Anda di halaman 1dari 22

Bagi tujuan memenuhi keperluan kertas Tugasan Individu Kursus

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)


Kegagalan ataupun kejayaan pengurusan strategik amat bergantung

kepada pihak pengurusan atasan organisasi. Bincangkan peranan

pihak pengurusan atasan dalam menjayakan pengurusan strategik.

1. Pengenalan

Setiap orang akan terlibat dalam pengurusan pada pelbagai tahap sama ada

untuk dirinya sendiri, keluarganya, komunitinya, organisasi kerjanya,

mahupun negeri atau negaranya. Kemahiran dan ilmu dalam pengurusan itu

amat perlu dikuasai oleh setiap orang tidak semestinya mereka yang

berada di peringkat pengurusan sesebuah organisasi itu sahaja. Mungkin

tahap ilmu, kemahiran dan pemakaiannya sahaja yang berbeza. Namun

demikian, menurut Ansoff (Ansoff, 1987) pengurusan strategik menumpukan

kepada kegiatan pengurusan peringkat atasan dan merangkumi bidang

ekonomi, kewangan, pemasaran dan perancangan jangka panjang

organisasi.

Pengurusan atasan, sebagai pembuat keputusan dalam oganisasi

bertanggunjawab dalam kejayaan atau kegagalan pengurrusan strategik.

Tan Siok Choo menulis dalam The Sun, 05 Disember 2005 bahawa

masalah besar yang sedang melanda gergasi pembuat kereta dunia,

General Motors (GM) dalam bersaing dengan kereta buatan Jepun dan

Korea adalah antaranya disebabkan oleh kesilapan strategi oleh

pengurusan GM. Pengurusan GM gagal mengesan perubahan kepada

kecenderungan pembeli kereta Amerika yang tidak lagi berminat membeli

kereta berkuasa besar dan banyak menggunakan petrol, terutamanya

2
dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini. Kes ini memberikan satu

contoh terbaru yang menunjukkan bahawa strategi yang tidak tepat dan

tidak fleksibel membawa padah kepada syarikat atau organisasi.

Pengurusan atasan sesebuah organisasi mempunyai peranan dan

tanggungjawab memastikan bahawa strategi yang dirangka sentiasa relevan

untuk kemajuan syarikat.

Menurut Yusof Ismail bidang ini yang mula berkembang sejak tahun 50an,

sekarang telah menjadi bidang yang inter-disciplinary dengan teori yang

merangkumi pelbagai bidang ilmu.

Kertas ringkas ini akan membincangkan secara sepintas lalu apakah yang

dikatakan dengan strategi, pengurusan strategik dan mengapa pengurusan

strategik itu diperlukan oleh organisasi dalam dunia yang amat kompetitif

sekarang. Akhir sekali peranan pengurusan atasan dalam menjayakan pelan

pengurusan strategik akan dibinccangkan.

2. Pengurusan Strategik Sepintas Lalu: Pengertian Pengurusan

Strategik dan Pengurusan Atasan

Secara umumnya pengurusan adalah proses yang dilalui untuk mencapai

matlamat tertentu . Dilihat secara ringkasnya pengurusan strategik adalah

berkaitan dengan kegagalan atau kejayaan sesebuah organisasi,

keupayaan merancang dengan teliti dan melaksanakan apa yang dirancang.

Pengurusan strategik yang berkesan dapat menjadikan organisasi segar,

rancak dan berjaya. Sebaliknya, pengurusan yang tidak berkesan boleh

menjatuhkan pengurusan atasan, melemahkan kakitangan dan.

mengbankrapkan syarikat.

3
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang konsep pengurusan

strategik, kita terlebih dahulu perlu melihat beberapa definisi yang berikan

kepada istilah ‘strategi’ atau dalam Bahasa Inggerisnya strategy. Konsep

strategi asalnya digunakan dalam peperangan dan perkataan strategy itu

berasal daripada perkataan Greek, stratos yang membawa maksud ‘tentera’

dan agein yang bemakna ‘mengepalai atau mengetuai’ . Kedua-dua

pekataan ini kemudiannya berkembang menjadi strategos yang digunakan

untuk jawatan yang diberi kepada jeneral peperangan antara Athens dengan

Farsi pada tahun 506 BC .

