Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan
kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya
berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan
kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Keduadua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis
pula merupakan kemahiran bukan lisan.
Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap muridmurid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan
apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Yang demikian, kita akan melihat
keempat-empat jenis kemahiran berbahasa ini, perkaitan antara Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Selain itu, kita juga akan melihat apakah yang disebutkan dengan kemahiran
bernilai tambah sebagai pengetahuan tambahan dalam menghasilkan kualiti pengajaran
yang tinggi dan berkesan. Bagi memastikan pengetahuan terhadap kemahiran bernilai
tambah ini benar-benar diperolehi dan dikuasai, pelaksanaan amali pengajaran
menggunakan kemahiran ini akan dilaksanakan. Akhirnya pula, berdasarkan kepada
pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang kita bincangkan
sebelumnya, kita akan memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar
murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.
Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi
bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang
aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu,
pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini
menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas
selepas mendengar.

2.0 FAKTOR MEMPENGARUHI KECEKAPAN BERBAHASA


Tugas dan peranan bagi penguasaan kemahiran berbahasa kanak-kanak seringkali
dikaitkan dengan tugas mutlak seorang guru. Tidak dinafikan, tugas tersebut
sememangnya diamanahkan kepada guru namun, terdapat banyak faktor yang dapat
mempengarusi kemahiran berbahasa murid dalam kehidupan seharian mereka. Dalam era
globalisasi dan moden seperti hari ini, faktor-faktor yang timbul sekali gus
mempengaruhi kecekapan berbahasa murid.
Antaranya ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria
pendengaran dan bertutur yang semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini
berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang
sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran. Disebabkan
fizikal yang sedikit kurang normal berbanding kanak-kanak lain, hal ini secara langsung
akan mempengaruhi perkembangan berbahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang
mengalami masalah pendegaran akan mengalami kesukaran dalam mendengar bunyi dan
pertuturan yang diderdengarkan kepada mereka sehingga menyebabkan mereka kurang
faham maksud sesuatu mesej yang disampaikan kepada mereka. Bagi kanak-kanak yang
mengalami masalah pertuturan seperti sengau atau sumbing, mereka sukar membunyikan
perkataan dan bertutur dengan baik sehinggakan pendengar sukar memahami pertuturan
yang ingin mereka sampaikan. Hal ini menyebabkan kanak-kanak sukar mengembangkan
kemahiran berbahasa mereka.
Faktor media massa seperti televisyen dan internet sangat memberikan kesan
terhadap perkembangan berbahasa kanak-kanak. Kanak-kanak seawal usia 2 tahun sudah
mula didedahkan dengan gajet elektronik seperti telefon bimbit sebagai permainan
mereka. Oleh hal sedemikian, perkembangan kecekapan berbahasa mereka sangat cepat
dengan adanya aplikasi-aplikasi yang dimuat turun ke dalam telefon pintar untuk
memberikan pendedahan kemahiran berbahasa kepada kanak-kanak tersebut. Namun,
pendedahan seawall ini memberikan impak yang negatif sekiranya tidak dikawal dengan
bijak oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Faktor seterusnya yang mempengaruhi perkembangan berbahasa kanak-kanak


ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara mendengar antara kanak-kanak
lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih
lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya
dengannya.
Antara faktor-faktor lain yang mempengaruhi kecekapan berbahasa dalam
kalangan murid di sekolah termasuklah juga pengaruh persekitaran keluarga di rumah.
Semua individu memperoleh perkembangan bahasa menerusi ibu bapa mereka. Oleh hal
sedemikian , ibu bapa perlu menggunkan bahasa yang betul sejak kanak-kanak lahir
supaya dapat mendidik anak tersebut untuk turut berkomunikasi dengan menggunakan
bahasa yang betul. Hal ini sekali gus dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak
sejak mereka lahir. Sekiranya ibu bapa tidak menitik beratkan hal ini dengan
menggunakan bahasa pasar, kesat dan tidak betul di rumah, kanak-kanak tersebut akan
terbiasa dan akan turut menggunakan bahasa sedemikian.
Pengaruh rakan sebaya juga sangat mempengaruhi dalam aspek perkembangan
kecekapan berbahasa seseorang. Pemilihan rakan-rakan yang aktif dan mudah
berinteraksi dapat membantu dan memberi kesan yang positif terhadap rakan mereka
berbanding rakan yang bersikap pasif serta suka menyendiri. Namun, pemilihan rakan
sebaya ini perlu diberikn kawalan dan pemantauan dari ibu bapa kerana bagi
mengelakkan anak-anak mereka terpengaruh dengan rakan-rakan yang selalu
menggunakan bahasa yang kesat, lucah dan tidak sopan. Hal ini boleh berlaku disebabkan
kanak-kanak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka melalui interaksi dan
peniruan. Kanak-kanak akan meniru cara interaksi rakan sebaya mereka dan akan
membiasakannya dalam pertuturan seharian. Hal ini bermaksud, faktor peniruan terhadap
persekitaran murid juga turut menyumbang kepada kecekapan berbahasa mereka. Justeru
itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka bagi memantau dan mengawal pemilihan
rakan sebaya mereka bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku terhadap anak
mereka.

Di samping itu, faktor sosioekonomi keluarga juga sedikit sebanyak menjadi


faktor dalam menguasai kecekapan berbahasa dalam kalangan murid. Bagi murid yang
keluarganya berkemampuan dapat menyediakan persekitaran yang membolehkan anak
mereka berkembang secara maksimum dalam pelbagai aspek termasuklah dalam
kecekapan berbahasa berbanding dengan keluarga yang kurang berkemampuan. Bagi
keluarga yang berkemampuan, mereka dapat menyediakan bahan bacaan dan kelas
tambahan seperti kelas tusyen kepada anak mereka bagi membantu anak mereka
menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih baik. Tidak juga dinafikan bahawa faktor
kecerdasan juga turut menjadi faktor yang menyukarkan sesetengah murid untuk
menguasai kecekapan berbahasa. Namun begitu, berdasarkan kesemua faktor yang telah
dinyatakan iaitu, faktor perkembangan teknologi, faktor keluarga, persekitaran, dorongan
dan motivasi serta banyak lagi perlulah diatasi dengan langkah-langkah yang bijak
melibatkan semua pihak termasuklah ibu bapa, masyarakat dan pihak sekolah.

Seterusnya, faktor persekitaran tempat tinggal juga turut mempengaruhi


perkembangan bahasa kanak-kanak. Faktor persekitaran ini termasuklah juga masyarakat
sekeliling. Selain daripada ibu bapa dan rakan sebaya, murid-murid juga banyak terdedah
kepada pergaulan dengan masyarakat sekeliling khususnya kawasan tempat tinggal
mereka. Hal ini juga sangat memberi pengaruh kepada kecekapan berbahasa itu sendiri
dalam kalangan murid-murid tersebut. Sebagai contoh murid yang tinggal di kawasan
setinggan dan kampung kebiasaannya menggunakan bahasa pasar ataupun bahasa ibunda
mereka berbanding menggunakan Bahasa Melayu. Ini akan memberi impak kepada
kecekapan berbahasa mereka kerana aktiviti berkomunikasi menggunakan Bahasa
Melayu kurang dilaksanakan. Berbeza dengan murid yang hidup dalam persekitaran
masyarakat yang sering berinteraksi menggunakan bahasa yang betul. Ini memberi
peluang kepada setiap anggota masyarakat untuk lebih cekap dalam berbahasa melalui
pelbagai aktiviti harian seperti jual beli, gotong-royong dan sebagainya.

3.0 LANGKAH MEMPERTINGKATKAN KECEKAPAN BERBAHASA MURID


Kepesatan teknologi pada masa kini telah memperlihatkan pelbagai kesan yang timbul
khususnya dalam perkembangan berbahasa kanak-kanak. Hal ini sekali gus memberikan
kesan terhadap cara dan teknik pengajaran guru semasa berada di dalam bilik darjah.
Usaha untuk meningkatkan penguasaan berbahasa murid-murid terus dilaksanakan
seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Bagi memastikan perkembangan
penguasaan berbahasa murid-murid terus berjalan dengan lancar, usaha ini bukan hanya
perlu diberikan kepada guru-guru di sekolah tetapi melibatkan pihak lain seperti keluarga
dan masyarakat setempat.
Bagi pihak guru dan sekolah, langkah bagi mempertingkatkan lagi kemahiran
berbahasa murid adalah melalui pelaksanaan program-program bahasa seperti hari
Bahasa Melayu baku. Pihak sekolah boleh melaksanakan program yang melastarikan
penggunaan Bahasa Melayu dengan betul bagi memberikan pendedahan kepada murid
tentang pentingnya menggunakan bahasa yang betul. Pihak sekolah boleh melaksanakan
program seperti hari Bahasa Melayu baku dengan cara memilih satu hari dalam masa
seminggu dalam setiap minggu untuk mewajibkan murid menggunakan Bahasa Melayu
baku dan formal dalam interaksi mereka sepanjang masa persekolahan. Program seperti
ini dapat melatih murid secara perlahan-lahan untuk menguasai kecekapan berbahasa
dengan lebih baik dan betul.
Selain itu, pihak sekolah boleh menyediakan bahan-bahan bacaan dan ransangan
mengenai penggunaan bahasa melayu yang betul kepada murid-murid di sekolah.
langkah sperti menyediakan majalah-majalah ilmiah dan papan-papan tanda yang
menunjukkan perbezaan penggunaan bahasa yang betul dan salah dapat memberikan
pengetahuan tambahan tentang perkembangan berbahasa murid-murid. Langkah seperti
ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesan yang positif tentang penggunaan bahasa
yang betul. Langkah seperti ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran murid
tentang penguasaan kecekapan berbahasa melalui pembacaan mereka di luar bilik darjah.

Guru juga dapat memainkan peranan mereka melalui pengunaan teknologi yang
sedia ada bagi membantu menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih menarik dan
berkesan. Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak mudah tertarik dengan animasi
seperti watak-watak kartun. Oleh hal sedmikian, guru boleh memberikan pengajaran
mereka menggunakan teknologi ICT seperti komputer riba, paparan video dan lagu-lagu
yang menarik dalam membantu meningkatkan kecekapan berbahasa kanak-kanak. Guru
boleh menayangkan video dan animasi yang berkaitan dengan topik pengajaran pada hari
tersebut yang menggunakan bahasa yang betul dan tepat. Hal ini secara tidak langsung
akan memberikan pendedahan dan contoh yang lebih berkesan kepada murid dalam
menggunakan bahasa yang betul. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan lagi kecekapan
berbahasa murid-murid di sekolah.
Guru prasekolah memainkan peranan penting terhadap perkembangan kanakkanak. Mereka adalah di antara orang yang paling awal berinteraksi dengan kanak kanak
selepas ibu bapa. Olehitu mereka adalah role model yang berupaya mempengaruhi dan
membimbing kanak-kanak. Selain daripada membacakan buku, guru perlu kreatif
mengadakan aktiviti-aktiviti lanjutan yang berkaitan dengan buku-buku yang dibaca
tersebut bagi memanjangkan lagi perhatian dan minat kanak-kanak terhadap isi
kandungan buku tersebut.
Selain itu, guru perlu mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan bersahaja murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam
mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan
terkawal. Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia
dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk berkatakata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat, bergaya dan beraksi sesama
sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri, bekerja
bersama-sama dan sebagainya. Hal ini sekali gus dapat melatih interaksi antara murid dan
dapat meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid. Aktiviti ini juga dapat mengasah
keyakinan diri murid untuk berinteraksi serta menyampaikan idea mereka.

