Anda di halaman 1dari 16

Bil 4/2010

APRIL 2010

Edaran PERCUMA

PENGURUSAN PELESENAN

www.mbpj.gov.my

Tahukah Anda Jenis-Jenis Lesen di MBPJ ?

02

Dari Meja

Datuk Bandar
Dato Hj. Mohamad Roslan b. Sakiman,
DATUK BANDAR PETALING JAYA

AGENDA TRANSFORMASI PIHAK BERKUASA


TEMPATAN (PBT)
Assalamualaikum w.b.t., selamat sejahtera dan salam
muhibah.
Tuntutan transformasi PBT perlu dilaksanakan
memandangkan
tuntutan
perkhidmatan
warga
yang semakin meningkat, ekspektasi tinggi
daripada pelanggan dan stakeholders ke atas sistem
penyampaian yang berkesan. Transformasi PBT ini
melalui pendekatan komprehensif dan bersepadu.
Keberkesanan pelaksanaannya menuntut perubahan
minda dan cara bertindak seluruh warga PBT untuk
memberikan perkhidmatan berprestasi tinggi dan
melangkaui ekspektasi rakyat.
Definisi Transformasi
Transformasi merujuk kepada perubahan
bentuk yang melibatkan sifat, rupa, keadaan
dan lain-lain (Kamus Dewan).
Dalam konteks organisasi istilah transformasi
mengikut definisi businessdictionary.com : A
shift in the business culture of an organisation
resulting from a change in the underlying
strategy and processes that the organisation has
used in the past.
Transformasi PBT
Ciri-ciri organisasi pratransformasi seperti berikut: Budaya keselesaan,
Kurang responsif,
Kelemahan penguatkuasaan,
Imej yang rendah,
Isu-isu integriti dan
Kurang kompeten.
Transformasi yang dilaksanakan
Melahirkan budaya kerja berprestasi tinggi.
Mewujudkan uniqueness dan ethos.
Melahirkan budaya mengejar kecemerlangan.
Membangunkan kapasiti organisasi dan warga.
Memperkukuhkan kerjasama strategik dengan
agensi luar.

Hasil Proses Transformasi PBT


Kepuasan pelanggan,
Imej yang unggul,
Ethos
mengenai
pembelajaran
dan
penambahbaikan,
Keterangkuman (Inclusive),
Breaktrough leadership,
Tadbir urus cemerlang,
Niche expert / Bidang kepakaran tersendiri,
Personaliti unggul,
Engaged employee dan
Engaged organisation.
Sekiranya semua PBT melaksanakan transformasi
ini: Peningkatan daya saing negara.
Peningkatan kepuasan hati pelanggan.
Peningkatan
dalam
pengurusan
dan
perkhidmatan perbandaran.
Peningkatan tahap dan kemampanan kualiti
hidup rakyat.
Dalam melaksanakan apa jua penambahbaikan, PBT
juga tidak seharusnya melupakan peranan asasnya
dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran seperti
jalan, parit, longkang, rumput, lampu jalan, tamantaman permainan dan lain-lain kemudahan awam yang
sememangnya perlu diselenggara dan dipastikan berada
dalam keadaan baik secara berterusan kerana ia secara
langsung mencerminkan mutu perkhidmatan sesebuah
PBT. Sekiranya tidak, maka rakyat akan mempersoalkan
tentang kewajaran pewujudan PBT berkenaan.
Sehubungan dengan itu, MBPJ hendaklah menerapkan
budaya kerja yang mesra pelanggan agar setiap
urusan dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah
dan telus. Selain impak globalisasi dan kepesatan
proses urbanisasi di negara ini menyebabkan cabaran
yang dihadapi oleh MBPJ selaku urban managers
semakin kompleks. Untuk itu, MBPJ perlu sentiasa
responsif, menjadi catalyst kepada pembangunan
setempat dan juga berubah daripada service oriented
kepada development oriented. MBPJ juga perlu berani
melakukan perubahan ataupun service beyond ordinary
dan sentiasa bersiap sedia untuk meningkatkan prestasi
penyampaian perkhidmatan dalam segenap aspek.
Akhir kata saya sekali lagi menyeru warga kerja MBPJ
bekerjasama dengan saya melakukan transformasi bagi
memastikan tuntutan dan kehendak pelanggan dapat
dipenuhi di samping meningkatkan mutu perkhidmatan
yang cemerlang.

Berita

03

TERMINAL BAS Wans Central


Atasi Kesesakan Lalu Lintas

DAMANSARA DAMAI, 17 April Terminal Bas


Wans Central yang menempatkan sebanyak 33 buah
kedai mampu milik menjadi hub baharu aktiviti
perniagaan peniaga sekitar Damansara Damai yang
selama ini menjalankan perniagaan di bahu-bahu
jalan.

menurun dan mengambil penumpang.

Kewujudan terminal ini mampu menjana ekonomi


penduduk setelah menjadi tempat khusus syarikat bas
yang menjadi pengangkutan utama penduduk untuk
menurun dan mengambil penumpang.

Terminal bas ini yang dijangka beroperasi menjelang


Mei 2010 ini turut menyediakan 2 buah parkir Orang
Kurang Upaya, surau dan kemudahan lain di samping
berhampiran dengan stesen minyak, pusat membeli
belah dan medan selera.

Syarikat-syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan


di sini ialah Selangor Omnibus, Rapid KL dan
Metrobus Nationwide sebelum ini tiada tempat
khusus untuk beroperasi telah mengundang masalah
kesesakan dan kini masalah tersebut mampu diatasi
dengan kapisiti terminal yang mampu menampung
tujuh buah bas pada satu masa.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato Hj. Mohamad
Roslan b. Sakiman yang hadir merasmikan terminal
ini menyarankan, setiap operator bas di sini
menggunakan kemudahan yang disediakan dan
tiada lagi bas-bas yang berhenti lama di bahu-bahu
jalan, sepanjang jalan di Damansara Damai ini untuk

Dengan adanya bas-bas yang menunggu di bahu


jalan, maka ia akan menghalang perjalanan kenderaan
lain di jalan raya dalam kawasan Damansara Damai
ini, tambah beliau.

Medan Prestasi Sdn. Bhd. anak syarikat MK Land


Holdings Berhad bertanggungjawab membina terminal
bas ini yang menelan belanja kira-kira RM1.9 juta.
Terlebih dahulu, Datuk Bandar telah diberikan
penerangan dan meninjau kawasan yang telah dinaik
taraf di kawasan Perdana Business Centre yang akan
diserahkan sepenuhnya kepada pihak Majlis menjelang
Jun 2010 kelak bagi tujuan penyelenggaraan. Turut
hadir pada majlis ini Tan Sri Datuk Haji Mustapha
Kamal Haji Abu Bakar, Pengerusi Eksekutif MK
Land Holdings Berhad.

Siri 1

04

Jenis Lesen Tred


LESEN TIDAK KRITIKAL

Iaitu permohonan yang lengkap akan diluluskan secara serta-merta.


Terbahagi kepada 2 jenis iaitu seperti berikut :i) Kelulusan tanpa syarat khusus, contohnya:
Kedai aksesori kereta (jual sahaja)
Kedai barangan elektrik
Kedai buku dan alat tulis
Kedai perabot
Kedai peralatan rumah / dapur
Kedai fotostat
Kedai telefon / aksesori
Iklan / papan iklan bercahaya / papan tanda premis
ii) Kelulusan dengan syarat khusus, contohnya:
Kedai aiskrim
Kedai kek dan roti
Kedai kawalan serangga (jual sahaja)
Kedai produk kesihatan / makanan kesihatan
Restoran / kedai makan
Tadika / Taska
Kedai CD, DVD dan kaset
Simpan / jual / edar minuman keras
Syarat khusus ialah perlu mendapat ulasan daripada jabatanjabatan berkaitan.
a) Surat kelulusan kebenaran tukar guna bangunan daripada
Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ (Tadika / Taska /
Hotel).
b) Surat Kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau
Jabatan Pendidikan (Taska / Tadika).
c) Lesen cetak di bawah peraturan Kawalan Percetakan 1974
daripada Kementerian Dalam Negeri.
d) Kelulusan daripada Pejabat Daerah (Minuman Keras)
e) Sijil Kelayakan Persolekan / Rawatan Muka / Ophthalmologist
/ Optometrist
f) Surat Kelulusan FINAS (CD, DVD & Kaset)
g) Surat kelulusan daripada Bahagian Alam Sekitar bagi
aktiviti memproses/menyimpan / mengedar bahan kimia dan
berbahaya.
h) Senarai nama pekerja, salinan sijil kursus dan salinan sijil
suntikan TY2. (Establisymen Makanan)
i) Surat daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
(Farmasi/Barangan Kesihatan)
Syarat-Syarat Permohonan Lesen Tidak Kritikal
1. Borang disertakan bersama:
- Pendaftaran syarikat (Borang 24, 49, MMA perkongsian,
nama pengarah penubuhan syarikat)
- Kad pengenalan
- Salinan perjanjian sewa
- Pelan lantai dengan ukuran
- Gambar premis luar dan dalam

2. Visual Iklan
i. Bahasa kebangsaan lebih besar

ii. Nahu yang betul

iii. Kedudukan bahasa

iv. Meletakkan pemilikan syarikat di sebelah kiri

bawah iklan

v. Meletakkan nombor iklan (MBPJ/NO. LESEN

TAHUN LULUS) di sebelah bawah.
LESEN KRITIKAL
Iaitu permohonan yang memerlukan ulasan jabatan teknikal luaran
dan dalaman Majlis seperti berikut:
1.
2.
3.

Pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan (urut)


Pusat siber / kafe siber
Perindustrian

4.
5.
6.
7.
8.

Servis dan bengkel kenderaan


Cuci kereta
Tempat letak kereta persendirian
Valet / joki
Pusat hiburan

Surat Pekeliling
1. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Bil.
5/2008 pada 18/9/2008 menetapkan pengeluaran lesen rumah
urut dan urut tradisional dibekukan kecuali refleksologi sahaja.
2. Surat Pekeliling yang dikeluarkan pada 15/10/2008 menetap
semua permohonan baru pusat siber dan kafe siber dibekukan.

Hiburan

Pusat Siber

Pusat
Kecantikan

Polis

Jab.
Penguatkuasaan &
Keselamatan

Bomba

Bomba

Polis

Jab. Kesihatan
Persekitaran

Jab.
Penguatkuasaan &
Keselamatan

Bomba

Jab. Kesihatan
Persekitaran
CARA MEMOHON LESEN
Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan melalui borang
permohonan berkaitan.
Jenis Borang

Harga

Borang Komposit (semua jenis


perniagaan kecuali hiburan)

RM5.00

Borang Hiburan (Hiburan Tetap sahaja)

RM5.00

Borang Iklan (Iklan tetap, Sementara,


Kain Rentang/Bunting)

RM2.00

Borang Permit Sementara (Promosi/


Tutup Jalan dan lain-lain)

RM2.00

Borang Permit Kerusi Meja

RM2.00

Syaratsyarat memohon lesen perniagaan


1) Pendaftaran syarikat
2) Pelan lantai
3) Gambar premis (dalam dan luar)
4) Salinan kad pengenalan
5) Perjanjian penyewaan bangunan / jual beli bangunan
6) Dokumen tambahan yang berkaitan.
7) Visual iklan :
a) Bahasa Melayu lebih besar daripada bahasa lain.

b) Nahu yang betul

c) Kedudukan bahasa

d) Meletakkan pemilikan syarikat di sebelah kiri

bawah iklan.

e) Penggunaan Trade Mark dalam bahasa

Inggeris tidak dibenarkan kecuali bersama-sama

Bahasa Melayu.

f) Meletakkan nombor iklan (MBPJ/NO. LESEN/

TAHUN LULUS) di sebelah bawah kanan.

g) Pelan yang dibuat secara FREEHAND

SEKIRANYA TIDAK LENGKAP, JELAS DAN

KEMAS TIDAK AKAN DITERIMA.

h) Lukisan dan tulisan dengan pensel tidak diterima.

i) Gambar yang menandakan kedudukan iklan

dengan menunjukkan :

Tahukah Anda?


