Anda di halaman 1dari 2

GAYA BAHASA (SEJAMBAK BAKTI)

1. SIMILE

Dia melihat wajah-wajah itu seperti hendak memukulnya.


Kakinya seperti terpaku di tanah.
Dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke
sana ke mari tanpa berharga.

2. PERSONIFIKASI

Angin membelai-belai tubuhnya, akan tetapi jiwanya tidak sesegar


angin yang membelai tubuhnya.
Kemudian, rotan itu singgah di punggung Leong dan Silvam pula.
Selama seminggu Razali meninggalkan rumah dan sekolahnya,
kerinduan bertandang jua di hatinya.

3. REPETISI

Cita-cita dan harapan seseorang itu terpendam di lubuk hatinya. Dia


akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mencapai cita-citanya itu.
Razali sempat mengelak. Ketika itu juga Leong menyerang dan
menumbuknya. Sekali lagi Razali dapat mengelak dan berundur
membelakangkan Munir.

4. PERIBAHASA

Di mana ada gula, tentulah di situ ada semut! sindir Leong


pula.
Disebabkan itulah tiga serangkai itu begitu baik perhubungannya
seperti isi dengan kuku.
Kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak.

5. METAFORA

Sedikit sahaja bara kebenciannya dihembus maka cepatlah marak


api kebenciannya itu.

6. INVERSI

Setelah menemukan catatan tentang tujuan penubuhan koperasi itu,


Cikgu Syamsudin meneruskan ucapannya.
Di sudut bilik itu terdapat pasu-pasu bunga.
Ketika sampai di muka pintu bilik tersebut, Cikgu Zulkifli mengetuk
pintu itu beberapa kali.

7. HIPERBOLA

Matanya menjunam ke arah sawah

8. SINKOPE

Kami nak belajar di pondok tu, emak. sahut Razali.


Yalah! Barang-barang tu hak orang ramai. Hak bagi ahli-ahli koperasi
tau! sindir Silvam pula.