Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian yang ingin dirungkai oleh penyelidik ialah perbezaan
yang berlaku di antara Mazhab Syafie dan Mazhab Hanafi dalam menentukan
halal haram dalam pemakanana. Secara umumnya, apa yang berlaku pada
zaman yang serba moden dan berteknologi sekarang ini, masyarakat kurang
mengambil peduli tentang perbezaan dan percanggahan di antara Mazhab
Sunni tersebut sehingga masyarakat tidak dapat membezakan pendapat
mazhab yang mana satu mereka pegang.
Pada dasarnya, terdapat banyak perbezaan dan percanggahan pendapat
yang berlaku di kalangan Mazhah Syafie dan Mazhab Hanafi bekenaan halal
dan haram dari sudut pemakanan. Maka dengan ini, penyelidik akan
mengkaji kaedah yang diguna pakai oleh Mazhab Syafie dan juga kaedah
yang diguna pakai oleh Mazhab Hanafi seterusnya membuat perbandingan di
antara keduanya. Penyelidik juga berminat dengan tajuk ini kerana masih
belum ada sesiapa yang mengkaji dan membuat perbandingan diantara
kedua-dua mazhab ini berkenaan halal haram dari sudut pemakanan.
2.1 PENDAHULUAN
Maksudnya:
Berdoalah kamu kepadaKu, nescayai Aku perkenankan doa permohonan
kamu.
Definisi kaunseling mengikut perspektif Islam menurut Aziz Salleh (1996)
misalnya menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat
perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal
dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi
masalah yang dihadapi. Suradi Salim (1996) menyatakan kaunseling sebagai
hubungan peribadi bersemuka antara dua orang, yang seorang ialah
kaunselor dan seorang lagi ialah klien. Kaunselor, melalui hubungan dan
dengan menggunakan kemahiran khususnya menyediakan satu situasi dan
suasana, apabila klien seorang yang normal dibantu memahami atau
mengetahui masa hadapannya supaya dia boleh menggunakan sifat-sifat
keperibadiannya dan potensinya dengan cara memuaskan dirinya dan
memberikan faedah kepada masyarakat dan selanjutnya mempelajari caracara menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluannya pada masa akan
datang.
Dari perspektif Islam, kaunseling keluarga merupakan proses membantu
yang dilakukan oleh seorang kaunselor terhadap ahli keluarga yang
mengalami konflik. Proses kaunseling yang terlibat masih sama dengan
kaunseling individu. Namun apa yang membezakannya ialah proses
membantu ini akan mengalami beberapa tahap awal seperti kaunseling
individu bersama kedua-dua pihak yang berkonflik terlebih dahulu. Tujuannya
adalah untuk mengumpul maklumat berkenaan konflik dari perspektif diri
klien secara individu sebelum menyatukan mereka dalam satu sesi yang
dipanggil kaunseling keluarga.
Seorang kaunselor sama ada sedar atau tidak sedar mempunyai pendekatan
yang tertentu dalam melaksanakan kaunseling. Mereka berpegang kepada
salah satu teori untuk menjadi panduan dalam kerja-kerjanya. Teori
kaunseling juga dijadikan sebagai panduan bagi manusia memahami
manusia serta keperluannya. Oleh itu teori merupakan nilai dan kepercayaan
manusia terhadap manusia sendiri dan menterjemahkan kepada prinsip dan
pendekatan yang boleh diikuti.
Kebanyakan teori kaunseling dan psikoterapi boleh digunakan di dalam
proses kaunseling keluarga kerana institusi keluarga terdiri daripada individu
atau kelompok. Teori hanya menyediakan asas untuk sesiapa yang terlibat
dalam memberi pertolongan yang sistematik untuk dijadikan panduan.
Keperluan klien, pengalaman dan personaliti akan membantu kaunselor
membina pendekatan dan teori yang sesuai untuk dipraktikkan.
Chenault (1968) mengatakan, teori kaunseling adalah lebih daripada
sekadar hubungan antara teori personality dengan amalan kaunsling. Namun,
pendekatan-pendekatan kepada kaunseling ini yang dikenali sebagai teori
kaunseling kaunseling adalah tidak sesuai sebagai definisi-definisi teori
semasa dalam sains tingkah laku.
Manakala Landsman (1967) menyatakan pula bahawa teori kaunseling
bukanlah semata-mata sebagai satu cabang dunia sains tetapi ia juga
mempersembahkan semacam hubungan erat antara penggunaan teori
pembelajaran itu sendiri. Wolberg (1965) menegaskan pula, teori-teori yang
lahir daripada beratus-ratus tatacara itu adalah berdasarkan kepada
spekulasi, di mana spekulasi ini pula merupakan perniagaan layan diri.
Carkhuff (1966) menyetujui pendapat ahli-ahli psikologi yang lain dengan
mengatakan bahawa seharusnya ada suatu pemusatan dimensi yang harus
dinikmat bersama oleh kaunseling dan proses teraputik yang mengusulkan
beberapa faedah rawatan yang boleh memberikan manfaat kepada interaksi
kaunselor-klien dan sesiapa juga yang saling berkenaan.
Antara teori-teori utama yang sesuai untuk digunakan dalam kaunseling
keluarga ialah teori tingkah laku yang diperkenalkan oleh Skinner, teori
psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud, teori rasional emotif
oleh Albert Ellis dan teori pemusatan insan oleh Rogers. Semua teori di atas
berlandaskan kepada teori yang datangnya dari Barat.