05

i) Pemandangan keseluruhan bangunan / tapak


ii) Memfokus kepada perletakan papan tanda
iii) Pemandangan lain / persekitaran

CONTOH IKLAN

Cara Memohon Permit Kain Rentang /Bunting


Pemohon perlu mengisi borang permohonan iklan beserta dokumendokumen berikut:
1) Pendaftaran syarikat
2) Visual iklan yang hendak dipasang
3) Salinan lesen perniagaan / iklan
4) Lokasi pemasangan iklan
Tapak Sendiri

Tapak Awam

Lesen

RM8.33

RM8.33

Cagaran

Tiada

RM15.00 (Satu Bunting /


Satu Kain Rentang)

Perkhidmatan

Tiada

RM50.00 satu tiang

Pelekat

RM2.00

RM2.00

Syarat-Syarat Pemasangan Bunting / Kain Rentang Di Jalan-Jalan


Majlis
1. Bunting atau kain rentang yang di pasang selain dari jalan-jalan

yang dibenarkan di dalam senarai kelulusan akan diturunkan.

Bunting dan kain rentang tersebut akan dilupuskan dan cagaran

akan ditolak.
2. Perkataan bahasa Melayu mestilah lebih besar dari bahasa-bahasa
lain.
3. Majlis tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan / kerosakan /

kemalangan / kecurian.
4. Iklan yang dipasang hendaklah diturunkan mengikut tempoh

permohonan permit. Sekiranya pihak Majlis menurunkan bunting

atau kain rentang yang digantungkan selepas tamat tempoh maka

cagaran tidak akan dikembalikan.
5. Majlis juga akan menurunkan bunting dan kain rentang yang

dipamerkan berbeza daripada jumlah yang diluluskan.
6. Dilarang menurunkan bunting dan kain rentang yang berlesen

sedia ada di lokasi dan memasang secara bertindih pada satu tiang

yang sama. Pelekat bunting dan kain rentang perlu dilekatkan di
setiap bunting atau kain rentang yang dipasang.
7. Kain rentang dan bunting hanya boleh digantung dari tarikh

permit yang diluluskan.
8. Iklan yang dipohon hendaklah digantung di tempat yang
dibenarkan. Iklan tidak dibenarkan sama sekali digantung di

pokok, pacakan kayu, bulatan dan apa jua tempat yang tidak
dibenarkan.
9. Jalan di depan rumah penduduk atau rumah kedai tidak
dibenarkan.
10. Jalan protokol seperti Jalan Timur, Jalan Barat, Jalan Sultan dan

Jalan Yong Shook Lin adalah tidak dibenarkan digantung kain

rentang dan bunting komersial. Walau bagaimanapun bagi kain

rentang dan bunting serta kempen kerajaan adalah dibenarkan.
Syarat-Syarat Pemasangan Bunting / Kain Rentang Di Lebuh Raya



Jalan Klang Lama mendapat kelulusan daripada New Pantai


Expressway terlebih dahulu.

Permohonan Lesen Sementara Bunting Dan Kain Rentang


Borang disertakan bersama :

Pendaftaran syarikat
Kepatuhan syarat

Visual :

1. Bahasa Melayu lebih besar daripada bahasa lain

2. Nahu yang betul

3. Kedudukan bahasa
PERMOHONAN LESEN IKLAN

PERMIT KAIN RENTANG/BUNTING

Perkara

Lebuhraya LDP mendapatkan kelulusan daripada Lembaga


Lebuhraya Malaysia terlebih dahulu)
Lebuhraya Sprint mendapat kelulusan daripada Lembaga
Lebuhraya Malaysia terlebih dahulu.)
Lebuhraya Persekutuan mendapat kelulusan daripada Jabatan
Kerja Raya terlebih dahulu.
Jalan Sungai Buloh mendapat kelulusan daripada Jabatan Kerja
Raya terlebih dahulu.

Borang disertakan bersama :



Pendaftaran syarikat (Borang 24, 49, MMA

Perkongsian, Nama Pengarah Penubuhan Syarikat)

Kad Pengenalan

Sdn. Bhd.
Enterprise
Kepatuhan syarat

Visual :

1. Bahasa kebangsaan lebih besar daripada bahasa lain

2. Nahu yang betul

3. Kedudukan bahasa

4. Meletakkan pemilikan syarikat di sebelah kanan
bawah iklan

5. Meletakkan nombor iklan (MBPJ/NO. LESEN/TAHUN
LULUS) di sebelah bawah.

6. Pemilikan syarikat
LESEN PENJAJA
Cara Memohon Lesen Penjaja
Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan berkaitan iaitu :Jenis Borang
Borang Penjaja
Borang Permit Perayaan

Harga
RM 1.00
RM 5.00

Syarat-syarat permohonan lesen penjaja :1. Salinan kad pengenalan pemohon


2. Salinan bil elektrik / air terkini
3. Dua keping gambar terkini yang berukuran pasport.
PERMOHONAN PERMIT PENJAJA
Terima, semak dan rekod borang permohonan permit penjaja daripada
pemohon dengan memastikan:a)


b)
c)
d)
e)

