Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan
Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan
103
104
105
106
107
Program secara
on-line
merupakan perkembangan baru dalam ICT
dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan
pembelajaran secara
on-line
. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru
Bahasa Inggeris memperkembangkan profesionalisme diri melalui internet
adalah menggalakkan. Antara contoh ialah VirTEC (
Virtual Teacher Education
Center
) yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang guru dalam
perkembangan professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi,
Muhammad Kamarul Kabilan & Azmi Abdul Latiff, 2002).
Sistem Pementoran Sebagai Cara Peningkatan Diri
Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap professional diri guru ialah
sistem pementoran di sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan
intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan
baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan
item soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan mempunyai
seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat,
dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme
mereka. Mengikut Anderson (1987), pementoran merujuk kepada :
...a nurturing process in which a more skilled or more experienced
person, serving as a role model, teaches, sponsors, encourages,
counsels and befriends a less skilled or less experienced person
for the purpose of promoting the latters professional and/or
personal development.
Berdasarkan definisi di atas, ia membawa implikasi bahawa berlakunya proses
perkembangan di mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenal
pasti kebolehan, pengalaman dan kematangan psikologikal seseorang yang
sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada
peningkatan profesionalismenya.
Diskusi di Pusat Kegiatan Guru
Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan
perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk
membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar
topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator
yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri
sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan,
membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka mereflek
dan membincang sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka
akan menjadi
more thoughtful teachers
. Dengan cara ini, guru akan dapat
menambahkan ilmu, ketrampilan dan berkongsi pengalaman bagaimana
hendak memilih strategi terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti yang dinyatakan oleh Fullan dan
Hargreaves (1993) bahawa guru perlukan
interactive professionalism
.
Jurnal IPBA
/ Jilid 3 : Bilangan 2
108
KESIMPULAN
Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan
guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu
membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran
pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari
segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah
yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus
perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.
BIBLIOGRAFI
Anderson, E.M. (1987).
Definitions of mentoring
. Unpublished manuscript.
Bolin, F. S. (1988). Helping student teachers think about teaching [Membantu
guru pelatih berfikir mengenai pengajaran].
Journal of Teacher Education
,
39 (2), 48-54.
Boon, P. Y. (2002). P
elaksanaan kerja kursus berportfolio di kalangan guru
praperkhidmatan.
Disertasi doktor falsafah yang belum diterbitkan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Broadhead, P. (1976). Changing practice, feeling good: Primary professional
development explored [Perubahan praktik: Meninjau perkembangan
profesionalisme asas].
Journal of Education
, 25 (3).
Day, C. (1999).
Developing teachers
: The challenges of lifelong learning
[Perkembangan guru: Cabaran pembelajaran seumur hidup]. London:
Falmer Press.
Dewey, J. (1933).
How we think: A restatement of the relation of reflective
thinking to the educative process
[Bagaimana kita berfikir: Suatu
pernyataan semula tentang hubungan pemikiran reflektif kepada proses
pendidikan]. Boston, MA: Heath.
Fullan, M. & Hagreaves, A. (1993).
Changes forces: Probing the depth of
educational reform
[Perubahan daya: Mengkaji reformasi pendidikan].
London: Falmer Press.
Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990).
Pemikiran Al Ghazali tentang pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kagan, D. M. (1992). Professional growth among preservice and beginning
teachers [Perkembangan profesionalisme di kalangan guru
praperkhidmatan dan guru permulaan].
Review of Educational Research
,
62 (2), 129-169