Anda di halaman 1dari 9

Rabu 13 Julai 2016

TEKNIK MENULIS KARANGAN PENGAJIAN AM


TEKNIK MENULIS KARANGAN (Masa Dicadangkan 30-35 minit)
PERINGKAT-PERINGKAT MENULIS KARANGAN
Panduan Umum
1. Sebelum menulis karangan, para calon perlu membuat keputusan tentang tajuk
karangan yang hendak dipilih.
2. Pemilihan sesuatu tajuk haruslah berdasarkan sejauh manakah pengetahuan calon
tentang isu yang menjadi tajuk dalam sesuatu soalan.
3. Hal ini penting supaya calon tidak buntu dalam mencari isi-isi karangan yang boleh
mengganggu kelancaran penulisan karangan kelak.
4. Calon-calon perlu mempertimbangkan setiap maklumat tentang isu yang diperkatakan
secara mendalam.
5. Maklumat-maklumat itu merangkumi fakta, data, dan contoh yang benar dan logik.
6. Setelah calon yakin dapat menguasainya ditambah pula tajuk itu sesuai dengan
keupayaan diri calon, maka pilihlah tajuk berkenaan.
Peringkat 1: Menganalisis Kehendak Soalan.
1. Mengenalpasti kehendak soalan atau tajuk merupakan perkara yang amat penting
supaya isi-isi dan pendekatan yang dikemukakan nanti tidak menyeleweng daripada tajuk
karangan yang diberi.
2. Ramai calon yang gagal untuk mendapatkan gred yang baik kerana tidak mematuhi
kehendak soalan.
3. Oleh itu, calon haruslah mengenal pasti kata kunci yang dapat memandu para calon
menggarap isi persoalan dalam sesuatu tajuk karangan.
4. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menganalisis kehendak soalan
ialah;
a. Bentuk Soalan - Tertutup atau Terbuka.
i. Terbuka - Soalan berada dihadapan ayat.
Contoh soalan:
Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui
aplikasi teknologi maklumat sepertiFacebook, MySpace, Twitter, Friendster dan
sebagainya. Jaringan komuniti maya ini mewujudkan pelbagai implikasi. Jelaskan
kebaikan dan keburukan jaringan komuniti maya.
(Pernyataan tidak perlu dianalisis kerana kehendak soalan adalah jelas)
ii. Tertutup - Soalan berada dibelakang ayat.
Contoh soalan:
Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui
aplikasi teknologi maklumat sepertiFacebook, MySpace, Twitter, Friendster dan
sebagainya. Jaringan komuniti maya ini memberikan kebaikan tertentu. Namun demikian,
ia juga boleh membawa impak negatif jika disalahgunakan. Bincangkan?
(Pernyataan perlu dianalisis untuk mengenalpasti kehendak soalan)
b. Isu - apakah isu yang diutarakan dalam soalan. kegagalan memahami isu soalan akan

menyebabkan karangan calon lari daripada tajuk soalan.


c. Fokus Soalan - merujuk kepada perkara yang ditanya dalam soalan sama ada satu fokus
atau dua fokus.
d. Skema - asas skema hanya ada 2 iaitu 5+0 dan
3A+2B@2A+3B., 1+1+2@1+2+1@2+1+1 tetapi ini hanyalah pecahan daripada skema
asas tadi. Skema 5+0 bermakna hanya ada satu fokus soalan dan skema 3A+2B@2A+3B
bermakna ada dua fokus soalan.
Peringkat 2: Menyenaraikan Idea Utama.
1. Dalam karangan pengajian am, calon perlu memberikan 5 idea utama (5 markah) dan
setiap idea diiringi dengan 3 idea sampingan berbentuk huraian, huraian lanjutan, contoh
dan ulasan atau penegasan idea. (5IU x 3H=12H = 15 markah)
2. Bagaimanapun, pada peringkat ini calon perlu menyenaraikan seberapa banyak idea
yang berkaitan dengan kehendak soalan. (lebih daripada 4)

