Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA IPGKBM

Mohon perhatian
Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing.
Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian dapat
mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung, agar
tidak menganggu majlis.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai, terima kasih.

~ SALUTASI~
Mengumumkan ketibaan Pensyarah dan staf sokongan.
Seterusnya Majlis meraikan pelajar PISMP Semester 8 dan Semester 7.
Sirih junjung penyeri majlis,
Malam Sua Mesra kita raikan,
selamat datang tamu ke majlis,
majlis makan malam kita sajikan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Malam IPG Kampus Bahasa
Melayu yang bertemakan masquerade. Baiklah hadirin,sebagai tirai pembukaan Majlis Makan Malam
Perdana IPGKBM pada tahun ini,marilah kita bersama-sama menyaksikan Persembahan.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan dalam majlis yang indah ini. Untuk makluman

hadirin sekalian, majlis makan malam perdana ini bertujuan meraikan PISMP semester 7 dan
Semester 8. Majlis ini juga diraikan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara warga IPGKBM.
Bagi memberkati lagi majlis ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
SAUDARA ______________________________________________
*Amin Ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada __________________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
majlis dengan ini mempersilakan SAUDARA __________________________, Yang di Pertua
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan sebagai Pengerusi Program Majlis Makan Malam Perdana untuk
memberi ucapan alu-aluan.Majlis dengan ini mempersilakan.
*terima kasih diucapkan kepada ______________________________ atas ucapan sebentar tadi.
Sebelum jamuan bermula, marilah kita bersama-sama menyaksikan tayangan montaj yang telah
disediakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2016/2017
Hadirin dan hadirat sekalian
Majlis tidak lengkap rasanya tanpa ucapan daripada Pengarah IPGKBM
_________________________________________________. Untuk makluman hadirin dan hadirat
sekalian,_____________________________________________________.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
___________________________________________________________________
*terima kasih diucapkan
kepada______________________________________________________________atas ucapan
tersebut.

Baiklah hadirin, Majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian bagi Jamuan Makan Malam Perdana
IPGKBM.
Majlis menjemput __________________________________________ untuk merasmikan gimik
perasmian Jamuan Makan Malam Perdana bagi mala ini.
*terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan atas kesudian menyempurnakan acara gimik
perasmian itu tadi.
Sebelum memulakan jamuan majlis makan malam perdana ini, dijemput
_______________________untuk membacakan doa makan.dipersilakan.
*terima kasih diucapkan kepada __________________________atas bacaan doa itu sebentar tadi.
Tanpa membuang masa saudara-saudari dijemput menikmati juadah yang telah disediakan.
Bertamu rai sungguh sakan,
gendang gendut tali kecapi,
sambil menonton kita makan,
pelbagai persembahan akan diserikan.
Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin sebagai
hiburan sampingan.
Cabutan bertuah turut diadakan.Majlis menjemput ______________________________ untuk
mencabut cabutan bertuah pada malam ini.Kita lihat,siapakan yang bertuah pada malam ini.
Cabutan bertuah

Sekarang tibalah kepada acara yang dinantikan-nantikan iaitu ANUGERAH BUSANA TERCANTIK
PADA MALAM INI.Untuk makluman hadirin sekalian,Anugerah Busana tercantik ini terbahagi kepada
dua kategori iaitu kategori pelajar (P&L) dan kategori pensyarah (P&L).
Untuk menyempurnakan anugerah ini, majlis mempersilakan
_______________________________________________ diiringi oleh
Untuk ANUGERAH BUSANA KATEGORI PELAJAR LELAKI dijemput
______________________________________________
Untuk ANUGERAH BUSANA KATEGORI PELAJAR PEREMPUAN
dijemput______________________________________________.
Tahniah diucapkan kepada_______________________________________________________dan
_______________________________________________________________. Terima kasih diucapkan
kepada ___________________________________________________________________ atas
kesudian beliau menyempurnakan penganugerahan itu tadi.
Seterusnya
Untuk ANUGERAH BUSANA KATEGORI PENSYARAH LELAKI dijemput
______________________________________________
Untuk ANUGERAH BUSANA KATEGORI PENSYARAH PEREMPUAN
dijemput______________________________________________.
Tahniah diucapkan kepada_______________________________________________________dan
_______________________________________________________________. Terima kasih diucapkan
kepada ___________________________________________________________________ atas
kesudian beliau menyempurnakan penganugerahan itu tadi
Hadirin dan hadirat sekalian
Majlis kita pada malam ini tdak lengkap rasanya tanpa penyerahan cenderamata kepada tetamu
kehormat sebagai tanda kenangan kepada tetamu jemputan.
DIJEMPUT
* ______________________________________________________

*_______________________________________________________
~ Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ___________________ atas kesudian beliau
menyampaikan cenderamatasebentar tadi.
Sebelum majlis melabuhkan tirai, marilah sama-sama kita meraikan Pelajar PISMP Semester 7 dan
Semester 8.Anda boleh mengambil fotografi bersama sebagai kenangan terindah antara satu sama
lain.Marilah kita menyaksikan persembahan penutup pada malam ini.

Dengan berakhirnya Persembahan itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.
Jutaan penghargaan & ribuan terima ksih kepada tetamu-tetamu undangan kerana sudi menghadirkan
diri dalam Majlis Makan Malam Perdana ini.
Tidak lupa juga kepada tetamu sekalian yang sudi meluangkan masa.
Saya mewakili Pengerusi Majlis anda pada malam ini memohon maaf seandainya terdapat kesilapan
dan kekurangan sepanjang majlis ini diadakan. Sekian,Terima Kasih.Majlis dengan ini bersurai.