Borang lengkap diisi dengan menyatakan jenis permit dipohon,


lokasi dan jenis jualan dan maklumat latar belakang pemohon
serta ditandatangani.
Salinan kad pengenalan pemohon
Salinan bil elektrik / air terkini
Dua keping gambar terkini yang berukuran pasport
Gambar dan pelan lokasi permit dipohon

JenisJenis Permit Yang Boleh Dipohon:i) Permit Penjaja Sementara Bermasa


ii) Permit Penjaja Buah Bermusim
iii) Permit Musim Haji
iv) Permit Promosi
v ) Permit Perayaan seperti : Bazar Ramadhan, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Wesak
vi) Permit Lainlain : seperti contoh Permit Menjual Lemang, Permit
Karnival
Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi,
BAHAGIAN PELESENAN,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,
Tingkat 6, Menara MBPJ, Jalan Tengah,
46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03 - 7960 4667 Faks : 03 - 7960 3725

Berita

06

Pupuk Cintakan Alam Sekitar

Di Usia Kanak-Kanak

24 April Sikap cintakan alam sekitar dalam diri


perlu dipupuk seawal usia kanak-kanak bermula
dari rumah melalui peranan yang dimainkan ibu
bapa dalam mendidik anak-anak menjaga alam
sekitar dan menghargai kehijauan.
Tun Jeanne Abdullah selaku Pengerusi Landskap
Malaysia berkata demikian semasa hadir
merasmikan kempen 1 Murid 1 Pokok yang turut
disaksikan Datin Umayal Eswaran, Pengerusi
Yayasan Vijayaratnam, Pn. Zuraidah bt. Sainan,
Pengarah Landskap yang mewakili Datuk Bandar
Petaling Jaya dan Pn. Rahanim Abdul Rahim,
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Petaling
Utama.
Seramai 165 pelajar Sek. Keb. Sri Petaling seawal
usia 7 tahun telah menyertai kempen 1 Murid
1 Pokok 2010 yang bertujuan menanam rasa
tanggungjawab pelajar sekolah menjaga alam
sekitar sepanjang berada di bangku sekolah.
Sek. Keb. Sri Petaling dipilih sebagai sekolah
pertama yang melaksanakan kempen ini pada

tahun 2010 dalam daerah Petaling Utama yang


mensasarkan penanaman sejumlah 6,000 batang
pokok dengan penglibatan sebanyak 56 buah
sekolah dalam daerah tersebut.
Kempen ini merupakan anjuran bersama Yayasan
Vijayaratnam dengan kerjasama QuestNet
Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan
Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama.
Bagi meningkatkan kesedaran menjaga alam
sekitar di kalangan pelajar sekolah juga, pihak
Landskap Malaysia akan menghantar kertas kerja
ke Kementerian Pelajaran berkenaan penubuhan
Renjer Hijau di sekolah-sekolah yang akan
terlibat dengan program-program sukarela
menjaga alam sekitar.
Pada majlis ini turut berlangsung penyampaian
hadiah melukis yang bertemakan Hari Bumi
untuk pelajar sekolah rendah dalam Daerah
Petaling Utama berupa percutian selama tiga
hari dua malam di Prana Resort, Koh Samui,
Thailand.

Berita

07

Taklimat Komuniti Berpengawal


Dan Polis Bantuan

PERPUSTAKAAN KOMUNITI MBPJ, 4


April - Bagi menyampaikan maklumat terkini
berkaitan pelaksanaan Komuniti Berpengawal
dan status penubuhan Polis Bantuan, MBPJ
telah mengadakan taklimat kepada persatuan
penduduk dan NGO yang berlangsung di Dewan
Ilmu, Perpustakaan Komuniti MBPJ.
Taklimat telah dirasmikan Timbalan Setiausaha,
Tuan Hj. Ahmat Mohaayen bin Haji Said disusuli
taklimat berkenaan Komuniti Berpengawal

oleh Tuan Ir. Hj. Cheremi bin Tarman, Pengarah


Kejuruteraan dan Encik Mohd Fauzi Maarop,
Pengarah Penguatkuasa yang menjelaskan status
penubuhan Polis Bantuan.
Hadirin kemudiannya berpeluang berdialog
dengan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten
Komisioner Arjunaidi Mohamed dan Ahli-ahli
Majlis dalam sesi yang dipengerusikan Tuan Hj.
Ahmad Yusof bin Ludin.

Berita

08

Kekurangan

Tong Sampah Diatasi


Y.B. Nik Nazmi (dua kiri) pada acara simbolik penyerahan tong sampah baharu kepada
penduduk Desa Mentari dan Desa Ria

KELANA JAYA - Sebanyak 25 unit tong sampah


baharu bernilai RM30,000 sumbangan MBPJbakal
mengatasi masalah kekurangan tong sampah di
kawasan perumahan sekitar Desa Mentari dan Desa
Ria di sini.
Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon
24, Halimey Abu Bakar berkata, penyerahan tong
sampah itu berikutan kawasan terbabit berhadapan
dengan lambakan sampah yang serius di samping
tong sampah sedia ada rosak dan berkarat.

Manakala, Blok N di Taman Desa Ria Fasa 5A pula


menerima tiga tong sampah. Kesemua tong sampah
baharu ini akan diserahkan kepada penduduk tidak
lama lagi, katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Seri Setia, Y.B. Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam pada itu, beliau berkata dengan adanya
tong sampah baharu itu penduduk diharap dapat
memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis MBPJ


berkata, tong-tong sampah itu akan ditempatkan
di kawasan perumahan yang mempunyai jumlah
kepadatan penduduk yang tinggi.

Penduduk juga dinasihatkan membuang bungkusan


sampah ke dalam tong sampah yang disediakan
bukannya melambakkannya di tepi tong sampah,
katanya.

