Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER 2 / SEPTEMBER 2013

BBPP 1103
PRINCIPLES OF MANAGEMENT

PERANAN-PERANAN PENGURUS DALAM SESEBUAH


ORGANISASI

DISEDIAKAN OLEH

: MUHAMMAD FUAD OTHMAN BIN HJ

JAHIDIN
NO. MATRIKULASI
NO. KAD PENGNEALAN
NO. TELEFON

: 900401137125001
: 900401137125
: 0135791637

E-MEL

: FUADUTHMAN@GMAIL.COM

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SARAWAK LEARNING CENTRE


PROGRAM

: BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES


(ISLAMIC MANAGEMENT)

WITH HONOURS
1

Isi Kandungan
Muka Surat
Penghargaan
1.0

Pengenalan

3
2.0

Peranan-Peranan Pengurus
5

3.0

Sir Alex Ferguson Pengurus Kelab Bola Sepak Manchester

United
3.1

6
Bijak Mengendalikan Media Dan Berurusan dengan
6-7

Pengurus-Pengurus lain

4.0

Tan

Sri Dato ' Loh Boon Siew Pengasas Dan Pengurus Syarikat
7-8
Automotif Boon Siew Honda
4.1 Keazaman Yang Tinggi Dan Tidak Mudah Berputus Asa
8-9
5.0
Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Usahawan Bumiputera
9-10
Terkaya Di Malaysia
5.1 Bekerja Keras Dan Dermawan

Tan

10-11
6.0

Kesimpulan

12
Rujukan

13


.
Segala Puji bagi Allah SWT, Tuhan yang Mencipta manusia dan
Mengajarnya berbicara. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW yang diutus membawa manusia ke jalan kebenaran,
mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada keimanan dan
ketaqwaan yang terang benderang. Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurniaNya dapat saya siapkan kerja kursus ini hingga ke
noktah terakhir.
Kerja Kursus ini bertajuk PERANAN-PERANAN PENGURUS DALAM
SESEBUAH ORGANISASI adalah untuk menjelaskan dan menghuraikan
secara terperinci gambaran dasar mengenai peranan-peranan seseorang
yang bergelar pengurus. Disamping itu, akan disertakan tiga contoh tokoh
pengurus yang Berjaya dan pada masa yang sama akan dihuraikan
peranan-peranan mereka sebagai pengurus.
Oleh yang demikian, dengan kerja kursus yang serba ringkas ini
diharapkan dapat kita mengenal sistem pengurusan dalam pelbagai
bidang

dan

peranan-peranan

seorang

pengurus

dalam

bidangnya.

Semoga kerja kursus ini dapat memberi pengetahuan kepada kita semua.

1.0 Pengenalan
Menurut definisi wkipedia, Pengurus ialah seorang yang mengurus.
Kegiatan mengurus, menurut Henri Fayol, terdiri daripada lima tugas
utama,

iaitu

merancang,

mengatur,

memimpin,

menyeleraskan,

mengawal. Menurut Mary Parker Follett pula, "pengurusan" ialah "seni


untuk mencapai sesuatu matlamat melalui orang lain." Orang lain
tersebut seringnya merupakan orang bawahan. Maka dengan takrif ini,
seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang bawahan boleh
dirujuk sebagai pengurus, umpamanya para eksekutif, penyelia, mandur,
dan sebagainya bolehlah dipanggil pengurus. Sebenarnya di Amerika
Syarikat, para mandur dan penyelia dirujuk sebagai front-line manager
atau pengurus baris depan.
Bagaimanapun, di Malaysia dan banyak negara yang lain, pengurus
merupakan salah satu pangkat yang lebih tinggi daripada para penyelia,
mandur, mahupun eksekutif. Maka mereka ini tidak dianggap sebagai
pengurus, walaupun mereka melakukan kegiatan-kegiatan mengurus.
Sebaliknya, terdapat banyak pengurus yang tidak mengurus atau tidak
tahu mengurus, umpamanya sesetengah anak pemilik syarikat yang
4

