Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan di bawah.


1. Manakah antara berikut merupakan agama yang dianuti oleh masyarakat di
Malaysia?
I.

Islam

II.

Kristian

III.

Buddha

IV.

Kayan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I,II dan III

2. Pada setiap hari Ahad, Julian sering ke gereja untuk bersembahyang. Apakah
agama yang dianuti oleh Julian?
A. Islam
B. Kristian
C. Hindu
D. Sikh

3. Jiran kamu iaitu Revati menganut agama Hindu sebagai pegangan hidupnya.
Manakah amalan yang mungkin dilakukan oleh Revati?
A. menunaikan ibadat di kuil
B. bersembahyang di Gudwara
C. membakar colok semasa beribadat

D. membaca kitab Injil


4. Keluarga Sani memerlukan bantuan untuk membuat persiapan majlis perkahwinan
anaknya. Sebagai jiran, apakah yang boleh kamu lakukan?
A. bermain di halaman rumahnya
B. membantu menyusun kerusi dan meja di khemah
C. mengajak anaknya pergi memancing
D. menonton televisyen di rumahnya

5. Rumah Syakir telah dilanda banjir kilat pada minggu lalu. Kamu sebagai jirannya
berhasrat untuk membantu keluarga Syakir. Apakah yang boleh kamu lakukan?
A. mendermakan pakaian yang tidak digunakan
B. meminta makanan daripada keluarganya
C. meminta Syakir menyiapkan kerja rumah kamu
D. mengajak Syakir bermain bola di padang

6. Kita mestilah sentiasa membantu jiran yang dalam kesusahan. Antara berikut,
yang manakah kepentingan membantu jiran?
I.
II.
III.
IV.

supaya jiran menyayangi kita


meringankan beban jiran
supaya jiran memuji tindakan kita
mengeratkan hubungan sesama jiran

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I,II dan IV

7. Amalan membantu jiran merupakan satu amalan yang mulia. Bantuan yang
diberikan mestilah _________________ tanpa mengharapkan bantuan.
A. bangga
B. ikhlas
C. gembira
D. bertuah

8. Raihan berasa ___________________ kerana sikapnya yang tidak suka


membantu jiran telah membawa kesusuhan kepada jirannya.
A. kesal
B. seronok
C. bertuah
D. terharu

9. Anak jiran kamu, Suraya jatuh ketika bermain dan mengalami kecederaan di
lututya. Apakah yang patut kamu lakukan?
A. melihat dan mentertawakannya
B. membelinya ais krim supaya dia tidak menangis
C. memberitahu ibu bapanya dengan segera
D. lari dan meninggalkan Suraya keseorangan
10. Jiran kamu telah memberi makanan kepada kucing semasa ketiadaan kamu di
rumah. Apakah yang perlu kamu lakukan sebagai menghargai pertolongan jiran?
A. membawa jiran melancong ke luar negara
B. memberikan buah tangan kepada jiran
C. membenci dan menghina jiran
D. membeli hadiah yang mahal

11. Pada pandangan kamu, mengapakah kita mesti menghargai sumbangan jiran?
A. supaya jiran membenci kita
B. supaya jiran memuji kita
C. supaya jiran memberi wang kepada kita
D. sebagai tanda terima kasih terhadap sumbagan jiran

12. Pilih amalan berhemah yang perlu diamalkan sesama jiran dalam kehidupan
seharian.
I.
II.
III.
IV.

Mengucapkan tahniah atas kejayaan jiran


Bertegur sapa apabila berjumpa jiran
Mendoakan kebaikan dan kesejahteraan jiran
Memalingkan muka ke arah lain apabila berjumpa jiran

A. I,II,III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I,II dan IV

13. Rina mengucapkan _________________ kerana anak jirannya Berjaya dalam


pertandingan syarahan.
A. takziah
B. tahniah
C. salam
D. syabas

14. Anak jiran kamu tertumpah minumannya pada baju kamu semasa majlis sambutan
hari lahir kamu. Apakah tindakan kamu yang sewajarnya?
A. memarahinya di hadapan kawan-kawan lain
B. meminta anak jiran menggantikan pakaian baru
C. memaafkannya dan minta supaya dia berhati-hati
D. menghalaunya supaya pulang ke rumah