Teknik ini sesuai untuk klien yang sedang menghadapi ketegangan. Klien
diajar bersantai dalam suasana tenang dan berkeadaan pasif menegang dan
mengendurkan otot-otot seluruh badan. Klien dilatih merasai ketegangan dan
kekenduran otot-otot. Latihan cara-cara menarik dan melepaskan pernafasan
juga diajar. Mereka juga dilatih membayangkan gambaran-gambaran yang
memberi ketenangan dan kerisauan mengikut mana yang dipersetujui.
Latihan-latihan dilakukan setiap hari sehingga menjadi amalan harian.
b) Penghapusan deria secara bersistem (Desensitiasi bersistem)
Klien diajar untuk menghapuskan kerisauan dan tindakan mengelakkannya.
Kaunselor dan klien menganalisis perasaan risau dan takut yang dialami oleh
klien dan keadaan-keadaan yang boleh mendatangkan kerisauan atau
ketakutan. Situasi kemudiannya disusun mengikut yang paling kuat
membangkitkan rasa risau di atas sekali dan yang paling lemah di bawah
sekali. Rasa risau ini kemudiannya dipadankan dengan keadaan yang
bertentangan iaitu bertenang. Klien diajar bertenang sambil memadamkan
situasi yang paling lemah dahulu dan kemudian meningkat kepada situasi
yang lebih kuat sehingga rasa risau klien dapat diatasi.
c) Modeling
Modeling boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Ianya dapat memberikan
tindak balas baru dalam kemahiran dan penampilan diri terhadap perasaan
takut dan mengamalkan apa yang dipelajari. Modeling dijalankan dengan
memerhatikan tingkah laku ataupun cara orang lain. Secara langsung,
kaunselor mengajar klien tingkah laku yang ingin dipelajari. Secara tidak
langsung, modeling boleh dilaksanakan melalui filem, video atau alat
perakam. Dalam kaunseling kelompok, ahli boleh menjadi model kepada
klien. Di antara masalah yang boleh ditangani melalui kaedah modeling ialah
cara berinteraksi dengan orang lain dan masalah perhubungan suami isteri.
d) Pembentukan
Pembentukan ialah proses melaksanakan sesuatu tingkah laku secara
berperingkat-peringkat. Contohnya pasangan suami isteri belajar bercakap
dan bertindak dengan lebih erat. Suami bermain dengan anak kecil sambil
isteri memasak apabila sama-sama balik dari bekerja. Kemudian isteri
memandikan dan menyiapkan anak sambil suami mandi dan bersiap. Selepas
itu isteri pula mandi dan bersiap dan suami memberi anak makan. Suami
isteri kemudiannya makan bersama-sama dan berbual-bual.
e) Pelaziman klasik
Pelaziman klasik ialah kaedah yang tertua dalam menangani tingkah laku
bermasalah, rangsangan digunakan dan tindak balas yang diberikan
bertujuan menghasilkan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini.
Contohnya apabila anak mengenakan pakaiannya dengan betul, ibu menepuk
belakangnya sambil memujinya serta merta. Pujian ini mengajar anak
bahawa tingkah laku yang baru dilakukan adalah baik dan perlu diteruskan.
f) Tunjuk ajar
Melalui kaedah ini, kaunselor mengajar klien melakukan sesuatu untuk
mendapatkan tindak balas dari orang lain. Contohnya suami dan isteri
inginkan pasangan memberikan perhatian dan mendengar apa yang hendak
dikatakan. Isteri diajar bercakap dengan suami. Apabila isteri sedang
bercakap, suami mesti melihat ke arah isteri dan mendengarnya sehingga dia
habis bercakap, barulah suami boleh menjawab.
g) Penghapusan
Penghapusan ialah proses melenyapkan amalan peneguhan yang tidak
sesuai kerana mendatangkan masalah. Ianya melibatkan proses menurunkan
kadar atau kekerapan tingkah laku dengan cara mengalihkan peneguhan
yang menggalakkan tingkah laku berlaku. Lazimnya kaedah ini dilakukan
secara gabungan dengan teknik-teknik lain supaya tingkah laku yang
dihapuskan dapat digantikan dengan tingkah laku baru yang lebih sesuai.
Bagi mengalihkan peneguhan dan menghapuskan tingkah laku yang
ditetapkan, pemimpin dan ahli lain mengambil langkah tidak endah sekiranya
ahli yang bermasalah terus mempamerkan tingkah laku itu. Ahli hanya diberi
perhatian selepas dia meninggalkan tingkah laku itu ataupun
menggantikannya dengan tingkah laku baru. Contohnya anak yang
mengamuk di khalayak ramai kerana menginginkan sesuatu permainan di
kedai. Ibu dilarang membelikan permainan tersebut dan membiarkan anak
menangis. Kemudian, apabila keadaan sudah reda, satu perjanjian boleh
dibuat dengan anak sekiranyan inginkan permainan tersebut.
h) Peneguhan positif
Dalam suasana kelompok, ahli membantu memberi peneguhan antara satu
sama lain bagi mengubah tingkah laku yang tidak diingini. Peneguhan positif
sama ada dalam bentuk lisan seperti galakan, pujian dan lain-lain ataupun
bukan lisan seperti pelukan, senyuman dan lain-lain adalah digalakkan dalam
kelompok. Peneguhan positif dalam bentuk kebendaan seperti makanan,
wang mahupun senyuman atau pujian yang boleh meningkatkan tindakan
atau tingkah laku yang diingini. Contohnya kanak-kanak di peringkat sekolah
rela melakukan sesuatu tugasan di rumah seperti mengelap lantai apabila
diberikan ganjaran wang. Orang dewasa pula biasanya akan meningkatkan
sesuatu tingkah laku apabila dipuji atau diberi senyuman.
i) Quid Pro Quo (sesuatu untuk sesuatu)
Ungkapan bahasa Latin ini bermaksud sesuatu untuk sesuatu. Perjanjian di
antara suami isteri dalam melaksanakan tugasan harian di rumah merupakan
contoh yang sesuai menggunakan kaedah ini. Suami mahu membasuh dan
melipat kain jika isteri memasak dan mengemas dapur. Senarai tugasan
seperti ini boleh ditulis dan dilaksanakan bersama.
j) Timbal balik
Teknik timbal balas mengandaikan bahawa dua insan memberi peneguhan
sesame sendiri yang berterusan. Contohnya seorang isteri yang mengemas
dengan teliti tetapi tidak menerima apa-apa penghargaan dari suaminya,
akan bertindak sebaliknya dan membiarkan rumahnya berselerak.
k) Tempoh pengasingan
Pengasingan dilakukan ke atas kanak-kanak yang tidak menunjukkan
kelakuan yang sesuai dengan keadaan pada masa ini. Pengasingan seketika
(misalnya selama lima minit) bertujuan menghapuskan kelakuan atau
tindakan tersebut. Contohnya kanak-kanak yang merampas alat permainan
orang lain ketika bermain, dibawa keluar dari ruang permainan setiap kali
kelakuan ini diulangi. Kaedah ini digandingkan dengan memberi ganjaran
dalam bentuk kebendaan atau pujian jika kanak-kanak tersebut menepati
janjinya tidak mengulangi kelakuan yang tidak diingini.
l) Membentuk carta
Pembentukan carta yang lengkap dan terperinci dilakukan oleh klien
terhadap sesuatu tingkah laku yang bermasalah. Ini bertujuan untuk
mawujudkan baseline mengenai kekerapan berlakunya tingkah laku yang
bermasalah untuk membantu memulihkannya. Contohnya suami dan isteri
diminta mencatatkan setiap pergaduhan yang berlaku antara mereka.
rencana atau buletin mengenai masalah yang sama seperti yang dihadapi
klien. Ianya bertujuan menyedarkan klien bahawa ada orang lain yang
menghadapi masalah yang sama. Contohnya ibu atau bapa tunggal dan
anak-anak mereka berasa lega apabila menyedari ada orang lain seperti
mereka. Buletin dan buku panduan boleh membantu memberi panduan
kepada mereka.
iv. Deduktif
v. Menggunakan pernyataan kendiri yang baru
Kaunseling mengajar klien menggunakan penyataan diri yang baru dengan
tujuan menghapuskan kepercayaan diri yang tidak betul.
vi. Berdebat/ menghujah
Kaunselor mengajak klien berdebat atau berhujah mengenai kepercayaan
klien yang tidak rasional sehingga dapat diterimanya iaitu dirasionalkan
vii. Memberikan pendidikan dan penerangan
viii. Memberi cadangan
b) Secara emotif
Kaedah ini bertujuan mengubah teras nilai klien dengan berbagai-bagai cara
untuk menyatakan perasaan di antara klien dengan orang yang terlibat.
i. Main peranan
ii. Modeling
iii. Pernyataan/ pendedahan kendiri
iv. Latihan shame-attacking
positif dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai dan hormatmenghormati. Manusia memang dari mula lagi mempunyai kecenderungan
untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah kesempurnaan
sendiri. Bagi membolehkan manusia berkembang mesti wujud tiga perkara
iaitu kekongruenan, empati beserta kefahaman yang mendalam dan
menerima tanpa syarat.
Teori pemusatan insan menekankan pemusatan diri klien sendiri iaitu
menekankan kepada sikap positif kaunselor dan penerimaan diri. Teori ini
menekankan penerimaan hakikat diri (klien) di dalam konteks yang sedia
ada. Biasanya masalah timbul apabila klien enggan menerima hakikat dirinya
yang sebenar dari segi psikologi, kekuatan fizikal, mental, keintelektualan,
kebolehan menyesuaikan diri dan berinteraksi.
Metodologi ini mengajar dan melatih penerokaan kendiri, keterbukaan kendiri
dan terhadap orang lain. Menggerakkan diri untuk berfikir dan bertindak
secara realistik. Beberapa teknik digunakan di dalam proses kaunseling
seperti teknik refleksi isi, refleksi perasaan, peneguhan minima dan soalan
terbuka.
Matlamat di dalam kaunseling Pemusatan Insan bukanlah sekadar
menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu, tetapi
apa yang lebih diutamakan ialah tk mencapai perasaan bebas dan sepadu
bagi diri seseorang individu itu. Tujuan kaunseling adalah untuk membantu
klien di dalam proses perkembangannya supaya klien dapat menghadapi dan
mengatasi masalah masa kini dan masalah-masalah di masa hadapan.
