Anda di halaman 1dari 12

BAB 10

KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM


HUBUNGAN

OBJEKTIF BAB
Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan proses yang terlibat dalam pembinaan hubungan.
2. Menerangkan kepentingan hubungan.
3. Menghuraikan bentuk-bentuk perhubungan.
4. Menjelaskan strategi mengurus konflik interpersonal.
5. Membincangkan teori-teori pembinaan hubungan interpersonal.
10.1

PENGENALAN

Sebarang komunikasi antara dua orang individu dikatakan bersifat


kuantitatif sahaja jika mereka tidak mempunyai sebarang hubungan yang
rapat seperti dua orang sahabat, suami isteri atau sepasang kekasih.
Interaksi berkualiti melibatkan komunikasi yang membentuk hubungan.
Oleh kerana seseorang itu akan berinteraksi dengan orang lain untuk
menjalinkan hubungan dan harus menggunakan kemahiran
berkomunikasi untuk menyelesaikan konflik dalam hubungan tersebut.
10.2

PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN

Setiap hubungan antara dua orang individu mempunyai peringkat


perkembangan hubungan masing-masing. Seseorang itu harus
memahami peringkat-peringkat hubungan dan gaya komunikasi yang
digunakan dalam setiap peringkat tersebut. Model Perkembangan
Hubungan oleh Knapp (Knapp dan Vangelisti, 2000). Ia hanya boleh
digunakan untuk menghurai sifat-sifat hubungan semasa perkembangan
hubungan berlaku dan tidak boleh dijadikan asas untuk mengendalikan
hubungan itu sendiri.
10.2.1 Model Perkembangan Hubungan oleh Knapp
1.

Permulaan (initiation atau contact)

Pada peringkat ini individu mempamerkan minat untuk menjalinkan


hubungan. Lazimnya peringkat ini adalah singkat dan mengikut formula
115

yang konvensional seperti memberi salam, bersalam atau menyatakan


sesuatu misalnya, Selamat Pagi, Hai, apa khabar? dan lain-lain lagi.
2.

Mempertahankan interaksi (sustain)

Apabila peringkat permulaan telah berjaya dilakukan maka kedua-dua


komunikator akan melanjutkan perbualan mereka dengan membuat
pertanyaan. Misalnya, Jam awak pukul berapa? atau Dah makan ke?.
3.

Penerokaan/eksperimen

Peringkat ini terdiri daripada perbualan kecil dengan pertanyaan dan


pencerapan. Individu yang terlibat di dalam hubungan peringkat ini
sudah boleh menjangkakan sama ada hubungannya dengan orang yang
sedang berkomunikasi dengannya itu boleh diteruskan atau tidak.
4.

Mempergiatkan hubungan (intensifying)

Kedua-dua komunikator telah pun mempunyai hubungan yang rapat.


Seperempat masa interaksi mereka digunakan untuk meluahkan perasaan
secara terus. Mereka juga mengkomunikasikan perasaan mereka secara
terus. Contohnya, meningkatkan masa pertemuan, meminta sokongan,
memberi buah tangan, berjumpa ibu bapa dan sebagainya. Namun
begitu, masih terdapat syak wasangka pada diri masing-masing.
5.

Integrasi

Kedua-dua individu mewujudkan identiti mereka berdua sebagai satu


unit. Perubahan sikap bertanggungjawab untuk membantu dari segi
emosi dan material dapat dilihat. Mereka selalunya meminta sesuatu
secara terus dan selalunya menjangkakan sesuatu yang lebih dari apa yang
dipinta. Pada peringkat ini mereka sentiasa kelihatan berdua secara publik
misalnya makan di restoran, keluar membeli belah di pusat perniagaan
dan sebagainya.
6.

Pengikatan (bonding)

Pada peringkat ini kedua-dua individu memperlihatkan kepada umum


mengenai kewujudan hubungan mereka misalnya melalui perkahwinan
dan pertunangan. Hubungan mereka diikat secara sah dari segi undangundang.
7.

Membuat perbandingan (differentiating)

Kesemua peringkat dari permulaan hingga ke peringkat pengikatan


disebut sebagai peringkat escalation atau peringkat hubungan yang
116

semakin intim. Selepas peringkat pengikatan, maka peringkat deescalation


atau peringkat kerengangan mula dipamerkan. Hubungan mula
mengalami tekanan dan komunikasi menjadi lebih sukar dengan interaksi
yang agak keras. Perasaan perkongsian mula menurun misalnya,
Tengoklah cucu kesayangan kita tu bertukar menjadi Ha! Tengoklah
cucu kesayangan awak tu!. Sifat mementingkan diri sendiri dan tidak
bertanggungjawab telah mula wujud di antara kedua-dua komunikator.
8.

Pembatasan

Pada peringkat ini, komunikasi menjadi semakin berkurangan dari segi


kuantiti dan kualiti. Tanda-tanda tidak puas hati jelas kelihatan misalnya,
tidak makan di rumah, balik lewat dari kerja, tidak memperdulikan anakanak, kurang romantik apabila bersama dan bertengkar sudah menjadi
kebiasaan. Namun begitu, pasangan suami isteri dan kekasih boleh
bekerjasama menyembunyikan masalah hubungan mereka daripada
diketahui oleh publik. Mereka boleh merahsiakan hubungan yang mula
retak. Pada ketika ini juga terdapat banyak syarat yang diterima dan
diberikan oleh kedua-dua individu. Komunikasi yang dinamik telah
menjadi statik. Mereka kurang berbincang, banyak berdiam diri dan
kurang bersemuka. Kerjasama dan minat berkurang dalam hubungan
telah semakin pudar.
9.

Pengelakan (avoiding)

Di peringkat ini telah mula mewujudkan jarak di antara pasangan. Mesej


selalunya disampaikan secara tidak terus atau mengandungi sebab
tertentu contohnya, Berapa kali saya nak beritahu, jangan telefon saya di
pejabat, Saya sedang berbincang, Saya pergi outstation ada urusan
kerja dan Saya sedang sibuk.
10.

Pemutusan hubungan (terminating)

Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam hubungan yang


menurun. Kedua-dua individu berpisah melalui beberapa cara misalnya,
melalui persetujuan untuk bercerai. Menurut kajian, orang yang mahu
bercerai akan bertukar sikap. Contohnya, kurang melakukan pendedahan
pada diri sendiri. Bagi orang yang tidak mahu berpisah, dirinya menjadi
kurang intim dengan teman yang mahu hubungan itu ditamatkan kerana
khuatir keintiman akan menjarakkan mereka lagi.
Hubungan terputus melalui pelbagai cara iaitu
(i)

Hubungan menjadi semakin pudar. Kedua-dua individu


semakin jarak apabila keintiman merosot.
117

(ii)

Kematian
mengejut.
Berlaku
sesuatu
peristiwa
menyebabkan hubungan teruk terputus.
(iii) Incrementalism. Masalah terkumpul sehingga mencapai tahap
kritikal dan menjurus kepada perpisahan.
10.3

KEPENTINGAN HUBUNGAN

Menurut Devito (2003) setiap hubungan yang terjalin mempunyai


kepentingan tertentu. Antaranya:
(a)

Memenuhi kehendak insani

Manusia tidak dilahirkan bersendirian. Mereka mempunyai kehendak


tertentu yang perlu dipenuhi dalam kehidupannya. Kehendak yang
dimaksudkan
mencakupi
persahabatan,
berinteraksi
untuk
menghilangkan kesunyian, hubungan berkeluarga, menyelesaikan konflik
hidup atau untuk dikasihi oleh orang lain. Manusia juga memerlukan
antara satu sama lain untuk hidup dan memenuhi kehendak dirinya untuk
tujuan bersosial. Dari sinilah lahirnya sikap memerlukan antara seseorang
dengan yang lain dan merasa kehadirannya diperlukan. Perasaan
sedemikian merupakan sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia.
Hubungan terjalin atas dasar perhatian dari orang lain menyebabkan
seseorang merasa dirinya dimiliki.
Perasaan sunyi dan tersingkir dari kehidupan sosial kerana hidup
bersendirian akan mengakibatkan seseorang sukar membentuk dan
mengadaptasi hubungan dengan orang lain. Hubungan rapat melibatkan
emosi di mana manusia ingin menunjukkan kasih sayang dan dikasihi.
Jika seseorang itu merasa selesa dalam pengalamannya membentuk
hubungan dengan orang lain, mengadaptasi diri dalam hubungan lain
akan lebih mudah.
(b)

