Anda di halaman 1dari 10

BAB 7

UJIAN PENURUNAN

7.1 Pengenalan

Ujian penurunan adalah ujian yang praktikal bagi


menyukat kebolehkerjaan atau taraf kerja untuk semua konkrit.
Ujian penurunan ini akan dilakukan ditempat pembancuhan konkrit
dan juga di tapak bina.

Ujian penurunan ini dilakukan ditempat pembancuhan


adalah untuk memastikan nisbah campuran adalah mengikut
spesifikasi dan unutk memastikan konkrit boleh diterima atau tidak
untuk digunakan untuk kerja-kerja konkrit. Tetapi hanya dilakukan
sekali iaitu pada pertama kali untuk digunakan.

76

Apabila konkrit yang siap dibancuh dibawa ke tapak


bina, konkrit tersebut akan menjalani ujian penurunana terlebih
dulu. Ini adalah untuk memastikan konkrit yang dibancuh boleh
diterima atau tidak. Ditapak bina, ujian penurunan akan dilakukan
untuk setiap lori yang membawa konkrit atau lori simen masuk ke
kawasan tapak bina. Sekiranya ujian penurunan yang dilakukan
tersebut adalah gagal, maka konkrit tersebut tidak dibenarkan
untuk digunakan dan harus dibawa keluar dari tapak bina.

Ujian penurunan adalah dipengaruhi oleh bahan,


kandungan air dan kadar bancuhan. Oleh sebab itu, nisbah
campuran hendaklah nisbah campuran yang betul.

7.2 Tujuan ujian penurunan


i.

Untuk mengetahui tahap kebolehkerjaan konkrit yang

ii.

akan digunakan ditapak bina.


Supaya kita dapat mengetahui cara untuk mengawal
kualiti konkrit melalui penurunan yang terhasil.

7.3 Alatan Yang Digunakan


7.3.1 Ferastem :Ferastem adalah berbentu kon yang mempunyai
tinggi setinggi 300mm. Diameter atas untuk ferastem
adalah 100mm manakala diameter bawah adalah
200mm. Ferastem ini terdapat pemegang dikedua-dua
belah sisinya. Berikut merupakan contoh ferastem :-

77

Rajah 1 : ferastem
7.3.2 Rod pemadat :Rod pemadat adalah diperbuat daripada keluli.
Mempunyai diameter 26mm dan panjang sepanjang
600mm.

Rajah 2 : rod pemadat


7.3.3 Pembaris
7.3.4 plat tapak
7.3.5 sudip

78

Rajah 5 : sudip
7.4 Prosedur Kerja
i.

Letakkan ferastem diatas plat tapak.

Rajah 6 : ferastem diatas tapak


ii.

Konkrit yang masih basah dimasukkan kedalam ferastem


dengan menggunakan sudip dan dibahagikan kepada 4
lapisan.

79

Rajah 7 : masukkan konkrit kedalam ferastem


iii.

Setiap lapisan mesti dipadatkan menggunakan rod pemadat.


Setiap pemadatan adalah sebanyak 25 kali hentaman dan

iv.

ratakan permukaan atasnya menggunakan sudip.


Selepas itu, tarik ferastem secara menegak dengan perlahanlahan dan lihat hasil penurunan konkrit.

Rajah 8 : angkat ferastem secara menegak.


v.

Ferastem diletakkan bersebelahan dengan runtuhan konkrit.

80

Rajah 9 : peletakkan alat untuk tujuan mengukur


vi.

Penurunan diukur dan catat jenis penurunan yang terhasil

Rajah 10 : pengukuran hasil penurunan


vii.

Hasil penurunan

Rajah 11 : hasil penurunan

81

7.5 Jenis-jenis Penurunan


Terdapat 3 (tiga ) jenis penurunan. Ketiga-tiga jenis
berlaku disebabkan oleh 3 sebab yang berbeza dan akan
menghasilkan bentuk yang berlainan. 3 jenis penurunan adalah
seperti berikut :-

7.4.1

Penurunan sebenar :Penurunan sebenar adalah merupakan konkrit


yang paling berkualiti.penurunan sebenar berlaku
adalah disebabkan oleh kejeleketan dan campuran
simen yang lebih (campuran kaya). Hanya konkrit yang
mengalami penurunan sebenar sahaja yang boleh
digunakan untuk kerja-kerja konkrit dalam sesuatu
pembinaan.

Rajah 12 : penurunan sebenar


7.4.2 Penurunan ricih :-

Penurunan ricih berlaku adalah berpunca


daripada kekurangan simen(campuran yang kurang)
dalam nisbah campuran yang digunakan untuk
menghasilkan konkrit. Bancuhan konkrit yang terhasil
82

adalah merupakan konkrit yang kurang sifat


kejelekitannya. Ini akan menyebabkan kekuatan konkrit
yang terhasil berkurangan.

Rajah 13 : Penurunan ricih


7.4.3 Penurunan runtuh :-

Penurunan runtuh adalah merupakan konkrit


yang berkualiti rendah. Bancuhan yang mengalami
penurunan runtuh adalah bancuhan yang terlalu basah
atau kandungan air yang berlebihan. Bancuhan ini
mempunyai kebolehkerjaan yang tinggi tetapi
kekuatannya adalah terlalu kurang berbanding dengan
bancuhan yang mengalami penurunan jenis ricih dan
sebenar. Oleh sebab itu, jika konkrit yang dibancuh
mengalami penurunan ini maka, ianya tidak boleh
digunakan untuk kerja-kerja konkrit.

83

Rajah 14 : penurunan runtuh


7.5 Kadar Penurunan Mengikut Kegunaan Konkrit
Penurunan (mm)
0

Tujuan penggunaan
Struktur konkrit prategasan yang

0 - 25

dipadatkan secara getaran berat


Konkrit jisim dan turapan yang

25 - 50

dipadatkan secara getaran


Konkrit bertetulang biasa yang
digetar dan konkrit jisim dipadatkan

50 - 100

dengan menggunakan tangan


Konkrit yang mempunyai tetulang
bengkok dan perlu digetar
contohnya lantai, rasuk, tiang dan
dinding konkrit bertetulang biasa
yang dipadatkan dengan

100 -150

menggunakan tangan
Konkrit yang mempunyai banyak
tetulang yang dipadatkan tanpa
digetar kerja pemadatan ini sukar

dilakukan
Jadual 1 : kadar penurunan konkrit

84

7.6 Keputusan Ujian Penurunan

Nilai penurunan yang dibenarkan adalah 75mm


minimum dan nilai maksimum adalah 125mm.

85