Manakala teori kaunseling Islam menurut pandangan Imam Ghazali lebih
kepada pendekatan berdasarkan ayat al-Quran. Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
Serulah ke jalan Allah dengan bijaksana dan peringatan yang baik,
berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik.
a) Cara bijaksana
Bijaksana sama ertinya dengan hikmah yang merangkumi keadilan, tahan
marah, bersifat kenabian, menolak kejahilan, menegakkan kebenaran,
meletakkan sesuatu di tempatnya, perkataan yang benar, mencegah berlaku
kerosakan, memahami dan prihatin dengan ilmu yang mendalam,
menegakkan kebenaran dengan hujah-hujah yang jitu dan berpandukan alQuran.
b) Nasihat yang baik
Sesetengah ahli tafsir menjelaskan maksud nasihat membawa makna:
Maksudnya:
Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka ia akan memberikan
kepadanya jalan keluar (dari kesulitan) dan akan memberinya rezeki yang
tiada ia duga dari mana berasal
Sigmund Freud dalam teori psikoanalisisnya lebih cenderung untuk mengkaji
hal-hal yang berlaku pada masa lampau kerana masa lampau dianggap
berkaitan dengan masa kini berdasarkan psikologi. Dalam teori ini, kaunselor
harus melihat kliennya daripada tiga aspek iaitu id, ego dan superego. Aspek
ini secara amnya bermaksud setiap insan dikuasai oleh rasa hatinya. Manusia
akan bertindak berdasarkan kepada kuasa mana yang kuat mempengaruhi
dirinya. Dalam Islam kuasa yang dimaksudkan itu ialah nafsu sama ada ingin
buat baik atau sebaliknya. Berhubung dengan nafsu manusia, ia hendaklah
dilihat daripada fitrah kejadian manusia itu sendiri.
Manusia terbina daripada dua unsur iaitu unsur rohani dan unsur jasmani.
Unsur rohani manusia terdiri daripada roh. Hakikat roh diketahui Allah sahaja,
manusia hanya mengetahui sedikit sahaja. Unsur rohani yang kedua ialah
nafsu iaitu kehendak nafsu dan perasaan. Nafsu boleh dibahagikan kepada
lima iaitu nafsu amarah, nafsu lawwamah, nafsu mutmainnah dan nafsu
radhiah mardhiah.
Ketiga, hawa iaitu kekuatan atau tenaga batiniah (hakikat) yang menjadi
penggerak kepada nafsu amarah. Nafsu amarah ini merupakan pendorong
kepada manusia agar berbuat jahat. Keempat, akal. Akal merupakan satu
anugerah Allah yang berfungsi untuk membezakan yang baik dan yang
buruk.
Unsur jasmani pula ialah unsur yang dapat dilihat atau dirasa terdiri daripada
kulit, urat, darah, tulang dan sebagainya. Unsur jasmani ini telah dijelaskan
oleh Allah:
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)
Teori beorientasi behavioristik pula melihat manusia seperti mesin atau robot
yang boleh dimanipulasi oleh persekitaran dan menjadi mangsa kepada
persekitarannya. Walaupun teori ini tidak merujuk kepada personaliti secara
langsung tetapi rujukannya kepada perlakuan-perlakuan yang spesifik dan
tidak spesifik yang dipelajari daripada persekitaran adalah berbeza dengan
pandangan Islam yang tidak menganggap manusia itu pasif kerana manusia
mempunyai akal fikiran, pengetahuan dan kepintaran, dan manusia berupaya
mencorakkan kehidupannya di dunia.
Penentu tingkah laku manusia bagi Islam ialah akidah dan takwa kepada
Tuhan bukan semata-mata ditentukan oleh persekitaran atau proses-proses
pembelajaran. Sebagaimana firman Allah:
Maksudnya:
Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya
memperhambakan diri kepada-Ku
Carl Rogers dalam teori pemusatan insan pula menganggap manusia sebagai
makhluk yang positif, rasional dan sentiasa bergerak maju. Manusia
cenderung ke arah penyempurnaan kendiri sekiranya ia diberi kebebasan
mengalami, memenuhi dan menyempurnakan keperluan-keperluan asasnya.
Teori Rogers ada titik persamaan dengan pandangan Islam di mana manusia
secara fitrahnya adalah baik. Manusia dianugerah Allah s.w.t. akal yang
membolehkannya menuju ke tingkat kehidupan yang lebih sempurna.
Pandangan Rogers terhadap manusia yang dianggapnya mempunyai
kebebasan mutlak dalam menentukan matlamat-matlamat hidupnya berbeza
dengan Islam di mana manusia merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T
dianugerahkan akal dan mempunyai kebebasan yang terbatas. Manusia
terikat kepada perintah dan takdir Allah.
Albert Ellis pula mengemukakan teori Terapi Rasional Emotif (RET) yang
mengandaikan manusia mempunyai potensi untuk bertindak secara rasional
dan berfikiran waras. Teori ini tidak dinafikan oleh Islam tetapi tentang fungsi
akal itu agak berbeza dengan pandangan Islam. Menurut pandangan Islam,
kemampuan akal itu adalah terbatas. Manusia tidak mampu memikirkan apa
sahaja yang ingin difikirkannya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T menjelaskan
tentang keupayaan akal manusia. Sebagaimana firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
Allah tidak menimbulkan beban kepada seseorang itu melainkan sekadar
apa yang telah Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan
kelapangan sesudah kesempitan
Oleh itu manusia tidak boleh bergantung kepada rasionaliti semata-mata
dalam menyelesaikan masalah dan persoalan-persoalan mengenai dirinya
seperti andaian RET. Akidah dan taqwa adalah lebih penting daripada
rasionaliti.
Walaupun terdapat perbezaan antara pandangan beberapa teori barat
dengan Islam,ini bukan bermakna bahawa keseluruhan teori-teori mengenai
manusia dari barat itu ditolak. Teori-teori ini perlu diubahsuai atau diadaptasi
supaya tidak bercanggah dengan agama yang dianuti dalam masyarakat
Islam yang bertujuan mencari kesempurnaan manusia dalam konteks
kesedaran tentang kewujudan Tuhan.
