Anda di halaman 1dari 3

RAMAI orang terutamanya dari negara dunia ketiga termasuklah di Malaysia

menganggap muzik tidak penting. Muzik sering dikaitkan untuk tujuan


berhibur semata-mata tetapi kalau boleh bikin duit, itu paling bagus.
Sebabnya, di negara kita tidak ramai yang telah menjadi kaya raya kerana
muzik. Kalau ada pun, bilangannya boleh dibilang dengan jari.
Lebih baik jadi doktor, peguam atau apa juga pekerjaan yang lain. Sebagai
budak pejabat sekali pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka ada
gaji tetap setiap bulan.
Itu mentaliti kita tentang muzik. Kita hanya melihat muzik daripada skop
yang cukup sempit. Bidang muzik atau peranannya dianggap tidak penting
seperti kerjaya-kerjaya lain.
Seolah-olah kita menidakkan kekuatan spiritual alunan tiupan saksofon
pemuzik seperti Kenny G misalnya, berbanding terapi seorang doktor sakit
jiwa terhadap pesakitnya.
Mentaliti itu timbul antara lain kerana kita terlalu memikirkan bagaimana
mahu 'membuat duit' daripada muzik. Sedangkan kita malas berfikir
bagaimana mahu menjadikan muzik lebih bernilai daripada duit.
Itu daripada segi tarikan luaran. Apabila bercakap daripada segi dalaman
pula, bagaimana sumbangan muzik dalam mempengaruhi emosi, psikologi,
ketrampilan diri dan pembentukan nilai intelek seseorang?
Ia agak terlalu jauh ke depan. Mungkin kita tidak terfikir sampai ke tahap itu
lagi. Apa pun, ia boleh dimaafkan sesuai dengan taraf kita yang tinggal di
negara membangun.
Bagaimanapun, dalam menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, ramai
juga di antara kita yang telah mulai sedar peri pentingnya muzik.
Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME) contohnya, mengalu-alukan
apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sejak sekian lama
prihatin dalam menerapkan pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah.
Matapelajaran muzik yang diserapkan menerusi ko-kurikulum sekolah
memang suatu pendekatan yang seiring dengan keperluan negara dalam
menuju ke arah negara maju. Bak kata orang, melentur buluh biarlah
daripada rebung.

Sayangnya, minggu lalu terdengar pula ura-ura KPM bercadang mahu


mengurangkan masa 60 minit seminggu yang diperuntukkan dalam
Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah rendah.
Pengurangan waktu dalam matapelajaran muzik itu sedikit sebanyak boleh
menjejaskan hasrat kita dalam melahirkan 'celik muzik' di kalangan generasi
pelapis pada masa depan.
Sebabnya, kuota masa untuk matapelajaran muzik sebelum ini boleh
dianggap tidak penting dan hanya sisipan sahaja. Malah, jumlahnya antara
yang paling sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Dalam isu ini, cadangan KPM yang mahu mengurangkan jumlah waktu
pengajaran dalam matapelajaran muzik yang selama ini memang terlalu
sedikit harus dipertimbangkan semula.
Kita sepatutnya mengambil contoh negara-negara maju seperti Jepun yang
mewajibkan setiap murid gred 1 hingga 9 (tahun 1 hingga tingkatan 3)
mengikuti pelajaran muzik selama 120 minit seminggu.
Boleh dikatakan setiap sekolah di Jepun menyediakan kemudahan dan
peralatan serta bahan pengajaran lengkap untuk pengajaran matapelajaran
muzik.
Sementara di Jerman pula, setiap murid dari peringkat tadika hingga ke gred
12 (tingkatan 2) pula diwajibkan mengikuti matapelajaran muzik sekurangkurangnya 90 minit seminggu.
Pendedahan dalam bidang muzik terutamanya daripada peringkat awal
tumbesaran kanak-kanak amat penting dan dipercayai banyak
mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak.
Tidak hairanlah ramai pakar psikologi Barat yang mendedahkan muzik pada
peringkat dalam kandungan lagi dengan muzik-muzik tertentu seperti
klasikal bagi membantu perkembangan otak janin.
Dunia pendidikan Islam juga tidak ketinggalan menerapkan alunan iramairama tertentu dalam melahirkan insan yang membangun seiring dengan
pengaruh spritual dan jasmani sejak bayi masih dalam kandungan.
Selain itu, pendidikan muzik pada peringkat kanak-kanak juga akan
mendedahkan mereka dengan pelbagai genre dan perkembangan muzik
yang amat luas cabang genre serta daya kreativitinya.
Muzik seharusnya dibincangkan secara lebih intelek bagi mengupas segala
macam nilai pemikiran dan kreativiti dalam penghasilannya. Daripada situ ia

juga boleh diadaptasi ke dalam pelbagai lagi bidang yang merangkumi


kerjaya dan cabang-cabang kehidupan yang lain.
Kalaulah pendekatan ini dipandang serius, kita yakin generasi sekarang yang
banyak didedahkan dengan muzik akan menjadi lebih progresif pada masa
depan.
Pendidikan muzik sejak dari peringkat kanak-kanak secara tidak langsung
akan mudah melahirkan masyarakat yang bukan sahaja 'celik muzik' tetapi
juga tahap apresiasi mereka yang lebih tinggi.
Para peminat kelak tentunya akan mempunyai citarasa dan pemilihan atas
sesuatu karya muzik dengan memilih hanya yang benar-benar kreatif serta
bermutu sahaja.
Tidak hairanlah industri muzik tanah air sekarang ini kelihatan statik kerana
ia antara lain berpunca daripada tahap citarasa, pendedahan dan
pengetahuan kita yang amat cetek dalam bidang muzik.
Pada masa sama, masalah cetak rompak atau hak-hak serta undang-undang
yang berkaitan harta intelek juga mungkin dapat ditangani dengan lebih
mudah pada masa depan.
Ini kerana apalah gunanya negara mencapai status negara maju sedangkan
tahap pemikiran, pengetahuan dan apresiasi kita termasuklah terhadap
muzik masih lagi berada ditakuk seperti negara dunia ketiga?

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2009&dt=0729&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2nYhVwYFv
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai