Anda di halaman 1dari 4

Semut Dengan Burung Merpati

Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru


dan rakan-rakan sekalian. Saya ____________________ dari
Tahun Satu akan menyampaikan cerita bertajuk Semut dengan
Burung Merpati.
Suatu hari semut minum di tepi sungai. Tiba-tiba dia
tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai. Dia hampir lemas. Burung
merpati berehat di dahan pokok. Ketika itu dia ternampak
semut yang hampir lemas itu. Dia menjatuhkan sehelai daun ke
arah semut. Semut terus memanjat daun itu dan berterima
kasih kepada burung merpati kerana menyelamatkannya.
Sebaik sahaja sampai ke tebing sungai, dia ternampak
seorang pemburu. Semut sangat risau kerana pemburu itu
hendak menembak burung merpati. Tanpa membuang masa
semut terus memanjat kaki pemburu itu dan menggigitnya.
Pemburu itu menjerit kesakitan, Aduh! Jeritan pemburu itu
telah menyedarkan burung merpati. Merpati terus terbang
apabila melihat pemburu di situ. Sambil terbang, burung
merpati memandang ke arah semut dan mengucapkan terima
kasih kerana menyelamatkannya. Nilai murni yang terdapat
dalam cerita ini ialah budi baik akan dibalas dengan kebaikan
juga.
Sekian, terima kasih.

Anjing Yang Tamak


Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru
dan rakan-rakan sekalian. Saya _______________ dari Tahun
Satu akan menyampaikan cerita bertajuk Anjing Yang Tamak.
Pada suatu pagi, Sang Anjing pergi mencari makanan. Sang
Anjing terjumpa seketul tulang. Hatinya sangat gembira. Sang
Anjing menggonggong tulang itu. Sang Anjing segera beredar
dari situ. Sang Anjing lalu di atas sebatang titi. Tiba-tiba Sang
Anjing terpandang bayangnya sendiri di dalam air. Sang Anjing
menyangka ada anjing lain yang menggonggong tulang. Sang
Anjing ingin merampas tulang itu. Sewaktu Sang Anjing
membuka mulutnya, tulang yang digonggongnya jatuh ke dalam
air. Sang Anjing berasa sangat menyesal. Bayang-bayang itu
rupa-rupanya ialah bayang-bayangnya sendiri. Itulah akibatnya
jika tamak. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah
janganlah sekali-kali mengamalkan sikap tamak. Sikap tamak
boleh membawa kerugian.
Sekian, terima kasih.

Penggembala Dengan Serigala


Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru
dan rakan-rakan sekalian. Saya _______________ dari Tahun
Satu akan menyampaikan cerita bertajuk Penggembala Dengan
Serigala.
Pada zaman dahulu, ada seorang budak lelaki yang suka
menipu. Setiap hari dia menggembala kambing di puncak bukit.
Suatu hari dia berasa bosan. Dia terfikir hendak menipu orang
kampung. Dia pun menjerit, Tolong! Tolong! Serigala! Penduduk
kampung terdengar jeritan lalu membawa senjata untuk
membantu. Apabila mereka sampai di bukit, budak itu terus
ketawa terbahak-bahak, Ha! Ha! Ha! Kamu semua tertipu!
Mereka pulang dengan perasaan marah.
Beberapa

hari

kemudian,

penggembala

itu

menjerit

meminta tolong lagi. Tolong! Tolong! Serigala! Sekali lagi


penduduk kampung pergi menyelamatkan budak itu. Tetapi
mereka tertipu lagi. Suatu hari, seekor serigala muncul dan
membaham kambing budak itu. Dia menjerit meminta tolong
dengan kuatnya. Penduduk kampung terdengar jeritan itu tetapi
mereka tidak mempedulikannya. Akhirnya, semua kambing
penggembala itu habis dimakan oleh serigala. Dia sangat
menyesal di atas perbuatannya dahulu. Nilai murni yang
terdapat dalam cerita ini ialah orang yang suka menipu tidak
akan dipercayai walaupun dia berkata benar.
Sekian, terima kasih.

Singa Dengan Tikus


Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru
dan rakan-rakan sekalian. Saya _______________ dari Tahun
Satu akan menyampaikan cerita bertajuk Singa Dengan Tikus.
Pada suatu hari, cuaca agak panas. Singa sedang berehat
di bawah sepohon pokok. Seekor tikus tiba-tiba masuk ke bawah
pokok lalu terlanggar singa hingga terkejut. Singa sangat marah
lantas menengking tikus sambil menuding kukunya ke arah tikus.
Tolong jangan makan saya, Tuanku! rayu tikus. Maafkan saya!
Saya akan membalas budi Tuanku suatu hari nanti. Singa
tersenyum sambil menyindir, Tubuh sekecil ini ingin menolong
Beta. Baiklah, kamu boleh pergi.
Suatu

hari

ketika

merayau-rayau,

tikus

terdengar

ngauman singa. Dia segera berlari ke dalam hutan. Dia


ternampak singa terperangkap di dalam jaring. Sabar, sabar.
Saya akan lepaskan Tuanku, kata tikus. Si tikus mula menggigit
jaring itu dengan giginya yang kuat untuk menebuk lubang
besar. Akhirnya, singa berjaya melepaskan diri. Terima kasih,
tikus. Kamu memang hebat, puji singa. Nilai murni yang
terdapat dalam cerita ini ialah orang yang hebat juga ada
kelemahannya dan turut memerlukan pertolongan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai