Anda di halaman 1dari 26

Tajuk Tugasan;

Soalan 47: Setiap organisasi hendaklah mempunyai halatuju masing-masing.

Bincangkan peranan visi dan misi dalam usaha untuk memantapkan halatuju

organisasi anda.

1. Pendahuluan

Untuk mencapai pengurusan pendidikan berkualiti dan memartabatkan profesion

keguruan, pengetua sebagai tonggak utama sekolah atau pemimpin institusi pendidikan

perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengurusan sekolah dan

program pembangunan pendidikan supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu,

berktrampilan dan berakhlak mulia selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan bahawa “Pendidikan di Malaysia adalah

suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

Kecermelangan dan kegemilangan sesebuah sekolah sangat bergantung kepada

kepimpinan pengetuanya. Jika pihak pengetua dapat merancang dan mengurus sekolah

secara strategik serta mengamalkan nilai kepimpinan yang luhur dan positif, sudah pasti

sekolahnya akan menjadi cemerlang.

1.
Pengetua sebagai pemimpin utama sekolah, berperanan bukan sahaja sebagai pemimpin

kurikulum atau instruction leader tetapi juga penggerak dan penentu kejayaan dalam

pelbagai bidang yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan.

Sesungguhnya keunggulan seseorang pengetua dalam menentukan jatuh bangunnya

sesebuah sekolah diakui oleh Fred W. Hetchinger, President New York Times:

“I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a good

principal. I have seen unsuccessful schools turned around into successful ones and

regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In each case the rise or fall

could readily be traced to the quality of the principal”. (Panduan Pengurusan Sekolah

Ke Arah Kecermelangan oleh Majlis Pengetua Kanan Kebangsaan,2005).

Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak kepada

kualiti pengetuanya. Sekolah yang baik tidak pernah diterajui oleh pengetua yang lemah.,

manakala sebaliknya sekolah yang lemah tidak juga diuruskan oleh pengetua yang

cemerlang.

2. Definisi visi dan Misi

Halatuju sesebuah organisasi misalnya pengurusan sekolah berkait rapat dengan cara

sekolah itu diuruskan oleh ketuanya iaitu pengetua. Visi dan misi organisasinya mestilah

jelas, tepat dan perlu dihayati oleh semua warga sekolah. Visi dan misi sekolah perlu

dikaji semula mengikut keperluan semasa.

2.
“A Definition of vision in a dictionary:’ An Image of the future we seek to create’. A

vision statement describes in graphic terms where the goal-setter want to see themselves

in the future. It may desscribe how they see events unfolding over 10 or 20 years if

everythings goes exactly as hoped.

‘A definition of Misson in a dictionary: purpose, reason for being.’

Terjemahan secara bebas bermaksud, Definisi visi dalam sebuah kamus ialah suatu

bayangan masa depan yang ingin kita wujudkan. Pernyataan visi menerangkan, dalam

istilah grafik, di mana ia dapat memberi gambaran tentang kedudukan penentu matlamat

pada masa depan. Ia mungkin dapat menerangkan perubahan yang akan berlaku dalam

tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang jika semua perkara berjalan lancar seperti yang

diharapkan. Manakala definisi misi dalam kamus bermakna tujuan, sebab kewujudan.

Misi ialah satu gambaran yang ringkas mengenai pandangan sesebuah organisasi dari segi

tujuan dan nilainya. Pernyataan misi diperoleh dari pernyataan visi (wawasan).

Ciri-ciri misi ialah;

i. Misi mestilah ringkas dan mudah diingat

ii. Jelas dan difaham oleh semua

iii. Tidak melebihi 25 perkataan.

iv. Menjelaskan secara terperinci tugas utama organisasi

v. Menjawab persoalan bagaimana?

vi. Sepatutnya menggambarkan kepakaran unik organisasi.

