Anda di halaman 1dari 1

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, kerana telah memberikan kita ruang dan kesempatan

untuk terus berada di bumi yang fana' ini untuk sama-sama kita berusaha mengislahkan dan
memperbaiki diri sebagai persiapan kita untuk menghadapi hari kemudian. MasyaAllah,,,sudah
sekian lama tidak menyentuh laman maya ini menjadikan saya berasa begitu rindu dan
bersemangat untuk berkongsi sedikit mutiara kata yang mana mudah-mudahan ianya menjadi
satu motivasi dan peringatan bersama-sama dalam usaha kita untuk mencari keredhaan dan
kasih sayang Allah SWT di muka bumi ini.
InsyaAllah, pada kali ini, marilah sama-sama kita merenungkan semula firman Allah SWT yang
bermaksud :
" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd ; 28 )
ketenangan dan ketenteraman jiwa adalah satu nikmat Allah yang sangat besar dan hanya
diberikan kepada hambanya yang terpilih sahaja. ramai orang mengatakan sesuatu
ketenangan itu ialah apabila kita berjaya mengumpul seberapa banyak harta, mempunyai
rumah yang besar dan sebagainya, tetapi sebenarnya hakikat ketenangan itu adalah sesuatu
yang dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah dan dan rasa ringan untuk melaksanakan
dan menyempurnakan ketaatan kepada perintahnya.
Jiwa yang tenteram adalah jiwa yang banyak mengingati Allah tidak kira di mana juga. Hati
yang hidup merupakan hati yang banyak mengingati Allah manakala hati yang mati adalah hati
yang payah dan sukar untuk mengingati Allah malah banyak mengingati tentang hal keduniaan
semata-mata.
Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu
dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan
musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para
Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat)
kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Firman Allah, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri,
di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)
Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir
yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab
41-42).

Anda mungkin juga menyukai