Peringkat 3: Mengasingkan Idea Idea Utama dan Idea Sampingan


4. Idea utama ialah idea secara langsung dengan kehendak soalan dan ia merupakan satu
perkara pokok yang besar dan boleh berdiri sendiri.
5. Idea sampingan ialah tidak langsung dengan kehendak soalan tetapi secara langsung
dengan idea utama dan ia merupakan perkara-perkara kecil yang tidak boleh berdiri
sendiri tanpa perkara pokok.
6. Idea utama perlu diasingkan kerana markah hanya diberikan jika idea utama betul. Idea
utama yang salah tidak akan diberikan markah huraian walaupun huraian betul.
7. Idea utama yang salah dianggap tidak relevan (TR) kerana tidak menjawab kehendak
soalan.
8. Idea sampingan perlulah diletakkan selepas idea utama sebagai hujah-hujah yang
menyokong idea utama.
9. Idea sampingan ini perlulah jelas dan tidak boleh dipertikaikan pernyataannya.
10. Idea sampingan yang tidak jelas (TJ) tidak diberikan markah huraian.
Peringkat 4: Menyediakan Rangka karangan.
1. Rangka karangan haruslah disediakan terlebih dahulu sebagai garis panduan kepada
calon-calon semasa proses mengarang.
2. Perkara yang harus ada dalam karangan merangkumi aspek berikut:
a. Calon-calon dapat menentukan isi-isi yang perlu dimuat dalam sesebuah karangan.
b. Calon-calon akan menentukan urutan isi yang disusun mengikut keutamaan.
c. Calon dapat memastikan tidak ada isi-isi yang tertinggal.
d. Calon dapat merangka pendahuluan dan penutup karangan yang bersesuaian dengan isi
karangan.
Peringkat 5: Menulis Karangan
1. Proses penulisan dijalankan setelah rangka karangan disediakan dengan jelas dan
teratur.
2. Proses penulisan ini akan terlaksana dengan baik dan lancara apabila kesemua empat
peringkat di atas diikuti dengan sempurna dan berkesan.

3. Pada peringkat ini, calon perlu sentiasa ingat "saya menjawab soalan" untuk
memastikan karangan tidak terkeluar daripada tajuk.
Peringkat 6: Menyemak Karangan
1. Setiap karangan yang ditulis hendaklah disemak semula oleh calon dengan teliti supaya
dapat mengesan kesalahan-kesalahan yang tidak disedari.
2. Kesalahan ini boleh melibatkan aspek tatabahasa yang terdiri daripada ejaan, tanda
baca, perkataan, mahupun struktur ayat.
3. Setiap kesalahan yang dikesan hendaklah diperbetul dengan jelas.
Nota: Karangan Pengajian Am wajib mengikut format iaitu mengandungi tiga bahagian;
Pendahuluan, Isi dan Penutup. (Perengan 1: Pendahuluan, perenggan 2-6: Isi dan
perenggan 7: Penutup).

Archive for the ESEI Category


Panduan Menulis Esei Bahagian A dan B
Disember 15, 2009

BAHAGIAN A DAN B (ESEI) 25 MARKAH

PRAPENULISAN :
1.

1. Memilih Soalan/Tajuk (Penting !!!) (2 minit)

1.

a. Baca setiap soalan dengan teliti.

2.

b. Pilih soalan yang sesuai dan mudah/senang.

dapat mengemukakan sekurang-kurangnya empat isi

telah dibuat/diajar.

pemahaman, pengetahuan dan keupayaan untuk mengembangkan isi.

1.

2. Menganalisis Soalan/Tajuk (2 minit)

Mengenal pasti kata kunci soalan.

ISU

Apa isu ? Konsep, istilah dsb seperti jenayah juvana, vandalisme, lebuh raya. (yang

akan disentuh dari awal hingga akhir esei.)

Skop isu ? Lokaliti tempatan (masyarakat / negara) atau global (antara bangsa)

MAKLUMAT ; tunggal atau majmuk

FOKUS

Kehendak / Tugasan soalan ? Bentuk /Arahan soalan dan format jawapan.

Tugasan
Contoh Soalan
1. Satu kehendak
2. Dua kehendak seimbang
3. Dua kehendak tidak
seimbang
4. Tiga kehendak
5. Sejauh manakah anda
bersetuju
( 2 setuju & 2 faktor lain) @
( 3 setuju & 1 faktor lain)
6. Bandingan (2 isu)
1.

3. Merangka isi (3 minit)


Kepentingan :
a.

Mengelak kebuntuan idea semasa menulis.

b.

Penyusunan isi mengikut keutamaan.

c.

Mengelakkan pengulangan isi.

PENULISAN ( 30 minit )

Pemerincian

Pemerengganan

Penjalinan penanda wacana

Penggunaan bahasa/Penataan laras bahasa

Pengolahan

ESEI A & B (@ 25 MARKAH)


Perenggan 1

Pendahuluan
(2 3 ayat)

Isu utama

30 patah kata Ulas isu (ubah suai soalan)


Jangan masuk isi
Kehendak soalan
Perenggan 2 5

Perenggan isi 1, 2, 3
dan 4

(5 7 ayat)

Idea / Ayat isi

70 patah kata

Huraian . Jelas @ tidak


jelas?

