Pujian
Dalam
meningkatkan
Motivasi
intrinsic
terhadap
Apa yang akan berlaku jika saya gagal? mungkin akan mendesak kita untuk
bekerja keras. Contohnya, Ali bertungkus lumus di sekolah kerana dia rasa
bahawa dia berkebolehan berbuat demikian. Di sini, jelas bahawa Ali bekerja
keras kerana kepercayaan atau pandangan akan kecekapannya sendiri dan
bukan kerana sebarang ganjaran.
Teori- Teori yang berkaitan dengan Motivasi
Terdapat beberapa teori motivasi yang boleh dikaitkan dengan peneguhan
positif dalam meningkatkan motivasi intrinsik Teori Humanistik oleh Abraham
Maslow dan Teori peneguhan perlakuan B. F. Skinner
Teori Humanistik oleh Abraham Maslow
Teori ini menekankan keperluan individu mengikut hieraki keperluan yang
berbentuk piramid. Mengikut teori ini keperluan kepada peringkat lebih tinggi
timbul bila keperluan di peringkat rendah dipenuhi terlebih dahulu. Keperluan
sesuatu peringkat tidak akan dipenuhi sebelum keperluan pada peringkat yang
awal tidak dipenuhi.
Maslow mengenal pasti lima peringkat keperluan dalaman yang
menggerak serta mengarahkan perlakuan individu. Lima peringkat keperluan
tersebut adalah seperti berikut :
i) Keperluan Fisiologi : keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup.
Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan
kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama
sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.
ii) Keperluan Keselamatan : setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari
keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undangundang serta
membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap
keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.
iii) Keperluan Kasih Sayang : dalam memenuhi keperluan kasih sayang pula,
manusia perlukan hubungan dengan insan yang lain. Kita memerlukan kasih
sayang daripada orang lain. Oleh itu, manusia sememangnya tidak boleh wujud
bersendirian.
iv) Keperluan Penghargaan Kendiri : tahap seterusnya adalah kehendak untuk
penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita
sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan,
kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan
kehendak status dalam hidup.
v) Keperluan Kesempurnaan Kendiri : akhir sekali usaha manusia yang teragung
adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum
ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan
kendiri.
Teori peneguhan perlakuan B. F. Skinner
Teori ini ialah berdasarkan pembentukan tingkah laku manusia melalui
peneguhan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan
sesuatu perlakuan itu diulangi. Mengikut Skinner, beliau telah membahagikan
pengukuhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah sesuatu
perlakuan yang positif ditunjukkan akan menyebabkan perlakuan itu diulangi
dan diperkuatkan lagi.
Dalam bilik darjah, peneguhan positif akan memberikan suatu bentuk
motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan
positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan katakata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan,
memberikan
senyuman,
menepuk
bahu
pelajar,
memberi
hadiah
dan
sebagainya.
Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar
menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah
jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu
diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.
Perkaitan teori terhadap kesan peneguhan positif ke atas murid.
Guru dapat memotivasikan murid-murid yang berputus asa dalam
akademik agar lebih berusaha untuk mencapai kejayaan akademik. Guru perlu
melihat kepada keperluan murid untuk mencari punca mereka berputus asa.
Kekurangan keperluan jika dilihat pada peringkat hierarki keperluan Maslow,
seperti keperluan kasih sayang dan penghargaan diri merupakan antara punca
murid berputus asa dalam apa yang di pelajari.
Seperti contoh, murid yang kurang sokongan dan kasih sayang dari
masyarakat sekeliling seperti ibu bapa, rakan dan guru akan termotivasi apabila
peneguhan sosial atau positif diberi.
Perubahan sikap murid juga akan terkesan apabila peneguhan positif
diberi. Melalui peneguhan positif perubahan sikap pelajar boleh berubah
daripada negative kepada positif. Peneguhan-peneguhan positif seperti kata-kata
perangsang, pujian, nasihat serta penggunaan kata-kata motivasi peribadi yang
positif dapat membantu murid-murid yang nakal untuk membuang sikap negatif
mereka ke arah usaha mencapai kejayaan.
RUMUSAN
Motivasi
merupakan
keadaan
yang
mendorong
seseorang
untuk
Pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh guru dalam meningkatkan motivasi
murid antaranya ialah berilah pujian yang wajar setiap kali ada kejayaan yang
dikecapi.
RUJUKAN
Henson, K.T. & Eller,B.F. (1999). Educational psychology for effective teaching.
Belmont GA: Wadsorth Pub Co.
Santrock, J.W. (2001). Educational psychology. Boston: Mc GrawHill
Woolfolk,A.E. (1993). Educational psychology. Boston: Allyn and Bacon
Rohaty Mohd. Majzub. (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru.
Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Fawziah Yahya, Zurihanmi Zakariya dan Noordn Yahaya. (2005).
Pembangunan Kendiri. Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia. 145 166.
Mok Soon Sang (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Robert E. Slavin (2003). Seventh Edition Psychology Theory and Practice.
United
State of America: Allyn and Bacon, Permissions Departmen
Ainon Mohd. (2003). Teori Motivasi di Tempat Kerja. Bentong : Pts Publictions &
Disrtibutor Sdn. Bhd.