Anda di halaman 1dari 2

Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat ....

learn
more, remember more, use less paper, invest less effort ... yang membawa maksud
penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak,
mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.
Penggunaan peta minda dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh membantu
mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi
maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan
yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru,
memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti.
Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran

guru.

Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani
Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut,
Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil
dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan,
Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda
Tony

Buzan

bagi

memudahkannya

mengulangkaji

dan

menghafal

pelajaran.

Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said telah mengadakan pameran Daerah Samad
100 lakaran oleh A. Samad Said di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A.
Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri
berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung
sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya
dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut
tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta
perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak
Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta minda dalam membuat catatan idea
sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif.

Langkah pertama yang telah saya melaksanakan adalah memastikan semua peserta
kajian menonton video mengenai Land Before Time untuk lima belas minit. Video ini
adalah bertujuan untuk set induksi saya iaitu untuk memberikan gambaran kepada peserta
kajian tentang topik yang akan diajar oleh saya pada hari tersebut. Selepas menonton video
tersebut, saya telah menanyakan beberapa soalan kepada peserta kajian untuk memastikan
peserta kajian tahu tentang topik yang akan diajar iaitu Zaman Prasejarah.
Seterusnya untuk langkah kedua, saya memperkenalkan Topik Zaman Prasejarah
dengan menggunakan slaid Power Point. Selepas mengajar tentang topik tersebut, saya
telah menunjukkan istilah-istilah dan isi-isi utama dalam bentuk peta pemikiran i-Think.
Langkah keempat pula saya telah menerangkan ciri-ciri peta pemikiran i-Think dan cara
membuat peta i-Think untuk mata pelajaran Sejarah. Peserta kajian diminta untuk
melengkapkan Buku GS peta pemikiran i-Think. Saya membimbing peserta kajian
melengkapkan peta pemikiran i-Think. Saya telah menggunakan kesempatan ini untuk
menemu bual empat peserta kajian semasa dan selepas berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran. Rakan Internship saya juga telah membantu memerhati amalan mengajar
saya dengan menggunakan borang maklum balas yang disediakan.