Anda di halaman 1dari 3

KETEPATAN KURIKULUM DI MALAYSIA

Selain itu, kurikulum didefinisikan sebagai satu budaya dan ilmu pengetahuan untuk
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada kumpulan murid yang tertentu
(Mohd Daud,1995). Justeru dalam konteks ini, berpandukan kepada definisi kurikulum yang
dinyatakan, kurikulum adalah matlamat pendidikan yang meliputi segenap aspek ilmu pengetahuan,
peranan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan membudayakan ilmu pengetahuan, dan
juga bagaimana kaedah dan metodologi dalam mengukur dan menilai sesuatu kurikulum yang
digubal.
Dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan proses
merencana, menyepadukan, mentafsir maksud, matlamat dan objektif kurikulum. Ia juga
berkaitan dengan menterjemah isi kandungan pelajaran dan melaksanakannya dalam
bentuk pelajaran sesuatu disiplin ilmu. Menurut Abdul Fatah (2003), kurikulum kebangsaan
ialah suatu program pendidikan meliputi semua aspek kurikulum dan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan dan kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang dapat membantu perkembangan individu menjadi insan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan mempertingkatkan nilai moral dan akhlak.
Langsung daripada itu, para pendidik dilihat lebih sebagai agen pelaksana kurikulum dan
seterusnya mampu merealisasikan kandungan Falsafah Pendidikan Negara.
Melihat kepada huraian definisi kurikulum yang telah diterangkan, ternyata kurikulum
ini adalah sebahagian daripada pendidikan. Tanpa kurikulum maka akan pincang proses
pendidikan. Lanjutan itu, apabila kurikulum dalam pendidikan digubal dengan mantap dan
berkesan, sudah pasti hasilnya akan dilihat dalam pembentukan masyarakat.

FALSAFAH KETEPATAN KURIKULUM


Kajian falsafah pendidikan membolehkan pengkaji memahami pendidikan secara
keseluruhan, mentafsir konsep umum dan dasar pendidikan Negara. Kandungan falsafah
membolehkan pembina kurikulum memahami dan menilai secara dalaman dan luaran hala
tuju pendidikan. Oleh itu, falsafah menjadi sumber rujukan utama dalam membina kurikulum
Terdapat beberapa aliran falsafah yang mempengaruhi reka bentuk kurikulum. Antaranya:
a) Idealisme
- Menganggap ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir
- Pengetahuan sebenarnya berlaku dalam fikiran
b) Realisme
- Menolak pandangan idealisme dan menganggap kebenaran apa-apa yang
dapat dilihat dan ilmu yang terhasil dari penaakulan dan lengkap.
- Ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal dan pemikiran manusia.
c) Paramatism
- Sekiranya satu idea dapat dipraktikkan maka idea itu benar. Iaitu idea yang sah
adalah idea yang dapat dibuktikan.

Menganggap minda manusia bertindak dengan aktif. Manusia yang


berkebolehan untuk menaakul dan mempunyai gaya fikiran pelbagai bagi

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.


Falsafah ini menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu tetapi
pengetahuan ialah mengaplikasikan ilmu sebagai panduan dan pedoman

hidup.
Iaitu bukan semata-mata

menggunakan ilmu.
Aliran ini dapat dilihat dalam sistem peperiksaan awam di Malaysia yang

mengajar manusia menghafal ilmu tetapi

berubah diri soalan bentuk hafalan ke soalan berorientasikan pemikiran.


d) Perialisme
- Adalah falsafah konservatif, tradisional dan tidak fleksibel.
- Menganggap manusia dan pendidikan dalam keadaan tetap.
- Perbezaan manusia dengan haiwan ialah keupayaan manusia berfikir,
-

pendidikan adalah keperluan untuk hidup.


Pelajar perlu melalui proses pembelajaran yang tetap melalui pengujian

berstruktur.
Kurikulum mempunyai disiplin, latih tubi dan latihan yang ketat.
Di sekolah, guru perlu mengajar dan murid sebagai penerima dan kurikulum

terbina adalah muktamad.


e) Essentialisme
- Menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting dalam
-

pembelajaran.
Ahli pendidik hendaklah membezakan perkara yang diperlukan dan tidak

perlu dalam pendidikan.


Kurikulum yg dibina bagi memenuhi kehendak masyarakat semasa dan
mengutamakan tamadun masa lampau serta merangsang kebijaksanaan masa

hadapan.
f) Progressivesme
- Menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan kemajuan dan bukan
-

ketekalan.
Memfokuskan kepada pendekatan p&p berpusat pelajar dan pengajaran melalui

alat bantuan belajar.


Memberi penekanan kepada demokrasi. Sekolah perlu membina suasana
demokrasi serta kerjasama antara pelajar dan bukan persaingan. Guru
berperanan fasilitator dan bukan guru tradisional

Menganggap perubahan yang dihasilkan bergantung kepada kecenderungan dan

minat pelajar.
Pelajar harus diberi bimbingan untuk mengubah pengalaman langsung menjadi

pengetahuan.
Pendidikan ialah proses pembentukan yang berterusan kerana manusia terus
hidup dan berfikir.

g) Rekonstrutionalisme
- Menyatakan peranan pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab sosial serta
-

melahirkan masyarakat berilmu.


Percaya manusia membina masyarakat baru melalui perubahan yang berkesan

dalam pendidikan dan masyarakat.


h) Eksistensialisme
- Mementingkan pendidikan melalui persekitaran.
- Guru membantu murid dalam proses penerokaan.
- Persekitaran memainkan peranan penting dalam membina pendidikan.
- Dunia sebagai bahan pembelajaran yang boleh ditafsirkan secara individu.