Huraian

{analogi dan gambar}

Fakta / Contoh
Ayat penegas isi*
Perenggan 6
(2 3 ayat)
30 patah kata

Idea .. betul @ salah ?


{tahu}

Apa? Kenapa ?
Bagaimana?

Penutup
Kembali kepada isu
Rumus isi
Harapan / komentar /
amaran

A.

Menulis pendahuluan

Fungsi dan kepentingan :


1.

1. Komponen karangan yang harus ditulis dengan menarik berkesan untuk


merangsang impression pemeriksa/ berfungsi sebagai denak.

2.

2. Item utama yang menjadi asas penilaian. Kedudukannya seperti wajah/muka


kepada seseorang.

3.

3. Kebulatan/kemantapan karangan terungkap pada peranggan pendahuluan.

4.

4. Pendahuluan

berfungsi

untuk

membayangkan

perkara/isi

dihuraikan seterusnya.
Cara atau langkah penulisan pendahuluan; * Rujuk contoh
1.

1. Perlu menyentuh isu yang diperkatakan secara umum.

yang

akan

2.

2. Jangan sesekali menulis isi dalam perenggan pendahuluan.

3.

3. Seelok-eloknya, kehendak soalan terungkap pada

ayat terakhir perenggan

pendahuluan.
B.

Menulis perenggan isi.

Kepentingan Perenggan Isi


1.

a. Fokus terpenting dalam sesebuah karangan

2.

b. Bahagian terbesar (80 %) dan utama dalam penulisan.

3.

c. Konsep isi dan penyampaian merupakan unsur yang terpenting

4.

d. Aspek pemerincian, pemerengganan, penjalinan, penataan laras bahasa,


dan pengolahan akan tergambar dalam perenggan isi.
Cara Menulis Perenggan Isi * rujuk contoh

1.

1. Ayat judul / ayat isi.

1.

a. Kehendak soalan + isi karangan

2.

b. Tepat, jelas, padat, konkrit

3.

c. Jangan gabungkan dengan huraian dan contoh.

1.

2. Pengembangan isi.

1.

a. Huraian, bahasan, fakta, contoh, data

2.

b. 4W + 1H; Apa? Siapa? Mengapa? Bila? Bagaimana?

3.

3. Ayat penegas isi.

1.
4.

a. (rujuk ayat judul)


4. Penanda wacana.

Fungsi / Menyatakan
Maksud
Tambahan daripada
apa-apa yang telah
dikatakan sebelumnya.

Contoh Penanda Wacana

selain itu, di samping itu, tambahan pula, kemudian,


lagi pula, pertama, akhirnya, sehubungan dengan
itu, sehubungan dengan hal itu, dalam pada itu,
kemudian.
Perlawanan atau
sebaliknya, sebenarnya, biarpun, biarpun begitu,
kontras terhadap apa- walaupun, walau bagaimanapun, walaupun begitu,
apa yang telah
walaupun demikian, namun begitu, namun
dikatakan sebelumnya. demikian, sungguhpun, meskipun, akan tetapi, pada
hal.

Sebab-musabab
maka, jadi, akibatnya, lantaran itu, oleh sebab itu,
terhadap apa-apa yang oleh itu, oleh hal demikian, dengan demikian, namun
dikatakan sebelumnya. demikian, berhubung dengan ini, hasilnya.
Ringkasan atau
ringkasnya, jadi, dengan perkataan lain, pendek
kesimpulan terhadap kata, dengan kata lain, secara ringkasnya,
apa-apa yang telah
pendeknya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan,
dikatakan sebelumnya. akhirnya.
Penjelasan terhadap jelasnya, lebih tepatnya, tampaknya, sesungguhnya
apa-apa yang telah
dikatakan sebelumnya.
Masa
kemudian, selanjutnya, selepas itu, pada waktu itu.
C. Menulis penutup.
Fungsi dan Kepentingan
1.

Merumus keseluruhan karangan

2.

Pelengkap kepada karangan seperti mana fungsi pendahuluan

3.

Sentuhan terakhir dalam penulisan yang akan meninggalkan bekas kepada


pemeriksa.
Cara Menulis Perenggan Penutup* rujuk contoh

1.

1. Penanda wacana

2.

2. Kembali kepada isu/tema/tajuk

3.

3. Mengulas isi secara ringkas/merumus isi secara umum.

4.

