Anda di halaman 1dari 48

1)

Mengapakah perlu belajar makroekonomi?


Untuk memahami sistem ekonomi semasa dengan cara mengenal pasti pembolehubah
dan terma yang selalu digunapakai seperti inflasi, pengangguran, KDNK dan lain-lain.

2)

3)

Dengan memberi contoh, terangkan perbezaan antara makroekonomi dengan


mikroekonomi.

Makroekonomi memfokuskan kajian terhadap gelagat ekonomi secara keseluruhan


atau agregat. Kajian adalah meliputi isu-isu seperti , pengangguran, inflasi,
imbangan pembayaran, pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara.
Ia menumpukan kepada masyarakat secara kumpulan melihat kesan
daripada keseluruhan tindakan isirumah, pengusaha, kerajaan dan kegiatan
perdagangan antarabangsa kepada tingkat kegiatan ekonomi secara
keseluruhannya.
Makroekonomi memberikan satu gambaran menyeluruh
mengenai sesebuah ekonomi.

Mikroekonomi pula merupakan satu cabang ekonomi yang mengkaji mengenai


perlakuan pengguna dan pengeluar mengenai penggunaan dan pengeluaran
barangan dan perkhidmatan. Ia mengkhususkan kepada kajian perlakuan unit-unit
ekonomi atau unit pembuat keputusan. Fokus mikro adalah ke atas harga dan
keluaran sesuatu barangan dan perkhidmatan dan bagaimana pasaran berinteraksi
bagi menentukan peruntukan sumber yang berkurangan di antara kepelbagaian
kegunaan. Hubungan antara isi rumah dan firma secara tidak langsung melibatkan
pasaran, iaitu pasaran barangan dan pasaran faktor.

Dengan bantuan gambar rajah, huraikan aliran pusingan perbelanjaan-pendapatan


dalam ekonomi terbuka dan pasaran yang terlibat dalamnya.
Aliran pusingan perbelanjaan dan pendapatan dalam ekonomi merujuk kepada
perhubungan aliran perbelanjaan dan pendapatan di antara sektor isi rumah, firma dan
kerajaan.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

Aliran 1 adalah aliran pendapatan factor-faktorpengeluaran yang diterima oleh isi


rumah dalam bentuk gaji upah kepada buruh, sewa kepada pemilik tanah, bunga
kepada pemilik modal dan untung kepada penegusaha.
Isi rumah akan menggunakan pendapatan tersebut untuk tiga kegunaan iaitu:
Aliran2 : Isi rumah melakukan perbelanjaan penggunaan isirumah bagi
mendapatkan barang dan perkhidmatan.
Aliran3 : Isi rumah membayar cukai pendapatan kepada kerajaan, manakala firma
membayar cukai keuntungan syarikat kepada kerajaan.
Aliran4 : Isi rumah membuat tabungan di badan/institusi kewangan.
Aliran 5 menunjukkan badan/institusi kewangan akan menyalurkan tabungan isi
rumah kepada pelabur untuk tujuan pelaburan bagi menambahkan keupayaan
firma mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Aliran 6 menunjukkan kerajaan akan menggunakan hasil cukai untuk membiayai
perbelanjaan kerajaan bagi membeli barang dan perkhidmatan serta membuat
pelaburan awam.

Oleh itu, keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila


Y = C (perbelanjaan penggunaan isi rumah) + I(pelaburan) + G(perbelanjaan kerajaan)
4)

Huraikan sejarah wujudnya ilmu ekonomi yang bersifat makroekonomi.


Secara umum, ekonomi boleh dibahagikan kepada dua bidang , mikroekonomi dan
makroekonomi.
Bidang mikroekonomi lebih tertumpu kepada kajian mengenai kelakuan dan fungsi unit
individu dalam sesebuah ekonomi.Unit ini terdiri daripada isi rumah dan firma.Antara yang
sering dibincangkan adalah bagaimana individu isi rumah membuat pilihan terhadap
barangan (permintaan) dan memaksimumkan kepuasan.Sementara perbincangan bagi
firma pengeluar pula adalah bagaimana firma membuat keputusan dalam operasi
pengeluarannya untuk memaksimumkan keuntungan. Interaksi antara pengguna dan

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

pengeluar akan membentuk pasaran dan peruntukan sumber yang optimum.


Makroekonomi pada dasarnya adalah bidang ilmu yang memberi tumpuan kepada hal
yang berkaitan dengan isu ekonomi pada peringkat agregat, seperti masalah kitaran
perniagaan,pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi, pengangguran dan inflasi. ni jelas
menunjukkan bahawa bidang dan cabaran dalam makroekonomi begitu rumit dan
salingberkait.
Bidang dan cabaran ini perlu diketahui dan difahami oleh setiap ahli masyarakat yang
merupakan agen ekonomi pada peringkat mikro. Ini kerana setiap tingkah laku agen
ekonomi menyumbang kepada berlakunya suatu proses kitaran dalam sebuah ekonomi
yang lengkap. Peningkatan perbelanjaan isi rumah,contohnya akan menjana pendapatan
kepada firma. Keuntungan firma pula akan menarik kemasukan firma lain ke dalam
pasaran. Ini seterusnya membentuk industri yang kompetitif dan akhirnya
menyumbangkepada pertumbuhan ekonomi pada peringkat agregat. Keadaan sebaliknya
juga boleh berlaku dan akan membawa kepada kemelesetan ekonomi.

5)

Mengapakah analisis makroekonomi sangat prihatin terhadap isu pertumbuhan


ekonomi, pengangguran, inflasi, dan imbangan pembayaran?

6)

Pertumbuhan ekonomi
- untuk mengetahui ekonomi berkembang atau meleset
Pengangguran
- berkaitan kebajikan penduduk
Inflasi
- taraf hidup dan kebajikan penduduk
Imbangan pembayaran
- untuk mengukur keadaan perdagangan luar Negara
- melihat sejauh mana ekonomi import berbanding eksport, pendapatan masuk vs
pendapatan keluar.

Dengan bantuan gambah rajah, terangkan maksud kitaran perniagaan. Berdasarkan


data KDNK benar, plot dan huraikan keadaan kitaran perniagaan bagi Malaysia.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

Sekiranya KDNK benar berada dalam keadaan turun naik, iaitu meningkat, menurun,
meningkat semula dan menurun semula, ekonomi dikatakan berada dalam keadaan satu
kitaran perniagaan. Umumnya terdapat lima (5) fasa dalam kitaran perniagaan seperti
dalam Rajah 1.6 iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

7)

Puncak - tingkat tertinggi KDNK benar yang dicapai pada sesuatu tempoh itu.
Penguncupan/Kemerosotan - tempoh apabila berlaku pengurangan KDNK benar.
Ketika ini kadar pertumbuhan adalah negatif.
Jurang - tingkat terendah KDNK benar yang berlaku pada tempoh itu.
Pemulihan - tempoh KDNK benar mula meningkat dan kadar pertumbuhan adalah
positif tetapi rendah.
Pengembangan - tempoh KDNK bertambah pesat dan kadar pertumbuhan sangat
tinggi.

Bincangkan dasar ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia untuk


mempengaruhi kegiatan ekonomi Malaysia.
Sebelum 1970, dasar pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk
menggalakkan perkembangan dengan penekanan kepada pasaran eksport.
Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 telah melakar sejarah dalam
pembentukan dasar ekonomi Malaysia. Pelan induk dasar ini dikenali sebagai Rangka
Rancangan Jangka Panjang ( RRJP 1 ) 1971-1990.
Strategi kerajaan mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan
peluang pekerjaan dan menambah pendapatan.Penyusunan semula masyarakat,
memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dengan menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Pelbagai dasar diwujudkan bagi mengimbangi kegiatan ekonomi negara seperti :

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA : Dibantu dengan pelan kajian ditubuhkan kerajaan


Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP).
Memberi tumpuan berasaskan eksport dan industri yang menggunakan ramai
buruh.Pengalakkan dalam industri berat, menambah tenaga kerja yang berkemahiran bagi
mempercepatkan dan memperkemaskan pengeluaran.
DASAR PERTANIAN NEGARA : Kerajaan menubuhkan pelbagai agensi-agensi
pembangunan seperti FELDA, FELCRA, FAMA, MARDI dan mewujudkan kemudahan
bantuan seperti MARA, Bank Bumiputra, Bank Pembangunan, Amanah Saham Nasional
untuk mengalakkan masyarakat dalam bidang pertanian.
DASAR PENSWASTAAN : Agensi dan syarikat milik kerajaan yang diswastakan bagi
meningkatkan daya saing dalam penyediaan utiliti utama negara.
DASAR PERSYARIKATAN : Membantu menjayakan pembangunan negara. Kerjasama
dan perkongsian maklumat dari kedua pihak menyelaraskan kemajuan negara
DASAR
PENINGKATAN
DAYA
PENGELUARAN
NEGARA
DAN
DASAR
KEPENDUDUKAN : Mengoptimumkan pengeluaran, penggunaan, dan petumbuhan hasil
negara supaya dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
DASAR PEMBANGUNAN KERAJAAN( DPN ) selepas tamat DEB menjalankan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua ( RRJP 2 )1991-2000, ( RRJP 3)20012010.Berlandaskan wawasan 2020 negara maju menjelang 2020 tumpuan DPN adalah
mengatasi kelemahan prestasi pencapaian dasar yang sebelumnya. Pembangunan
sumber manusia menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam
perancangan dan pembangunan sosioekonomi, perlindungan alam sekitar dan ekologi.
Sedikit sebanyak dasar kerajaan yang telah dirancang dan dilaksanakan ini
mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia. Dan dengan dasar ini menjadi kunci
penggerak ekonomi negara.

8)

Secara ringkas terangkan maksud indeks harga pengguna serta kadar inflasi, dan
seterusnya terangkan hubungan antara dua konsep tersebut. Berdasarkan data
indeks harga pengguna dan kadar inflasi di Malaysia, terangkan keadaan hubungan
dua konsep tersebut.
Indeks Harga Pengguna (IHP)
IHP adalah jumlah ringgit yang dibelanjakan dalam tahun semasa untuk sekumpulan
barang di pasaran dibahagikan dengan jumlah ringgit yang dibelanjakan untuk

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

sekumpulan barang di pasaran pada tahun asas.Hasil yang diperolehi didarabkan dengan
100.

Tingkat harga ini merujuk kepada tingkat harga umum bagi satu bakul barang dan
perkhidmatan.
Kenaikan harga umum bermaksud kenaikan harga secara keseluruhan ke atas
kebanyakan jenis barang dan perkhidmatan yang dijualbeli dalam ekonomi.
Tingkat harga umum diukur dengan indeks harga pengguna (IHP).
Pembinaan IHP ini pada asasnya adalah dari sekumpulan harga barang dan
perkhidmatan yang digunakan oleh kebanyakan isi rumah seperti makanan dan
minuman, pakaian, tempat kediaman, bahan api, pengangkutan, perubatan dan
perkhidmatan lain.

Inflasi ialah suatu keadaan yang menunjukkan kenaikan harga pada tahun semasa
berbanding dengan harga purata tahun sebelumnya.

Inflasi diukur dengan kadar inflasi.


Kadar inflasi dalam negara dapat diukur dengan menggunakan formula berikut:

Contoh Pengiraan :Diberi, IHP tahun 2007 = 120


IHP tahun 2008 = 125
Maka, kadar inflasi tahun 2008 = 125-120 X 100 % = 4.2 %
120
Hubungan kadar inflasi dengan nilai wang :
Apabila inflasi berlaku, nilai wang akan merosot.

