Anda di halaman 1dari 6

2.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT
2.2
SOSIAL
2.2.1 BUDAYA
Kehendak sukatan KMK:
Calon seharusnya dapat;
(a) Mengenal pasti dan menghubungkaitkan budaya setempat dalam
kehidupan seharian
Takrifan & Skop Budaya:
rangkuman segala aspek hidup manusia, baik dalam bentuk fikiran,
kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang
diterima oleh sebahagian besar serta anggotanya dan mewarisinya turun-temurun.
Dengan perkataan lain kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat dan
istiadat sesebuah serta ekonomi sesebuah negara masyarakat.
(Harun Daud, Sejarah Melayu, satu kajian daripada aspek Persejarahan Budaya,
DBP, 1989. Hlm.8)
SOALAN RANGSANGAN SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR (SBDKL)
BUDAYA
SOALAN 1:
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur jelas memaparkan masyarakat
Melayu baik yang mendiami desa mahupun yang mendiami kota, masih
kuat berpegang kepada budaya dan tradisi masyarakat Melayu yang
menjadi amalan warisan turun temurun. Ulaskan penyataan ini.
[ 25 markah ]
SKEMA JAWAPAN:
Pendahuluan: (3 markah)
Budaya dan tradisi masyarakat Melayu seperti yang digambarkan menerusi
novel SBDKL jelas memperlihatkan keterikatan dan pautan masyarakat
Melayu dengan adat istiadat dan budaya Melayu yang menjadi amalan
seharian mereka sama ada yang tinggal di kota mahupun desa.
Antara budaya dan tradisi masyarakat Melayu yang dapat dikesan dalam
novel SBDKL ialah mementingkan hubungan kekeluargaan, mengekalkan
makanan tradisional Melayu, budaya kunjung mengunjung, membawa buah
tangan, meningkatkan hubungan ukhuwah (persahabatan) menerusi fungsi
masjid dan surau, mengekalkan gelaran atau panggilan hormat sesama
anggota keluarga atau gelaran pangkat seseorang, melayan tetamu, dan
sebagainya.

Budaya dan tradisi Melayu ini dalam sesetengah keadaan dianggap punca
dan penghalang kemajuan dan menimbulkan perbalahan atau konflik antara
sesama kelompok masyarakat

F1: Mementingkan hubungan kekeluargaan


F2: Mengekalkan makanan tradisi Melayu
F3: Budaya kunjung mengunjung
F4: Budaya menyapa dan bertanya khabar
F5: Berniaga berorientasikan skala kecil
F6: Budaya berderau (gotong royong) majlis kenduri kendara
F7: Menjadikan masjid atau surau sebagai tempat menjalani ibadah dan
merapatkan ukhuwah (persahabatan)
F8: Penentuan/pemilihan jodoh atas restu orang tua
F9: Melayan tetamu dengan baik
F10: Menjaga adab sopan dalam tingkah laku dan pertuturan
F11: Memanggil gelaran hormat dan pangkat berdasarkan faktor hubungan
nasab/keturunan, umur, kedudukan dalam masyarakat
F12: Pekerjaan berlatar belakangkan warisan/tradisi generasi terdahulu
F13: Mementingkan semangat kejiranan
F14: Mementingkan adat istiadat dilaksanakan mengikut tradisi Melayu dan agama
Islam
F15: Percaya kepada perkara khurafat /kuasa-kuasa lain selain Tuhan (tafsiran
mimpi/alamat buruk)
F16: Menghormati/menyanjung isntitusi Raja
* Pilih mana-mana 5 isi sahaja. (5F x 2 markah = 10 markah, 5HC x 2 markah = 10
markah --- 20 markah)
** Huraian + Contoh : Mohon guru mengembangkan idea dengan inisiatif sendiri.
Kesimpulan: (2 markah)

Masyarakat Melayu yang mendiami kota dan desa berdasarkan novel SBDKL
masih utuh mengamalkan tradisi dan budaya Melayu.
Namun demikian, ada juga watak-watak tertentu yang mewakili kelompok
Melayu
memecahkan
tradisi
dan
budaya
Melayu
dengan
melonggarkan/mengabaikan/meninggalkan budaya dan amalan masyarakat
Melayu. Etc: Mat Akil tidak beradab sopan, kasar, tidak menghormati orang
yang lebih tua, menghina dan menganiayai golongan agama dsb.

SOALAN 2:
Budaya niaga masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina ketara berbeza
seperti yang diungkapkan oleh Keris Mas menerusi Novel Saudagar Besar
dari Kuala Lumpur. Jelaskan penyataan ini dengan mengemukakan bukti
dan contoh yang tepat.
[ 25 markah ]
SKEMA JAWAPAN:
Pendahuluan: (3 markah)
2

Pemikiran bisnes / pemikiran niaga antara masyarakat Melayu (Peniaga


Melayu) dengan masyarakat Cina (Peniaga Cina) sememangnya ketara
berbeza.
Perniagaan orang Melayu terikat dengan batas/syariat agama manakala
masyarakat Cina masih mementingkan nilai moral namun lebih
mengutamakan keuntungan (profit based).
Perbezaan budaya niaga orang Melayu dengan orang Cina ada kaitan dengan
budaya dan prinsip, latar belakang pendidikan, latihan dan pendedahan,
perancangan strategik, modal kekuatan persatuan dan sebagainya.

Isi-isi Penting:
F1: Orang Melayu lebih memilih perniagaan berasaskan warisan turun
temurun manakala orang Cina lebih gemar menjalankan perniagaan yang
berbentuk penerokaan baharu
HC1: Jika mengusahakan perniagaan warung biasanya waris akan menyambung
usaha bapa/generasi awal. Contoh: Pak Salim
HC2: En. Muhammad sendiri ingin mengembalikan legasi perniagaan bapa dan
datuknya mengusahakan lombong bijih timah walaupun pada masa yang sama
beliau sudah ada anak syarikatnya sendiri yang berstatus enterprise yang bernaung
di bawah syarikat Datuk Tan Enterprise.
F2: Orang Cina lebih suka mempelbagaikan jenis perniagaan manakala
orang Melayu cenderung menjalankan perniagaan tipikal Melayu yang
berbentuk stereotaip (sama).
HC1: Datuk Tan Chong Seng selain mempunyai estet getah (180 ekar Pekan
Tualanghlm.11) juga mahu perniagaannya bersama-sama dengan Encik
Muhammad diperluaskan kepada perniagaan import eksport lada hitam ke pasaran
tempatan dan Jerman. Beliau juga mempunyai agenda untuk menghidupkan semula
legasi lombong bijih timah yang pernah diusahakan oleh datuknya bersama-sama
dengan mendiang datuk, Datuk Tan Chong Seng.
F3: Orang Melayu suka perniagaan yang tidak berisiko atau kurang
berisiko manakala orang Cina berani mengusahakan perniagaan yang
berisiko dan berisiko tinggi
HC1: Berdasarkan novel SBDKL banyak memaparkan perniagaan orang Melayu
yang tidak berisiko tinggi seperti membuka gerai jualan makanan dan minuman,
peraih ikan dan menjual ikan di pasar, mengusahakan perniagaan atap dan lainlain.
F4: Orang Cina gemar perniagaan yang bersifat Glokal / Domestik dan
Antarabangsa (Global and Local Based) manakala orang Melayu kurang
mempunyai perancangan bisnes bersifat antarabangsa
HC1: Walaupun idea banyak yang muncul daripada Encik Muhammad yang ingin
mengadakan dagangan lada hitam dengan syarikat Tuan Von Braun dari Frankfurt,
3

