Anda di halaman 1dari 42

PERIHAL TRINITI

Perihal Triniti
Disebut trinity (English) atau trinitas (Indonesia). Dalam Persidangan Nicea 325 M,
gereja Trinitari (pendokong fahaman triniti) dengan sokongan pemerintah
mengemukakan doktrin homoousious yang bererti Bapa, Anak (Jesus) dan Roh
Kudus adalah SETARA, SAMA ABADI & SAMA PENTING. Lebih dikenali
sebagai 3 dalam 1 dan 1 dalam 3. Doktrin ini dikenali sebagai Creed of Nicea.
"...kita menyembah satu tuhan di dalam Triniti dan Triniti adalah satu... kerana
hanya terdapat satu orang daripada Bapa, satu lagi daripada Anak, dan satu lagi
daripada Roh Suci, semuanya adalah satu... Tiada tiga Tuhan, tetapi satu Tuhan...
ketiga-tiga orang sama abadi dan setara antara satu sama lain.
(Petikan "Athanasian Creed).
Kemudian doktrin ini diperkukuhkan pada Sidang Constantinople pada tahun 381
Masehi. Trias pertama kali disebutkan pada tahun 180 oleh Theophilus dari Antiochia,
namun ini bukanlah Trinitas sungguhpun ia telah diterjemahkan sebagai Trinitas oleh
mereka yang berkepentingan.
Dikatakan Jesus 100% Tuhan. Adakah Bapa 100% Jesus? Adakah Roh Kudus 100%
Bapa? Adakah Roh Kudus 100% Jesus?
Jawapan: __________________
Gereja-gereja Unitari (pendokong fahaman bahawa Bapa sahaja yang mesti disembah
sebagai Tuhan) telah ditindas selepas itu dengan pelbagai kezaliman. Apa sahaja
dokumen Bible dan Gospel yang masih ada pada mereka dirampas dan dimusnahkan,
dengan harapan agar fahaman Unitari pupus.
Namun usaha golongan Unitari untuk mentauhidkan Allah (iaitu Bapa) dan
mengekalkan ajaran Jesus tak kurang hebat. Apabila Bible/ Al Kitab dan logik
dijadikan kayu ukuran, sentiasa sahaja golongan Unitari berjaya mematahkan hujahhujah golongan Trinitari. Oleh kerana gereja Trinitari dan pemerintah tidak mampu
lagi untuk membuktikan fahaman mereka menggunakan Bible ataupun logik, mereka
memperkenalkan beriman secara buta atau beriman secara misteri.
Antara hujahnya, Tuhan itu tidak boleh difikirkan kerana tak akan sampai pemikiran
manusia untuk memahami triniti, maka percaya sajalah, jangan disoal-soal. Ada juga
mengatakan kononnya triniti atau tidak tak penting. Yang penting ialah mengasihi
Tuhan Jesus dengan sepenuh hati, pasti akan masuk ke syurga. Pemerintah memaksa
orang ramai untuk beriman buta atau iman misteri. Sesiapa yang berani
mempersoalkannya dianggap sesat, diseksa ataupun dibunuh.
Oleh yang demikian seseorang yang mahu diselamatkan mestilah mengimani
triniti..."
(Petikan "Athanasian Creed").

Amaran Bible:
Siapa yang ada telinga, hendaklah dia mendengar!"
(Matius 13: 43)
Barangsiapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar!"
(Markus 4: 23)
Kamu mempunyai mata, tidakkah kamu melihat dan kamu mempunyai
telinga, tidakkah kamu mendengar? Tidakkah kamu ingat lagi.
(Markus 8: 18)
Tidak boleh beriman secara buta sahaja, atau secara misteri sahaja. Kita mestilah
mengambil tahu apa pandangan orang tentang agama kita, barulah kita tahu di mana
betul salahnya. Tetapi kita sedia maklum:
Sebab banyak yang dipanggil, tetapi sedikit saja yang terpilih."
(Matius 22: 14)
Bolehkah beriman secara buta atau secara misteri tanpa perlu difikir-fikir lagi?
Jesus memberikan jawapannya:
"Kasihilah Tuhan kamu... DENGAN SELURUH AKAL"
(Markus 12:30)
Memang mengasihi Dia (Tuhan) dengan segenap hati dan DENGAN SEGENAP
PENGERTIAN dan dengan segenap kekuatan, dan juga mengasihi sesama
manusia seperti diri sendiri adalah jauh lebih utama dari pada semua korban
bakaran dan korban sembelihan."
(Markus 12: 33)
Tidak boleh beriman atas dasar kasih begitu sahaja, tetapi mesti juga menggunakan
akal fikiran sepenuhnya. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah.
Kita juga diajar:
"Allah adalah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekeliruan".
(Korintus 1 14:33)
Doktrin triniti ini amat mengelirukan, bukan golongan bawahan sahaja tetapi juga
golongan atasan agama Kristian sedangkan Tuhan sudah berkata yang Dia tidak suka
akan kekeliruan. Ini menunjukkan doktrin triniti ada masalah.

Sebab tidak ada sesuatu yang tersembunyi yang tidak akan dinyatakan,
dan tidak ada sesuatu yang rahsia yang tidak akan tersingkap.
(Markus 4: 22)
Malangnya misteri, kebenaran dan logik triniti masih tidak dapat dihuraikan dan terus
menjadi rahsia. Percaya saja, tak perlu difikir-fikir- kata mereka.
Dijawab pula oleh pendokong-pendokong Triniti, Bukankah Tuhan itu Maha Hebat.
Dia terlalu hebat hingga tidak mampu difikirkan dan dihuraikan oleh otak manusia.
Kalau dia boleh difikir-fikirkan, maka itu bukan Tuhan namanya. Oleh sebab itu,
percaya sajalah triniti dan anda akan selamat Mereka berselindung di sebalik misteri
dan keghaiban.
Memang benar, mustahil kita dapat memikirkan zat Tuhan tetapi kita boleh
memikirkan apakah sifat-sifat yang layak dan sifat-sifat yang tak layak bagi Tuhan.
Mustahil Tuhan diberanakkan. Mustahil Tuhan kalah bergusti dengan manusia.
Mustahil Tuhan menyesal. Mustahil Tuhan tidak tahu apa akan terjadi pada masa
depan. Mustahil Tuhan menunggang Kerub yang digambarkan sebagai anak-anak
gadis tidak berpakaian. (* Semua penyataan ini ada dalam Bible. Dibahaskan dalam
tajuk Benarkah Ini Tuhan di belakang nanti).
Juga agak menghairankan, mengapa mesti disebut secara berurutan ,Dengan nama
Bapa, Anak dan Roh Kudus? Kalau ketiga-tiganya sama setara, sebut yang mana
dahulu pun tak ada masalah. Mengapa ragu-ragu untuk menyebutkan: Dengan nama
Roh Kudus, Jesus dan Bapa atau Dengan nama Jesus, Roh Kudus dan Bapa.
Hairan lagi. Kalau ketiga-tiganya peribadi yang sama, mengapa tidak disebutkan
seorang saja? Bukankah salah seorang daripada Bapa, Jesus dan Roh Kudus adalah
100% Tuhan, merangkumi ketiga-tiganya sekali? Sepatutnya cukuplah kalau
disebutkan: Dengan nama Roh Kudus sahaja atau Dengan nama Bapa sahaja.
Tak seorangpun dapat mengabdikan dirinya kepada dua tuan. Karena jika
demikian, ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan
setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain.
(Matius 6: 24)
Kalau benar ketiga-tiganya setara, kasih kita mestilah sama banyak kepada ketigatiganya. Mengapa Jesus yang lebih banyak disebut-sebut dan diagungkan sedangkan
Roh Kudus sesekali sahaja? Mengapa Jesus yang dilebihkan?

Bible Telah Diubah


Dalam diam-diam, golongan Trinitari berusaha juga untuk menunjukkan yang
fahaman triniti disokong oleh Bible, khususnya Perjanjian Baru. Berikut adalah
ubahsuai yang mereka lakukan.

"Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka


pengikutku. Baptiskanlah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh
Suci."
(Matius 28: 19)
Ayat asalnya berbunyi:
Baptistkanlah mereka dengan menyebut namaku.
"Semua, kecuali sarjana-sarjana yang paling konservatif, bersetuju bahawa
sekurang-kurangnya bahagian akhir perintah tersebut (iaitu Bapa, Anak dan Roh
Suci) telah ditambah kemudian. Formula ini tidak dijumpai di mana-manapun dalam
Perjanjian Baru, dan dengan merujuk kepada bukti yang ada kita dapati bahawa
Gereja pada zaman awal tidak membaptiskan orang menggunakan perkataanperkataan ini - pembaptisan dilakukan atas nama Jesus sahaja.
("For Christ's Sake", Tom Harpur, m.s. 103)
Telah dibahaskan bahawa ayat asal berbunyi "membaptiskan mereka atas namaku",
yang kemudiannya ditokok supaya selari dengan dogma yang dipegang. Malahan,
pandangan utama yang diutarakan oleh sarjana-sarjana Kristian yang kritikal dan
Unitari pada abad ke sembilan belas telah menyatakan pendirian sarjana-sarjana
utama sehingga tahun 1919, semasa ulasan Peake mula-mula diterbitkan: 'Pada
zaman awal, Gereja tidak mengamalkan arahan sejagat ini, kalau pun mereka tahu
mengenainya. Perintah pembaptisan atas tiga nama adalah penambahan
terkemudian kepada doktrin'"
("For Christ's Sake", Tom Harpur, m.s. 103)
Ini disahkan di dalam "Peake's Commentary on the Bible" yang menjadi rujukan
wajib pelajar-pelajar Bible:
"Misi ini diterangkan menggunakan bahasa gereja dan kebanyakan pengulas waswas sama ada formula Trinitari adalah asli dalam Gospel Matius ini, memandangkan
ia tidak ditemui di tempat-tempat lain dalam Perjanjian Baru dan Perjanjian Baru
menceritakan bahawa pembaptisan dilakukan atas nama Tuhan Jesus (contohnya
Kisah Rasul-rasul 2:38, 8:16 dan lain-lain)."
Apa kata Peter/ Petrus, salah seorang hawari Jesus dalam Perjanjian Baru:
"Petrus menjawab, "Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat
daripada dosa, lalu DIBAPTIS DENGAN NAMA JESUS KRISTUS, supaya
dosa saudara-saudara diampunkan..."
(Kisah Rasul-rasul 2:38)
Takkanlah Petrus yang berjawatan hawari Jesus sengaja membaptis dengan nama
Jesus sahaja kalau benar Jesus mengajarnya membaptist dengan nama Bapa, Anak dan
Roh Kudus!

Ada lagi yang mereka ubah dalam Perjanjian Baru untuk menegakkan fahaman triniti
tetapi berjaya dikesan.
"Saksi-saksi di syurga ialah Bapa, Firman (Jesus juga dipanggil Firman) dan
Roh Suci - ketiga-tiganya adalah satu"
(Yohanes 5:7)
Setelah zaman-berzaman umat Kristian mengimani ayat ini, tiba-tiba hampir semua
versi terbaru Bible seperti The New Revised Standard Version, The New American
Standard Bible, New English Bible, Philips Modern English Bible dan sebagainya
membuang ayat ini. Kenapa? Kerana ayat-ayat ini adalah penambahan kemudian
untuk menguatkan doktrin triniti. Akhirnya mereka sendiri membuang ayat ini.
"Teks mengenai saksi di syurga tidak terdapat di dalam mana-mana manuskrip Greek
yang ditulis sebelum abad ke lima belas. Ia tidak dipetik oleh mana-mana penulis
eklesiastikal, tidak juga oleh bapa-bapa Latin yang awal walaupun ketika
membincangkan tajuk-tajuk yang memerlukan mereka merujuk kepada autoriti ayat
tersebut. Oleh itu, terbukti bahawa AYAT INI ADALAH PALSU."
(Benjamin Wilson dalam "Emphatic Diaglot")
"Teks mengenai tiga saksi di syurga di dalam Perjanjian Baru adalah tidak tulen."
("The Interpreter's Dictionary of the Bible", Vol. 4, m.s. 711, Abingdon Press)
"Yohanes 1 5:7 KJV berbunyi : 'Saksi-saksi di syurga ialah Bapa, Firman, dan Roh
Suci - ketiga-tiganya merupakan satu', tetapi INI ADALAH SISIPAN yang tidak
dapat dikesan sebelum penghujung abad keempat."
("The Interpreter's Dictionary of the Bible", Jilid. 4, m.s. 871, Abingdon Press)
"Di dalam Textus Receptus (di dalam KJV), 1 Yohanes 5:7, kelihatan seolah-olah
Yohanes telah sampai kepada doktrin triniti dalam bentuk yang jelas (Bapa, Firman
dan Roh Suci), tetapi teks ini jelas sekali adalah suatu sisipan kerana ia TIDAK
TERKANDUNG DALAM MANUSKRIP GREEK YANG ASAL."
("The Eerdmans Bible Dictionary", disunting oleh A.C. Myers, m.s. 1020)
Tiga saksi tersebut telah dimasukkan ke dalam Perjanjian bahasa Greek dengan
cermat oleh Erasmus, melalui penipuan penyunting-penyunting Komplutensia;
melalui penipuan atau kesilapan tipografi, melalui pemalsuan oleh Robert Stephens,
dan salah faham oleh Theodore Beza."
(Decline and Fall of the Roman Empire" Gibbon, m.s. 418)
Seorang sarjana Britain, iaitu Richard Porson, yang sezaman dengan Edward Gibbon
mempertahankan penemuannya; beliau juga telah menerbitkan bukti kukuh yang tidak
dapat dipertikaikan bahawa Yohanes 1 5:7 ditambah buat pertama kalinya ke dalam
Bible oleh Gereja pada tahun 400 Masihi.