Nilai wang diukur dengan formula indeks nilai wang (INW) berikut :

Contoh pengiraan :INW = IHP tahun asas X 100 %


IHP tahun semasa
Diberi, IHP tahun 2007 = 120
IHP tahun 2008 = 125

Jika diandaikan tahun asas ialah tahun 2000, maka IHPnya mestilah 100. Oleh itu, indeks
nilai wang (INW) pada tahun 2007 dan 2008 ialah :

INW (2007) = 100 X 100% = 83.33% (nilai wang merosot 16.67%)


120

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

9)

INW (2008) = 100 X 100% = 80.00% (nilai wang merosot 20%)


125
Apakah hubungan kadar bunga dengan kadar inflasi? Berbantukan data, jelaskan
hubungan kadar bunga dan inflasi di Malaysia.

Kewujudan kadar inflasi () menimbulkan dua konsep kadar bunga, iaitu kadar
bunga pasaran atau kadar bunga nominal (in) dan kadar bunga benar (ir).
Kadar bunga nominal cenderung menjadi tinggi apabila kadar inflasi tinggi dan
sebaliknya cenderung menjadi rendah apabila kadar inflasi rendah.
Kecenderungan ini dipanggil kesan Fisher.
Hubungan dua konsep kadar bunga dengan kadar inflasi diberi dalam persamaan
berikut:
ir= in-

Contoh kesan Fisher terdapat pada carta yang dilampirkan bersama jawapan ini.
KESAN FISHER / HUBUNGAN KADAR BUNGA DENGAN KADAR INFLASI
Bunga (%)

100
80
60

X
X

40
20

Inflasi (%)
20

10)

40

60

80

100

Apakah maksud kesan Fisher? Bagaimanakah kesan Fisher boleh berlaku?


Terdapat pengamatan/pemerhatian yang menunjukkan pertalian yang positif antara kadar
bunga nominal dengan kadar inflasi, iaitu kadar bunga nominal cenderung menjadi tinggi
apabila kadar inflasi tinggi dan sebaliknya cenderung rendah apabila kadar inflasi rendah.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

11)

Kecenderungan ini dipanggil kesan Fisher yang diperkenalkan oleh Irving Fisher, seorang
ahli ekonomi Amerika Syarikat pada awal abad ke-20 yang menemui pertalian antara
pembolehubah-pembolehubah tersebut.
Terangkan apa yang anda faham dengan keluk Phillips. Dengan bantuan gambar
rajah, jelaskan konsep keluk Phillips jangka pendek dan jangka panjang. Bagaimana
keadaan keluk Phllips di Malaysia?
Terangkan apa yang anda faham dengan keluk Phillips. Dengan bantuan gambar rajah,
jelaskan konsep keluk Phillips jangka pendek dan jangka panjang.Bagaimana keadaan
keluk Phillips di Malaysia?

12)

Keluk Phillips jangka pendek


Menerangkan hubungan negatif antara inflasi dan jumlah pengangguran. Keluk
menunjukkan mencerun ke bawah

Keluk phillips jangka panjang


Menerangkan apabila ekonomi berkembang, pengangguran menurun tetapi kadar
inflasi meningkat. Keadaan inflasi ini mendorong para pekerja menuntut upah yang
lebih tinggi.Keuntungan firma merosot dan ada yang rugi dan pekerja terpaksa
diberhentikan.Ini menyebabkan pengangguran meningkat semula.

Pada tahun 2014 negara Malaysia mencatatkan Indek Harga Pengguna (IHP)
108.9 meningkat sebanyak 3.0 berbanding IHP tahun 2013 sebanyak 105.9. Dari
Januari 2013 sehingga Januari 2014 kadar inflasi pula mencatatkan 5.9% dengan
jumlah pengangguran sebanyak 3.97juta atau 28.4% berbanding Januari 2013
sebanyak 4.45juta pengangguran atau 33.6%. Jumlah tenaga kerja pada tahun
tersebut seramai 13.99juta berbanding tahun 2013 sebanyak 13.2juta. Hal ini
menunujukkan keadaan keluk phillips Malaysia adalah keluk phillips jangka
panjang.

'Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya mengurangkan jumlah pengangguran'.


Jelaskan penyataan ini.
i.
ii.

Pengangguran tetap berlaku kerana pertumbuhan ekonomi hanya menggalakkan


pekerja yang sedia ada bekerja lebih atau bekerja sepenuh masa
Pengangguran geseran tetap berlaku dimana pekerja-pekerja berhenti secara
sukarela untuk menukar atau mencari kerja yang baru dan lebih baik (bukan
masalah besar terhadap ekonomi negara). Pengangguran ini bersifat sementara
dan berlaku disebabkan oleh tindakan pekerja sendiri. Mereka berhenti kerja untuk
mendapatkan pekerjaan baru yang menawarkan sesuatu yang lebih baik seperti
gaji yang lebih tinggi dan tempat kerja yang lebih sesuai.Pengangguran jenis ini
akan berlaku apabila pekerja tidak dapat pekerjaan baru kerana kekurangan
maklumat pekerjaan dan mobiliti pekerja yang terhad.Sebagai contoh, kekosongan

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

jawatan guru di kawasan pedalaman negeri Sabah dan Sarawak disebabkan


keengganan bakal guru untuk berkhidmat di tempat tersebut. Walau
bagaimanapun, pengangguran jenis ini akan meningkatkan produktiviti pekerja
kerana pekerja memperoleh kerja yang sesuai dengan kelayakan dan
kemahiran.Untuk mengatasi masalah pengangguran jenis ini, maklumat pekerjaan
perlu dipertingkatkan dan mobiliti ke tempat kerja dipermudahkan
13)

Bagaimanakah keadaan pertumbuhan ekonomi, pengangguran, inflasi, imbangan


pembayaran dan kadar pertukaran di Malaysia selepas kemerdekaan?
a) Pertumbuhan ekonomi
Selepas kemerdekaan Malaysia, ekonomi Malaysia telah mengalami pasang surut
beberapa kali disebabkan oleh pelbagai faktor yang sebahagian besarnya berpunca
daripada faktor luaran memandangkan keterbukaan ekonomi Malaysia.Sejak 1970,
Malaysia pertama kali mengalami krisis ekonomi pada tahun 1973/74 berikutan
kenaikan harga minyak yang lebih dikenali sebagai kejutan minyak pertama akibat
peperangan antara Mesir dan Israel. Berikutan itu, ekonomi negara-negara
perindustrian mengalami pengucupan yang turut memberi kesan kepada pertumbuhan
ekonomi Malaysia yang hanya meningkat 0.8% pada 1975 iaitu paras terendah dalam
tempoh 1970-1980. Malaysia sekali lagi mengalami krisis ekonomi yang juga berpunca
daripada kenaikan harga minyak iaitu kejutan minyak kedua pada 1978 akibat daripada
revolusi Iran.Ini mengakibatkan kemelesetan ekonomi yang diikuti dengan masalah
inflasi dan pengangguran di negara-negara maju atau OECD.Walaupun ekonomi
Malaysia tidak mengalami kemelesetan, namun pertumbuhan KDNK meningkat
perlahan pada awal 1980an berikutan kejatuhan eksport dan harga komoditi.Kerajaan
kemudiannya memasang strategi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dengan
meningkatkan subsidi, membantu golongan berpendapatan rendah, mengatasi inflasi
melalui kawalan bekalan wang serta menambah perbelanjaan untuk melaksana projekprojek infrastruktur asas bagi merangsang aktiviti ekonomi. Walau apa pun, keadaan
ekonomi Malaysia tidaklah seburuk ekonomi negara-negara jiran kerana kerajaan telah
mengambil langkah menghadkan pinjaman asing dan mengadakan peraturan dan
pengawalan yang ketat ke atas sektor perbankan menyebabkan sector perbankan
negara tidak terjejas teruk dengan krisis ekonomi dunia. Kini Malaysia perlu keluar dari
perangkap negara berpendapatan sederhana dan antara faktor penentu kejayaan
adalah modal insan yang berkemahiran tinggi serta budaya inovatif dan kreatif
Peningkatan produktiviti memerlukan modal insan yang berkaliber, komited dan
berkemahiran tinggi untuk memacu perubahan transformasi berasaskan
kecemerlangan dalam jangka masa panjang.
b) Pengangguran
Sesebuah Negara dikatakan mempunyai pertumbuhan yang mampan jika kadar
pengangguran rendah. Kadar penganguran merupakan kayu ukur kepada peningkatan
kegiatan ekonomi dan mempunyai hubungan rapat dengan pendapatan negara, guna
kerja dan inflasi.Sebab berlakunya pengangguran adalah pelbagai dan kompleks.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

Fenomena naik turun dalam fasa ekonomi negara misalnya, menyebabkan segelintir
pelabur asing mula memandang negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, Kemboja
dan China untuk dijadikan tempat melabur di mana tenaga buruh kasar yang jauh lebih
murah berbanding Malaysia. Ini secara tidak langsung mengurangkan peluang
pekerjaan di Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini, percambahan pusatpusat
pengajian tinggi yang menawarkan program sijil, diploma dan ijazah sama ada kerajaan
dan swasta mampu menyediakan pekerja-pekerja yang lebih berdaya saing dan
diterima pakai dalam sektor perindustrian. Kerajaan juga telah mengambil beberapa
langkah bagi mengatasi masalah pengangguran cotohnya dengan mewujudkan banyak
peluang perniagaan dan program keusahawanan diperkenalkan kepada para graduan
dan pengganggur terutamanya di dalam bidang pertanian moden dan bioteknologi.
Pinjaman perniagaan juga diwujudkan untuk membantu belia memulakan perniagaan
mereka secara kecil-kecilan.Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil
dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih
baik dalam tempoh terdekat ini.Kesimpulannya, masalah pengangguran ini memang
boleh mencetuskan ketidakstabilan jika negara gagal mengawalnya dengan baik
berdasarkan pengalaman negara-negara jiran kita terutama Indonesia. Pihak kerajaan
bersama sama swasta perlu menyedari betapa pentingnya sikap bekerjasama untuk
memulihkan ekonomi negara dalam masa yang terdekat ini. Tanpa kerjasama masalah
ekonomi akan terus wujud lalu menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk
mencari peluang kerja yang baik.
c) Inflasi
Inflasi ialah suatu keadaan yang menunjukkan kenaikan harga pada tahun semasa
berbanding dengan harga purata tahun sebelumnya. Inflasi sebagai salah satu indikator
untuk melihat kestabilan ekonomi suatu wilayah atau daerah yang menunjukkan
perkembangan harga barangan dan perkhidmatan secara umum yang dikira dari indeks
harga pengguna . Dengan demikian angka inflasi sangat mempengaruhi kuasa beli
masyarakat yang berpendapatan tetap , dan juga mempengaruhi besarnya
pengeluaran barang. Berdasarkan pelbagai definisi yang telah dikemukakan,secara
umum Inflasi adalah suatu gejala kenaikan harga secara berterusan terhadap pelbagai
barangan. Jika dilihat dalam konteks senario selepas kemerdekaan, taraf hidup
masyrakat kini semakin meningkat di mana harga barangan di pasaran juga kian
meningkat.Masalah inflasi ini merupakan salah satu pokok permasalahan ekonomi
makro.Inflasi adalah indikator pergerakan harga-harga barangan dan perkhidmatan
secara umum, yang secara serentak juga berkaitan dengan kemampuan kuasa
beli.Inflasi mencerminkan kestabilan harga, semakin rendah nilai suatu inflasi bermakna
semakin besar adanya kecenderungan ke arah kestabilan harga.Namun masalah inflasi
tidak hanya berkaitan dengan melonjaknya harga suatu barangan dan
perkhidmatan.Inflasi juga sangat berkaitan dengan purchasing power atau daya beli
dari masyarakat.Sedangkan daya beli masyarakat sangat bergantung kepada gaji
sebenar.Inflasi sebenarnya tidak terlalu bermasalah jika kenaikan harga diiringi dengan
kenaikan gaji sebenar. Namun permasalahan ini berkait rapat dengan pertumbuhan