Jerman namun pemikiran dan idea itu sudah ada dalam kotak pemikiran Datuk Tan
(hlm.8)
HC2: Datuk Tan begitu yakin dan positif dengan langkah proaktif Encik Muhammad
melakukan perbincangan dan rundingan secara intensif (giat) dengan rakan niaga
dari Frankfurt, Jerman itu.
F5: Orang Melayu gemar perniagaan berbentuk kecil-kecilan dengan modal
yang terhad manakala orang Cina gemar kepada perniagaan yang berskala
besar dengan modal yang besar serta mengambil untung berdasarkan
untung atas angin (komisen)(hlm.5)
HC1: Walaupun idea itu kebanyakannya datang daripada idea Encik Muhammad,
namun Datuk Tan seolah-olah mahu menguji kebijaksanaan Encik Muhammad untuk
memaparkan strategi bisnesnya. Buktinya dia tahu ke mana matlamat dan hala tuju
pemikiran bisnes Encik Muhammad yang dilihatnya bertepatan dengan idea dan
kehendaknya. Bukti lain, Datuk Tan tidak menghalang/membantah idea Encik
Muhammad untuk mengambil untung perniagaan menerusi untung komisen.
F6: Orang Melayu gemar mengambil jalan singkat dengan berperanan
sebagai broker atau agen atau orang tengah dalam perniagaan dan
bukannya sebagai pemain utama (key players) dalam perniagaan
HC1: Yang Berhormat Mohd Yusof mempunyai agenda secara tersirat
mempengaruhi Penghulu Mahmud untuk membenarkan Encik Chan mengusahakan
tanah milik Penghulu Mahmud dan warisnya (Encik Muhammad dan adik beradik
yang lain) di Jeram Medang untuk dijadikan kawasan perumahan. Hasilnya beliau
akan menerima komisen yang lumayan daripada Encik Chan.
HC2: Sudin gemar menjadi broker kereta dan broker tanah walaupun telah
berkecimpung agak lama dalam perniagaan ini, sebaliknya lebih gemar
memperoleh untuk yang minimum /sedikit hasil jualan kereta dan tanah dan
bukannya mahu menjadi pengusaha kedai jualan kereta terpakai atau menjadi
broker tanah berlesen.
F7: Orang Melayu gemar berjoli dengan hasil untung perniagaan yang
diperoleh tetapi sebaliknya orang Cina gemar mengumpul dana sedikit
demi sedikit untuk agenda dan perancangan perniagaan masa hadapan
yang lebih mencabar.
HC1: Datuk Tan menyimpan wang sedikit demi sedikit sehingga berjaya membeli
tanah seluas 180 ekar di Pekan Tualang dan mengusahakan ladang/estet getah.
Dari situ dia berganjak dengan menubuhkan perniagaan enterprisenya dan
perniagaan-perniagaan yang lain.
HC2: Sudin sering berjoli dengan wang hasil komisennya sebagai broker tanah. Dia
sering ke Genting Highland dan sering kalah judi. Dia tidak mempunyai agenda
khusus untuk menyimpan wang bagi mengusahakan perniagaan yang dipeloporinya
itu.
F8: Orang Melayu sesetengahnya mempunyai pemikiran tinggi untuk
melangkah jauh dalam bidang perniagaan tetapi mempunyai kekangan
dari segi syariat (agama), pembahagian harta pusaka (hukum faraid),
faktor insaniah (faktor kemanusiaan) dan sebagainya. Peniaga Cina
kurang menghadapi kekangan untuk melangkah jauh dalam bidang
perniagaan.
4