("Secrets of Mount Sinai", James Bently, m.s. 30-33).


"Sisipan TIGA SAKSI tidak dicetak di dalam RSV, dan ini adalah tindakan yang tepat.
Ia memetik saksi di syurga Bapa, logos dan Roh Suci, tetapi tidak pernah digunakan
oleh golongan Trinitari semasa kontroversi awal. Tiada manuskrip Greek yang
sahih yang mengandungi ayat ini. Ia mula-mula muncul dalam teks Latin pada
penghujung abad ke-14, kemudiannya di dalam Vulgate dan akhir sekali di dalam PB
Erasmus."
(Peake's Commentary on the Bible)
. Malangnya, sehingga ke hari ini Bible yang dimiliki oleh kebanyakan penganut
Kristian, iaitu Bible King James yang popular, tidak teragak-agak memasukkan ayat
ini sebagai kata-kata Tuhan yang telah diilhamkan. Tiada sebarang nota kaki dibuat.
Mereka mahu dunia percaya bahawa itu memang datang daripada Tuhan.
Melakukannya dalam keadaan orang tidak tahu, itu perkara biasa. Tapi melakukannya
dalam keadaan orang ramai sudah tahu perkara sebenar, memang menghairankan.
"Triniti Tuhan ditakrifkan oleh Gereja sebagai kepercayaan bahawa Tuhan adalah
tiga peribadi yang wujud dalam satu sifat. Kepercayaan ini hanya muncul pada abad
keempat dan kelima selepas Masihi, dan oleh itu, bukanlah kepercayaan biblikal
yang jelas dan formal."
("The Dictionary of the Bible", J.L. McKenzie, m.s. 899

Bible Sebagai Bukti


Dan turunlah Roh Kudus dalam rupa burung merpati ke atasnya (Jesus). Dan
terdengarlah suara dari langit: "Engkaulah anak-Ku yang Ku-kasihi,
kepadamulah Aku berkenan."
(Lukas. 3:22)
Renung-renungkan. Roh Kudus sedang turun dari langit dan ketika itu Roh Kudus
mengubah dirinya menjadi burung merpati. Jesus pula sedang berada di bumi
manakala Bapa yang berada di syurga sedang berkata-kata. Anda melihat ketiga-tiga
individu di atas sebagai tiga individu atau satu individu? Tiga badan atau satu badan?
Tiga tempat atau satu tempat? Tiga peranan atau satu peranan?
Sekiranya Jesus sudah 100% Tuhan, mengapa dia perlu wahyu daripada Bapa di
syurga? Mengapa mesti Roh Kudus menghantar wahyu? Sepatutnya tak payahlah
dihantar-hantar lagi kerana wahyu itu datangnya daripada Jesus sendiri!
Apabila seseorang mengucapkan sesuatu menentang Anak Manusia
(iaitu Jesus), ia akan diampuni; tetapi jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak
akan diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datangpun tidak.

(Markus 12:36)
Sesiapa yang menentang Jesus, orang itu boleh diampunkan. Tetapi sesiapa yang
menentang Roh Kudus, tidak akan diampuni. Kan jelas ini membuktikan Jesus dan
Roh Kudus bukan peribadi yang satu tetapi berlainan. Jesus bukan 100% Roh Kudus
dan Roh Kudus bukan 100% Jesus.
Aku (Tuhan) di dalam mereka (sahabat-sahabat Jesus) itu, dan engkau (Jesus)
di dalam Aku, supaya mereka itu sempurna di dalam persekutuan.
(Yahya 17:23)
Nampaknya Tuhan juga berada di dalam tubuh 12 orang ,sahabat-sahabat Jesus.
Sekarang bukan lagi 3 dalam 1 tetapi sudah menjadi 15 dalam 1. Mengapa sahabatsahabat Jesus juga tidak dianggap Tuhan?
Supaya SEMUA MENJADI SATU, seperti Bapa di dalam aku dan aku di
dalam Bapa dan supaya mereka (murid-murid Jesus) menjadi satu di dalam
kita, biarlah dunia percaya yang Bapa telah mengutus aku.
(Yohanes 17:21)
Ayat ini menunjukkan yang murid-murid Jesus pun bersatu dalam diri Tuhan, bukan
Jesus sahaja. Mengapa murid-muridnya tidak dianggap Tuhan atau Anak Tuhan juga?
Di sini Jesus juga mengakui Bapa (Tuhan) yang mengutusnya. Dia hanyalah utusan
Tuhan.
Atau mungkinkah kamu tidak tahu bahawa seseorang yang bersetubuh dengan
pelacur, MENJADI SATU dengan pelacur itu? Di dalam Alkitab tertulis dengan
jelas, "Kedua-duanya menjadi satu". Tetapi seseorang yang menyatukan diri
dengan Tuhan, ROH ORANG ITU MENJADI SATU DENGAN ROH TUHAN.
(Korintus 1 6:15-17)
Berdasarkan ayat ini, adakah satu itu bermaksud betul-betul bersatu sebagai satu
peribadi? Pasti tidak.
Inilah kehidupan yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau Tuhan
Yang Esa (Satu), dan Jesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu.
(Yahya 17:3)
Bukankah sepatutnya mengatakan: supaya mereka mengenal Aku (Jesus) Tuhan
Yang Esa, iaitu Aku yang tidak boleh disuruh oleh sesiapa kerana Aku Tuhan.
Sokongan The Last Testament- Al Quran:
"Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan
Dia, ..."

(Surah Al-Baqarah: 163)

Cubaan Dari Segi Logik


Masa ada tiga iaitu masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Isi keluarga ada tiga
iaitu bapa, ibu dan anak. Manusia ada tiga eleman iaitu pepejal, gas dan cecair. Udara
ada tiga atom iaitu hidrogen, oksigen dan nitrogen. Air ada tiga unsur iaitu pepejal,
cecair dan wap. Segitiga ada tiga sisi tetapi tetap satu segitiga.
Permainan ini kita ketepikan dengan mudah. Manusia ada dua mata, dua telinga, dua
tangan, dua kaki dan lain-lain yang bersifat sepasang. Hari ada dua iaitu siang dan
malam. Tempat pembalasan ada dua iaitu syurga ataupun neraka. Setiap tangan yang
sihat ada lima jari. Setiap segiempat ada empat bucu tetapi masih segiempat yang
satu. Manusia ada satu nyawa, satu otak, satu jantung. Setahun ada empat musim.
Seminggu ada tujuh hari dan sebagainya.
Mereka sesuaikan pula dengan kitab Bible. Jesus dimatikan 3 hari. Kudus disebut 3
kali (Yesaya 6:3). Tuhan ada 3 oknum iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Nabi Ibrahim
dikunjungi 3 malaikat (Kejadian bab 18) dan banyak lagi.
Jawapan kita, Jesus dimatikan 2 malam bukan tiga. Sahabat-sahabat Jesus 12 orang.
Pada mulanya Tuhan menciptakan langit dan bumi. (Kejadian)- hanya dua iaitu
langit dan bumi. Ketika disalib Jesus hanya menjerit Tuhanku, Tuhanku dua kali,
Gospel-Gospel ada empat dan banyak lagi.
Ringkasnya, hujah-hujah logik seperti itu tidak akan membuktikan triniti.
Pembelaan-pembelaan lain ke atas pegangan Kristian insyaallah akan kita bincangkan
dalam buku yang kedua nanti.

Kesimpulan
Tidak boleh beriman secara buta atau atas dasar kasih sahaja, tetapi mesti
menggunakan kekuatan akal fikiran juga untuk menentukan baik buruknya, betul
salahnya. Inilah pesan Bible dan juga Jesus.
Sebelum abad ke empat, umat Kristian yang menyembah Bapa sahaja sebagai Tuhan
(iaitu para Unitarian) cukup banyak. Sehingga ke hari ini masih ada Kristian Unitari
di mana-mana.
Dalam usaha untuk membuktikan triniti, ada pihak-pihak yang sanggup mengubah
ayat-ayat Bible menjadikan kitab Bible tidak suci lagi.

Benarkah Jesus Tuhan?.

Selain umat Islam, orang-orang Yahudi juga percaya bahawa Jesus hanyalah seorang
manusia, bukannya Tuhan. Aliran-aliran awal Kristian juga begitu seperti golongan
Ebonit, Capocrations, Cerinthia, Basilidia, Airan, Paulicia dan Goth. Bahkan zaman
sekarang juga terdapat gereja-gereja Unitarian (menyembah Tuhan yang Satu) di
Afrika, Asia dan Amerika. Golongan Jehoyah Witness dan majoriti biskop gereja
England tidak menyembah Jesus sebagai Tuhan.
"Lebih separuh daripada Biskop Gereja England mengatakan bahawa penganutpenganut agama Kristian tidak perlu percaya bahawa Jesus Kristus adalah Tuhan,
menurut satu tinjauan yang diterbitkan hari ini. Tinjauan terhadap 31 daripada 39
biskop di England menunjukkan kebanyakannya berpendapat bahawa mukjizatmukjizat Kristus, kelahirannya oleh seorang perawan, dan kebangkitan semulanya
mungkin tidak berlaku seperti yang diterangkan di dalam Bible.
(Petikan sebuah akhbar British, iaitu Daily News, di bawah tajuk "Shock Survey of
Anglican Bishops)
"... Petikan-petikan (Biblikal) di mana Jesus memperkatakan tentang Anak Tuhan
adalah penambahan terkemudian... adalah apa yang gereja katakan mengenai
beliau. Dakwaan mengenai ketuhanan beliau tidak konsisten dengan gaya hidupnya
yang dapat kita bina semula. Selama tiga dekad pertama selepas kematian Jesus,
agama Kristian adalah satu mazhab dalam Judaisme (agama Yahudi). Selama tiga
dekad pertama gereja wujud di dalam saumaah (tempat beribadah orang Yahudi).
Hal ini tidak mungkin berlaku jika mereka (para hawari) dengan lantang
mengisytiharkan keTuhanan Jesus"
(Kajian Dr Robert Alley, seorang profesor di University of Richmond)
Encik Tom Harpur berkata:
"Sesungguhnya jika anda membaca keseluruhan Gospel Markus dengan teliti anda
akan mendapati bahawa para hawari tidak tahu menahu tentang keTuhanan yang
disandarkan kepada Jesus.
(Tom Harper dalam "For Christ's Sake", m.s. 59)
Sesungguhnya sebanyak 83 kali dalam Perjanjian Baru Jesus disebut anak manusia.
Dia tidak pernah mengatakan Aku Tuhan atau Sembahlah Aku. Bermula bab 1
Injil Matius, Jesus menyebut Bapa kamu, Bapa kamu tiga belas kali terlebih
dahulu barulah kemudian katanya Bapaku.
Iranaeus (130-200 M) ialah salah seorang pemuka Unitarian yang menentang keras
pegangan Gereja Paul. Dia membawa surat bantahan daripada Uskup Lyons Pothinus
kepada Paus di Rom meminta supaya diberhentikan segala kekejaman dan
pembunuhan ke atas orang-orang Kristian yang tidak menyetujui doktrin Gereja Paul.
Malangnya semasa Iranaeus berada di Rom, Uskup Pothinus dan orang-orangnya
telah dibunuh. Iranaeus pulang lalu menggantikan jawatan Uskup Pothinus.
Pada tahun 190 M, Iranaeus sendiri menulis surat kepada Paus memohon agar segala
kekejaman ke atas mereka ditamatkan. Dia banyak mengkritik ajaran Gereja Paul

yang memasukkan anasir-anasir daripada agama berhala dan filsafat Plato ke dalam
agama Kristian yang asal. Iranaeus pula yang dibunuh pada tahun 200 M.
Tokoh-tokoh lain ialah Tertullian (160-220 M) yang menolak keTuhanan Jesus,
Origen (185- 254 M) dari Mesir yang dipenjara hingga mati dan Diodorus dari Tarsus
(tempat asal Paul).
Lucian yang pakar bahasa Ibrani dan Yunani diseksa dan akhirnya dibunuh pada 312
M. Anak muridnya yang masyhur bernama Arius. Inilah antara perkara yang
diperjuangkan Arius:
"Jika Jesus itu benar-benar anak Tuhan, maka Bapa mesti ada terlebih dahulu. Oleh
itu mesti ada "MASA" sebelum adanya anak. Bererti anak adalah makhluk. Maka
anak tidak selamanya ada atau tidak abadi. Sedangkan Tuhan yang sebenarnya
adalah abadi, bererti Jesus tidaklah sama dengan Tuhan."
"Ada ruang masa sebelum adanya Jesus, sedangkan Tuhan sudah ada sebelumnya.
Jesus ada kemudian, dan Jesus hanyalah makhluk biasa yang bakal binasa seperti
makhluk-makhluk lainnya. Tetapi Tuhan tidak akan binasa."
Arius menentang keras keputusan Persidangan Nicea 325 M. Pada tahun 336 Arius
diangkat menjadi Pastur di Constantinople dan dalam satu muslihat yang licik, dia
berhasil dibunuh.
Seorang rakan seperjuangan Arius yang juga masyhur namanya ialah Eusibius dari
Nicomedia.
Pada tahun 1568, suatu dekri sebuah gereja Triniti telah menyebabkan 3 juta lelaki,
wanita dan kanak-kanak Unitarian dihukum bunuh atas tuduhan menyeleweng.
Dikatakan lebih dua belas juta orang dibunuh dengan perintah Pasitan(atau
mahkamah gereja Triniti).
Ramalan Jesus a.s:
Tetapi kamu berhati-hatilah! Kamu akan diserahkan kepada majlis agama dan
kamu akan dipukul di rumah ibadat dan kamu akan dihadapkan ke muka
penguasa-penguasa dan raja-raja kerana aku, sebagai kesaksian bagi mereka.
(Markus 13: 9)
Dan karena aku, kamu akan diseret ke muka penguasa-penguasa dan raja-raja
sebagai suatu kesaksian bagi mereka dan bagi orang-orang yang tidak mengenal
Allah.
(Matius 10: 18)