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

10

ekonomi Negara dan kadar pengangguran. Inflasi mampu melemahkan daya beli
masyarakat akibat kenaikan harga barang, peningkatan kos hidup masyarakat dan
seterusnya mengakibatkan penurunan taraf hidup rakyat. Seiring dengan
pembangunan Malaysia masa kini, kajian terperinci tentang inflasi adalah penting bagi
memastikan kestabilan ekonomi Negara dan menjadi tanda aras taraf kehidupan rakyat
sejagat.
d) Imbangan pembayaran
Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urus
niaga dan aliran wang antara negara dalam satu tahun.Ianya merupakan alat untuk
mengukur keadaan perdagangan luar negara.Imbangan pembayaran terdiri daripada
akaun semasa, akaun modal dan akaun kewangan.Imbangan akaun semasa
merupakan akaun yang mencatatkan semua butir eksport-import barang dan
perkhidmatan serta pendapatan daripada pelaburan dan pindahan semasa yang
dilakukan oleh pihak swasta dan kerajaan dari luar negeri dan ke luar negeri.Akaun
semasa merangkumi empat akaun yang utama iaitu akaun barangan, perkhidmatan,
pendapatan dan pindahan semasa.Selepas kemerdekaan, arah aliran bagi eksport dan
import barang serta perkhidmatan menunjukkan arah aliran turun naik.Ekonomi global
yang lemah menyebabkan permintaan terhadap eksport barangan perkilangan dan
komoditi Malaysia menurun.Sektor perkhidmatan kini mengambil alih sektor pembuatan
sebagai penyumbang utama pertumbuhan ekonomi. Ini akan memberi implikasi meluas
ke mana dan di mana orang awam mencari pekerjaan dan apa juga jenis kemahiran
yang diperlukan bagi mendapatkan pekerjaan pada masa depan. Sejak dilanda krisis
kewangan Asia, imbangan akaun semasa Malaysia telah mencatat lebihan secara
konsisten dan sentiasa meningkat. Melangkah ke hadapan, dalam keadaan pemulihan
pertumbuhan global sederhana dan pengembangan berterusan , diharapkan lebihan
akaun semasa Malaysia menjadi lebih kecil dalam tempoh terdekat. Sasaran
pertumbuhan kerajaan amat jelas iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju
menjelang 2020.Bagi mengekalkan imbangan pembayaran yang kukuh, pihak kerajaan
perlu mengambil beberapa langkah seperti mengurangkan kebergantungan pada
pinjaman daripada Negara luar dan mengawal selia aliran keluar mata wang ke luar
negara dan mengawal harga barangan mentah dan siap di pasaran domestik.
e) Kadar pertukaran
Kadar pertukaran berkait rapat dengan kemajuan ekonomi semasa Negara. Sistem
pertukaran bagi sesebuah Negara ditetapkan oleh kerajaan dengan tujuan memperbaiki
imbangan pembayaran dan memajukan ekonomi, samada kerajaan menetapkan pada
kadar lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga pasaran. Sistem kadar bertukaran
mampu mempengaruhi perdagangan antarabangsa dan seterusnya pelaburan ke
dalam Negara. Sebagai contoh bagi memperbaiki imbangan pembayaran, kerajaan
Malaysia telah menetapkan kadar pertukaran lebih tinggi dari kadar pertukaran asing di
pasaran dimana pertambahan eksport Malaysia dapat memajukan industri eksport dan
menyebabkan ekonomi Negara berkembang disamping meningkatkan tingkat guna
tenaga dan pendapatan Negara sejajar dengan peningkatan kegiatan pelaburan.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

11

14)

Huraikan maksud inflasi berikut, bagaimana inflasi terjadi dan kesan yang
ditimbulkan serta bagaimana mengatasinya:
a) Inflasi tolakan kos
b)
Inflasi
tarikan c) Inflasi import
permintaan
Inflasi adalah suatu keadaan yang menunjukkan kenaikan harga umu barangan dan
perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi pada tahun semasa berbanding dengan harga
purata tahun sebelumnya.Inflasi juga menunjukan penurunan dalam kuasa beli wang
berkenaan.
a) Inflasi ini berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengguna akan
menanggung kos tersebut dimana pengeluar akan menaikkan harga barang dan
perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.
Kesan inflasi ini akan meningkatkan kos hidup bagi individu inflasi akan
mengurangkan
pendapatan benar mereka dimana kadar inflasi jauh
lebih tinggi daripada pendapatan individu. Ini terkesan bagi mereka yang
berkerja dengan mendapat pendapatan yang tetap.
Untuk mengatasinya tetapkan harga barangan tertentu
Dan mengawal kenaikan gaji dan upah
b) Inflasi berlaku disebabkan oleh bekalan barangan dan perkhidmatan tidak
mencukupi(Kenaikan permintaan Agregat (AD)). Berpunca daripada permintaan
yang tinggi dalam masa yang singkat atau tempuh jangkamasa yang pendek.
2 caramengatasinya iaitu Dasar monetari dan Dasar fiskal
Dasar monetari
meningkatkan kadar bunga
Operasi pasaran terbuka
Menaikkan nisbah rizab wajib, nisbah rizab mudah tunai dan kadar diskaun
Mengawal pemberian kredit
Pendanaan (funding)
Pujukan moral
Dasar fiskal
Tindakan kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran
yang cekap untuk menentukan halatuju pembangunan Negara. Contohnya
menaikan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
c) Faktor luar Negara menyebabkan inflasi seperti kos bahan mentah petroleum,
barang siap atau perkhidmatan yg diimport meningkat, menyebabkan barangan dan
perkhidmatan pasaran tempatan meningkat.
Pelaburan dalam Negara juga memberi kesan dengan meningkatnya paras
harga, barangan dan perkhidmatan yang dieksport tiada daya saing.pelabur
akan mengurangkan pelaburannya dalam industri berkenaan.
Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi jika barangan import

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

12

mengalami kenaikan harga.


Untuk mengatasi inflasi ini barangan import yang mahal harus dikawal supaya
ia tidak menyebabkan inflasi yang diimport.
Manakala barangan yang dieksport perlu juga dikawal untuk memastikan
bahawa kekurangan tidak berlaku di pasaran tempatan.
15)

Apakah maksud tenaga buruh, guna tenaga, pengangguran & kadar pengangguran.
Tenaga buruh merujuk kepada penduduk dalam lingkungan umur bekerja 15-64
tahun.Tenaga buruh terdiri daripada mereka yang bekerja iaitu guna tenaga dan mereka
yang menganggur.
Guna tenaga merujuk kepada golongan bekerja yang terdiri daripada tenaga buruh yang
bekerja untuk mendapatkan gaji atau upah.
Pengangguran merujuk kepada tenaga buruh yang sedang mencari dan mahu bekerja
untuk mendapatkan tingkat gaji atau upah tertentu.
Kadar pengangguran ialah merujuk kepada anggaran golongan yang sedang mencari
dan mahu bekerja untuk mendapatkan tingkat gaji ataau upah tertentu.
Formula kadar pengangguran :
Kadar pengangguran = Jumlah pengangguran / Jumlah tenaga buruh X 100%

16)

Huraikan maksud pengangguran berikut, bagaimana pengangguran ini terjadi dan


kesan yang ditimbulkan serta bagaimana mengatasinya:
a)
pengangguran
kitaran

b)
pengangguran
geseran

c)
pengangguran
struktur

d)
pengangguran
teknologi

e)
pengangguran
bermusim

Pengangguran didefinisikan sebagai satu keadaan apabila individu-individu yang boleh


bekerja dan ingin bekerja pada satu tingkat upah tertentu gagal mendapat sebarang
pekerjaan.
Pengangguran dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti pengangguran kitaran,
pengangguran geseran, pengangguran struktur, pengangguran teknologi dan
pengangguran bermusim.
a) Pengangguran Kitaran

Berlaku akibat kemerosotan dalam perbelanjaan agregat.


Kemerosotan perbelanjaan agregat akan mengurangkan pengeluaran yang
seterusnya mengurangkan penggunaan buruh dan menyebabkan pengangguran.
Pengangguran ini merupakan pengangguran jangka panjang dan sukar diatasi.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

13

b) Pengangguran Geseran
Pengangguran yang bersifat sementara.
Pengangguran ini berlaku apabila pelajar sedang memohon pekerjaan selepas
tamat persekolahan, pekerja yang sukarela berhenti bekerja untuk mecari
pekerjaan yang lebih baik atau kontraktor yang sedang menunggu projek baru
selepas tamat sesuatu projek.
Pengangguran ini merupakan pengangguran jangka pendek dan sering berlaku
dalam ekonomi.

c) Pengangguran struktur
Pengangguran ini berlaku apabila sesebuah negara mengalami perubahan struktur
ekonomi.
Sebilangan buruh akan menganggur kerana tidak mampu mencari perkerjaan di
sektor lain.
Pengangguran ini merupakan pengangguran jangka panjang dan sukar diatasi
kerana sesetengah penganggur memerlukan jangka masa yang panjang untuk
memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka atau mendapat
kemahiran lain.
d) Pengangguran teknologi
Pengangguran ini berlaku apabila intensif modal digunakan dalam pengeluaran.
Pengantian buruh dengan mesin menyebabkan pengangguran teknologi.
e) Pengangguran bermusim
Pengangguran ini juga bersifat sementara.
Pengangguran bermusim berlaku apabila pesawah yang menunggu musim
penanaman semula setelah musim menuai atau nelayan yang tidak dapat ke laut
kerana musim tengkujuh.
Pengangguran ini merupakan pengangguran jangka pendek dan sering berlaku
terutamanya dalam sektor pertanian dan perikanan.
KESAN PENGANGGURAN
Kesan pengangguran terhadap ekonomi ialah:

Mengurangkan keluaran negara.

Kadar pengangguran yang tinggi akan menjejaskan prestasi pertumbuhan ekonomi

Pembaziran sumber-sumber pengeluaran menjurus kepada pengeluaran output

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

14

yang rendah daripada output prestasi ( permintaan semasa yang tinggi ).


Menurunkan taraf hidup.

Kadar pengangguran yang tinggi mengakibatkan keluaran negara kasar berkurang


dan seterusnya mengurangkan pendapatan per kapita ( Taraf hidup ).
Pendapatan per kapita yang rendah akan mengakibatkan taraf hidup penduduk
juga rendah.

Menambahkan kadar kemiskinan.