2.4 TUJUAN KAUNSELING
Fungsi kaunselor dalam proses kaunseling ialah sebagai pemandu atau
penunjuk kepada klien untuk mencari jalan membuat pemilihan yang
berlandaskan al-Quran, al-Hadis dan sunah nabi. Justeru itu, secara ringkas,
di antara tujuan kaunseling boleh dilihat seperti berikut:
yang lemah.
Hanya dengan akal fikiran sahajalah manusia boleh mengatasi kelemahan
dan menentukan baik buruk tingkah laku seseorang. Sekiranya mereka lemah
menguasai fikiran iaitu kuat dipengaruhi oleh nafsu syaitan, maka mereka
akan bertindak di atas jalan yang dilarang oleh Allah. Sekiranya mereka
bertindak dengan bijak dan dengan keredhaan Allah S.W.T. sudah pasti
mereka mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Allah S.W.T. sendiri
mengakui yang manusia menghadapi pelbagai masalah hidup sebagai
percubaan dari-Nya. Sebagaimana firman Allah:
Maksudnya:
Allah ingin memberikan keringanan bagimu kerana manusia itu dicipta
bersifat lemah
Masalah hidup tetap dihadapi oleh setiap makhluk kerana dunia ini penuh
dengan segala ujian, cubaan dan masalah sebagai satu cara Allah menguji
iman seseorang. Manusia yang kuat imannya akan mendapat kejayaan dan
orang yang lemah imannya akan menemui kegagalan. Justeru itu, seseorang
yang didapati lemah imannya atau yang menuju ke arah jalan yang tidak
diredhai Allah, hendaklah dibantu, ditolong atau dibimbing ke arah kejayaan
atau jalan yang diredhai Allah. Orang yang sanggup membantu orang lain
yang menghadapi kesusahan akan diberikan ganjaran pahala yang besar di
akhirat kelak. Ini dapat diperhatikan daripada sabda Rasullah s.a.w.:
Maksudnya: Sesiapa yang menyejukkan mata seorang mukmin
(menghilangkan kesusahannya), nescaya Allah akan menyejukkan matanya
di hari Kiamat
Perubahan drastik dalam pelbagai arah dan aktiviti kemanusiaan telah
menjadikan manusia itu dalam keadaan serba kelam kabut sama ada untuk
menghadapi, mengejar atau menyesuaikan diri masing-masing dengan
perubahan tersebut. Ekoran suasana yang penuh cabaran ini, manusia sering
menghadapi pelbagai masalah diri, keluarga, masyarakat, nilai dan
keagamaan.
Dalam usaha membantu ahli masyarakat atau individu untuk menghadapi
atau menyelesaikan pelbagai cabaran dan permasalahan diri seharian, maka
beberapa elemen pertolongan boleh dijalankan. Antaranya termasuk usaha
menyediakan perkhidmatan memberitahu (information giving services),
perkhidmatan memberi nasihat (advice-giving services), perkhidmatan
memberi bimbingan (guidance-giving services) dan perkhidmatan kaunseling
(counseling services ).
Setiap perkhidmatan menolong di atas adalah berbeza dari segi kaedah, teori
dan pendekatannya. Penggunaan setiap pendekatan tersebut juga addalah
berbeza mengikut keperluan individu, suasana masalah dan setting
perkhidmatan yang ingin diberikan. Namun, apa yang serupa ialah semua
perkhidmatan menolong termasuk kaunseling merupakan perkara penting
dalam kehidupan manusia seharian ke arah melahirkan generasi yang
sejahtera dan berkualiti.
Kepentingan kaunseling juga berhubung rapat dengan tuntutan Agama Islam
yang sentiasa mewajibkan ke atas setiap umatnya yang mampu, berilmu dan
berkemahiran untuk membantu mereka yang lain yang memerlukan
pertolongan atau bantuan. Apa yang penting dalam proses membantu,
semua pihak yang ingin membantu hendaklah membantu dengan jujur dan
ikhlas dan tidak mengeruhkan lagi keadaan yang ada. Oleh itu kaunseling
amat penting dalam menangani pasangan atau keluarga yang bermasalah
bagi mengelakkan perhubungan itu berakhir dengan perceraian.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:
Sebaik-baik manusia di sisi ku adalah mereka yang dapat membantu dan
memberi manafaat kepada manusia yang lain.
2.7 KESIMPULAN
3.1 PENDAHULUAN
dibuat oleh suami untuk bercerai dan tidak mahu untuk berdamai akan
menjadikan proses kaunseling yang diberikan oleh UPK, PAID, Hulu Langat
tidak berjaya.
Antara faktor penting yang memberi pengaruh besar terhadap kejayaan
proses kaunseling ialah faktor pendidikan pengadu dan pasangannya serta
faktor anak.
3.6.1 Faktor Pendidikan Pengadu dan Pasangannya
Dalam konteks yang lebih luas, pendidikan adalah satu kegiatan dalam
proses sosialisasi. Orang yang lebih tinggi pendidikannya selalunya telah
melalui proses sosialisasi yang lebih lengkap. Individu yang melalui proses
sosialisasi yang lebih lengkap mampu menjadi manusia yang sempurna pula
selalunya tidak cemderung menimbulkan masalah kepada orang lain.
Walaupun ada konflik rumahtangga yang timbul, individu berpendidikan akan
mudah mengambil jalan penyelesaian kerana mereka boleh berfikir tentang
baik atau buruk sesuatu kejadian khususnya jika berlaku perceraian.