Menurut Cummings, penulis Greek, Xenopon, memberikan makna awal

kepada strategi . Menurut beliau strategi ialah “mengetahui apa yang

hendak anda lakukan”. Walaupun rringkas, definisi ini kena dengan

keperluan pada masa itu. Elemen pengetahuan dan perancangan

terangkum dalam definisi ini. Andrews pula memberikan definisi ;

“The pattern of major objectives, purposes or goals and essential

policies or plans for achieving goals, stated in such a way as to define what

business the company is in or is to be in and the kind of company it is or is

to be.”

Maksud ini bersesuaian dengan penggunaan awal pengurusan strategi

dalam bidang peniagaan iaitu polisi perniagaan (business policy).

Kenichi Ohmae memasukkan elemen persaingan dan keperluan pelanggan

yang sejajar dengan pergerakan kualiti ke dalam konsep strategi. Ohmae

menyatakan, strategi ialah;

4
“The way in a corporation endeavours to differentiaite itself positively

from its competitors, using its relative strength to better satisfy customers’

needs.”

Bagi pengurusan strategik pula, Igor Ansoff dalam karya klasiknya

Corporate Strategy, menyatakan:

“Strategic management is a systematic approach to the increasingly

important responsibility of the top management team.”

Definisi ini melihat pengurusan strategik sebagai proses yang sistematik dan

secara nyata mengaitkan pengurusan strategi itu dengan pengurusan

atasan oganisasi.

Khoo Kheng-Hor dan Smith merumuskan bahawa

“...strategic management is the process of driving the strategic planning

effort to culminate in choosing and implementing various strategies to best

fit the organizations’s needs. A strategy can then be said to be

comprehensive and integrated plan if it seeks to ensure the long-term

success of the orrganization by seizing the right opportunities while

minimising the impact of potential threats.”

Dari perspektif Islam, Yusof Ismail menekankan konsep tauhid kepada Allah

dan segala manifestasinya sebagai strategi menyeluruh individu mahupun

oganisasi . Pengurusan strategi dari perspektif Islam bermatlamatkan tauhid.

Keperrluan individu dan organisasi perlu tunduk kepada keperluan Islam

dan strategi kawalan adalah bersifat automatik mengikut keperluan syarak.

5
Oleh itu, pengurusan strategik dapat disimpulkan sebagai idea dan tindakan

yang dirancang dan dipetakan dengan jelas untuk memastikan kejayaan

organisasi dalam tempoh tertentu. Dengan itu strategi bukan sahaja

memerlukan pemikiran mendalam tentang masa depan tetapi termasuk juga

tindakan yang diperlukan untuk merealisasikan pelan yang dirancang

sebagai sebahagian daripada pemikiran itu. Pengurusan strategik adalah

satu set keputusan dan tindakan yang digunakan untuk merangka dan

menghasilkan pelan tindakan ke arah mencapai objektif organisasi.

Istilah Pengurusan Atasan memberi pelbagai konotasi. Dalam konteks

kertas ini kita menetapkan bahawa pengurusan atasan merujuk kepada

pihak pengurusan yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan dan

mengawal perjalanan sesebuah organisasi. Contohnya, dalam konteks

Kementerian Pelajaran, pengurusan atasan termasuklah Menteri, Ketua

Setiausaha, dan Timbalan-timbalannya, Ketua Pengarah Pendidikan dan

Tmbalan-timbalannya. Di pihak bahagian pula termasuklah Pengarah,

Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Penolong Pengarah. Begitu juga di

peringkat Jabatan Pelajaran Negeri . Di peringkat sekolah pula pengurusan

atasan merangkumi Pengetua/Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.

Setiap orang mempunyai peranan dalam pengurusan strategik asalkan dia

mempunyai keupayaan untuk berfikir tentang masa depan, dinamik

persekitaran, dan kejayaan organisasi. Namun peranan pengurusan atasan

adalah amat penting dalam memastikan kejayaan pengurusan strategik itu.

3. Mengapa Perlu Strategi?

6
Untuk mencapai objektif yang ditetapkan, oganisasi perlu merancang

dengan teliti pelan ke arah pencapaian objektif itu seta melaksanakan pelan

itu sebaik-baiknya. Pengurus atasan yang memainkan peranan penting

dalam merangka, melaksana dan memantau pelan strategik perlu

memahami mengapa perlu ada strategi dalam mengurus organisasi.