Pengangguran yang tinggi akan mengakibatkan kadar kemiskinan negara


meningkat.
Usaha kerajaan untuk memajukan sesebuah negara akan terjejas akibat
penumpuan rancangan/program bagi membasmi/mengatasi masalah kemiskinan
sesebuah negara.

Kesan pengangguran terhadap sosial ialah:


Mewujudkan keadaan tidak tenteram dalam keluarga.

Berlakunya pertelingkahan dan pergadauhan


mengakibatkan penceraian meningkat

dalam

keluarga

yang

akan

Peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat.


Peningkatan kadar jenayah seperti rompakan, pembunuhan dan lain-lain kegiatan
anti sosial dalam masyarakat untuk memperoleh wang.
Masalah tekanan jiwa dan tiada kenyakinan diri.
Penganggur akan sentiasa berfikir bagaimana tanggungjawabnya terhadap
keluarga dapat disempurnakan dalam keadaan semasa dan akan mengakibatkan
tekanan jiwa berlaku.
CARA MENGATASI PENGANGGURAN.
Memberi informasi dengan cepat dan mudah apabila terdapat kerja-kerja kosong
Memberi latihan diluar bidang pengetahuan penganggur seperti jahitan,tanaman,
dan lain-lain bagi menampung perbelanjaan semasa sehingga berakhirnya
pengangguran.
Memindahkan tenaga kerja yang menganggur ke tempat yang memerlukan tenaga
kerja.
Penurunan nisbah rizab berkanun
Menurunkan kadar bank atau kadar diskaun

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

15


17)

Membeli surat jaminan kerajaan.

Berikan tiga contoh analisis makroekonomi dan bincangkan di dalam kumpulan


anda.
(A) GUNA TENAGA

Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam
mengeluarkan output negara.

Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang
mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
Formula untuk mendapatkan Guna Tenaga :
Guna Tenaga = Tenaga Buruh Jumlah Penganggur
Pertambahan guna tenaga bererti :
1. Jumlah Penganggur menurun.
2. Pendapatan Negara / Keluaran Negara meningkat.
3. Taraf Hidup rakyat meningkat dll.
Formula Kadar Guna Tenaga & Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga :
Kadar Guna Tenaga = (Guna Tenaga / Tenaga Buruh) x 100%
Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga = [(Guna Tenaga Baru Guna Tenaga Asal) / Guna
Tenaga Asal] x 100%
Pertambahan Kadar Guna Tenaga bererti
1. Kadar pengangguran menurun.
2. Pencapaian ekonomi semakin meningkat.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

16

(B) PENGANGGURAN KURANG DARI 4%.


Ekonomi mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau
kurang. Semasa guna tenaga penuh, sebilangan besar pengangguran berbentuk
pengangguran geseran sahaja.
Penurunan kadar pengangguran bererti
1. kadar guna tenaga meningkat
2. pendapatan negara / keluaran negara meningkat
3. pencapaian ekonomi meningkat.
Kadar Pengangguran
Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat
pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh.
Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2
juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.
Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur / Tenaga Buruh) x 100%
Kepentingan Kajian Guna Tenaga / Pengangguran
1. Memastikan bekalan tenaga buruh mahir sentiasa mencukupi supaya daya
pengeluaran negara sentiasa meningkat.
2. Meningkatkan keluaran negara / pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan
pertumbuhan ekonomi.
3. Meningkatkan pendapatan per kapita negara dan seterusnya meningkatkan
kemakmuran masyarakat dan kebajikan penduduk.

(C) KESTABILAN TINGKAT HARGA UMUM.

Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi tidak menghadapi masalah


kenaikan harga atau kejatuhan harga kurang daripada 4%.

Kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil dan ini akan meningkatkan taraf hidup
dan kebajikan masyarakat.

Kegiatan ekonomi semakin meningkat disebabkan inflasi yang terkawal dan berlaku

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

17

kestabilan kadar bunga di pasaran.

18)

Secara umumnya tidak berlaku inflasi & deflasi. Inflasi bermaksud kenaikan tingkat
harga umum yang berterusan manakala deflasi pula bermaksud kadar
pengangguran meningkat & tingkat harga umum turun secara berterusan.

Apakah terdapat
Bincangkan.

hubungan

antara

makroekonomi

dengan

mikroekonomi?

Secara umumnya, ekonomi boleh dibahagikan kepada dua bidang iaitu makroekonomi
dan mikroekonomi.Makroekonomi pada dasarnya adalah bidang ilmu yang memberi
tumpuan kepada hal yang berkaitan dengan isu ekonomi pada peringkat agregat, seperti
masalah kitaran perniagaan, pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi, pengangguran dan
inflasi.Manakala, mikroekonomi pula lebih tertumpu kepada kajian mengenai kelakuan dan
fungsi unit individu dalam sesebuah ekonomi.
Hubungan antara makroekonomi dan mikroekonomi dapat dilihat dari segi harga, unit
analisis dan tujuan analisis.
a. Harga

b. Unit
analisis

Makroekonomi
Harga adalah nilai dari

Mikroekonomi
Harga ialah nilai dari suatu

komoditi secara agregat

komoditi (barangan tertentu

(keseluruhan)
Pembahasan tentang

sahaja)
Pembahasan tentang kegiatan

kegiatan ekonomi secara

ekonomi secara individu.

keseluruhan. Contohnya

Contohnya permintaan dan dan

pendapatan negara,

tawaran, gelagat pengguna,

pertumbuhan ekonomi, inflasi,

perilaku pengeluar, pasaran,

pengangguran, pelaburan dan penerimaan, kos dan keuntungan


c. Tujuan
analisis

19)

dasar ekonomi.
Lebih memfokuskan pada

atau rugi syarikat


Lebih memfokuskan pada

analisis tentang pengaruh

analisis tentang cara

kegiatan ekonomi terhadap

memperuntukkan sumber agar

ekonomi secara keseluruhan

dapat dicapai dengan gabungan

yang tepat.
Kirakan kadar pengangguran untuk tempoh 2003-2008.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

18

Tahun
Tenaga
Kerja
(000)
Pekerjaa
n
(000)

2003

2004

2005

2006

2007

2008

7632

7839

8262

8646

9043

9012

7503

7608

8029

8422

8810

8545

Kadar Pengangguran=

Jumla h Penganguran
Jumla h tenaga buru h

x 100%

Jumlah Pengangguran tahun 2003


7632000(tenaga kerja) 7503000(pekerjaan)= 129000
129000
x 100
7632000

= 1.69%

Jumlah Pengangguran tahun 2004


7839000(tenaga kerja) 7608000(pekerjaan)= 231000
231000
x 100
7839000

= 2.95%

Jumlah Pengangguran tahun 2005


8262000(tenaga kerja) 8029000(pekerjaan)= 233000
233000
x 100
8262000

= 2.82

Jumlah Pengangguran tahun 2006


8646000(tenaga kerja) 8422000(pekerjaan)= 224000
224000
x 100
8646000

= 2.59%

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

19

Jumlah Pengangguran tahun 2007


9043000(tenaga kerja) 8810000(pekerjaan)= 233000
233000
x 100
9043000

= 2.58%

Jumlah Pengangguran tahun 2008


9012000(tenaga kerja) 8545000(pekerjaan)= 467000
467000
x 100
9012000

= 5.18%

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

20

20)

Kirakan kadar inflasi bagi tahun-tahun berikut. Bagaimanakah nilai wang pada
tempoh tersebut?
Tahun
2004
2005
2006
2007
2008
IHP
100.0
104.4
108.0
121
126
Kadar Inflasi = IHP Tahun semasa IHP Tahun lepas X 100%
IHP Tahun lepas
Kadar Inflasi tahun 2005:

104.4-100.0
100

x 100

Ans=4.40%
Kadar Inflasi tahun 2006:

108.0-104.4
104.4

x 100

Ans=3.45%
Kadar Inflasi tahun 2007:

121.0-108.0
108

x 100

Ans=12.04%
Kadar Inflasi tahun 2008:

126.0-121.0
121

x 100

Ans=4.13%
Pengiraan nilai wang bagi tempoh 2004-2008
INW=

INW (2005)=

IHP Tahun Asas


IHP Tahun Semasa
100
104.4

x100%

x100%

Ans= 95.79% (nilai wang merosot sebanyak 4.21%)


INW (2006)=

100
108

x100%

Ans= 92.59% (nilai wang merosot sebanyak 7.41%)


INW (2007)=

100
121

x100%

Ans= 82.64% (nilai wang merosot sebanyak 17.36%)


Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

21

21)

Dengan bantuan rajah, huraikan lima fasa yang terdapat dalam kitaran perniagaan.

Lima (5) fasa dalam kitaran perniagaan seperti dalam Rajah 1.2 iaitu:

22)

i.

Puncak - tingkat tertinggi KDNK benar yang dicapai pada sesuatu tempoh itu.

ii.

Penguncupan/Kemerosotan - tempoh apabila berlaku pengurangan KDNK


benar. Ketika ini kadar pertumbuhan adalah negatif.

iii.

Jurang - tingkat terendah KDNK benar yang berlaku pada tempoh itu.

iv.

Pemulihan - tempoh KDNK benar mula meningkat dan kadar pertumbuhan


adalah positif tetapi rendah.

v.

Pengembangan - tempoh KDNK bertambah pesat dan kadar pertumbuhan


sangat tinggi.

Bincangkan ciri yang terdapat dalam persamaan kesan Fisher.


Ciri yang terdapat dalam persamaan kesan Fisher adalah:i) Kewujudan kadar inflasi () menimbulkan dua konsep kadar bunga, iaitu kadar
bunga pasaran atau kadar bunga nominal (in) dan kadar bunga benar (ir).
Contoh dua konsep persamaan kadar bunga dan kadar inflasi seperti berikut:ir = in
i.i ) Kadar bunga nominal adalah sebagai harga yang dibayar oleh penerima pinjaman
(peminjam atau Siberhutang) kepada pemberi pinjaman (Si Piutang) sebagai imbuhan
ke atas pinjaman tersebut dan juga imbuhan kejatuhan nilai wang yang disebabkan
inflasi.
i.ii)

Kadar faedah benar pula merupakan harga benar yang sebenar dibayar oleh

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

22

Siberhutang kepada Pemiutang sebagai imbuhan kepada jumlah wang yang dipinjam,
iaitu setelah mengambil kira kadar inflasi.
Contohnya :
Apabila kadar bunga nominal meningkat maka kadar inflasi meningkat dan penawaran
akan merosot begitu juga sebalik.
23)

Mengapakah peningkatan KDNK semasa tidak semestinya meningkatkan kebajikan


penduduk/masyarakat.
KDNK bermaksud nilai semua barangan akhir oleh perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
faktor pengeluaran yang terletak didalam sesebuah negara dalam 1 tahun.Ia dipengaruhi
rakyat tempatan dan rakyat asing. Tingkat kebajikan masyarakat tidak semestinya turut
meningkat kerana peningkatan KDNK harga semasa dipengaruhi oleh inflasi. Jika berlaku
pertambahan penduduk dalam Negara yang akan mengurangkan pendapatan per kapita.
Oleh itu, kebajikan masyarakat akan menurun. Ia dipengaruhi juga oleh jumlah rakyat yg
bekerja dan pengganggur.Perubahan jumlah tidak menentu dalam masa 1 tahun. Semakin
tinggi inflasi semakin berkurang pengangguran dalam Negara tersebut.

24)

Bincangkan faktor yang menyebabkan terjadinya kemelesetan ekonomi Malaysia


pada 1997- 1998 dan 2007-2008. Bagaimanakah kerajaan Malaysia menangani
kedua-dua permasalahan tersebut.
Faktor- faktor terjadinya kemelesetan ekonomi di Malaysia disebabkan oleh dua
perkara iaitu yang pertama ialah kerana inflasi dari aspek permintaan.Hal ini berlaku
kerana terlebih permintaan dan juga terlebih bekalan wang.Apabila jumlah permintaan
melebihi penawaran harga barang maka, lebihan ini memberi tekanan kepada ekonomi
Malaysia.Oleh kerana itulah berlakunya kemelesetan ekonomi apabila permintaan barang
bertambah tetapi barang dan perkhidmatan tidak mencukupi selaras dengan pertambahan
permintaan itu. Malah, turut mendapat reaksi daripada orang ramai yang bimbang jika
permasalahan ini membawa kepada peningkatan harga barang dan barang akan habis di
pasaran. Hal ini disebabkan kerana lebihan wang yang dimiliki pengguna dan
menyebabkan mereka meningkatkan perbelanjaan barangan dan perkhidmatan.Namun,
agak sukar bagi pengeluar untuk menambah barang dan perkhidmatan dalam tempoh
yang cepat, maka terjadilah lebihan permintaan yang memaksa pengeluar untuk
meningkatkan harga pasaran.Oleh kerana itu, terjadilah jurang inflasi dan menyebabkan
berlakunya kemelesetan ekonomi.
Selain itu, kemelesetan ekonomi juga berlaku kerana lebihan bekalan wang di
pasaran yang menyebabkan kenaikan harga barang.Bekalan wang berlebihan berlaku
dalam dua keadaan iaitu pertama berlebihan dalam melaksanakan perbelanjaan kerajaan,
hal ini demikian kerana wang diperlukan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan yang
melebihi kutipan cukai.Maka, kerajaan perlu memungut cukai selaras dengan keperluan
perbelanjaan jika hendak mengatasi masalah inflasi.Jika kutipan yang dibuat

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

23

berkemungkinan ada atau tidak bergantung kepada kestabilan ekonomi, maka kerajaan
terpaksa melakukan pinjaman wang daripada bank.Ini bererti, kerajaan menambah wang
baru dalam bentuk kredit.Manakala perbelanjaan daripada pinjaman wang ini merupakan
pertambahan perbelanjaan dalam ekonomi negara. Oleh itu, bagi mengelakkan harga
barang naik, output barang dan perkhidmatan perlu ditingkatkan. Jika tidak, kesannya
kerajaan terpaksa membuat pinjaman semula dan sekaligus menyebabkan timbulnya
desakan inflasi dan harga barangan serta perkhidmatan akan terus meningkat. Keadaan
kedua ialah disebabkan oleh lebihan dalam pembinaan kredit dalam Institusi Perbankan.
Jika kredit bank bertambah, maka akan bertambah kuasa beli, dan ini akan menaikkan
harga barangan. Maka, bank akan menambahkan kreditnya jika terdapat permintaan
untuk meminjam daripada orang ramai.
Faktor kedua terjadinya kemelesetan ekonomi ialah daripada aspek pengeluaran
barangan. Beberapa keadaan seperti masa melambung dan kos bertambah sedangkan
daya pengeluaran berkurangan yang menyebabkan inflasi berlaku. Dalam masa
melambung apabila terlebih penanaman modal.Para pengusaha memulakan perusahaan
baru, maka permintaan terhadap bahan mentah bertambah, jadi harga barangan turun
naik. Akhirnya, penanaman modal yang lebih ini akan mengakibatkan terlebih pengeluaran
barangan dan menyebabkan pula harga barangan menurun. Selain itu, kos bertambah
sedangkan daya pengeluaran berkurang terjadi jika produktiviti para pekerja berkurang
tetapi gaji mereka dinaikkan. Oleh kerana, pengusaha mahukan keuntungan yang sama
seperti sebelumnya, pengusaha malah menaikkan harga barangan maka terjadilah inflasi.
Pelbagai tindakan telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi menangani masalah
kemelesetan ekonomi.Pertamanya ialah, kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (MTEN) pada 7 Januari, 1998.MTEN menyediakan Rancangan Pemulihan
Ekonomi Negara bertujuan menstabilkan ringgit, memulihkan keyakinan pasaran, menjaga
kestabilan pasaran kewangan, memperkukuhkan asas ekonomi, meneruskan agenda
ekuiti dan menghidupkan semula sektor yang terjejas teruk akibat krisis ekonomi.Malahan
dengan penubuhan Syarikat Danaharta dan Danamodal telah membantu meningkatkan
kecairan dalam sistem perbankan dimana bank-bank digabungkan bagi mengukuhkan
modal.
Kedua, kerajaan juga bertindak dengan menambat nilai mata wang Ringgit kepada
dolar Amerika iaitu pada nilai RM 3.80 kepada USD$1. Hal ini demikian kerana, dolar
Amerika merupakan mata wang paling kukuh nilainya di pasaran dunia. Jika, nilai Ringgit
ditambat pada nilai yang tinggi berbanding negara jiran, ia akan menyebabkan Malaysia
kehilangan sumber kewangan daripada aktiviti pelancongan, pengeluaran barangan dan
makanan. Malahan, pasti negara yang mempunyai hubungan perdagangan dengan
Malaysia mencari pilihan di Negara lain kerana kos yang ditawarkan lebih rendah.
Ketiga, kerajaan Malaysia turut bertindak membekukan mata wang Ringgit milik
para pelabur asing yang berada di Malaysia bagi mengelakkan mata wang Ringgit
daripada terus mengalami kebocoran ke luar negara, tambahan pula dalam keadaan

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

24

kemelesetan ekonomi. Dengan itu, mata wang Ringgit hanya akan mengalir dalam negara
sahaja bagi mengekalkan kuasa beli bagi para pengguna. Sebaliknya, para pelabur asing
hanya dibenarkan melabur di dalam Malaysia bagi menggalakkan perniagaan dan peluang
pekerjaan di dalam negara.
Keempat , kerajaan bertindak dengan tidak menerima bantuan tabung kewangan
daripada IMF kerana Malaysia sendiri memiliki keunikan dari segi dasar ekonomi dan
pembangunan iaitu pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru 1970 dan Dasar Pembangunan
Nasional 1990 yang memperlihatkan campur tangan kerajaan yang bertujuan untuk
memperbaiki taraf ekonomi dan menyusun semula masyarakat di negara ini.
Pembahagian kekayaan negara berdasarkan acuan perkauman iaitu Melayu, Bumiputera,
Cina dan India, maka pendapatan per kapita dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk melihat taraf ekonomi setiap unit keluarga di
negara ini kerana statistik ini amat besar. Oleh itu, kerajaan bimbang jika IMF tidak dapat
dibahagikan secara sama rata kepada semua kaum.
Akhir sekali, kerajaan turut mengambil langkah drastik bagi memulihkan keadaan
ekonomi dengan mendorong sektor swasta supaya berperanan lebih aktif dalam
melaksanakan dasar penswastaan, melonggar pemilikan ekuiti asing serta mengurangkan
kadar cukai korporat. Dari segi kewangan, kerajaan telah mengambil langkah berjimat
cermat dengan mengawal ketat perbelanjaan mengurus dan pembangunan.Selain itu,
penyediaan infrastruktur bagi memberikan suasana lebih baik kepada sektor swasta untuk
terus berkembang.Kerajaan juga secara perlahan-lahan menarik diri daripada terlibat
secara langsung dalam aktiviti ekonomi yang menjadi saingan terus kepada sektor
swasta.

25)

Berdasarkan data bagi pemboleh ubah makroekonomi utama, bincangkan prestasi


dan kitaran perniagaan Malaysia dari tahun 1990 hingga kini.
1.1 Rujukan dari nota Dr. Doris.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

25

Pemboleh ubah makroekonomi merujuk kepada maklumat dan data statistik tentang
aktiviti ekonomi.
Antara pemboleh ubah penting dalam makroekonomi adalah:
a)Pendapatan negara / keluaran negara
b) Tenaga buruh, gunatenaga dan pengangguran
c)Tingkat harga umum dan inflasi
d)Kadar bunga, kadar inflasi dan kesan Fisher
e)Imbangan pembayaran dan kadar pertukaran
f)Pertumbuhan ekonomi dan kitaran perniagaan
Pertumbuhan ekonomi dan kitaran perniagaan
KDNK adalah ukuran jumlah nilai keluaran oleh semua unit pengeluaran bagi residen
sesebuah negara dalam tempoh tertentu, sebelum ditolak peruntukan untuk penggunaan
modal tetap. Unit pengeluaran dikatakan sebagai residen bagi sesebuah negara, jika ia
mengekalkan tumpuan kepentingan ekonominya (centre of economic interest) di dalam
wilayah ekonomi bagi negara berkenaan. Wilayah ekonomi sesebuah negara adalah
terdiri daripada kawasan geografi yang ditadbir oleh kerajaan, di mana orang, barangan
dan modal bergerak secara bebas. KDNK boleh diukur dengan menggunakan tiga kaedah
berbeza tetapi memberikan hasil yang sama iaitu, penjumlahan nilai ditambah,
penjumlahan perbelanjaan akhir dan penjumlahan pendapatan. Di Malaysia, Jabatan
Perangkaan menyusun anggaran KDNK tahunan menggunakan pendekatan penjumlahan
nilai ditambah dan penjumlahan perbelanjaan akhir.
Terdapat tiga (3) kaedah penyusunan KDNK:
i.

KDNK yang berasaskan kepada penjumlahan nilai ditambah (atau pengeluaran) adalah

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

26

jumlah perbezaan di antara nilai output kasar unit pengeluaran residen (yang diukur
dalam nilai pengeluar) dengan nilai penggunaan perantaraan (yang diukur dalam nilai
pembeli) dan dicampur duti import. Perbezaan tersebut adalah nilai ditambah.
Pendekatan ini juga menunjukkan sumbangan setiap aktiviti ekonomi terhadap
keseluruhan KDNK.
ii.

Anggaran berasaskan pendapatan menjumlahkan pendapatan yang dijana (iaitu gaji


dan upah, lebihan kendalian kasar bagi perusahaan-perusahaan dan pendapatan
campuran yang dijana oleh isi rumah yang terlibat dalam pengeluaran.

iii.

Pendekatan berasaskan penjumlahan perbelanjaan akhir (perbelanjaan) ialah dengan


mencampurkan nilai penggunaan akhir barang dan perkhidmatan yang diukur dalam
nilai pembeli dan ditolak import c.i.f. barang dan perkhidmatan. Ianya dikira dengan
menganggar mnilai perbelanjaan penggunaan persendirian, perbelanjaan penggunaan
kerajaan, pembentukan modal tetap kasar, perubahan dalam stok dan eksport barang
dan perkhidmatan, tolak import barang dan perkhidmatan. Semua ini panggil kategori
`permintaan akhir' atau `perbelanjaan akhir.
Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada perkembangan aktiviti ekonomi yang
menyebabkan peningkatan pengeluaran barang dan perkhidmatan serta kebajikan
masyarakat.
Pada kebiasaannya kadar pertumbuhan ekonomi digunakan untuk mengukur prestasi
perkembangan ekonomi sesebuah negara.
Kadar pertumbuhan ekonomi diukur dengan persamaan berikut:

Sekiranya KDNK benar berada dalam keadaan turun naik, iaitu meningkat, menurun,
meningkat semula dan menurun semula, ekonomi dikatakan berada dalam keadaan
satu kitaran perniagaan.
Umumnya terdapat lima (5) fasa dalam kitaran perniagaan seperti dalam Rajah 1.2
iaitu:
i. Puncak - tingkat tertinggi KDNK benar yang dicapai pada sesuatu tempoh itu.
ii. Penguncupan/Kemerosotan - tempoh apabila berlaku pengurangan KDNK
benar. Ketika ini kadar pertumbuhan adalah negatif.
iii. Jurang - tingkat terendah KDNK benar yang berlaku pada tempoh itu.
iv. Pemulihan - tempoh KDNK benar mula meningkat dan kadar pertumbuhan
adalah positif tetapi rendah.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

27

v. Pengembangan - tempoh KDNK bertambah pesat dan kadar pertumbuhan


sangat tinggi.

26)

Berbantukan rajah, huraikan:


a. keluk Phillips jangka pendek. b. keluk Phillips jangka panjang.

Inflasi %

Pengangguran %

1.5

a. Keluk Philips jangka pendek berciri cengkung dan songsang . Ianya menerangkan
hubungan negative antara inflasi dan jumlah pengangguran.
Semakin meningkat inflasi semakin rendah kadar pengangguran. Contohnya, pada
inflasi 4%, kadar pengangguran adalah 2% dan sebaliknya.
Kadar inflasi yang sifar masih terdapat kadar pengangguran yang positif. Iaitu
kadar inflasi 0%, kadar pengangguran 6%.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

28

Kadar Inflasi

SRPC 1

Kadar Penganguran
b. Keluk Philips jangka panjang berbentuk tegak, bergaris lurus dengan kadar
pengangguran 4%=U. 4% adalah pengangguran semulajadi iaitu pada keadaan
asal.
Andai kadar inflasi 2% iaitu titik A, SPRC bersilang dengan garis tegak. Jika
ekonomi berkembang atau kadar pendapatan meningkat, ini mendorong kadar
pengangguran menurun 3%.
Dalam jangka panjang kadar pengangguran kembali U seperti yang ditunjukkan
pada titik c.
Andaikan pengangguran yang relatif tinggi mendorong kerajaan menjalankan dasar
fiscal dan kewangan mengembang untuk mengurangkan pengangguran.
Punca kadar inflasi terus meningkat 6%. Maka kadar pengangguran kembali ke
kadar yang asal.
27)

Huraikan maksud pengangguran berikut dan cadangkan dua (2) cara mengatasinya.
i. Pengangguran geseran
Pengangguran yg bersifat sementara dan berlaku disebabkan oleh tindakan pekerja
itu sendiri.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

29

Cara mengatasi:
1. Mempertingkatkan maklumat pekerjaan melalui penyebaran maklumat mengenai
kekosongan jawatan yang ada di media massa
2. Mempermudahkan mobiliti ke tempat kerja melalui penyediaan infrastruktur
pengangkutan
ii. Pengangguran kitaran
Pengangguran yang disebabkan oleh pengurangan kegiatan ekonomi yang
menyebabkan permintaan terhadap buruh berkurangan.
Cara mengatasi:
1. Melaksanakan dasar fiscal mengembang melalui penerbitan bon, peningkatan
perbelanjaan kerajaan dan pemotongan cukai dan pembangunan sumber
manusia
2. Melaksanakan dasar monetary mengembang (menurunkan kadar bank,
melonggarkan kawalan kredit terpilih).
b. Berikut merupakan maklumat pengangguran dan inflasi Malaysia:
Pemboleh
ubah
Penganggura
n (%)
Inflasi (%)

2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

2011

3.6

3.5

3.5

3.3

3.2

3.3

3.7

3.4

3.3

0.99

1.52

3.0

3.6

2.0

5.4

0.6

1.7

3.1

Berdasarkan maklumat di atas, lukis rajah serta jelaskan hubungan antara


pengangguran dan inflasi.
Berdasarkan Rajah dibawah, kadar inflasi tidak mempengaruhi kadar pengangguran di
Malaysia pada tahun 2003-2011.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

30

Pengangguran dan Inflasi di Malaysia : 2003-2011


6
5
4
Inflasi (%)

(%)

Pengangguran (%)

3
2
1
0
2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

Pengangguran dan Inflasi di Malaysia (%): 2003-2011


5

3
Inflasi (%)

Kadar Inflasi (%)


2

0
3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

Kadar Pengangguran (%)

28)

a. Berdasarkan jadual di bawah, sila jawab soalan berikut.


2003
2004
2005
Pengangguran
3.6
3.5
3.5
(%)
Inflasi (%)
0.99
1.52
2.96
(i)

2006
3.3
3.61

Berdasarkan kadar pengangguran di atas yang dikatakan rendah dan


stabil, apakah jenis pengangguran yang berlaku? Cadangkan kepada

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

31

kerajaan bagaimana boleh mengurangkan pengangguran jenis ini.

Jenis pengangguran yang beraku adalah Pengangguran geseran atau normal


(friksional) berlaku apabila pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan tetapi
tidak menjumpainya serta merta; dan ketika itu mereka dikira sebagai
penganggur. Ini merujuk kepada ketaksesuaian di antara permintaan dan
bekalan buruh. Pengangguran jenis ini berlaku sementara sahaja sehingga
pekerja menjumpai pekerjaan yang mereka mahukan.
Kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi
rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan
kewangan ini perlulah besar supaya lebih banyak projek pembangunan
dijalankan secara serentak kerana jika semua projek pembangunan dijalankan
secara serentak sudah pasti jumlah perkerja yang diperlukan ramai dan semua
orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini perlulah diuruskan oleh
kerajaan yang bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh menambahkan
lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasakan teknologi
dan penyelidikan. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika
kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
(ii)

Berdasarkan maklumat pengangguran dan inflasi di atas, lukiskan rajah dan


jelaskan hubungan tersebut.

b. Rajah di bawah menunjukkan arah aliran Keluaran Negara Kasar (KDNK)


benar Malaysia.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

32

Berdasarkan rajah tersebut, jawab soalan berikut.


(i) Arah aliran di dalam rajah di atas menunjukkan beberapa keadaan turun
dan naik.
Jelaskan kedudukan ekonomi bagi setiap keadaan tersebut.
Rajah menunjukkan perkembangan ekonomi negara secara naik dan turun.
Bermula pada tahun 1995, nilai keluaran negara bermula hampir RM170juta.
Perkembangan positif dapat dilihat sehingga pada tahun 1997 yang
mencecah nilai hampir RM200juta. Bermula tahun itu, negara mengalami
kemerosotan hasil keluaran negara sepanjang tahun 1997 ke 1998 sehingga
merosot ke nilai RM180juta. Dalam situasi ini kadar inflasi dan pengangguran
semakin meningkat. Merujuk kepada rajah tersebut, kenaikan nilai keluaran
negara dapat dilihat berkembangan secara positif dari tahun 1998 hingga
tahun 2000. Bagi tahun 2000 ke tahun 2001 nilai keluaran adalah secara
mendatar. Peningkatan nilai keluaran semakin meningkat dari tahun 2001
sehingga tahun 2004 iaitu hampir mencecah RM250juta .
(ii) Cadangkan dua (2) dasar kerajaan yang sesuai untuk mengatasi kemelesetan
ekonomi.
Kerajaan perlu meningkatkan pengeluaran produk dagangan dan eksport.
Menggunakan teknologi moden untuk menghasilkan dan meningkatkan
pengeluaran.
Mempelbagaikan sumber ekonomi dan tidak tertumpu kepada satu jenis
pengeluaran sahaja.
Mencari pasaran eksport di negara serantau dan dunia.
Menggalakkan rakyat berbelanja dan membeli barangan tempatan,
kerajaan mengawal harga barang dan meningkatkan pengeluaran
barangan pengguna.
Memberi insentif kepada rakyat dan mengurangkan faedah pinjaman.
Mengurangkan import barangan makanan dan barangan keperluan.
Meningkatkan cukai barang yang diimport dan harga akan menjadi mahal
maka rakyat kurang membeli barangan import.
29)

Huraikan bagaimana data KDNK dapat menerangkan perkara-perkara berikut:


a) Pertumbuhan ekonomi
b) Prestasi ekonomi mengikut sektor
c) Perubahan struktur ekonomi
Pertumbuhan ekonomi

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

33

Perkembangan kadar pengeluaran nilai semua barangan akhir yang diambil


dari dalam negeri kasar dimiliki oleh rakyat tempatan dan rakyat asing, yang
merujuk kepada pengagihan pendapatan negara dari sektor pengeluran
serta perkhidmatan dan kebajikan masyarakat di dalam jangka masa satu
tahun.
Dalam sesebuah negara bagi kategori pengeluaran dalam negeri kasar
(KDNK) adalah untuk mengukur prestasi semasa aktiviti ekonomi :
Kadar pertumbuhan
ekonomi

KDNK benar tahun semasa KDNK benar tahun lepas


KDNK benar tahun lepas
x 100
%

Prestasi ekonomi mengikut sector


Pertumbuhan bilangan penduduk bagi sesebuah Negara merangkumi
prestasi ekonomi sesebuah Negara itu.
Prestasi ekonomi mengikut taraf hidup rakyat dikira dengan persamaan :
Kadar pertumbuhan
Kebajikan

pendapatan perkapita pendapatan perkapita


benar tahun semasa - benar tahun lepas 100%
x
KDNK benar tahun lepas

Jika kadar kenaikan jumlah penduduk berlaku , maka kadar pertumbuhan


kebajikan iaitu pertumbuhan taraf hidup boleh dihitung dengan persamaan:
Pendapatan perkapita KDNK benar
benar
Bilangan penduduk

100
%

Perubahan struktur ekonomi


Jika pengiraan KDNK benar dalam keadaan menurun dan menaik, ekonomi
dikatakan dalam berada bentuk satu kitaran perniagaan. KDNK benar
merujuk kepada kadar pengeluaran dalam negeri kasar pada tempoh satu
tahun.
Terdapat 5 fasa dalam kitaran perniagaan iaitu :
Puncak, tingkat tertinggi KDNK benar yang dicapai ke tahap tempoh
tertentu mengikut keadaan struktur ekonomi negara semasa.
Pengucupan atau kemerosotan, terjadinya tempoh pengurangan
KDNK benar yang mengakibatkan keadaan negatif.
Jurang, dikategorikan sebagai tingkat terendah KDNK benar yang
berlaku dalam tempoh semasa.
Pemulihan, tempoh KDNK benar mula meningkat dan kadar

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

34

30)

31)

pertumbuhan adalah positif tetapi rendah.


Pengembangan, tempoh KDNK sangat pesat serta kadar
pertumbuhan ekonomi sangat tinggi. Keluk dibawah menunjukkan
fasa dalam kitaran perniagaan :

Jelaskan konsep-konsep berikut dengan tepat:


a) KNK
b) KDNK
c) Keluaran Negara Benar
d) Keluaran Negara Nominal
i.

Keluaran Negara Kasar (KNK)


Nilai semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh faktor
pengeluaran yang dimiliki oleh rakyat sesebuah Negara dalam satu tahun.

ii.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)


Nilai semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh factor
pengeluaran yang berada di dalam sesebuah Negara dalam satu tahun.

iii.

Keluaran Negara Benar


Ialah keluaran Negara yang dinilai mengikut harga pada sesuatu tahun asas.

iv.

Keluaran Negara Nominal


Ialah keluaran Negara yang dinilai mengikut harga pada sesuatu tahun asas.

Dengan menggunakan rajah yang sesuai, jelaskan hubungan antara Keluaran


Negara Sebenar dengan Keluaran Negara Potensi.
Keluaran Negara Kasar (KNK)

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

35

Nilai semua barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor
pengeluaran yang dimiliki oleh penduduk sesebuah negara dalam satu tahun.
Keluaran Negara berpotensi (KNK berpotensi)
keluaran negara yang maksimum boleh dicapai oleh sesebuah negara apabila semua
tenaga buruh dan faktor pengeluaran lain dalam ekonomi negara itu digunakan dengan
sepenuhnya
KNK potensi sentiasa meningkat dari tahun ke tahun kerana berlaku:
I. Pertambahan dalam penawaran buruh.
II. Pertambahan kemahiran buruh.
III. Pertambahan barang modal.
IV.Kemajuan teknologi.
Ini membolehkan negara mengeluarkan lebih banyak barang dan perkhidmatan.
Keluaran Negara sebenar (KNK Sebenar)
Keluaran negara sebenar adalah keluaran negara yang sebenarnya dihasilkan oleh
negara itu dalam sesuatu tempoh masa.
KNK sebenar merupakan KNK yang sebenarnya dikeluarkan oleh sesebuah negara.
KNK sebenar tidak semestinya sama dengan KNK potensi. Iaitu apabila:
I. KNK potensi lebih besar daripada KNK sebenar menyebabkan berlaku kemelesatan
ekonomi.
II. KNK potensi lebih kecil daripada KNK sebenar akan menyebabkan berlakunya Inflasi.
III. KNK potensi sama dengan KNK sebenar menunjukkan ekonomi telah mencapai guna
tenaga penuh.
Perbezaan antara KNK sebenar dan KNK potensi dinamakan jurang KNK.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

36

Rajah di atas adalah kitaran perniagaan yang menunjukkan keadaan KNK potensi dan
KNK benar.Keluk KNK potensi adalah keluk yang bergaris lurus dan menaik. Ini bermakna
KNK potensi akan bertambah dari masa ke semasa akibat pertambahan dalam faktorfaktor pengeluaran dan kemajuan teknologi. Titik A menunjukkan bahawa KNK benar yang
dicapai adalah sama dengan KNK potensi. Pada titik ini, tingkat ekonomi telah mencapai
tingkat pendapatan guna tenaga penuh.
Di antara titik A dan B, kegiatan ekonomi berada dalam masa melambung dan KNK benar
yang dicapai adalah lebih tinggi daripada KNK potensi. Pada titik ini, ekonomi berada
dalam keadaan kekurangan faktor-faktor pengeluaran dan persaingan yang
menyebabkan kenaikan tingkat kos pengeluaran dan seterusnya kenaikan tingkat harga
barang-barang. Di antara titik B dan C, kegiatan ekonomi mula menurun tetapi KNK benar
masih melebihi KNK potensi.
Di antara titik C dan E, tingkat kegiatan ekonomi berada dalam kemelesetan.Ini bermakna
bahawa KNK benar yang dicapai adalah kurang daripada KNK potensi. Tingkat ekonomi di
antara titik C dan D menunjukkan bahawa pengangguran semakin bertambah dan faktorfaktor pengeluaran lain tidak digunakan dengan sepenuhnya. Selepas titik D, kegiatan
ekonomi mula mengalami pemulihan, iaitu tingkat kegiatan ekonomi semakin bertambah
sehingga KNK benar adalah sama dengan KNK potensi pada titik E. Jadi, pada titik E,
tingkat ekonomi telah mencapai tingkat pendapatan guna tenaga penuh. Perbezaan
antara KNK potensi dengan KNK benar di kenali sebagai jurang KNK.
Daripada penjelasan di atas boleh dikatakan bahawa tingkat kegiatan ekonomi negara
berada dalam salah satu daripada ketiga-tiga keadaan berikut:
(a) Tingkat kegiatan ekonomi negara mencapai tingkat guna tenaga penuh. Kegiatan
ekonomi negara akan mencapai tingkat pendapatan guna tenaga penuh apabila
permintaan agregat adalah sama dengan penawaran agregat yang dikeluarkan oleh
faktor-faktor pengeluaran yang ada dalam ekonomi. Dalam suatu ekonomi yang mencapai
tingkat pendapatan guna tenaga penuh, masalah inflasi atau deflasi tidak wujud.
(b) Tingkat kegiatan ekonomi Negara adalah kurang daripada tingkat guna tenaga penuh
dan masalah pengangguran berlaku.
(C) Tingkat kegiatan ekonomi negara adalah lebih daripada tingkat guna tenaga penuh
dan masalah inflasi berlaku.

32)

Huraikan mereka yang dikelompokkan dalam kumpulan berikut:


a) Tenaga buruh
b) Guna tenaga
c) Di luar tenaga buruh

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

37

a) Tenaga buruh :
i) Merupakan penduduk dalam lingkungan umur bekerja 15-64 tahun yang
sedang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan.
ii) Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana mereka
tidak aktif bekerja ataupun aktif mencari kerja.
iii) Tenaga buruh terbahagi kepada dua, iaitu guna tenaga dan penggangur.
b) Guna tenaga :
i) Merujuk kepada golongan bekerja yang terdiri daripada tenaga buruh yang
bekerja untuk mendapatkan gaji ataupun upah.
ii) Terbahagi kepada dua iaitu guna tenaga penuh dan guna tenaga tidak penuh.
c) Di luar tenaga buruh :
i) Merupakan mereka yang berada dalam umur bekerja 15-64 tahuntetapi tidak
bekerja dan tidak pula menganggur.
ii) Mereka yang terus-menerus cacat anggota dan juga mental yang tidak
berkebolehan untuk bekerja.
iii) Bersara atau merasakan sudah terlalu tua untuk bekerja atau sengaja tidak
mahu bekerja.
iv) Ia juga terlibat dengan kerja rumah sendiri contohnya, suri rumah tangga
sepenuh masa.
v) Tidak berminat mencari dan menerima pekerjaan dikenali sebagai penganggur
sukarela (tetapi bukan merupakan sejenis pengangguran).
33)

Daripada maklumat yang diberikan berikut: kira kadar pengangguran pada tahun
2009.
Jelaskan dapatan anda.
Maklumat:
i) Jumlah pengangguran pada tahun 2009 adalah 1 peratus lebih tinggi
daripada tahun 2008 yang mencatat pengangguran sekitar 250,000 orang.
ii) Jumlah tenaga buruh pada tahun 2009 adalah 3 peratus lebih tinggi
berbanding tahun 2008.
iii) Jumlah tenaga buruh pada tahun 2007 pula adalah 2.8 juta iaitu 2.5 peratus
lebih tinggi daripada yang dicatatkan pada tahun 2008.
Formula :
Kadar pengangguran = jumlahpengganguran x 100%
buruh
jumlah pengangguran 2008 = 250 000
2009 = lebih 1% dari tahun 2008

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

38

= 1 x 250 000 = 252 500


100
Jumlah tenaga buruh 2007 = 2.8 juta
2008 = kurang 2.5% daritahun 2007
= 2.5 x 2.8 juta = 2.73 juta
100
2009 = lebih 3% daritahun 2008
= 3 x 2.73 juta = 2811900
100
Kadar pengangguran = 252500 x 100%
2811900
= 8.98 %

34)

35)

Kaitkan hubungan antara kadar upah, pengangguran dan inflasi dalam jangka
pendek.
-

Kadar upah ialah harga keseimbangan bagi buruh. Tenaga pekerja umumnya
hanya melabur masa untuk mengukur ganjaran bagi setiap unit masa. Bergantung
kepada unit masa yang terbahagi kepada kadar upah setiap jam, kadar upah harian
bagi kadar gaji yang berbeza.

Golongan penganggur pula merujuk kepada tenaga buruh yang sedang mencari
dan mahu bekerja untuk mendapatkan tingkat gaji atau upah tertentu.
Pengangguran sering kali dikaitkan dengan lebihan penawaran buruh di pasaran

Inflasi ialah suatu keadaan yang menunjukkan kenaikan harga pada tahun semasa
berbanding dengan harga purata tahun sebelumnya.Nilai wang akan merosot
disebabkan oleh Inflasi.

Walaubagaimanpun kadar upah,pengangguran dan inflasi menunjukkan hubungan


negatif dalam jangka pendek.Contohnya, apabila berlakunya inflasi disesebuah
Negara kadar upah akan berkurang disebabkan kemorosotan mata wang dan
peningkatan pengangguran yang tinggi kerana peluang pekerjaan yang terhad.

Pada tahun 1995, ahli ekonomi mengatakan Malaysia telah mencapai guna tenaga
penuh, walaupun kadar pengangguran pada ketika itu adalah 3.8 peratus. Jelaskan
perkara ini.
Guna tenaga merujuk kepada golongan bekerja yang terdiri daripada tenaga buruh yang
terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.Ia juga

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

39

adalah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan
pengeluaran keberhasilan Negara.
Golongan penganggur pula merujuk kepada tenaga buruh yang sedang mencari dan
mahu bekerja untuk mendapatkan tingkat gaji atau upah tertentu. Berdasarkan daripada
kajian pakar ekonomi iaitu Mc Connel & Bruce, Contemporary Labor Economics (1995):
Dengan kadar pengangguran kurang daripada 4%, ia boleh dianggap sebagai kadar
pengangguran guna tenaga penuh. Sebagaimana ahli-ahli ekonomi berpendapat kadar
pengangguran guna tenaga penuh wujud apabila kadar pengangguran sesebuah negara
mencapai kadar 5-6 %.
Mengikut kepada keratan akhbar The Star pada Julai 2013, Senator di Unit Perancangan
Ekonomi (EPU), Abdul Wahid menyatakan bahawa:
Pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dalam tempoh 20 tahun yang lalu telah
mengekalkan kadar pengangguran di bawah 4 peratus, yang berdasarkan definisi
ekonomi, dianggap sebagai guna tenaga penuh, 2
Justeru itu, kadar pengangguran pada tahun 1995 adalah dibawah paras 4% menandakan
Malaysia telah mencapai guna tenaga penuh seperti yang dikatakan oleh ahli ahli ekonomi
dari dalam dan luar negara.
36)

Perhatikan pernyataan ini,


i) Di Malaysia, lebih ramai orang yang bekerja pada tahun 2008 dibandingkan
dengan tahun 1998.
ii) Kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 2008 adalah lebih tinggi
dibandingkan tahun 1998.
Jelaskan faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
Antara fakfor penyebab kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 2008 lebih tinggi
dibandingkan tahun 1998 adalah disebabkan kesan langsung daripada kelembapan aktiviti
ekonomi yang mana menyebabkan permintaan daripada luar negara susut hingga
menyebabkan sektor-sektor yang terdedah kepada perdagangan luar melaksanakan
inisiatif pengurangan kos termasuk memendekkan masa kerja, skim pemberhentian
pekerja secara sukarela dan sementara serta memberhentikan pekerja. Dalam hal ini
pengangguran yang terjadi adalah dibawah kategori pengangguran kitaran yang mana
disebabkan oleh pengurangan kegiatan ekonomi yang menyebabkan permintaan terhadap
buruh berkurangan.