3.
vii Lebih meluas bagi membolehkan pelaksanaan yang lebih fleksibel.

viii Menjadi panduan kepada ahli organisasi dalam membuat keputusan

xv Menggambarkan nilai, kepercayaan dan falsafah pengendalian organisasi.

x Boleh dicapai dan realistik

xi Perkataan yang digunakan membantu menyemarakkan semangat kesepunyaan.

3. Contoh Misi Kementerian Pelajaran;

“ Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara

Malaysia”

Matlamat Kementerian Pelajaran ialah;

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berktrampilan dan

sejahtera.

• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara.

• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.

PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PELAJARAN:

Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami;

• Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu yang

memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat

perpaduan negara. 4
• Menentukan pengeluaran sistem pendidikan yang mempunyai nilai-nilai teras

yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

• Memberi peluang yang sama kepada kanak-kanak tanpa mengira latar belakang,

agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.

• Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan,

canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.

• Mengurus kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.

• Menyediakan staf yang mencukupi serta berdidikasi, komited, terlatih, berdisiplin,

bertanggungjawab dan produktif.

• Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan

mencukupi berteraskan piawai-piawai tertentu selaras dengan pengamalan

perkhidmatan penyayang.

• Memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak

dan keperluan-keperluan pelangggan, murid, guru, masyarakat dan negara.

• Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik

individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

5
4. Visi, misi dan piagam pelanggan organisasi yang dipilih;

Organisasi yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong yang mana saya

selaku Pengetuanya mulai 16 Januari 2005.

i. Visi SMK Bentong

‘Menjadi sekolah contoh di Daerah Bentong tahun 2010 ( dalam bidang akademik,

kokurikulum, pembentukan sasiah insan, memiliki pengurusan pentadbiran yang cekap

dan mewujudkan persekitaran yang ceria serta perhubungan komuniti yang baik

berdasarkan falsafah Pendidikan Kebangsaan’).

ii. Misi SMK Bentong. (Wawasan)

Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan terbaik

• Menyediakan latihan dan amalan kokurikulum yang sistematik dan terbaik

• Membina sasiah dan akhlak terpuji melalui program-program bina insan yang

terancang dari semasa ke semasa

• Mengamalkan pengurusan pentadbiran yang berkualiti

• Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan selamat.

• Mewujudkan hubungan mesra dengan pelajar, ibu bapa, masyarakat dan pihak-

pihak lain yang berterusan dengan sekolah.

iii. Piagam Pelanggan SMK Bentong

SMK Bentong wujud untuk memberi kemudahan perkembangan potensi pelajar ke tahap

optima dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan bina insan/ disiplin berpaksikan

Falsafah Pendidikan Negara, Pengisian Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020.


6

Kami menjamin akan mencapai hasrat melalui;

a. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif

• Pencapaian PMR 100 % lulus

• Pencapaian SPM 100 % lulus (30% Cemerlang)

• Melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran secara terancang

untuk mencapai matlamat KBSM

• Berusaha untuk meningkatkan Profesinalisme Guru melalui program-

program perkembangan staf sekurang-kurangnya 2 kali setahun

• Memberi kemudahan dan sokongan kepada guru untuk meningkatkan

kreativiti dan inovasi guru.

• Mempertingkatkan keberkesanan penyeliaan proses pengajaran dan

pembelajaran.

• Meningkatkan kemahiran dan penggunaan alat bantu mengajar.

b. Mewujudkan peluang yang luas untuk perkembangan bakat dan potensi dalam

bidang kokurikulum.

• Penyertaan pelajar dalam sukan dan permainan

- Peringkat zon/MSSM/Daerah: 100 peserta

- Peringkat MSSM Pahang : 40 peserta

- Peringkat MSSM/ Kebangsaan: 20 peserta

• Melaksanakan program secara terancang untuk melahirkan pelajar yang

seimbang dan harmoni


7

• Memberi pendedahan yang luas kepada pelajar melalui latihan dan pertandingan

c. Pembinaan sahsiah pelajar yang sihat dan positif untuk mewujudkan iklim dan

budaya sekolah yang kondusif dan suportif.

