar terbahagi kepada beberapa bahagian:
(a) Latar tempat
Merujuk kepada ruang dan lokasi cerita itu berlaku.
(b) Latar Masa
Merujuk waktu cerita itu berlaku.
(c) Latar masyarakat
Gambaran masyarakat yang berlaku pada masa itu, dari segi
pergaulan, pemakaian, permainan, pemikiran.
(5) Gaya Bahasa
Gaya bahasa yang perlu digunakan adalah seperti berikut:
(a) Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi
Para peserta perlu menggunakan Bahasa Melayu penuh dalam
penulisan Tunas Super. Hal ini adalah kerana ini adalah prinsip yang
didukung oleh PTS Media Group Sdn. Bhd. dalam memandaikan
bangsa melalui bidang penerbitan.
(b) Syariah Compliance
Syariah Compliance adalah unsur yang tidak bercanggah dengan
agama Islam. Para peserta perlu menulis cerita dengan mengambil
kira isu syariah compliance. Jikalau boleh, elakkan menulis adegan
ataupun isu yang bercanggah dengan prinsip agama Islam.
Sebagai contoh, isu lelaki dan perempuan bukan muhrim
berpegangan tangan adalah satu isu syariah compliance yang tidak
boleh ditulis dalam cerita para peserta.
(c) Perkataan asing
Perkataan asing adalah perkataan daripada bahasa asing seperti
bahasa Inggeris, bahasa Korea, bahasa Sepanyol, dan sebagainya.
Bagi hal ini, para peserta perlu condongkan (italic- I) perkataan
tersebut. Contoh: Alia ingin membeli perfume itu kerana harganya
murah.

3.0

Genre
Bagi penulisan Tunas Super, para peserta boleh menulis berdasarkan
beberapa genre di bawah. Berikut adalah genre yang dapat dipilih oleh para
peserta untuk dijadikan sebagai dasar cerita mereka:

(a) Romantik (Cerita cinta yang tidak melanggar syariah compliance


sekali gus memberi nilai murni yang baik untuk dicontohi oleh
pembaca)
(b) Humor
(c) Persahabatan
(d) Impian/ Kerjaya
(e) Kekeluargaan
(f) Fantasi
(g) Misteri/Penyiasatan/Thriller

4.0

Isu Lain
Untuk isu ini, terdapat beberapa hal yang perlu diambil kira oleh para
peserta. Antaranya adalah:
(a) Para peserta tidak boleh menulis cerita cinta semata-mata (yang
hanya fokus terhadap hubungan antara lelaki dan perempuan bukan
muhrim).
(b) Para peserta tidak boleh menulis cerita yang mempunyai unsur ganas/
gengsterisme melampau.
(c) Para peserta tidak boleh menulis cerita yang mempunyai unsur syirik
atau khurafat.
(d) Semua cerita yang ditulis oleh para peserta perlu ada nilai murni yang
jelas, yang munasabah dan dapat diikuti oleh pembaca.