Anda di halaman 1dari 66

Kebaikan dan Keburukan Telefon Bimbit

Kali ini kita akan membincangkan kebaikan dan keburukan telefon bimbit. Pada masa kini,
telefon bimbit bukan sahaja di gunakan sebagai alat perhubungan malah fungsi nya telah
meningkat untuk kegunaan-kegunaan lain seperti melayari internet, mendengar muzik,
kamera dan sebagainya. Di samping kebaikan teknologi ini, terdapat juga keburukankeburukan yang harus kita tangani dengan bijak.
Kebaikan:1. Alat perhubungan / komunikasi
Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas pembuat telefon
bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di
mana mereka berada. Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang
mana memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang
berada dan telefon awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja.
Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh
berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan sahaja dengan membuat
panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger,
Skype dan sebagainya.
2. Mendapat maklumat terkini
Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya
telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari
internet ataupun menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini
dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan.
3. Sebagai Alat Hiburan
Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana ianya telah dilengkapi
dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan
berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat
golongan kanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pintar
sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para remaja kerana kebolehannya untuk
mengakses laman sosial seperti Facebook dan Twitter
4. Memudahkan Kerja
Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk
mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja

luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi
lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi
pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.
Keburukan:1. Penyebaran khabar angin
Telefon bimbit telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin. Ini berlaku
apabila khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui kiriman sms. Kepada mereka
yang mudah percaya tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah menyebarkan kepada
pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus telah member impak
yang buruk kepada pihak pihak tertentu.
2. Penyebaran unsur-unsur lucah
Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat mudah dengan adanya telefon
bimbit. Kebolehan telefon bimbit untuk memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi
Bluetooth telah memudahkan penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi impak
yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu
perkara-perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan kenaikan
kadar kes tidak bermoral di sekolah.
3. Pembaziran Wang
Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan GPRS yang terlampau
banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa
terpaksa menanggung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh
dengan iklan-iklan yang dipaparkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi yang
sesetengahnya dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah satu
pembaziran yang tanpa kita sedari telah member keuntungan berganda kepada pembekal
servis talian.
4. Pembaziran Masa
Di antara keburukan lain yang dapat di kenal pasti ialah pembaziran masa. Ini berlaku
apabila masa banyak dihabiskan dengan bermain games, melayari laman-laman sosial,
melayan sms/mms dan juga berchatting. Masa yang banyak dengan telefon bimbit telah
menyebabkan masa untuk beriadah, membaca buku, berjumpa kawan-kawan dan masa dengan
keluarga telah terhad. Ini memberi impak yang tidak baik untuk jangka masa panjang.
5. Perbualan di kalangan ahli keluarga / kawan-kawan berkurangan

Kalau kita lihat masyarakat kita di luar sana, hampir semua sibuk dengan telefon bimbit.
Contoh yang ketara apabila kita pergi ke kedai makan, satu keluarga sedang menunggu
pesanan mereka sampai, anak-anak, mak dan bapa semua sibuk dengan telefon bimbit.
Perbualan terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di masa
hadapan?
6. Menjejaskan Kesihatan
Penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan. Mata
terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang terlampau
lama pada screen yang kecil. Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama
menunduk mengadap telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama
membalas sms. Di samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu
kesihatan dalam jangka masa yang panjang.
7. Menjejaskan Pelajaran
Keburukan ini khusus kepada para pelajar di mana pelajaran mereka boleh terjejas
sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa
melayan telefon bimbit. Ianya sekaligus telah melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang
menarik dalam telefon bimbit lebih menarik minat mereka daripada mengadap buku
pelajaran. Sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke dalam kelas, perkara lebih buruk
akan berlaku di mana tumpuan kepada apa yang di ajar oleh guru akan terjejas. Kebenaran
untuk membawa telefon bimbit ke sekolah adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh semua
pihak. Jangan hanya kerana satu dua kebaikan telah menutup empat lima keburukan. Lebih
banyak keburukan daripada kebaikan membawa telefon bimbit ke sekolah.
Inilah antara kebaikan dan keburukan telefon bimbit kepada kita semua. Kita mesti lah
bijak dalam menggunakan telefon bimbit. Gunakan untuk kebaikan dan jauhi keburukan yang
mana boleh member kesan yang buruk kepada kita semua.

KEBAIKAN TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang dimiliki oleh ramai rakyat Malaysia. Pada
masa kini telefon bimbit dianggap sebagal satu keperluan dalam kehidupan seharian.
Telefon bimbit telah banyak mempengaruhi gaya hidup kita pada masa ini. Sebenarnya
terdapat beberapa kebaikan telefon bimbit.
Antara kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagal alat perhubungan.
Contohnya, telefon bimbit membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung untuk
bertanya khabar. Telefon bimbit juga penting kepada pemandu kenderaan apabila berlaku
sesuatu kemalangan di jalan raya. Jika berlaku kerosakan kenderaan pula, pemandu boleh
menghubungi bengkel membaiki kenderaan atau juruteknik untuk membalki kenderaan
tersebut.
Selain itu, telefon bimbit juga boleh dijadikan sebagal alat untuk melayari internet. Pada
masa kini, perkhidmatan internet amat penting kepada para peniaga. Ramai pelajar
universiti dan orang awam juga turut menggunakan perkhidmatan internet ini. Dengan
menggunakan telefon bimbit, kita boleh melayari internet di mana sahaja, pada bila-bila
masa dan dapat memperolehi sesuatu maklumat yang diperlukan dengan cepat.
Seterusnya, kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagai alat hiburan. Dengan
memiliki telefon bimbit, kita dapat mendengar lagu dan rancangan di radio. Pada masa kini,
telefon bimbit juga boleh digunakan untuk menonton rancangan di televisyen. Di dalam
telefon bimbit ini juga ada pelbagai jenis permainan dan permainan ini amat disukai oleh
golongan muda bagi mengisi masa lapang mereka.
Di samping itu, telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai kamera. Kita boleh mengambil
pelbagai jenis gambar dan gambar ini boleh disimpan di dalam komputer atau dicetak.
Telefon bimbit juga boleh berfungsi sebagal alat perakam video. Dengan memiliki telefon
bimbit, kita boleh menjimatkan wang kerana kita tidak perlu lagi membeli alat perakam
video.
Telefon bimbit juga membolehkan kita memasuki pelbagal jenis pertandingan. Kita
berkemungkinan memenangi pelbagai hadiah apabila menyertal pertandingan tersebut. Kita
juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menderma wang melalui sistem pesanan
ringkas (SMS). Dengan menggunakan telefon bimbit, kita dapat melakukan banyak perkara
dengan mudah dalam kehidupan seharian.

Karangan SPM Kesan Penggunaan Telefon Bimbit

Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang
tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain bentuknya yang besar dah sukar dibawa.
Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan
tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang
lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah hampir semua penduduk
dunia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak
ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah ada juga yang telah pun
mempunyai telefon pintar. Persoalannya, adakah telefon bimbit memberi implikasi baik
ataupun impak negatif terhadap masyarakat?
Penggunaan telefon bimbit sudah semestinya banyak membantu dalam komunikasi
harian. Kita tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk
berkongsi ataupun menyampaikan maklumat. Bukan itu sahaja, keselamatan seseorang
individu juga akan lebih terjamin kerana telefon bimbit mudah digunakan bagi mendail
pihak polis atau sesiapa sahaja dalam masa kecemasan. Perkara sebegini amat penting
terutamanya bagi seseorang pelajar yang berada dalam kecemasan. Perkongsian matlumat
tentang pelajaran atau kerja rumah juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan
adanya telefon bimbit.
Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga dapat merapatkan silaturahim sama
ada dengan rakan atau sanak saudara terutamanya yang berada jauh di perantauan. Kita
dapat menelefon orang tersayang bagi mengubati rindu dengan kos yang tidak terlalu mahal.
Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 3G, kita dapat membuat membuat panggilan video kepada
orang tersayang. Teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu selain mengukuhkan
silaturahim dalam kalangan sanak-saudara.
Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik
penggunaannya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif
terhadap penggunanya. Pertama, kebanyakan orang yang menggunakan telefon bimbit tidak
menggunakannya untuk kebaikan. Hal ini demikian kerana ramai yang menggunakan khidmat
pesanan ringkas untuk tujuan menghantar pesanan ringkas yang tidak berguna seperti
memikat seseorang, menghantar pesanan sekadar menghilangkan kebosanan dan sebagainya.
Perkara ini akan membawa kepada pembaziran dan seterusnya meningkatkan kos sara
hidup.Bukan itu sahaja, pelajar sekolah juga dapat menggunakan telefon bimbit untuk
meniru dalam peperiksaan, menganjurkan aktiviti jenayah dan juga menyebarkan video lucah
di sekolah. Perkara sebegini akan menyebabkan keruntuhan moral yang teruk bagi generasi
muda negara ini.

Di samping itu, sikap remaja zaman sekarang yang suka bersaing dalam mengejar
kecanggihan juga amat membimbangkan. Hal ini demikian kerana bukan mereka yang
menanggung kesusahan tetapi ibu bapa yang perlu bermandi peluh dalam merealisasikan
hasrat anak mereka memiliki telefon bimbit canggih. Bagi golongan yang berpendapatan
menengah rendah, sudah pasti perkara ini menjadi beban kepada mereka. Bagi golongan
menengah atas pula, mereka sering memanjakan anak mereka dengan membelikan telefon
pintar atau telefon canggih lain sehingga mengabaikan tanggungjawab demi pekerjaan
semata-mata.
Seterusnya, mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara
maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat
mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini demikian kerana gelombang elektromagnet yang
terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang
berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan
seterusnya menyebabkan kanser otak. Perkara sebegini amat membimbangkan terutama
kepada usahawan ataupun khidmat pelanggan yang perlu menggunakan telefon untuk jangka
masa yang panjang dalam sehari demi pekerjaan mereka.
Tuntasnya, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh kita terima daripada
penggunaan telefon bimbit, kita juga akan menerima kesan negatif daripada penggunaan
telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jadi, seseorang perlu bijak dalam
menggunakan telefon bimbit agar tidak terlibat dalam kancah pembaziran, jenayah ataupun
dihidapi penyakit kronik.

Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon
bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya
golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang
bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja
dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja
dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit.
Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus
perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak
dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan
ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada
bila-bila masa kerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar
mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS).
Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi
keluarganya yang berada di Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya
mahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon
awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu
mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan.
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan
telefon bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan
penggunakan telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal
ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung,
darah baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila
melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa
menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan
walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di
badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah
melayu,ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan
penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan
pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan.
Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita
acapkali tersentak dengan masalah pasangan yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan
telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan

pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan
perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa
menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan
pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit
juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti
perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas
(Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service,
MMS), dikenakan bayaran. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut
dan berlapar untuk membayar bil telefon bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku
yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang
semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga
menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon
bimbit. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan
lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan
dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan,
yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi
arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu
dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi
ayam sahaja untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon
bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara.

Karangan Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

1 Malaysia, slogan yang telah diperkasa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak membawa seribu erti kepada negara.
Pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak
ansur agama selama ini pastinya dapat diperkukuhkan dengan laungan slogan 1 Malaysia.
Sensitiviti pihak kerajaan yang sentiasa berusaha menyuburkan semangat perpaduan dalam
masyarakat heterogen perlu diberi pujian. Bagaimanakah perpaduan kaum menatijahkan
impak positif kepada negara? Tuntasnya, tepuk dada tanya selera.
Secara dominan, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Keharmonian sesebuah
negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya akan membuka ruang
untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara. Hal ini
pastinya mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat yang mementingkan kerjasama bak
kata pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni serta secara tidak langsung
dapat mengikis sikap individualistik. Tamsilnya, organisasi masyarakat yang berbeza latar
belakang, agama dan adat resam mampu duduk semeja berjuang mempertahankan
keharmonian negara daripada dicabuli pihak tertentu. Hal ini pastinya, dapat mengeratkan
perpaduan kaum di negara kita dan negara bertambah gah di persada dunia.
Nama negara juga akan disanjungi dan meningkatkan imej negara di mata dunia.
Malaysia pastinya akan menjadi role model kepada negara-negara di pentas dunia,
seterusnya akan dapat meningkatkan imej negara. Di negara lain, perpaduan
berkemungkinan berada pada tahap yang amat rendah jika dibandingkan dengan negara kita
yang mempunyai masyarakat yang bersatu padu. Contohnya pada 31 Oktober 2006,
dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri Britain mempelajari pengalaman
Malaysia mengekalkan formula perpaduan. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat yang cinta
akan watan, kita perlu melaksanakan langkah-langkah proaktif bagi mengekalkan perpaduan
antara kaum kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Selain itu dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi Malaysia pasti
bertambah mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomi Malaysia yang
mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara serantau yang
berhempas pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnya pelabur asing tidak bimbang
untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita yang aman dan damai, sekali gus
dapat menjana ekonomi supaya terus berkembang. Sebagai contohnya rakyat yang bersatu
padu akan berusaha mengerah keringat bagi memastikan negara terus maju dan
menggembeleng tenaga memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat

diharapkan agar asas perpaduan yang telah lama bertapak mampu diperkukuhkan dan
diperkasakan lagi.
Di samping itu, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam masyarakat juga
dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, salah satu
sumber ekonomi negara adalah dalam sektor pelancongan yang dapat menjana ekonomi
negara. Asas perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik di samping kepelbagaian adat
resam yang membentuk identiti sesebuah masyarakat dapat memikat hati pelancong untuk
berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong amat tertarik dengan kepelbagaian kaum di
negara kita iaitu terdiri daripada tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang
dapat menonjolkan imej negara. Hal ini, seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong
dan dapat menjana ekonomi Malaysia secara tidak langsung.
Konklusinya, terdapat pelbagai kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat di negara ini. Rakyat Malaysia amat diseru agar mempertahankan
maruah bangsa hingga ke titisan darah yang terakhir dan memakmurkan bumi Malaysia
melalui perpaduan. Ingatlah, Keranamu Malaysia, di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Oleh itu, semua pihak perlu menggembeleng tenaga bagi memurnikan dan
mengekalkan perpaduan antara kaum.