Selain itu, mampu bertindak selaras dengan kehendak dan jangkaan
masyarakat. Dalam jiwanya terdapat ciri-ciri tanggungjawab, sabar, rajin,
jujur, amanah dan pelbagai ciri-ciri positif yang lain. Apabila sesorang itu
mempunyai ciri-ciri tersbut, maka perilakunya semasa berinteraksi dengan
orang lain akan selaras dengan jangkaan kebanyakan ahli masyarakat lain.
Kesabaran, kejujuran serta amanah merupakan satu gerak kuasa yang ada
dalam diri manusia yang boleh mewujudkan persefahaman dan
mengurangkan konflik. Interaksi individu yang mempunyai sifat-sifat ini
dengan orang lain boleh mewujudkan persefahaman. Dalam konteks
rumahtanga, individu seperti ini tidak banyak menimbulkan konflik. Apabila
tiada konflik dalam rumahtangga, maka rumahtangga mereka akan menjadi
aman.
Individu yang berpendidikan mudah menerima idea atau nasihat jika didapati
ia berguna dalam kehidupannya. Mereka selalunya meangap idea atau
nasihat orang lain sebagai perangsang kepada mereka untuk mengubah diri
dan keluarga. Individu yang kurang pendidikan pula selalunya tidak mudah
menerima idea atau nasihat orang lain walaupun nasihat tersebut adalah
berguna untuk mereka. Mereka bersikap pasif untuk menghadapi perubahan.
Keadaan ini menyebabkan proses kaunseling lebih berjaya di kalangan
pasangan yang mempunyai pendidikan tinggi.
3.6.2 Faktor Anak
Anak merupakan anugerah Allah yang tiada nilainya bagi pasangan suami
isteri. Ramai kalangan pasangan suami isteri bersetuju bahawa kehadiran
anak akan memberikan sinar kebahagiaan ke dalam rumahtangga. Anak dan
ibu bapa saling memerlukan di antara satu sama lain dan masing-masing
Mata
Bola mata berair sedang bermain dengan perasaan
Tidak berkelip-kelip membayangkan pengalaman berlalu
Memandang ke lantai sedang berfikir
Memandang ke dinding membayangkan pengalaman lalu
Kerap berkelip-kelip sedang sensitif
Pejam mata menahan emosi marah, sedih dan takut
Memandang kaunselor dalam keadaan sedar
Membeliakkan mata sedang marah, geram
Mengesatkan mata gangguan perasaan sebak
Suara
Kuat dan lantang marah, geram, tidak puas hati
Perlahan sayu, kesal dan sedih
Terputus-putus sebak,sedih, menahan perasaan
Lambat sedang bermain dengan perasaan
Tinggi marah, mengancam
Menggeletar menahan perasaan marah, takut
Tersedu-sedu sedih, pilu,sebak
Ketawa gembira, perli
Gagap perasaan terganggu, ketakutan
pernafasan yang kuat, keluhan, muka yang merah padam, cara duduk yang
tidak tetap, renungan dan pandangan yang tajam. Dalam melakukan refleksi
adalah lebih baik bagi kaunselor menghuraikan tingkah laku yang
diperhatikan kemudian baru menumpukan kepada isi.
iii. Refleksi Isi
Ia digunakan dengan cara kaunselor menyatakan semula idea-idea penting
klien dengan menggunakan perkataan baru dan lebih ringkas. Ia juga
digunakan bagi menjelaskan idea-idea yang sukar untuk dinyatakan oleh
klien.
yang diinginkan.
3.8.10 Membekalkan maklumat
Kaunselor yang professional juga seharusnya mampu bertindak sebagai
seorang guru dalam hal-hal membekalkan maklumat kepada kliennya.
Fenomena ini memudahkan sesuatu sesi kaunseling dijalankan. Contohnya,
kaunselor yang membekalkan maklumat tentang pendidikan dan
pembelajaran sehingga klien dapat membuat pilihan dan mengambil
keputusan secara terbuka.
3.8.11 Mendapat latihan yang formal
Latihan formal secara langsung dapat menambahkan penetahuan dan
pengalaman seorang kaunselor. Dengan cara ini, kaunselor mampu
meningkatkan lagi kadar kecekapannya dalam menangani masalah-masalah
yang dihadapi oleh klien. Kecekapan sebegini sekaligus akan membolehkan
seorang kaunselor itu diiktiraf oleh masyarakat dan juga di sisi undangundang.
3.8.12 Berempati
Sikap sebegini disemai oleh setiap kaunselor. Ini membolehkan mereka
merasa apa yang klien mereka rasakan dengan mudah. Hanya dengan
berkeadaan demikian barulah wujudnya kepercayaan dan keyakinan pada diri
klien. Kemahiran berempati adalah kebolehan kaunselor untuk memasuki
ruang dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan
emosi yang dialami oleh klien. Disinilah peluang kaunselor untuk
menggunakan kemahiran yang ada untuk mencungkil dengan lebih lanjut
permasalahan klien berlandaskan proses berempati.
3.8.13 Tidak Menghukum
Semua kaunselor tidak boleh menghukum atau menilai sesuatu terhadap
kelakuan klien. Ini untuk mengelakkan daripada pandangan serong oleh klien.
Kaunselor dalam konteks ini bukan pengadil, hakim, pendamai. Namun
begitu, dalam konteks Islam ianya perlu mengambil kira prinsip dan hukum
agama itu sendiri supaya tidak bertentangan.
Menurut Malik Badri, konsep mudah dalam Islam tidak menghukum adalah
satu penolakan konsep baik, jahat, tanggungjawab, moral dan agama. Dalam
Islam ada perkara halal dan haram. Hal ini berkait rapat dengan konsep hidup
muslim dan kepatuhan kepada Allah yang bukan hanya tertakluk kepada
matlamat dunia, malah kehidupan akhirat jua sebagai tempat menerima
pembalasan.
