Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan.

Secara etimologinya, rasionalisme berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu

rasionalism. Perkataan ini berakar umbi daripada perkataan Latin iaitu ratio yang
membawa maksud akal. Secara istilahnya pula, rasionalisme ini adalah sebuah
pandangan individu atau kumpulan masyarakat yang berpegang dengan pendapat
bahawa

akal manusia merupakan sumber utama bagi sesuatu pengetahuan atau

penilaian terhadap sesuatu kebenaran. Secara terminologinya, aliran pemikiran ini


dipandang sebagai aliran yang berpegang kepada satu prinsip bahawasanya akal fikiran
mestilah diberikan penekanan utama dalam menjelaskan apa-apa jua perkara.
Golongan-golongan rasionalis hampir keseluruhannya menekankan kepercayaan kepada
kemampuan dan autoriti akal fikiran bagi menyingkap sesuatu bidang ilmu dan
mengetahui tentang sesuatu kebenaran . Ianya juga dikenali sebagai satu proses yang
disebut sebagai a priori di mana pemahaman konsep kepada sebuah kebenaran dan
pengetahuan itu bersifat fitrah dan wujud dengan sendirinya di dalam diri manusia itu
sendiri melalui akal fikiran. Dari sini, manusia juga

mempunyai keupayaan untuk

mengetahui sesuatu perkara dengan mendalam sedangkan komponen hidupan yang lain
seperti haiwan tidak memiliki kemampuan itu.
2

Pada

asasnya

pengertian

rasionalis

atau

juga

disebut

sebagai

golongan

kesedaran ini sukar ditafrifkan secara ringkas dan tepat. Namun ia sering ditakrifkan
sebagai satu bentuk pemikiran baru yang bertunjangkan semangat dan keinginan untuk
membebaskan akal manusia daripada kongkongan pemikiran lama yang didakwa
1 Mardzelah Makhsin, Sains Pemikiran dan Etika, (PTS Profesional Publishing Sdn Bhd, 2006)
2 Azmi Arifin, Les Philosophs Kurun Ke-18 di Perancis: Sifat-sifat Reaksioner Di Sebalik Bayang
Revolusioner; Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies, Vol. 37, (School of History, Politics &
Strategic Studies, UKM 2012)

sebagai

kolot dan ketinggalan zaman. Pemikir-pemikir yang memonopoli aliran ini

pula sering diperlihatkan sebagai angkatan penulis yang begitu yakin terhadap
keupayaan manusia untuk menemui hukum atau peraturan sejagat yang boleh
membawa kepada kesempuraan seluruh hidup manusia dengan menggunakan akal
fikiran dan kaedah empirical. 3Terdapat sekurang-kurangnya lima prinsip utama yang
terkandung dalam jiwa perubahan atau expirit philosophique yang diperjuangkan oleh
penulis aliran kesedaran ini. Antaranya ialah logical, kebebasan berfikir, skeptisisme,
ketidakpercayaan, terutamanya terhadap agama dan nilai-nilai lama dan kebergantungan
kepada sains, yang

meletakkan akal, kewarasan

dan kebijaksanaan manusia dalam

berfikir sebagai penentu segala keputusan.


4

Idealisme golongan rasionalis ini wujud dan berkembang di Eropah pada sekitar abad

ke-17 Masihi, di mana pada waktu itu peranan gereja dan institusi pemerintahan
kerajaan berbentuk feudal mula menjadi pertikaian dalam kalangan ahli-ahli intelektual
di Barat. Penerangan-penerangan yang diasaskan kepada doktrin agama dianggap sedah
tidak relevan di mana masyarakat mula menekankan bahawa perlunya dipisahkan
sahaja aspek-aspek keagamaan daripada urusan negara dan golongan-golongan agama
yang bergiat secara langsung di gereja hanya selayaknya menguruskan hal-ehwal
berkaitan dengan aspek sosial yang bersifat terhad dan bertumpu di gereja sahaja.

3 Ibid, hlm 126


4 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintah, Edisi Kedua, (Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur, 2000)

1.Prinsip Rasionalisme dalam Pembentukan Masyarakat Baru di Eropah.


