Anda di halaman 1dari 7

Panduan Menjawab Sejarah STPM

FORMAT ESEI SEJARAH


1.

Pendahuluan

Perlu menulis nombor soalan terlebih dahulu.

Ditulis dalam satu perenggan awal karangan.

Jangan campur dengan isi. Jika berlaku, calon akan kehilangan markah komunikasi

Mesti padat dan ringkas dan sekurang-kurangnya 8-10 baris


2.

Isi / fakta

Mempunyai isi yang mencukupi iaitu 4-5 isi (4-5 Perenggan)

Setiap perenggan mempunyai isi, huraian dan contoh (8-10 Baris)

Perlu memahami soalan yang mempunyai DUA bahagian mengikut kehendak soalan

3.

Penutup

Ditulis dalam satu perenggan akhir. Rumusan kepada soalan dan mesti padat dan ringkas(8-10
Baris)

Gunakan perkataan Kesimpulannya, Konklusinya dan akhirnya sebagai menunjukkan calon telah
menutup esei.
PANDUAN JAWAPAN YANG BAIK
1. Jawapan mengikut format yang telah ditetapkan iaitu mempunyai Pendahuluan, Isi dan Penutup bagi
setiap soalan.
2.

Baca sekurang-kurangnya DUA kali dan fahami kehendak soalan

3.

Gariskan Jenis dan kata kunci soalan pilihan yang hendak dijawab

4.

Penggunaan perkataan dan ayat bagi menegaskan kehendak soalan

5. Catatkan isi penting terlebih dahulu bagi soalan yang hendak dijawab bagi mengelak perulangan
isi. Gunakan masa 2 5 minit untuk memilih dan merangka isi. Kesemua soalan yang dipilih hendaklah
dirangka terlebih dahulu bagi memudahkan pelajar menjawab esei yang seterusnya.
6.

Jika berasa was-was baca soalan sekali lagi untuk mengelak keluar tajuk

7. Jawapan yang ditulis mesti mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang
lain. Gunakan penanda wacana seperti seterusnya, selain itu, sebaliknya, justeru itu, akhirnya,
kesimpulannya dll.
8.

Anggaran panjang 2 hingga 3 muka surat (Tulisan Biasa).

9.

Gunakan masa 30 Minit untuk menjawab setiap satu soalan

10.

Elakkan daripada

Mengulang isi / fakta

Isi yang bercampur aduk dalam satu perenggan


Tidak menulis Bahagian dan Nombor soalan pada kertas jawapan calon

Sedikit atau banyak perenggan lebih daripada 5 perenggan isi.

Tulisan buruk yang sukar dibaca

Menulis ruang garisan sebelah kanan kertas

JENIS-JENIS SOALAN
Aras Pengetahuan
1.

Takrifkan - definisi

2.

Bincangkan aspek pro dan kontra, positif dan negatif

3.

Huraikan aspek yang dinyatakan

4.

Perihalkan memerihalkan tanpa sebab

5.

Galurkan menghurai mengikut kronologi

6.

Nyatakan menyebutkan

Aras Kefahaman
7.

Jelaskan aspek yang perlu dijelaskan

8.

Terangkan menerangkan tentang sesuatu perkara

Aras Penggunaan
9.

Tunjukkan menunjukkan tentang sesuatu perkara

10. Dengan menggunakan .... jelaskan menggunakan maklumat dalam satu situasi bagi menerangkan
satu situasi yang lain
11.

Bagaimanakah menjelaskan sebab bagi sesuatu fenomena


Aras Analisis

12.

Analisiskan memecahkan sesuatu kepada bahagian-bahagian dan jelaskan bahagian itu

13.

Bezakan menerangkan aspek perbezaaan sahaja

14.

Bandingkan menerangkan aspek persamaan dan perbezaan

15.

Mengapakah mengenalpasti masalah secara khusus

Aras Sintesis
16.

Kategorikan menyusun sesuatu mengikut kelas berdasarkan kriteria tertentu

17.

Rumuskan membuat kesimpulan dengan alasan-alasan daripada fakta / maklumat

Aras Penilaian
18.

Ulaskan menghuraikan fakta dan menilai fakta tersebut

19. Sejauh manakah menilai faktor yang dinyatakan dan terdapat faktor lain selain yang dinyatakan
20.

Adakah menilai fakta untuk menjawab ya atau tidak / kombinasi ya dan tidak

21.