Dengan itu pengurusan akan dapat memainkan peranannya dengan lebih

berkesan. Walaupun soalan ini nampak asas dan difahamai oleh semua

pengurus tetapi banyak pengurus tenggelam dalam urusan kerja dan

masalah harian terlupa tentang mengapa perlunya ada strategi dalam

pengurusan.

Strategi mempunyai pelbagai aspek, antaranya:

• Strategi sebagai matlamat dan tujuan.

Matlamat dan tujuan adalah penggerak ke arah masa depan. Strategi

membantu menentukan, menjelaskan, dan memperhalusi tujuan dan

matlamat.

• Strategi sebagai pelan peringkat tinggi.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, strategi menetapkan cara

bagaimana tujuan dan matlamat hendak dicapai. Dalam merangka pelan

untuk mencapai matlamat itu, soalan yang bekaitan dengan siapa, bila,

bagaimana, di mana dan dengan siapa akan terungkai. Dalam merangka

strategi itu, secara automatik pelan akan terbina dengan fokus dan skopnya.

Pengurusan atasan seharusnya dapat melihat aspek ini dengan lebih baik

kerana mereka melihat keseluruhan organisasi secara global.

7
• Strategi sebagai cara untuk berdaya saing

Konsep strategi itu bermula di medan peperangan pada zaman dahulu.

Persaingan perniagaan sekarang boleh dianggap sebagai peperangan.

Syarikat/organisasi perlu mengalahkan lawannya untuk terus hidup. Oleh itu,

strategi dirangka untuk membolehkan syaikat/organisasi berada beberapa

langkah di hadapan pesaingnya.

• Stategi sebagai unsur kepemimpinan

Ini aspek yang penting dalam strategi. Menetapkan strategi adalah tugas

utama pemimpin. Pemimpin yang gagal merangka strategi yang baik atau

pun tiada mempunyai apa-apa strategi untuk organisasinya pastinya akan

menemui kegaglan. Biasanya apabila pemimpin berubah, strategi juga akan

dilihat dan dikaji semula dan kemungkinan besar akan berubah.

Kebanyakan pengurusan strategik tidak berjaya atau tidak mencapai

prestasi yang sepatutnya kerana pengurusan gagal memberikan

kepemimpinan yang sewajarnya.

• Stategi sebagai penetapan masa depan

Strategi adalah persediaan untuk masa depan yang penuh dengan

ketidaktentuan. Dalam pengurusan Islam, matlamat utama ialah

pentauhidan dan pemimpin perlu tawakkal terhadap Allah setelah segala

perancangan dibuat dan dilaksanakan. Kita mungkin boleh menjangka

trenda masa depan tetapi ketepatannya tidak dapat dipastikan. Oleh itu,

strategi membantu dalam memperlengkap organisasi menghadapi

ketidaktentuan masa depan.

8
• Strategi sebagai pembina keupayaan (capacity building)

Kemahiran atau keupayaan khas mungkin diperlukan untuk oleh organisasi

untuk mencerahkan peluangnya mencipta kejayaan. Ke arah itu, organisasi

perlu merangka strategi membina dan mengukuhkan keupayaan berkenaan.

• Strategi sebagai pengimbang antara keupayaan dan peluang.

Strategi dirangka untuk memastikan kelestarian dan kejayaan organisasi

pada masa depan. Kejayaan dicapai melalui kesesuaian di antara

keupayaan oganisasi dengan peluang memenuhi kehendak pelanggan.

Lebih baik penyesuaian ini lebih berjayalah organisasi itu. Oleh itu strategi

dirangka untuk menghasilkan penyesuaian yang terbaik di antara keperluan

pelanggan dan keupayaan organisasi.

• Strategi sebagai hasil budaya kerja

Setiap organisasi mempunyai budaya kerjanya sendiri yang biasanya sukar

untuk diubah, lebih-lebih lagi untuk organisasi yang telah lama wujud.

Strategi yang dibina dipengaruhi oleh budaya kerja ini. Budaya kerja

kadangkala menjadi kelebihan kepada syarikat untuk bersaing.

• Strategi sebagai hasil perubahan yang membawa kejayaan

Strategi yang berjaya apabila dianalisis mungkin berbeza dengan apa yang

dirancangkan di peringkat awal. Pengubahsuaian dilakukan di sepanjang

peringkat pelaksanaan. Corak perubahan yang membawa kejayaan ini

dikesan apabila analisis dibuat. Keupayaan mengesan corak perubahan

yang membawa kepada kejayaan itu adalah sebahagian daripada strategi.