Kepentingan Perpaduan Kaum

Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum


Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya
terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula
ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga
rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan.
Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu
tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia.
Tambah pula, aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan
Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan
kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat
Malaysia.
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik.
Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur
pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik
kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif
yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan
dan perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah
memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi
membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah
menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak
kata pepatah Melayu pucuk dicta, ulam mendatang kerana kedua-duanya memberikan
faedah kepada Malaysia.
Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui
bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri
daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan
kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul
Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain
telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang
tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang
telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia
telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita
standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia.
Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri
teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian
negara,

Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan
ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham
Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang
membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum
yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud
semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan.
Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan
taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya,
usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk
perpaduan kaum.
Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi
tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu
tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama
kita menghayati cogan katabersatu teguh, bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi
kesedaran kita tentang peri pentinghidup bersatu-padu.

Langkah-langkah memupuk perpaduan

Perpaduan merujuk kepada suasana dan ikatan mesra antara rakyat dalam sesebuah
negara. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal
menghambat. Isu perpaduan kaum bukanlah sesuatu isu yang baharu di negara kita bahkan
telah menjadi fokus perbincangan dalam media massa dan buah mulut dalam kalangan
rakyat. Senario ini amat mengecewakan kerana pembangunan negara kita yang pesat sejak
merdeka akan terjejas disebabkan pergaduhan dan pergolakan politik dalaman. Tiada
penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik haruslah dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga akar
umbi.
Peranan ibu bapa dan barisan pendidik merupakan wahana dalam membina generasi
masa hadapan yang mementingkan keharmonian antara kaum. Dalam institusi keluarga, ibu
bapa merupakan entiti mithali kepada anak dan perlu menunjukkan teladan baik. Contohnya,
ibu bapa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran setangga dengan mesra tanpa mengira
bangsa, kaum dan anutan agama. Maka, sejak usia muda anak akan terpengaruh untuk
meneladani sikap ibu bapa yang menghormati kaum lain, bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah daripada rebungnya. Barisan pendidik di sekolah juga memainkan peranan signifikan
dalam menerapkan nilai murni ke dalam sanubari anak murid. Melalui pengajaran subjek
pendidikan moral dan sivik kewarganegaraan, barisan pendidik dapat memberikan bimbingan
dan nasihat yang berterusan untuk membentuk sahsiah positif dalam para murid. Yang kita
pastikan ialah gabungan usaha antara ibu bapa dengan barisan pendidik dapat memupuk nilai
perpaduan dalam generasi muda.
Selain itu, pada masa ini juga aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan
kaum di negara kita. Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat
memupuk semangat bekerjasama bak aur dengan tebing untuk membersihkan dan
mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman. Aktiviti sebegini mampu menjamin
keceriaan kawasan kediaman masyarakat dan juga membuka ruang serta peluang komunikasi
antara jiran tetangga. Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka haruslah diperkukuh di
negara kita. Rumah terbuka merupakan kaedah pemupukan perpaduan yang efektif kerana
dapat mendedahkan masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak
langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan hubungan erat bak isi dengan
kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain, aktiviti kemasyarakatan merupakan saluran yang
paling berkesan untuk memupuk perpaduan kaum.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa merupakan
rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi ini. Dalam konteks
mengukuhkan perpaduan kaum, media massa seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk menyebarkan mesej dan informasi positif tentang kepentingan bersatu padu. Sebagai
analoginya, stesen penyiaran tempatan boleh menyiarkan program yang berunsur perpaduan
dan mempunyai pelakon yang berbilang pelbagai bangsa. Siaran program sudah pasti dapat
menerapkan nilai perpaduan dalam jiwa masyarakat secara berunsur-unsur terutamanya jika
unsur hiburan turut diselitkan dalam program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan kaum
akan tercapai dengan lebih mudah melalui peranan media massa.
Dalam sistem perundangan negara kita, rakyat diberikan hak kebebasan bersuara.
Namun demikian, rakyat Malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh
mencetuskan provokasi kaum. Rakyat negara kita haruslah mengawal nafsu diri dan tidak
mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu sensitif dan kontroversi. Hal ini dapat
mengelakkan muhibah dan perpaduan kaum daripada terjejas kerana bak kata pepatah,
mencegah lebih baik daripada mengubati. Justeru, peranan rakyat sendiri tidak boleh
dinafikan kepentingannya dalam usaha memupuk perpaduan kaum di negara kita.
Konklusinya, perpaduan merupakan tunjang dan asas negara Malaysia. Semua pihak
haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk memainkan peranan masingmasing dalam menerbitkan semangat perpaduan dalam sanubari sendiri dan orang lain. Jika
semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,
insyallah perpaduan rakyat dapat dicapai dan diggenggam erat. Dengan ini diharapkan
peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 dapat dielakkan daripada berulang kembali. Demi
merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama menyeru sahutan
kerajaan dan berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu.

Langkah Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia


Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia
tidak asing lagi dengan tema sambutan yang silih berganti. Jika slogan tersebut dibaca dan
diteliti, ia akan membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang
kaum, budaya dan agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling menghormati antara
satu sama lain serta saling membantu sesama jiran tetangga.
Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan
kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian,
perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan
keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan
dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip
mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan
memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa
menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah,
melentur buluh biar dari rebungnya.
Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu
bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari
lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anakanak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.
Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai
bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila
golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang
berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan
hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri
mereka dapat berkembang dengan sempurna.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan
semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat
diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru
hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek
sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.

Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk


menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan
bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut,
guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan
mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata,
pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan
di peringkat sekolah.
Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar
dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan
permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkanpelajar-pelajar
agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai
tahun 2013.
Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat
kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami
peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah
tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang
dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai
semangat perpaduan dalam diri mereka.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan
yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara,
mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan
kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.
Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan
kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan
antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin
kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi
antara jiran tetangga berlainan bangsa.

Punca Gejala Sosial Terhadap Remaja


Pada zaman pascakemerdekaan ini, isu gejala sosial dalam kalangan remaja semakin
berleluasa dan menjadi fokus perbincangan serta tajuk utama akhbar-akhbar di Malaysia.
Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes gejala sosial
seperti kes buang bayi, pergaulan seks bebas, mat rempit dan sebagainya terus meningkat
saban tahun tanpa titik noktahnya. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar
berterusan. Lantas, sebelum nasi sudah menjadi bubur, marilah kita mengkaji punca
berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja untuk menangani masalah ini dengan efisien.
Antara punca gejala sosial termasuklah masalah institusi keluarga. Keluarga
merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari segi mental mahupun dari segi fizikal.
Kita dilindungi daripada masalah dan pancaroba di dunia luar. Maka, ibu bapa berperanan
penting sebagai entiti mithali untuk menyerap nilai murni ke dalam sanubari anak. Namun,
sekiranya ibu bapa leka mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan dan
mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pembentuk keperibadian dan sahsiah remaja,
mereka akan kehausan kasih sayang ibu bapa dan berasa tersisih. Maka, mereka akan
terdorong untuk terjebak dalam kancah negatif seperti vandalisme, gengsterisme dan lainlain. Sudah terang lagi bersuluh, kebanyakan remaja yang terjebak dalam gejala sosial
datang daripada institusi keluarga yang kurang sempurna.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyumbang ke arah gejala sosial. Rakan
sebaya mengambil alih tanggungjawab ibu bapa kita semasa di luar. Rakan yang berpengaruh
positif mampu membentuk sahsiah yang mahmudah dalam diri remaja. Namun, rakan yang
bersikap negatif akan mengundang kemudaratan kepada kehidupan kita seperti api yang
mampu membinasakan kehidupan. Rakan sebegini mencabarkan remaja untuk melanggar
peraturan sekolah dan menyebabkan mereka terjerumus ke dalam lembah kemudaratan. La
Rouchefoucauld pernah mengungkapkan "Keinginan paling besar kadang-kala mempunyai
komanya, tetapi sifat bermegah mengganggu kita tanpa titik noktahnya". Lantas, remaja itu
akan mengalami keruntuhan akhlak dan mempunyai masa hadapan yang gelap kerana telah
dicemarkan dengan niat yang salah.
Seterusnya, pengaruh media massa turut mengundang isu sosial dalam kalangan
remaja. Dalam menempuh era globalisasi yang sarat dengan alat teknologi yang semakin
berkembang dengan pesat bak cendawan tumbuh selepas hujan, remaja telah dipengaruhi
oleh media massa cetak dan elektronik. Terdapat segelintir remaja yang kurang berfikiran
matang menyalahgunakan internet dan dipengaruhi oleh paparan laman web yang kurang
sihat. Misalnya, aksi-aksi keganasan, kelucahan dan sebagainya. Remaja dipengaruhi oleh

budaya hegemoni Barat yang mementingkan dunia hedonistik semata-mata. Akhirnya,


remaja akan melakukan gejala sosial seperti pergaulan seks bebas, berlari dari rumah,
menagih dadah dan lain-lain. Bak kata pepatah, nila setitik rosak susu sebelanga.
Natijahnya, masyarakat kita turut dianggap berminda kelas ketiga dan tidak aman.
Terbuktilah bahawa pengaruh media massa mampu mendatangkan penularan budaya negatif
dalam generasi muda kini.
Punca dominan lain ialah tekanan di sekolah. Tatkala remaja diberikan terlalu banyak
kerja rumah atau tekanan untuk berjaya dalam peperiksaan, mereka akan mencari kaedah
untuk melepaskan kemarahan dan tekanan mereka. Misalnya, menghisap dadah, ponteng
sekolah, melakukan vandalisme dan lain-lain. Mereka akan mengabaikan tanggungjawab
mereka sebagai seorang pelajar dan asyik menggunakan jalan belakang untuk menyelesaikan
masalah di sekolah. Jelaslah bahawa gejala sosial turut berpunca daripada tekanan emosi
dan minda dalam institusi persekolahan.
Tuntasnya, remaja ibarat pahlawan kerdil tetapi penuh keberanian. Semua pihak
haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk menangani masalah gejala sosial
yang mencengkam dan membelenggu masyarakat. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan. Sekiranya setiap lapisan masyarakat dapat melestarikan kewajipan masingmasing, pastilah kita dapat membina golongan remaja yang berwawasan dan bakal menjadi
modal insan negara. Imam Al-Bukhari pernah mengungkapkan "Jika anda ingin melihat masa
hadapan negara, lihatlah golongan remaja yang ada sekarang." Bersama-sama kita
membanteras gejala sosial dalam kalangan remaja untuk mewujudkan masyarakat yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Maka, negara kita akan mencapai aspirasi Wawasan 2020
sebagai negara yang disanjungi di persada antarabangsa.