Nilaikan menimbang sesuatu perkara berdasarkan kriteria

22.

Bincangkan menyatakan pro/kontra

23.

Yang manakah menilai fakta-fakta untuk memilih yang mana satu


PERBEZAAN PENDAHULUAN DAN KONSEP

1. Soalan berkaitan dengan KONSEP akan dikeluarkan jika soalan tersebut memerlukan pemahaman
tentang sesuatu konsep.
2. Kebiasaannya sebanyak 3 Markah diperuntukkan kepada calon yang dapat menjelaskan konsep dengan
baik
3. Sekiranya calon tidak mentakrifkan konsep, maka konsep tidak dianggap sebagai pendahuluan. Lihat
contoh Soalan 1 dan 2 yang berikut:

Contoh Soalan 1:
Takrifkan konsep negara bangsa dan ciri-ciri negara bangsa England
Cara menjawab:
I.
II.

Pendahuluan huraikan latarbelakang Negara England


Perenggan kedua menerangkan konsep Negara bangsa

III. Calon yang mentakrif konsep di awal perenggan atau perenggan pendahuluan, maka pendahuluannya
dianggap sebagai konsep dan markah pendahuluannya 0 markah.

Contoh Soalan 2:
Huraikan ciri-ciri negara bangsa dengan merujuk kepada negara England
Cara menjawab:
I.
II.

Pendahuluan Calon boleh huraikan konsep negara bangsa


Perenggan kedua dan seterusnya Calon menerangkan ciri-ciri negara bangsa sebagai isi

TEKNIK MENYUSUN FAKTA


1.

Markah maksima bagi isi yang lengkap ialah 20 markah

2. Isi bergantung kepada pemberat tajuk dan bahagian mengikut kehendak soalan
3.

Susun dan letakkan isi mengikut kepentingan. Isi penting diletakkan di bahagian atas dan sebaliknya.
Calon perlu kemukakan sekurang-kurangnya 5 Isi (5 Perenggan) yang mengandungi isi, huraian
dan contoh. Markah penuh bagi setiap perenggan isi adalah 3 markah jika memenuhi kriteria yang
disebutkan.

4.

Gunakan Kaedah Induktif dalam menulis esei iaitu Isi diletakkan di atas dan diikuti huraian dan
contoh.

5.

Gunakan penanda wacana bagi menunjukkan saling pertautan di antara perenggan. Contoh: Selain
daripada itu, Justeru itu dll.

6.

Cara memeriksa adalah bergantung kepada pemberat setiap isiisi

TEKNIK PEMARKAHAN
1. Pemeriksa membaca sepintas lalu bagi mendapatkan Impresion
2.

Pemeriksa akan mendapatkan gambaran sama ada karangan tersebut:

a)

Sangat Cemerlang

(18-20 Markah)

b)

Cemerlang

(14-17 Markah)

c)

Baik

(10-13 Markah)

d)

Lemah

(06-09 Markah)

e)

Amat

Lemah

(01-05

Markah)

3. Pemeriksa akan memeriksa dengan menggunakan simbol P, T dan K iaitu Pengetahuan 8M,
Taakulan 6M dan Komunikasi 6M. Jumlah 20 Markah

PENGGUNAAN KAEDAH MENJAWAB 5W1H


Contoh Soalan: Huraikan struktur masyarakat Feudal yang diamalkan di England pada abad
ke-16 hingga ke-17.

KAEDAH MENGEMBANGKAN PENDAHULUAN


Apa (What)

Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang


terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan empayar
Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-14 M. Istilah
feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan
adat

yang

meliputi

perjanjian

secara

bertulis

yang

didominasi kekuasaan golongan atasan.

Kenapa

Kedudukan

(Why)

adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut

seseorang

individu dalam

sistem

feudal

hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh


kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan
bawahan.

Bagaimana

Penerimaan

(How)

menyebabkan masyarakat England berada dalam sistem

pemerintahan

berkuasa

mutlak ini

masyarakat feudal. Masyarakat feudal di England terbahagi


kepada dua golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin.

