Anda di halaman 1dari 2

Ulasan : 12 angry Men

Berkisarkan 12 orang juri yang akan menetukan samada seorang budak yang
berumur 18 tahun yang dituduh membunuh ayahnya bersalah atau tidak. Keputusan
haruslah beyond the reasonable doubt untuk menyabitkan budak itu bersalah atas
tuduhan membunuh itu. Menurut undang undang,

keputusan yang dibuat haruslah

mencapai kata sepakat diantara 12 juri tersebut. Perbincangan antara juri berlaku di
sebuah bilik dimana dalam cerita ini mereka dikelaskan mengikut nombor. Juri 8 telah
mengundi tidak bersalah (not guilty) dan menyebabkan tiada kata sepakat yang dicapai.
Beliau menegaskan bahawa beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengatakan
OKT bersalah tanpa perbincangan terlebih dahulu kerana ini melibatkan hukuman mati
mandatori Juri 8 mengatakan bahawa dia mahu mebincagkannya dengan lebih lanjut
Juri 8 mempertikaikan bahwa keterangan saksi yang mendengar OKT menjerit im
going to kill you sebelum pembunuhan tersebut berlaku. Dia mengatakan bahawa ada
kemungkinan saksi tidak mendengarnya dengan jelas kerana ada keretapi yang melalui
landasan pada waktu yang sama. Beliau juga mengatakan bahawa orang biasa yang
tidak akan menjerit untuk beritahu untuk membunuh orang dan kebanyakkan mereka
menyebut tetapi tidak berniat untuk benar-benar membunuh. Juri 8 mempersoalkan
keterangan saksi tersebut yang dia berlari ke pintu setelah mendengar badan mangsa
jatuh ke lantai dan nampak OKT berlari keluar dari rumah dalam masa 15 saat. Juri
mempersoalkan adakah saksi melihat OKT yang berlari keluar kerana saksi menghidap
penyakit stroke yang menghadkan pergerakkannya untuk berjalan laju dan saksi tidak
memcapai masa yang cukup untuk melihat pembunuh sebenar keluar dari rumah
tersebut mengikut apa yang dilakonkan semula oleh juri 8. Juri 8 sengaja untuk
memprovok beliau hingga beliau menjerit ill kill him dan membuktikan point beliau
sebelum ini yang dia tidak bermaksud untuk membunuhnya. Juri 4 berkata dia tidak

percaya alibi yang diberikan oleh OKT bahawa dia sedang menonton wayang dengan
kawannya ketika kejadian itu berlaku kerana OKT tidak boleh memberitahu cerita yang
ditontonnya selepas disoal oleh polis. Juri 8 menerangkan bahawa ini kerana OKT
ditanya ketika tekanan yang mampu menyebabkan lupa tentang sesetengah perkara.
Ini dibuktikan apabila juri 4 ditanya perkara yang dilakukan oleh belia 5hari yang lepas
dan beliau boleh menjawab kerana tidak dibawah tekanan. Juri 2 mempersoalkan
apabila OKT yang rendah mampu menikam dengan kebawah dada ayahnya dengan
pisau lipat. Juri 5 yang dibesarkan dikawasan setinggan menunjukkan cara mereka
menggunakan pisau lipat ketika pergaduhan dan ianya pelik untuk OKT memegang
pisau lipat itu untuk menikam kebawah mangsa. Juri 10 yang masih mengundi
bersalah kerana mempunyai prejudis terhadap masyarakat setinggan yang tidak boleh
dipercayai. Mereka juga percaya kepada keterangan saksi seorang wanita yang
nampak pembunuh dari tingkap biliknya. Juri 9 sedar bahawa saksi wanita itu memakai
kaca mata tetapi tidak memakainya ketika di mahkamah kerana beliau nampak
perbuatan juri 4 yang mengaru hidungnya disebabkan pemakaian kaca mata dan
perasan yang saksi wanita

turut melakukan perbuatan yang sama. Juri 8

mencadangkan bahawa tidak logik untuk wanita itu memakai kaca mata semasa tidur
apabila ia dibuktikan dengan menanya juri 4 adakah beliau memakai kaca mata ketika
tidur dan beliau mengatakan tidak. Juri 3 yang masih dengan undian bersalah kerana
terpengaruh dengan kerengganan hubungan belia dan anak lelakinya yang mahukan
OKT dihukum dan akhirnya menukar undian kepada tidak bersalah. Ini membuktikan
jika adanya keraguan maka OKT haruslah dilepaskan dan hanya boleh disabitkan
kesalahan jika tiada sebarang keraguan.

Anda mungkin juga menyukai