• Melaksanakan program Bina Insan / Disiplin (moral) / Kaunseling secara

terancang

• Membentuk keinsanan melalui peningkatan penghayatan ilmu dan amalan

• Memupuk nilai-nilai ketuhanan dan kerohanian untuk meningkatkan disiplin

sekolah ke tahap ‘tiada kecacatan ‘ (zero defects).

d. Pewujudan Perkhidmatan Penyayang

• Bermuafakat dengan pihak dalam dan luar sekolah untuk mewujudkan

keselamatan dan keceriaan sekolah serta mendorong pembelajaran yang optima

• Merealisasikan kecemerlangan ilmu, keupayaan berfikir dan beramal untuk

mewujudkan budaya cemerlang.

• Menyemai dan menyuburkan sifat penyayang di kalangan semua anggota untuk

mengukuhkan semangat perpaduan, kekitaan dan cinta pada sekolah.


8

5. Program PKKP (Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan)

Visi dan misi sekolah-sekolah di negeri Pahang berkait rapat dengan program PKKP

(Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan) seperti yang disarankan

oleh Jabatan Pendidikan Pahang). Program ini mula diperkenalkan pada sesi tahun

akademik 1994/1995 sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan prestasi pendidikan di

Pahang yang tidak begitu membanggakan sebelum ini. Prestasi dan kedudukan negeri

Pahang sungguh-sungguh mencabar kewibawaan seluruh warga pendidik di negeri ini.

Satu tuntutan perlu disahut ialah untuk membuktikan bahawa usaha bersungguh-sungguh

secara kalaboratif dan penglibatan menyeluruh semua pihak serta dengan semangat jitu

dan penuh iltizam boleh mengubah kedudukan tersebut.

Mendahului program ini ialah Program Perancangan Lima-Tahun atau ‘Blue-Print’

Sekolah (BPS) yang dilaksanakan semenjak tahun 1986. BPS yang menggunakan kaedah

Pengurusan Melalui Objektif “ Management By Objektive” (MBO) dan ia telah memberi

pengalaman yang sangat bermakna kerana ia telah mengajar dalam aspek perancangan

kurikum dan pendidikan dengan cara teratur.

Namun demikian prestasi sekolah masih di tahap biasa dan tidak dapat dibanggakan

setelah beberapa tahun ia dilaksanakan. Satu proses ‘renewal’ dirasakan amat perlu untuk

menaikkan kembali martabat pendidikan di Pahang. Oleh hal yang demikian, satu

pendekatan baru dengan kefahman yang lebih jelas dan magambil kira pengalaman yang

sedia ada supaya dapat memberi impak yang boleh dibanggakan perlu diwujudkan, maka

dengan itu lahirlah program PKKP. Namun demikian kaedah MBO seperti yang
diamalkan dalam BPS tidaklah ditolak malah kemahiran membuat perancangan seperti

dalam MBO sangat diperlukan dalam pengoperasian Program PKKP. 9

Tonggak Program PKKP meliputi 5 aspek iaitu;

• Pengurusan

• Keceriaan

• Bina insan

• Kokurikulum

• Kurikulum

PKKP – ‘Overview’ Konsep

• Budaya Peningkatan (Improvement/ Kaizen)

• Proses: Perancangan, pelaksanaan, pemantauan

• Konsep asas: ‘ Collaboration, Participation, Ownership(CPO)

• Target: Penguasaan 100% dan Cemerlang > 30%

• Target PPSMI: Penguasaan 100% dan Cemerlang .60%

• Pendekatan : Teknik Penyelesaian masalah

• Strategi/ Amalan: ‘Knowledge Management’

• Dokumentasi: Folio A & B

• Klasifikasi Program: Utama, Sokongan, Sampingan

• Kepuasan Pelanggan – Dalaman & Luaran.