9
4. Faedah Pengurusan Strategik Kepada Organisasi

Untuk menghayati peri pentingnya pengurusan strategik, kita perlu melihat

faedahnya kepada organisasi. Selain memastikan kejayaan organisasi pada

masa depan, Kheng Khor dan Munro Smith menggariskan beberapa faedah

daripada pengurusan strategik, antaranya ialah:

• Menggalakkan pemikiran yang berpandangan jauh

Pengurusan syarikat atau organisasi bertanggungjawab terhadap

kelestarian organisasi. Berdasarkan maklumat yang ada dan trenda masa

kini, pengurusan strategik menggalakkan pengurus memikirkan pelan yang

perlu dirangka untuk memastikan syarikatnya terus wujud dalam tempoh

masa yang panjang. Pengurusan Makro melihat bahawa mereka bersaing

dengan pasar hyper lain seperti Giant, Tesco dan Carrefour. Mereka

menganalisis bahawa tidak mungkin mereka dapat bersaing dalam

mendapat dan mengekalkan pelanggan runcit. Mereka menjangkakan pada

masa hadapan permintaan daripada bulk retailers akan berterusan, oleh itu

pengurusan Makro mengambil keputusan untuk kembali ke konsep asal

mereka iaitu memfokuskan perniagaan mereka kepada pengguna bulk dan

tidak lagi kepada pengguna harian. Pengurusan perlu mendapatkan

maklumat yang betul dan menggunakan maklumat berkenaan untuk

mengadun kekuatan dan kelemahan syarikat dengan peluang dan ancaman

yang wujud di persekitaran.

• Memberikan arah tuju dan objektif yang jelas

10
Asas utama pengurusan strategik ialah misi organisasi yang jelas. Kemana

organisasi kita hendak pergi? Itulah soalan utama yang akan merintis jalan

kepada pembinaan pernyataan misi organisasi. Arah tuju yang jelas akan

menghasilkan objektif yang jelas.

• Memudahkan pengagihan sumber

Pengagihan sumber yang berkesan adalah hasil daripada penelitian dan

perancangan yang jelas. Melalui pengurusan strategik, sumber dalaman dan

luaran yang ada diteliti dan diagihkan mengikut strategi keperluan.

Pembaziran diminimumkan dan penggunaan dioptimumkan. Dalam hal ini

pengurusan atasan berperanan dalam melihat organisasinya secara

keseluruhan dan seterusnya melihat kekuatan dan kelemahan sumbernya

sebelum mengagihkan sumber berdasarkan pelan yang dirangka.

• Memudahkan kerjasama dan komunikasi dalaman organisasi

Pelan yang baik tidak akan berjaya jika tidak dilaksanakan dan dikawal

dengan baik. Pelaksanaan memerlukan kerjasama dan tahap komunikasi

antara semua peringkat berada pada tahap yang baik. Pengurusan strategik

memerlukan komunikasi yang berkesan dan kerjasama semua pihak yang

terlibat untuk berjaya.

• Mengenal pasti bidang dan peluang baru yang boleh diterokai

Dengan merancang secara strategik, peluang dan bidang baru akan dapat

dikesan. Pengurus harus cekap dalam mengesan peluang ini. Syarikat

Sapura yang pada satu masa dahulu terkenal sebagai syarikat elektronik

dan telekomunikasi beralih ke bidang minyak dan gas kerana

11
pengurusannya mendapati bidang ini membuka peluang yang lebih luas

pada masa depan. Bidang telekomunikasi telah tepu, saingan terlalu sengit

dan tidak lagi strategik kepada syarikat itu.

• Menyediakan organisasi terhadap ancaman dan persaingan

Keupayaan untuk menjangka masalah yang akan timbul dan ancaman yang

sedia ada dan bakal wujud membolehkan syarikat merangka pelan tindakan

mengelak atau mengurangkan kesannya.

5. Pengurusan Strategik dan Operasinya

Pengurusan perlu dapat mengenal pasti perubahan persekitaran dan

merangka perubahan untuk mengubahsuai keadaan untuk disesuaikan

dengan perubahan itu. Hal ini berkaitan dengan lima unsur pengurusan,

iaitu: mentaliti pengurusan atasan, budaya, struktur kuasa, struktur

organisasi, dan keupayaan organisasi untuk melaksanakan tugas.

