Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN REFLEKSI BIG

Nama

: Mohamad Khairul Amir Bin Zainudin

No.Matrik

: 125134

No.K/P

: 920414-03-5919
Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia

dan keberkatannya program wajib Bina Insan Guru (BIG) sesi yang ketiga ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Bagi program BIG sesi ketiga kali ini, unit Sejarah telah
memilih untuk mengadakan satu program yang melibatkan Orang Asli. Oleh itu satu
proposal yang bertajuk Program Kemasyarakatan Cakna Orang Asli Kita telah dihasilkan.
Komuniti Orang Asli jarang tampil ke hadapan dan terpinggir daripada arus peredaran
moden yang berlaku di negara kita. Oleh itu, unit Sejarah berasa terpanggil untuk
mengadakan sebuah program kemasyarakatan melibatkan komuniti Orang Asli ini bagi
membuka ruang kepada mereka untuk melibatkan aktiviti dengan orang luar serta
memperkenalkan mereka dengan budaya kita. Sehubungan itu, dengan kerjasama daripada
pihak sekolah Sungai Berua dan Unit Sejarah GSTT, sebuah program kemasyarakatan
dengan komuniti Orang Asli berjaya diadakan. Jutaan terima kasih saya tujukan kepada
pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Sungai Berua dan penduduk Sungai Berua yang
menerima kunjungan kami serta banyak membantu dalam melancarkan perjalanan program.
Seterusnya jutaan terima kasih juga ditujukan kepada penyarah pengiring bagi program ini
yang telah banyak memberikan bimbingan dan memantu perjalanan program ini
terutamanya Mentor unit Sejarah Encik Sazli bin Aziz yang sanggup berpenat lelah bersama
kami dan juga banyak memberikan tunjuk ajar bagi memastikan kelancaran program
lawatan ini. Seterusnya, tidak lupa juga kepada semua rakan dan semua pihak yang telah
banyak memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini.
Tidak dapat dikatakan tidak sepanjang melaksanakan program ini kami turut
menghadapi kelemahan dan kekuatan untuk menjayakannya. Jika dilihat dari aspek
kelemahan, masih lagi terdapat beberapa kelemahan yang masih perlu diperbaiki dan
sedikit sebanyak merencatkan perjalanan program ini pada peringkat awal. Salah satu
daripadanya adalah masalah untuk menghubungi pihak tertentu bagi menjalankan program
kemasyarakatan

ini

serta

penghasilan

kertas

kerja

yang

kurang

memuaskan.

Walaubagaimanapun, kami sentiasa mengambil langkah positif dengan saling bekerjasama


dan membantu memenuhi kelemahan masing-masing dan berusaha untuk memberikan
yang terbaik bagi kelancaran program ini. Oleh itu, kami telah mengambil inisiantif untuk
turun terlebih dahulu di kawasan lapangan yakni perkampungan Orang Asli di Sungai Berua

bagi meninjau dan mendapatkan maklumat

sebanyak yang mungkin untuk digunakan

sepanjang pelaksanaan program nanti.


Seterusnya dari aspek kekuatan pula, sepanjang proses pelaksanaan program
gotong royong ini saya ingin mengaitkan dengan kerjasama daripada rakan sekelas yang
sangat komited dan banyak memberikan kerjasama serta sanggup menghadapi segala
cabaran bersama-sama. Hal ini kerana, walaupun kami menghadapi pelbagai kekangan dan
tekanan sepanjang penghasilan program ini, hasil daripada kerjasama dan komited rakanrakan, proses program ini dapat dijalankan dengan sempurna dengan pengisian yang
sangat mantap. Di samping itu, motivasi dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mentor juga
turut menjadi kekuatan kepada kami untuk melaksanakan program ini. Hal ini kerana,
dengan kehadirannya telah memotivasikan untuk menjalankan tugasan dengan sebaik
mungkin. Tidak lupa juga kerjasama yang luar biasa daripada penduduk Orang Asli Sungai
Berua dan pihak sekolah turut banyak membantu pelancaran program ini dan
mendatangkan

inspirasi

kepada

kami

untuk

mengadakan

lebih

banyak

program

kemasyarakatan yang melibatkan Orang Asli ini.


Apabila mendapat tugasan ini, saya sedari ianya membuka peluang kepada saya
untuk menguasai elemen-elemen asas untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dan
mempunyai pengetahuan yang mantap dalam pengurusan sesuatu organisasi pentadbiran
serta mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang utuh. Hal ini kerana melalui program
BIG ini telah membuka peluang kepada kami untuk mendapatkan pengalaman
menguruskan sesuatu organisasi dan membina ketahanan mental dan fizikal serta
mewujudkan jalinan ikatan ukhwah yang utuh sesama kami. Kesempatan mendapat
tugasan ini akan saya manfaatkan untuk mendalami ilmu yang tersirat dan tersurat di
sebalik tugasan yang diberi dan juga sebagai persediaan untuk melengkapi diri saya
menghadapi dunia pendidikan yang sebenar pada masa yang akan datang.
Seterusnya, tugasan ini bukan sahaja dapat memantapkan lagi hubungan sesama
kami serta dengan masyarakat setempat malah dapat membantu kami untuk meningkatkan
kemahiran insaniah ataupun soft skills, terutamanya dalam membuat kerja secara
berpasukan dan kemahiran megorganisasikan tugasan serta menghubungi pihak-pihak luar.
Di samping itu, kami juga mendapat peluang untuk menonjolkan kemahiran kreatif dan kritis
di dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program.
Akhir

kalam,

tugasan

ini

bukanlah

semata-mata

menjadi

tugasan

untuk

melengkapkan tuntutan program wajib Bina Insan Guru (BIG) sahaja tetapi menjadi salah
satu medium pendidikan kepada saya untuk menambahkan lagi pemahaman mengenai
pelaksanaan sesuatu program dan seterusnya ilmu-ilmu yang diperolehi sepanjang program

akan saya mengaplikaskannya dalam kegiatan aktiviti program lain pada masa akan datang.
Sesungguhnya, ilmu dan pengalaman yang diperolehi ini amat berguna apabila kami keluar
ke lapangan keguruan pada masa yang akan datang. Seterusnya, saya hanyalah manusia
biasa yang tidak mungkin lari daripada melakukan kesilapan, oleh itu, dengan perasaan
rendah diri saya ingin memohon kemaafan andai terdapat sebarang kelemahan dan
kekurangan dalam tugasan ini. Ribuan terima kasih saya hulurkan sekali lagi kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang program ini
dijalankan. Semoga kekurangan yang tidak dapat dielakkan ini dapat dibaiki lagi untuk
tugasan yang akan datang.