Perang dingin ini berlanjutan selama tiga bulan. Kebimbangan Siti terhadap
tingkah laku suaminya telah menyebabkannya berprasangka bahawa Ahmad
mempunyai wanita lain di luar. Keadaan ini bertambah teruk apabila Siti
mulai bimbang seandainya suaminya akan menceraikannya dan selalu
berada dalam keadaan takut, cemas, prasangka dan sedih. Siti telah
berusaha mendapatkan maklumat tentang tingkah laku suaminya di luar dan
cuba menyiasat suaminya serta memeriksa dengan rapi terhadap pakaian,
telefon bimbit dan beg duit suaminya.
Tingkah laku Siti telah membangkitkan lagi perasaan marah Ahmad
sehinggakan mereka sentiasa bergaduh dan bertengkar. Keadaan tegang ini
telah menyebabkan keadaan rumahtangga mereka porak peranda dan tiada
keharmonian lagi. Kali ini Ahmad tidak tahan lagi bersabar, dan terus
mengkritik, mengutk dan mengganggu keadaan mental Siti yang sedang
mengandungkan anak sulung mereka. Keadaan itu akhirnya diambil oleh Siti
untuk berbalas dendam dengan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai
isteri.
Akhirnya atas dasar masih sayang menyayangi antara satu sama lain dan
masih ingin mengekalkan hubungan sebagai suami isteri maka mereka
membuat keputusan untuk berjumpa kaunselor bagi penyelesaian yang
terbaik demi memulihkan perhubungan mereka.
3.9.2 Pendekatan Kaunseling (Individu dan Keluarga)
3.9.2.1 Pendekatan Kaunseling Individu
Terlebih dahulu, kaunseling individu diperkenalkan kepada kedua-dua suami
isteri untuk meluahkan segala isi hati supaya kaunselor dapat mengumpul
maklumat dengan lebih terperinci daripada kedua-dua pihak yang berkonflik.
Tujuannya adalah bagi membolehkan kaunselor bersifat adil dan saksama
terhadap klien dan bukan hanya mendengar perasaan dan pengalaman
sebelah pihak sahaja. Langkah-langkah yang digunakan dalam sesi
kaunseling ialah (menggunakan pernyataan Siti sebagai contoh):
Langkah 1: Membina Hubungan
Dalam sesi pertama, kaunselor akan menggunakan kemahiran melayan sama
ada secara lisan atau bukan lisan bagi membina hubungan saling
mempercayai antara klien dan juga kaunselor. Kemahiran melayan ini
bertujuan meyakinkan klien untuk meluahkan perasaan hatinya tanpa
menyembunyikan sesuatu. Dalam proses ini kaunselor juga akan membuat
penstrukturan. Penstrukturan merupakan langkah pertama dalam proses
kaunseling. Ia juga ditakrifkan sebagai satu bentuk penjelasan mengenai
proses kaunseling. Penstrukturan akan membincangkan empat aspek utama
iaitu memberitahu klien tentang tujuan, tanggungjawab, pemfokusan dan
limitasi kaunseling. Antaranya meliputi tiga unsur masa, tingkah laku yang
Konsep ini meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor
sebenarnya adalah ibu bapa atau orang yang signifikan dalam hidupnya yang
lampau. Dalam proses ini, seorang klien itu akan menghidupkan semula
tanpa disedari tingkah laku patogeniknya kepada kaunselor. Kaunselor cuba
memahami curahan isi hati dan pengalaman ini kemudiannya mentafsirkan
kepada klien dan ahli keluarganya supaya benar-benar memahami sebabsebab mengapa ia sering bertindak secara tidak rasional. Melalui kefahaman
dan celik akal sebegini bolehlah ia berkembang dengan sewajarnya dari segi
intelektual dan emosi.
Sebagai contohnya, Siti akan memindahkan perasaan dan pengalamannya
semasa tempoh kedinginan hubungannya dengan suami kepada kaunelor
supaya kaunselor dapat membantunya memahami dan mentafsir. Kaunselor
di sini akan membantu klien untuk memahami perasaannya di ketika itu dan
bekerjasama dengan kaunselor dalam pentafsirannya.
2. Strategi Kerusi Kosong
Strategi kerusi kosong yang dikemukakan oleh Teori Gestalt, membenarkan
klien berpeluang berlagak terkeluar daripada apa yang sepatutnya dan dia
bersikap atau bercakap terhadap orang lain yang digambarkan sebagai orang
sedang duduk pada kerusi yang kosong. Peranan yang dimainkan ini akan
membantu klien berhubung dengan bahagian dirinya sendiri yang mana
mereka sendiri tidak sedar ataupun mungkin sengaja menafikannya.
Memainkan peranan ini juga membolehkan klien meraptaikan dirinya dalam
satu bentuk peranan baru yang akan dicubanya di luar kaunseling nanti.
Raptai ini akan menguatkan lagi keyakinan dan kepercayaan klien bahawa
tingkah lakunya yang baru itu nanti memang boleh dijalankan.
Contohnya, Siti berpeluang meluahkan apa sahaja yang dia ingin sampaikan
kepada suaminya dalam masa inilah dia akan dibantu untuk mengetahui
bahagian yang tidak sedar diri atau dinafikan. Antaranya, dia marah terhadap
suaminya yang tidak menimbangkan perasaannya ketika suaminya balik
lewat, dalam keadaan tidak sedar dia amat cinta kepada suaminya sehingga
ingin suaminya meluangkan lebih masa kepadanya.