PKKP – Pengertian
• Peningkatan (improvement): Usaha yang berterusan untuk mempertingkatkan

atau penambahbaikan (value added) – dari segi proses, hasil, kuantiti, kualiti,

efisien, bahan sistem dan sebagainya.

• Berlawanan dengan konsep pengekalan (maintain)

• Kurikulum: merupakan ‘core business’ sesebuah institusi pendidikan’ 10

• Kemajuan Pendidikan: Meliputi semua aspek yang ada kaitan dengan pendidikan

selain daripada akademik, termasuklah sosial dan bina insan, pengurusan dan

kepimpinan, keceriaan dan keselamatan, dan aktiviti kokurikulum.

Perancangan;

• Menentukan visi, matlamat, target

• Mengenal pasti masalah, kelemahan dan keperluan

• Menentukan strategi, penyelesaian masalah

• Menyediakan Strategi Pemantauan

Pelaksanaan;

• Laksanakan apa yang dirancang

• Melaksanakan P&P berkesan, out-put learning, dan home learning

• Pendekatan Strategik, taktikal, dan berfokus.

• Berubah daripada strategi identical kepada distinctive

• Pelaksanaan secara Kolaboratif, Partisipatif, Ownership

• Tindakan Pengukuhan – secara tacit knowledge

• Buktikan apa yang dilaksanakan.

Pemantauan;
• Pantau apa yang dirancang, dilaksana, dan dicapai

• Kaedah Pemantauan :

- Pemantauan Menegak,

- Pemantauan Mendatar (pengupayaan Empowerment/

Kesejawatan)

• Aspek Pemantauan : 11

- Pemantauan perancangan

- Pemantauan pelaksanaan

- Pemantauan defisit pembelajaran

- Pemantuan prestasi/ head-count

* Pemantuan Bukti Pelaksanaan

* Pemantauan secara Debriefing – (Taklimat/ maklum balas)

a. Guru kepada pengetua

b. Pengetua/ kepada PPD/ JPNP

c. PPD kepada JPNP

Kalaboratif;

d. Kerjasama yang melampaui batas hakiki dan arahan; melibatkan

masyarakat dan istiutsi diluar sekolah yang mempunyai kepentingan

dalam pendidikan.

e. Kerjasama ini dijalankan secara ‘perkongsian pintar’ yang membawa

manfaat kepada semua pihak terlibat.

Partisipatif;
f. Penglibatan seluruh warga sekolah secara sukarela atau dengan sedikit

pengarahan dalam sebarang aktiviti yang menjurus kepada kecermelangan.

g. Setiap orang boleh memainkan peranan yang berbeza dan setiap peranan

walaupun berbeza, boleh menyumbang kepada kecemerlangan.

12

Owership;

h. Sikap kesepunyaan dan pertanggungjawaban setiap ahli organisasi

terhadap visi dan pencapaian visi

i. Sebarang kejayaan dan kegagalan organisasi diterima sebagai hasil usaha/

akibat perlakuan seluruh organisasi

j. Sikap kesepunyaan menghasilkan komitmen yang tinggi.

Strategi Penyelesaian;

Strategik,

k. Tepat kepada masalah yang sebenar (berfokus)

l. Memenuhi objektif spesifik

m. Mempunyai pelan tindakan

n. Mempunyai ‘target group’

o. Penggemblengan sumber yang ada

p. Objektif sampingan tidak mengatasi objektif spesifik

q. Dalam kawalan/ boleh dilaksanakan.

Folio A:
Folio A mengandungi data dan maklumat berkaitan masalah yang telah dikenal pasti dan

mesti disediakan bagi setiap subjek dan kelas;

o Data pelajar

o Data subjek

o Nilai mula (TOV)

o Head Count

o Analisis penilaian 13

o Analisis item

o Dapatan analisis dan diognosis

o Terjemahan analisis ( ke dalam bentuk graf, pernyataan dan lain-lain)

Folio B

Dokumen yang mengandungi strategi yang telah dirancang untuk mengatasi masalah

yang telah dikenal pasti. Strategi tersebut telah diterjemah kepada kertas projek mengikut

format berikut;

o Tajuk projek

o Rasional

o Pernyataan masalah

o Huraian masalah

o Objektif

o Strategi Penyelesaian

o Kumpulan sasaran

o Jangka masa
o Sumber

o Pelan pelaksanaan/ carta Gantt

Program Utama

Program yang menumpukan peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah secara formal.

Contoh: Penggunaan madul bagi memudahkan kefahaman dan penguasaan pelajar

mengenai sesuatu konsep, penggunaan alat bantu, dan multi media.

14

Program Sokongan;

Program yang dirancang untuk dijalankan di luar bilik darjah atau di luar waktu formal

bagi memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran dan penguasaan pelajar

mengenai sesuatu konsep atau kemahiran.

Contoh;

o Kelas pemulihan & penghayatan

o Bengkel penyediaan bahan / alat bantu

o Bengkel penyediaan modul

o Bengkel Teknik menjawab soalan

o Aktiviti-aktiviti lain seumpamanya.

Program Sampingan

Program yang dirancang untuk menggalak dan meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu

bidang. Aktiviti dijalankan di luar bilik darjah dan adakalanya bersifat ‘ceremonial’

kerana aktiviti ini bukan sahaja melibatkan pelajar tetapi juga ibu bapa dan masyarakat.

Contoh;
o Perjumpaan ibu bapa

o Kelas motivasi

o Pertandingan aktiviti-aktiviti kokurikulum

o Lawatan ilmiah

o Penerangan kerjaya.

Home Learning;

o ‘Home Learnig’ ialah pembelajaran yang berlaku di rumah dalam kawalan ibu

bapa. 15

o Pembelajaran ini merupakan pengukuhan kepada apa yang dipelajari di sekolah

dan seharusnya berkesinambungan serta serasi dengan membelajaran di sekolah.

o Bolehkah kita mempengaruhi stail pembelajaran di rumah?

-Peranan ibu bapa

a. Menyediakan prasarana pembelajaran

b. Memberi motivasi

c. Memberi bimbingan – Apa dan Bagaimana?

d. Doa restu

-Peranan Pelajar

a. Pengurusan diri

b. Menentukan matlamat diri

c. Melaksanakan latihan kendiri

Kaedah Pengukuhan Pembelajaran

 Latihan secara terancang

a. Pemulihan (penguasaan kemahiran/ konsep asas)


b Pengukuhan

c Pengayaan (kecemerlangan)

 Sistem latihan kendiri

 Mematuhi Konsep Kecukupan Latihan?

 Program sokongan

16

6, Contoh Program Kurikulum Di SMK Bentong.

Untuk membuktikan bahawa visi dan misi memainkan peranan yang penting untuk

memantapkan hala tuju organisasi, berikut dihuraikan program pengurusan kurikulum di

SMK Bentong bagi tahun 2005 yang meliputi;

 Unjuran target

 TOV (Take of value)

 ‘Head-Count’

 GPS (Gred Purata Sekolah)

 GPM (Gred Purata Mata Pelajaran)

 Kelompok cemerlang/ sederhana/ potensi

 Jadual analisis

 Stategi peningkatan

 Takwim peperiksaan

 Pencerapan/penyeliaan
 Semakan Buku Latihan

 Kelas Bimbingan.