Blok 1 hingga Blok 8 Flat Desa Mentari masingmasing menerima dua hingga empat tong sampah
baharu bagi menggantikan tong sampah yang
lama.

Katanya, perbuatan itu boleh mengundang


kedatangan anjing liar sekaligus mengancam
keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak.

Berita

09

Integrasi Polis Dan Masyarakat Penting


JALAN PENCHALA - Integrasi antara masyarakat dan anggota polis perlu
dikekalkan dalam usaha kedua-dua pihak membendung jenayah yang berlaku
di kawasan perumahan.
Dengan adanya kerjasama erat antara kedua-dua belah pihak, tidak mustahil
kadar jenayah berjaya dikurangkan memandangkan tugas membendung jenayah
bukan terletak di bahu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, dalam
konteks tersebut mentaliti masyarakat yang tidak suka mengambil tahu apa
yang berlaku di kawasan kediaman masing-masing perlu diubah.

Arjunaidi Mohamed

Katanya, masyarakat yang prihatin adalah masyarakat yang mengambil tahu apa yang berlaku di sekitarnya.
Dalam pada itu, masyarakat turut berperanan menjayakan konsep Community Policing sekaligus bergandingan
bersama polis setempat bagi meningkatkan lagi fungsi dan keberkesanannya dalam usaha mencegah jenayah,
katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Arjunaidi berkata, selain pertambahan bilangan anggota polis dan rondaan
berkuda di lokasi awam, balai polis bergerak dilihat berperanan sebagai pusat kawalan untuk mengurangkan
kadar jenayah.
Balai polis bergerak antara lain sebagai tempat untuk menerima sebarang laporan dan aduan orang awam
yang menghadapi masalah.
Saya berharap kewujudan balai polis bergerak di sekitar bandar raya ini akan dapat mengurangkan lagi kadar
jenayah di kawasan panas terutamanya yang melibatkan jenayah jalanan, katanya.

Dua Kali

Jadi Mangsa Ragut

PJ OLD TOWN Pengerusi


Persatuan Penduduk Seksyen 2, Yap
Kian Keong pernah diragut sebanyak
dua kali.
Menurutnya kejadian terbaru berlaku
pada akhir Februari lalu.

Kian Keong menunjukkan


gambarnya semasa diserang
empat lelaki menggunakan
parang panjang akhir
Februari lalu.

Kira-kira jam 10.40 pagi, saya


diserang oleh empat orang lelaki
menaiki motosikal bersenjatakan
parang
berhampiran
kawasan
perumahan.
Kepala saya ditetak dengan parang
dan bernasib baik tiada kecederaan
serius berlaku, katanya ketika
ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, apa yang paling


menyedihkan ialah apabila kejadian
berlaku, penduduk yang menyaksikan
kejadian berkenaan tidak mampu
berbuat apa-apa.
Katanya lagi, semangat kejiranan
dalam masyarakat pada hari ini juga
semakin terhakis dan sudah tiada nilai
perpaduan yang kukuh.
Dalam pada itu, beliau turut
mencadangkan
hukuman
berat
dikenakan ke atas peragut kerana
hukuman sedia ada tidak memberikan
kesan kepada mereka, misalnya
hukuman sebat di khalayak ramai.

Berita

10

Masjid Al-Islamiah

Bakal Dijadikan Kelas Tahfiz


PJS6 Masjid Al-Islamiah, Kg. Lindungan di sini
bakal dijadikan sebagai kelas tahfiz setelah masjid
baharu bernilai RM5.4 juta siap.
Nazirnya, Zulkifli Mohamad, 43, berkata keputusan
menjadikannya sebagai sebagai kelas tahfiz kerana
tidak mahu ia diabaikan begitu sahaja.
Katanya, kelas tahfiz berkenaan akan dimulakan
sebaik sahaja semua jawatankuasa berpindah ke
masjid baharu.
Diharap dengan adanya kelas tahfiz ini, Kg. Lindungan
mampu melahirkan pelajar tahfiz yang disegani dan
mampu mengharumkan nama negara di peringkat
antarabangsa, katanya.

Sementara itu, beliau


turut
meluahkan
kegembiraan berikutan
pembinaan
masjid
baharu bernilai RM5.4
juta di sini.

Zulkifli Mohamad

Katanya, dengan pembinaan masjid berkenaan, ia


mampu mengatasi masalah kesesakan yang berlaku
ketika ini setiap kali solat Jumaat ataupun pada
bulan Ramadan sehingga ada jemaah yang terpaksa
menunaikan solat di atas jalan raya.
Tetapi dengan adanya masjid baru ini, kita berharap
masalah kesesakan dapat diatasi dan seterusnya
memberi keselesaan kepada penduduk dan kariah,
katanya.

SURAU PERLU DANA

Baiki Bumbung Tercabut

SEKSYEN 51A Pengerusi Surau Pangsapuri


Impian Baiduri, Md Samsuddin Md Yacob berharap
pihak yang prihatin dapat tampil menyalurkan dana
bagi membantu pihaknya membaiki bumbung surau
berkenaan yang rosak dan tercabut dalam kejadian
ribut baru-baru ini.

bilik
memandikan
jenazah
di
surau
itu turut rosak dalam
kejadian ribut yang
berlaku kira-kira jam
5.30 petang itu.

Md Samsuddin berkata, pihaknya menganggarkan


kos keseluruhan bagi membaiki kerosakan tersebut
mencecah sehingga RM25,000.

Katanya lagi, lima buah kenderaan penduduk yang


diletakkan berhampiran surau berkenaan turut
mengalami kerosakan akibat dihempap sisa bumbung
dan kayu yang tercabut.

