Anda di halaman 1dari 3

CARA MENGHASILKAN BUNYI BAHASA

Terdapat 3 bentuk :

VOKAL

KONSONAN

DIFTONG

Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal


Vokal [i]
Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit. Untuk menghasilkannya,
bahagian hadapan lidah dinaikkan ke bahagian adapan rongga mulut, tetapi
tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan. Glotis dirapatkan,
lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara
bergetar. Contoh kahadiran dalam perkataan:ikan

hasil

tidur

pahit

pelita

jahitan

Vokal [e]
Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan separuh sempit.Untuk
menghasilkannya, hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukannya
semasa menghasilkan vokal depan sempit [i] dan lidah tidak menyekat arus
udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut
dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh
kehadiran dalam perkataan:ekor

tauge

petak

geser

mereka

selesa

Vokal []
Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan separuh luas/lapang.Untuk
menghasilkannya, hujung lidah diturunkan kira-kira 2/3 daripada kedudukannya
semasa menghasilkan vokal depan sempit [i] dan lidah tidak menyekat arus
udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut
dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini
hadir dalam beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal ini merupakan kelainan
bagi vokal [e], misalnya:[l ?]

untuk

[elo?]

Vokal [a]
Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan luas/lapang.Untuk
menghasilkannya, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya dalam rongga
mulut dan udara dari paru-paru lalu tanpa sekatan. Bibir dihamparkan dan glotis
dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan
pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan:atur
usang

dia
pelangi

pagi
peluang

Vokal [u]
Vokal ini dikenali juga sebagai vokal belakang sempit..Untuk
menghasilkannya, belakang lidah dinaikkan setinggi-tinggi mungkin, tetapi tidak
menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan
lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara
bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan:ular
tikus

haru
beruang

gunting
beliung

Vokal [o]
Vokal ini dikenali juga sebagai vokal belakang separuh sempit.Untuk
menghasilkannya, belakang lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada
kedudukannya semasa menghasilkan vokal depan sempit [o] dan lidah tidak
menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan dan glotis dirapatkan.
Lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara
bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan:oleh

pidato

boleh

kuno

celoteh

pleno

Vokal [ ]
Vokal ini dikenali juga sebagai vokal belakang separuh luas/lapang.Untuk
menghasilkannya, belakang lidah diturunkan kira-kira 2/3 daripada
kedudukannya semasa menghasilkan vokal [u] dan lidah tidak menyekat arus
udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut
dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Seperti
vokal [], vokal [ ] hadir dalam dialek-dialek dan.dalam bahasa baku merupakan
kelainan bagi vokal [o], misalnya [ lh] untuk [oleh].

Vokal [ ]
Untuk menghasilkannya, bahagian tengah lidah dinaikkan pada kedudukan
antara menghasilkan vokal separuh luas dan vokal separuh sempit, tetapi tidak
menyekat arus udara dari par-paru. Bibir berada dalam keadaan biasa, glotis
dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan dan paru-paru dan pita
suara bergetar. Contohnya:emak

sosialisme

plaster

mereka

kena
filem

Anda mungkin juga menyukai