Masalah sosial dalam kalangan remaja


Masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan fenomena yang semakin
membimbangkan kita pada hari ini. Masalah seperti penagihan dadah, salah laku pelajar,
pergaulan bebas dan sebagainya semakin berleluasa dan kian meningkat. terdapat banyak
faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja ini.
Salah satu daripanya ialah krisis keluarga yang menyebabkan kwalan sosial ke atas
anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh
dan mendidik anak-anak mereka dengan baik dan sempurna. Keadaan ini bertambah buruk
apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang sibuk dengan tugas mereka di pejabat sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.
Akibatnya, terdapat anak-anak yang melarikan diri daripada rumah, bergaul dengan rakanrakan yang tidak sepatutnya dan dari situlah bermulanya segala masalah sosial yang disebut
di atas.
Di samping ibu bapa, masalah ini juga berpunca daripada pengaruh media massa.
Dalam zaman teknologi yang berkembang pesat ini, para remaja mudah terdedah kepada
pelbagai pengaruh yang negatif melalui internet dan banyak saluran yang laim sehingga
minda mereka mudah diracuni oleh unsur-unsur yang kurang sihat. Di sampin itu, tuntutan
modenisasi yang turut memberikan tekanan kepada remaja yang inginkan kebebasan untuk
lepas daripada kongkongan ibu bapa dan menuntut hak individu juga memyebabkan remaja
menolak autoriti ibu bapa yang mengawal tingkah laku mereka.
Masalah sosial ini juga berkait rapat dengan kemerosotan disiplin di sekolah.
Disebabkan ada segelintir pihak sekolah yang tidak mengenakan hukuman yang tegas
terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin, maka mereka ini akan berani untuk
melakukan perbuatan yang sama. Tabiat buruk ini akan dibawa oleh mereka apabila
meninggalkan bangku persekolahan kelak. Hal ini sudah tentu akan memberikan persepsi
yang negatif oleh masyarakat terhadap mereka dan juga menyukarkan proses kemasukan ke
pendidikan tinggi serta alam pekerjaan memandangkan testimoni pelajar oleh pihak sekolah
bersifat negatif.
Untuk mengurangkan masalah sosial ini, ibu bapa haruslah mendidik dan menerapkan
nilai-nilai murni serta ajaran-ajaran agama yang sempurna kepada anak-anak supaya mereka
menjadi remaja yang bermoral dan berakhlak mulia. Ibu bapa perlu memahami masalah
anak-anak mereka dan menjadikan anak mereka sebagai kawan dan bukannya lawan. Selain
itu, ahli keluarga yang lain seperti abang dan kakak juga berperanan dalam memastikan
adik-beradik dipantau dengan sempurna.

Di peringkat sekolah pula, para guru amat berperanan dalam mengawal pelajar
mereka daripada melakukan gejala sosial. Sikap lepas tangan sesetengah guru seharusnya
tidak dicontohi kerana pelajar merupakan tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah.
Para guru juga harus peka dan sentiasa terbuka kepada mendengar masalah pelajar serta
menasihati mereka secara baik. Di samping itu, disiplin di sekolah juga perlu
dipertingkatkan. Hubungan erat antara ibu bapa dan guru perlu dipertingkatan supaya ibu
bapa sentiasa mendapat maklum balas daripada guru yang mengajar anak-anak mereka.
Pihak sekolah juga seharusnya memperhebatkan Unit Kaunseling untuk membantu pelajarpelajar yang bermasalah supaya mereka tidak berasa terpinggir.
Kesimpulannya, untuk membendung masalah sosial ini daripada terus menular, pihakpihak yang terlibat harus berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing. Jika
semua pihak dapat mengemblengkan usaha dalam mengatasi masalah sosial dalam kalangan
remaja ini, sudah pasti masalah ini dapat diselesaikan sehingga ke pakar umbi.

Kesan-kesan Masalah Gejala Sosial


Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan
dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara. Remaja pada hari
ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan
datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan
masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian
meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata
masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.
Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang
individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh
memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Kesan Ke atas Individu
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang
tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak
mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik
akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan
perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.
Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya
dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya,
kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya,
sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala
sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi
kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk.
Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan
keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik
dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.
Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan
yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat
daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya
akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan
tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya

masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran,
perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan
melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini
sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihakpihak
yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan
datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu
terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang
akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat
di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curigamencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku
pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini
melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan
meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja
semakin meningkat.
Kesan Ke atas Negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan
menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal
ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan
sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak
yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga
akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos
perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar
akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu
menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya
akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang
kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.
Rumusan
Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat
khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan
dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian

yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak,
beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada
set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan
Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan
dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat,
menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh
Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem
hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang
sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.
Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan
jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang
beretika dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv,
filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat.
Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan
tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja
membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan.
Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan
disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam
menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenaran
keadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang
ta'at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara.

Langkah-Langkah Mengatasi Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja


Pada era globalisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja begitu membimbangkan dan
berleluasa. Secara umumnya, gejala sosial ini dikaitkan dengan perlakuan negatif yang
dilakukan oleh remaja marcapada in. Malah, gejala sosial yang melibatkan golongan remaja
bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan tetapi juga membabitkan kelompok remaja
kelas menengah dan atasan. Hal ini berlaku kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat
mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana. Oleh itu, langkah-langkah segera
perlu diambil oleh pihak berkenaan untuk mengekang kemelut ini daripada terus menular.
Pada hemat saya, peranan diri sendiri merupakan peranan utama bagi mengatasi
gejala sosial ini. Hal ini demikian kerana apa-apa yang dilakukan adalah berdasarkan
kehendak dan kemahuan diri sendiri. Sekiranya diri sendiri tidak mahu melakukan itu, maka
kita tidak akan melakukannya. Sudah terang lagi bersuluh, sesetengah kajian menyatakan
apa-apa yang berlaku atas kemahuan diri sendiri. Oleh itu, kita perlulah muhasabah diri
sebelum menunding jari kepada sesiapa. Dengan ini, kebejatan moral dalam kalangan remaja
boleh dikurangkan seterusnya dapat membuka jendela kepada kemajuan dan pembangunan
negara.
Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengekang masalah gejala sosial ini.
Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam
mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja adalah
sedikit. Sebaliknya, ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi rakan anak-anak. Sebagai
contoh, kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Di samping
itu, ibu bapa juga harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan
seksual mereka. Sebagai contoh, mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan intelektual.
Dengan ini perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan
ibu bapa dan sebaliknya mereka mampu membina jati diri sendiri. Sehubungan dengan itu,
institusi kelurga penting. Paling penting perlu dititik beratkan ialah soal agama. Ibu bapa
perlulah mendidik dan mengajar mereka dengan didikan agama yang kamil kepada anak-anak
sejak kecil lagi. Hal ini bersesuaian dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa juga menyemai benihbenih salah laku dalam kalangan remaja. Saluran media massa seperti televisyen, filem dan
majalah perlu mendidik remaja agar tidak terlibat dengan kemelut kebejatan moral.
Sebagai contoh, siaran yang memaparkan remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di
media massa sebagi motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja juga

sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sebaliknya dasawarsa ini, remaja mudah terikut-ikut dengan watak pelakon yang membawa
aksi negatif ini, malah, mereka juga berasa bangga. Hal ini tidak wajar. Sebaliknya, aksi
yang baik perlulah dipamerkan di media massa untuk diikut oleh mereka. Tuntasnya, media
massa memang berperanan untuk mengurangkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan
remaja hingga ke peringkat akar umbinya.
Selain peranan ibu bapa dan media massa, masyarakat sekitar juga tidak boleh lepas
tangan bagi menyelesaikan masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja ini. Janganlah
mengambil jalan mudah dengan bersikap menutup sebelah mata apabila terserempak dengan
remaja yang terlibat dengan kemelut kebejatan moral. Sebaliknya, masyarakat seharusnya
menegur tindakan golongan remaja ini. Jika sekiranya teguran ini tidak dapat diterima,
laporkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya. Tanggapan bahawa
usaha untuk memerangi masalah moral ini hanyalah terletak kepada pihak kerajaan sematamata tidk sewajarnya berlaku. Setiap anggota masyarakat perlu berganding bahu bagai aur
dengan tebing. Sikap mementingkan diri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing perlulah dikikis dalam diri. Dengan ini, usah membanteras kemelut kebejatan
akhlak ini berjaya.
Walhasil, pelajar-pelajar khususnya remaja mesti dikekang daripada melibatkan diri
dala kegiatan sosial yang negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka merupakan
orang yang bakal mengambil alih bagi menerajui pucuk kepimpinan negara. Hal ini persis
peribahasa peribahasa pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Segenap lapisan
masyarakat mesti menggembleng tenaga demi membanteras kegiatan sosial yang negatif ke
akar umbi. Kemelut ini nescaya dapat ditangani dengan adanya penggemblengan tenaga
daripada semua pihak kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, marilah
kita bersama-sama bekerjasama seperti kata perumpamaan ini bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini daripada terus
menular.

Langkah-langkah mengatasi gejala sosial


Pada era globalisasi ini, kehidupan remaja sering diuji dengan pelbagai cabaran. Kita
sering diuar-uarkan dengan berita-berita yang negatif mengenai remaja melalui corongcorong media massa dan media elektronik. Sebagai contohnya, remaja ponteng sekolah,
remaja melepak di puasat beli-belah, remaja yang sudah berjinak-jinak dalam kegiatan
dadah dan yang acap kali kita dengar ialah perihal perihal remaja yang sudah terlanjur dan
mengandungkan anak luar nikah. Apabila terjadinya perkarayang sebegini, muncul pula kisah
pembuangan bayi, pembunuhan bayi yang suci lagi tidak berdosa dan sebagainya yang mana
sudah sering kali kedengaran dan dipaparkan di kaca televisyen sehingga membuatkan kita
sudah lali dan jemu dengan berita yang wajar dianggap tidak bermoral ini. Kebejatan akhlak
yang sebegini tidak harus dipandang enteng oleh masyarakat khususnya keluarga kerana
masalah ini bukan sahaja memberi impak yang negatif terhadap remaja, malahan turut
merosakkan institusi kekeluargaan. Sejajar dengan itu, masyarakat akan memandang serong
terhadap keluarga tersebut kerana kealpaan si anak yang membuat onar. Orang tua-tua
pernah berkata, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga amat sinonim dengan situasi
kebejatan sahsiah remaja ini. Oleh itu, suatu yang positif perlu dilakukan untuk menangani
masalah keruntuhan moral remaja ini. Usaha yang proaktif perlu dijana untuk membendung
serta menyelesaikannya, agar kehidupan remaja akan lebih terjamin masa depannya.
Koklusinya, tanpa berpadu tenaga, kejayaan tidak mudah dicapai. Jelaslah kita kini, bahawa
ramai pihak mempunyai peranan masing-masing agar remaja kini tidak hanyut dengan dunia
mereka yang penuh dengan cabaran.
Masalah keluarga boleh dianggap sebagai cabaran utama remaja. Hal ini kerana,
keluarga yang bermasalah amat memberi impak negatif terhadap remaja. Hal ini boleh
dikaitkan dengan permasalahan ibu bapa remaja. Mutakhir ini, suami dan isteri sering kali
bertengkat antara satu sama lain walaupun disebabakan perkara-perkara yang remehtemeh. Namun, dengan sikap dan sifat yang tidak mahu mengalah dan mementingkan diri
sendiri serta keegoan yang tinggi telah menyebabkan keharmonian dan keburukan sebuah
institusi kekeluargaan musnah seterusnya, apabila sudah tidak bertahan lagi, mereka
mengambil keputusan yang singkat iaitu penceraian. Tanpa memikirkan nasib anak-anak
mereka, ditambah pula dengan keegoan yang meninggi dalam diri masing-masing, penceraian
tetap diteruskan. Kesudahannya, anak-anak hidup tanpa perhatian dan kasih sayang yang
secukupnya daripada ibu bapa mereka. Lontaran itu, si anak mula hilang rasa hormat
terhadap orang tuanya dan lebih gemar melepak dengan rakan-rakannya lalu menyebabkan
sesuatu yang buruk berlaku sepertimerempit, merompak, meragut, menari di kelab-kelab

malam sambil meneguk alkohol yang memabukkan dan berbagai-bagai lagi perkara yang
negatif. Inilah antara masalah atau cabaran yang menghadapi masalah keluarga. Sepatutnya,
ibu bapa yang merupakan tonggak keharmonian sesebuah keluarga perlu memainkan peranan
yang penting demi kesejahteraan anak-anak. Oleh itu, mereka haruslah pandai dan bijak
menyelesaikan perbalahan antara mereka supaya anak-anak tidak dapat menghidu masalah
mereka. Dalam konteks ini, ibu bapa juga harus memberikan perhatian dan kasih sayang
yang sewajarnya kepada anak-anak agar kebejatan sahsiah remaja kini tidak melanda anakanak mereka di samping keharmonian kekeluargaan terjamin. Kepada ibu bapa yang
berkerjaya dan berkaliber, mereka sepatutnya tidak mencurahkan segala masa terhadap
kerjaya semata-mata. Hal ini kerana, anak yang mula melangkah ke alam remaja harus diberi
perhatian supaya gejala-gejala yang tidak sihat dapat dibendung kerana jiwa remaja masa
ini gemar mencuba sesuatu yang baru. Jelaslah kini bahawa ibu bapa harus memainkan
peranan yang penting demi kesejahteraan anak-anak mereka agar keruntuhan sahsiah
remaja dapat dikekang.
Pada hemat saya, pengaruh rakan sebaya juga turut mendatangkan masalah serta
berpotensi meruntuhkan sahsiah dan moral remaja. Hal ini kerana, bagi remaja, rakan
sebaya merupakan orang yang paling hampir dengan dirinya. Tidak dapat disangkal bahawa
kini remaja lebih gemar menghabiskanmasa mereka bersama-sama rakanmereka
sepertimelepak dan berbual kosong antara mereka. Sekiranya remaja salah memilih rakan,
tentunya akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap mereka. Mereka berkemungkinan
terikut-ikut dengan tingkah laku yang negatif seperti merokok, ponteng sekolah, mencuri
malahan juga ada remaja trsebut terlibat dengan jenayah berat seperti membunuh dan
rompakan senjata api. Dalam konteks ini, secara automatiknya remaja tersebut akan
disabitkan kesalahan yang telah dilakukan. Pada waktu begini, semestinya rakan sebaya
tersebut tidak akan membantu tetapi bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Oleh itu, langkah yang terbaik yang harus dilakukan oleh remaja ialah bijak
memilih rakan. Rakan yang baik mendorong remaja bersikap positif. Sebaliknya, rakan yang
tidak berdisiplin, lama-kelamaan remaja itu juga turut bersikap seperti itu. Bak kata
pujangga, jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan berbau wangi, manakala jika
berkawan dengan tukang besi, kita akan mendapat percikan apinya. Konklusinya, pemilihan
rakan sebaya amat penting dalam membendung kemelut keruntuhan moral remaja kini.
Pada zaman yang serba moden ini, media massa dan media elektronik juga turut
memberikan masalah kepada remaja kini. Hal ini disebabkan, kebelakangan ini media massa
sering kali menyiarkan dan memaparkan cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur yang
negatif seperti lucah dan tidak bermoral. Dalam hal ini, remaja boleh keruntuhan akhlak