Katanya, bumbung surau berkenaan perlu dibaiki


segera memandangkan ia satu-satunya surau yang ada
di kawasan itu.
Setakat ini, pihak surau baru mengumpul RM4,000
hasil daripada derma kilat yang disumbangkan
penduduk, katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam pada itu Md Samsuddin turut memaklumkan

Md Samsuddin

Buat sementara, kita terpaksa menutup bahagian


surau yang rosak dan hanya menggunakan bahagian
surau yang tidak terjejas.
Apapun, pihak surau amat berharap dan menghargai
sekiranya ada individu atau syarikat korporat tampil
membantu kita menyelesaikan masalah ini, katanya.

Komuniti @ PJ

11

Pertandingan Blok
Y.B. Nik Nazmi Nik Ahmad

Terbersih
Bakal Diwujudkan

DESA MENTARI Bagi menggalakkan penduduk


sentiasa menjaga kebersihan tempat tinggal
mereka, satu pertandingan Blok Terbersih akan
diwujudkan di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia,
Y.B. Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pertandingan
tersebut adalah satu inisiatif dari pihaknya bertujuan
mendidik masyarakat menjaga kebersihan.
Katanya, pertandingan itu bakal diadakan sebelum
penghujung tahun ini dan berharap semua blok
yang terdapat di Desa Mentari menyertainya.
Pertandingan ini bertujuan mendidik penduduk
supaya sentiasa menjaga kebersihan tempat tinggal
mereka dan mengubah mentaliti penduduk supaya
lebih prihatin terhadap aspek kebersihan, katanya.

Nik Nazmi berkata, blok yang menang dalam


pertandingan tersebut bakal menerima hadiah dan
sijil penghargaan.
Pertandingan seumpama ini bukan sahaja mampu
melahirkan sebuah komuniti yang prihatin dan
bertanggungjawab, malah dapat memupuk semangat
kerjasama antara penduduk.
Saya juga berharap agar Zon 24 terutamanya Desa
Mentari menjadi contoh kepada zon-zon lain di
Kelana Jaya, katanya.
Katanya, ia terbukti apabila Blok 3, Desa Mentari
muncul sebagai penerima anugerah merit dalam
pertandingan anugerah kejiranan terbaik Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2009.

Komuniti @ PJ

12

Penduduk Gesa

Bina Pondok Polis


Susulan daripada aduan yang dibuat, anggota polis
kerap mengadakan rondaan jalan kaki, berkuda dan
menaiki motosikal dan ini dilihat berjaya mengurangkan
kadar kes ragut di tempat tersebut.

Shamsuddin Hassan

Kok Kuang Yong

PJ OLD TOWN Penduduk sekitar Seksyen 1, 2 dan


3 di sini menggesa pihak berwajib membina sebuah
pondok polis baharu di kawasan perumahan berdekatan
jejantas yang menghubungkan PJ Old Town dan Jalan
Klang Lama berikutan kejadian ragut yang didakwa
semakin menjadi-jadi sekitar kawasan berkenaan.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seksyen
3, Shamsuddin Hassan berkata, dengan adanya pondok
polis itu diharap boleh mengurangkan kadar jenayah
terutamanya kes ragut yang kerap kali berlaku di
kawasan tersebut.
Ditanya sama ada pernah mengemukakan aduan kepada
pihak berwajib, katanya, beliau sudah mengemukakan
aduan dan sejak dua bulan lalu pihak berkuasa kerap
melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini jenayah ragut kerap


berlaku dan kembali meningkat sehingga menyebabkan
kebimbangan di kalangan penduduk setempat, katanya
ketika ditemui di kabin RTnya di sini, baru-baru ini.
Difahamkan, antara kawasan yang dikenal pasti kerap
berlakunya kes ragut ialah di Jalan 2, Jalan 19, Jalan
Pasar Othmandan Bulatan 12.
Sementara
itu,
Pengerusi
Wakil
Penduduk
Seksyen 1, Kok Kuang Yong ketika ditemui di sini turut
memberitahu jenayah ragut kerap berlaku di kawasan
perumahannya.
Beliau berkata, kebiasaannya modus operandi peragut
bermula jam 5.30 pagi hingga 7.00 pagi manakala pada
sebelah malam bermula jam 10.00 malam ke atas.
Anggota polis perlu mengadakan rondaan dengan lebih
kerap di kawasan panas yang menjadi tumpuan peragut
kerana pada bulan lepas sahaja sudah enam kali jenayah
ragut dilaporkan berlaku, katanya.

PENDUDUK MAHU

Lampu Isyarat

PETALING JAYA UTARA Penduduk Projek


Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai di sini
mahu pihak berwajib membina sebuah lampu isyarat di
Jalan PJU1A/4A memandangkan kawasan itu berisiko
tinggi berlakunya kemalangan.
Penduduk yang ditemui, Rosmaliana Aida Mohd Adnan,
27, berkata, ibu bapa berasa bimbang memandangkan
anak-anak mereka menggunakan laluan itu setiap
hari untuk ke sekolah rendah dan menengah Lembah
Subang.
Katanya, kebanyakan kenderaan termasuk kenderaan
berat dipandu laju apabila melalui kawasan itu.
Selain lampu isyarat, bonggol jalan juga perlu dibina
supaya pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan
mereka ketika melalui simpang empat itu.
Papan tanda amaran juga perlu didirikan bagi
memaklumkan pengguna jalan raya bahawa kawasan itu
berhampiran dengan kawasan sekolah, katanya.

Gambar Lampu isyarat perlu dibina di simpang tersebut


bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini

Justeru, tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi


masalah berkenaan seterusnya mengelakkan masalah
lain timbul.
Difahamkan kawasan simpang empat itu menjadi
laluan alternatif pengguna jalan raya untuk ke Lebuh
Raya Damansara Puchong (LDP), Subang Jaya, Shah
Alam dan Klang.

Komuniti @ PJ

13

Segera Kemukakan Aduan :


Eow Chai

SUNGAI WAY Penduduk yang terlibat dalam kejadian angin kencang pada
17 April lalu digesa tampil mengemukakan aduan bagi membolehkan mereka
menerima bantuan daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kg.
Tunku.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Setia,
Ding Eow Chai berkata, setakat ini pihaknya baru menerima sebanyak 18 aduan
berhubung kerosakan bumbung daripada penduduk yang terlibat dalam kejadian
berkenaan.
Katanya, penduduk masih berpeluang menerima bantuan tersebut memandangkan
Pejabat ADUN akan mengadakan majlis penyerahan bantuan
itu dalam masa terdekat.
Aduan ini penting supaya kita tidak terlepas pandang
kepada mana-mana penduduk yang terjejas dalam kejadian
angin kencang yang melanda kawasan ini minggu lepas,
katanya.
Katanya lagi, penduduk yang ingin mengemukakan aduan
berhubung angin kencang atau sebarang aduan berkaitan
boleh menghubunginya menerusi 012-3910538.
Difahamkan, kejadian angin kencang yang melanda kawasan
itu pada 17 April lalu merupakan kejadian kedua tahun ini
dan dikategorikan sebagai terburuk.
Selain Sungai Way, pada masa sama kejadian angin kencang
turut melanda kawasan Taman Medan, Desa Mentari dan
Kg. Lindungan.

Ceria

Sebahagian Penduduk Blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai, Lembah Subang yang
hadir memeriahkan Majlis Hari Mesra Penduduk Blok D di sini. Pelbagai aktiviti diisi sempena program tersebut
antaranya acara cabutan bertuah dan pertandingan karaoke.

Komuniti @ PJ

14

Motivasi
Remaja Wanita

Taman Dato Harun

TAMAN DATO HARUN, 4 April Hal Ehwal


Wanita (HEWA) telah menganjurkan Program
Motivasi Remaja Wanita yang mengumpulkan
seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada
golongan remaja dari Taman Medan dan Taman
Dato Harun di Dewan PJS 2C/6.
Antara lain tujuan program motivasi ini dianjurkan
ialah untuk mewujudkan golongan remaja yang
produktif dan kreatif yang bersemangat tinggi
menghindarkan diri dalam gejala-gejala tidak
sihat yang kian sukar dibendung.
Puan Prof. Madya. Dr. Melasutra bt. Md Dali,
Ahli Majlis MBPJ bagi zon 17 yang meliputi PJS
1 dan PJS 2 hadir merasmikan program tersebut
untuk membantu golongan remaja berjaya dalam
semua bidang yang diceburi.
Program motivasi ini dibimbing oleh dua orang
kaunselor bertauliah iaitu En. Shamsul Bahrain
b. Harun dari Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah,
Shah Alam dan Pn. Mawarni bt. Harun seorang
guru kaunseling.

PELBAGAI PERANAN

Institusi Masjid

JALAN TEMPLER - Semua institusi


masjid di bandar raya ini perlu
mempelbagaikan aktiviti mereka dan
tidak mengehadkan peranan kepada soal
keagamaan semata-mata.
Setiausaha Biro Hal Ehwal Muslimat
(Bihem) Masjid Jamek Sultan Abdul
Aziz, Norashikin Ali berkata, sebaliknya
institusi masjid perlu melakukan aktiviti
yang boleh mendidik dan meningkatkan
pendapatan masyarakat setempat selaras
dengan kehendak dan keperluan semasa.
Institusi masjid boleh berperanan besar
dalam pembangunan ummah meliputi
pelbagai aspek kehidupan seperti mendidik
rakyat dengan menyediakan peluang yang
boleh menguntungkan pelbagai pihak.
Justeru,
institusi
masjid
tidak
mengehadkan peranan hanya kepada
soal keagamaan semata-mata kerana
pendekatan ini hanya akan menjadikan
umat Islam dilihat sebagai umat yang
ketinggalan dan berfikiran ke belakang,
katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui
pada karnival kesihatan Masjid Jamek
Sultan Abdul Aziz, di sini baru-baru ini.
Pada karnival tersebut pelbagai aktiviti

Gambar Sebahagian penghuni rumah kesayangan Baitlahem yang


diraikan pada program tersebut
dijalankan antaranya pameran dan ceramah kesihatan, pemeriksaan
kesihatan serta pemeriksaan gigi secara percuma.
Turut diraikan seramai 20 orang penghuni rumah anak yatim dari Rumah
Kesayangan Baitlahem.
Hadir sama, Imam 3 Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Azizul Zakaria
dan Pengerusi Bihem, Sarijah Bejo.
Karnival kesihatan tersebut dirasmikan Nazir masjid berkenaan Tuan
Hj. Ahmat Mohayeen Hj. Said.

Hubungi Kami
TALIAN
ADUAN MBPJ

JABATAN
KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN
PERBENDAHARAAN
JABATAN KESIHATAN
PERSEKITARAN

JABATAN PENILAIAN DAN


PENGURUSAN HARTA
JABATAN
KEJURUTERAAN

JABATAN PEMBANGUNAN
KEMASYARAKATAN

JABATAN PERANCANGAN
PEMBANGUNAN

JABATAN
KAWALAN BANGUNAN
JABATAN PENGUATKUASAAN
DAN KESELAMATAN
JABATAN LANDSKAP

UNIT PERHUBUNGAN AWAM


DAN KORPORAT

15
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Aduan Melalui E-Mel
- aduan@mbpj.gov.my
Hotline 24 jam
- 03-7954 2020
Aduan (Waktu Pejabat)
- 03-7956 3544
samb. 115/117
Aduan Melalui Homepage
- http://www.mbpj.gov.my /
aduan.html
Bahagian Pelesenan
Bahagian Penjaja