Mewujudkan hubungan bermakna

Sebahagian besar masa seseorang itu dalam hubungan interpersonal


adalah kerana inginkan hubungan sosial yang baik dengan orang lain.
Seseorang individu suka dikasihi dan mahu mengasihi. Antaranya
melibatkan hubungan persahabatan, kasih sayang dan rasa percaya
terhadap pasangan. Apabila hasrat tercapai, maka ia menjadikan
hubungan seseorang itu amat bermakna.
(c)

Mengawal keadaan

Setiap individu memerlukan hubungan persahabatan untuk membentuk


dan mengekalkan pengaruh dalam persahabatan yang dibentuk. Dalam
118

keadaan tertentu, seseorang ingin menentukan bahawa hubungannya


dalam keadaan yang stabil, selesa dan dalam kawalannya.
(d)

Melaskanakan sesuatu tugas

Hubungan peribadi melibatkan hubungan antara rakan sekerja. Dalam


situasi di tempat kerja, komunikasi interpersonal mempunyai peranan
utama yang melibatkan sistem hubungan yang kompleks. Organisasi
merupakan sistem terbuka melibatkan hubungan sosial yang kompleks,
sistem yang menyokong kemantapannya melibatkan anggota di
dalamnya. Kaitan antara aliran mesej menerusi komunikasi anggotanya
amat ketara dalam jaringan komunikasi dalam sesebuah organisasi.
Perlakuan individu di dalam organisasi mempengaruhi hubungan setiap
kali wujudnya interaksi.
Sistem di dalam sesebuah organisasi merangkumi individu yang
membentuk institusi organisasi itu sendiri. Ini dilihat dalam hubungan
berbentuk adik-beradik sehinggalah kepada sistem hubungan kompleks
yang melibatkan keseluruhan organisasi.
Setiap ahli dalam organisasi melibatkan interaksi sama ada secara
bersemuka atau maya antara ahli yang membentuk hubungan ketua
dengan orang bawahannya atau individu di luar organisasinya. Oleh itu,
semakin kompleks sistem dalam sesebuah organisasi maka hubungan
antara ahli yang melibatkan operasinya menjadi semakin rumit. Oleh itu,
corak komunikasi yang diamalkan dalam sesebuah organisasi amat
penting untuk menentukan hubungan yang harmoni dalam suasana kerja
yang kondusif amat diperlukan.
(e)

Mengawal konflik dalam hubungan

Setiap hubungan dalam persahabatan yang terjalin tidak seharusnya


berakhir dengan kebahagiaan. Dalam hubungan peribadi, mereka yang
terlibat dalam hubungan tersebut melalui pelbagai pengalaman hidup.
Pengaruh keadaan, masa dan persekitaran mempengaruhi iklim
persahabatan.
Dalam keadaan di mana seseorang dalam hubungannya gagal memenuhi
kehendak persahabatan mereka maka hubungan tersebut akan
menghadapi kesukaran. Pertelingkahan yang timbul dalam hubungan
umpamanya jika gagal dibendung membawa konflik dalam persahabatan
sehingga membawa kepada tindakan agresif dan masalah psikologi.
Konflik dalam hubungan antara sahabat yang sudah lama berkawan rapat
pasti menyebabkan mereka tidak lagi berkomunikasi antara satu sama
lain sehingga membawa kepada hubungan yang janggal.
119

(f)

Mengubah sikap dan tingkah laku

Seseorang individu mengambil banyak masa untuk mengubah sikap dan


perilaku orang lain dalam hubungan interpersonal. Seseorang itu
mungkin mahu rakannya memilih satu cara yang baik pada persepsi
individu berkenaan. Kadang kala seseorang itu memilih menggunakan
kaedah yang dikenali sebagai pemujukan. Ibu bapa, guru atau ketua
mungkin inginkan anak mereka, murid atau pekerja mereka mendengar
atau mengubah apa yang dilakukan kerana menganggap anak, murid atau
pekerja mereka, melakukan sesuatu yang tidak membawa faedah atau
tidak mempunyai nilai positif.
10.4

KATEGORI HUBUNGAN

Menurut Beebe, Beebe dan Redmond (1999) hubungan dalam kehidupan


manusia boleh dikategorikan kepada dua iaitu
1.