Pihak penggubal dan pelaksana sesuatu rancangan dalam organisasi perlu

memikirkan empat soalan strategik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

12
KEADAAN PELAN/
OBJEKTIF
SEKARANG STRATEGI

Di mana
kita Apa Kemana
sekarang? caranya? kita?

Bagaiamana kita tahu


objektif dicapai ?

Rajah 1: Empat soalan kitaran strategik

Berdasarkan Rajah 1, organisasi pertamanya perlu tahu kedudukan mereka

sekarang. Pengumpulan maklumat analisis dan penilaian kedudukan

sekarang perlu dilakukan. Kemudian tetapkan objektif yang hendak dicapai

dan seterusnya rangka cara bagaimana objektif itu boleh dicapai.

Diperingkat ini pelan dibina dan seterusnya tindakan di ambil. Akhirnya

penilaian terhadap pelan strategik itu perlu dibuat dari semasa ke semasa

dan penambahbaikan dan pembetulan perlu dilakukan.

Dari segi operasinya, Pearce dan Robinson menggariskan bahawa

pengurusan strategik mengandungi sembilan tugas kritikal seperti yang

berikut:

• Merangka misi organisasi yang merangkumi pernyataan matlamat,

falsafah dan tujuan;

• Menganalisis keupayaan dan status ‘kesihatan’ dalaman organisasi;

13
• Menilai persekitaran luar organisasi dalam konteks daya saing dan

konteks umum;

• Menganalisis pilihan yang ada menyesuaikannya dengan sumber dan

persekitaran luar yang ada;

• Mengenal pasti pilihan yang terbaik dan menyelaraskan pilihan

dengan misi organisasi;

• Menetapkan objektif jangka panjang dan strategi utama untuk

mencapainya berdasarkan pilihan yang telah dibuat;

• Merangka objektif dan strategi tahunan yang sejajar dengan objektif

dan strategi jangka panjang;

• Melaksanakan pilihan strategik melalui kawalan dan pembahagian

sumber yang berimbang mengikut keperluan tugas, personel,

struktur, teknologi dan sistem habuan yang sesuai; dan

• Menilai kejayaaan proses strategik berkenaan dan menggunakannya

sebagai input untuk membuat keputusan pada masa depan.

Tugas-tugas ini jelas menggambarkan bahawa pengurusan strategik

melibatkan perancangan, pengurusan, pemimpinan, pengawalan, keputusan

dan tindakan strategik sesebuah oganisasi. Untuk kejayaan organisasi,

pengurusan atasan mempunyai peranan supaya tugas kritikal di atas

dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

6. Tahap Pengurusan Strategi

14
Kebanyakan literatur dalam pengurusan strategik memberikan tiga tahap

strategi seperti yang berikut:

• Tahap Korporat

Tahap ini melibatkan peingkat organisasi secara keseluruhannya dan

melibatkan soalan-soalan asas seperti :

“What business should be we be in?” (Apa business kita?)

“Why are we in this business?” (Mengapa kita dalam business ini?)

“What values do we stand for?”(Apa nilai yang kita pegang?)

Tahap ini menentukan keseluruhan arah tuju strategik sesuatu organisasi.

• Tahap Business

Tahap ini merujuk kepada bahagian atau sub-bahagian strategik di dalam

organisasi berkenaan. Di tahap ini pemilihan strategi berpegang kepada

soalan “bagaimana kita hendak bersaing dalam bidang ini?”. Taktik dirangka

untuk menewaskan saingan ataupun menjayakan pelan.

• Tahap Fungsi

Tahap ini melibatkan pelbagai bahagian atau unit yang menyelaras aktiviti

ke arah menyokong strategi business dan korporat. Soalan yang perlu

ditanya pada tahap ini ialah “bagaimana mengoperasikan pelan yang ada

mengikut kemahiran dan pengalaman yang ada dalam unit ?”

