Anda di halaman 1dari 1

Deringan di smart phone ku menandakan ada meseg whassap yang baru masuk.

Aku memberhentikan bacaanku lantas menggapainya untuk melihat whassap


tersebut. Ternyata mak menghantar whassap ke grup whassap keluarga.
Aku membacanya satu per satu. Sudah lama aku telah tidak memperdulikan
whassap dalam grup ini. Rupanya mak bertanya kepada kakak dan abang2 ku
yang bekerja di kota sama ada mereka mahu menunaikan ibadah korban di
Kemboja atau di kampong sahaja. Aku terdiam.
Raya Haji akan menjelang 2 bulan lagi. Aku masih lagi belum punya pekerjaan
dan belum mampu untuk turut sama menunaikannya. Lantas aku tutup whassap
ku dan membiarkan sahaja whassap mak itu.
Sedang aku ralit mencari-cari siaran televisyen yang menarik, aku terhenti di
siaran labbaikallah. Banyak betul rancangan berkisar tentang pengalaman
menunaikan haji sekarang. Oh baru aku teringat minggu lepas, bakal2 haji telah
berangkat ke Mekah. Aku mengelamun lagi.
Aku masih belum lagi mendaftar haji. Hari tu aku pernah menemani abangku
memasukkan duit ke tabung haji. Semangat betul abangku nak naik haji.
Katanya nanti die berusia 50 insyallah duitnya akan cukup. Aku masih berkira2
bila aku akan pergi mendaftar dan memasukkan duit ke tabung haji.
Labbaikallahu malabbaik Labbaikala syarikalabaik laung masjid di sekitar
rumahku. Abang2ku dan kakak ku semua sudah pulang ke kampong. Penuh
rumahku dibuatnya. Ibu sudah siap memakai kain sembahyang untuk ke masjid
menunaikan solat sunat aidiladha. Ah aku terlambat lagi. Masjid telah penuh.
Nasib abang belum pergi. Maka kami nekad untuk pergi ke masjid di kampong
sebelah yang lebih besar.
Semalam seharian mak memasak nasi kapit, kauh kacang dan sate. Makanan
unutk pagi raya dan untuk dibawa pulang ke rumah mak Ngahku.
Rumah mak Ngah terletak di daerah yang berlainan. Sekeliling rumah mak ngah
merupakan lading getah dan juga ladang ternakan. Aku merasakna seronok
tinggal di sini. Jauh dari hiruk piruk kota. Ayah sudah pesan awal2 agar kami
membawa besen untuk diletakkan daging nanti.
Tepat pukul 9.30 pagi makku menyarongkn seliparnya untuk ke tali air di hujung
kampong. Mak aku mengambil satu daripada 7 bahagian daging korban pada
tahun ini. Bahagian-bahagian lain diambil oleh mak sedara dan pak sedara aku.
Masing2 berjalan kaki ke sana sambal membawa besen masing-masing.
Pacat !!! jerit adik aku. Masing2 mengangkat hujung seluar memeriksa kaki.
Haha aku releks saja. Aku pakai stoking. Pacat tak boleh naik.

Anda mungkin juga menyukai