Anda di halaman 1dari 17

Kajian Tindakan: Penggunaan Rumus Teorem Binomial Dalam

Topik Pengembangan Binomial, Kursus Matematik Kejuruteraan 4


Naksa binti Ahmad
Polikenik Ibrahim Sultan
nks_ahmad@yahoo.com

1. Pengenalan
Pengembangan Binomial merupakan salah satu daripada topik-topik yang terkandung di
dalam silibus Matematik Kejuruteraan 4. Ia adalah pengembangan secara algebra bagi sebarang
ungkapan

di mana ,

dan

adalah sebarang nombor nyata. Di akhir topik ini, pelajar

seharusnya boleh membuat pengembangan binomial dengan dua kaedah. Kaedah yang pertama,
pengembangan binomial dengan menggunakan Segitiga Pascal. Kaedah ini adalah terhad kepada nilai
yang kecil dan dalam bentuk integer positif sahaja kerana Segitiga Pascal tersebut perlu dibina
sendiri. Kaedah yang kedua, pengembangan binomial dengan menggunakan Teorem Binomial.
Kaedah ini adalah lebih bagus kerana ia sesuai digunakan untuk semua nilai nyata .

Rumus Teorem Binomial yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

nC1

di mana

nC2

nCr

.(1)

ialah sebarang nombor integer positif dan nilai nCr boleh dicari dengan menggunakan

kalkulator. Contoh pengembangan dengan menggunakan Teorem Binomial adalah seperti berikut:
Contoh 1
6

C1

C2

C3

#
Walaubagaimanapun, rumus di atas hanya boleh digunakan untuk nilai

dalam bentuk integer positif

sahaja. Ini adalah kerana kalkulator akan memaparkan perkataan math ERROR sekiranya butang
n

Cr ditekan dengan nilai

nombor negatif atau pecahan.

Bagi ungkapan yang mempunyai nilai

integer negatif atau pecahan, pengembangan

dilakukan dengan menggunakan rumus Teorem Binomial berikut:

.(2)

Rumus ini hanya boleh digunakan jika sebutan pertama adalah nombor 1. Pemfaktoran perlu
dilakukan sekiranya pengembangan binomial melibatkan nilai sebutan pertama selain daripada nombor
1. Contoh pengembangan binomial dengan menggunakan rumus kedua adalah seperti berikut:
Contoh 2

2. Kajian literatur
Pengembangan Binomial adalah merupakan satu pengembangan algebra. Menurut kajian
Emy Zulyiana (2011), topik algebra merupakan topik yang sukar dikuasai oleh pelajar politeknik
kerana pelajar masih kurang faham tentang konsep asas yang dipelajari. Oleh itu, pelajar-pelajar diberi
penekanan untuk menguasai konsep-konsep asas ini semasa mempelajari Matematik Kejuruteraan 1
dan Matematik Kejuruteraan 2. Namun, apabila pelajar sudah boleh menguasai konsep, masalahmasalah lain pula yang timbul. Salah satu daripada masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam
matematik adalah keliru semasa menggunakan rumus. Walaubagaimanapun, menurut Dienes (dalam
Noor Shah Saad, 2002) secara umumnya, matematik dipandang sebagai sukar, rumit dan mengelirukan
kecuali guru-guru yang bersemangat dapat menghidupkan semula mata pelajaran matematik dan
menjadikannya sesuatu yang merangsangkan, menyeronokkan dan tidak sukar dipelajari. Inilah yang
cuba dilakukan dalam kajian tindakan ini.

3. Pernyataan masalah
Terdapat dua rumus yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pengembangan binomial
menggunakan Teorem Binomial dan ianya sangat bergantung kepada nilai . Rumus pertama
digunakan sekiranya nilai

adalah integer positif. Sekiranya nilai

adalah integer negatif atau

pecahan, pengembangan dilakukan dengan menggunakan rumus yang kedua.


Daripada pemerhatian ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran topik pengembangan
binomial dalam kelas DEP5B, pengkaji dapati pelajar mudah keliru dan tidak menggunakan rumus
yang sesuai semasa mereka menjawab soalan pengembangan yang melibatkan Teorem Binomial.
Kesilapan masih berlaku walaupun saya sering mengingatkan mereka supaya mempertimbangkan nilai
sebelum memilih untuk menggunakan salah satu daripada dua rumus Teorem Binomial. Selain
daripada itu, sebahagian daripada pelajar masih lemah dalam pemfaktoran. Oleh itu, walaupun pelajar
tersebut berjaya memilih rumus yang sesuai, jawapan yang diberikan masih salah kerana mereka tidak
dapat membuat pemfaktoran dengan betul.
D Augustine (1973) menyatakan, dalam menguasai sesuatu tajuk sepenuhnya, latihan yang
mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa. Untuk itu, latihan demi latihan telah diberikan tetapi
masih ada pelajar yang keliru setiap kali diminta untuk menggunakan Teorem Binomial semasa
menyelesaikan soalan pengembangan binomial. Ini dibuktikan lagi dengan pencapaian pelajar-pelajar
dalam kuiz pengembangan binomial yang tidak memberangsangkan seperti yang ditunjukkan dalam
graf 1 di bawah.