5

Dalam membincangkan ciri-ciri masyarakat baru yang dicita-citakan oleh golongan

pemikir atau kesedaran ini, terdapat tiga aspek utama yang akan diketengahkan iaitu
politik, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, perlu juga diperjelaskan di sini
bahawa kewujudan aliran-aliran kesedaran ini bukanlah ditandai berasaskan hasil-hasil
penulisan dan perkembangan ideologi tertentu sahaja. Ianya seringkali dikaitkan dengan
pemikiran yang dibawa oleh beberapa orang tokohnya yang terkenal, iaitu John Locke,
Montesquieu, Voltaire dan Rousseau.
Ketiga-tiga tokoh ini kmudiannya diangkat menjadi pelopor agung aliran kesedaran
kerana mereka didakwa memperjuangkan prinsip-prinsip kebebasan manusia baru yang
amat bertentangan dengan prinsip-prinsip pemerintahan beraja atau kebangsawanan
yang dipegang oleh masyarakat pada zaman mereka. Idea-idea yang dimuatkan dalam
penulisan dan karya-karya mereka dikatakan telah diperguna dengan begitu berkesan
khususnya

oleh golongan berkesedaran

sebagai

landasan bagi mencetuskan api

perubahan dan akhirnya menjerumuskan masyarakat atau rakyat bawahan ini memupuk
nilai kebangkitan rasionalisme yang melangkaui pelbagai lapisan sosial.

2. Hak Rakyat Menentukan Kerajaan Sendiri.


Dalam konteks masyarakat moden di Eropah, dan bagi golongan Kesedaran
yang memperjuangkan persamaan, kebebasan, dan persaudaraan maka segala bentuk
kongkongan terhadap manusia akan dianggap sebagai satu bentuk diskriminasi dan

5 . Azmi Arifin, Les Philosophs Kurun Ke-18 di Perancis: Sifat-sifat Reaksioner Di Sebalik Bayang
Revolusioner; Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies, Vol. 37, School of History, Politics &
Strategic Studies, UKM 2012, hlm 124

ketidakadilan terhadap hak asasi manusia.

Dari segi politik, aliran Kesedaran

memperjuangkan hak rakyat awam sebagai golongan yang perlu diberi kebebasan
untuk memilih pemerintah, tetapi pada masa yang sama mereka juga haruslah
dipimpin oleh golongan berkesedaran yang memperjuangkan hak bersama atau yang
turut disebut sebagai Hasrat Umum. Maka bagi para pemikir dalam golongan
berkesedaran ini, mereka

ada antara mereka yang mengangkat falsafah yang

diperjuangkan oleh Abraham Lincoln, iaitu

John Locke yang menekankan konsep

kerajaan rakyat, daripada rakyat dan untuk rakyat atau dengan kata mudah, kedaulatan
rakyat yang diutamakan. Beliau berpendapat bahawa rakyat berhak dibukakan ruang
yang lebih luas dalam mengundi pemimpin mereka tanpa mengira taraf pendidikan,
status sosial dan ekonomi dalam roses pilihanraya dalam usaha mewujudkan sebuah
negara yang berpaksikan pemerintahan yang bercorak demokrasi. Prinsip Locke lagi
dalam politik, rakyat itu merupakan sebuah entity masyarakat yang berperanan sebagai
the consent of people di mana pembentukan sesebuah negara itu haruslah dibuat
atas keputusan yang dipilih oleh rakyat sendiri. Hal ini bercanggah dengan mereka
yang memiliki aliran pemikiran yang lebih konservatif, kerana konsep masyarakat baru
yang dikemukakan oleh John Locke lebih menekankan kuasa veto yang dimiliki oleh
rakyat, sedangkan golongan feudal atau konservatif lebih melihat pemilikan kuasa
pentadbiran negara mestilah bersifat warisan dan dikuasai oleh golongan bangsawan.
Pemikiran beliau ini mendapat sokongan oleh ahli pemikir selepasnya iaitu
Montesquieu yang menyanjungi perjuangan ke arah kebebasan,

dalam perlembagaan

sebagaimana yang telah dicapai di dalam Revolusi England pada tahun 1689.
6 The European Graduate School.edu/library
7 Greg Forster, John Lockes Politics of Moral Consensus, (Cambridge University Press, 2005), hlm
23
4