menjadi pengurus hanya kerana bapanya memiliki syarikat itu. Mereka


tidak melakukan sebarang fungsi pengurusan yang digariskan oleh Henri
Fayol, tetapi membiarkan orang bawahan membuat apa sahaja yang
disukai, malahan juga mungkin selalu tak hadir di syarikat. Selain itu,
terdapat juga pekerja-pekerja lama atau perintis yang menjawat pengurus
melalui kenaikan pangkat dengan berjalannya masa atau sebagai
ganjaran untuk kesetiaan mereka kepada syarikat. Golongan ini seringnya
tidak mengurus tetapi masih bersikap seolah-olah mereka masih bertugas
dalam jawatan lama. Tambahan pula, terdapat juga pengurus yang tidak
mempunyai sebarang orang bawahan dan oleh itu, mencapai sesuatu
melalui usaha sendiri.
Organisasi pula didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia
yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat
individu, kumpulan, dan organisasi. Wujudnya sesebuah organisasi itu sama ada organisasi
kecil atau besar, swasta atau awam memerlukan pengurusan atau pengendalian aktivitiaktiviti organisasi. Oleh itu, sesebuah organisasi yang baik mestilah diuruskan dengan
sempurna oleh pengurusnya, berkesan dan mencapai matlamat yang dirancangkan. Tanpa
pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul, baik dari segi kewangan,
pemprosesan, dan inventori hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan para pekerja.
2.0 Peranan-Peranan Pengurus
Apabila seseorang pengurus memasuki organisasi, tidak kira sama ada organisasi
swasta atau kerajaan, ia diberikan autoriti rasmi dan juga pangkat untuk menjalankan tugas
dan tanggungjawab. Apabila pengurus itu mempunyai autoriti dan pangkat di dalam
organisasi, misalnya sebagai seorang ketua jabatan atau ketua bagi keseluruhan organisasi,
maka peranannya selain tugas rasmi, menjadi lebih kompleks lagi.
Henry Mintzberg (seorang ahli akademik yang sangat terkenal di peringkat antarabangsa dan
merupakan penulis terkemuka dalam bidang perniagaan dan pengurusan membahagikan
peranan pengurus kepada tiga bahagian:
2.1 Peranan sebagai penghubung atau orang perantaraan.

2.2 Peranan sebagai penyebar atau penyampai maklumat.


2.3 Peranan sebagai pembuat keputusan.
Manakala kedudukan pengurus mengikut hierarki kuasa atau pangkat di dalam
organisasi juga berbeza-beza. Di dalam Hierarki pengurusan ia terbahagi kepada tiga
bahagian juga :
2.4 Pengurus Atasan iaitu Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada
Ketua Eksekutif, Presiden atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan
ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan
peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri
kepada perubahan yang berlaku.
2.5 Pengurus Pertengahan Iaitu Pengurus yang menyelaras dan menyatupadukan aktiviti
bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Mereka pada
peringkat ini terdiri daripada Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti,
Pengurus Personel dan lain-lain.
2.6 Pengurus Bawahan iaitu Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka
yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi pekerjaan
harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran itu mengikut
perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan.

3.0 Sir Alex Ferguson Pengurus Kelab Bola Sepak Manchester United
Sir Alexander Chapman Ferguson lahir pada 31 Disember 1941 di Govan, Glasgow
Scotlandd ialah seorang pengurus Kelab Bola Sepak Terkenal di dunia iaitu Manchester
United. Beliau menjadi pengurus Manchester United sejak 1986 sehingga 2013 . Dalam 26
tahun kariernya sebagai pengurus bersama kelab ManchesterUnited, beliau telah memenangi
lebih banyak trofi dan kejayaan daripada pengurus lain dalam sejarah bola sepak Inggeris.
Malah, beliau juga merupakan pengurus yang paling lama menguruskan sebuah pasukan di
antara semua pengurus dalam Liga Perdana Inggeris. Sepanjang tempoh itu, Sir Alex
Ferguson telah memenangi banyak anugerah dan rekod, termasuk memenangi anugerah
6