Peratus Bilangan Pelajar

40
35
30
25
20
15
10
5
0

A+

A-

B+

B-

C+

C-

D+

E-

Gred

Graf 1: Pencapaian Pelajar-pelajar DEP5B Sesi Dis 2013 dalam Kuiz Pengembangan Binomial

Daripada graf 1 yang ditunjukkan, hanya 40% pelajar mencapai gred A+. Seramai 23%
pelajar mendapat gred B- dan peratus pelajar yang mendapat gred B+ dan C masing-masing adalah 7%.
Peratus pelajar yang mendapat gred F pula adalah agak tinggi iaitu 23%. Ini adalah sangat merugikan
kerana pelajar bukan tidak memahami proses pengembangan menggunakan Teorem Binomial tetapi
keliru untuk memilih rumus yang sesuai dan tidak mahir membuat pemfaktoran.
Untuk mengatasi masalah-masalah ini, pengkaji cuba mencari satu rumus Teorem Binomial
yang sesuai bagi semua nilai nyata

dan tidak melibatkan sebarang pemfaktoran. Ini adalah kerana,

menurut Tengku Zawawi (1997), dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran yang berkesan, pensyarah matematik harus menentukan kaedah yang
paling sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kerana semua teknik atau kaedah
adalah baik dan sesuai selagi mana ianya dapat membantu pelajar mencapai objektif yang digariskan.

4. Objektif kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah kekeliruan dalam penggunaan rumus Teorem
Binomial dan menghapuskan masalah pemfaktoran dalam topik pengembangan binomial. Objektif
khusus kajian ini adalah untuk:
1.

Mencari satu rumus Teorem Binomial yang boleh digunakan untuk membuat pengembangan
binomial bagi semua nilai nyata

2.

dan tidak melibatkan pemfaktoran.

Menguji keberkesanan rumus tersebut dengan melihat pencapaian pelajar-pelajar dalam kuiz
pasca.

5. Kepentingan kajian
Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada pensyarah-pensyarah
yang menghadapi masalah yang sama. Hasil kajian juga diharapkan dapat digunakan oleh pensyarahpensyarah Matematik Kejuruteraan 4 yang lain untuk meningkatkan lagi pemahaman dan pencapaian
pelajar dalam topik Pengembangan Binomial.

6. Kumpulan sasaran
Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 39 orang pelajar kelas DEP5B sesi Disember 2013

7. Metodologi kajian
Maklumat mengenai Teorem Binomial dicari di beberapa laman sesawang dengan bantuan
enjin pecari. Rumus yang paling sesuai ditemui di laman sesawang pendidikan hyperphysics dimana
rumus tersebut telah digunakan oleh penulisnya, Dr. Rod Nave dari Jabatan Fizik dan Astronomi,
Universiti Georgia. Rumus tersebut disahkan kebenarannya dan disampaikan kepada pelajar-pelajar.

Keberkesanan rumus tersebut dalam membantu pelajar mengatasi masalah kekeliruan rumus dan
menghapuskan masalah pemfaktoran diuji dengan memberikan kuiz pasca kepada pelajar-pelajar.
Pencapaian pelajar-pelajar dalam kuiz pasca kemudiannya dibandingkan dengan pencapaian kuiz pra
berdasarkan peratus bilangan pelajar dan gred. Kesimpulan dibuat hasil daripada perbandingan
tersebut.

8. Pencarian rumus
Rumus yang diperlukan telah ditemui di laman sesawang pendidikan hyperphysics di alamat
http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/alg3.html dan ia berbentuk seperti berikut:

.(3)

Jika diteliti, rumus yang ketiga ini sebenarnya hasil daripada gabungan rumus pertama dan
rumus kedua. Pengembangan binomial bagi contoh 1 dan contoh 2 dibuat sekali lagi tetapi kali ini
kedua-dua contoh menggunakan rumus yang ketiga.
Contoh 1

#
Contoh 2

#
Daripada pengembangan di atas, kedua-dua contoh memberikan jawapan yang sama seperti
sebelumnya. Jadi, benarlah rumus ketiga ini boleh digunakan untuk membuat pengembangan yang
melibatkan Teorem Binomial bagi semua nilai nyata

dan tidak memerlukan sebarang pemfaktoran.

Rumus ini perlu digunakan sebagai ganti kepada kedua-dua rumus sebelum ini dan disampaikan
kepada pelajar-pelajar

9. Kuiz pra dan pasca


Kuiz Pengembangan Binomial yang telah diambil sebelum kajian dijadikan sebagai item kuiz
pra. Di dalam kelas, topik pengembangan binomial diulang lagi tetapi kali ini dengan menggunakan
rumus yang ketiga. Pelajar-pelajar diingatkan untuk tidak lagi menggunakan kedua-dua rumus
sebelum ini melainkan diarahkan untuk berbuat sebaliknya. Pelajar-pelajar kemudiannya dikehendaki
untuk mengambil kuiz pengembangan binomial sekali lagi. Kuiz ulangan ini dijadikan sebagai kuiz
pasca. Bentuk soalan kuiz pasca yang diberi adalah hampir sama dengan bentuk soalan kuiz pra.

