Anda di halaman 1dari 3

Ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah.

Ini kerana arahan


wajib melaksanakannya daripada pihak PPD dan pihak Pengurusan Sekolah. Oleh
kerana kata ARAHAN inilah yang menyebabkan keseronokan menjalankan program ini
hilang nikmat yang sepatutnya dirasai oleh para guru.
Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai oleh para guru kerana
ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan rakan guru lain
tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan hasil pengajaran
kepada murid.

APA ITU PLC?


Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik
yangkomited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri
atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid
mereka.
LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan
pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada

menggunakan

kemahiran dan pengetahuan guru


membina hubungan yang berkualiti
mempunyai program yang sangat berfokus
menggerakkan sumber-sumber sedia ada
berkongsi kepimpinan
PRINSIP ARAS PLC
memastikan

pembelajaran murid
budaya kolaborasi
fokus kepada pencapaian
ENAM DIMENSI PLC
Kongsi

kepimpinan
kongsi nilai dan visi
pembelajaran kolektif dan aplikasi
kongsi amalan peribadi

struktur
hubungan

STRATEGI PLC
PLC berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian
murid dan sekolah. 5 strategi tersebut adalah seperti berikut:

Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC


Borang-borang yang perlu diisi
Lesson Study
Peer Coaching
Learning Walk
Teacher Sharing Session
Video Critique

Fail Penyelaras PLC Sekolah


Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah


1. Carta Organisasi
2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat
3. Perancangan Tahunan
4. Kitaran 1
- Pelaporan PLC setiap Panitia
5. Kitaran 2
- Pelaporan PLC setiap Panitia
6. Laporan PLC ke PPD
7. Lampiran
- Tool kit (Borang)
- Buku Panduan PLC
Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah
Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.
Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN
Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel
PLC
Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC
Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk
mendapatkan rak khas untuk Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat
Sumber.
Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan
menyusun PLC-Lesson Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu PanitiaSatu Fail untuk Lesson Study Sahaja.
Kenapa Lesson Study dititik beratkan?
Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber pendidikan yang terbaik untuk
topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak semua topik perlu dijalankan lesson study hanya topiktopik kritikal sahaja. Untuk masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber
rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan murid dan menyebarkan
ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak sekolah bolehlah menjilidkan buku
berkenaan untuk disebarluaskan. Bukan Lesson Study itu indah sebenarnya. Paksaan pihak atasan yang
mahu kita menjalankannya mengikut jadual tertentu menjadikannya hilang nikmat dalam mendalami dan
berkongsi ilmu.

Tugas Guru Selepas PLC dijalankan


1.
Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer
Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah cikgu
jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.

Anda mungkin juga menyukai