Masalah Tuhan

Allah berfirman kepada Musa:


Aku jadikan engkau (wahai Musa) Tuhan kepada Firaun.
(Keluaran 7:1)
Kalau dibaca sekali lalu, kita memahami seolah-olah Nabi Musa telah dilantik
menjadi Tuhan kepada Firaun yang zalim. Untuk Firaun, Tuhan yang ditentukan
kepadanya adalah Musa. Allah melantik Musa menjadi Tuhan, mengapa dia tidak
dimasukkan ke dalam triniti? Mengapa dia tidak disembah sebagai Tuhan?
Sebenarnya perkataan Tuhan dalam Bible mempunyai dua kegunaan. Satu untuk
Tuhan yang sebenar, yang mesti disembah iaitu Allah. Satu lagi untuk selain Tuhan
kerana dekatnya golongan ini dengan Allah. Bukan semua perkataan Tuhan dalam
Bible merujuk kepada Allah.
Para malaikat juga ada yang dipanggil Tuhan, antaranya kerana mereka terlibat sekali
dalam kerja-kerja mencipta makhluk, menyampaikan wahyu, mendatangkan bala
bencana di dunia dan sebagainya yang pada asasnya adalah kerja-kerja Tuhan, tetapi
dilaksanakan oleh para malaikat. Maka mereka juga dipanggil tuhan, tetapi bukan
Tuhan yang mesti disembah.

Hujah-hujah Mengatakan Jesus Bukan Tuhan


Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada
seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak MELALUI AKU.
(Yohanes 14: 6)
Ayat ini sering digunakan oleh umat Kristian untuk menunjukkan yang Jesus adalah
Tuhan. Malangnya ayat ini tidak pun membuktikan Jesus itu Tuhan tetapi hanya
tempat laluan.
Tidak seorang pun dapat pergi ke bulan kalau tidak melalui langit dunia.
Adakah langit dunia itu sama dengan bulan? Jawapannya tidak sama. Langit dunia
hanyalah tempat laluan.
Tidak ada makanan yang dapat masuk ke dalam perut kecuali melalui
kerongkong. Adakah kerongkong anda sama dengan perut? Jawapannya tidak sama.
Kerongkong hanyalah tempat laluan makanan.
Tidak ada seorang pun rakyat Indonesia dapat datang ke Kuala Lumpur kalau
tidak melalui laut Malaysia (sama ada naik kapal atau kapal terbang, mesti menempuh
laut Malaysia). Adakah laut Malaysia itu sama dengan Kuala Lumpur? Pastinya tidak
sama. Laut Malaysia hanyalah tempat laluan. Maka, Jesus juga tidak sama dengan
Tuhan. Dia hanyalah tempat laluan menuju kepada Tuhan.

Yusuf telah bermimpi:


Tetapi ketika ia (Yusuf) mempertimbangkan maksud itu, malaikat Tuhan
nampak kepadanya dalam mimpi dan berkata: "Yusuf, anak Daud, janganlah
engkau takut mengambil Maria sebagai isterimu, sebab anak yang di dalam
kandungannya (iaitu Jesus) ADALAH DARIPADA ROH KUDUS.
(Matius 1: 20)
Jesus dalam kandungan Maria adalah daripada Roh Kudus? Fikirkan, kenapa tidak
disebut : sebab anak dalam kandungannya adalah Tuhan?
"Sesungguhnya, anak dara itu (Maria) akan mengandung dan melahirkan
seorang anak laki-laki (Jesus), dan mereka akan menamakan dia IMANUEL
-yang bererti: Allah menyertai kita.
(Matius 1: 23)
Nama lain bagi Jesus ialah Imanuel yang ertinya Allah menyertai kita. Mengapa
tidak disebut El sahaja yang maksudnya Tuhan tetapi Imanuel? Bukankah ayat
itu sepatutnya berbunyi: dan mereka akan menamakan Dia El yang bererti
Tuhan?
Kata Jesus:
KEPADAKU TELAH DIBERIKAN segala kekuasaan di langit dan di bumi.
(Matius 28:18)
Perkataan diberikan kekuasaan membawa maksud ada satu kuasa yang lebih kuat
daripada Jesus yang telah memberinya kekuasaan tersebut. Ini juga bererti Jesus
bukan Tuhan kerana sebelum diberikan dia tidak ada kekuasaan tersebut.
Mustahillah Tuhan baru mendapat kuasa kerana sifat Tuhan itu adalah sentiasa
berkuasa dari awal hingga selama-lamanya. Bukankah sepatutnya Jesus mengatakan:
Pada diri-Ku telah sedia ada segala kekuasaan di langit dan di bumi?
Bapa tidak menghakimi sesiapapun, melainkan telah MENYERAHKAN
PENGHAKIMAN itu seluruhnya kepada anak (Jesus).
(Yohanes 5:22)
Perkataan telah menyerahkan menunjukkan Jesus bukan Tuhan kerana sebelum
diserahkan dia tidak mempunyai kuasa penghakiman. Mustahillah Tuhan baru
mendapat kuasa penghakiman. Jika benar begitu, siapakah yang mempunyai kuasa
penghakiman sebelum Tuhan?
Kononnya Jesus itu begotten, iaitu dilahirkan tetapi tidak diciptakan. Kita fikir
secara mudah, jika benar Jesus dilahirkan oleh Tuhan (walau dengan cara apa sekali
pun kelahirannya), ini bermaksud Jesus lebih muda daripada Tuhan. Jadi, Jesus tidak

layak menjadi Tuhan kerana Tuhanlah yang paling tua. Mustahillah Tuhan itu lebih
muda daripada sesuatu kerana Tuhan tiada berawal.
Ini selari juga dengan kata-kata Jesus:
"Roh Suci MEMBERI AKU KUASA untuk mengusir roh jahat".
(Matius 12:28 )
Sebelum diberi kuasa itu, Jesus memang tidak ada kuasa mengusir roh jahat. Kuasa
itu baru saja diperolehinya. Ini menunjukkan Jesus bukan Tuhan. Kalau dia Tuhan,
kuasa itu semestinyalah telah sedia ada pada dirinya. Mengapa perlu menunggu
diberikan oleh yang lain? Bukankah sepatutnya dia mengatakan: Aku berkuasa untuk
mengusir roh jahat?
Aku mengusir syaitan dengan kuasa roh Allah
(Matius 12:28)
Jesus tidak mengatakan dia mengusir syaitan menggunakan kuasanya, tetapi kuasa
roh Allah. Bukankah sepatutnya dia mengatakan: Aku mengusir syaitan dengan
kuasa-Ku?
Firman (Jesus) itu telah menjadi manusia dan diam antara kita, dan kita telah
melihat kemuliaannya iaitu kemuliaan YANG DIBERIKAN KEPADANYA
sebagai anak tunggal Bapa, penuh kasih kurnia dan kebenaran.
(Yohanes 1: 14)
Kemuliaan itu baru diberi kepadanya, sebelum diberi dia tidak ada kemuliaan itu.
Hanya Bapa iaitu Tuhan sebenar yang memiliki kemuliaan tanpa perlu diberi oleh
sesiapa.
"Sesiapa yang menyambut kamu, menyambut aku juga; dan sesiapa yang
menyambut aku, menyambut Dia yang mengutus aku. Sesiapa yang menyambut
seorang pesuruh Allah kerana dia pesuruh Allah akan menerima pahala seorang
pesuruh Allah. Sesiapa yang menyambut seorang baik kerana orang itu baik
akan menerima pahala seorang baik".
(Matius 10:40-41)
Sepatutnya kamu dalam ayat di atas juga diterima sebagai Tuhan. Mengapa tidak?
Bukankah sesiapa yang menyambut kamu sama seperti menyambut Tuhan? Ini bererti
kamu juga Tuhan.
Kata Jesus:
"Sembahlah Allah Tuhanmu dan ABDIKANLAH DIRI KEPADA DIA SAHAJA
sahaja."

(Lukas 4:8)
Jesus menyuruh berabdi kepada Allah sahaja, bukan kepada Kami atau kepada Dia
dan Aku.
Perhatikan perkataan "DIA sahaja". Jesus tidak berkata "KAMI sahaja", atau "Dia dan
Aku sahaja". Makna abstrak yang bagaimanakah yang mahu diada-adakan terhadap
ayat ini untuk menunjukkan bahawa maksud sebenar Jesus adalah "sembah kami
BERDUA"? Kata-kata Jesus di atas sesuai benar dengan ayat Perjanjian Akhir-Al
Quran:
Janganlah kamu beribadah kecuali kepada-Nya.
(Surah Hud: 2)
Selepas pemergian Jesus, beginilah amalan para pengikutnya:
"Tiap-tiap hari mereka berkumpul di Rumah Tuhan"
(Kisah Rasul-rasul 2:46)
Kalau benarlah Jesus pernah mengajarkan para pengikutnya bahawa dirinya Tuhan,
sudah tentulah mereka akan diusir daripada saumaah bahkan Rumah Tuhan yang
menjadi tempat ibadah orang-orang Yahudi. Maksudnya, para pengikut Jesus masih
kekal dalam agama Yahudi dan tidak pernah menolak hukum-hukum Taurat.
Kalau benarlah cukup dengan percaya sahaja untuk masuk syurga, mengapa para
hawari Jesus setiap hari mengusahakan ibadah? Padahal mereka sudah amat percaya
dengan Jesus, tetapi bukan sebagai Tuhan.
Bapa yang mengutus aku, Dialah yang bersaksi tentang aku, kamu tidak
pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nya pun tidak pernah kamu lihat.
(Yohanes 5:37)
Siapapun tidak pernah mendengar suara atau melihat rupa Tuhan, padahal muridmurid Jesus selalu mendengar suaranya dan melihat rupanya. Maka Jesus tidak sama
dengan Bapa, dia bukan Tuhan.
Mengapa kamu memanggil aku yang baik, kerana tidak ada seorang pun yang
baik melainkan satu iaitu Allah.
(Matius 19:17)
Jesus tidak mengakui dirinya baik, kerana baginya yang betul-betul baik hanyalah
Allah sahaja. Tidak pula disebutkan melainkan tiga iaitu Bapa, Roh Kudus dan Aku.
Lalu mereka membawanya (budak yang dirasuk roh jahat) kepadanya (kepada
Jesus). Waktu roh itu melihat Jesus, anak itu segera digoncang-goncangnya, dan
anak itu terpelanting ke tanah dan terguling-guling, sedang mulutnya berbusa

(terus kena histeria). Lalu Jesus bertanya kepada ayah anak itu: "SUDAH
BERAPA LAMA DIA SEBEGINI?" Jawabnya: "Sejak masa kecilnya.
(Markus 9: 20-21)
Pelik. Tuhan tidak tahu sejak bila tubuh budak itu dimasuki roh jahat hingga terpaksa
bertanya pula kepada hamba-Nya barulah dia tahu. Bagaimana hamba lebih tahu
daripada Tuhan?
Namun akan hari (terjadi)nya (kiamat) atau ketikanya itu tidak diketahui oleh
seorang jua pun, baik segala malaikat yang di syurga pun tidak, anak (Jesus) itu
pun tidak, HANYALAH BAPA SAHAJA.
(Markus 13: 32)
Jesus mengakui dia dan para malaikat tidak tahu bilakah hari kiamat (iaitu salah satu
perkara ghaib) akan berlaku. Hanya Bapa saja yang tahu. Maksudnya Roh Kudus juga
tidak tahu. Maka Jesus dan Roh Kudus bukanlah Tuhan. Bukankah sepatutnya Jesus
mengatakan: hanyalah Bapa, Aku dan Roh Kudus saja yang tahu.?
Bandingkan dengan ayat Perjanjian Akhir- Al Quran:
Katakanlah: Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi mengetahui perkara
yang ghaib kecuali Allah.
( Surah An-Naml: 25)
Maka aku tidak boleh berbuat suatu apa pun mengikut kemahuanku sendiri,
sebagaimana YANG AKU DENGAR (daripada Tuhan) sebegitulah aku
hukumkan, dan hukumku itu adalah adil kerana aku tidak cuba menurut
kemahuanku sendiri MELAINKAN KEMAHUAN BAPA yang mengutus aku.
(Yohanes 5:30)
Jesus tidak boleh berbuat sesuatu mengikut kehendaknya. Dia terpaksa mematuhi
kehendak Tuhan yang didengarnya (diterimanya) daripada Tuhan sahaja. Seandainya
Jesus sudah 100% Tuhan, tak perlulah dia mendengar, cukuplah dia berbisik dalam
dirinya sendiri. Apabila dikatakan dia hanya mendengar, maksudnya dia mendengar
daripada peribadi/ individu yang lain.
Dikatakan juga bahawa semuanya adalah kemahuan Bapa sahaja, bukan kemahuan
Anak ataupun Roh Kudus. Ini menunjukkan Anak dan Roh Kudus tidak sama dengan
Bapa, iaitu Tuhan.
Jika kamu mengasihi aku, kamu akan bersukacita kerana aku pergi kepada
Bapa, oleh sebab Bapa lebih besar daripada aku."
(Yohanes 14:28)