HC1: Encik Muhammad walaupun punya wawasan perniagaan yang jauh tetapi
terpaksa berhadapan dengan seribu satu halangan. Antaranya, tanah di Jeram
Medang dan Kampung Pulai terikat dengan hak pembahagian harta pusaka (adik
beradiknya: kesemuanya telah meninggal kecuali Penghulu Mahmud dan dirinya
yang masih hidup). Anak saudaranya pula (pewaris harta iaitu anak-anak kakaknya
(3 orang kakaknya yang telah meninggal dunia) memohon saham perniagaan
sekiranya tanah yang hendak diusahakan Encik Muhammad untuk dijadikan
perusahaan lombong bijih timah itu menjadi kenyataan. Encik Muhammad tidak
boleh memonopoli tanah milik keluarganya secara total dan personal. Hal ini
merupakan halangan besar kepada dirinya.
F9: Orang Melayu/peniaga Melayu kurang mempunyai perancangan
strategik dalam perniagaan berbanding dengan orang-orang Cina atau
peniaga Cina.
HC1: Orang Cina/peniaga Cina bijak mengatur strategi mempergunakan orangorang Melayu untuk mencapai hasrat perniagaan mereka. Misalnya Encik Chan bijak
mempergunakan YB Muhd Yusuf dan Sudin untuk mempengaruhi Penghulu Mahmud
untuk menjalankan usahasama membangunkan kawasan perumahan di Jeram
Medang menggunakan tanah milikan keluarga Penghulu Mahmud. Gambaran ini
jelas, kerana Encik Chan tidak mahu dirinya dikenali sebagai pemaju yang akan
mengusahakan kawasan perumahan tersebut.
HC2: Begitu juga Datuk Tan mempnyai kekuatan akses mempergunakan bakat dan
kemahiran Encik Mhammad untuk memastikan Penghulu Mahmud atau Encik
Muhammad mendapat gelaran Orang Kaya agar Sultan akan menjadi pendokong
(back-up) utama perniagaan lombong bijih timah yang akan diusahakan oleh
mereka nanti.
* Pilih mana-mana 5 isi sahaja. (5F x 2 markah = 10 markah, 5HC x 2 markah = 10
markah --- 20 markah)
** Huraian + Contoh : Mohon guru modified / edit menggunakan inisiatif sendiri.
Kesimpulan: (2 markah)

Pemikiran bisnes antara orang Melayu/peniaga Melayu dengan pekmikiran


bisnes orang Cina / Peniaga Cina ternyata berbeza.
Orang Cina / peniaga Cina ternyata berjaya melangkah jauh dalam bidang
perniagaan / maju dalam bidang perniagaan kerana mempunyai persiapan
yang rapi dari sudut ilmu berniaga, berfikir di luar kotak, berani berdepan
dengan risiko, berperancangan dan berstrategi, suka meneroka bidang
perniagaan yang baharu, tidak menghadapi kekangan yang serius dari segi
agama, tuntutan harta warisan dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan
orang Melayu/peniaga Melayu.

SOALAN-SOALAN TAMBAHAN UNTUK PERBINCANGAN


** Skema akan saya upload kemudian.
SOALAN 3:

Encik Muhammad bin Idris merupakan watak protagonis dalam Novel


Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Beliau mempunyai visi yang jelas dan
berhasrat untuk melakukan anjakan bagi mengubah nasib penduduk
Kampung Pulai menerusi projek lombong bijih timah yang mahu
diusahakannya.
Namun
demikian
pemikiran
dangkal
sesetengah
masyarakat kampung yang memandang serong akan usahanya itu telah
mencetuskan konflik dengan penduduk kampung.
Bincangkan, sejauh manakah beliau berjaya mengubah mentaliti
masyarakat kampungnya dalam konteks kemajuan Kampung Pulai.
[ 25 markah ]
SOALAN 4:
Kekangan adat merupakan faktor utama yang menghalang impian Encik
Muhammad bin Idris merealisasikan cita-citanya untuk membangunkan
masyarakat Kampung Pulai. Sejauh manakah anda bersetuju dengan
penyataan ini. Bincangkan.
[ 25 markah ]
SOALAN 5:
Gaya hidup masyarakat bandar ketara berbeza dengan gaya hidup
masyarakat desa atau kampung. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur;
(a)bincangkan perbezaan gaya hidup masyarakat bandar dengan gaya
hidup masyarakat desa.
(b)sejauh manakah masyarakat kota dapat menyesuaikan gaya hidup
masyarakat kampung.
[
25
markah ]

Anda mungkin juga menyukai