Anda di halaman 1dari 3

Penggunaan Peribahasa / Kosa kata / Ungkapan Dalam karangan

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kata Dalam karangan Dimensi Diri


1. Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban
waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang
hangat diperdebatkan di negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan
beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Persoalannya, apakah cara-cara untuk ?
2.
semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya generasi Y
ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk
menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau
tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik
dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu,
mestilah bermula dengan langkah pertama
3.
Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum
tiba masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diridalam
kehidupan kita. Kesihatan merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan
yang baik membolehkan kita menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah
kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Lantaran itu, kita perlu
mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi
ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
4.
Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah
menghimpunkan madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada
prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.
5.
Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa
disiplin tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan
pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa
di dunia ini yang dapat menandingi nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang
bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia yang menyatakan bahawa kehidupan sebagai
sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit
dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang
berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang
melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah kehidupan.
6.
Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui
paparan media massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat
dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara
menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi
negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang
kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspekaspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan

kemajuan negara pada masa hadapan.


7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah
menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap
tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi
mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan
individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus operandi
untuk menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna .Setiap
rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai
perpaduan dan kesyukuran yang begitu syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai
warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
8.
Remaja kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca
dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda
mereka telah menjadi anasir peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis
bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan
sahmura ini sehingga menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi. Memandangkan
fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi
menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang tua-tua api kecil baik
dipadam.
Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan Dimensi Keluarga
Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya
kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya,
pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan
anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa; anak kera di hutan
disusukan, anak di rumah mati kelaparan
Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah
sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap
seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan
mengiring.
Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa
merekapersis kata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa
merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anakanak.
Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilainilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering
melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak

bagai virus epidemik


Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara
untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi
bahawa Institusi keluarga
merupakan uslub yang represif dalam membentuk
keperibadian anak-anak.
Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai
melepaskan batuk di tangga.
Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka
akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara
Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk
mengejarmaterialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi
memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari
dari rumah meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah
menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan halhal lain.
Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak
sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak
mencetuskancangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang
sempurna amat didambakan.
Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak
mahudihimpit dengan pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.