Anda di halaman 1dari 5

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru(FPG)


Menurut Choong Lean Keow didalam bukunya Falsafah dan Pendidikan
Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Guru(FPG) telah digubal bertujuan menjadi
panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). FPG
menjelaskan jenis guru diperlukan oleh negara kita. Apa yang terkandung di
dalam FPG ialah guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya
negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru
sangatlah penting untuk negara kita dan institusi pendidikan guru cukup
berperanan untuk melahirkan guru-guru bagi mendidik anak bangsa untuk
menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Analisis Falsafah Pendidikan Guru
Untuk menganalisis FPG, perlu kepada dua perspektif iaitu cabang-cabang
falsafah dan elemen-elemen yang terkandung. Antara yang terdapat di dalam
cabang falsafah adalah metafizik, epistemologi, aksiolgi dan logik.

Cabang Falsafah

Metafizik

Ciri-ciri FPG

Menjamin perkembangan
individu,
Memelihara masyarakat yang
bersatu padu, demokratik ,
progresif dan berdisiplin.

Epistemologi

Berpandangan progresif dan


saintifik

Analisis
Peranan guru sebagai
agen perubahan
dalam dunia
pendidikan yang
dinamik realiti
bidang pendidikan
Ilmu sentiasa
berkembang lanjut
penemuan baru dan
inovasi
Tanggungjawab guru
untuk memperoleh

ilmu baru agar tidak


ketinggalan zaman

Asikologi

Berpekerti mulia,
Menunjukkan aspirasi negara,
Menyanjung warisan
kebudayaan negara

Logik

Berpandangan progresif dan


saintifik

Guru sebagai rol model


dan teladan yang baikbermoral, beretika,
bersifat profesional
dan sebagainya.

Amalan penaakulan
logik dalam
menjalankan tugas
profesional dan rutin
harian pengajaran dan
pembelajaran,
Peningkatan diri secara
profesional demi
menjamin mutu
profesion perguruan
dan kualiti

Bagi analisis untuk elemen-elemen yang terkandung di dalam Falsafah


Pendidkan Guru(FPG) pula adalah:

Elemen-elemen FPG

Analisis

Bepekerti mulia

Sahsiah guru yang baik- berbudi


bahasa, bersopan, berdisiplin,
bermoral dan sebagainya.

Berpandangan progresif dan saintifik

Berkembang mengikut peredaran


zaman yang kini
memberipenekanan kepada sains
dan teknologi,

Berusaha agar tidak ketinggalan dari


segi profesional

Bersedia menjunjung aspirasi negara

Menghayati aspirasi negara yang


dihasratkan
Berusaha agar dapat menyumbang
secara maksimum ke arah
pencapaian aspirasi negara.

Serta menyanjung warisan


kebudayaan negara

Menghayati warisan kebudayaan


negara yang unik,
Memupuk sifat bangga terhadap
kepelbagaian budaya dalam
kalangan murid,
Menyemai sifat patriotisme dan
cintakan negara

Menjamin perkembangan individu

Peranan guru dari segi


perkembangan diri dan
perkembangan murid secara
menyeluruh (aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek)

Memelihara suatu masyarakat yang


besatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin

Tanggungjawab guru sebagai ahli


masyarakat yang menyumbang
kepada pembangunan negara
Berusaha agar masyarakat dapat
memenuhi aspirasi dan hasrat
negara yang telah ditetapkan

Implikasi FPG terhadap Sistem Pendidikan Negara


Terdapat beberapa implikasi FPG terhadap Sistem Pendidikan Negara. Pertama,
memang tidak dapat dinafikan bahawa FPG menghuraikan ciri-ciri guru yg

diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru, guru
mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan
negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang
berkesan.
Kedua, guru disifatkan sebagai rol model dan teladan bagi golongan murid.
Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Umpama
pepatah Melayu, bapa borek, anak rintik. Jikalau anak meniru tingkahlaku bapa
mereka di rumah, murid akan meniru tingkahlaku guru mereka di sekolah.
Tingkahlaku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkahlaku empat
puluh orang murid(secara purata) yang diajar.
Sebagai rumusan, maka ternyata peranan utama yang dimainkan oleh para
pendidik dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kengsaan. Justeru amat
penting untuk kita berganding bahu dalam hal tersebut demi kepentingan negara
amnya dan generasi muda khasnya.

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan
dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KSPK, serta pengetahuan
ikhtisas keguruan
2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri
dan pelajar selaras dengan tuntuana Falsafah Pendidikan Guru
4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru yang
sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan
keperluan pendidikan dan masa depan.
5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang
perkembangan pelajar

Anda mungkin juga menyukai