Pergi kepada Bapa menunjukkan Jesus dan Bapa adalah dua peribadi yang
berlainan. Untuk sampai kepada Bapa, Jesus terpaksa pergi.Presiden Suharto
hendak pergi kepada Presiden Suharto, bolehkah? Mustahil berlaku kecualilah
Presiden Suharto yang pertama dan Presiden Suharto yang kedua itu orang yang
berlainan, barulah berhasil.
Dalam ayat ini juga dikatakan bahawa Bapa adalah lebih besar daripada Jesus, lebih
besar daripada Anak. Ayat ini jelas menunjukan Jesus bukan Tuhan. Bukankah
sepatutnya Jesus mengatakan: oleh sebab Bapa, Anak dan Roh Kudus sama
besar?
"Setelah berkata demikian, Jesus mengadah ke langit lalu berkata, "Ya Bapa,
sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah AnakMu, supaya Anak pun boleh
memuliakan Bapa""
(Yohanes 17:1)
Mengapa Jesus memohon doa dengan menghadap ke langit? Bukankah ketika itu dia
sendiri sudah 100% Bapa, 100% Tuhan? Sepatutnya dia berdoa dengan melihat
cermin atau menundukkan muka melihat dadanya.
"Pada masa itu Jesus naik ke bukit untuk berdoa. Di situ dia berdoa kepada
Allah semalam-malaman.".
(Lukas 6:12)
Mengapa Jesus tidak berdoa kepada dirinya tetapi kepada Allah?
Kisah Jesus memberi makan lebih lima ribu orang hanya dengan lima keping roti dan
dua ekor ikan:
Lalu disuruhnya orang banyak itu duduk di rumput. Dan setelah diambilnya
lima roti dan dua ikan itu, JESUS MENENGADAH KE LANGIT dan mengucap
berkat, lalu memecah-mecahkan roti itu dan memberikannya kepada muridmurid-Nya, lalu murid-muridnya membahagi-bahagikannya kepada orang
banyak.
(Matius 14: 19)
Yang ikut makan kira-kira lima ribu laki-laki, tidak termasuk perempuan dan
anak-anak.
(Matius 14: 21)
Mengapa perlu Jesus memohon untuk melakukan mukjizat itu dengan meminta
kepada Yang Di Langit? Bukankah dia Tuhan? Ada umat Kristian yang cuba
mengelak dengan mengatakan kononnya Jesus hendak memberikan contoh kepada
anak muridnya. Namun anak muridnya tidak pula berdoa seperti yang dilakukan
Jesus, hanya dia seorang saja. Maka ini bukanlah hendak menunjukkan contoh.

"Jesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, "Ya Bapa,
jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripadaku! Tetapi janganlah
turut kehendakku melainkan kehendak Bapa sahaja"."
(Matius 26:39)
Sewaktu Jesus berdoa ini, dia sudah hampir ditangkap oleh musuh-musuhnya untuk
disalibkan. Dalam bahasa mudahnya, doa di atas berbunyi: Oh Tuhan, kalau boleh
Engkau selamatkanlah aku daripada ditangkap dan disalibkan oleh mereka, kalau
boleh. Namun kalau selepas ini aku ditangkap dan disalib juga, aku redha sebab
semuanya adalah kehendak Engkau. Cuma kalaulah boleh dielakkan, tolonglah
engkau elakkan. Kalau tak boleh, tidak mengapa. Begitulah ertinya doa Jesus.
Adakah ini doa Jesus kepada dirinya sendiri? Tentu bukan. Jesus sendiri mengatakan
yang kehendak Tuhan dan kehendaknya adalah dua kehendak yang berlainan.
"Semasa Jesus hidup di bumi ini, dia memohon dengan seruan dan tangisan
kepada ALLAH YANG BERKUASA MENYELAMATKAN DIA (JESUS)
DARIPADA KEMATIAN. Oleh kerana Jesus merendah diri dan taat kepada
Allah, Allah mendengarkan permintaannya.".
(Matius 26:39)
Kepada siapa Jesus menyeru dan menangis? Kepada Allah. Siapakah yang berkuasa
menyelamatkan Jesus daripada kematian? Allah! Jesus yang kononnya 100% Tuhan
itu tidak ada kuasa untuk menyelamatkan diri sendiri daripada kematian.
Oleh kerana Jesus merendah diri dan taat kepada Allah, maka Allah mendengar
permohonannya. Apakah kalau seorang yang sombong dan tidak taat berdoa, Allah
tak boleh dengar? Tidak. Siapa saja yang berdoa sama ada baik atau jahat tetap berada
dalam pendengaran Allah.
Jadi, apakah maksudnya Allah mendengar permintaannya? Maksudnya Allah
kabulkan permintaannya untuk selamat daripada diseksa dan disalib. Ayat ini juga
membuktikan Jesus tidak disalib.
Kemudian kata Jesus kepada mereka (murid-muridnya): Hatiku amat dukacita
seolah hampir-hampir mati rasaku, tinggallah kamu di sini dan berjagalah
bersama-sama denganku.
(Matius 26:38)
Jika benar Jesus itu Tuhan, mengapakah badan ketuhanan Jesus tidak mampu menjaga
dan mententeramkan badan kemanusiaannya hinggakan Jesus berasa sedih dan takut
ketika dia hampir ditangkap oleh musuh-musuhnya?. Dia terpaksa pula meminta
bantuan murid-muridnya untuk berkawal. Tak cukupkah kuasanya sebagai Tuhan
100% untuk menjaga dirinya?
Sewaktu Jesus disalib, orang yang lalu-lalang berkata kepadanya:

"Hai engkau yang mahu merobohkan Bait Suci dan hendak membangunnya
kembali dalam masa tiga hari, selamatkanlah dirimu jika benar engkau Anak
Allah, turunlah dari salib itu!"
(Matius 27: 40)
Baiklah dia (Jesus) turun daripada salib itu dan kami akan percaya
kepadanya.
(Matius 27: 42)
Masalahnya, mengapa Jesus selaku Tuhan itu tidak mampu melakukan sesuatu yang
luarbiasa lalu turun daripada salib tersebut untuk sementara waktu? Bukankah
kedatangan Tuhan adalah untuk menyelamatkan umat manusia? Bukankah Dia
hendak manusia mengenali, mengasihi dan menyembahnya sebagai Tuhan? Apalah
salahnya turun sekejap secara luarbiasa dan kemudian disalibkan untuk kali kedua?
Bukankah dengan cara begini akan menambah bilangan orang-orang yang percaya?
Bukankah ia dapat membuktikan keTuhanannya? Seandainya Jesus dengan kuasaNya sebagai Tuhan turun sekejap daripada salib itu, pasti orang yang lalu-lalang
menerimanya sebagai Tuhan. Hanya itu saja bukti yang mereka mahukan.
Mengapa Jesus tidak melakukannya? Jika kita mengatakan yang tersalib itu Jesus,
maka ternyata dia bukan Tuhan. Kalau kita mengatakan yang tersalib itu bukan Jesus
tetapi orang lain, maka doktrin penebusan dosa dan penyaliban tertolak. Kita terpaksa
memilih salah satu.
Setelah kematian orang yang disalib, kubur-kubur terbuka dan banyak orang
kudus (suci) yang telah meninggal bangkit.
(Matius 27:52)
Kononnya Jesus memang Tuhan kerana berjaya bangkit daripada kematian. Tapi ayat
di atas menunjukkan bukan Jesus seorang saja yang mampu bangkit daripada
kematian. Jadi, kemampuan Jesus melawan kematian itu bukanlah perkara luar biasa
sangat hingga menjadikan dirinya Tuhan. Begitu juga dengan kemampuan Yohanes
Pembaptis:
Lalu ia berkata kepada pegawai-pegawainya: "Inilah Yohanes Pembaptis; ia
sudah bangkit dari kalangan orang mati dan itulah sebabnya kuasa-kuasa itu
bekerja di dalam-Nya."
(Matius 14: 2)
Kata Tuhan:
"Inilah HAMBA-KU yang telah aku pilih".
(Matius 12:18)

Jesus hanyalah hamba Tuhan sebagaimana manusia lain.


"Memang benar Herodes dan Pontius Pilatus mengadakan pertemuan dengan
orang bukan Yahudi dan orang Israel di kota ini untuk melawan Jesus,HAMBAMU yang suci"
(Kisah Rasul-rasul 4:27 RSV)
"Jesus berkata kepada mereka, "Seandainya ALLAH BENAR-BENAR BAPA
KAMU, tentu kamu akan mengasihi aku kerana aku datang daripada Allah.
Aku tidak datang dengan kehendakku sendiri, tetapi Dialah yang mengutus
aku"."
(Yohanes 8:42)
Mengapa Jesus tidak mengatakan: Seandainya AKU benar-benar Bapa kamu
tetapi berkata : Seandainya ALLAH benar-benar Bapa kamu? Jesus tidak
pernah mengakui dirinya sebagai Bapa, menunjukkan dia bukan Tuhan. Mereka tidak
setara.
Mengapa Jesus mengatakan: aku datang daripada Allah? Bukankah
sepatutnya dia mengatakan: Aku datang sebagai Allah atau Akulah Allah
yang datang?
Jesus juga mengakui yang dia datang bukan dengan kehendaknya sendiri, dia diutusdipaksa datang. Dia tidak boleh memilih untuk tidak datang. Apakah Tuhan tidak
boleh memilih mengikut kehendak hatinya? Apakah Tuhan boleh dipaksa pergi ke
sana-sini?
Ayat ini jelas menunjukkan Jesus bukan Tuhan dan bukan Bapa.
Sokongan Perjanjian Akhir-Al Quran:
Al Masih Isa putera Maryam adalah utusan Allah..
(Surah An-Nisaa: 171)
Dan ketika Isa putera Maryam berkata: Hai Bani Israel, sesungguhnya aku
adalah utusan Allah kepadamu.
(Surah as-Saff: 6)
"Jesus yang tuan-tuan salibkan sudah DIBANGKITKAN DARI KEMATIAN
OLEH ALLAH yang disembah nenek-moyang kita. Allah mengangkatnya ke
tempat yang berkuasa di sebelah kanan-Nya, untuk menjadi Putera dan
Penyelamat, supaya umat Israel mendapat peluang bertaubat dan beroleh
pengampunan dosa."
(Kisah Rasul-rasul 5:30-31)

Siapakah yang membangkitkan Jesus? Jawapannya Allah. Mengapa Jesus tidak


membangkitkan dirinya sendiri kalau benar dia Tuhan?
Siapa yang mengangkat Jesus? Tuhan. Mengapa Jesus tak boleh mengangkat dirinya
sendiri kalau benar dia Tuhan?
Siapakah yang diberi peluang oleh Tuhan untuk bertaubat dan diampunkan dosa?
Jawapannya umat Israel sahaja, bukan semua umat manusia.
Ada seorang yang minta kepada Jesus agar dua orang anaknya dijanjikan tempat di
dalam syurga, seorang di kanan Jesus sementara seorang lagi di kirinya. Ternyata
Jesus tidak ada kuasa untuk berbuat demikian dengan katanya:
Jesus berkata kepada mereka: "Cawanku memang akan kamu minum, tetapi
hal duduk di sebelah kananku atau di sebelah kiriku, AKU TIDAK ADA HAK
untuk memberikannya. Itu akan diberikan kepada orang-orang yang telah
DITENTUKAN OLEH BAPAKU."
(Matius 20: 23)
Hanya Bapa iaitu Tuhan sebenar yang ada hak untuk menentukan tempat di dalam
syurga, bukannya Jesus. Malah dia juga memanggil Bapa sebagai Bapaku,
bukannya Bapa kamu semua iaitu Aku.
Maka berkatalah Jesus kepadanya (kepada Iblis): "Nyahlah, Iblis! Sebab ada
tertulis: Engkau mesti menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia
sajalah engkau berbakti!"
(Matius 4: 10)
Bukankah sepatutnya Jesus mengatakan: Engkau Iblis mesti menyembah Aku- Allah
dan Tuhanmu, dan hanya kepada Aku sajalah engkau berbakti.?
Sokongan Al Quran:
Ada di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah sebagai sekutusekutu, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, sedangkan
orang-orang beriman itu lebih cinta kepada Allah.
(Surah Al-Qasas: 57)
Ada dua orang buta yang duduk di pinggir jalan mendengar, bahwa Jesus lalu,
maka merekapun berseru: "Tuan, Anak Daud, kasihanilah kami!" Tetapi orang
banyak itu menegur mereka supaya mereka diam. Namun mereka semakin
keras pula berseru, katanya: "Tuhan, Anak Daud, kasihanilah kami!" Maka
Jesuspun berhenti dan memanggil mereka. Katanya: "APA YANG KAMU
MAHU AKU LAKUKAN untuk kamu? Jawab mereka: "Tuan, (jadikanlah)
supaya mata kami dapat melihat." Maka TERGERAKLAH HATI JESUS oleh
belas kasihan, lalu dia menjamah mata mereka dan seketika itu juga mereka
dapat melihat lalu terus mengikutinya.