15. Kita hendaklah menunjukkan sikap __________________ semasa berbincang


dengan jiran.
A. bangga diri
B. tinggi diri
C. rendah diri
D. iri hati

16. Meminta ______________ apabila melakukan kesalahan terhadap jiran ialah


satu amalan yang baik dan mulia.
A. kasih
B. pujian
C. balasan
D. maaf

17. Suzan sering berkongsi makanan dan barang permainan dengan jirannya. Sikap
yang ditunjukkan oleh Suzan ialah _________________
A. peramah
B. berterima kasih
C. kasih saying

D. suka membantu
18. Antara kepentingan mengamalkan sikap berhemah sesama jiran ialah_________
A. memelihara keharmonian
B. meyakitkan hati jiran
C. menimbulkan pergaduhan dengan jiran
D. mewujudkan permusuhan sesama jiran

19. Johan telah membantu jirannya yang telah tua melintas jalan semasa pulang dari
sekolah. Apakah perasaan Johan dapat menolong jirannya?
A. marah
B. bersyukur
C. benci
D. sedih

20. Dani melayan jirannya dengan buruk semasa jiran berada di rumahnya. Apakah
perasaan jirannya?
A. terharu
B. gembira
C. sedih
D. bertuah

2
0

BAHAGIAN B
Gariskan jawapan yang betul.
1. Di Malaysia terdapat pelbagai (kepercayaan/acara) yang diamalkan oleh
pelbagai agama.

2. Kita perlu menghormati amalan ibadat dan kepercayaan penganut agama lain
bagi mewujudkan masyarakat yang (harmoni/bermusuhan).

3. Menghormati amalan beribadat


(perpecahan/perpaduan) kaum.

pelbagai

agama

dapat

memupuk

4. Sikap menghormati amalan beribadat kaum lain dapat (menjaga/mengguris)


perasaan penganutnya.

5. Amalan menghormati jiran dapat mewujudkan suasana (harmoni/kucar-kacir)


dalam kalangan jiran.

6. Kita perlu mengucapkan (syukur/terima kasih) bagi setiap sumbangan atau


pertolongan jiran.

7. Yati (memperlahankan/menguatkan) bunyi radio ketika jirannya sedang


mengulangkaji pelajaran.

8. Kita mestilah mengucapkan (tahniah/takziah) kepada jiran yang baru


kematian ibu bapanya.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

mengurangkan terima kasih

membalas

terharu

bangga

meluangkan

Nina yang dikasihi,


Saya ingin mengucapkan ribuan _____________________ kepada kamu
kerana sudi menemani saya yang baru pulang dari hospital. Kamu sanggup
________________ masa kamu dan tidak keluar bermain dengan kawan-kawan.
Tindakan kamu telah __________________ rasa sakit yang saya tanggung. Jika
berpeluang, saya akan _________________ jasa kamu pada masa akan datang.
Nina,
Saya berasa _______________ atas keprihatinan kamu terhadap saya.
Saya amat __________________ mempunyai jiran seperti kamu.
Terima kasih, Nina.
Jiranmu,

Alia

Tulis cara membantu jiran berdasarkan situasi di bawah.


Situasi

Cara anda membantu jiran

1. Rani ternampak tong sampah jirannya


jatuh dan sampah bertaburan di hadapan
rumah jirannya yang tiada di rumah.
2. Ibu Ai Ling baru pulang dari pasar dan
membawa banyak barang.
3. Shanti berbasikal pulang dari sekolah. Dia
ternampak jirannya Johan sedang berjalan
kaki ke rumah.
4. Jiran Salina pulang ke kampong dan tiada
di rumah. Salina melihat kucing jirannya
mengiau kelaparan.
5. Sally melihat jirannya sedang mengangkut
barang untuk berpindah ke tempat baru.
6. Adam terjatuh dan kakinya berdarah. Dia
tidak boleh berdiri dan berjalan.
7. Raja mengalami masalah untuk menyiapkan
kerja rumahnya.
8. Anisa berasa lapar dan tidak mempunyai
wang untuk membeli makanan.

1
6

Anda mungkin juga menyukai