Hubungan kerana keadaan

Hubungan yang wujud disebabkan oleh keadaan di mana seseorang


individu itu berada. Misalnya, hubungan seseorang itu dengan ibu bapa,
adik beradik, rakan sepejabat, pensyarah dan lain-lain lagi.
2.

Hubungan kerana pilihan

Hubungan yang diwujudkan kerana pilihan diri sendiri. Misalnya


hubungan seseorang itu dengan kekasih, kawan baik, suami dan isteri.
Senaraikan beberapa contoh bagaimana hubungan boleh
terputus.
10.5

STRATEGI MENGURUS KONFLIK INTERPERSONAL

Mengurus konflik memerlukan kemahiran komunikasi interpersonal.


Antara cara-cara pengendalian konflik yang dilakukan ialah
1.

Mengendalikan emosi

Ketika sedang berkonflik, terutamanya konflik ego, seseorang itu


sewajarnya tidak mengambil sebarang tindakan ketika sedang marah atau
kecewa. Emosi ini boleh menjejaskan keseimbangan seseorang itu
berfikir demi mencapai kata sepakat dan matlamat berinteraksi.

120

2.

Pilih waktu dan lokasi yang sesuai

Penyelesaian konflik tidak dapat diselesaikan dengan keadaan lokasi yang


bising dan tidak pada waktu yang tepat. Oleh itu, pilihlah tempat yang
bersesuaian untuk membincangkan konflik. Kesediaan rakan konflik
amat penting diambil kira kerana kesediaan menggambarkan keikhlasan
dan keterbukaan. Dan sikap keterbukaan ini timbul dari pemilihan masa
dan lokasi yang sesuai.
3.

Perancangan mesej

Ketika hendak berbincang menyelesaikan konflik, seseorang itu perlu


merancang pengisian mesej. Tanya diri, apakah matlamat perbincangan?
Apakah yang ingin diperolehi daripada perbincangan tersebut?.
Seseorang itu perlu merancang mesej. Malah cara menyampaikan mesej
juga wajar dirancangkan dengan sistematik dan teliti. Kesilapan
merancang mesej dan cara menyampaikannya mengeruhkan lagi keadaan
dan memungkinkan konflik tidak berakhir.
4.

Pemantauan mesej bukan lisan

Aktiviti memantau mesej bukan lisan memainkan peranan penting untuk


mengesahkan makna yang disampaikan oleh lawan konflik atau
seseorang itu menggunakan mesej bukan lisan itu untuk mengukuhkan
makna maklumat yang diutarakan. Oleh itu, seseorang itu wajar
berkomunikasi dengan tenang, lakukan pertembungan mata dan
mengekalkan wajah yang normal. Mengendalikan mesej bukan lisan
dengan berkesan akan membantu menguruskan konflik.
5.

Elakkan serangan peribadi

Elakkan mengungkit kelemahan peribadi orang lain semasa berbincang.


Tindakan mengejek dan meluahkan kata-kata yang terlalu emosi tidak
akan menyelesaikan konflik. Berikan tumpuan kepada isu utama yang
dibincangkan.
6.

Bercakap pada diri sendiri untuk menguruskan perasaan


dan emosi

Berfikir sebelum bercakap atau bertindak adalah lebih baik. Berikan


pertimbangan pada diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyatakan
makna mesej yang hendak disampaikan. Bersikap penyabar dan
muhasabah diri untuk menguruskan perasaan akan memberi impak
kepada maklum balas emosi. Pertuturan hendaklah lemah lembut,
berwibawa dan meyakinkan akan mengurangkan tekanan emosi pada diri
sendiri dan pihak lawan berkonflik.
121

Pada pandangan anda, mengapakah perlu menguruskan


konflik dengan baik?
10.6

TEORI-TEORI KOMUNIKASI KEMANUSIAAN

Komunikasi
kemanusiaan
melibatkan
pembinaan
hubungan
interpersonal sesama manusia. Menurut Devito (2003) antara teori
komunikasi kemanusiaan ialah
1.

Teori tarikan

Seseorang itu tertarik menjalin hubungan kerana terdapat persamaan diri


orang itu dengan diri seseorang. Persamaan ini melibatkan persamaan
dari segi bangsa, karesteritik fizikal, kepandaian, kemahiran pengalaman,
minat dan sikap yang ingin dikongsikan bersama.
Selain itu, seseorang itu menjalinkan hubungan kerana menyukai orang
lain. Tarikan yang saling berbalas ini melambangkan bahawa kedua-dua
orang yang terlibat dalam hubungan ini merasa dihargai dan dihormati
kerana sanggup menerima diri masing-masing.
Hubungan boleh juga dijalin disebabkan kedekatan seseorang itu dengan
individu yang lain. Contohnya, Nazwa berjiran dengan Halimah atau
bekerja dalam satu organisasi. Ramai orang menjalinkan hubungan
kerana mereka sering berjumpa.
Keteguhan membina hubungan juga dikaitkan dalam teori ini. Seseorang
yang menjalinkan hubungan akan cuba mempertahankan hubungannya
dengan cara memberikan ganjaran atau hadiah kepada orang lain.
Misalnya, suami akan memberikan ganjaran kepada isterinya dengan
membeli hadiah perkahwinan seutas rantai kerana menghargai
pengorbanan isteri dan memastikan ikatan perkahwinan berpanjangan
dan teguh.
Selain itu, tarikan fizikal dan personaliti memainkan peranan penting
dalam hubungan kedua-dua orang individu. Tarikan fizikal dan
personaliti yang positif menambahkan keyakinan dalam hubungan dan
menjadi daya tarikan ketika menjalinkan hubungan.
2.

Teori penembusan sosial

Teori Penembusan Sosial diperkenalkan Altman dan Taylor (1973). Teori


ini menerangkan sebuah bulatan (pai) yang terdiri daripada beberapa
lapisan. Bulatan atau pai ini mewakili maklumat mengenai diri orang yang
122

membuatkan pendedahan kendiri. Bahagian kulit bulatan itu


mengandungi beberapa maklumat permukaan dan bukan merupakan
rahsia kepada dirinya.
Pendedahan kendiri yang dilakukan oleh seseorang individu sebenarnya
menyingkap keluasan maklumat mengenai dirinya serta kedalaman
maklumat tersebut (lihat rajah di bawah).

Maklumat diri
yang mudah
didedahkan

Maklumat diri
yang tidak
mudah
didedahkan
Kebiasaannya, dalam jenis komunikasi yang tidak melibatkan
pendedahan kendiri, hanya maklumat bahagian permukaan itu sahaja
yang didedahkan. Dalam pendedahan kendiri, maklumat di bahagian
dalam itu merupakan maklumat peribadi sulit kepadanya.
Teori ini juga menghuraikan hubungan dua orang yang mempunyai
hubungan. Keintiman hubungan itu diukur daripada kedalaman
maklumat yang telah didedahkan oleh kedua-dua individu masingmasing.
3.

Teori pertukaran sosial

Teori Pertukaran Sosial mengandaikan bahawa seseorang itu boleh


meramal dengan tepat keuntungan dari pelbagai interaksi. Teori ini
mengemukakan dua ukuran perbandingan untuk menilai sesuatu hasil
interaksi. Ukuran pertama adalah berkenaan dengan kepuasan relatif
iaitu bagaimana individu itu merasa gembira atau sedih selepas sesuatu
pertemuan peribadi. Thibaut dan Kelley (1986) memanggil ukuran ini
tahap perbandingan.
123

Tahap perbandingan seseorang individu ialah paras di mana semua hasil


interaksi di atas paras tersebut dianggap menarik dan menguntungkan.
Kepuasan bergantung kepada jangkaan yang dibentuk oleh pengalaman
masa lepas.
Mengikut Thibaut dan Kelley (1986) wujud darjah kedua dengan mana
seseorang individu menilai hasil yang diterimanya. Ini dipanggil darjah
perbandingan alternatif dan tahap ini dikaitkan dengan ganjaran yang
boleh didapati luar dari sesuatu hubungan itu. Sekiranya potensi
keuntungan dalam hubungan lain meningkat maka mulalah
ketidakstabilan berlaku dalam hubungan yang tersedia ada. Darjah
perbandingan alternatif tidak ada kaitan dengan tarikan atau kepuasan.
Seseorang itu mungkin gembira dengan jawatannya tetapi akan terus juga
tinggalkannya untuk jawatan baru yang menawarkan gaji yang lebih
tinggi.
Selain dari perbezaan dalam minat dan stabiliti, perhubungan juga boleh
diasingkan mengikut kuasa. Didapati apabila hasil melebihi darjah
bandingan alternatif maka pergantungan adalah amat besar. Hubungan
antara pergantungan dikaitkan dengan kawalan. Terdapat tiga bentuk
kawalan iaitu

4.

(i)

Kawalan reflexif- Keupayaan untuk memberi ganjaran


pada diri sendiri dikenali sebagai kawalan reflexif.
Tindakan ini dianggap sebagai memenuhi tanggungjawan
di atas segala hasil tindakan diri. Ganjaran kendiri tidak
mengikat individu kepada orang lain. Malahan ia terus
memberi kebebasan kepada individu walaupun
perhubungannya berubah.

(ii)

Kawalan takdir - Keupayaan mempengaruhi nasib atau


hasil seseorang tanpa mengambil kira apa yang dibuat
olehnya dikenali sebagai kawalan takdir. Kawalan takdir
bersama ialah keadaan di mana dua individu saling
bertanggungjawab di atas nasib satu sama lain.

(iii)

Kawalan tingkah laku - Keupayaan mengubah tingkah


laku orang lain melalui kepelbagaian tingkah laku mereka
sendiri dikenali sebagai kawalan tingkah laku. Ia tidak
semestinya menghasilkan kesan yang baik hanya kuasa
mengubah individu lain.

Teori ekuiti

Teori ini menerangkan bahawa pembinaan dan penjalinan hubungan


disebabkan oleh ganjaran yang dibahagikan dalam bentuk kadar kos.
124

Apabila kita menerima ganjaran yang lebih kecil (kurang), maka akan
mendesak seseorang itu bersikap tidak puas hati dan bertindak untuk
memutuskan hubungan.
Misalnya, Hasbullah membuka syarikat perniagaan komputer bersama
dengan rakannya Hafidz. Hasbullah telah melaburkan wangnya sejumlah
RM 50,000 dan Hafidz pula melaburkan wangnya sejumlah RM 10,000
untuk tujuan membuka syarikat tersebut. Permintaan ekuiti akan berlaku
apabila syarikat mendapat keuntungan di mana Hasbullah menerima
ganjaran yang banyak berbanding Hafidz. Ini kerana Hasbullah telah
melaburkan wangnya dengan banyak untuk membuka syarikat tersebut
berbanding Hafidz. Kadar kos yang diterima oleh Hasbullah (RM
50,000) banyak berbanding Hafidz (RM 10,000). Hafidz tidak berpuas
hati dengan pembayaran keuntungan tersebut lalu mengambil tindakan
berhenti sebagai kongsi niaga syarikat tersebut dan memutuskan
hubungan dengan Hasbullah.
Mengapakah perlu mengaplikasikan teori komunikasi
kemanusian dalam hubungan?
10.7

KESIMPULAN

Dalam bab ini anda telah mempelajari bahawa semua orang mempunyai
keinginan untuk menjalin hubungan yang intim dengan individu lain.
Hubungan mempunyai peringkat-peringkat perkembangannya yang
bersifat preskriptif. Malahan, terdapat dua bentuk hubungan dan setiap
hubungan yang terjalin mempunyai kepentingan tertentu.
Bab ini juga telah menerangkan cara mengurukan konflik dalam
hubungan. Selain itu, penggunaan teori dijelaskan dalam bab ini dan ia
boleh diaplikasikan mengikut konteks hubungan. Secara ringkasnya,
komunikasi interpersonal memainkan peranan yang penting dalam
penjalinan dan pengekalan hubungan. Setiap orang perlu
mengaplikasikan
kemahiran
komunikasi
interpersonal
untuk
mengukuhkan hubungan dengan orang lain.
SOALAN PENILAIAN KENDIRI
1.

Terangkan peringkat-peringkat perhubungan.

2.

Bincangkan teori penembusan sosial dan pertukaran sosial


dengan mengaitkan contoh-contoh yang sesuai.
125

3.

Jelaskan strategi menguruskan konflik dalam hubungan.

4.

Terangkan dua bentuk hubungan.

5.

Jelaskan kepentingan menjalinkan hubungan.


Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

126