 Seminar Kecermelangan Akademik

(Rujuk Lampiran yang disertakan)

17

7. Peranan Visi dan Misi untuk memantapkan hala tuju organisasi.

Dengan memberi contoh yang konkrit tentang ‘core business’ organisasi SMK Bentong

iaitu pengurusan kurikulum di atas bahawa didapati visi dan misi sangat penting bagi

memantapkan matlamat atau hala tuju sekolah sesuai dengan pendapat Thornberry

(1997), visi atau wawasan adalah satu gambaran atau pandangan tentang masa depan.

Sesuatu yang bukan “real” tetapi yang diimajinasikan. Manakala pendapat Cowley &

Domb (1977), visi atau wawasan adalah gambaran pemikiran yang jelas tentang hasrat

masa depan yang diinginkan.Seterusnya mereka berpendapat, ‘A vision is a statement (or

a picture) of an ideal state of being or existance in the future that is inspiring and

empowering for the stakeholders.

Visi sekolah penting kerana;

 Memberi arah tujuan kepada sekolah (menerangkan masa depan yang diinginkan

 Mewujudkan perasaan mampu mengawal keadaan/ lebih positif dan “inspiring”

 Mendorong pekerja supaya memberikan pencapaian cemerlang


 Membuat sekolah berkedudukan kukuh dan mampu bersaing

 Menyediakan dorongan untuk perubahan

 Menyatupadukan sekolah

 Lebih terbuka kepada perubahan dramatik dalam organisasi, methologi, kaedah

mengajar, kemudahan, dasar dan polisi kerajaan sekarang.

Komponan utama dalam visi (wawasan) ialah

 Pernyataan umum tentang , ‘what, who, How”

 Deklarasi gambaran masa depan yang diinginkan

 Pernyataan nilai-nilai dan kepercayaan yang dikongsi bersama

 Menggambarkan pengetahuan, falsafah dan tindakan.

Cowley & Domb, (1996) dalam buku Beyond Strategic Vision berpendapat ciri-ciri visi/

wawasan yang baik ialah;

1. Wawasan itu mestilah berasaskan kepada realiti situasi semasa sekolah, ia

sepatutnya dapat menunjukkan dengan jelas cabaran yang dihadapi

sekarang oleh sekolah bagi menghadapi masa depan yang ideal

2. Pihak stakeholder kepada sekolah mesti boleh melihat kepentingan mereka

dalam visi/ wawasan itu

3. Ia sepatutnya adalah hasil dari integrasi pemikiran pihak pasukan

pengurusan daripada koleksi pandangan individu.Kita panggil “ A Shared

Vision”

4. Visi itu sepatutnya berupaya untuk menarik, mendorong, memberi

inspirasi kepada orang lain untuk bekerjasama mencapai hasilnya.


5. Mengandungi rangka umum jawapan kepada persoalan apa (what), siapa

(who), mengapa (why), bagaimana (how) dan bila (when).

Menurut Joel Arthur Barker dalam Power of Vision, untuk menjadi sesebuah sekolah itu

berprestasi tinggi dan berpusat kepada pelanggan, sekolah itu mesti terlebih dahulu

menjalani proses “paradigm shift” yang mana akan cuba menjawab soalan:

“What is impossible to do today… but if it could be done … would fundamentally

change the way you do business?”

Beliau juga menyatakan: Visi/wawasan yang tidak diiringi dengan tindakan adalah

impian semata-mata, Tindakan tanpa visi sekadar mengisi masa. Visi dengan tindakan

boleh mengubah dunia.

Oleh itu untuk membina visi yang baik, sekolah perlu melihat di luar sempadan yang

wujud sekarang. Kita perlu menjadi seorang “perintis sempadan”. Walaubagaimanapun

paradigma nilai dan budaya lebih sukar dan lambat berubah berbanding dengan

perubahan paradigma dalam teknologi, kejuruteraan atau lain-lain yang lebih

materialistik.