Perjuangan Montesquieu adalah untuk mewakili cita-cita berteraskan these nobiliare,


yang menolak despotisme atau kemutlakan kuasa raja, dan mahukan pembahagian
kuasa dalam kalangan raja dan ahli-ahli bangsawan yang lain. Voltaire dan rakanrakannya pula meletakkan kepercayaan bahawa pembentukan masyarakat baru dalam
konteks politik khususnya yang diilhamkan oleh golongan berkesedaran ini hanyalah
boleh dicapai melalui kemajuan sains dan teknologi, serta pemusatan kuasa keatas
pemerintahan.

Perjuangannya adalah berdasarkan

these royale, yang meletakkan

kedudukan raja sebagai punca bagi segala undang-undang dan kebebasan rakyat. Ini
bererti tidak seperti golongan kesedaran yang lain, apa yang diketengahkan oleh
Voltaire dan rakan-rakannya adalah perlunya ada kesepakatan antara kuasa feudal dan
golongan elit yang terdiri daripada rakyat bawahan untuk membentuk kesemakmuran
dalam negara. Bagi beliau, sebuah kerajaan yang teguh dan rakyat yang bebas
mestilah mempunyai sistem pemerintahan yang berkuasa sepenuhnya, tetapi dibantu
oleh kelas elitis yang berkesedaran yang diberikan hak yang sewajarnya untuk
memimpin sepenuhnya. Dengan ini, barulah pengekalan hak-hak kebebasan serta
persamaan sebenar dalam kalangan rakyat akan terjamin.

3. Kebebasan Berfikir dan Mengkritik.


Hak rakyat yang dikemukakan oleh golongan rasionalis selain menetukan

kerajaan

yang diinginkan adalah, rakyat pada masa yang sama juga hendaklah diberikan
kebebasan untuk mengkritik atau turut disebt sebagai the free of thought sekiranya
terdapat kepincangan dalm pentadbiran negara. Dalam hal ini, kebebasan mengkritik
yang

dimaksudkan

itu

adalah

melalui

penyiaran

di

media-media

cetak

yang

memperjuangkan suara-suara rakyat. Melalui medium ini, maka galakan terhadap


8 Ibid, hlm124-126
5

penerbitan akhbar diberikan perhatian yang meluas di Eropah yang diinspirasikan


daripada pengaruh gerakan Marxisme di Perancis dan England yang wujud lebih awal
pada pasa itu. Rakyat juga berhak memberontak dan menyingkirkan pemerintah yang
sedia

ada

sekiranya

didapati

pemimpin

tersebut

tidak

mampu

menjalankan

tanggungjawab dalam mentadbirurus negara dengan baik, kerana pemerintah yang


digambarkan oleh golongan berkesedaran ini adalah pemerintah yang tidak memiliki
kekuasaan secara mutlak kerana rakyat jugalah yang berhak ke atas negara sedangkan
pemerintah hanyalah berperanan sebagai wakil yang menguruskan dan menggerakkan
hal ehwal negara mengikut acuan yang dikehendaki oleh rakyat itu sendiri. Namun,
pemberontakan yang dimaksudkan bukanlah yang melibatkan pertumpahan darah, kerana
yang diperjuangkan oleh golongan rasionalis buaknlah dengan mengangkat senjata dan
bukan dengan cara kekerasan, tetapi dengan cara yang mendidik masyarakat untuk
berfikir dengan meluaskan pengetahuan sedia ada menjadi lebih baik, supaya
masyarakat tidak lagi menuruti kongkongan autokrasi tanpa menilai adanya potensi diri
untuk mencapai taraf hidup yang lebih tinggi dan maju.

4. Kawalan Kerajaan yang Terbatas.


Apa yang dituntut oleh para rasioalis dalam idea pembentukan masyarakat baru adalah
kuasa pentadbiran yang melebihkan keputusan yang dibuat oleh rakyat golongan
marhaen ini.

Seperti Locke, beliau adalah contoh bagi golongan rasionalis yang

menyatakan penentangannya terhadap pengkelasan strata sosial yang disebut sebagai


ascribes status iaitu darjat yang diterima oleh seseorang itu sejak lahir dan akan kekal
seperti itu selama-lamanya. Bagi golongan seperti ini, pengkelasan kelas sosial akan
9 M. Seliger, The Liberal Politics of John Locke, (New York-Washington, 1969), hlm 141

menjadikan seseorang pemerintah dan juga golongan bangsawan yang mendapat nasihat
daripada gereka. Apa yang diinginkan oleh ahli-ahli rasionalis ini adalah sebuah
pembentukan masyarakat yang sentiasa diberi peluang untuk mencipta suatu kehidupan
baru yang lebih baik.

10

Bermakna, walaupun seseorang individu itu dilahirkan di

dalam sebuah keluarga miskin, tidak semestinya anak itu perlu mewarisi kemiskinan
ibu bapanya. Kejayaan seseorang itu bergantung kepada sejauh mana ia berusaha
memperbaiki taraf hidupnya dan sejauh mana ia menggunakan kelebihan dari segi
potensi diri yang ada untuk memperolehi kehidupan yang lebih terjamin dan lebih
baik. Para pemikir rasionalis juga tidak mahu pemerintah atau golongan aristocrat
yang memiliki kuasa autoriti menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Sebagai
contoh, pihak gereja sering menjual nama agama untuk mengeksploitasi pentadbiran
negara terutamanya

dari

aspek kewangan

dan

juga

tuan-tuan

tanah

yang

giat

menjalankan aktiviti perhambaan. Oleh itu pemisahan kuasa dilakukan untuk mengawal
kegiatan pemerintah melalui tiga pembahagian iaitu Legislatif, Eksekutif dan Federatif.
Kuasa Legislatif berperanan untuk membuat penggubalan undang-undang berpandukan
menifestasi pendelegasian kuasa yang dibuat oleh rakyat, manakala kuasa Eksekutif
pula sebagai pelaksana undang-undang yang digubal oleh badan Legislatif. Undangundang tersebut kemudiannya dilaksanakan mengikut rang undang-undang yang telah
ditetapkan oleh parlimen di mana kuasanya tetap dibatasi oleh badan Legislatif, yang
meletakkan raja sebagau sebahagian daripada kuasa eksekutif. Ini bererti kuasa rakyat
mendominasi kuasa pemerintahan secara veto. Badan Federatif pula bertanggungjawab
menguruskan permasalahan dengan hubungan luar, inilah badan yang berkuasa
menentukan atau memutuskan sebarang deklarasi perang-damai dengan liga-liga negara
antarabangsa. Mereka yang terlibat dengan kuasa Federatif berperanan juga sebagai
10 J.W. Gough, John Lockes Political Philosophy, (Oxford at The Clarendon Press, 1973)

diplomat asing untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara yang


disepakati dan mengadakan transaksi dari segi ekonomi mahupun politik dengan
negara-negara asing. Kuasa-kuasa ini bagaimanapun tidak boleh dialihkan peada manamana individu atau badan yang sama untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan
kuasa oleh pihak-pihak tertentu di dalam institusi pemerintahan, dan mengelakkan
wujudnya pemusatan kuasa bagi mana-mana badan berkanun tersebut demi menjamin
hak-hak asasi negara. Pada penghujung kurun ke-18, zaman ini dianggap sebagai
sebuah zaman yang telah melahirkan satu bentuk perubahan terhadap kesedaran politik
yang memberikan kuasa pemusatan dariapada bersifat individu kepada rakyat. Namun,
sesetengah pandangan sarjana mengatakan bahawa ianya wujud setelah munculnya
zaman

Kesedaran

Kesedaran.

ini

sebenarnya

bukanlah

kesinambungan

daripada

idea-idea

11

Gagasan-gagasan baru yang muncul setelah zaman revolusi yang berlaku

di Perancis seperti konsep individu sebagai satu bangsa, kebebasan dakam penglibatan
politik, politik untuk semua dan kadaulatan rakyat walaupun seringkali dianggap
sebagai rentetan kemunculan idea-idea rasionalis, tetapi pada hakikatnya ia merupakan
perubahan yang bercanggah dnegan prinsip-prinsin golongan pemikiran Kesedaran ini.
Sebagai contoh, idea pembentukan Deklarasi Hak-Hak Manusia 1789, misalnya tidak
pernah wujud dalm pemikiran para rasionalis secara umum. Ianya hanyalah ciptaan
sebahagian kecil para revolusioner yang berfikiran radikal.

5. Ekonomi Kapitalisme.

11 Azmi Arifin, Les Philosophs Kurun Ke-18 di Perancis: Sifat-sifat Reaksioner Di Sebalik
Bayang Revolusioner; Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies.
8

Para nasionalis berpendapat bahawa perlunya ada keterbukaan di dalam pemilikan


kekayaan yang tidak hanya terbatas kepada golongan atasan atau land lord sahaja.
12

Setiap individu memiliki peluang yang sama untuk mengumpul kekayaan sebanyak

yang mungkin. Ekonomi kapitalis ini merupakan sebuah pasara bebas yang mampu
memperbanyakkan pilihan barangan dan perkhidmatan yang mampu memperbanyakkan
pilihan barangan dan perkhidmatan yang mampu diperoleh dan dimiliki. Hal ini
dikemukakan oleh tokoh rasionalis berfahaman liberalis di dalam tulisannya yang
bertajuk :Two Tracks on Government atau Two Treaties on Government, beliau
menegaskan bahawa salah satu idea yang ingin direalisasikannya adalah beliau mahu
masyarakat

di Eropah

memiliki

kebebasan ekonomi. Kebebasan

ekonomi

yang

dimaksudkan ialah pemilikan harta oleh masyarakat dan kebebasan menggunakannya


tanpa ada campur tangan

daripada kerajaan seperti sekatan ke atas pengumpulan

kekayaan dan juga cukai ke atas barangan. Berpegang kepada konsep Laissez faire,
pihak pemerintah tidak boleh masuk campur dalam kegiatan ekonomi masyarakatnya
sendiri. Namun, dalam satu-satu keadaan, kerajaan juga berperanan sebagai satu badan
penyokong dan bertanggungjawan serta sentiasa bersedia membantu

penduduknya

untuk sebarang urusan berkaitan kewangan. Terdapat kajian yang menunjukkan


bagaimana golongan rasionalis ini sebenarnya amat bergantung kepada pembiayaan dan
sumbangan istana dalam menruskan dan mengembangan aktiviti mereka. Institusi yang
berhubung dengan dengan golongan berkesedaran ini adalah seperti Caroline Hannaway
Royal Medice dan

Roger Hahn Royal Academie Science dan Roche Provincial

Academie telah menonjolkan tentang kepercayaan, sokongan, dan kebergantungan


antara golongan rasionalis dengan pemerintah regim lama, institusi dan ganjarannya.
Dalam sistem kewangan pula, simpanan emas dan perak dianggap sebagai asset
12 M. Seliger, The Liberal Politics of John Locke, (New York-Washington, 1969), hlm 68

kekayaan yang bernilai. Kekayaan sesebuah negara itu diukur berdasarkan jumlah
emas yang dikumpulkan oleh sesebuah negara. Oleh itu, penggunaan emas dan perak
sebagai keutamaan dalam urusan jual beli digalakkan kerana nilainya yang sama
sebagaimana yang digunapakai oleh penduduk di seluruh dunia.

13

Golongn rasionalis

ini juga menganggap sesebuah masyarakat yang kaya dan memiliki asset dalam bentuk
material tetapi tidak menggunakan harta tersebut sepenuhnya dianggap sebaga suatu
pembaziran. Monopoli dalam pengumpulan kekayaan menjadi satu kemestian di dalam
konsep ekonomi kapitalisme. Dalam pengumpulan harta pula, masyarakat di Eropah
disuruh untuk mengumpul harta sebanyak yang mungkin dan membentuk sebuah
institusi masyarakat yang kaya tanpa membabitkan cukai-cukai yang tidak sepatutnya
yang dianggap membebankan dan bersifat merampas hasil usaha orang yang bekerja
keras mendapatkan sumber keperluannya sendiri. Ahli rasionalis percaya bahawa alam
ini penuh dengan sumber, maka sekiranya ian tidak diusahakan seoptimum yang
mungkin, ianya dianggap sebagai sesuatu yang merugikan masyarakat itu sendiri
kerana peluang selalunya tersedia di depan mata.

Agama Bukan Lagi Suatu Keperluan.


Dalam banyak institusi yang menjadi sasaran untuk revolusi masyaraat ke arah
melahirkan masyarakat baru yang ingin dibentuk dalam pemikiran golongan Kesedaran,
agama Kristian sering diperlihatkan sebagai senjata golongan pemerintah yang ingin
mengekalkan kuasa dan kedudukannya dalam negara-negara di Eropah. Penentangan
terhadap institusi gereja dan peranannya dalam memperkenalkan apa yang dianggap
sebagai pemangkin kepada fahaman sekularisme di Eropah. Para pengkaji menganggap
13 Ibid, hlm 64
10

golongan rasionalis ini adalah antiagama, atau sekurang-kurangnya sekularis. Hal ini
kerana gologan rasionalis tidak melihat agama itu sebagai satu keperluan atau
kemestian dalam hidup, tetapi tidah lebih dari itu, gama hanya dianggap sebagai
pilihan. Ianya juga didorong oleh faktor fokus golongan ini terhadap keperluan fizikal
yang boleh dilihat secara materialnya, dan boleh diukur, sedangkan agama itu bagi
mereka tidak bersifat material dan boleh dieksploitasi. Inilah yang seterusnya
membawa kepada kewujudan golongan the free thinkers ataupun ateisme yang menolak
peranan ketuhanan dalam kehidupan manusia, kerana anggapan bahawa segala yang
wujud adalah terjadi dengan sendirinya, sains dan matematik pula

menjadi sumber

keperlun masyarakat yang terpenting kerana dengan sains dan matematik menjadi asas
pembuktian dan logik sesuatu perkara.
Sebenarnya pandangan yang mengatakan golongan Kesedaran adalah bersifat

14

sekular sepenuhnya dan antiagama adalah tidak tepat. Ini kerana walaupun sebahagian
daripada mereka terdiri daripada golongan sekularis dan ateis, tetapi ada juga sesetengahnya
yang percaya dengan agama dab unsur-unsur spiritual. Seperti John Locke sendiri,
beliau percaya terdapatnya unsur-unsur yang bersifat ghaib di alam ini yang
menggerakkannya tetapi untuk berpegang dana menjadikan agama sebagai agen kepada
sistem hidup secara lahiriah adalah mustahil kerana nilai-nilai spiritual ini tidak boleh
dicampuradukkan dengan aspek fizikal manusia, lantara ianya tidak boleh diukur.
Namun, setiap individu berhak mempraktikkan kepercayaan masing-masing tanpa
gangguan daripada mana-mana kuasa.

14 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintah, Edisi Kedua, (Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur, 2000)

11

7. Pendidikan.
Para rasionalis melihat manusia itu daripada perspektif yang sama. Manusia itu

15

semuanya dilahirkan dengan hak yang sama, yang bersifat semulajadi iaitu hak untuk
memiliki dan menguasai apa jua bidang selagi mana ia mampu. Hak untuk mendapat
pendidikan juga terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengikra latar belakang sosial.
Namun,

di

satu

sudut,

ada

juga

golongan

rasionalis

ini

yang

tidak

begitu

menggalakkan penguasaan yang menyeluruh dalam bidang pendidikan kerana terdapat


juga sedikit sentimen yang tidak yakin terhadap golongan masyarakat bawahan.
Rousseau dan Voltaire juga tidak bersetuju untuk memberikan pendidikan yang sama
rata kepada semua rakyat kerana menurut mereka meskipun golongan rasionalis ini
secara dasarnya masih mahu mempertahankan wujudnya strata masyarakat yang
pelbagai. Rousseau misalnya menentang usaha-usaha memberikan pendidikan terbuka
kepada golongan petani dan kelas bawahan berdasarkan pegangannya dalam Emile,
iaitu pendidikan seharusnya dibentuk berdasarkan keadaan dan keperluan semulajadi
seseorang individu, dan golongan bawahan tidak wajar dibentuk oleh persekitaran luar
yang boleh merubah pemikiran dan kehidupan mereka. Bagi Voltaire pula tidak semua
manusia berupaya dibentuk menjadi golongan berkesedaran sekalipun telah diberi
peluang pendidikan yang sama. Malah lebih bahaya lagi katanya, sekiranya rakyat
bawahan yang fanatik ini menerima pendidikan secara berlebihan. Baginya, cukup
sekadar sekumpulan kecil masyarakat yang benar-benar layak sahaha yang diberikan

15 Azmi Arifin, Les Philosophs Kurun Ke-18 di Perancis: Sifat-sifat Reaksioner Di Sebalik
Bayang Revolusioner; Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies.
12

peluang,

hak

dan

kekuasaan

untuk

memimpin

seluruh

ahli

masyarakat

dan

menggerakkannya ke arah sebuah masyarakat yang berkesedaran.

Kesimpulan.
Pandangan-pandangan yang diketengahkan oleh golongan pemikir rasionalis ini adalah
bertujuan untuk mewujudkan satu suasana masyarakat baru yang bebas daripada
kongkongan politik bangsawan yang bersifat feudal.

16

Kemunculan kekuasaan dan

pengaruh sains telah menjadi pencetus yang berkesan dalam melahirkan semangat
kebebasan

dalam

berfikir

dan

mengubah

sikap

masyarakat

terhadap

nilai-nilai

kehidupan. Kepelbagaian latar belakang golongan-golongan rasionalis ini baik dari segi
latar belakang keluarga, pendidikan dan profesion mengahsilkan pandangan yang
berbeza dalam hasrat mewujudkan golongan masyarakat baru yang diinginkan. Dalam
hal ini, penghasilan karya-karya penulisan melalui akhbar dan buku-buku ilmiah
tumbuh pesat sebagai wadah untuk mendidik masyarakat untuk mencapai matlamat
kesedaran ini. Namun, usaha ini bagaimanapun belum dapat mencapai tahap yang
maksimum dalam beberapa aspek seperti hak-hak memilih kerajaan yang masih rigid
dan tidak mengetengahkan peranan kaum wanita dalam kerajaan, dan keterbukaan
terhadap pendidikan yang masih rendah, malah penyebaran ideologi melalui penulisan
juga tidak begitu memberangsangkan disebabkan kadar buta huruf yang masih tinggi
dalam kalangan masyarakat.

16 Mardzelah Makhsin, Sains Pemikiran dan Etika, (2006)


13

Bibliografi.
1.Greg Forster, John Lockes Politics of Moral Consensus, (Cambridge University Press,
2005)
2. Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintah, Edisi Kedua, (Dewan
Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 2000)
3. Mardzelah Makhsin, Sains Pemikiran dan Etika, (PTS Profesional Publishing Sdn Bhd,
2006)
4. J.W. Gough, John Lockes Political Philosophy, (Oxford at The Clarendon Press, 1973)
5. M. Seliger, The Liberal Politics of John Locke, (New York-Washington, 1969)
6. The European Graduate School.edu/library (Brief Biography of John Locke)
7. Azmi Arifin, Les Philosophs Kurun Ke-18 di Perancis: Sifat-sifat Reaksioner Di
Sebalik Bayang Revolusioner; Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies,
Vol. 37, School of History, Politics & Strategic Studies, UKM 2012

14

Anda mungkin juga menyukai