Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN ABAI

W.D.T 104 89157, KOTA BELUD, SABAH


TEL : 088972717 / 971720 FAX : 088971719
Ruj.
Tarikh

:
:

SKPA/KB/800/2/16
26 Oktober 2016

Kepada
Ibubapa/Penjaga
Semua murid
S.K. Pangkalan Abai,
Kota Belud.
Tuan,
PEMULANGAN BUKU TEKS BAGI TAHUN 2016 DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS BAGI KEGUNAAN
TAHUN 2017
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
02.
Unit Skim Pinjaman Buku Teks sekolah akan membuat pemulangan buku teks bagi tahun 2016 yang telah
dipinjam oleh anak/anak jagaan tuan. Buku teks bagi kegunaan 2017 juga akan diagihkan kepada murid sebagai
persediaan tahun 2017. Pemulangan dan agihan buku akan berjalan seperti berikut:
Tarikh

Masa :
Tempat :

2hb hingga 4hb November 2016 (Pemulangan Buku Teks 2016)


21hb hingga 25hb November 2016 (Pengagihan Buku Teks 2017)
8.00 a.m. hingga 12.40 p.m.
Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6

03.
Oleh yang demikian, pihak sekolah memohon kerjasama tuan agar dapat memastikan buku teks yang
dipinjam oleh anak/anak jagaan tuan dalam keadaan baik dan memuaskan untuk dikembalikan kepada pihak
sekolah.
04.
Sehubungan dengan itu, diharapkan pihak tuan dapat memeriksa dan memastikan buku teks yang telah
dibekalkan kepada anak/anak jagaan tuan adalah lengkap dan mencukupi. Sebarang kekurangan,
kerosakkan dan pertukaran hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah SELEWAT-LEWATNYA
SEBELUM ATAU PADA 25 NOVEMBER 2016. Pihak sekolah tidak akan menerima sebarang laporan berhubung
dengan kekurangan, kerosakkan dan pertukaran buku teks selepas tarikh yang telah ditetapkan.
05.
Dengan itu, diharap pihak tuan dapat memantau penjagaan buku-buku tersebut sepanjang cuti persekolahan
juga sehingga dipulangkan kepada pihak sekolah pada hujung tahun 2017.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menurut perintah,
(RAMLEE BIN MOHAMED DAUD)
Guru Besar,
S.K. Pangkalan Abai, Kota Belud.
Sk.

Fail

Anda mungkin juga menyukai