Anda di halaman 1dari 6

1.

PENDAHULUAN
Pelaksanaan program Mad About English ini adalah sebagai salah satu

usaha untuk membantu dalam peningkatan pengguasaan dan pencapaian Bahasa


Inggeris murid-murid di sekolah ini. Adalah diharapkan pelaksanaan program ini
mampu menyediakan dan memberi ruang yang menggalakkan dan kondusif kepada
semua murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kegiatan harian mereka.
Adalah diharapkan agar program ini akan dapat membantu murid-murid
menjadi lebih berkeyakinan dan seterusnya dapat melahirkan murid yang
berkebolehan. Justeru itu, pemilihan program ini sebagai salah satu daripada
program di dalam program-program Meningkatkan Bahasa Inggeris (MBI) yang
dicetuskan oleh Kementerian Pendidikan adalah bertepatan dalam memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adalah diharapkan agar program ini
mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada semua warga sekolah bagi
memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.
2.

MATLAMAT
Program ini diharap dapat memotivasikan pelajar untuk menggunakan

Bahasa Inggeris dengan penuh keyakinan. Ia juga memberi keyakinan kepada


pelajar lemah untuk berani bertutur dan membuat pembentangan tugasan.
Disamping itu ia memberi peluang untuk peserta berada dalam satu persekitaran
penggunaan Bahasa Inggeris melalui pelbagai aktiviti pendidikan yang ceria,
seronok dan bermakna.

2.

OBJEKTIF PROGRAM
Untuk menggalakkan semua murid menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pertuturan seharian.
Untuk melahirkan murid yang lebih berkeyakinan dan tidak merasa rendah diri
untuk menggunakan Bahasa Inggeris.
Untuk meningkatkan dan memupuk minat dan pengguasaan murid dalam subjek
Bahasa Inggeris di sekolah ini.
Untuk membantu murid dengan menyediakan landasan dan ruang bagi muridmurid untuk menggunakan Bahasa Inggeris.
Untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan untuk menguasai
Bahasa Inggeris demi masa depan mereka.
Bagi melahirkan murid yang mampu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua dalam kehidupan harian mereka.

3.TEMA
MAD ABOUT ENGLISH

4. AKTIVITI
4.1 Ice Breaker
4.2 Break The Barrier
4.3 Mad To Describe
4.4 Mad To Find It
4.5 Mad To Succeed
5. TARIKH PERLAKSANAAN
10 September 2016 ( Sabtu )
6. TEMPAT
Dewan SK Ledang

7. SASARAN
40 orang pelajar tahap 2

8. TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Pendaftaran pelajar
8.00 pagi : Ice-breaking
8.30 pagi : Sesi 1 Break The Barrier & Mad To Describe It
10.00 pagi : Rehat Makan pagi
10.30 pagi : Sesi 2 Mad To Find It
12.30 tengahari : Makan Tengahari & Solat
2.45 petang : Sesi 3 Mad To Succeed
4.30 petang : Bersurai

9. PERBELANJAAN

BI
L

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH

Makan dan
minuman murid

RM8 X 40 murid

RM 320.00

Bahan Photostat

RM2 x 40

RM80.00
Bayaran

Keseluruhan

10. PERBELANJAAN
Peruntukan dari pihak PIBG dan sekolah

11. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PENASIHAT :

RM400.00

PUAN ASIDAH BT TALIB


GURU BESAR SK LEDANG

PENGERUSI :
PN.JULIANA BT SARJU
PENGERUSI PANITIA BAHASA INGGERIS

SETIAUSAHA :
EN. ASYRAF BIN ABD JALIL

AHLI JAWATANKUASA:
PN. NORIDAH BT TAHIR
PN. ZAKIAH BT MUSTAFA
PN. SUZIWANA BT OTHMAN

12. PENUTUP
Program ini diharapkan akan dapat membantu murid menggunakan Bahasa
Inggeris dengan lebih baik dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan yang
diperolehi dalam pelajaran mereka. Di samping itu, diharapkan murid akan dapat
bertutur dengan lebih yakin dan efektif untuk kegunaan harian dan di masa
hadapan.

Disediakan oleh,
..
Puan Juliana Bt Sarju
K Panitia B. Inggeris SK Ledang

Diluluskan oleh,

Puan Asidah Bt Talib


Guru Besar SK Ledang

PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat membantu


murid-murid untuk lebih berkeyakinan dan tidak rendah diri untuk
menggunakan Bahasa Inggeris sesama rakan ataupun dengan warga
sekolah yang lain. Kerjasama daripada semua pihak di sekolah sama ada
dari peringkat pengurusan mahupun para guru yang lain adalah amat
kritikal dan membantu di dalam memastikan kelancaran dan kejayaan
program ini. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
semaksimun yang mungkin dalam mencapai hasrat dan aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.