merek lalu menyebabkan mereka alpa dengan kesalahan mereka sehingga membawa ke dlam
kancah penzinaan yang hina. Justeru, pihak yang berkenaan seperti kerajaan perlu
mengambil tindakan dengan menapis paparan yang tidak bermoral dan lebih banyakkan
rancangan yang berunsurkan nilai-nilai murni seperti motivasi, forum agama dan ceritacerita yang bertemakan pengajaran. Hal ini sedikit sebanyak mampu menyedarkan remaja
tentang pentingnya nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini juga, ibu bapa
harus dikaitkan dan ibu bapa mestilah peka serta memantau aktiviti anak-anak mereka
supaya tidak hanyut dek cabaran dunia remaja. Sejajar dengan itu ibu bapa harislamenjadi
idola atau contoh teladan yang baik terhadap anak-anak mereka, bak kata pepatah, ke mana
tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Izharnya, media massa amat berkait rapart dengan ibu
bapa dalam usaha menangani kebejatan sahsiah diri remaja.
Selain daripada itu, remaja sendiri juga mempunyai peranan yang amat penting dalam
membendung diri mereka dari terjebak dengan gejala sosial yang kian meruncing kini. Hal ini
kerana, gejala sosial yang membimbangkan ini berkait rapat dengan diri remaja sendiri.
Selaras dengan itu, remaja haruslah mempunyai anjakan paradigma dalam diri masingmasing iaitu suatu peralihan pemikiran. Dalam konteks ini, remaja prlulah berfikiran rasional
dan berpandangan jauh dalam melakukan sesuatu perkara. Baik buruknya sesuatu itu
haruslah dikenal pasti terlebih dahulu sebelum mengambil langkah yang seterusnya. Dalam
pada itu, remaja juga perlu lebih mendisiplinkan diri mereka di samping memperbanyakkan
lagi ilmu agama dalam diri masing-masing. Seperti mana yang diketahui, agama adalah
pelindung daripada segala keburukan. Oleh itu, jelaslah kita kini bahawa diri remaja sendiri
terlibat dalam usaha mengekang kemelut kebejatan moral remaja ini dari terus
membimbangkan ramai pihak.
Konklusinya, kehidupan remaja sememangnya penuh dengan onak dan duri. Oleh itu,
ibu bapa, masyarakat dan pihak yang tertentu perlu menggembleng tenaga bagai aur dengan
tebing sering bekerjasama untuk membendung dan menangani kemelut remaja ini daripada
terus menular berleluasa. Langkah yang bersepadu akan dapat melahirkan generasi yang
berwawasan dan berakhlak mulia. Remaja pada hari ini merupakan modal insan yang bakal
menjadi tonggak kepada masa depan negara kelak. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Tuntasnya, remaja haruslah bijak menghadapi cabaran dunia kini dan masa hadapan
agar dapat berbakti dan membela diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Punca Berlakunya Kes Penderaan Kanak-kanak dan cara-cara menangani masalah ini
Penderaan merujuk kepada penderaan secara fizikal dan mental terhadap manusia.
Penderaan kanak-kanak bukanlah suatu isu yang baharu di Malaysia bahkan telah menjadi isu
yang membelenggu masyarakat di negara kita. Jika diselak dada akhbar, kita akan
mendapati bahawa bilangan kes penderaan kanak-kanak di Malaysia terus meningkat tanpa
titik noktahnya bak cendawan tumbuh selepas hujan. Sebenarnya, anak-anak merupakan
anugerah Tuhan yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka
merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Maka benarlah bahawa
kanak-kanak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkannya. Ironinya,
apa yang berlaku, harapkan pagar, pagar makan padi. Mengikut laporan yang dikeluarkan
oleh Utusan Malaysia baru-baru ini, sebanyak 70 peratus kes penderaan kanak-kanak
dilakukan oleh ibu bapa sendiri manakala 30 peratus dilakukan oleh pengasuh dan pembantu
rumah. Senario yang menggemparkan ini haruslah ditangani secepat mungkin. Persoalannya,
apakah punca yang menunjangi masalah sosial ini dan apakah cara mengatasinya? Saya akan
rangkaikan satu per satu.
Masalah institusi keluarga merupakan salah satu pemangkin berlakunya kes
penderaan kanak-kanak. Dalam banyak kes, penderaan dilakukan oleh ibu bapa yang
menghadapi konflik kekeluargaan seperti hubungan rapuh antara suami dan isteri akibat
campur tangan pihak ketiga. Maka, pergaduhan antara suami dengan isteri akan berlaku dan
seterusnya penceraian. Senario ini menyebabkan produktiviti ibu bapa di tempat kerja
merosot dan seterusnya tekanan oleh majikan pun meningkat. Ditambahkan pula dalam
perjalanan pulang ke rumah, masalah kesesakan jalan raya akan meningkatkan ketegangan
emosi dan stres ibu bapa. Ibu bapa yang tidak berfikir matang mampu melepaskan geram
dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek. Sudah terang lagi bersuluh, tekanan
emosi ibu bapa dalam institusi keluarga yang tidak terkawal akan mengakibatkan kanakkanak menjadi mangsa penderaan.
Selain itu, kesempitan hidup juga menyumbang kepada kes penderaan kanak-kanak.
Masalah kewangan dan kos hidup yang tinggi menyebabkan ibu bapa terpaksa membanting
tulang di dunia luar. Situasi ini mendorong ibu bapa untuk menyerahkan anak kepada orang
lain, misalnya saudara terdekat untuk menjaga dan membesarkannya dengan janji akan
memberikan kadar upah yang tertentu pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, apabila ibu
bapa gagal untuk memberikan upah seperti yang dijanjikan, maka saudara yang tidak
berperikemanusiaan akan mendera kanak-kanak dengan tali pinggang, mencucuk mereka
dengan puntung rokok ataupun membiarkan mereka dalam keadaan kelaparan. Yang
menggemparkan lagi, terdapat segelintir pengasuh yang melakukan keganasan seksual

terhadap kanak-kanak itu. Apabila anak bertemu dengan ibu bapa semula, ibu bapa yang
prihatin akan mendapati bahawa tubuh anak mereka lebam dan lemah dan seterusnya
melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Namun demikian, terdapat sesetengah ibu bapa
yang tidak mempedulikan hal ini kerana tidak mahu menjejaskan hubungan kekeluargaan
dengan saudara mereka. Jelaslah bahawa masalah kewangan semasa membesarkan anak akan
mengakibatkan kes penderaan kanak-kanak berlaku.
Di samping itu, kekurangan didikan agama dalam kalangan ibu bapa merupakan faktor
lain kejadian penderaan kanak-kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama yang menjamin
keutuhan dan perpaduan sesebuah institusi keluarga. Agama juga memberikan panduan
terbaik dalam menguruskan keluarga. Namun demikian, terdapat ibu bapa yang tidak
mempraktikkan ajaran agama mereka dan ibarat kapal tanpa nakhoda. Kedangkalan ilmu
agama akan menyebabkan sesebuah keluarga dipandu dengan cara yang kontra dengan
didikan agama kerana bak kata pepatah, bengkok batang bengkoklah bayangnya. Hal ini
menyebabkan ibu bapa bersikap bagai haruan makan anak dan sanggup mendera darah
daging sendiri. Kajian menunjukkan bahawa pendera kanak-kanak ramai yang merupakan
pasangan muda. Hal ini disebabkan pasangan muda masih berkelakuan seperti remaja dan
tidak berfikir secara logik ataupun rasional. Tambahan pula, orang muda sering berdarah
panas dan mudah naik angin dengan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan anak-anak.
Penghayatan ajaran agama yang tidak mantap akan menyebabkan pasangan muda tidak
mampu berfikir dengan alasan dan bukti yang nyata serta mencurahkan kasih sayang penuh
terhadap anak-anak mereka.
Untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan perlu
diimplimentasikan dengan rancak. Melalui pendidikan ini, ibu bapa akan didedahkan kepada
cara betul untuk mendidik anak-anak dan melayan pasangan mereka dengan baik. Mereka
perlu diberikan kesedaran bahawa penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang
dilarang keras oleh agama dan undang-undang. Melalui kempen "Keluarga Bahagia", ibu bapa
akan dididik tentang tanggungjawab mereka dalam membina institusi keluarga yang bahagia
dan sejahtera. Mereka perlu berusaha untuk memajukan cara-cara menjaga dan mendidik
anak serta menyayangi mereka bak menatang minyak yang penuh. Pendidikan ini perlu
diberikan tekanan dan bukan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Terbuktilah
bahawa ibu bapa perlu kerap dididik tentang cara-cara untuk hidup berkeluarga bagi
mengurangkan masalah penderaan kanak-kanak.
Selain itu, peranan masyarakat amat signifikan dalam usaha membendung masalah
penderaan kanak-kanak daripada terus menular. Masyarakat haruslah membuang sikap
seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan usahlah mementingkan

diri sendiri. Sebaliknya, masyarakat patutlah sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling
mereka. Jika mendapati bahawa terdapat salah seorang jiran yang melakukan penderaan
terhadap anak-anak, kita haruslah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis secepat
mungkin. Lagipun, pengawalan keselamatan di kawasan kediaman penduduk seharusnya
diperketat untuk memastikan tiada mana-mana pihak yang berani mendera kanak-kanak
sesuka hati. Dalam konteks ini, masyarakat haruslah menyemai sikap jaga tepi kain orang
dan melakukan rondaan bergilir untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada
berlaku. Jelaslah bahawa semangat kejiranan yang tinggi dapat membantu membanteras kes
penderaan kanak-kanak kerana terdapat semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Seperkara lagi, langkah lain untuk mengurangkan bilangan kes penderaan kanak-kanak
ialah penguatkuasaan undang-undang. Parlimen mestilah menggubal rang undang-undang bagi
mencegah perbuatan mendera kanak-kanak kerana bak kata pepatah harimau ditakuti
disebabkan giginya. Mereka yang bersalah mesti dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan
hukuman berat. Anggota masyarakat sepatutnya berani tampil ke muka pengadilan untuk
menjadi saksi. Pesalah-pesalah ini perlu dianggap sebagai penjenayah dan dihukum rotan
atau dipenjara. Hukuman ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan kesedaran kepada
pesalah serta amaran kepada pasangan lain supaya tidak mendera anak-anak mereka. Sesi
bimbingan dan kaunseling juga patut diberikan untuk menyedarkan pasangan bersalah
tentang tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Usaha ini perlu diimplimentasikan
berlandaskan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jelaslah bahawa pihak
kerajaan berperanan penting dalam usaha menangani masalah penderaan kanak-kanak.
Tuntasnya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras
oleh agama dan sisi undang. Semua pihak perlulah menggembleng tenaga dan berganding
usaha untuk membanteras gejala ini dengan mencari resolusi hingga ke akar umbi. Jika
setiap pihak memainkan peranan masing-masing, pastilah kes penderaan kanak-kanak akan
ditangani kerana bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Maka,
masyarakat kita tidak lagi dibelenggu oleh isu ini dan dapat hidup dengan sejahtera. Akhir
kata, kanak-kanak merupakan aset negara yang akan meneruskan pembangunan negara dan
mengharumkan nama negara di pentas dunia serta mencapai Wawasan 2020, iaitu visi
mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Karangan Isu Penderaan Kanak-Kanak (Sebab Berlaku)


