Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
-Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu
solatlah seberapa banyak yang disukai.
-Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta
berqiamullail.
Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya
bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan
orang-orang yang mengingati Allah. -H.R. Abu Daud Sanad Sahih drpd Abu
Hurairah R.A.
-Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang
perasaan mengantuk.
-Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan
ditinggal kecuali darurat.
-Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.
Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail
-Solat sunat Tahajjud
dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat
tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji. - Al-Isra 79
Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam-H.R. Muslim
-Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada solat fardhu, solat
mutlak dan solat sunat yang lain.
-Solat witir
-Berzikir, bertasbih dan bertahmid
-Membaca al-Quran
-Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan
kekuasaan Allah.
Penutup
Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh
dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang Maha Pengasih
dan Penyayang dan sebaik-baik ganjaran, nikmat dan rezeki hanyalah Allah
S.W.T.
Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah
S.A.W? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak
terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah
amalan kita sudah mengatasi amalan para abid yang bermujahadah dengan
ibadah malam mereka? Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa
yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu?... ... .
Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan,
ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan
inayah Allah S.W.T. dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan
khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang
dipikul..Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita... ... ..dan
generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita...
Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan,
kemungkaran, kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi
akan datang, yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang
besar nilainya ini? Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi.