Anda di halaman 1dari 7

Silat Melayu

SENI Silat Melayu: Sejarah Perkembangan dan Budaya karya Abd Rahman
Ismail merakam seni mempertahankan diri Melayu tanpa mengetepikan aspek
sejarah dan keasliannya dengan mencungkil kewujudannya dalam memori
budaya lewat teks kesusasteraan Melayu klasik.
Buku setebal 187 halaman terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
berharga RM48 senaskhah ini, turut mengangkat aspek persenjataan, senaman
dan amalan kebatinan, selain meninjau perkembangan silat olahraga serta
kegiatan kokurikulum di sekolah di samping kaitannya dengan pembentukan
jati diri bangsa. ****

Dikemaskini pada 29 Mei 2009

DBP anjur Pertandingan Pantas Jawi

KOTA BHARU: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan


oleh Kementerian Pelajaran, bertujuan memajukan taraf pendidikan dan
kecemerlangan pelajar secara menyeluruh, termasuk penguasaan bahasa dan
tulisan jawi.
Selaras itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur menganjurkan
pertandingan Pantas Jawi Peringkat Negeri yang disertai pelajar Tingkatan
Tiga hingga Enam dari seluruh Kelantan.
Pengarah DBP Wilayah Timur, Mohammad Yusop Ishak, berkata penganjuran
pertandingan pantas jawi itu bertujuan membantu mempertingkatkan
penguasaan bacaan serta tulisan jawi di kalangan pelajar.
"Perkembangan tulisan jawi bergantung penuh kepada sikap masyarakat,
selain terdedah kepada cabaran globalisasi dan peranan pendidik yang
begitu besar untuk mengembalikan kegemilangannya semula.
"Saya dapat melihat sejak lima tahun program pantas jawi diadakan,
keyakinan peserta dalam menjawab soalan diberikan amat membanggakan,"
katanya ketika menutup pertandingan itu di dewan DBP Wilayah Timur, dekat
sini, kelmarin.

Dikemaskini pada 18 Sep 2009

Kembara puisi bermula Jumaat


MELAKA: Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) akan mengadakan Kembara Puisi
Pengurus ISMMA, Kemerdekaan selama tiga hari bermula Jumaat ini bagi
memeriahkan program sambutan bulan kemerdekaan yang sedang berlangsung di
seluruh negara.
Noor Azlina Yunus, berkata program dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka
cawangan Wilayah Selatan dan Biro Tatanegara Melaka itu bakal mengetengahkan
150 peserta membabitkan pemimpin masyarakat, pelajar, persatuan penulis, badan
bukan kerajaan serta Pemuda dan Puteri Umno.
"Dalam program itu peserta akan menjelajah Bandar Melaka, Pagoh, Bukit
Kepong, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Batu Pahat untuk membaca puisi
kemerdekaan serta memperingati tokoh perjuangan lampau.
"Pada masa sama kita mendedahkan generasi muda untuk menemui tokoh
perjuangan dan kebangsaan bagi mendengar kisah perjuangan mereka ketika
menentang penjajah suatu ketika dulu.
"Kita juga akan menghulurkan bantuan ketika melawat tokoh terbabit," katanya.
Azlina berkata, ketika di Pagoh rombongan akan menziarah dan membaca tahlil di
Makam Sultan Alauddin Shah serta di beberapa makam tokoh pejuang
kemerdekaan di Bukit Kepong.
Program ini juga julung kali diadakan ISMMA membabitkan negeri Melaka dan
Johor.

Dikemaskini pada 26 Sep 2007

Kembara puisi bermula Jumaat


MELAKA: Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) akan mengadakan Kembara Puisi
Kemerdekaan selama tiga hari bermula Jumaat ini bagi memeriahkan program sambutan bulan
kemerdekaan yang sedang berlangsung di seluruh negara.
Pengurus ISMMA, Noor Azlina Yunus, berkata program dengan kerjasama Dewan Bahasa dan
Pustaka cawangan Wilayah Selatan dan Biro Tatanegara Melaka itu bakal mengetengahkan 150
peserta membabitkan pemimpin masyarakat, pelajar, persatuan penulis, badan bukan kerajaan
serta Pemuda dan Puteri Umno.
"Dalam program itu peserta akan menjelajah Bandar Melaka, Pagoh, Bukit Kepong, Kota
Tinggi, Johor Bahru dan Batu Pahat untuk membaca puisi kemerdekaan serta memperingati
tokoh perjuangan lampau.
"Pada masa sama kita mendedahkan generasi muda untuk menemui tokoh perjuangan dan
kebangsaan bagi mendengar kisah perjuangan mereka ketika menentang penjajah suatu ketika
dulu.
"Kita juga akan menghulurkan bantuan ketika melawat tokoh terbabit," katanya.
Azlina berkata, ketika di Pagoh rombongan akan menziarah dan membaca tahlil di Makam
Sultan Alauddin Shah serta di beberapa makam tokoh pejuang kemerdekaan di Bukit Kepong.
Program ini juga julung kali diadakan ISMMA membabitkan negeri Melaka dan Johor.

Dikemaskini pada 26 Sep 2007

Sasterawan Negara angkat perjuangan tanah air

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara Ke-10, Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan atau
lebih dikenali sebagai Anwar Ridhwan, yang menerima Anugerah Sastera
Negara, malam tadi, berazam untuk melahirkan karya besar yang mengangkat
cita-cita bangsa dan negara.
Anwar berkata, sebagai langkah awal, beliau akan menghasilkan novel
trilogi yang siri pertama daripada tiga siri sudah disiapkan.
"Novel trilogi itu mengangkat kisah perjuangan bangsa kita dalam
menghadapi cabaran yang berbentuk ideologi dan kepercayaan seperti
sosialisme dan komunisme serta menangani persoalan demokrasi.
"Isu itu cukup besar untuk ditangani kerana ia berkait dengan
perjuangan dan perkembangan negara bangsa, sekali gus memberikan impak
yang nyata kepada masyarakat," katanya ketika ditemui selepas Majlis
Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-10, di sini, semalam.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan Anugerah
Sastera Negara (ASN) 2009 kepada Anwar.
Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah; Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran dan
Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara serta Ketua Pengarah Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz.
Anwar menerima hadiah wang RM60,000, Warkah Penghormatan Negara,
kemudahan mencipta dan menerbitkan karya di samping perubatan percuma di

hospital kerajaan.
Anugerah Sastera Negara yang diperkenalkan pada 1979 adalah
pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh kerajaan kepada sasterawan
yang memberi sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah
air melalui penulisan yang bermutu tinggi.
Selain novel trilogi itu, Anwar berkata, beliau merancang menulis
cerita pendek yang diangkat daripada pantun tradisional yang sudah pun
dipilih, sekali gus bertujuan memartabatkan warisan tradisi bangsa.

Dikemaskini pada 2 Dis 2009

Anda mungkin juga menyukai