Pengurus Terbaik Tahunan terbanyak dalam sejarah bola sepak Inggeris. Diringkaskan, Sir
Alex Ferguson adalah seorang pengurus yang paling berjaya dalam bidang pengurusan bola
sepak.
3.1 Bijak Mengendalikan Media Dan Berurusan dengan Pengurus-Pengurus lain
Untuk menjadi seorang pengurus yang hebat, anda mesti mempunyai kredibiliti. Sir
Alex mengambil alih di sebagai Pengurus kelab Manchester United ,ketika umur beliau
adalah 44 tahun. Pada masa beliau meninggalkan kelab lamanya iaitu Aberdeen, Sir Alex
telah memenangi tidak kurang daripada sepuluh trofi utama. Di sana , beliau adalah legenda .
Bagi pengurus banyak, kredibiliti mereka adalah berdasarkan apa yang mereka telah lakukan
dengan kelab semasa mereka, bukan kelab mereka yang lalu. Oleh itu, di antara sifat-sifat
yang memberikan kredibiliti pengurus adalah mempunyai pengetahuan luas dan membina
rekod prestasi dengan kemenangan dan kejayaan. Ia juga membantu jika anda telah menjadi
bekas pemain di peringkat tertinggi .
Sir Alex adalah cemerlang pada mengendalikan media. kerana dia boleh lembut dan
kasar pada sidang akhbar " Fergie Time" dan Peraturan Fergie . Buktinya, boleh dilihat
contoh-contoh yang begitu banyak di YouTube tentang bagaimana beliau mengendalikan
akhbar. Dia boleh berwawancara dengan sopan dan baik-hati atau dia boleh meletakkan
sesiapa ke dalam masalah yang besar dengan hujah-hujah dan kepetahannya bercakap.
Sir Alex amat bijak dalam aspek ini. Beberapa aspek yang unik yang sukar untuk
diterangkan.Beliau tahu bagaimana untuk menggulung pengurus atas, seperti yang
dilakukannya dengan Kevin Keegan. Ramai pengurus-pengurus lain memberi penghormatan
yang sangat tinggi kepada Sir Alex. Beliau mempunyai gaya peribadi yang besar. Beliau
sentiasa bersedia untuk menerima panggilan, untuk membantu dan menasihatkan kebanyakan
pengurus lain yang telah kehilangan pekerjaan. Satu lagi sifat-sifat beliau adalah bahawa dia
tidak pernah menyerang seseorang secara langsung. Tetapi beliau mahir dan tahu bagaimana
untuk melucutkan kebencian dan jawatan pengurus lain dengan memuji-muji mereka.

4.0 Tan Sri Dato ' Loh Boon Siew Pengasas Dan Pengurus Syarikat Automotif Boon
Siew Honda

Tan Sri Dato ' Loh Boon Siew yang juga dikenali sebagai "Mr Honda" , adalah
seorang jutawan Pulau Pinang dan pengedar tunggal pertama motosikal Honda di Malaysia.
Beliau dilahirkan di Hui di China. Beliau tidak pandai dalam pengajian formal kerana
Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang
ke sekolah . Diusia yang muda lagi beliau sudah terpaksa bekerja untuk menyara keluarganya
sebagaimana maklum bahawa beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya dengan
mengumpul najis babi yang ketika zaman itu ia digunakan sebagai bahan api untuk mencari
rezeki.
Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering
memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang
yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik
bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas
penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM
1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan
semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta
barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan
perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa
jenis motosikal keluaran British.
Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau
ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir
mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah
pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian
dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang
dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat
rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga
menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. Sekarang
telah tercatat dal;am sejarah bahawa beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta
dan motorsikal jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual dan terlaris di Malaysia
sejak 3 tahun lalu. Sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang individu yang terkaya di
Malaysia dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.
4.1 Keazaman Yang Tinggi Dan Tidak Mudah Berputus Asa

Untuk menjadi usahawan dan pengurus yang berjaya, seperti Tan Sri Loh Boon Siew ,
seseorang itu mestilah mempunyai keazaman yang tinggi dan semangat yang tinggi serta
tidak berputus asa. Sebagai contoh, mempunyai semangat untuk perniagaan, memberi
tumpuan lebih kepada produk atau pelanggan keperluan, perisikan pelaksanaan dan
ketabahan walaupun kegagalan yang mereka mesti muka. Dengan semangat ke arah
perniagaan , akan melakukannya dengan serius. Ia juga perlu memberi tumpuan lebih kepada
produk mereka di pasaran yang memenuhi keperluan pelanggan. Mereka juga perlu menjadi
kreatif , pengimejan dan inovasi ke arah idea baru atau produk dan perkhidmatan. Seseorang
pengurus juga perlu mempunyai kebijaksanaan dalam fikiran mereka dalam mengambil
peluang dan mengelakkan kehilangan dan juga mampu untuk mengambil risiko dalam
perniagaan.
Sebagaimana maklum, ketika permulaan Tan Sri Loh Boon Siew hendak memulakan
perniaagan Motosikal Honda pada tahun 1958, untuk dibawa masuk ke pasaran Malayasia.
Tetapi, beliau ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat
rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal ini.
Keazaman yang tinggi dan semangat yang tidak mengenal erti putus asa selama 5 tahun
membuahkan hasilnya sehinggalah menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi
kenderaan yang paling diminati.
Keazaman Tan Sri Loh Boon Siew datang ke Malaysia dan memulakan perniagaan
beliau. Tan Sri Loh Boon Siew datang ke Pulau Pinang dari China di wilayah Fujian di usia
awal 12 bersama-sama dengan 5 orang kawan-kawannya dan tanpa apa-apa pendidikan
formal, beliau mendapat pendidikan awal apabila beliau bekerja sebagai mekanik kereta
pelatih. Beliau bekerja keras di mana saja sambil belajar perdagangan ,malah beliau juga
mengambil upah membasuh bas pada waktu malam untuk mencari pendapatan lebih.