Misi selalunya disalahertikan oleh ramai pengurus dan pemimpin yang cuba

mengamalkan konsep pengurusan strategik. Ramai orang yang keliru antara misi dan

visi/wawasan. Misi terletak di lapisan kedua dalam hierarki pengurusan strategik selepas

visi/ wawasan. Misi merupakan langkah untuk mencapai wawasan/ visi. Jika visi

organisasi adalah untuk menjadi sebuah organisasi unggul di sesebuah negeri, maka misi

pula merupakan langkah bagaimana merealisasikan hasrat tersebut. Bagi mencapai

sesuatu wawasan/ visi, banyak cara boleh dilakukan. Kesesuaian misi itu sangat

bergantung kepada persetujuan warga organisasi.


Pada lewat tahun 1990-an dan awal abad ke-21, konsep pengurusan strategik telah

dibawa ke dalam dunia pendidikan dengan harapan ia mampu meletakkan pendidikan

kita bertaraf dunia. Strategik yang dimaksudkan ialah merujuk kepada cara bagaimana

organisasi ingin mencapai matlamatnya dalam jangka masa tertentu.

Pengurusan Strategik Organisasi mendedahkan kepada pengurus agar dapat membina visi

dan organisasi selaras dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengurus

mampu membuat analisis dalaman dan luaran organisasi. Pengurus dapat membina

matlamat strategik, objektif khusus organisasi serta melaksanakannya dengan efisyen

dan dapat membina pelan tindakan untuk merealisasikan visi dan misi organisasi..

Menurut (Steiner, 1979), Pengurusan Strategik boleh dianggap sebagai ‘OTAK’ manakala

Perancangan Strategik merupakan ‘ TULANG BELAKANG’ kepada pengurusan.

(David, 1986) pula berpendapat bahawa Pengurusan Strategik sebagai satu proses

formalasi, implementasi, dan penilaian tindakan-tindakan yang akan mempastikan

organisasi berupaya mencapai objektif.

Ron Gobson (1993), menyatakan bahawa Perancangan Strategik ialah satu proses untuk

membina wawasan ( a vision) masa hadapan. Ia menyediakan kepada soalan-soalan

berikut;

1. Apakah urusan yang anda terlibat?

2. Di mana anda sekarang?

3. Ke mana anda hendak tujui? (wawasan)

Perancangan strategik adalah merupakan tahap perancangan yang tertinggi dalam tahap

perancangan yang melihat arah haluan organisasi pada jangka masa panjang sekurang-
kurangnya 3-5 tahun ke hadapan dalam skop yang lebih luas dan umum dengan menyoal

dan mencari jawapan tentang apakah (what) yang akan diolakukan pada masa hadapan,

bagaimana (how), siapa (how) yang akan menerima fungsi tersebut dan bila (when) ianya

akan tercapai.

Dalam sesuatu organisasi pengurusan strategik adalah satu alat percubaan untuk

memahami tentang tekanan-tekanan dan perubahan-perubahan pada persekitaran masa

depan secara sistematik dan strategik. Pengurusan strategik menjadikan seseorang

pengurus itu sebagai pemimpin yang cemerlang, melakukan sesuatu yang betul, dengan

betul, pada orang betul, pada tempat yang betul, pada masa yang betul dan dalam

belanjawan yang betul.

Pengurusan dan perancangan strategik adalah berkaitan dengan membuat keputusan.

Keputusan yang dibuat pada hari ini adalah amat penting untuk hari esok dan masa

hadapan.

Sebagai perancang strategik kita perlulah;

 Memahami dan membina proses perancangan strategik secara formal.

 Menjelaskan tentang visi, misi, objektif dan sasaran yang ingin dicapai oleh

organisasi

 Membina satu jadual mesyuarat perancangan di mana visi, misi, objektif dan

sasaran disemak/ sentiasa dibuat penilaian

 Berbincang untuk memilih strategi yang terbaik

 Menyedia persediaan pelan tindakan

 Melaksana dan menyelia kemajuan perancangan

 Menyedia khidmat nasihat kepakaran dalam teknik perancangan dan teknologi.