Bagi pihak keluarga pula, peranan ibu bapa dalam membantu perkembangan
kecekapan murid dalam berbahasa sangat penting. Pembelajaran kanak-kanak bermula
dari rumah. Oleh hal sedemikian, tanggungjawab ibu bapa sangat penting dalam
memastikan anak-anak mereka dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Ibu
bapa perlu mengajar anak mereka bercakap dan menggunakan bahasa yang betul sejak
anak mereka kecil agar anak mereka dapat menguasai bahasa dengan tepat sejak kecil.
Anak-anak akan meniru cara ibu bapa mereka bertutur dan akan mengaplikasikannya.
Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi role model atau contoh yang baik kepada anak mereka
untuk mendidik anak mereka menguasai kecekapan berbahasa.
Ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak mereka di rumah khususnya
dalam penggunaan gajet dan telefon pintar. Tidak dinafikan, penggunaan teknologi
seperti telefon pintar ini dapat merangsang kecekapan berbahasa kanak-kanak dengan
berkesan. Namun, ibu bapa perlu menghadkan dan memantau laman sesawang yang
digunakan bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi dalam kalangan kanak-kanak.
Ibu bapa boleh memberikan tempoh had anak mereka menggunakan telefon pintar dan
memastikan anak mereka menggunakan laman sesawang yang betul. Hal ini juga bagi
memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan lawan sesawang lucah yang mudah
untuk diakses menggunakan internet.
Di samping itu, ibu bapa juga perlu memberikan kawalan dalam pendedahan
hiburan kepada anak mereka melalui tontonan di kaca televisyen. Hal ini kerana, terdapat
tayangan di dalam televisyen yang menunjukkan adegan ganas seperti gangsterisme dan
seks yang ditayangkan tanpa tapisan. Oleh hal sedemikian, pemilihan hiburan dan
tayangan kepada kanak-kanak perlu di ambil berat oleh ibu bapa bagi mengelakkan
mereka mengikuti adegan yang dipaparkan sekali gus memberikan kesan yang negatif
terhadap kecekapan berbahasa anak mereka.
Bagi keluarga yang berkemampuan, penyediaan bahan bacaan atau kelas tusyen
boleh diberikan anak mereka. Dengan adanya kemudahan dan bahan seperti ini, kanakkanak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa mereka semasa di
7

sekolah bersama guru tetapi juga bersama ibu bapa mereka di rumah. Dengan semua
keperluan ini dipenuhi dan penyediaan ruangan pembelajaran yang kondusif di rumah
sudah tentu dapat membantu pembelajaran kanak-kanak di rumah.
Selain daripada pihak sekolah, guru dan ibu bapa, masyarakat setempat juga boleh
memainkan peranan dalam membantu meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak.
Dengan mengadakan perpustakaan awam bagi setiap kawasan kecil seperti kampung dan
daerah, langkah seperti ini dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak memperoleh
bahan bacaan untuk meningkatkan kemahiran bebrbahasa mereka. Pihak-pihak seperti
Ahli Rukun Tetangga boleh menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk dinikmati
oleh setiap lapiasan masyarakat sehingga perpustakaan menjadi tempat kunjungan
keluarga pada hari cuti am bagi mendapatkan bekalan bacaan masing-masing.
Kawasan kejiranan atau kampung juga boleh mengadakan berbagai-bagai aktiviti
seperti aktiviti bercerita bagi kanak-kanak dan aktiviti mengarang bagi para remaja serta
pelbagai jenis aktiviti yang lain. Jika ini dapat dilakukan masalah sosial seperti lepak dan
sebagainya dapat dikurangkan kerana kanak-kanak dan remaja ada aktiviti-aktiviti yang
berguna bagi mengisi masa lapang mereka. Ini kerana bagi menjamin kecemerlangan
kanak-kanak bukan hanya peranan ibu bapa dan sekolah sahajaa tetapi masyarakat juga
turut memainkan peranan penting.
Sebagai kesimpulan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kecekapan
kemahiran berbahasa kanak-kanak. Faktor-faktor seperti guru, pihak sekolah dan
masyarakat setempat sangat memberikan kesan terhadap penguasaan kemahirn berbahasa
mereka. Hal ini jUga dapat mengingatkan ibu bapa, guru dan masyarakat betapa
pentingnya peranan mereka dalam membentuk perkembangan kanak-kanak. Jika semua
pihak memainkan peranan masing-masing sebaik-baiknya, sudah tentu generasi yang
akan datang adalah generasi yang bukan sahaja celik huruf tetapi juga generasi yang
mengamalkan budaya berbahasa yang baik.