5.0 Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Usahawan Bumiputera Terkaya Di Malaysia
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli
perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Ahli perniagaan yang tidak gemar
publisiti ini merupakan pemilik pelbagai jenis perniagaan dan rangkaian syarikat tenaga,
pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya yang ada di Malaysia. Beliau juga merupakan
9

Pengasas kepada

Yayasan Albukhary. Sebuah badan kebajikan yang berperanan besar

membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga
menggalakkan persefahaman antara peradaban. Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor
Setar, Kedah pada tahun 1951 Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yaman. Beliau
mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar
hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di
Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi.
Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi kerana beliau tidak
pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang
tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila
beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. Hal ini disebabkan keadaan
keluarganya yang kurang berkemampuan, maka Tan Sri Syed Mokhtar membantu
keluarganya dengan menanam sayur-sayuran dan menjualnya di pasar bagi menampung
pendapatan keluarga. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Selain itu, setiap
selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar akan membantu menggembala haiwan
peliharaan bapanya . Disitu, beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa
melakukan kerja-kerja tersebut.
Pada tahun 1970 Wabak penyakit kaki dan mulut telah membinasakan keseluruhan
perniagaan penternakan ayahnya. Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan
yang penting dalam kehidupannya. Ketika umurnya 19 tahun, beliau mula berniaga.Beliau
mencuba berbagai-bagai bidang perniagaan. Daripada perniagaan menjual daging, beliau
beralih pula kepada perniagaan pengangkutan dan sehinggalah berjaya membuka syarikat
pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan seterusnya membuka lagi
beberapa syarikat-sayarikat yang lain.
Daripada seorang ahli perniagaan kecil, beliau berjaya membawa dirinya kepada
perniagaan yang lebih besar dengan menyertai projek-projek di bawah Persyarikatan
Malaysia. Beliau mula menceburi perniagaan utama pada tahun 1990 dengan mengambil alih
dan menguasai saham-saham dalam beberapa syarikat awam yang tersenarai dan entiti
kerajaan yang diswastakan, serta projek-projek terbengkalai yang amat memerlukan bantuan
kewangan. Beliau menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan
logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi
kejuruteraan. Sekarang tahun 2013, Tan Sri Syed Mokhtar muncul sebagai seorang tokoh
10

korporat yang paling disegani, usahawan bumiputera yang paling Berjaya di Malaysia.
Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya
amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Inilah hasil yang beliau perolehi selepas
komitmen dan berkerja keras dengan matlamat untuk berjaya. Beliau adalah seorang tokoh
simbolik yang memegang falsafah bahawa pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam
hidup, tetapi kerja keras.
5.1 Bekerja Keras Dan Dermawan
Bekerja keras artinya melakukan suatu usaha atau pekerjaan secara terus menerus
tanpa mengenal lelah. Kerja keras juga dapat diartikan suatu tindakan atau perbuatan yang
dilakukan dengan sungguh-sungguh dan serius sampai tercapai suatu tujuan. Dalam Agama
Islam juga mengajarkan umatnya agar selalu bekerja keras dalam menjalankan kehidupannya
di muka bumi ini. KonsepMan Jadda Wajada bererti barangsiapa bersungguh-sungguh pasti
dapat mestilah merupakan teras utama kepada seorang pengurus yang Berjaya. Segala sesuatu
yang dilakukan tidak dengan kerja keras dan bersungguh-sungguh, hasilnya pastilah tidak
akan sempurna. Sebaliknya, seberat apa pun suatu pekerjaan jika dilakukan dengan sungguhsungguh, niscaya hasilnya akan dapat diraih dengan baik. Kisah perjalanan hidup Tan Sri
Syed Mokhtar menjadi iktibar kepada orang-orang yang nak Berjaya. Beliau yang asalnya
seorang yang miskin dan tidak mempunyai pendidikan tinggi tapi dengan tekad bekerja keras
dalam apa jua bidang telah membuahkan kejayaan baginya. Selain itu, sikap dermawan juga
merupakan peranan penting untuk seseorang yang bergelar usahawan dan pengurus yang
Berjaya. Kerana semakin dia dermawan maka semakin tinggilah reputasi dan kredibilitinya
untuk disegani dikalangan masyarakat dan dikalangan ahli-ahli korporat yang lain.