Sesuatu visi dapat dilaksanakan dan mencapai matlamatnya apabila persekitaran luaran

dan persekitaran dalaman organisasi telah dinilai dan diimbas. Tujuan mengimbas

persekitaran luaran ialah bagi membolehkan sekolah mengenal pasti peluang-peluang

yang boleh dieksplotasi untuk menjayakan matlamat. Dapat mengesan ancaman dan

cabaran yang mungkin menghalang pencapaian matlamat sekolah.

Persekitaran sekolah perlu diimbas berasaskan keadaan sebenar di sekolah dan perkara-

perkara yang mempengaruhinya. Perlu diimbas keadaan semasa yang di luar sekolah

seperti pelanggan, pembekal dan pentingnya peranan informasi. Ini melibatkan juga

pelanggan dalaman (pekerja) kerana mereka juga memainkan peranan penting dalam

proses penghasilan.

Perkara-perkara penting dalam Persekitaran Dalaman yang perlu diberi perhatian ialah;

1. Kemampuan kakitangan

2. Pengurusan dan kepimpinan

3. Kemudahan dan prasarana

4. Program dan Kurikulum

5. Bahan Pengajaran

6. Budaya sekolah

7. Perhubungan

8. Pelanggan (murid/pelajar, ibu bapa, PIBG, Jawatankuasa Keselamatan dan

Kemajuan Kampung (JKKK).

Untuk mencapai matlamat visi dan misi sesebuat organisasi kita perlu menggunakan

kaedah analisis SWOT iaitu;

 Strengths (persekitaran dalaman)- Kekuatan


 Weaknesses (persekitaran dalaman)- Kelemahan

 Opportunities (persekitaran luaran)-Peluang

 Threats (persekitaran luaran)-Ancaman

Keputusan analisis yang dihasilkan ini akan diterjemahkan kepada langkah-langkah yang

khusus untuk membantu mengembangkan sesebuah organisasi dengan jayanya bagi

mencapai objektif yang disasarkan.

8. Rumusan

Matlamat Strategik dalam organisasi merujuk kepada cara bagaimana organisasi ingin

mencapai misinya setelah mengenal kekuatan dan kelemahan dalam organisasi serta

ancaman dan peluang di persekitaran luar.

Peranan visi dan misi dalam usaha untuk memantapkan hala tuju sesebuah organisasi

sangat penting dan perlu dihayati oleh semua warga organisasi tersebut untuk

berkerjasama dan berkerja bersama-sama untuk merealisasikan setiap impian yang

dihasratkan. Jika di sekolah visi dan misi sekolah tersebut perlu dipamerkan di tempat-

tempat strategik supaya dapat dilihat oleh setiap warga sekolah dan setiap orang perlu

memberi sumbangan ke arah mencapai wawasan tersebut.

Akhir kata;

‘Vision without action as a dream, action without vision westing the times but vision with

action can change the world’.


Rujukan;

Edaris Abbu Bakri. Pengurusan Strategik, Konsep dan Aplikasi Untuk Pendidikan. 2004,

Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd K.L

Institut Aminuddin Baki, Nota-nota Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan

Kebangsaan (NPQH). 2005, IAB, Genting Highlands.

Jabatan Pendidikan Pahang. Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan

(PKKP). 2002, JPNP, Kuantan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan Tahunan 2004.

Majlis Pengetua Kanan Kebangsaan. Pengurusan Sekolah Ke arah Pendidikan Cemerlang

Program Jururunding Kepengetuaan: Isu, Punca & Cadangan / Penyelesaian.2005,


Selaseh Sdn Bhd, Batu Caves.

Muhamad Bustaman Hj Abdul Manaf. Perancangan Strategik: Satu Keperluan Kepada

Pengurusan Sekolah Yang Berkualiti dan Berkesan.1999, IAB, Genting

Highlands.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong. Buku Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Tahun 2005.