7. Peranan Pengurusan Atasan dan Kejayaan Pengurusan Strategik

15
Mengapa kejayaan dan kegagalan pengurusan strategik banyak bergantung

kepada pengurusan atasan? Seringkali pengurusan tidak menyampaikan

maklumat dan pengetahuan yang sepenuhnya kepada anak buahnya

tentang apa yang perlu dibuat dan apa yang diharapkan untuk menjayakan

pelan strategik. Akibatnya orang bawahan kurang arif dan gagal melaksana

pelan seperti yang diharap. Selain itu strategi yang salah mungkin telah

digunakan dan tidak sejajar dengan perkembangan semasa.

Perananan pengurusan atasan dalam menjayakan pengurusan strategik

sesesuah organiasi dapat dilihat daripada perspektif proses yang perlu

dilalui dalam pengurusan strategik.

• Peranan dalam Menetapkan Hala Tuju Organisasi

Hala tuju organisasi termasuklah penggubalan misi, objektif, dan visi

organisasi. Pengurusan bertanggungjawab memastikan misi, visi dan

objektif organisasi bersesuaian dengan kemampuan organisasi dan tidak

terlalu ideal hingga sukar dilaksana. Amat wajar bagi pengurusan

mendapatkan pandangan orang bawahan untuk membina misi, visi dan

objektif .

Pengurusan juga berperanan dalam memastikan misi, visi dan objektif itu

difahami dan dihayati oleh semua peringkat organisasi. Dengan itu semua

jentera organisasi bergerak sederap ke arah destinasi yang sama. Hal ini

penting apatah lagi organisasi itu dalam sektor awam yang kadangkala

mempunyai pelbagai jabatan, bahagian dan sektor. Dengan itu pelbagai

16
peringkat organisasi bukan sahaja memahami misi, visi dan objektif tetapi

mempunyai tafsiran yang sama.

• Peranan Dalam Membuat Keputusan

Untuk menjayakan pelan strategik, Mintzberg menggariskan 10 peranan

pengurusan yang melibatkan peranan dalam pembuatan keputusan

Peranan interpersonal – figurehead, leader dan liaison

Peranan Informational – monitor, disseminator (internal), spokesman

(external)

Peranan decisional – entrepreneur, disturbance handler, resource allocator,

negotiator

• Peranan dalam Menganalisis Persekitaran dan Membina Strategi

John Zinkin mengingatkan pengurus pada zaman ini bahawa dalam

menganalisis persekitaran menggunakan pelbagai alat analisis seperti

SWOT, BSG, analisis senario, dan sebagainya; pengurusan perlu

mengambil maklum perkembangan terkini seperti perubahan sosio-politik

dan teknologi yang bukan sahaja memberikan peluang baru tetapi memberi

ancaman baru. Dalam hal ini pengurusan atasan berperanan dalam

membuat kajian mendalam tentang perubahan yang berlaku dalam

masyarakat pada hari ini dan mengambil kira faktor ini dalam membuat

analisis persekitaran.

Dalam hal ini, Kheng Hor dan Munro Smith mencadangkan supaya

pengurusan melaksanakan tugas berikut:

17
- muaskan pembacaan dan buat nota tentang maklumat penting.

Gunakan sumber maklumat terkini seperti internet.

- kongsi maklumat dengan kaki tangan lain dan menjadi pendengar

yang baik.

- muhasabah secara berkala untuk melihat apa yang telah berlaku dan

bagaimana hal itu berlaku

- bincang senario masa depan dengan orang lain untuk memastikan

kita berada di landasan yang betul

• Peranan dalam Pelaksanaan Strategi

Pelan yang paling cantik dan hebat tidak akan berjaya jika tidak dilaksana

dengan sewajarnya. Pada peringkat ini peranan utama pihak pengurusan

adalah melibatkan aspek kawalan. Kawalan memastikan pelaksanaan

mengikut pelan dan penilaian melibatkan pengukuran prestasi. Pemantauan

adalah juga sebahagian daripada kawalan. Pemantauan yang berkala

membolehkan pihak pengurusan :

• Memastikan pelaksanaan mengikut pelan yang dibina

• Menyemak hasil yang dijana atau produk yang dihasilkan sejajar

dengan objektif yang disasarkan

• Mengambil tindakan pembetulan atau penambahbaikan

• Menggalakkan peningkatan prestasi.

18
• Memperkemas dan memperhalus (fine tuning) bukan sahaja strategi

tetapi pelan tindakan untuk disesuaikan dengan keadaan keperluan

persekitaran semasa

• Mendapatkan reality check terhadap pelan yang dibina berbanding

dengan keadaan sebenar di peringkat operasi.