(Matius 20: 30-34)


Bagaimana Jesus selaku Tuhan tidak tahu apa niat kedua-dua orang buta itu
memanggilnya? Mustahil Tuhan tidak tahu niat hamba-Nya. Mengapa hanya setelah
dirayu baru tergerak hatinya untuk merasa belas kasihan?
Pada pagi-pagi hari dalam perjalanannya kembali ke kota, Jesus merasa lapar.
Dekat jalan dia melihat pohon ara lalu pergi ke situ, tetapi dia tidak mendapat
apa-apa pada pohon itu selain daun-daun saja. Katanya kepada pohon itu:
"Engkau tidak akan berbuah lagi selama-lamanya!" Dan seketika itu juga
keringlah pohon ara itu.
(Matius 21: 18-19)
Tuhan lapar dan hendak makan buah ara. Tapi Tuhan itu tidak tahu sama ada pokok
ara tersebut berbuah atau tidak! Betulkah ini Tuhan? Setelah pergi dekat barulah
diketahui-Nya yang pohon itu tidak berbuah. Rupanya penglihatan dan pengetahuan
Tuhan iaiti Bapa, Jesus dan Roh Kudus terbatas setakat beberapa meter sahaja.
Bukankah penglihatan dan pengetahuan Tuhan sepatutnya seluas alam semesta malah
lebih luas lagi?
Setelah diketahui-Nya tak ada buah, maka dikutuknya pokok tersebut. Inikah moral
yang hendak ditunjukkan? Apabila orang tak mahu menolong kita maka kita terus
menyumpahnya? Mengapa Tuhan menunjukkan moral sebegini?
Tuhan amat berkuasa. Mengapa Jesus selaku Tuhan tidak mampu memerintahkan :
Engkau berbuahlah ketika ini juga lalu segera terbit buah? Selepas itu mereka samasama bersyukur, barulah ada moralnya.
Saya pernah membahaskan hal ini dengan beberapa orang penganut agama Kristian,
dan ternyata mereka tidak mampu untuk mempertahankan keTuhanan Jesus.
Pada waktu itu berkatalah Jesus: "AKU BERSYUKUR KEPADA-MU BAPATUHAN LANGIT DAN BUMI, karena semuanya itu Engkau sembunyikan bagi
orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil.
(Matius 11: 25)
Siapakah yang diiktiraf oleh Jesus sebagai Tuhan langit dan bumi? Dirinya? Bukan.
Roh Kudus? Bukan? Jawapannya ialah Bapa sahaja. Jelaskan?
Ketika ditanya oleh ahli-ahli Taurat:
12:29 Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah hai orang Israel,
TUHAN ALLAH KITA, Tuhan itu esa.
12:30 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap
jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.

12:31 Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti
dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum
ini."
12:32 Lalu kata ahli Taurat itu kepada Yesus: "TEPAT SEKALI GURU, benar
katamu itu, BAHAWA DIA (TUHAN) ESA, dan bahwa tidak ada yang lain
kecuali DIA.
(Markus 12: 29-32)
Mengapa Jesus mengatakan Tuhan Allah kita, bukannya Tuhan Allah kamu atau
Aku Allah kamu? Kerana Jesus bukan Tuhan. Dia sendiri mengakui Tuhan Allah
KITA, termasuklah dirinya sendiri.
Mengapa ahli-ahli Taurat itu mengatakan Tepat sekali guru dan bukan pula Tepat
sekali Tuhan? Kerana Jesus bukan Tuhan. Bukan 100% Tuhan 100% manusia tetapi
hanya 100% manusia.
Mengapa mereka mengatakan Bahawa Dia itu Esa dan bukannya Bahawa Engkau
itu Esa? Kerana Jesus bukan Tuhan.
Pada waktu itu di dalam rumah ibadat itu ada seorang yang dirasuk roh jahat
(jin). Orang itu berteriak:"Apa urusanmu dengan kami, hai Jesus orang
Nazareth? Engkau datang hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa
engkau: Yang Kudus DARIPADA ALLAH."
(Markus 1: 23-24)
Roh jahat (menurut Islam itu adalah jin dan syaitan) dalam tubuh orang itu pun tahu
Jesus hanyalah orang suci yang diutus oleh Allah. Bukankah sepatutnya roh jahat itu
mengatakan: Aku tahu siapa Engkau- Yang Maha Kudus iaitu Allah.
Bukannya setiap orang yang menyeru aku (sebagai) Tuhan, Tuhan, yang akan
masuk ke dalam kerajaan syurga, (tetapi) hanyalah orang-orang yang
melaksanakan kehendak Bapaku yang di syurga.
(Matius 7:21)
Siapakah yang akan masuk syurga antara orang-orang yang memanggil Jesus sebagai
Tuhan ataupun orang-orang yang mengikut segala perintah Bapa? Pastinya yang
melaksanakan kehendak Bapa sahaja yang layak ke syurga. Maka sesiapa yang
menjadikan Jesus sebagai Tuhan, dia tidak akan masuk ke syurga.
Kata Yesus kepadanya: "Janganlah engkau memegang Aku, sebab Aku belum
pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah
kepada mereka, bahwa sekarang Aku akan pergi kepada BAPAKU DAN
BAPAMU, kepada ALLAHKU DAN ALLAHMU."
(Yohanes 20: 17)

Kalau ayat semudah ini tidak mampu difahami, bagaimana hendak memahami
perumpamaan-perumpaaan yang diucapkan Jesus.
Siapakah Bapa kepada Jesus dalam ayat ini?
Jawapan: _____________________
Siapakah Allah kepada Jesus dalam ayat ini?
Jawapan: _____________________
Keterangan Al Quran:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu.
(Surah An-Nisa: 116)

Jesus Hanyalah Seorang Nabi


"Dia Jesus, NABI dari Naserat di Galilea", jawab orang ramai yang mengiringi
Jesus."
(Matius 21:11)
"Apakah yang telah berlaku?", tanya Jesus. "Perkara-perkara yang telah
berlaku kepada Jesus, orang Nasaret itu", jawab mereka. "Dia seorang NABI DI
SISI ALLAH dan di mata semua orang"."
(Lukas 24:19)
"Wanita itu berkata: Sekarang saya tahu tuan seorang NABI"."
(Yohanes 4:19)
"Apabila orang ramai melihat mukjizat yang dilakukan oleh Jesus, mereka
berkata, "Sesungguhnya dia NABI, yang diharapkan datang ke dunia"."
(Yohanes 6:14)
"Beberapa orang yang mendengar kata-kata Jesus berkata, "Orang ini pasti
NABI itu"."
(Yohanes 7:40)

"Oleh itu orang Farisi di situ bertanya lagi kepadanya, "Kamu berkata dia
mencelikkan matamu. Baiklah, apakah pendapatmu tentang dia?". "Dia
NABI", jawabnya."
(Yohanes 9:17)
"Maka Nabi Isa berkata kepada mereka: "Seorang Nabi (merujuk dirinya)
dihormati di mana-mana kecuali di tempat asalnya sendiri, di antara kaum
keluarganya dan di rumahnya."
(Markus 6:4)

Kesimpulan
Sebegitu banyak bukti yang menunjukkan Jesus bukan Tuhan, maka dia bukanlah
Tuhan. Malah sesiapa yang memperTuhankannya tidak akan dapat masuk ke dalam
syurga. Itulah janji Jesus.
Pesan Al Quran- The Last Testament:
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya.
(Surah Al-Isra: 36)
JESUS SEBAGAI ANAK TUHAN

Masalah Anak
Perkataan anak Tuhan tidak membawa maksud seseorang itu betul-betul anak
kepada Tuhan. Perkataan ini digunakan oleh umat Yahudi kepada orang-orang yang
soleh dalam hal-hal keagamaan terutamanya para nabi dan ulama-ulama Yahudi.
Sebab itu kita dapati banyak sekali manusia selain Jesus yang dipanggil juga anak
Tuhan.
Firman Tuhan:
"Israel (Nabi Yaakub) adalah anak-Ku, anak-Ku yang sulung"
(Keluaran 4:22)
Nabi Yaakub juga anak Tuhan, mengapa dia tidak dianggap Tuhan juga? Mengapa dia
tidak termasuk ke dalam triniti? Bahkan dia anak Tuhan yang sulung! Jesus anak
Tuhan yang ke berapa?
"Sebab aku telah menjadi bapa Israil, Efraim adalah anak sulungKu"

(Jeremiah/ Yeremia 31: 9)


Efraim juga anak Tuhan? Malah anak Tuhan yang sulung? Siapa sebenarnya anak
Tuhan yang sulung? Israel atau Efraim?
"Adam adalah anak Allah"
(Lukas 3:38)
Nabi Adam juga anak Tuhan. Bukankah dia yang lahir dulu? Mengapa dia bukan anak
sulung?
"Dialah (Nabi Sulaiman) yang akan mendirikan rumah bagi nama-Ku dan Aku
akan mengukuhkan takhta kerajaannya untuk selama-lamanya. Aku akan
menjadi Bapanya, dan dia akan menjadi anakku".
(Samuel 2 7:13-14)
Nabi Sulaiman juga anak Tuhan.
"Orang yang dipimpin oleh Roh Suci adalah anak-anak Allah."
(Rom 8:14)
Jelas, yang dimaksudkan dengan anak Tuhan adalah orang yang soleh seperti para
nabi. Ini untuk menunjukkan betapa dekatnya mereka dengan Tuhan.
"Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka
diberi-Nya hak menjadi anak Allah."
(Yohanes 1:12)
Sesiapa sahaja boleh menjadi anak Tuhan asalkan beriman dan beramal soleh.
Sokongan Perjanjian Akhir-Al Quran:
dan Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas, semuanya termasuk orang-orang yang
soleh.
(Surah Al-Anam: 85)
"Ketahuilah bahawa Allah Bapa amat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita
sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah... Kita sekarang anak-anak
Allah..."
(Yohanes 3:1-2 )
Sesiapa yang dikasihi Allah, maka mereka itu dikira sebagai anak-anak Allah. Jesus
dikasihi Allah, sebab itulah dinamakan dia anak Tuhan.

"Pada waktu bintang fajar bersorak bersama-sama, dan semua anak Allah
bersorak-sorai"
(Ayub 38:7)
Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang, kerana mereka itu akan
disebut Anak-anak Tuhan.
(Matius 5:9)
Ayat ini menunjukkan bukan Jesus sahaja yang menjadi Anak Tuhan, tetapi sesiapa
saja yang melakukan perdamaian di atas muka bumi ini juga layak menjadi Anak
Tuhan.
Supaya kamu (murid-murid Jesus) menjadi anak-anak Bapamu yang di
syurga
(Matius 5:45)
Menurut Jesus, apabila murid-muridnya menjadi manusia yang taat maka mereka juga
akan menjadi anak-anak Tuhan. Perkataan Anak Tuhan menunjukkan seseorang
yang terikat dengan peraturan-peraturan Tuhan sebagaimana Anak Kapal, bukan
kapal itu yang beranak tetapi maksudnya ialah orang-orang yang terikat dengan
peraturan kapal tersebut. Begitu juga dengan Anak Sekolah, Anak Dunia, Anak Silat,
Anak Kota dan sebagainya. Adakah kita mengatakan sekolah, silat dan kota itu
beranak? Tentu tidak!
"Perkembangan terpenting sejak 1986 mengenai hal ini adalah penemuan gelaran
"Anak Tuhan" dalam salah satu manuskrip papirus Qumran (Skrol Laut Mati) yang
digunakan terhadap seseorang selain daripada Jesus... ini hanya menguatkan lagi
hujah bahawa gelaran Anak Tuhan di dalam masyarakat Yahudi pada abad pertama
sama sekali tidak sama seperti serupa dengan Tuhan sendiri."
(Pendahuluan "For Christ's Sake", m.s. xii oleh Tom Harper)
Sokongan Perjanjian Terakhir:
Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai)
anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat
mungkar, hampir-hampir pecah langit kerana ucapan itu, dan bumi terbelah,
dan gunung-gunung runtuh, kerana mereka mendakwa Allah Yang Maha
Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah
mengambil (mempunyai) anak. Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi,
kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba.
( Surah Maryam :88)

Masalah Bapa

Bapa adalah Allah, iaitu satu-satunya Tuhan sebenar yang mesti disembah dan
diperTuhankan.
"Jesus berkata kepada mereka, "Seandainya Allah benar-benar Bapa kamu,
tentu kamu akan mengasihi aku kerana aku datang daripada Allah. Aku tidak
datang dengan kehendakku sendiri, tetapi Dialah yang mengutus aku"."
(Yohanes 8:42)
Bapa adalah Tuhan yang sebenar, yang sepatutnya disembah, yang namanya Allah.
Ayat di atas lebih mudah difahami jika ia berbunyi begini: Kalau benarlah Allah
itu TUHAN kamu, pasti kamu akan mengasihi aku sebab aku datang daripada
Allah. Aku tidak datang dengan kehendakku sendiri, tetapi ALLAHlah yang
mengutus aku.
Ternyata para hawari Jesus memang mengasihinya, maka Allah juga adalah Bapa
kepada mereka- mereka juga anak-anak Tuhan seperti Jesus.
Kata Jesus:
Dan janganlah kamu menyebut sesiapapun Bapa di bumi ini, kerana ada satu
sahaja Bapamu, iaitu Dia yang di syurga.
(Matius 23:9)
Awal-awal lagi sebahagian besar umat Kristian tersilap kerana memanggil para paderi
mereka Father atau Bapa.
Jika Jesus 100% Tuhan, tentu tidak salah memanggil dirinya Bapa kerana dia dan
Bapa satu peribadi. Mengapa tidak dibenarkan memanggil dirinya atau orang lain
sebagai Bapa? Kerana dia dan manusia lain bukan Bapa, bukan Tuhan yang sebenar.
Dimanakah Bapa itu tinggal? Di syurga. Kalau benar Bapa itu Jesus 100%, bagaimana
Dia berada di syurga sedangkan Jesus yang Bapa 100% berada di bumi?
Sokongan The Last Testament:
Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan-Tuhan selain Allah sudah tentulah
dua-duanya (langit dan bumi) itu telah rosak binasa.
(Surah Al-Anbia : 22)
Ayat Bible:
"Sekarang tentang persoalan makan makanan yang sudah dipersembahkan
kepada berhala: Kita tahu bahawa berhala menggambarkan sesuatu yang tidak
wujud. Kita juga tahu bahawa ALLAH HANYA SATU IAITU BAPA tidak ada
yang lain. Sekali pun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik di syurga mahu
pun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan
segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup.