Soalan :
Isu penderaan kanak-kanak merupakan isu yang tidak habis-habis diperkatakan,
walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Berita-berita
tentang kanak-kanak yang didera sering dipaparkan.Pada pendapat anda, mengapakan gejala
ini berlaku?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak itu seperti kain putih. Dia
dilahirkan dalam keadaan bersih dan tidak berdosa, dan kedua-dua ibu bapa merupakan
pihak yang bertanggungjawab untuk mencorakkan kain putih tersebut. Ini menunjukkan
peranan ibu bapa yang begitu afdal dalam menentukan anak yang dilahirkan menjadi insan
yang sempurna. Si anak perlulah diberi kasih sayang yang secukupnya. mereka haruslah
dibelai, didodoi, dan diberi segenap perhatian. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku,
harapkan pagar dan pagar makan padi. Pada hakikatnya, kenyataan ini mempunyai
kebenarannya. Ini telah terbukti apabila sesetengah ibu bapa terlibat dalam penderaan
kanak-kanak. Jika diselak dada akhbar sesekali kita akan digemparkan dengan berita
penderaan kanak-kanak yang dipaparkan di dada akhbar. Mengapakah fenomena negatif ini
akan berlaku? Adakah ibu bapa telah melupakan tanggungjawab mereka dalam mencorakkan
kain putih tersebut? Kita semua haruslah mengkaji masalah ini secara mendalam dan
berusaha dengan giat bagi mengatasi masalah yang semakin kronik dan melarat ini dengan
konsep jika tiada angin yang bertiup masakan pokok akan bergoyang dan dengan keyakinan
bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya.
Salah satu punca berlakunya fenomena negatif ini adalah kerana masalah dalaman
sesebuah keluarga. Kajian menunjukkan penderaan sering dilakukan oleh orang yang
berdekatan atau mempunyai pertalian darah dengan anak-anak yang menjadi mangsa.
Contohnya, pihak yang biasanya menjadi titik permulaan kepada penderaan kanak-kanak
termasuklah ibu bapa, ayah dan ibu tiri, ataupun ibu dan bapa saudara. Dalam banyak kes,
penderaan dilakukan oleh ibu bapa yang menghadapi konflik kekeluargaan seperti hubungan
yang rapuh antara suami dan isteri akibat daripada campur tangan pihak ketiga. Apabila
keadaan ini berlaku, produktiviti terhadap kerja ibu bapa tentulah akan merosot. Mereka
seterusnya akan diberi tekanan oleh majikan supaya meningkatkan produktiviti. Kalau tidak,
ibu bapa akan menghadapi risiko untuk dipecat oleh majikan. Dalam perjalanan pulang ke
rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi masalah kesesakan jalan raya yang akan
menambahkan ketegangan mereka. Apabila sampai di rumah pula, ibu bapa terpaksa
menghadapi karenah anak-anak yang selalunya menginginkan perhatian dan kasih sayang

daripada ibu bapa. Semua masalah yang bertali arus ini amat menekan perasaan. Keadaan ini
menjadi lebih serius apabila ditambah pula dengan kenaikan harga minyak belakangan ini
yang menyebabkan kos kehidupan semakin tinggi. Apabila tertekan, ibu bapa pula akan
menjadikan anak-anak sebagai tempat melepaskan geram dan anak-anak itu didera.
Selain itu, sejarah hitam ibu bapa pada masa kecil juga menjadi satu punca
berlakunya penderaan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak
sering dilakukan oleh orang yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa mereka dalam
alam kanak-kanak dahulu. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa beranggapan bahawa mereka
pernah menjadi mangsa penderaan dan anak-anak mereka pun patut mengalami kesakitan
dan penderitaan yang pernah dialami oleh mereka. Biasanya, keadaan ini akan berlaku kerana
ibu bapa mengalami penyakit mental dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Penderaan yang
berterusan pada peringkat umur yang rendah sememangnya akan meninggalkan kesan
trauma yang mendalam dalam jiwa anak-anak. Di samping itu, ibu bapa juga berpendapat
mereka dapat memuaskan diri dari segi psikologi apabila mendera anak-anak. Semua ini
telah menyebabkan titik permulaan di mana si anak akan dimarahi, ditengking dan tidak
dihiraukan ataupun dipedulikan. Keadaan ini akan menjadi lebih kronik apabila ibu dan bapa
mengamalkan salah guna bahan berbahaya seperti dadah dan minuman keras untuk mencari
ketenangan. Apabila ibu bapa berada dalam keadaan mabuk akibat meminum minuman
beralkohol atau berkhayal akibat penyalahgunaan dadah , mereka tidak akan menyedari akan
pembuatan mereka sendiri apabila mendera anak-anak mereka. Anak merupakan anugerah
tuhan yang tidak ternilai harganya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap insan menjaga dan
membimbing anak tersebut ke arah yang benar.
Selain itu, kesempitan hidup yang dihadapi oleh sesebuah keluarga juga menjadi
antara faktor berlakunya penderaan kanak-kanak. Ini kerana ibu bapa tidak mampu
menanggung perbelanjaan membesarkan si anak dan terpaksa menyerahkan anak kepada
orang lain, misalnya saudara terdekat untuk menjaga dan membesarkannya dengan janji
akan memberikan kadar upah wang yang tertentu pada setiap bulan. Maka, saudara tersebut
pula berjanji untuk menjaga si anak dengan harapan akan mendapat upah wang seperti yang
dijanjikan pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, apabila ibu bapa gagal untuk memberi
upah wang seperti yang dijanjikan, maka saudara yang tidak memberi pertimbangan pula
akan menyebabkan si anak menghadapi akibatnya. Kadang-kala, penjaga akan memukul si
anak dengan tali pinggang, mencucuk si anak dengan puntung rokok ataupun membiarkan si
anak dalam keadaan kelaparan. Yang menyedihkan lagi , terdapat sesetengah penjaga akan
mengejutkan masyarakat apabila si anak tersebut dianiaya melalui keganasan seksual.
Apabila si anak bertemu dengan ibu bapa semula, ibu bapa yang prihatin akan mendapati

bahawa tubuh si anak menjadi lebam dan lemah dan seterusnya akan melaporkan kejadian ini
kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa pula tidak mempedulikan hal
ini kerana tidak mahu menjejaskan hubungan kekeluargaan antara mereka dengan saudara
mereka.
Di samping itu, kurangnya pendidikan agama dalam kalangan pasangan suami isteri
juga merupakan antara penyebab masalah penderaan kanak-kanak. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa kebanyakan ibu bapa ada memperoleh didikan agama. Walau
bagaimanapun, tidak ramai dala kalangan ibu bapa yang mengamalkan ajaran agama mereka.
Keimanan ibu bapa pula akan menjadi tidak utuh akibat daripada penghayatan agama yang
tidak kuat. Jika penghayatan agama kuat, tidak mungkin ibu bapa akan berkelakuan bagai
haruan makan anak dan sanggup mendera darah daging sendiri. Sebagai orang dewasa, ibu
bapa perlulah berfikir dengan alasan dan bukti yang nyata dan haruslah mencurahkan kasih
sayang dan perhatian yang sewajarnya terhadap anak-anak dan bukannya melepaskan geram
kepada mereka. Kajian menunjukkan mereka yang sanggup mendera darah daging sendiri
merupakan pasangan muda. Ini kerana pasangan muda menganggap bahawa hidup mereka
masih remaja dan tidak berfikir secara logik ataupun rasional. Selain itu, mereka pun belum
bersedia untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Di
samping itu, orang muda pula sering berdarah panas dan mudah naik marah dengan
kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak seperti merosakkan harta benda
rumah, menangis sepanjang waktu , menconteng buku, dan sebagainya. Ini akan
menyebabkan kesabaran ibu bapa mula cair dan anak-anak pula akan menjadi sasaran
kemarahan ibu bapa.
Konklusinya, punca berlakunya kes-kes penganiayaan terhadap kanak-kanak ini
bermula dari rumah. Ibu bapa sepatutnya membela, memberi naungan dan memelihara hak
kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Ibu bapa juga haruslah
berusaha untuk mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak
di samping menanam sikap sayang-menyayangi antara mereka. Selain itu, semua pihak
seperti ibu bapa, guru-guru, kerajaan serta masyarakat juga perlulah bertanggungjawab
dalam menyelesaikan masalah ini. Setiap pihak perlulah berganding bahu untuk
menyelesaikan masalah ini dan bukannya menuding jari ke arah pihak lain. Sebenarnya,
pelbagai usaha telah diambil untuk mengatasi fenomena negatif sebelum ini tetapi usaha
tersebut bagai hujan jatuh ke pasir kerana usaha yang diambil tidak berterusan serta tidak
berkekalan. Oleh itu, usaha baik yang diambil oleh setiap pihak perlulah dilakukan secara
konsisten dan bukanlah hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh masyarakat untuk menangani masalah penderaan
kanak-kanak dan masalah pembuangan bayi.
SOALAN: PELBAGAI CADANGAN DAN TINDAKAN DIAMBIL OLEH PELBAGAI PIHAK
UNTUK MENANGANI GEJALA PEMBUANGAN BAYI DAN PENDERAAN KANAK-KANAK
TETAPI MASALAH INI MASIH BERLELUASA. BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH
YANG PERLU DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT UNTUK MENANGANI GEJALA BURUK
INI DARIPADA TERUS BERLAKU.
Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini,gejala pembuangan bayi dan penderaan
kanak-kanak amat berleluasa di negara kita, Malaysia. Namun,gejala-gejala tersebut bukan
lagi isu yang hangat lagi kerana telah menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini. Hampir
setiap hari media massa memaparkan berita yang berkaitan dengan gejala pembuangan bayi
dan penderaan kanak-kanak,tidak ketinggalan juga di corong-corong radio tempatan yang
juga sering menyampaikan masalah-masalah tersebut. Namun, golongan yang tidak
bertanggungjawab tersebut masih tidak mempunyai kesedaran serta perasaan malu apabila
berita-berita sedemikian disebarkan sehingga setiap lapisan masyarakat menyaksikan
perbuatan kejam yang telah mereka lakukan ke atas golongan yang tidak berdosa ini.
Walaupun mereka telah ditangkap dan dipenjarakan sehingga terdapat kes yang membawa
mereka untuk dijatuhkan hukuman sampai mati. Hal ini jelas menunjukkan hanya manusia
yang tidak mempunyai nilai moral yang boleh bertindak kejam seperti binatang yang tidak
mempunyai akal fikiran seperti manusia.Bak kata pepatah janganlah sudah terhantuk baru
tergadah.
Pelbagai pihak telah bersinergi untuk menangani masalah tersebut daripada berlaku,
namun tetap menghampakan kerana tidak begitu efektif. Hal ini terbukti apabila gejala
pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke hari sehingga
tahap yang kritikal. Bagi membendung masalah-masalah seperti ini daripada terus menular
dalam kalangan golongan yang tidak bertanggungjawab ini, masyarakat sendiri haruslah
memainkan peranan mereka untuk membantu mengatasi gejala-gejala tersebut. Masyarakat
haruslah membuang sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
dengan mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keadaan di sekeliling mereka. Oleh
sebab itu, masyarakat haruslah menanamkan sikap jaga tepi kain orang untuk mengetahui
apa yang telah berlaku di sekeliling mereka terutamanya dalam usaha membendung gejalagejala sosial tersebut daripada berlaku dalam kalangan remaja ataupun muda-mudi pada
zaman moden ini. Sementelahan pula, masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan
yang tinggi. Hal ini amat penting bagi mereka untuk saling mengambil berat serta
mengeratkan lagi hubungan silaturahim.Tambahan pula, perpaduan antara masyarakat dapat

dikukuhkan lagi. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu membanteras gejala sosial
daripada berlaku kerana adanya semangat bersatu-padu dalam kalangan masyarakat.
Selain itu,masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik
anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini amat penting bagi mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya dapat
membezakan antara kebaikkan dan keburukkan dalam melakukan sesuatu tindakan. Hal ini
penting bagi ibu bapa untuk memainkan peranan mereka. Bagi sesiapa yang bergelar ibu dan
bapa kapada anak-anak mereka, wajarlah mereka bersikap tegas terhadap anak-anak supaya
mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta rasa hormat dan taat kepada orang tua
tersemai dalam diri mereka. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka tidak terlibat
dalam pergaulan sosial yang melampau seperti pergaulan bebas daripada berlaku. Justeru,
ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal segala aktiviti harian anak-anak
mereka dengan lebih ketat. Di samping itu, ibu bapa sendiri haruslah menjadi teladan yang
baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana remaja mudah terpengaruh dengan
faktor persekitarannya. Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh sebab
hal yang demikian, ibu bapa haruslah mempunyai pendidikan keagamaan yang kukuh supaya
dapat disemaikan dalam diri anak-anak mereka. Pendidikan keagamaan merupakan satu
langkah yang terbaik dalam mencegah segala perbuatan negatif yang menyumbang kepada
gejala pembuangan bayi aakibat pergaulan seks bebas dalam kalangan golongan yang tidak
bermoral ini.
Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada berlaku,peranan
masyarakat haruslah diutamakan. Masyarakat haruslah sentiasa peka dengan keadaan di
sekelilingnya. Jika mendapati terdapat salah seorang jiran yang melakukan penderaan
terhadap anak-anak, mereka haruslah segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak
polis secepat yang mungkin tanpa mempedulikan ancaman daripada jiran mereka. Selain itu,
pengawalan keselamatan di sekeliling kediaman penduduk haruslah diperketatkan. Hal ini
amatlah penting bagi memastikan tidak ada seorang pun yang berani membuang bayi secara
sesuka hati serta dapat memastikan kanak-kanak mendapatkan perlindungan daripada
didera serta disakiti oleh mana-mana pihak yang tidak bermoral itu. Dalam usaha ini,
penduduk setempat sendiri haruslah melakukan rondaan secara bergilir-gilir untuk
memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini serta mencurigakan daripada
berlaku.
Akhir sekali, masyarakat haruslah menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian serta amalkan gaya hidup sihat. Masyarakat juga haruslah mempunyai kesedaran
yang tinggi tentang natijahnya jika terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti gejala

pembuangan bayi akibat perhubungan yang terlanjur dan tidak ingin mempunyai anak haram
serta dipandang hina oleh orang lain sehingga menemui jalan buntu iaitu membuang bayi
yang tidak berdosa tersebut di merata-rata tempat. Sebaliknya masyarakat haruslah
melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang telah dianjurkan oleh pihak
kerajaan mahupun swasta seperti Kempen Membanteras Gejala Pembuangan Bayi. Hal ini
dapat mendedahkan natijah yang akan diperoleh seandainya terjerumus dengan perbuatan
negatif tersebut. Dengan adanya kesedaran yang tinggi, masyarakat secara automatik akan
menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala sosial. Hal ini akan menurunkan
kadar gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak.
Sebagai intihanya, masyarakat haruslah bersinergi dengan pelbagai pihak dalam usaha
menangani gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak daripada berlaku serta
mencari resolusi hingga ke akar umbi supaya gejala buruk ini dapat dibanteras dan dihalang
daripada terus membelenggu setiap lapisan masyarakat di negara ini. Bak kata pepatah
sikap bagai aur dengan tebing haruslah diamalkan antara satu sama lain. Hal ini penting bagi
menjadikan negara kita bebas daripada gejala buruk supaya pembangunan negara tidak
terjejas disebabkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bermoral ini. Tambahan pula,
matlamat negara untuk mencapai Wawasan 2020 akan direalisasikan serta imej negara
dipandang tinggi di mata dunia.