4. Komentar/Cadangan/Nasihat/Harapan.
PASCAPENULISAN ( 3 minit)

1.

1. Menyemak isi

2.

2. Pengeditan bahasa(ejaan/tanda baca)


Dikirim dalam BAHAGIAN A, BAHAGIAN b, ESEI | Leave a Comment

Soalan Tugasan Bahagian A: Isu Perniagaan Francais


Disember 15, 2009

Soalan Perbincangan dan Latihan Kendiri


Industri francais merupakan dimensi baru dunia perniagaan yang berpotensi di
Malaysia. Bagi menjayakan bidang ini, peranan pelbagai pihak amatlah penting.
Huraikan.
Arahan :
1. Dapatkan maklumat tentang tajuk di atas.
2. Buat perbincangan kumpulan:
i. Kenal pasti isu utama.
ii. Nyatakan kehendak tugasan soalan.
iii. Buat rangka isi-isi.
3.Tulis sebuah karangan yang menepati piawai STPM (250 patah perkataan).

Dikirim dalam BAHAGIAN A, ESEI | Leave a Comment

Esei Contoh : Bahagian A (Isu Juvana)


Disember 15, 2009

Contoh esei.
Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita
pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.
Pendahuluan

Muktahir ini, kes juvana di negara kita telah menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Hal ini
amat membimbangkan kerana generasi muda merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa
depan. Oleh itu, pelbagai faktor perlu dikenal pasti yang menyumbang kepada peningkatan ini
dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk membendungnya. (45 patah perkataan)
Antara faktor

penyumbang

keluarga. Keluarga

yang

kepada

mempunyai

peningkatan
masalah

seperti

kes

jenayah

berlakunya

juvana ialahmasalah

konflik

penceraian

dan

pengabaian terhadap penjagaan dan pendidikan anak-anak telah mendorong anak-anak terlibat
dalam jenayah juvana. Tidak kurang pula, sikap dan perlakuan ibu bapa yang buruk telah
menyebabkan anak-anak terjebak dalam jenayah ini. Pendek kata, keluarga yang bermasalah
menjadi punca meningkatnya gejala jenayah juvana. (61 patah perkataan)
Selain itu, pengaruh media massa turut dikenal pasti menjadi faktor penyumbang kepada
peningkatan kadar kes juvana. Hal ini demikian kerana media massa memaparkan pelbagai unsur
negatif seperti aksi-aksi ganas dan ekstrem yang mendorong remaja melakukan gejala sosial.
Sebagai kesannya, remaja akan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti amalan budaya kuning,
pergaulan bebas, seks rambang, dan sebagainya. Tegasnya, kadar kes juvana meningkat
disebabkan oleh pengaruh media massa. (65 patah perkataan)
Usaha membendung gejala juvana dapat dilakukan

melalui pendidikan agama dan moral. Ibu

bapa berperanan menyemai nilai-nilai murni kepada anak-anak dan perlu menjadi contoh teladan
kepada mereka. Pendidikan di rumah pula diperkukuhkan di sekolah dengan pengajaran guru dan
aktiviti-aktivti kokurikulum. Jika terdapat pelajar yang bermasalah, khidmat kaunseling perlu
diberikan agar mereka berkelakuan baik. Kesemua mekanisme pendidikan ini dapat membentuk
jati diri remaja dan menghalang mereka terjebak dalam jenayah juvana. (68 patah perkataan)
Seterusnya, kempen-kempen

kesedaran perlu digiatkan

bagi

membendung

gejala

juvana. Kerajaan perlu menjalankan kempen-kempen dari semasa ke semasa seperti Kempen
Belia Benci Dadah. Pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu lebih proaktif dalam menganjurkan
program-program yang bermanfaat seperti kem motivasi dan kemasyarakatan. Sejajar dengan
perkara ini, media massa perlu menyebarluaskan kempen-kempen ini dalam membantu kerajaan
dan NGOs untuk menyedarkan golongan remaja. Natijahnya, melalui kempen-kempen ini, remaja
akan sedar akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara. (70 patah perkataan).
Sebagai kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah remaja dapat dibendung jika
faktor-faktor

penyumbang

dikenal

pasti

dan

seterusnya

mengambil

langkah-langkah

mengatasinya. Semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti masyarakat serta pihak
kerajaan perlu berkerjasama dan berganding bahu dalam melahirkan remaja sebagai modal insan
kepada negara. (46 patah perkataan)
Dikirim dalam BAHAGIAN A, ESEI | Leave a Comment

Anda mungkin juga menyukai