4.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, kemahiran berbahasa adalah satu bentuk kemahiran yang sangat
penting dikuasai oleh setiap individu. Melalui kemahiran berbahasa ini, seseorang
individu dapat berinteraksi satu sama lain dan dapat membina perhubungan dengan orang
disekitarnya. Kemahiran berbahasa ini juga dapat menjadikan seseorang bertutur,
mendengar, menulis dan membaca dengan baik bagi menyampaikan maklumat atau
mesej kepada pembaca serta pendengar. Sekiranya kemahiran berbahasa tidak dapat
dikuasai dengan baik, mesej dan maklumat yang ingin disampaikan kepada individu lain
atau orang di sekililing tidak dapat disampaikan dengan jelas dan tepat.
Bagi memastikan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan
baik, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka bermula kanak-kanak itu kecil lagi.
Pendidikan semasa di rumah merupakan pendidikan pertama bagi setiap kanak-kanak
sekali gus ibu bapa menjadi ejen pertama dalam pembentukan kemahiran berbahasa
mereka. Hal ini turut dibantu oleh guru dan pihak sekolah apabila kanak-kanak tersebut
memasuki alam persekolahan. Guru-guru dan pihak sekolah boleh mengembangkan lgi
kemahiran berbahasa kanak-kanak ini melalui kaedah dan teknik pengajaran yang
digunakan di samping program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam
membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa. Masayarkat di sekliling kanakkanak juga dapat membantu perkembangan berbahasa mereka melalui aktiviti
kemasyarakatan yang dianjurkan.
Dengan adanya usaha-usaha dan permuafakatan daripada ibu bapa, pihak sekolah
dan masyarakat, perkembangan kecekapan berbahasa kanak-kanak dapat dilaksanakan
dengan mudah dan berkesan. Walaupun banyak kesan yang positif dan negatif dapat
dilihat melalui ledakan teknologi pada masa kini, semua pihak perlu bijak menggunak
teknologi tersebut dalam mendidik kanak-kanak menguasai kemairan berbahasa. Usaha
seperti ini dapat melahirkan generasi yang mempunyai jati diri dan pengguna bahasa
yang baik dan betul. Hal ini sekali gus dapat melahirkan warganegara Malaysia yang
cintakan penggunaan Bahasa Malaysia yang betul serta dapat memartabatkan lagi bahasa
kebangsaan.

(2586 Patah Perkataan)


9

5.0 SENARAI RUJUKAN


Afifuddin.

(2011).

Kompetensi

Mengajar

Guru.

http://avetmasterofeducation.blogspot.sg/2011/10/kompetensi-mengajarguru.html.
Azhar

Salleh.

(2005).

Sosiolinguistik

Dalam

Pengajaran

Bahasa.

http://witra.blogspot.sg/2005/09/sosiolinguistik-dalam-pengajaran.html.
Nur Amin Saleh. (2012). Albert Bandura dan Teorinya.
Intananggia. (2012). Pengaruh Perkembangan Teknologi Komunikasi Terhadap
Remaja.

https://intananggia.wordpress.com/2012/04/23/pengaruh-

perkembangan-teknologi-komunikasi-terhadap-remaja/.
Sutarman Tarjo. (2015). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Bahasa.
http://panritanusantara.blogspot.sg/2015/01/faktor-faktor-yangmempengaruhi.html.
Cikgu

Sue.

(2013).

Kemahiran

Berbahasa.

Diperolehi

dari

http://cikgusuepkhas.blogspot.sg/2013/04/kemahiran-berbahasa.html.
Marlina. (2013). Teori Behaviorisme dan Aplikasinya Dalam Pengajaran Bahasa.
http://marlinara.blogspot.sg/2013/12/teori-behaviorisme-dan-aplikasinya.html.

10