Manfaat Amalan Membaca


Membaca jambatan ilmu. Namun budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih
rendah. Kajian menunjukkan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua
buah buku setahun. Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang
berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara maju di dunia ibarat duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sedar akan pelbagai
faedah yang bakal diperoleh apabila mereka membaca? Sebenarnya sudah terang lagi
bersuluh bahawa terdapat pelbagai manfaat apabila seseorang mempraktikkan budaya
membaca.
Ilmu penyuluh kehidupan dan membaca buku dapat menambahkan pengetahuan. Hal ini
demikian kerana melalui pembacaan seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada
yang berlaku di dalam negara atau di luar negara. Oleh hal yang demikian mereka tidak akan
menjadi seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, melalui pembacaan, pembaca
berpeluang mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dunia. Umpamanya mereka dapat
mempelajari tamadun Mesopotamia, Indus, Hwang Ho, Mesir Purba dan lain-lain. Pembaca
juga dapat mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik dan berbeza di negara
yang berlainan. Oleh itu, untuk memupuk budaya membaca ini, kita perlulah menggalakkan
anak-anak ke perpustakaan dan membeli bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka
kerana banyak membaca luas pengetahuan dan membaca ialah jendela ilmu.
Amalan membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata dalam kalangan pelajar.
Dasawarsa, ramai pelajar lemah dalam kertas Bahasa Melayu kerana mereka kurang
menguasai kosa kata. Pelajar juga kurang cekap berbahasa Inggeris kerana kekurangan kosa
kata bahasa tersebut. Hal ini menghalang kejayaan pelaksanaan program MBMMBI iaitu
usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris ke
arah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan pada peringkat globalisasi. Tabiat ini juga boleh
menyumbang kepada penemuan perkataan-perkataan dan istilah baharu terutamanya dalam
bidang sains dan teknologi. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, begitulah
keadaannya apabila membaca, kosa kata seseorang itu sentiasa bertambah dan khazanah
bahasa seperti peribahasa dan ungkapan menarik serta bunga-bunga bahasa semakin
dikuasainya.
Seterusnya, tabiat membaca boleh membantu pelajar lulus cemerlang dalam akademik.
Tabiat membaca boleh membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan cepat
dan mudah. Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sesuai kepada pelajar

yang rajin membaca kerana tabiat membaca juga dapat meningkatkan mutu akademik
pelajar.
Tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat berfaedah. Masa itu
emas, oleh itu seseorang seharusnya mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti
mengamalkan hobi membaca buku. Negara kita memerlukan rakyat yang berpengetahuan
untuk membangunkan negara. Sebagai contoh, masyarakat di negara Jepun yang maju
menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup mereka. Di negara matahari terbit itu,
kita dapat menemukan masyarakat Jepun yang membaca buku ketika di dalam kereta api, di
stesen bas, di taman-taman, atau di mana-mana sahaja. Sebaliknya, di negara kita, rakyat
kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi, bermain dam di atas wakaf, atau melepak di
pusat-pusat beli belah. Kesimpulannya, jelaslah bahawa rakyat yang banyak membaca
berupaya menjamin kemajuan negara.
Tabiat membaca juga adalah pemangkin kemajuan negara. Hal ini demikian kerana
kemajuan sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga
diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya. Rakyat berilmu mencerminkan kemajuan
sesebuah negara. Sekiranya negara kita dapat mengurangkan kadar buta huruf secara
tidak langsung, taraf pendidikan di negara kita turut meningkat dalam usaha melahirkan
rakyat bertamadun tinggi. Sejarah telah membuktikan bahawa pembangunan tamadun
keintelektualan manusia bermula daripada buku. Sebagai misalannya, kemajuan Kota
Baghdad telah muncul sebagai pusat penyebaran ilmu yang unggul di dunia suatu ketika
dahulu disebabkan ledakan ilmu menerusi penulisan dan penterjemahan pelbagai buku dari
seantero dunia. Tuntasnya, melalui tabiat membaca, kita dapat melahirkan modal insan
bertaraf dunia.
Natijahnya, berdasarkan faedah-faedah yang telah dibicarakan, sudah terang lagi
bersuluh bahawa tabiat membaca amat signifikan untuk membangunkan intelektual rakyat
negara ini. Tegasnya, tabiat membaca berupaya menjayakan hasrat negara menjadi negara
maju dalam Wawasan 2020. Tabiat membaca harus dipupuk ibarat sedikit-sedikit lama-lama
jadi bukit ke arah meningkatkan purata pembacaan rakyat negara ini. Sesungguhnya semua
pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk meningkat budaya membaca
dalam kalangan masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah kekal tetapi tamadun
ilmu boleh merentas zaman.

Budaya Membaca serta Usaha-Usaha Yang Perlu Dilakukan


Budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia masih berada pada takuk lama.
Bilangan mereka yang membaca kini boleh dihitung menggunakan jari. Satu kajian yang telah
dilakukan menunjukkan bahawa purata membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah
sehelai muka surat untuk satu tahun. Contoh negara yang boleh kita jadikan teladan ialah
Negara Jepun. Kadar membaca di negara matahari terbit ini dikatakan paling tinggi di Asia.
Namun, di negara kita lain pula kisahnya. Masyarakat Malaysia kurang cenderung ke arah
pembacaan buku. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang lebih efektif yang harus kita
lakukan agar budaya membaca di Malaysia setanding dengan negara Jepun.
Ibu bapa merupakan elemen yang signifikan dalam usaha memupuk budaya membaca
dalam kalangan generasi muda. Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anakanak dan banyak meluangkan masa bersama-sama mereka. Ibu bapa harus menyediakan
bahan bacaan yang menarik dan berunsur positif kepada anak-anak mereka serta
menggalakkan mereka supaya membaca dan menggunakannya secara maksimum. Di samping
itu, ibu bapa harus sepatutnya memberikan nasihat kepada anak-anak tentang kepentingan
ilmu pengetahuan dan peranan mereka pada masa hadapan yang penuh cabaran. Selain itu,
ibu bapa juga harus acap kali membawa anak-anak ke perpustakaan awam dan ke kedai buku
untuk memberikan peluang kepada anak-anak mereka mencari buku-buku yang disukai
mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan
mereka dan mengajak mereka berjinak-jinak dengan bidang ilmu. Lebih mudah sekiranya ibu
bapa dapat mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah
bin Ahmad Badawi sering menyeru ibu bapa supaya mengamalkan sikap bapa borek, anak
rintik dalam usaha memupuk tabiat membaca dalam kalangan anak-anak. Oleh sebab itu,
pada pendapat saya ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha memupuk minat
membaca dalam kalangan generasi muda.
Para guru dan pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam usaha meningkatkan
budaya membaca dalam kalangan pelajar. Hal ini adalah kerana guru merupakan individu yang
kedua selepas ibu bapa yang mampu menjadi contoh dalam tanggungjawab mendidik, seperti
peribahasa Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Guru kelas contohnya, perlulah
mewujudkan suasana bacaan di dalam kelas seperti menyediakan perpustakaan mini.
Perpustakaan mini ini boleh dibina bersama-sama dengan pelajar agar pelajar dapat
memahami fungsi sebenar perpustakaan mini ini di dalam kelas. Selain itu pihak sekolah
perlulah memainkan peranan dalam menganjurkan program membaca. Antara program yang
boleh diketengahkan ialah program NILAM bacaan waktu pagi dan program Akhbar Dalam
Bilik Darjah atau singkatannya ADD. Pihak sekolah juga boleh menawarkan hadiah sebagai

motivasi dalam menjadikan program-program tersebut berjaya. Menteri Pelajaran, Dato


Seri Hishamuddin Bin Hussein juga menyokong agar intensif diberikan kepada para pelajar
yang banyak membaca. Dengan itu, para guru dan pihak sekolah haruslah menggiatkan
usaha-usaha yang telah sedia ada.
Peranan penerbit buku itu sendiri penting untuk menarik minat para pembaca. Mereka
seharusnya lebih peka dalam menjadi kanak-kanak dan pelajar sekolah sebagai sasaran
mereka. Penerbit-penerbit buku perlu bijak menggunakan kecenderungan ataupun
kegemaran generasi muda masa kini. Sebagai contoh, minda anak-anak akan lebih tertarik
dengan buku-buku yang mempunyai gambar dan berwarna-warni. Hal ini adalah kerana anakanak mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan sudah pasti mereka mahukan sesuatu bahan
bacaan yang berwarna-warni agar mereka dapat berimaginasi. Selain itu, genre buku yang
digemari para pelajar ataupun remaja pula perlu diambil berat. Remaja masa kini gemar
akan buku-buku dan novel-novel yang berbentuk seram dan mencabar minda mereka. Saya
berpendapat bahawa genre-genre buku yang baik mampu menarik minat masyarakat kita
untuk membaca. Oleh sebab itu, pihak penerbitan buku perlulah mengambil langkah dengan
kadar segera untuk menjadikannya satu realiti.
Selain peranan penerbit buku, media massa juga mempunyai pengaruh yang besar untuk
menyebarkan sesuatu berita ataupun info terkini. Selaras dengan itu, pengaruh media
massa mampu membantu memupuk budaya membaca dalam masyarakat. Misalnya, media
elektronik seperti radio, televisyen dan Internet perlulah mampu memberikan kesan kepada
penonton atau pendengar dan menepati kehendak dalam memupuk budaya membaca. Bagi
media cetak pula, mereka hendaklah menyediakan artikel-artikel yang menarik dan secara
tidak langsung para pembaca akan membaca dan terus membaca sehingga ke muka surat
yang terakhir. Berita-berita dan isu semasa yang dipaparkan dalam media massa haruslah
merangkumi semua peringkat umur. Hal ini dapat merangsang minat golongan ramaja untuk
membaca bahan-bahan itu. Sesungguhnya, peranan media massa mampu menjadikan
masyarakat Malaysia masyarakat yang cinta akan buku.
Secara intihannya, budaya membaca di negara kita akan berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan negara Jepun dengan adanya kerjasama semua pihak. Kita harus
menggembleng tenaga untuk bersama-sama berusaha mencari alternatif terbaik bagi
mengalakkan masyarakat kita membaca. Masyarakat kita harus disemai dengan budaya
membaca sebagai satu rutin hidup yang mendatangkan manfaat yang amat berguna. Oleh
sebab itu, semua pihak terutamanya ibu bapa perlulah menjalankan tanggungjawab memupuk
budaya dan membaca agar generasi masa hadapan lebih efektif dan berkeupayaan.

Sesungguhnya, generasi muda yang berilmu pengetahuan tinggi ini merupakan aset penting
untuk pembangunan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)


Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka
dilahirkan dalam keadaan cacat. Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan
yang menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna
kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan untuk membantu Orang Kelainan
Upaya (OKU).
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak
memandang hina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan mahu
dihargai, disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya
tidak memandang sebelah mata terhadap OKU. Mereka juga dilarang mentertawakan OKU
akibat kecacatan yang mereka alami ketika berhadapan dengan mereka. Tegasnya, ibu bapa
perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan
memberikan kemahiran kepada golongan OKU. Hal ini demikian kerana pendidikan dan
kemahiran sangat penting demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan
Kelas Pendidikan Khas amat wajar diberiakan pujian. Jelaslah bahawa pihak kerajaan
memainkan peranan penting dalam membantu OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak ,Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.
Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU
menjalani kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan
tidak menganggap OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat belibelah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas dan
tempat letak kenderaan amat dihargai. Sikap pihak swasta yang menunjukkan keperihatinan
dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini
perlu dicontohi.
Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan
maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap maklumat mestilah

disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa kepada orang ramai. Kempen
Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui
saluran media massa. Maklumat tersebut boleh disalurkan melalui iklan, kempen dan melalui
drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah,
nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.
Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu
mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan
OKU semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan.
Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi
membantu golongan ini.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai pihak perlu memainkan
peranan untuk membantu OKU. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan
OKU.

Usaha-Usaha Membantu Golongan OKU


Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu tindakan
yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan
ini?
Orang Kurang Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat
keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu.
Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal
seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara
kekal dan kurang upaya secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada ,
masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi
sumbangan kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu
OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran
golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan
sebaiknya. Hal ini kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan
dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang
lain. Golongan Kurang Upaya (OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut
mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan
dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam
keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk
di dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam
mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati,belas kasihan dan
tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga
berperanan penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu
menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat.
Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali memaparkah kisah sedih dan pilu OKU
untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan
tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk
menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan
masyarakat menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU

akan terbela dan mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan
kehidupan mereka.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada
mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang . Golongan Kurang
Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan
peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej
Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini
,OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh
bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap dalam bidang
pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain
membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup
sendiri dan keluarga.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan
bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian , tempat
tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini
disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti
ini bukan sahaja dapat meringankan beban OKU malah dapat mengembirakan hati mereka
dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU
untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah
terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah
berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan
dan sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini
sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa
bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada
OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang
menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah
ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah
pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu,
peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup
mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.

Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk
berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU
juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di
kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu
pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang
normal sahaja.Selain itu, usaha murni Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan 5
peratus daripada pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi
peluang kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan
keluarga mereka.
Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk
meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan
hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah
berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh
membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara
menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai
diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.

Kebaikan Industri Pelancongan Kepada Malaysia


Peta pelancongan dunia sudah membuka mata dan meletakkan nama Malaysia sebagai
salah satu destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Sejak tahun 1985 sehingga
kini , Malaysia telah menjadi buah mulut pelancong asing mahupun tempatan. Saban tahun
kehadiran pelancong dari luar negara sentiasa bertambah. Sehubungan dengan itu, pihak
kerajaan dan pihak swasta sentiasa giat mempromosikan Malaysia diseluruh dunia termasuk
ke negara China, negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah untuk
merancakkan lagi perkembangannya. Usaha ini untuk memastikan pelancong mendapat info
yang sebenar berkenaan produk dan kemudahan pelancongan yang disediakan secara lebih
dekat. Antara produk pelancongan Malaysia termasuklah landskap bentuk muka bumi yang
menarik, berbagai persembahan kesenian dan kebudayan yang unik, pelancongan sukan dan
bangunan warisan sejarah peninggalan penjajah yang sentiasa terpelihara. Ini menjelaskan
bahawa, usaha memperkembangkan industri pelancongan membawa banyak faedah kepada
sesebuah negara.
Antaranya, Pelancongan dapat menyumbangkan pendapatan negara. Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz, Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menjelaskan
bahawa pihak kerajaan telah mensasarkan kehadiran pelancong seramai 29 juta pelancong
dengan pendapatan RM89 billion pada tahun 2015 sempena penganjuran Tahun Festival
(MyFest 2015). Hal ini disebabkan pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang
asing. Melalui kedatangan pelancong asing, dapatlah sesebuah negara memperoleh kadar
pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak. Setiap pelancong membawa mata
wang asing untuk berbelanja serta membayar kos penginapannya selama menetap di sesuatu
destinasi. Pelancong juga akan menggunakan kemudahan awam, membeli cenderamata,
makanan, minuman dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat menambahkan
pendapatan negara. Seterusnya, wang yang diperolehi oleh kerajaan dapat digunakan untuk
pembangunan ekonomi, kemudahan-kemudahan pelancongan dan pembangunan fizikal negara.
Selain itu, pelancongan juga membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dalam
sektor tersebut. Pelancongan merupakan antara industri yang memerlukan ramai tenaga
kerja seperti pekerja hotel, pemandu pelancongan, pekerja kedai cenderamata dan pekerja
kedai kraftangan. Perkembangan industri pelancongan yang menggalakkan di negara kita ini
meningkatkan permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman dalam industri ini
pada peringkat pengurusan dan penyeliaan dan golongan pekerja mahir dan separa mahir.

Selain itu, industri pelancongan memberikan peluang perniagaan berangkai kepada rakyat.
Perkembangan industri ini menjadikan nadi kepada perkembangan pelbagai sektor lain
seperti sektor pengangkutan, makanan dan minuman, bunga-bungaan, kraf tangan, pertanian
dan penternakan. Hal ini mampu mengurangkan kadar pengganguran di negara kita. Pada
masa sama , taraf hidup rakyat juga akan meningkat.
Seterusnya, pelancongan dapat memaparkan ketamadunan atau sejarah sesebuah
negara yang memberi seribu satu makna. Warisan kebangsaan merupakan khazanah penting
yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
seperti A-Famosa, bangunan stesen keretapi Kuala Lumpur, dan Stadium Merdeka.
Pengekalan bahan-bahan tinggalan penjajah telah menggamit hati para pelancong dari dalam
atau luar negara untuk melihat sendiri tentang keunikan seni bina ciptaan masyarakat
terdahulu untuk dijadikan sumber inspirasi arkitek pada masa kini. Pelancong generasi muda
juga dapat merasai semangat juang pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan
tanah air yang tercinta. Nama-nama pejuang yang telah terkorban ada tercatat di Tugu
Negara untuk tatapan semua. Justeru, generasi muda tidak akan menjadi seperti kacang
lupakan kulit kerana mereka akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan pejuang dalam
mempertahankan negara. Oleh itu, pemeliharaan warisan negara membolehkan pelancong
mempelajari dan mengenali sejarah asal-usul sesebuah negara dan penduduknya serta
melahirkan generasi yang berjiwa patriotik, cinta akan tanah air .
Selanjutnya, pelancongan turut menarik pelabur asing. Kegiatan pelancongan yang
aktif memudahkan kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing untuk menanam modal di
negara ini. Industri pelancongan bukan hanya untuk pelabur yang berkaitan dengan aktiviti
pelancongan seperti pengusaha hotel, pengusaha taman tema, pengusaha pusat beli-belah,
dan sebagainya malahan dapat menarik pelabur asing dalam bidang yang tiada kaitan dengan
pelancongan seperti pengangkutan dan pembinaan. Kerajaan dapat mengelakkan pembaziran
wang negara digunakan untuk mengindahkan kawasan-kawasan pelancongan yang menelan kos
terlalu tinggi. Sebagai contohnya, Pulau Langkawi yang dibangunkan sebagai pusat
pelancongan bertaraf dunia, pihak kerajaan dan swasta terpaksa melabur sebanyak RM4.5
bilion. Adalah lebih bermanfaat kos yang terlalu tinggi disalurkan untuk memenuhi
keperluan rakyat yang lebih mendesak dengan membina lebih banyak rumah kos rendah
untuk mereka yang masih tidak berumah. Jelaslah, kehadiran pelabur asing yang ramai
dapat membantu kehidupan masyarakat kita, terutamanya di kalangan mereka yang miskin
dan terabai akan lebih terjamin.
Pelancongan juga dapat dijadikan agen perpaduan antarabangsa. Manusia di dunia ini
disekat oleh sempadan politik. Dalam setiap negara pula mereka dikumpulkan mengikut

bangsa, agama dan warisan etnik. Apabila ahli-ahli daripada satu kumpulan mengunjungi
kumpulan-kumpulan yang lain, maka proses perpaduan akan wujud. Lama-kelamaan sempadan
yang menyekat kumpulan-kumpulan tersebut akan hilang dan berkurangan. Selain itu,
penganjuran pelancongan antarabangsa dapat menjalin dan mengukuhkan kerjasama dengan
negara-negara yang terlibat. Kerjasama yang sudah terjalin pula akan bertambah erat.
Sebagai contohnya, Malaysia telah menjalin hubungan kerjasama dengan beberapa buah
negara di Asia Tengah, China dan Eropah bagi memajukan pelancongan di Malaysia. Hal ini
dapat dilihat apabila para pemimpin dari seluruh dunia akan menghadiri upacara perasmian
dan penutupan sesuatu program pelancongan yang diadakan. Dengan cara itu, sudah pasti
para pemimpin tersebut akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan hubungan
diplomatik antara negara mereka termasuk Malaysia. Dengan adanya hubungan diplomatik
antara Malaysia dengan negara-negara yang terlibat, tentunya negara kita akan mendapat
kelebihan daripada pelbagai aspek.Melalui pendedahan ini akan wujudlah kehidupan yang
harmoni dalam kalangan manusia di dunia walaupun berlainan politik, bangsa dan agama.
Kesimpulannya, pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada
pembangunan negara. Semua pihak perlu bahu-membahu bagi memastikan impian negara
untuk menjadi destinasi pelancongan utama di dunia dan rantau ini terus subur. Pihak
kerajaan terutamanya haruslah sentiasa melipatkan gandakan usaha mempromosikan
Malaysia secara kerap agar negara Malaysia akan lebih dikenali. Selain itu, pelancongan
juga mampu menjana ekonomi negara yang agak lembap sejak akhir-akhir ini. Hal ini boleh
diibaratkan seperti serampang dua mata. Oleh itu, kita berharap agar matlamat negara
untuk terus menjadi destinasi pelancongan antarabangsa akan berterusan. jelaslah bahawa
pelancongan adalah satu industri yang sangat penting untuk jangka masa pendek mahupun
jangka masa panjang.

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara


Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990,
usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada
industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap
tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat bak cendawan tumbuh
selepas hujan. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Banyak pelancong sama ada dari luar ataupun tempatan memilih negara kita sebagai
destinasi pelancongan. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat
dan negara kita?
Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat
pelancongan yang menarik di Malaysia. Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang
boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Tempat-tempat
bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang. Di negara kita, pelancong
juga dapat bermain sambil melawat tempat-tempat bersejarah ini kerana kita mengetahui
bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah
pelancong. Jadi, untuk memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah
persembahan turut diadakan seperti di Kota AFamosa. Di Kota AFamosa pelancong bukan
sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama Hal ini
dikatakan demikian kerana tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari
dan Dunia Air turut disediakan. Tempat-tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat
sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan dapat mempromosikan
tempat pelancongan yang menarik di negara kita. Jelaslah kepada kita bahawa Malaysia
mempunyai lebih banyak tempat pelancongan yang menarik daripada luar negara kerana
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara
kita. Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Negara
kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti
masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara-negara Barat seperti England
cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara
Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita tidak
seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan. Masyarakat berbilang kaum
di Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata dunia seperti nasi ayam, pau dan

kuetiao goreng daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu,
capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan Barat dan
masakan enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh
pelancong ini memberikan mereka rasa baharu maka menarik minat mereka untuk
mengunjungi Malaysia. Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor
pelancongan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan mengembangkan
industri kraf tangan di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana tak kenal maka tak
cinta. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga
yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang
diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi
reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membelibelah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan lain-lain
sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong
asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan
menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Jelasnya, industri kraf tangan
dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.
Sementara itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang
unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia mempunyai
penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban
dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan
yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan
dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke
serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan
dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat,
ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan
tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain yang tak
lekang dek panas, tak basah dek hujan. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang
diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat daripada kain sutera boleh cuba
dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal
pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke
negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi
melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara
Malaysia.

Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat
penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada
negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang
terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun
masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga
kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah,
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Cabaran Pelancongan
Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber
pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini
dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua
agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan
pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar
dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada
perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang
dihadapi oleh sektor pelanconagan di negara kita pada masa depan.
Antara cabaran yang dihadapi termasuklah persaingan sektor pelancongan dengan
negara-negara yang lain. Hal ini demikian,bukan sahaja negara kita tetapi negara-negara
yang lain juga mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor pelancongan terhadap sesebuah
negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan pelancongan di negara mereka dan kita
hendaklah bersaing dengan mereka untuk menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita
haruslah membuat persediaan yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara kita.
Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu cabaran
sektor pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini disebabkan, pencemaran alam
sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap tidak bertanggungjawab
segelintir ahli masyarakat dan telah merosakkan kecantikkan alam sekeliling kita. Pada masa
kini,negara kita mempunyai alam sekeliling yang cantik sekali dan telah menjadi tulang
belakang bagi sektor pelancongan di negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi
buruk, sektor pelancongan di negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong
hendak menikmati persekitaran yang cantik dan bersih bukan yang kotor serta busuk.
Selain itu, tidak kestabilan politik di negara kita juga merupakan cabaran yang kita akan
hadapi . politikyang tidak stabil akan menjejaskan imej negara.Sebagai contoh, Pergaduhan

yang berlaku kebelakangan ini di Thailand. Kekeliruan ini telah menyebabakan pelancong dari
negara lain tidak berani pergi ke sana disebabkan kaselamatan diri semasa melancong.
Ramai pelancong tidak lagi suka datang ke sini atau memberitahu kawan-kawan mereka
tentang keindahan negara kerana imej yang sudah terjejas itu. Lama-kelamaan, imej yang
tidak dijaga ini akan membawa lebih banyak kemusnahan imej. Jelaslah, politik yang tidak
stabil akan membawa banyak kesan buruk pada sektor pelancongan.
Bukan itu sahaja, kebudayaan tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai juga
merupakan salah satu faktor. Pada era globisasi ini, terdapat ramai remaja mengabaikan
kebudayaan sendiri dan mempelajari budaya Barat. Remaja hari ini beranggap bahawa
mereka akan diketawai ileh kawan mereka jika mereka mewariskan budaya daripada nenek
moyang mereka. Kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam sektor pelancongan
kerana pelancong0pelancong inigin merasai kebuayaan yang tidak sama di negara lain.
Banyak kebudayaan tempatan semakin dilupai seperti permainan, seni , persembahan yang
tradisional dan seandai-andainya.
Konkluksinya, negara kita akan menghadapi banyak cabaran dalam sektor
pelancongan pada masa depan. Kita sebagai ahli masyarakat haruslah menggemblengkan
tangan bagai aur dengan dengan tebing untuk menghadapi segala cabaran masa depan.
Marilah Kita bersama-sama menghadapi cabaran dan menjajikan sektor pelancongan sebagai
tulang ekonomi di negara kita.

