Anda di halaman 1dari 2

8 KES DALAM TEMPOH 24 JAM MEMBAWA

JUMLAH KEPADA 35.

Kuala Lumpur, 8 kes baru Influenza A (H1N1) di kesan dalam tempoh 24 jam
lalu, dan sebuah sekolah di Kuching di tutup sementara apabila seorang pelajar
dikesan mengalami symptom tersebut.
Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican berkata kes membawa
kepada 35 kes.
Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan 8 kes terbaru bukan dari
jangkitan tempatan, dia memberi kenyataan kepada laman web kementerian.
Dia berkata kebanyakan kes adalah warga asing dan bagi warga
tempatan adalah yang bekerja di luar negara dan baru pulang dari bercuti.
Antara warga asing adalah atlet Thailand, 11 tahun yang kesini untuk
perlawanan persahabatan, pelancong Australian, 50 tahun dan seorang suri
rumah Filipina yang pulang ke Malaysia selepas melawat saudara mara di
Naguilian Quecun, Filipina. Yang lain-lain adalah rakyat Malaysia.
Pada masa ini 23 daripada 35 yang disahkan pesakit Influenza A masih
dirawat dihospital.
10 di hospital Sg Buluh, 6 di Hospital Kuala Lumpur, 3 di Hospital Tuanku
Jaafar, Seremban dan setiap seorang di Hospital Queen Elizabeth Kota
Kinabalu, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Ampuan Rahimah
Klang dan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang.
Semua diberi rawatan anti virus dan berada dalam keadaan yang stabil.
Dia berkata dalam tempoh 24 jam yang lalu, 115 kes yang mempunyai
tanda-tanda Influenza A di kuarantin.
Khamis lepas, 1092 kes di laporkan, yang mana 35 disahkan mengidap
Influenza A.

Dr Ismail menambah, 987 dikesan negatif dan yang lain-lain masih


menunggu keputusan.
Sehingga kini 202 orang yang berhubung dengan pengidap di
kuarantinkan. Ini termasuk 42 orang yang berkait dengan 8 kes baru tersebut.
Organisasi Kesihatan Dunia melaporkan sehingga kini 40089 kes
dilaporkan di semua Negara dengan 167 kematian.
Di Kuching, Sekolah Antarabangsa Tuanku Putra di tutup sementara
selepas seorang pelajarnya dimasukkan ke hospital Sarawak apabila disyaki
menghidap jangkitan H1N1.
Rakyat Australia, 9 tahun dimasukkan ke dalam wad kuarantin rabu lalu,
selepas mengidap tanda-tanda selsema tersebut.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan berkata budak lelaki
tersebut baru kembali dari Australia untuk cuti sekolah.
Sebagai langkah keselamatan, pengurusan sekolah mencadangkan untuk
di tutup sementara. Dalam kes ini sampel diambil dan dihantar ke Institut Kajian
Perubatan Kuala Lumpur. Jika positif akan diambil tindakan dan kita masih
menunggu keputusan.
Sarawak tidak melaporkan sebarang kes H1N1.
Di George Town, pengarah hospital Penang, Dr Juita Ghazalie
menasihatkan kepada mereka yang sihat supaya tidak mengunjungi hospital.
Dia juga menasihatkan kepada

mereka yang mengalami deman dan

batuk mengelakkan dari melawat pesakit di hospital.


Dr Juita berkata hospital perlu memperketatkan peraturan lawatan.
Dia berkata kanak-kanak berumur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke
hospital kecuali untuk mendapatkan rawatan.
Kami hanya membenarkan 2 pelawat diatas umur 12 tahun untuk melawat
pesakit di wad.
Dia berkata waktu lawatan juga dipendekkan menurut langkah-langkah
pencegahan Kementerian Kesihatan untuk menghalang merebaknya penyakit
Influenza A (H1N1) ini.

Anda mungkin juga menyukai