10. Dapatan
Pencapaian pelajar-pelajar dalam kuiz pasca adalah sangat memberangsangkan seperti yang
ditunjukkan di dalam graf 2 di bawah

Peratus Bilangan Pelajar

60
50
40
30
20
10
0
A+

A-

B+

B-

C+

C-

D+

E-

Gred

Graf 2: Pencapaian Pelajar-pelajar DEP5B Sesi Dis 2013 dalam Kuiz Pasca

Daripada graf 2, seramai 59% pelajar berjaya mencapai gred A+, 18% pelajar mendapat gred
A dan yang selebihnya mendapat gred A-, B+, B, B-, C+, D+ dan D. Di dalam kuiz pasca ini, tiada
seorang pelajar pun yang mendapat gred F.

11. Perbincangan

Pencapaian pelajar-pelajar DEP5B dalam kuiz pasca adalah lebih baik jika dibandingkan
dengan kuiz pra yang telah diambil sebelumnya. Ini boleh dilihat daripada graf 3 di bawah

Peratus Bilangan Pelajar

60
50
40
30

kuiz pra

20

kuiz pasca

10
0
A+

A- B+

B- C+

C- D+

E-

Gred

Graf 3: Perbandingan pencapaian kuiz pra dan pasca pelajar-pelajar DEP5B Sesi Disember 2013

Daripada graf perbandingan di antara pencapaian kuiz pra dan pencapaian kuiz pasca yang
ditunjukkan, peratus pelajar yang mendapat gred A+ bertambah sebanyak 19%. 18% pelajar berjaya
meningkatkan pencapaian dengan mendapat gred A. Paling penting, tiada seorang pelajar pun yang
mendapat gred F di dalam kuiz pasca ini. Ini merupakan pencapaian yang lebih baik jika dibandingkan
dengan pencapaian pelajar-pelajar di dalam kuiz pra di mana seramai 23% pelajar yang mendapat gred
F.
Graf 3 menunjukkan dengan jelas bahawa ruang untuk membuat kesilapan kerana keliru
tentang penggunaan rumus atau masalah pemfaktoran telah berkurangan. Dengan penggunaan rumus
di bawah:

pelajar-pelajar tidak lagi keliru kerana hanya ada satu rumus yang perlu digunakan semasa membuat
pengembangan menggunakan Teorem Binomial untuk sebarang nilai nyata . Pelajar-pelajar juga
tidak perlu risau tentang kesilapan memfaktor kerana rumus ini tidak memerlukan sebarang
pemfaktoran.

12. Kesimpulan
Hasil kajian menunjukkan rumus yang paling sesuai digunakan untuk membuat
pengembangan yang melibatkan Teorem Binomial bagi semua nilai nyata

dan tidak melibatkan

pemfaktoran adalah seperti berikut:

Penggunaan rumus ini berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dan perlu diteruskan bagi membantu
pelajar mengatasi masalah kekeliruan rumus dan menghapuskan masalah pemfaktoran dalam topik
pengembangan binomial.

Rujukan
K. A. Stroud & Dexter J. Booth (2007). Engineering Mathematics: Palgrave Macmillan
C. R. Nave, 2000. Hyperphysics.[online] Available at <http://hyperphysics.phyastr.gsu.edu/hbase/alg3.html>
Tengku Zawawi, 1997. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Satu Kerangka Umum.
[online] Available at:<http://members.tripod.com/ MUJAHID/strategi.html>
D Augustine, C. H. (1973). Multiple Methods of Teaching Mathematics in the Elementary School.New
York: Harper & Row Publisher
Norlia Goolamally & Jamil Ahmad (2008). Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi. Jurnal Seminar
Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik 2008. 11-12 Oktober
Emy Zulyiana binti Mohd Nor, Norihan binti Mahmood & Siti Norlina binti Ab Sani (2011). Tahap
Penguasaan Sebenar Subjek Matematik di Kalangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Semester 1 di Politeknik Johor Bahru. Seminar Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer 2011.
8 Julai
Noor Shah Saad (2002). Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik Siri 1 (Edisi Kedua). Selangor:
Prentice Hall

40

Peratus Bilangan Pelajar

35
30
25
20
15
10
5
0
A+

A-

B+

B-

C+
Gred

C-

D+

E-

60

Peratus Bilangan Pelajar

50

40

30

kuiz pra
kuiz pasca

20

10

0
A+

A-

B+

B-

C+
Gred

C-

D+

E-

Rumus yang paling sesuai digunakan untuk


membuat pengembangan yang melibatkan
Teorem Binomial bagi semua nilai nyata n dan
tidak melibatkan pemfaktoran adalah seperti
berikut:

Penggunaan rumus berjaya meningkatkan


pencapaian pelajar dan perlu diteruskan

Anda mungkin juga menyukai