Siapa (who)

Catatan

Bila (When)

terbentuk

&

Jerman bermula selepas kejatuhan empayar Charlemagne

sejarah
di

mengatakan
Eropah

Barat

bahawa

feudalism yang

seperti England

dan

Dimana(wh

dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M.

ere)
Ulasan /

Terdapat

Penyata

England pada abad ke-16 hingga ke-17 yang terdiri daripada

Soalan

golongan pemerintah dan yang diperintah.

struktur

masyarakat

Feudal diamalkan

di

KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI, HURAIAN DAN CONTOH


Apa (What)

Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti di England.


Dinasti Tudor (1485-1603) mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih
berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan.

Kenapa

Raja hanya bertanggungjawab dalam menjalankan pemerintahan kepada rakyat. Rakyat

(Why)

tidak mempunyai hak dan suara dalam pemerintahan kerana kuasa raja adalah anugerah
suci yang diperturunkan oleh Tuhan. Rakyat memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi
kepada raja.

Bagaimana

Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat

(How)

dalam Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi


parlimen. Pembatasan kuasa pemerintah ini memperlihatkan bahawa rakyat England pada
abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan.

Contoh

Era pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi

(who, where,

dalam masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Tindakan

when)

berikut dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa
mutlak antaranya Meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas (livery)
dan Pengekalan tentera persendirian.

KAEDAH MENGEMBANGKAN KESIMPULAN


Apa

Kesimpulannya, Sistem

(What)

terbahagi kepada 2 golongan iaitu pemerintah dan yang

masyarakat

feudal

di

England

diperintah.

Huraian

Golongan

ini

adalah

terdiri

daripada

raja

dan

Apa?

bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri


daripada golongan knight dan rakyat biasa.

Kenapa

kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal

(Why)

adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut


hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan
oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke

atas

golongan bawahan di England.


Futuristik

Susun lapis masyarakat ini telah mengalami perubahan

atau

apabila masyarakat terlibat secara langsung dalam

sosial.

revolusi perindustrian yang berlaku di Britain


Panduan Menjawab Sejarah STPM 940

Jawapan Calon Perlu merangkumi Isi PES iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial. (terutamanya bagi
soalan: faktor-faktor, kesan-kesan, ciri-ciri, perubahan-perubahan, langkah-langkah, perbandingan,
persamaan, perbezaan, sumbangan, kemajuan, pembangunan, perkembangan, tujuan, peranan,
pengaruh, perlaksanaan, hikmah, kepentingan dll). Elemen-elemen utama utama dalam Politik,
Ekonomi dan Sosial.

Politik
Sistem Pemerintahan dan Peranan Pemerintah Beraja, Feudal, Empayar, Negara Kota, Negara Bangsa
Pentadbiran sistematik dan tersusun
Penaklukan dan penjajahan wilayah / tanah jajahan dll
Penguasaan / perubahan politik / Peranan Perang
Peranan Raja / Putera Raja / Bangsawan
Hubungan diplomatik

Ekonomi
Sistem ekonomi perdagangan, pertanian, Sistem Barter, sara diri, kewangan dan perbankan
Kemudahan Infrastruktur gudang, pengumpulan, Pelabuhan
Perhubungan dan pengangkutan
Cukai, Pengurusan perdagangan
Kesatuan Dagang, Peranan pedagang
Kedudukan strategik, laluan perdagangan
Sistem mata wang dan penggunaannya
Penghasilan barangan dan perkhidmatan
Pentadbiran perniagaan, perdagangan

Sosial
Organisasi sosial, struktur sosial, susun lapis, etnik
Gaya Hidup, Nilai-nilai, norma-norma sosial, peraturan sosial
Hubungan Sosial, kuasa, status sosial
Pengkhususan kerja, Petempatan kekal dan urbanisasi
Institusi Kebangsaan bahasa, budaya, tentera dll
Doktrin, Kepercayaan dan agama
Sistem, Dasar dan Institusi Pendidikan

Kemajuan dan Pembangunan pendidikan


Sumbangan Perkembangan dan Intelektual: Falsafah, Undang-undang, perubatan, seni bina, seni muzik,
kesusasteraan
Kemajuan Sains dan teknologi
Kemajuan Pemikiran, idea dan aliran
Idea-idea dan pemikiran agung
Peranan Tokoh, sarjana, ahli Intelektual