• Mendapatkan sistem amaran awal (early warning system) tentang

masalah yang timbul dalam pelaksanaan pelan

• Memastikan skop inovatif, fleksibiliti, dan kreativiti yang diberikan

kepada pelaksana adalah memadai

Pelaksanaan strategi seringkali melibatkan perubahan dan pengurusan

perubahan juga diperlukan . Dalam hal ini pengurusan perlu menjadi

pencetus perubahan dan penganjur perubahan (change sponsor). Pencetus

perubahan bertanggungjawab mencadangkan perubahan dan mendapatkan

kelulusan daripada pihak berkuasa untuk melaksanakan perubahan.

Penganjur perubahan memainkan peranan memberikan sokongan peringkat

tinggi dalam organisasi kepada perubahan yang diperlukan. Perubahan

seringkali mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Pengurusan atasan

berperanan meredakan tentangan ini dan menjuruskan tenaga usaha

organisasi ke arah kejayaan.

8. Penutup

Penelitian terhadap pelan yang tidak berjaya dan perancangan strategik

yang gagal dapat memberikan panduan dan pengajaran kepada pihak

pengurusan tentang kelemahan dan kekurangan mereka. Bertitik tolak

19
daripada itu kita dapat merumuskan peranan pengurusan atasan dalam

menjayakan pengurusan strategik. Antaranya adalah:

• Memberikan kepemimpinan yang sewajarnya dalam membina dan

melaksana pelan strategik. Mereka tidak boleh mengandaikan

bahawa tugas merancang boleh didelegasi kepada perancang

sahaja;

• Mampu melihat keadaaan secara global supaya tidak tenggelam di

dalam urusan dan masalah harian sehingga gagal melaksana

pengurusan strategik. Meskipun telah ada pelan tetapi gagal

melaksana atau memantau pelaksanaannya. Umpama sebuah

helikopter, pihak pengurusan harus dapat terbang meninjau pada

aras tinggi keadaan persekitaran seluruhnya dan melihat secara aras

tinggi kedudukan pelaksanaan pelan strategik. Dengan itu

pengurusan strategik tidak dianggap terasing daripada proses

pengurusan lain dalam organisasi;

• Menjadi pencetus kepada penghasilan misi, visi dan objektif

organisasi yang baik, jelas, realistik dan dikongsi bersama;

• Mampu mengagih sumber mengikut kekuatan dan kepentingan

jabatan, bahagian, sektor masing-masing. Dengan itu pihak

pengurusan atasan akan tahu kedudukan bahagian, jabatan, atau

sektor dalam perancangan strategik organisasi;

20
• Sebagai pengawal kepada pelaksanaan pelan strategik untuk

menetapkan apa yang telah didokumenkan dalam pelan sebagai

piawaian pengurusan prestasi organisasi;

• Sebagai pengawal kepada pelaksanaan pelan strategik dengan

memberikan sokongan padu kepada pelaksana, memantau secara

berkala, menilai pencapaian dan membuat pengubahsuaian apabila

perlu;

• Sebagai pengurus yang inovatif , saintifik, dan sistematik yang

percaya kepada perlunya perancangan formal dan membuat

keputusan berdasarkan perancangan berkenaan. Hal ini menjadi

lebih ketara apabila terdapat kepentingan pelbagai kumpulan yang

bertentangan terpaksa dipertimbang. Kehendak kumpulan yang

dominan mungkin bercanggah dengan perancangan. Keputusan yang

dibuat mungkin tidak popular dengan kumpulan berkenaan.

Pengurusan atasan tidak harus tunduk kepada tekanan sedemikian

jika dirasakan percanggahan itu akan menggagalkan pelan

perancangan strategik yang sedang berjalan.

Akhirnya, dapatlah disimpulkan bahawa pengurusan atasan amat penting

dalam menjayakan pengurusan strategik kerana keputusan adalah ditangan

mereka. Jika mereka gagal memainkan peranan sebagai pemimpin yang

mencetus pelan strategi, mengawal dan memantau perjalanannya serta

membuat penilaian terhadap pelan strategik bekenaan, membuat

pengubahsuaian dan penambahbaikan, pengurusan strategik akan hanya

menjadi bahan omongan kosong.

21
Senarai rujukan:

22