-
-

037960 4667
03-7956 6922

Bahagian Cukai Taksiran


-

03-7956 3544
samb. 103 / 104

Bahagian Alam Sekitar


Bahagian Kawal Selia dan Pentadbiran
Unit Vektor dan Kesihatan Awam

-
-
-

03-7956 2939
03-7955 2381
03-7955 2381

Nilaian dan Pindah Milik Harta

03-7954 5984

Bahagian Infrastruktur dan Penyelenggaraan


Bahagian Tender dan Kontrak
Bahagian Mekanikal dan Elektrikal

-
-
-

03-7958 4221
03-7956 3544 samb. 317
03-7876 7399

Perkhidmatan Tempahan Dewan / Balai Raya /


Gelanggang Sukan
-

Pembangunan Sukan & Kemudahan Am
-
Bahagian Pembangunan Sosial, Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan
-
Muzium Petaling Jaya
-
Perkhidmatan Perkuburan
-
Perkhidmatan Krematorium
-

03-7956 0203
03-7954 8122
03-7873 7895
03-7873 7730

Urusetia Pusat Setempat (OSC)


-
Pelan Pembangunan
-

03-7954 1725
03-7956 3544
samb. 400 / 401

Bahagian Kelulusan Pelan Bangunan


Pesuruhjaya Bangunan (COB)

-
-

03-7956 3544 samb. 260


03-7956 3544 samb. 360

Penguatkuasaan
Tunda Kenderaan

-
-

03-7958 8085
03-7956 3544 samb. 149

03-7956 3544
samb. 148 / 158
03-7960 1219

Perkhidmatan Hiasan / Permit Memancing


Bahagian Pentadbiran
- 03-7804 8907 / 8908
Perkhidmatan Penyelenggaraan Pokok Teduhan - 03-7804 8907 / 8908
samb. 110
Perhubungan Awam & Korporat
-

03-7956 3544
samb. 126 / 203

Belia Dan Sukan

16

Kalendar Acara
Sambutan Ulangtahun

Bandaraya PJ ke-4
KEJOHANAN SQUASH
MILO ALLSTAR - 4 hingga 12 Jun 2010,
Kompleks Sukan Astaka, Padang Timur, PJ

KEJOHANAN TENIS REMAJA


TERBUKA MBPJ - 5 hingga 9 Jun 2010,
Kompleks Sukan Kelana Jaya, Petaling Jaya

KARNIVAL BANDARAYA
PETALING JAYA - 17 hingga 20 Jun 2010,
Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya

MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL


& DOA SELAMAT - 17 Jun 2010,

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya

PERTANDINGAN PERBARISAN
PIALA DATO MENTERI BESAR DAN
LINTAS HORMAT PIALA DATUK
BANDAR - 19 Jun 2010,
Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya

KEJOHANAN BOLA JARING PIALA


ISTERI DATUK BANDAR
- 19 & 20 Jun 2010,
Kompleks Sukan Kelana Jaya, Petaling Jaya

PROGRAM MESRA KOMUNITI PPR


LEMBAH SUBANG - 23 Jun 2010,
PPR Lembah Subang, Petaling Jaya

PJ RC POWERBOAT
CHAMPIONSHIP - 26 & 27 Jun 2010,
Taman Tasik Bandaran, Kelana Jaya

SENAMROBIK BERSAMA
DATUK BANDAR PJ - 26 Jun 2010,
Dataran Petaling Jaya

KONSERT ORKESTRA SIMFONI


MBPJ - 27 Jun 2010,
Dewan Auditorium MBPJ, Petaling Jaya
* Sebarang pindaan tertakluk kepada MBPJ

DITERBITKAN OLEH
Unit Perhubungan Awam Dan Korporat
Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
CADANGAN / MAKLUM BALAS
Sila majukan ke alamat :
Sidang Redaksi Warkah MBPJ,
Unit Perhubungan Awam Dan Korporat
Tingkat 1, Ibu Pejabat MBPJ,
Jalan Yong Shook Lin,
46675 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 - 7956 3544 samb. 200/203/206 atau
Faks : 03 - 7958 2695

ANUGERAH

Bakat Muda Selangor


DEWAN AUDITORIUM MBPJ, 9 April Kerajaan
Negeri Selangor buat julung-julung kalinya memberi
pengiktirafan kepada bakat-bakat seni muda yang bergiat
aktif dalam pelbagai cabang seni tanah air dengan
pengenalan Anugerah Bakat Muda Selangor.
Sebanyak 512 penyertaan diterima penganjur sepanjang
tempoh dua bulan penyertaan dibuka untuk diadili seramai
22 orang juri profesional yang diketuai Prof. Madya Dr.
Abu Hassan Bin Hasbullah dari Jabatan Pengajian Media
Universiti Malaya.
Y.B. Puan Jenice Lee, Pengerusi Anugerah Bakat Muda
Selangor merangkap ADUN Teratai berkata, anugerah ini
diperkenalkan bertujuan memberi pengiktirafan kepada
bakat-bakat seni muda seluruh Malaysia tanpa mengira
agama, bangsa dan latar belakang atas sumbangan dalam
memartabatkan seni.
Berbagai-bagai kategori seni dipertandingkan seperti seni
muzik, penulisan kreatif, seni visual, seni persembahan
dan kemuncaknya anugerah khas juri untuk tokoh seniman
muda.
Acara kemuncak malam anugerah, Anugerah Utama
(Bakat Muda Selangor) dimenangi Hands Percussion
membawa pulang hadiah wang tunai RM5 ribu dan geran
bernilai RM20 ribu.
Tidak ketinggalan hadir, Datuk Bandar, Dato Hj. Mohamad
Roslan bin Sakiman dan ADUN Bukit Antarabangsa, Y.B.
Mohamed Azmin b. Ali.

Anda mungkin juga menyukai