37)

Dengan bantuan rajah jelaskan perbezaan antara keluk Phillips jangka pendek
dengan keluk Phillips jangka panjang.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

40

Kadar inflasi

Keluk Philips

4
1.5
0 2

Kadar pengangguran (%)

Keluk Philips Jangka Pendek (SRPC)

Keluk Philips jangka pendek menunjukkan perhubungan negatif antara kadar inflasi
dengan kadar pengangguran, hubungan negatif yang dikatakan adalah berkenaan kadar
pengguran dan kadar kenaikkan upah. Dapat dilihat sebagai hubungan songsang di
mana apabila kadar inflasi meningkat, kadar pengangguran menjadi rendah dan apabila
kadar inflasi rendah kadar pengangguran menjadi tinggi.

Kadar inflasi
%

LRPC

6
SRPC 3

3
SRPC 2
2
A

SRPC 1

0
3

4=UN

Kadar pengangguran
%

Keluk Philips jangka panjang (LRPC)

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

41

Keluk Philips jangka panjang (LRPC) menunjukkan pembentukkan garis lurus, menegak
dengan kadar pengangguran 4%=UN. Pada keadaan asal, kadar pengangguran dalam
ekonomi berada pada 4%. Kadar ini dinamakan kadar pengangguran semulajadi di mana
pada masa ini berlakunya pengangguran geseran dan struktur.
Jika ekonomi
berkembang, maka kadar pengangguran menurun kepada 3%. Ianya tidak akan berlaku
jika berlaku merupakan fenomena yang sekejap sahaja.
38)

a. Huraikan maksud inflasi berikut dan terangkan dua cara untuk mengatasi
masalah inflasi tersebut.
i. Inflasi tarikan permintaan
- proses kenaikan harga umum akibat kenaikan AD.
- berpunca daripada pertambahan dalam bekalan wang, pertambahan G, I, dan
kadar T.
- punca-punca tersebut akan AD sehingga wujud lebihan AD pada tingkat guna
tenaga penuh.
ii. Inflasi tolakan kos
- proses kenaikan harga umum akibat kos pengeluaran.
- berpunca daripada untung firma, upah buruh, dan kos faktor pengeluaran lain.
- punca-punca tersebut akan AS sehingga tingkat harga umum.

b. Berdasarkan maklumat pengangguran dan inflasi di Malaysia seperti jadual di


bawah, plot dan lukis rajah serta jelaskan hubungan antara pemboleh ubah
tersebut.
Pembolehuba
h
Pengangguran
(%)
Inflasi (%)

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

3 .6

3 .5

3 .5

3 .3

3 .2

3 .3

3 .7

3 .4

3 .3

2 .7

0 .99

1 .52

3.0

3.6

2.0

5.4

0.6

1.7

3.1

1.2

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

42

12
10
8
Tingkat Inflasi

6
4
2
0
0

10

12

Tingkat pengangguran
pengangguran (%)

39)

Inflasi (%)

a. Jelaskan hubungan antara kadar bunga dengan kadar inflasi.


Kewujudan kadar inflasi

()

menimbulkan dua (2) konsep kadar bunga iaitu kadar

bunga pasaran atau nominal (in)dan kadar bunga benar(ir) yang juga diberi dalam
persamaan berikut :

ir

in

- 1

Membawa maksud kadar bunga nominal cenderung menjadi tinggi sekiranya kadar
inflasi tinggi dan sebaliknya. Kecenderungan ini dipanggil kesan Fisher.

b. i. Terangkan fasa kitaran perniagaan bagi sesebuah ekonomi secara teori.


Secara teori terdapat empat (5) fasa kitaran perniagaan bagi sesebuah ekonomi
iaitu :
- Puncak :
KDNK benar mencapai tahap maksimum.
- Penguncupan/ Kemerosotan :
KDNK benar merosot dan kadar pertumbuhan adalah negatif.
- Jurang :
KDNK benar berada di paras terendah pada tempoh itu.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

43

- Pemulihan :
KDNK benar mula meningkat dan kadar pertumbuhan kembali positif tetapi masih
rendah.
- Pengembangan :
Tempoh KDNK bertambah pesat dan kadar pertumbuhan sangat tinggi.

ii. Rajah di bawah menunjukkan arah aliran Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) benar Malaysia.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi pelbagai tahun.


Berdasarkan rajah tersebut, adakah kitaran perniagaan berlaku di Malaysia?
Jelaskan.
Ya, ini kerana KDNK benar berada dalam keadaan turun naik yang menyatakan ekonomi
Malaysia dalam keadaan satu kitaran perniagaan seperti keterangan rajah berikut:

Tahun 2008 puncak KDNK benar dicapai kemudian berlaku kemerosotan eknomi dan

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

44

jurang tingkat terendah KDNK benar Malaysia dapat dilihat pada tahun 2009. Kemudian
pemulihan ekonomi berlaku apabila tempoh KDNK benar Malaysia mula meningkat sekitar
tahun 2010 dan menunjukkan pengembangan ekonomi Malaysia kembali dengan KDNK
bertambah pesat dan kadar pertumbuhan sangat tinggi pada tahun 2012.
40)

a) Terangkan maksud dan sebab terjadi inflasi tarikan permintaan dan


bagaimana dasar kewangan dapat mengatasinya.
Inflasi ialah suatu keadaan yang menunjukkan kenaikan harga pada tahun semasa
berbanding dengan harga purata tahun sebelumnya, terdapat 3 jenis inflasi, iaitu:
i. Inflasi tarikan permintaan
ii. Inflasi tolakan kos
iii. Inflasi diimport
Inflasi tarikan permintaan berlaku disebabkan oleh kenaikan permintaan agregat
(AD), untuk mengatasi inflasi jenis ini, dasar fiskal menguncup dan dasar monetari
menguncup oleh diamalkan, Langkah-langkah dasar monetari mengucup:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Meningkatkan kadar bunga


Operasi pasaran terbuka
Menaikkan nisbah rizab wajib, nisbah rizab mudah tunai dan kadar diskaun
Mengawal pemberian kredit
Pendanaan (funding)
Pujukan moral

Manakala langkah-langkah dasar fiskal mengucup pula

Menaikkan kadar cukai


Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
b) Huraikan maksud dan sebab terjadi pengangguran geseran dan bagaimana ia
dapat mengatasinya.
Pengangguran Geseran ialah berlakunya situasi di sebabkan .Mereka berhenti
kerja untuk mendapatkan pekerjaan baru yang menawarkan sesuatu yang lebih
baik seperti gaji yang lebih tinggi dan tempat kerja yang lebih sesuai.Untuk
mengatasi masalah pengangguran jenis ini, maklumat pekerjaan perlu
dipertingkatkan dan mobiliti ke tempat kerja dipermudahkan.
c) Rasionalisasi pengurangan subsidi terhadap bahan api petroleum dan gas
yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan kenaikan harga runcit
bahan api tersebut. Bincangkan bagaimana perkara ini menyebabkan terjadi

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

45

inflasi tolakan kos.


Inflasi tolakan kos wujud apabila kos pengeluaran semakin meningkat. Kos
pengeluaran meningkat mungkin disebabkan kenaikan upah atau harga input
pengeluaran lain.
Inflasi tolakan kos dapat dikurangkan dengan meningkatkan daya pengeluaran
pekerja atau melalui penggunaan teknologi yang lebih baik. Apabila daya
pengeluaran pekerja (atau penggunaan teknologi tinggi) meningkat, tingkat
keluaran turut meningkat
d) Berbantukan rajah, huraikan ciri penting keluk Phillips jangka pendek.

Keluk Philips

4
1.5
0 2

Kadar pengangguran (%)

Keluk Philips Jangka Pendek (SRPC)

Ciri penting keluk Phillips jangka pendek adalah hubungan antara pengangguran dengan
inflasi, dimana Keluk ini menunjukkan hubungan negatif antara kadar inflasi dengan
kadar pengangguran. Terdapat hubungan negatif antara kadar pengangguran dengan
kadar kenaikan upah.
41)

a) Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) potensi


dan KDNK benar sesebuah negara.
Tahun
KDNK
potensi
KDNK
benar

1970

1975

1980

1985

1990

1995

2000

2,500

3,500

4,500

5,500

6,500

7,500

8,500

3,890

4,981

2,880

3,988

7,518

7,983

7,850

i) Lakarkan kitaran perniagaan dalam ruang yang telah disediakan.


Keluaran Negara
Keluaran Negara
Potensi

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

46

Keluaran Negara
Sebenar

Tahun

(i) Terangkan kitaran perniagaan Negara tersebut.

Puncak : Tingkat tertinggi KDNK benar yang dicapai pada sesuatu tempoh itu
Pengucupan / Kemerosotan : Tempoh apabila berlaku pengurangan KDNK benar.
Ketika ini kadar pertumbuhan adalah negative.
Jurang : Tingkat terendah KDNK benar yang berlaku pada tempoh itu
Pemulihan : Tempoh KDNK benar mula meningkat dan kadar pertumbuhan adalah
positif tetapi rendah
Pengembangan : Tempoh KDNK bertambah pesat dan kadar pertumbuhan sangat
tinggi
ii) Terangkan kitaran perniagaan negara tersebut.
Pada tahun 1 (1970) menunjukkan bahawa KDNK benar yang dicapai adalah lebih
tinggi daripada KDNK potensi. Pada tahun ini, tingkat ekonomi telah mencapai
tingkat pendapatan guna tenaga penuh. Di antara tahun 1 dan 2 (1975), kegiatan
ekonomi berada dalam masa melambung dan KDNK benar yang dicapai adalah
lebih tinggi daripada KDNK potensi. Pada tahun ini, ekonomi berada dalam
keadaan kekurangan faktor-faktor pengeluaran dan persaingan untuk memperoleh
faktor-faktor pengeluaran akan menyebabkan kenaikan tingkat kos pengeluaran
dan seterusnya kenaikan tingkat harga barang-barang. Di antara titik B dan C,
kegiatan ekonomi mula menurun tetapi KNK benar masih melebihi KNK potensi.
Di antara titik C dan E, tingkat kegiatan ekonomi berada dalam kemelesetan. Ini
bermakna bahawa KNK benar yang dicapai adalah kurang daripada KNK potensi.
Tingkat ekonomi di antara titik C dan D menunjukkan bahawa pengangguran
semakin bertambah dan faktor-faktor pengeluaran lain tidak digunakan dengan
sepenuhnya. Selepas titik D, kegiatan ekonomi mula mengalami pemulihan, iaitu
tingkat kegiatan ekonomi semakin bertambah sehingga KNK benar adalah sama
dengan KNK potensi pada titik E. Jadi, pada titik E, tingkat ekonomi telah
mencapai tingkat pendapatan guna tenaga penuh. Perbezaan antara KNK potensi
dengan KNK benar di kenali sebagai jurang KNK.

b) Apakah maksud inflasi tolakan kos? Terangkan dua langkah kawalan langsung
untuk mengatasinya.

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

47

Inflasi tolakan kos adalah kenaikan harga barangan dalam ekonomi yang disebabkan
oleh kenaikan kos pengeluaran.
Langkah kawalan langsung untuk mengatasinya seperti berikut : Menetapkan harga barang-barang tertentu
Mengawal kenaikan gaji dan upah

Tutorial 1 : Pengenalan kepada ekonomi |

48