(Korintus 1 8:4-6)
Jelas! Allah hanya satu iaitu Bapa. Roh Kudus dan Jesus bukan Allah. Sungguhpun
banyak lagi yang disebut tuhan termasuk Jesus dan Roh Kudus, tetapi Allah yang
sebenar tetap satu, iaitu Bapa.
Sebagai ulangkaji, siapakah Allah Yang Satu dalam ayat di atas? Jesus ataupun Bapa?
Jawapan: ______________________
Tetapi jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan
BERDOALAH KEPADA BAPAMU yang ada di tempat tersembunyi. Maka
Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu.
(Matius 6:6 )
Kenapa tidak berdoa terus kepada Jesus sahaja? Mengapa Bapa yang akan membalas
dan bukannya Jesus?
Dalam perdebatannya dengan Dr. Anis Shorrosh di Royal Albert Hall, London pada
15 Disember 1985, Syeikh Ahmad Deedat berhujah seperti berikut:
Anak sentiasa berada di senarai yang kedua daripada tiga. Apabila seseorang
Kristian mengatakan yang Jesus adalah Bapa, maka kata-katanya itu dianggap
sebagai bidaah pada pandangan gereja Kristian.
Menurut ajaran Kristian dan ajaran Gereja Anglikan, Methodist, Lutheran dan lainlain bahawa mengatakan Jesus adalah Bapa dianggap sebagai bidaah.
Jadi, jelaslah Bapa dan Jesus tidak setara.
Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair adalah anak Allah, dan orang-orang
Kristian pula berkata: Al Masih (Jesus) adalah anak Allah. Begitulah
perkataan mereka melalui mulut mereka sendiri mereka menyampaikan
perkataan orang-orang kafir terdahulu, semoga Allah binasakan mereka.
(Surah At-Taubah: 30)

Masalah Anak Manusia


Apabila disebut sahaja Anak Manusia di dalam Bible, maka umat Kristian percaya
sepenuhnya itu adalah Jesus. Ini satu kesalahan. Gelaran Anak Manusia boleh
diberikan kepada sesiapa sahaja mengikut konteks sesuatu ayat itu diucapkan. Ia tidak
terhad kepada Jesus semata-mata. Tambahan pula Jesus sering menyampaikan
ajarannya dalam bentuk perlambangan, bahasa yang berbunga, kiasan, madah dan
sebagainya yang tidak direct to the point. Dia suka kata-katanya difikirkan, bukan
diterima bulat-bulat.

Lihat contoh ayat Injil Matius ini sebagai bukti:


16:13 Setelah Jesus tiba di daerah Kaisarea Filipi, dia bertanya kepada muridmuridnya: "Kata orang, SIAPAKAH ANAK MANUSIA ITU?"
16:14 Jawab mereka: "Ada yang mengatakan YOHANES PEMBAPTIS, ada
juga yang mengatakan ELIA dan ada pula yang mengatakan YEREMIA atau
SALAH SEORANG DARIPADA PARA NABI."
16:15 Lalu Jesus bertanya kepada mereka: "Tetapi apa katamu, SIAPAKAH
AKU INI?"
16:16 Maka jawab Simon Petrus: "Engkau adalah Mesias, ANAK ALLAH yang
hidup!"
16:17 Kata Jesus kepadanya: "Berbahagialah engkau Simon bin Yunus sebab
bukan manusia yang menyatakan itu kepadamu, melainkan BAPAKU yang di
syurga.
Umat pada zaman itu faham, gelaran Anak Manusia boleh digunakan kepada
sesiapa sahaja terutamanya kepada para nabi. Ia tidak terhad kepada Jesus. Malah
Simon Petrus sendiri mengatakan Jesus Anak Allah, bukan Anak Manusia
sedangkan soalan Jesus berkisar tentang Anak Manusia. Jesus sendiri mengakui
pula Bapaku di syurga. Maksudnya Bapa kita adalah bapa kepada Jesus juga. Tuhan
kita adalah Tuhan kepada Jesus juga.
Bukti kedua adalah ayat yang ini:
Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya di antara orang yang hadir di sini ada
yang tidak akan mati sebelum mereka melihat ANAK MANUSIA datang sebagai
Raja dalam Kerajaan-Nya."
(Matius 16: 28)
Pernahkah Jesus memegang apa-apa jawatan sebagai Raja atau yang setanding
dengannya? Tak ada. Dia rakyat biasa. Yang datang sebagai Raja ialah Nabi
Muhammad saw. Anak Manusia dalam ayat ini ialah Nabi Muhammad. Jesus
meramalkan ada antara mereka yang belum mati semasa Muhammad datang dan
menjadi raja. Siapakah orang itu? Tidak lain ialah Jesus sendiri kerana dia
diselamatkan Tuhan daripada disalib mati dan masih hidup hingga kini.
Bukti lagi:
Kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya pada
waktu penciptaan kembali, apabila ANAK MANUSIA bersemayam di atas
takhta KEMULIAANNYA, kamu yang telah mengikut AKU, akan duduk juga
di atas dua belas takhta untuk menghakimi kedua belas suku Israel.
(Matius 19: 28)

Anak Manusia dalam ayat ini adalah orang selain Jesus, kerana Jesus
membahasakan dirinya sebagai aku. Jikalau Jesus mengatakan: apabila ANAK
MANUSIA bersemayam di takhta kemuliaannya, kamu yang telah mengikut ANAK
MANUSIA ini maka barulah betul Anak Manusia itu Jesus. Atau dia
mengatakan : apabila AKU bersemayam di atas takhta KEMULIAAN-KU, kamu
yang mengikut AKU.. barulah Jesus yang dimaksudkan.
Siapakah Anak Manusia dalam ayat di atas? Yang paling layak ialah Nabi
Muhammad saw. Buktinya, apabila semua manusia dibangkitkan kembali, Jesus dan
para hawarinya hanya memegang jawatan hakim kepada 12 suku Bani Israel sahaja,
bukan kepada seluruh umat manusia. Habis siapa yang akan menghakimi manusiamanusia lain? Tentulah para nabi. Setiap nabi akan menghakimi umat mereka sahaja.
Dan umat Nabi Muhammad adalah yang terbesar, paling ramai. Dialah yang akan
bersemayam di atas takhta kemuliaannya. Jesus sendiri hanya duduk di takhta yang
lebih rendah, dan menjalankan tugas kecil iaitu untuk menghakimi 12 suku Israel
sahaja.
Lagi bukti:
"Sekarang kita pergi ke Jerusalem dan ANAK MANUSIA akan diserahkan
kepada imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat, dan mereka akan menjatuhi
DIA hukuman mati. Dan mereka akan menyerahkanNYA kepada bangsa-bangsa
yang tidak mengenal Allah, supaya DIA diperolok-olokkan, disesah dan
disalibkan, dan pada hari ketiga dia akan dibangkitkan."
(Matius 20: 18-19)
Sekali lagi Jesus berkias dan bermain bahasa, tidak direct to the point. Orang yang
menggunakan fikirannya akan faham bahawa Anak Manusia dalam ayat ini
bukanlah Jesus. Dia menyebut Anak Manusia sahaja dan bukannya Anak Manusia
ini. Jesus juga menyebut dia atau nya dan bukannya aku. Lihat betul-betul!
Yang akan diserahkan, dijatuhi hukuman mati, diperolok-olokkan dan disalib ialah
anak manusia, dia atau nya iaitu Judas, bukannya Jesus.
Sebab dia (Jesus) sedang mengajar murid-muridnya. Ia berkata kepada
mereka: "ANAK MANUSIA akan diserahkan ke dalam tangan manusia, dan
mereka akan membunuh DIA, dan tiga hari sesudah DIA dibunuh DIA akan
bangkit." Mereka (anak-anak murid Jesus) tidak mengerti perkataan itu,
namun segan menanyakannya kepadanya.
(Markus 9: 31-32)
Anak Manusia di sini ialah Judas, bukan Jesus. Jesus tidak mengatakan : dan
mereka akan membunuh AKU, dan tiga hari sesudah AKU dibunuh AKU akan
bangkit. Anak-anak murid Jesus sendiri tidak pernah diberitahu yang Jesus akan
dibunuh, jelas dikatakan mereka tak faham apa maksud Jesus. Para hawari sendiri
kurang mahir memahami lenggok bahasa Jesus, apatah lagi umat Kristian yang
terkebelakang. Untuk faham perkataan-perkataan Jesus dengan lebih tepat, anda
terpaksa mempelajari Al Quran The Ultimate Testament.

Segala perkataan Jesus mestilah diperhatikan betul-betul sebab dia berbicara dalam
bentuk perumpamaan, metafora, bahasa berbunga, tamsilan dan lain-lain.
Lalu Yesus mulai berbicara kepada mereka dalam PERUMPAMAAN
(Markus 12: 1)
Tambah lagi:
Sebab barangsiapa malu karena AKU (Jesus) dan karena perkataanku di
tengah-tengah angkatan yang tidak setia dan berdosa ini, ANAK
MANUSIAPUN AKAN MALU karena orang itu APABILA DIA DATANG
KELAK dalam kemuliaan Bapanya, diiringi malaikat-malaikat kudus."
(Markus 8: 38)
Ternyata Anak Manusia dalam ayat ini bukan Jesus. Jesus membahasakan dirinya
aku dan sepatutnya dia berkata : aku pun akan malu kerana aku ini apabila aku
datang kelak. Anak Manusia dalam ayat ini ialah seorang yang akan datang
kemudian daripada Jesus, datang dengan kemuliaan Tuhan (Bapa) dan bersama para
malaikat. Itulah Nabi Muhammad.
Lalu dia (Jesus) berkata kepada mereka: "Tidakkah kamu mengerti
PERUMPAMAAN ini? Kalau demikian bagaimana kamu dapat memahami
SEMUA PERUMPAMAAN YANG LAIN?
(Markus 4: 13)
Itulah yang dikatakan Jesus DALAM PERUMPAMAAN kepada mereka, tetapi
mereka tidak mengerti apa maksudnya dia berkata demikian kepada mereka.
(Yohanes 10: 6)
Malangnya ada yang sengaja buat-buat tidak faham.
Bantuan Al Quran:
Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang tahu (faham) jika
kamu tidak mengetahui (tidak memahami).
(Surah An-Nahl: 43)

Kesimpulan
Ternyata Jesus bukan Anak Tuhan, bukan Tuhan dan bukan juga Roh Kudus.
Sesiapa sahaja yang beramal soleh boleh menjadi anak-anak Tuhan.

Jesus mengakui Bapa (Tuhan) semua orang itu adalah Bapa (Tuhan) buat dirinya juga.
Jesus sering berbicara dalam bentuk perumpamaan. Salah satu tujuannya ialah untuk
mengelakkan isi ajarannya diselewengkan kesemuanya kerana perumpamaanperumpamaan tersebut hanya dapat difahami oleh orang-orang yang datang kemudian.
Ia adalah senjata yang tersimpan.
Gelaran Anak Manusia dalam Bible tidak terhad untuk Jesus saja, tetapi untuk
individu lain juga.

