Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SOSIAL

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SMK SERI DESA 45500 TG. KARANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Anjuran :
PPKI SMK SERI DESA
TANJONG KARANG SELANGOR
Disediakan oleh :
CIK SURAYA BT OTHMAN

LAPORAN KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SOSIAL

1.0

PENDAHULUAN

Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran seharusnya diberi peluang


untuk

menikmati dan menyesuaikan diri dengan pelbagai aktiviti yang dapat

mendedahkan mereka dengan corak kehidupan bermasyarakat serta cara pengurusan


diri dengan persekitaran. Melalui aktiviti ini juga diharapkan dapat membentuk
keyakinan

diri

bekerjasama

murid,

dan

melatih

menyemai

mereka

sifat

untuk

kepimpinan

berdikari,
selain

mengamalkan

menggalakkan

sikap

interaksi,

komunikasi dan integrasi di dalam dan luar sekolah.


2.0

LAPORAN UMUM

Program Lawatan Sosial Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Seri Desa
ini dilaksanakan untuk merealisasikan aktiviti yang telah dirancang dalam taqwim PPKI
2015. Satu lokasi yang difikir paling strategik ialah di Kentucky Fried Chicken(KFC) Tg.
Karang yang mana satu lagi program iaitu Sambutan Hari Lahir Murid-murid PPKI
telah diadakan untuk meraikan pelajar yang lahir pada bulan Julai hingga Disember.
Seramai 29 orang pelajar telah menyerai program dua dalam satu ini bersama lapan
orang guru dan dua orang Pembantu Pengurusan Murid.
Beberapa aktiviti menarik telah dikendalikan oleh pihak KFC untuk meraikan
pelajar-pelajar istimewa ini seperti permainan rebut kerusi dan pertandingan meniup
belon. Sebiji kek hari lahir telah diberi oleh pihak KFC sebagai hadiah kepada pelajarpelajar yang diraikan. Pihak PPKI juga telah menyediakan hadiah hari lahir sebagai
tanda kenang-kenangan.
3.0

KEBERKESANAN PROGRAM

Secara keseluruhannya Program lawatan Sosial dan Sambutan Hari Lahir Murid-murid
PPKI SMK Seri Desa ini telah mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Sepanjang aktiviti tersebut dijalankan tidak terdapat sebarang perkara-perkara yang
tidak diingini berlaku. Para peserta dan guru-guru masing-masing memberi komitmen
dengan sepenuhnya sehingga program ini berakhir. Program ini telah menghiburkan
dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para peserta dan
sekaligus dapat menghilangkan tekanan pembelajaran sewaktu di bilik darjah.
4.0

KELEMAHAN PROGRAM

LAPORAN KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SOSIAL

Hasil dapatan melalui pemerhatian terdapat beberapa kelemahan yang perlu


diperkemaskan dan dibuat penambahbaikan pada masa akan datang. Kelemahan yang
jelas kelihatan adalah dari segi pengisian aktiviti yang dilihat kurang kemas kerana
pengisian yang dibuat kelihatan agak longgar. Selain itu aktiviti tidak melibatkan
semua murid menyebabkan sebahagian daripada mereka sekadar menjadi penonton.

5.0

CARA MENGATASI KELEMAHAN

Setiap sesuatu yang dirancang pasti terdapat kekurangan yang tidak dapat dielakkan.
Untuk itu bagi memastikan tiada kelonggaran dari segi masa, pihak jawatankuasa
aktiviti perlu merancang dengan lebih teliti tentang pengisian yang dirasakan sesuai
untuk dimuatkan bersama dengan aktiviti yang yang telah disediakan oleh pihak luar
(KFC) sepertimana yang telah dipersetujui dalam pakej yang telah dipilih.

6.0

LAPORAN PERBELANJAAN
PERKARA

KUANTITI

JUMLAH

Lawatan Sosial

RM20 x 34

RM680.00

Sambutan Hari Lahir

RM10.00 x 15

RM150.00

Jumlah RM 830.00

10.

PENUTUP

LAPORAN KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SOSIAL

Program Lawatan Sosial dan Sambutan Hari Lahir Murid-murid PPKI SMK
Seri Desa 2015 ini telah berjaya direalisasikan mengikut seperti yang telah
dirancang. Program dua dalam satu ini sekurang-kurangnya dapat melahirkan
kegembiraan kepada pelajar-pelajar PPKI melalui aktiviti yang telah dirancang untuk
mereka. Sambutan hari lahir yang diadakan adalah untuk meraikan hari kelahiran
mereka dalam suasana yang ceria dan meriah di samping ingin membawa pelajar
istimewa ini bergaul dengan masyarakat sekeliling. Semoga program ini dapat
memberi pengalaman yang berharga dalam diri mereka.

DISEDIAKAN OLEH;

...........................................
. .............................................
CIK SURAYA BINTI OTHMAN

DISAHKAN OLEH;

EN. ABD. AZIZ BIN SALEH


GPK PENDIDIKAN KHAS

LAPORAN KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SOSIAL

LAPORAN KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SOSIAL

LAPORAN KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SOSIAL

LAPORAN KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SOSIAL

LAPORAN KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SOSIAL