3. Strategi Penggunaan Ganti Nama Diri
Kaunselor juga menggunakan strategi penggunaan ganti nama diri dalam
Teori Gestalt kepada klien, Siti. Ini kerana Siti selalu menggunakan kata dia
dalam sepanjang sesi kaunseling. Penukaran ganti nama dari dia kepada
saya amat diperlukan untuk membantu klien memiliki tingkah laku diri dan
lebih bercakap mengenai diri dan bukannya orang lain.
3.10 KESIMPULAN
Secara umumnya dapat dilihat peranan utama kaunselor dalam konteks
intervensi masalah keluarga ialah bertujuan untuk membantu pasangan
suami isteri dan keluarga yang bermasalah bagi mencari jalan mengeratkan
hubungan kasih sayang dan kemesraan di samping mengelakkan berlakunya
kes perceraian yang membawa risiko timbulnya pelbagai masalah. Justeru itu
kaunseling dilihat sebagai salah satu terapi yang dapat mengurangkan
tekanan yang dihadapi oleh pasangan suami isteri yang menghadapi masalah
dalam rumahtangga.
Namun perlu diingatkan dan difahami di sini ialah tentang keberkesanan
proses kaunseling ini tidak harus diletakkan sewenang-wenangnya di atas
tanggungjawab kausnelor seorang. Keberkesanannya adalah sesuatu yang
subjektif dan ianya memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak yang
terlibat dalam sesuatu proses kaunseling iaitu kaunselor dan klien. Perkara
inilah yang perlu ditekankan secara lebih rasional kerana komitmen klien
untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi adalah perkara
yang amat penting. Tanpa kesedaran, kefahaman dan inisiatif klien untuk
melaksanakan sebarang bentuk usaha penyelesaian maka sudah pastinya
proses kaunseling tidak akan memberi sebarang makna. Maka dengan ini
PENUTUP
4.1 PENDAHULUAN
Dalam Bab ini, perkara yang akan diberi tumpuan ialah rumusan keseluruhan
kajian, impilkasi dan cadangan kajian. Bab V ini merupakan bab penutup
yang bertujuan untuk membincangkan keseluruhan hasil kajian dalam kajian
ini dan ia dapat memberi satu impak yang positif kepada semua pihak ke
arah penambahbaikan kualiti Unit Perundangan Keluarga Islam di Pejabat
Agama Islam Daerah Hulu Langat Selangor dalam menyelesaikan konflik
yang dihadapi oleh pasangan suami isteri.
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.
Abdullah Fahim, Hassan Pahmi, Abd. Latif Ibrahim, Abd. Hamid Mohd. Salleh,
Mohamad Saari, Fatimah Saad & Norkhalidah Abd Rashid. 1995. Rumahku
Syurgaku. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 1999. Kemahiran Menyelesaikan Krisis
Rumahtangga. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abdul Manan Mulla Bar. 1990. Kaunseling dalam Konteks Budaya Islam. Kuala
Lumpur : Nurin Enterprise.
Abdu Rahman bin Ibrahim. 2001. Peranan Kaunseling dalam Dakwah: Kajian
khusus di unit kerjaya dan kaunseling Institut Teknologi Mara (ITM) Shah
Alam. Tesis Sarjana. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Adawiyah Ismail. 2007. Kaunseling Islam ke arah pembentukan keluarga
dinamik. Shah Alam : Karisma Publications Sdn Bhd.
Akmala Md. Amin. 2008. Proses Kaunseling di PAID Hulu Langat, Selangor.
Temu bual. 15 Februari.
Ali haji Yaacob. 1995. Perkhidmatan Kaunseling: Kes di Tanah Suci. Kajang:
Makruf Publisher & Distributors.
Al- Muslim,Abi al- Husayn Muslim ibn al-Hajjaj. 1412H/1991. Sahih. Jil.4.
Kaherah: Dar al-Fikr.
Asmawati Baharuddin & Norhalim Ibrahim. 1996. Peranan Ibu Bapa. Kajang:
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali & Hanif
Osman. 2006. Kaunseling dalam Islam. Nilai: Fakulti Kepimpinan dan
Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia.
Muhd Mansur Abdullah. 1984. Ke arah Sistem Tolongbantu Masa Kini: Satu
Pengenalan. Kuala Lumpur : Penerbitan Tra Tra Sdn. Bhd.
Muhd Mansur Abdullah. 1986. Kaunseling: Teori,Proses dan Kaedah. Petaling
Jaya: Fajar Bakti.
Muhd. Mansur Abdullah & S. Nordinar Mohd Tamin. 1996. Proses Kaunseling.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raudhatuljannah bte Sarun. 2006. Peranan Unit Kaunseling & Rundingcara
dalam menangani konflik pasangan bermasalah di Pejabat Agama Daerah
Kluang Johor. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Rosnah Ismail. 2000. Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan Satu Kaedah
Menangani Cabaran. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Sabariah Siron. 2005. Teori Kaunseling & Psikoterapi. Petaling Jaya: Prentice
Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Sapora Sipon & Wan Anor Wan Sulaiman. 2002. Pengantar Kaunseling.
Petaling Jaya: Prentice Hall.
Sheikh Ghazali. 2006. Penyelesaian kes-kes kekeluargaan Islam melalui
manual kerja sulh. Penyt. Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Md. Supi.
Manual Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman
Islam Malaysia.
Siti Fatimah Binti Hj Abdul Ghani. 2005. Perkhidmatan Kaunseling Sebagai
Satu Alternatif Dalam Pengurusan Konflik Rumahtangga. Kertas Kerja