Anda di halaman 1dari 2

Uluhiyah berasal

dari
perkataan ilah yang
bermaksud Tuhan
yang
patut
disembah. Maka dari itu terbitlah pengertian bahawa tauhid uluhiyah ialah mengesakan
Allah sebagai tuhan yang satu dalam konteks ikhlas beribadah kepada-Nya.
Tauhid uluhiyah adalah peng-Esaan Allah dalam ketuhanan. Ketauhidan ini dibina atas dasar
ikhlas kerana Allah semata-mata, bersama rasa cinta, takut, mengharap, tawakal, gemar dan
hormat secara menyeluruh hanya kepada Allah. Tauhid uluhiyah itu mengesakan Allah dalam
ketuhanan, kerana dasar aqidahnya dibangun atas keikhlasan bertuhan. Dan dalam
mendapatkan keikhlasan itu perlu pula kepada cinta yang amat sangat kepada Rabbul Izzah
Allah Maha Esa.
Allah berfirman:
Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami
memohon pertolongan (QS 1:4)
Dan Allah berfirman:
Jika mereka berpaling dari keimanan maka katakanlah: Cukuplah Allah
bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia, hanya kepada-Nya aku bertawakal,
sedang Dia adalah Tuhan pemilik Arasy yang agung (QS 9:129)
Sampai kepada firman Allah:
Dan bertawakallah kepada Allah yang hidup kekal yang tiada mati dan
bertasbihlah memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa-dosa
hamba-Nya (QS 25:58)
Tauhid uluhiyah juga dipanggil tauhid ubudiyah kerana ubudiyah berasal dari
perkataan abd yang bermaksud hamba. Oleh kerana ilah bermaksud tuhan yang patut
disembah, maka yang paling sesuai menyembah-Nya pastilah hamba-Nya sendiri. Tauhid ini
juga digelar tauhid iradah atau tauhid kehendak, kerana setiap hamba itu berkehendak
kepada beribadah terhadap tuhan. Sifat berkehendak kepada tuhan ini merupakan sifat
yang memang semula jadi wujud dalam diri manusia, dan Maha Bijaksana Allah apabila Dia
menurunkan nabi-nabi dan rasul-rasul untuk menunjukkan manusia cara yang betul untuk
beribadah. Pendek kata, tauhid ini dibina atas rasa ikhlas beramal semata-mata kerana
Allah.
Allah berfirman:
...maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya (QS
39:2)
Dan Allah berfirman:
...katakanlah:Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru
selain Allah. Jika Allah hendak mendatangkan kemudaratan kepadaku,
adakah mampu berhala-berhala kamu menghilangkan mudarat itu? Atau jika
Allah mahu menurunkan rahmat-Nya kepadaku, adakah dapat berhala kamu
menahan turunnya rahmat-Nya?... (QS 39:38)

pada bahasa ialah


ketuhanan

TAUHID
ULUHIYA
H
mengitiqadkan
dengan itiqad
jazam
bahawa Allah
adalah tuhan
yang berhak di
sembah

TUGASAN KULIAH 3
MPW 1043 : PENGAJIAN ISLAM
NAMA

NO MATRIK

ABDUL AZIZ BIN MOHD TALIB


:

KUMPULAN

DPK

SEMESTER

SESI

M101165921

2012/2013

Anda mungkin juga menyukai