Langkah-langkah mengatasi Masalah Vandalisme dalam kalangan Pelajar


Era digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk masa
hadapan negara semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam kalangan pelajar yang
kian meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut kajian Kementerian Pelajaran
Malaysia, salah satu daripada lapan gejala salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi kini
ialah masalah vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta benda awam
bukan sahaja merugikan pelbagai pihak, malah turut menjejaskan imej negara kita. Oleh itu,
langkah-langkah untuk mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar perlu
dilaksanakan dengan segera.
Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan
masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak
terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga
patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-lebih lagi, ibu bapa
harus menyemai ilmu keagamaan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana sesungguhnya,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana ilmu keagamaan mampu
menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda daripada terpengaruh dengan
anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme. Jika ibu bapa melaksanakan peranan
mereka dengan sempurna, pasti masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah.
Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka demi
menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang ahli masyarakat,
kita harus peka terhadap situasi di sekeliling kita. Contohnya, jika terlihat perlakuan
vandalisme, kita patut melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pendek kata, kita tidak patut
bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Maka, sekiranya
masyarakat bersikap proaktif, pasti kegiatan vandalisme mampu dikurangkan.
Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting dalam
mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, undang-undang kini
hanya seperti melukut di tepi gantang kerana tidak mampu menunjukkan impak yang
signifikan dalam menangani gejala negatif dalam kalangan pelajar. Menyedari realiti ini,
pihak berkuasa perlulah menggubal undang-undang supaya hukuman yang lebih berat
dijatuhkan terhadap si pelaku vandalisme. Pada masa yang sama, pihak polis harus
menjalankan pemantauan yang lebih kerap dan ketat di kawasan yang berpotensi tinggi
berlakunya kegiatan vandalisme. Jika langkah-langkah ini dilaksanakan dengan segera, sudah
tentu masalah vandalisme boleh disifarkan dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan sekolah secara lebih
tegas terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar yang melakukan vandalisme di
dalam kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan
atau dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat menginsafkan pelajar yang
terlibat dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga
harus mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang
terlibat dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu menangani masalah vandalisme,
tetapi turut dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.
Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan
untuk menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, semua pihak,
terutamanya ibu bapa, masyarakat, pihak kerajaan dan pihak sekolah harus berganding bahu
dan melaksanakan obligasi masing-masing demi mengurangkan gejala yang semakin serius ini.
Jika hasrat tersebut berjaya dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Semoga dengan penyelesaian
masalah ini, negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di seantero
dunia.

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan
pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.
Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran
kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang
mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan
kerajaan?
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa
era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa
tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya,
pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang
bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah
yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak
dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa
untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan
meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan
rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar
sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang
mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal
menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan
memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini
turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang
merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas.
Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin
tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut
kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan

disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan
peningkatan masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi
punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar
menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti
menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan
mereka lebih berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan
masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada
kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk
menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu
disiplin ini.
Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban
hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali
ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

LANGKAH MENANGANI MASALAH DISPLIN PELAJAR


Sedar tidak sedar masalah disiplin pelajar ini didapati semakin bertambah setiap tahun.
Masalah disiplin pelajar bukan sahaja menyusahkan diri pelajar tetapi juga ibu bapa dan
pihak sekolah. Dalam menangani masalah disiplin pelajar ini, ada beberapa langkah yang
perlu dilakukan oleh pelbagai pihak.
PERANAN PIHAK SEKOLAH
Dalam mengatasi masalah disiplin pelajar, pihak sekolah patut memainkan peranan utama.
Pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya di atas masalah disiplin di sekolah.
Pihak disiplin sekolah mesti berfungsi dengan baik dan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan. Pelbagai program mesti diadakan untuk menangani masalah displin pelajar
seperti mengadakan program membentuk pelajar cemerlang, pelajar bersahsiah dan pelajar
cemerlang dalam akademik. Selain itu, pihak sekolah juga boleh meminta bantuan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PlBG) dalam menangani masalah disiplin pelajar.
PERANAN KEMENTERIAN PELAJARAN
Kementerian Pelajaran juga boleh mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani
masalah disiplin pelajar di sekolah. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran mempunyai
kuasa untuk menggubal peraturan baru bagi memperbaiki masalah disiplin pelajar.
Kementerian Pelajaran juga mesti memantau keadaan disiplin pelajar di sekolah pada setiap
masa. Tindakan Kementerian Pelajaran meminta kerjasama pihak polis dalam menangani
disiplin pelajar adalah tindakan yang baik. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran
hendaklah mengambil tindakan yang tegas kepada pihak pentadbiran sekolah yang cuba
menyembunyikan masalah disiplin pelajar di sekolah mereka.
PERANAN IBU BAPA
Di samping itu, pihak ibu bapa juga perlu membantu pihak sekolah mengatasi masalah
disiplin pelajar kerana banyak masa pelajar dihabiskan di rumah bersama ibu bapa. Justeru,
ibu bapa perlu memberikan nasihat yang sewajarnya kepada anak mereka untuk
mengamalkan nilal-nilai murni di sekolah dan tidak melanggar peraturan sekolah. Di samping
itu, ibu bapa juga mesti bertanyakan anak-anak tentang masalah yang dihadapi di sekolah
dan cuba membantu mereka untuk menyelesaikannya.

PERANAN PELAJAR SENDIRI


Selain itu, pelajar itu sendiri mestilah mengamalkan nilai-nilai murni ketika berada di
sekolah. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah baik hati, bertolak
ansur dan mematuhi peraturan sekolah. Jika semua pelajar mengamalkan nilai murni, maka
tiadalah masalah disiplin di sekolah. Pelajar juga mesti sedar tanggungjawab mereka kepada
sekolah dan ibu bapa. Selain itu, didikan agama yang kukuh pasti dapat membantu pelajar
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG
Menabung ialah amalan meyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di
tempat yang selamat seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bon. Menabung juga
dapat dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita
peroleh jika kita menabung.
Salah satu daripada kebaikan menabung ialah kita akan mendapat keuntungan. Hal
ini kerana wang yang disimpan di bank akan dibayar faedah manakala saham akan dibayar
dividen. Sebagai contoh, jika kita menyimpan wang di dalam akaun simpanan tetap,kita akan
dibayar faedah mengikut kadar dan tempoh simpanan. Oleh itu,lebih lama wang itu
disimpan,lebih tinggi kadar faedah yang akan diperoleh.
Amalan menabung akan mendidik kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap
berjimat cermat sebenarnya merupakan satu amalan yang baik kerana kita akan lebih
berhati-hati dalam membuat perbelanjaan. Oleh itu,dapat mengelakkan pembaziran.
Sebagai contoh,apabila mempunyai wang lebihan,seseorang yang tidak menabung akan
bertindak membelanjakan wang tersebut untuk membeli barang yang dikehendakinya.
Tegasnya,sikap suka menabung akan menjadikan seseorang itu tidak membazir.
Amalan menabung juga dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan yang
memerlukan wang. Kita sebenarnya tidak dapat menjangka hal yang akan berlaku kepada diri
kita atau keluarga kita,bak kata orang malang tidak berbau. Oleh itu,jika kita ditimpa
kemalangan atau dijangkiti penyakit,kita boleh menggunakan wang simpanan untuk
mendapatkan rawatan yang baik di hospital. Justeru,wang simpanan yang ada dapat
menyelamatkan nyawa anda dalam keadaan yang darurat.

Menabung juga dapat mengawal inflasi. Hal ini demikian kerana apabila kita
menabung,wang yang mengalir dalam aktiviti belian adalah kurang.Keadaan ini dapat
mengelakkan kenaikan harga barang dalam pasaran. Apabila harga barang tidak naik,inflasi
tidak akan berlaku. Oleh itu,menabung dapat mengawal inflasi.
Kesimpulannya,kita mesti mengamalkan sikap suka menabung. Kanak-kanak harus
digalakkan supaya menabung sejak kecil lagi. Wang yang disimpan itu mungkin sedikit tetapi
sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Simpanan wang merupakan satu amalan murni yang harus ditanam dalam jiwa remaja kita.
Cuma amalan ini belum lagi berakar umbi dalam masyarakat kita.
Nyatakan tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini.
Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam
kalangan masyarakat moden. Wang dianggap oleh masyarakat sebagai satu kayu pengukur
dalam penentuan kejayaan kehidupan seseorang itu. Individu yang mempunyai simpanan wang
yang cukup pasti akan menikmati satu kehidupan yang jauh berbeza daripada mereka yang
kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Lantaran itu, ada pelbagai tindakan yang
boleh dilaksanakan untuk memastikan sikap menyimpan wang ini menjadi satu budaya kita
yang berakar umbi dalam jiwa masyarakat.
Langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang
efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di
negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini
dijelaskan cara-cara menyimpan wang, faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang
mudah untuk difahami oleh remaja kita semua. Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan
dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri
masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahagakan kesedaran sejati itu.
Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai pembentuk yang
sejati dengan memberikan teladan yang sewajarnya. Setiap bulan ibu bapa haruslah
memaparkan kepada anak mereka bahawa mereka memang membuat simpanan wang di dalam
bank yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam pemikiran anak mereka itu kelak. Kalau
sejak kecil remaja sudah didedahkan dengan sikap ibu bapa merek sendiri yang suka
menyimpan wang sudah pasti sikap yang positif ini akan terus tertanam dalam jiwa mereka.
Sesungguhnya ayah borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan ibu bapa yang mampu
mewujudkan tabiat suka menyimpan dalam jiwa remaja kita itu.

Malahan, pihak bank juga boleh mewujudkan pelbagai pakej simpanan yang menarik
dan memberikan pulangan pelaburan jangka panjang yang banyak. Kewujudan pakej simpanan
sebegini mampu menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk membuat
simpanan ketika usia mereka masih muda kerana menyedari simpanan itu akan membawa
pulangan yang lumayan kelak. Simpanan yang dibuat sejak muda hendaklah diberi sedikit
keistimewaan yang memberikan faedah tambahan seperti pemberian perlindungan insuran
selain memberikan faedah yang tinggi kadarnya. Jelaslah, pihak bank turut mempunyai
peranan untuk memupuk semangat suka menyimpan ini dengan merangka pakej simpanan
yang mampu menarik minat masyarakat.
Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh menghulurkan bantuan dengan
mewujudkan Kelab Menabung di sekolah. Kita semua sedia maklum bahawa sekolah
mempunyai banyak pelajar yang mampu untuk menyimpan dalam bentuk harian yang boleh
dikumpulkan untuk menjadi satu jumlah yang besar lalu boleh dilaburkan oleh pihak sekolah
dalam pakej kewangan yang membawa keuntungan pula. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa
tidak digunakan sepenuhnya oleh pelajar lalu boleh dijadikan asas kepada simpanan secara
sedikit demi sedikit oleh pelajar itu. Sesungguhnya, pihak sekolah mampu memberi
kefahaman kepada pelajar akan kepentingan simpanan dengan penubuhan kelab sebegini di
sekolah.
Konklusinya, semua tindakan yang dijelaskan itu berupaya untuk memupuk sikap
suka menyimpan dalam diri masyarakat terutama golongan muda. Kerjasama semua pihak
terutama pihak sekolah dan ibu bapa pula memberikan impak yang paling penting kerana
remaja menghabiskan masa mereka di rumah dan sekolah. Jika amalan ini mampu dipupuk
sudah pasti negara kita akan mempunyai satu aset simpanan wang yang sukar untuk
ditandingi oleh mana-mana negara di dunia pun. Sememangnya menyimpan wang itu satu
amalan murni kerana sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.

Anda mungkin juga menyukai