11

6.0 Kesimpulan
Pengurus adalah seseorang yang akan mengurus sesuatu oraganisasi dan satu bidang
yang luas. Bertanggungjawab ke atas jabatan yang berbeza, bekerja pada peringkat yang
berbeza dalam hierarki organisasi yang merangkumi bidang-bidang sains sosial seperti
sosiologi, antropologi, sains politik, ekonomi, sukan dan juga psikologi. Kemahiran di dalam
pengurusan bukan sahaja diperolehi melalui bacaan dan kefahaman tentang konsep dan
prinsip-prinsip yang telah dikemukakan di dalam buku-buku teks. Malahan kemahiran ini
dapat diperolehi melalui pengalaman yang dialami oleh pihak pengurusan semasa
menjalankan tugas. Peranan pengurus bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengawasan dan
pengawalan kakitangan, bahkan ia juga merangkumi tugas yang tidak tercatat di dalam
gambaran tugasnya seperti peranan sebagai penyampai maklumat atau sebagai pendorong
kakitangan atau sebagai seorang pemimpin atau tokoh.
Kejayaan mengurus sesebuah organisasi boleh diukur dari aspek kecekapan,
keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
organisasi. Kecekapan organisasi boleh diukur dari aspek kuantiti input yang digunakan oleh
organisasi untuk menghasilkan satu unit pengeluaran atau perkhidmatan. Contohnya, apabila
organisasi berupaya menambahkan bilangan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan
12

kuantiti input yang sama atau kurang, organisasi tersebut dianggap telah meningkatkan
kecekapannya. Kecekapan juga bermaksud apabila pengurus membuat tugasnya dengan
betul. Keberkesanan boleh diukur dari segi sama ada pengurus membuat kerja yang betul dan
matlamat organisasi berjaya dicapai. Organisasi disifatkan tidak berkesan apabila ia gagal
mencapai matlamatnya disebabkan oleh pelaksanaan rancangan yang lemah atau kerana
kegagalan pihak pengurusan meramal perubahan persekitaran organisasi dengan lebih tepat.
Oleh yang demikian, sama ada sesebuah organisasi itu, organisasi sektor awam atau
swasta, perkhidmatan atau keluaran industri, produktiviti dan kualiti adalah faktor penting
yang boleh memimpin daya saing dan daya maju organisasi.tidak berkesan. Oleh itu,
Pengurus yang berada di dalam tingkat pengurusan, sama ada pada peringkat penyeliaan atau
sehingga ke peringkat atasan, mestilah memainkan peranannya sebagai penghubung antara
tingkat pengurusan dan lain-lain lagi aspek yang merupakan keutamaan dan peranannya
sebagai seorang pengurus.
[2550 Patah Perkataan]
Rujukan
Sharol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi, Azelin Aziz, Assoc Prof Dr Santhi
Ranghavan (2011) BBPP 1103 Priciples Of Management, Open University Malaysia
Mohd Yazam Sharif (2001). Asas Pengurusan Sumber Manusia.Pendekatan Proses.Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Majalah Wisel , Jilid 348 (2013) Seniwara Sendirian Berhad
Majalah Sukses (2013) Success Network Publishing
Majalah Dewan Ekonomi (2013) Dewan Bahasa dan Pustaka
http://www.sinarharian.com.my
http://usahawanikon.blogspot.com
http://www.forbes.com

13

http://biz.thestar.com.my
http://usahawangraduanmsia.blogspot.com
http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-albukhary.html

14

Anda mungkin juga menyukai