Siapakah Paul?
Dikenali juga sebagai St. Paul atau Paulus. Nama sebenarnya Saul, berasal dari
Tarsus. Dia tidak pernah bertemu dengan Jesus. Pada mulanya Paul bertindak zalim
ke atas ajaran dan pengikut-pengikut Jesus, malah membunuh mereka. Kemudian
secara tiba-tiba sahaja dia dia mengakui menerima wahyu daripada Jesus lalu berubah
sebagai seorang yang paling alim. Paul banyak mengubah ajaran-ajaran Jesus.
Daripada ajaran-ajarannyalah wujudnya agama Kristian hari ini.
Oleh kerana gagal menghapuskan penganut ajaran Jesus yang asal melalui cara
kekerasan, Paul mengubah strateginya kepada cara halus pula. Dia mengaku
menerima wahyu dan insaf, berpura-pura jadi orang alim ajaran Jesus. Rupanya
situasi ini memang lebih memudahkannya untuk menghapuskan ajaran Jesus dengan
cara mengubahnya beransur-ansur.
Untuk menambahkan kekuatan pengaruhnya, Paul mendakwahkan ajaran Jesus yang
telah diubahsuainya kepada orang-orang bukan Yahudi yang rata-ratanya menyembah
berhala. Para hawari tidak berdakwah kepada bangsa selain Yahudi kerana memang
ajaran Jesus hanya untuk umat Yahudi. Kesempatan ini diambil oleh Paul untuk
mempromosikan ajaran Jesus versinya tanpa ada gangguan daripada para hawari.
Paul sedar para penyembah berhala itu tidak mudah-mudah menerima ajaran Jesus
yang mengandungi pelbagai hukum-hakam itu. Mereka telah bergelumang dalam
ajaran triniti purba dan menyembah patung-patung sejak sekian lama. Maka Paul
mengubahsuai ajaran Jesus mengikut ilhamnya agar mudah diterima oleh kaumkaum
bukan Yahudi. Antaranya memasukkan fahaman triniti dan memuliakan patungpatung ke dalam ajarannya.
Masyarakat tersebut memang sebati dengan penyembahan anak-anak Tuhan seperti
anak kepada Zeus dan Jupiter. Mereka mengimani bahawa tuhan-tuhan telah mati
untuk menebus dosa-dosa manusia dan kemudiannya hidup kembali. Mereka juga
percaya dengan Tuhan Penyelamat, makan daging Tuhan (sebagaimana ajaran
Kristian hari ini), minum darah Tuhan dan sebagainya.
Kata Paul::
"Kerana tidak ada perbezaan di antara orang Yahudi dan orang Greek. Allah
yang satu itu, TUHAN SEMUA ORANG. Dia melimpahkan berkatnya kepada

semua orang yang meminta pertolongan-Nya. Setiap orang yang berseru kepada
Tuhan akan diselamatkan."
(Rom 10:12-13)
Apabila para penyembah berhala itu melihat ajaran Paul banyak persamaan dengan
agama mereka, berduyun-duyunlah mereka mengimaninya. Lebih-lebih lagi ajarannya
mudah sekali, iaitu cukup dengan percaya sahaja (iman buta) tanpa perlu bersusahpayah.
"Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahwa Jesus adalah Tuhan, dan
percaya dalam hatimu, bahawa Allah telah membangkitkan dia dari kalangan
orang mati, maka kamu akan diselamatkan. Kerana dengan hati orang percaya
dan dibenarkan, dan dengan mulut orang mengaku dan diselamatkan."
(Roma 10:9-10)
Cukup dengan percaya Jesus sebagai Tuhan dan percaya Jesus telah bangkit daripada
kematian, maka seseorang itu akan masuk ke dalam syurga.
Dengan doktrin sebegini, maka sudah tentulah pengikut-pengikut Paul jauh lebih
banyak daripada pengikut-pengikut para hawari. Kemudian Paul mendapatkan
sokongan pemerintah pula iaitu Maharaja Rom- Constantine yang asalnya penyembah
berhala.
Dengan adanya kekuatan sebesar ini, mudah sekali Paul menghapuskan pengikut dan
ajaran Jesus sebenar. Para hawari tidak boleh berbuat apa-apa untuk membetulkan
ajaran Paul kepada kaum-kaum itu kerana tugas mereka hanyalah untuk Bani Israel.
Semakin luaslah ajaran Paul dan semakin hilanglah ajaran para hawari. Semua gospel
yang tidak selari dengan ajaran Paul dimusnahkan secara sistematik dan ada juga yang
ditulis semula mengikut acuan gereja Paul kemudiannya.

Jesus Meramalkan Kedatangan Paul


Jesus telah meramalkan kedatangan dan kejahatan Paul dengan katanya:
" Akan tiba masanya sesiapa yang membunuh kamu menyangka bahawa
dengan perbuatan itu dia mengabdi kepada Allah. Mereka akan melakukan
perkara-perkara ini terhadap kamu, kerana mereka belum mengenal Bapa atau
pun aku. Tetapi sekarang aku sudah mengatakan semuanya ini kepada kamu,
supaya kamu akan ingat bahawa aku sudah memberitahu kamu."
(Yohanes 16:2-4)
Sebelum Paul menyebarkan fahamannya, para hawari (sahabat-sahabat Jesus) dan
penganut ajaran Jesus yang lain beribadah di dalam rumah ibadah Yahudi, kerana
memang Jesus membawa agama Yahudi. Jesus sendiri beribadah di dalam saumaah.

Tetapi Paul telah mengubah ajaran Yahudi yang dibawa Jesus kepada agama Kristian.
Maka tidak boleh lagi beribadah di dalam saumaah.
Selepas mendapat sokongan yang besar, Paul kembali menzalimi dan membunuh para
pengikut ajaran Jesus yang sebenar dengan anggapan bahawa dia melakukan
perbuatan yang baik, iaitu untuk menyucikan ajaran Jesus yang baru diwahyukan
kepadanya.
Menurut Jesus, Paul dan para pendokongnya akan melakukan itu semua kerana
sesungguhnya mereka tidak mengenal Bapa (Tuhan) dan Jesus, mereka tidak faham
ajaran Tuhan dan Jesus. Mereka tidak kenal mana satu Bapa dan mana satu Jesus.
Mereka sangka Bapa dan Jesus itu satu peribadi.
Jesus juga meramalkan:
"Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan MELAKUKAN
MUKJIZAT dan keajaiban untuk menipu orang, Malah umat pilihan Allah pun
akan tertipu."
(Matius 24:24)
Banyak penyelamat dan nabi palsu akan muncul, dan Paul ialah salah seorang
daripada mereka. Kedatangan mereka ini dikuatkan lagi dengan keupayaan mereka
melakukan perkara-perkara luar biasa termasuklah sihir, sehinggakan dengan mudah
orang ramai terpedaya. Bahkan orang-orang yang menjadi pilihan Tuhan pun akan
tertipu juga kerana hebatnya nabi-nabi palsu tersebut.
"Waspadalah terhadap nabi palsu. Mereka datang kepadamu dengan rupa
domba, tetapi mereka sebenarnya seperti serigala buas.
(Matius 7:15)
Nabi palsu itu dijangka datang seperti rupa seekor domba- nampak begitu baik sekali
(untuk mengaburi mata orang ramai). Namun sebenarnya mempunyai niat jahat.
Pakaiannya pakaian orang-orang soleh dan mendakwa mendapat wahyu, padahal
mereka membawa virus perosak.
Dalam Danial 7:25 mengatakan bahawa ciri-ciri Penyelamat palsu yang terbesar
adalah:
"Dia akan mengucapkan perkataan yang menentang Yang Maha Tinggi, dan
akan menzalimi orang-orang kudus milik Yang Maha Tinggi; dia berusaha
untuk mengubah waktu dan hukum, dan mereka akan diserahkan ke dalam
tangannya selama satu masa dan dua masa dan setengah masa."
(Danial 7:25 )
Memang terbukti ajaran Paul bertentangan dengan ajaran Tuhan yang dibawa oleh
Jesus. Paul menzalimi orang-orang kudus iaitu para sahabat Jesus. Paul mengubah
segala ajaran tersebut.

"Jesus berkata kepada mereka: Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu.


Banyak orang akan datang dengan namaku dan berkata : Akulah dia!. Mereka
akan menipu banyak orang."
(Markus 13:5-6 RSV)
Terbukti Paul datang dengan menggunakan nama Jesus, kononnya dia menerima
wahyu daripada Jesus. Para hawari sendiri tidak menerima wahyu, bagaimana Paul
yang tidak pernah melihat Jesus, tidak belajar daripada Jesus ataupun para hawari dan
pernah menzalimi pengikut-pengikut Jesus tiba-tiba mengaku menerima wahyu. Paul
seolah-olah Jesus kedua kerana dia boleh mengubah apa sahaja ajaran Jesus mengikut
kesukaan hatinya dengan alasan menerima wahyu daripada Jesus sendiri. Inilah yang
dimaksudkan dengan : Akulah dia. Banyak sekali orang-orang yang ditipunya.
Tetapi kamu ini, hati-hatilah! Kamu akan diserahkan kepada majlis agama dan
kamu akan dipukul di rumah ibadat dan kamu akan dihadapkan ke muka
penguasa-penguasa dan raja-raja karena aku, sebagai kesaksian bagi mereka.
(Markus 13: 9)
Penderitaan yang bakal dihadapi oleh para pengikut ajaran Jesus sebenar telahpun
diramalkan.
Apa kesudahan hidup Paul menurut Bible?
"Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi namaKu
perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang
berkata demi nama allah lain, nabi itu harus mati."
(Ulangan 18:20)
Kita tahu Paul menyebarkan ajaran barunya menggunakan nama Jesus (iaitu Tuhan
menurut kepercayaan Paul), melalui wahyu daripada Tuhan sendiri. Padahal Jesus
tidak pernah mengajarkan sedemikian. Menurut sebahagian riwayat, akhirnya Paul
ditahan di Jerusalem, dibawa ke Rom lalu dihukum mati pada 22 Februari 62 Masehi.
Amaran Tuhan:
"Janganlah kamu menambah apa yang Kuperintahkan kepadamu dan
janganlah kamu menguranginya, dengan demikian kamu berpegang kepada
perintah Tuhan, Allahmu, yang kusampaikan kepadamu."
(Ulangan 4:2)
Tetapi Paul telah mengubah hampir kesemua ajaran-ajaran Jesus.

Paul-Paul Yang Datang Kemudian

"Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. MEREKA AKAN


MELAKUKAN MUKJIZAT dan DAN KEAJAIBAN UNTUK MENIPU
ORANG, malah umat pilihan Allah pun akan tertipu."
(Matius 24:24)
Antara St. Paul zaman moden ialah seorang pendakwah Kristian bergelar Reverend
Moon kelahiran Korea Utara. Dia membentuk mazhab baru dengan nama Gereja
Unification pada tahun 1954. Matlamat utamanya ialah untuk menyatukan semua
mazhab Kristian yang ada di dunia ini. Suatu ketika dia mengaku menerima wahyu
daripada Jesus. Ini kerana dakwanya wahyu daripada Jesus belum turun habis
kesemuanya. Kemudian Moon menulis kitab sucinya sendiri iaitu Devine Priciple
atau Panduan Suci dan meminggirkan kitab Bible.
Saling tak tumpah seperti Paul. Nama sebenarnya Saul tetapi lebih dikenali dengan
gelaran St. Paul kelahiran Tarsus. Dia juga membentuk mazhab baru yang berlainan
dengan mazhab para hawari Jesus yang lebih dikenali sebagai Gereja Paul.
Matlamat utamanya juga untuk menyatukan semua bangsa di dunia ini di bawah
agama Kristian versi mazhabnya. Paul juga mengakui menerima wahyu daripada
Jesus, kononnya wahyu Jesus belum habis diturunkan. Kemuncaknya ialah dalam
Persidangan Nicea di mana Gereja Paul dengan sokongan pemerintah menentukan
kitab suci mereka sendiri dengan menghapuskan Injil-Injil sedia ada.
Markas dan para pengikutnya tersebar luas di Amerika, Eropah, Rusia, Jepun, Korea
dan lain-lain. Di England, Moon mempunyai lebih daripada 50 cawangan. Sehingga
tahun 1985, Moon berjaya mengumpul dana sebesar US 746 juta dari Jepun sahaja.
Apa yang dilakukannya sama dengan apa yang dilakukan Paul. Sepatutnyalah umat
Kristian seluruh dunia memasukkan kitab Devine Principal ke dalam Perjanjian
Baru. Kitab-kitab Paul boleh dimasukkan, mengapa yang ini tidak dimasukkan sekali?
Seorang lagi ialah James Thurman Jones yang lebih dikenali dengan gelaran
Reverend Jim Jones. Seperti Paul, asalnya dia juga seorang yang ganas- bekas ahli
parti komunis di Amerika pada tahun 50-an. Seperti Paul, mendakwa menerima ilham
daripada Jesus pada tahun 1961. Strateginya untuk mendapatkan sokongan ialah
dengan mempromosikan persamaan kaum dan kasta, sama seperti Paul yang
mempromosikan persamaan Tuhan, Anak Tuhan, penebusan dosa dan kebangkitan
semula agar para penyembah berhala mudah menerima dakwahnya. Akhirnya mati
membunuh diri bersama lebih 900 pengikutnya.
Seorang lagi St. Paul moden ialah Victor Houteff dari Bulgaria. Mendakwa menerima
wahyu daripada Tuhan dengan gelaran Nabi dari Timur. Mazhabnya dikenali
sebagai Branch Davidian. Setelah Victor mati, datang pula seorang nabi baru
bernama Ben Roden. Ben Roden meninggal dan digantikan pula oleh seorang nabi
baru lagi iaitu David Koresh- satu nama besar.
Para pengikutnya menganggap Koresh adalah jelmaan Jesus Christ. Dia sendiri
mendakwa dirinya utusan Tuhan ketujuh dan yang terakhir sebagaimana yang
dinyatakan dalam fasal Revelation, Bible. Antara mukjizatnya ialah kononnya dia

pernah naik ke langit dengan menunggang kuda putih. Akhirnya Koresh mati
membunuh diri bersama puluhan pengikutnya setelah dikepung tentera.
Sebenarnya sepanjang 2000 tahun usia agama Kristian, entah berapa puluh orang
lagilah nabi-nabi palsu dengan mukjizat-mukjizat hebat seperti Paul datang dan
menyesatkan umat Kristian. Caranya mudah- mengaku menerima wahyu atau ilham
daripada Tuhan/ Jesus/ Roh Kudus, mendakwa ajaran Jesus belum turun habis
kesemuanya, mencipta mazhab baru yang bertentangan dengan mazhab asal Jesus,
membina kitab suci sendiri yang bertentangan dengan kitab suci Jesus dan
seumpamanya.
Kata Jesus:
"Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. MEREKA AKAN
MELAKUKAN MUKJIZAT dan DAN KEAJAIBAN UNTUK MENIPU
ORANG, malah umat pilihan Allah pun akan tertipu."
(Matius 24:24)
Umat pilihan lagikan tertipu, apatah pula kita manusia biasa. Maka mulai hari ini
bolehlah kita campakkan ke tepi segala ajaran Paul dan menerima semula ajaran Jesus
yang asal.
Paul Membatalkan Ajaran-ajaran Jesus
Pesan Jesus:
"Ingatlah! Selagi langit dan bumi masih ada, titik atau huruf yang terkecil sekali
pun di dalam Taurat TIDAK AKAN DIHAPUSKAN jika semua belum berlaku.
Oleh itu, sesiapa melanggar hukum yang paling tidak penting sekali pun, serta
mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu akan menjadi yang paling
terbawah antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah. Sebaliknya,
sesiapa mentaati Taurat dan mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu
akan menjadi paling utama antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah."
(Matius 5:18-19)
Inilah pesan Jesus sebelum dia pergi. Katanya, semua ajaran Taurat tidak akan
terhapus sehinggalah langit dan bumi musnah. Tidak boleh melanggar walau satu
hukum yang tidak penting sekalipun di dalam Taurat. Apakah yang dilakukan oleh
Paul? Dia melanggar pelbagai hukum-hukum Taurat dan ajarannya itulah yang
menjadi agama Kristian hari ini.
Kata Jesus lagi:
"Tetapi lebih mudah bagi langit dan bumi ini lenyap daripada satu titik pun
dalam Taurat ditiadakan."
(Lukas 16:17)

Maksudnya, mustahil ajaran-ajaran Taurat itu akan ditarik balik oleh Tuhan
sebagaimana yang dilakukan oleh Paul.
Ini disahkan pula oleh kitab suci Al Quran- Perjanjian Akhir:
"Dan (ingatlah) ketika Isa (Jesus) putera Maryam berkata: 'Wahai Bani Israel,
sesungguhnya aku adalah utusan Tuhan kepadamu, (untuk) membenarkan kitab
(yang turun) sebelumku, iaitu Taurat..."
(Al-Qur'an, Al-Saf :6)
Kata Jesus:
"Jika kamu mengasihi aku (Jesus), kamu akan mentaati perintah-perintahku"
(Yohanes 14:15)
"Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa percaya kepadaku, ia
akan melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang aku lakukan, bahkan
pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar dari pada itu.
(Yohanes (14:12)
Malangnya dunia Kristian hari ini mentaati perintah-perintah Paul dan membatalkan
perintah-perintah Jesus. Paul mendakwa hukum-hukum Tuhan yang diajarkan dalam
Taurat (ajaran Nabi Musa) tidak bernilai lagi, telah lapok dan mesti dipinggirkan.
Satu-satunya cara untuk mendapatkan keselamatan ialah dengan mempercayai
penyaliban, cukup. Siapakah yang dipatuhi oleh umat Kristian, Paul atau Jesus?
Pastinya Paul! Mereka menerima bulat-bulat segala perkataan Paul dan mentafsirkan
segala kata-kata Jesus dalam konteks kata-kata Paul. Mereka tidak pula mengambil
kata-kata Jesus bulat-bulat dan mentafsirkan kata-kata Paul dalam konteks kata-kata
Jesus. Inilah silapnya. Siapakah yang akan tolong membetulkan semua ini kalau
bukan kita?
Menurut Paul, cukuplah dengan mempercayai Jesus dan penyalibannya untuk dijamin
keselamatan dan masuk ke dalam syurga. Tidak perlu segala undang-undang Tuhan.
Alangkah mudahnya Paul berkata:
"Kesimpulannya begini: seseorang berbaik semula dengan Allah, kerana dia
percaya kepada Jesus Kristus, dan bukan kerana dia melakukan apa yang
diwajibkan oleh Taurat"
(Rom 3:28)
Malangnya Jesus tidak pernahpun mengesahkan sebarang kata-kata Paul. Malah para
hawari juga tidak satu kepala dengan idea-idea Paul.
Paul tidak mahu mengambil ajaran-ajaran Jesus daripada para hawari kerana tidak
akan menguntungkannya, tetapi menggunakan akal fikirannya sendiri. Untuk

memastikan tindakannya ini tidak dipersoalkan, Paul membuat kesaksian palsu


dengan mengatakan yang dia menerima wahyu daripada Jesus. Katanya:
"Saudara-saudaraku, kamu harus tahu bahawa berita baik yang aku khabarkan
itu tidak berasal daripada manusia. Aku tidak menerima berita itu daripada
manusia. Tidak seorang pun mengajarkannya kepadaku. Jesus Kristus
sendirilah yang menyatakan berita baik itu kepadaku."
(Galatia 1:11-12)
Dengan cara ini orang ramai tidak lagi mempersoalkan sumber-sumber ajarannya.
"Kamu lepas dari Jesus, jikalau kamu mengharapkan kebenaran oleh hukum
Taurat; kamu hidup di luar kasih kurnia.
(Galatia 5:4)
Menurut Paul, sesiapa yang mengikut ajaran Jesus yang asal iaitu ajaran-ajaran
Taurat, orang itu tidak akan mendapat kasih dan kurnia Tuhan.
"Karena kami yakin, bahwa manusia dibenarkan karena iman, dan bukan
karena ia melakukan hukum Taurat."
(Roma 3:28)
Ini berlawanan dengan ajaran Bible:
SEGALA TULISAN YANG DIILHAMKAN ALLAH memang bermanfaat
untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan
dan untuk mendidik orang dalam kebenaran."
(Timotius 2 3:16)
Selepas pemergian Jesus, beginilah amalan para pengikutnya:
"Tiap-tiap hari mereka berkumpul di Rumah Tuhan"
(Kisah Rasul-rasul 2:46)
Kalau benarlah Jesus pernah mengajarkan para pengikutnya bahwa dirinya Tuhan,
sudah tentulah mereka akan diusir daripada saumaah bahkan Rumah Tuhan yang
menjadi tempat ibadah orang-orang Yahudi. Maksudnya, para pengikut Jesus masih
kekal dalam agama Yahudi dan tidak pernah menolak hukum-hukum Taurat.
Kalau benarlah cukup dengan percaya sahaja untuk masuk syurga, mengapa para
hawari Jesus setiap hari mengusahakan ibadah? Padahal mereka sudah amat percaya
dengan Jesus. Bukankah itu mencukupi untuk mereka ke syurga?
Ucapan Jesus yang lebih jelas lagi:

"Aku sentiasa berkata-kata dengan terus-terang di hadapan umum. Aku selalu


mengajar di rumah ibadat dan di Rumah Tuhan, tempat semua orang Yahudi
berkumpul. Tidak pernah aku berkata apa-apa dengan sembunyi-sembunyi."
(Yohanes 18:20)
Di mana Jesus mengajar? Di rumah ibadat Yahudi.
"Lima belas biskop pertama di Jerusalem adalah berbangsa Yahudi dan mereka
disunatkan; dan ibadat mereka menyatukan Undang-undang Musa dan Doktrin
Kristus"
("Decline and Fall of the Roman Empire", II, Gibbons, m.s. 119)
Kata Jesus:
"Janganlah kamu menyangka bahwa aku datang untuk menghapuskan hukum
Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya,
melainkan UNTUK MENGGENAPINYA.
(Matius 5: 17)
Apakah maksud menggenapi? Kita lihat ayat-ayat ini:
Lalu Yesus menjawab, katanya kepadanya: "Biarlah hal itu terjadi, karena
demikianlah sepatutnya kita MENGGENAPKAN seluruh kehendak Allah." Dan
Yohanespun menurutinya.
(Matius 3: 15)
Akan tetapi semua ini terjadi SUPAYA GENAP yang ada tertulis dalam kitab
nabi-nabi." Lalu semua murid itu meninggalkan Dia dan melarikan diri.
(Matius 26: 56)
Lalu Jesus menjawab, katanya kepadanya: "Biarlah hal itu terjadi, karena
demikianlah sepatutnya kita MENGGENAPKAN seluruh kehendak Allah." Dan
Yohanespun menurutiNya.
(Matius 3: 15)
Menggenapi maksudnya memenuhi, menjalankan, melaksanakan, melengkapkan,
membuktikan dan seumpamanya. Mengapa Paul menghapuskan pula hukum-hukum
Taurat? Sebab dia menerima wahyu daripada Jesus? Kalau benar Jesus hendak
menghapuskan segala hukum Taurat, tak perlu tunggu beri wahyu, semasa dia masih
di bumi lagi dia sudah boleh maklumkan kepada para hawarinya. Biasalah, apabila
manusia tiada apa-apa hujah kuat untuk menyokong pandangannya, maka dia akan
berhujah secara misteri kononnya terima wahyu daripada Tuhan agar orang lain
tunduk kepada kata-katanya.

Sokongan Perjanjian Akhir:


Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira beragama sehinggalah kamu
menegakkan ajaran Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu
daripada Tuhan kamu (Al Quran).
(Surah Al-Maidah: 68)
Ayat terakhir Injil Matius, yang juga pesanan terakhir Jesus:
Dan AJARLAH MEREKA ( manusia) melakukan SEMUA yang telah
kuperintahkan kepadamu.
(Matius 28: 20)
Pesanan terakhir Jesus ialah supaya semua ajarannya mestilah dilakukan, bukan
ditinggalkan atau dibatalkan.
Tetapi orang banyak ini yang tidak mengenal hukum Taurat,
TERKUTUKLAH MEREKA (Yohanes 7: 49)

Apa Yang Mempengaruhi Fahaman Gereja Paul?


Jesus dikatakan Tuhan dan Anak Tuhan dalam agama Kristian. Mitra dikatakan Tuhan
bangsa Parsi, juga anak Tuhan. Osiris dikatakan anak Tuhan bangsa Mesir. Baachus
dikatakan Tuhan bangsa Yunani, anak Dewa Jupiter. Krishna dikatakan Tuhan agama
Hindu, anak Dewa Vishnu. Apollo dikatakan anak Tuhan. Daripada sinilah idea itu
diciplak.
Jesus lahir daripada seorang perawan, seorang perempuan yang belum disentuh
mana-mana lelaki. Begitu juga dengan Mithra, Osiris, Baachus, Krishna dan
Zoroaster.
Jesus dipercayai lahir pada 25 Disember. Begitu juga dengan tokoh-tokoh lain yang
dipercayai pada 25 Disember atau sekurang-kurangnya dalam bulan Disember iaitu
Mithra, Osiris, Baachus, Krishna, Buddha dan Zoroaster.
Jesus adalah Messiah (Al Masih) yang ditunggu. Mithra Pengantara yang ditunggu.
Osiris penebus dosa yang ditunggu. Zoroaster Pelita Tuhan yang ditunggu.
Jesus adalah Tuhan yang pernah mati 3 hari 3 malam. Mithra juga Tuhan yang pernah
dikuburkan beberapa hari lalu dibangkitkan semula. Osiris hidup kembali setelah mati
2 hari 3 malam. Krishna juga dipercayai bangkit daripada kematian.
Kebanyakan mereka pernah disalib.
Kebanyakan mereka dijangka akan datang semula ke dunia.

Ramalan Paul Tidak Terjadi


Paul membuat ramalan tentang kemunculan Jesus untuk kali kedua:
"Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan
trompet Allah dibunyikan, lalu Tuhan (Jesus) sendiri akan turun dari syurga.
Mereka yang percaya pada Kristus dan telah meninggal dunia akan dihidupkan
dahulu. Kemudian kita yang masih hidup pada masa itu akan diangkat
bersama-sama mereka ke awan untuk bertemu Tuhan di angkasa. Lalu kita
akan bersama-sama Tuhan selama-lamanya."
(Tesalonika 1 4:16-18)
Paul mengumumkan bahawa Jesus akan turun tak lama lagi. Paul dan para
pengikutnya akan diangkat ke awan dan bertemu dengan Jesus di angkasa. Adakah ini
semua terjadi? Tidak! Paul dan pengikut-pengikutnya ketika itu telah lama mati, dan
Jesus belum juga muncul-muncul. Sudah 2000 tahun ramalan Paul tidak menjadi.
Ini amat jelas sekali menunjukkan bahawa segala ilham dan wahyu yang diterimanya
selama hari ini hanyalah buah fikirannya sendiri, bukan berasal daripada Tuhan.
Ataupun mungkin juga datang daripada makhluk-makhluk ghaib lain.

Kesimpulan
1. Asalnya Paul yang tidak pernah bertemu Jesus menzalimi para
penganut ajaran Jesus.
2. Tiba-tiba dia mengaku menerima wahyu daripada Jesus lalu berlagak
alim
3. Ajaran Paul bertentangan dengan ajaran para hawari.
4. Paul memasukkan idea-idea agama penyembahan berhala ke dalam
ajaran Jesus untuk membolehkan dia mendapat sokongan yang besar
5. Paul membatalkan begitu banyak ajaran-ajaran Taurat dan Injil Jesus
6. Kedatangan Paul sebagai penyesat sebenarnya telah diramal oleh
Jesus.
7. Banyak lagi Paul-Paul yang datang selepas St. Paul, dan semuanya
berperanan menyelewengkan ajaran sebenar Jesus.
8. Ajaran Taurat sama sekali tidak boleh dibatalkan, menurut Jesus.
9. Ramalan Paul tidak menjadi menunjukkan selama ini dia sebenarnya
tidak menerima apa-apa wahyu
Paul merupakan anasir utama yang menyebabkan ajaran sebenar
Jesus terseleweng sehinggalah ke hari ini. Marilah kita membetulkan
kembali apa yang pernah diajar oleh Jesus.