Anda di halaman 1dari 2

Tahun 2015 menyaksikan kenderaan keluaran Perodua menjadi kenderaan nombor 1

paling laris di negara kita Malaysia. Jumlah keseluruhan jualan kenderaan keluaran
Perodua adalah sebanyak 213, 307 unit.
Jumlah tersebut menjadikan Perodua menguasai pasaran kenderaan sebanyak 32%
daripada keseluruhan kenderaan yang terjual di negara kita pada tahun 2015.
Nampaknya Perodua menjadi jualan paling laris di Malaysia selama 10 tahun berturutturut.
Jumlah keseluruhan kenderaan yang terjual di Malaysia pada tahun 2015 adalah
sebanyak 666,674 unit. Meningkat seanyak 0.3% berbanding jualan keseluruhan
kenderaan pada tahun sebelumnya. Tahun 2014 mencatatkan jumlah jualan kenderaan
sebanyak 655,793 unit.

Jualan kereta keluaran Proton


Walaupun banyak masalah yang menimpa Proton, jualan kereta keluaran Proton masih
berada di tangga kedua dengan jumlah jualannya mencapai sebanyak 102,175 unit
pada tahun 2015. Ini menjadikan Proton kenderaan nombor 2 paling laris di negara
kita.
Proton menguasai pasaran sebanyak 17.3% daripada keseluruhan jualan kenderaan di
Malaysia.

Jualan kereta keluaran Honda dan Toyota


Honda telah memotong Toyota dalam jumlah jualan kenderaan pada tahun 2015.
Kenderaan keluaran Honda menguasai pasaran sebanyak 14.2% di negara kita dengan
hasil jualannya mencapai sebanyak 94,902 unit.
Toyota pula menjual sejumlah 93,760 unit dengan penguasaan pasaran sebanyak
14.1% pada tahun 2015. Tak banyak sangat Honda memotong jualan Toyota, tapi tentu
ia merupakan berita gembira buat mereka kerana berjaya memotong hasil jualan
Toyota.
Jika dibandingkan jumlah jualan kenderaan Honda, nampaknya proton hanya menjual
lebih sebanyak 7,273 unit sahaja jualan mereka berbanding Honda. Jika dicampur pula
hasil jualan Honda dengan Toyota, mereka masih tidak dapat memotong hasil jualan
Perodua. Memang hebat nampaknya kenderaan keluaran Perodua.
Kenderaan Nissan pula menduduki nombor 3 dari segi hasil jualan kenderaan bukan
buatan nasional di Malaysia. Nissan menjual sebanyak 47,235 unit.

Unjuran jualan kenderaan 2016

Pada tahun ini pula MAA menjangkakan jualan kenderaan akan merosot berbanding
tahun 2015. Ini memandangkan kawalan ketat yang dikenakan oleh Bank Negara
terhadap prosedur pinjaman bagi mengurangkan masalah bebanan hutang rakyat
Malaysia.
MAA menjangkakan hanya sebanyak 650,000 init kenderaan sahaja yang akan terjual
pada tahun 2016 ini.
Walaupun jumlah jualan itu menyusut sedikit, tapi nampaknya masih banyak kenderaan
baru akan berada di atas jalanraya. Tahun demi tahun menyaksikan jumlah kenderaan
baru masuk ke jalanraya bertambah melebihi setengah juta unit.
Dalam keadaan sekarangpun kita dah alami kesesakan lalulintas di kebanyakan pusat
bandar, keadaan ini nampaknya akan semakin meruncing lagi tahun demi tahun.
Kesesakan jalanraya pada musim cuti sudah tentu akan menjadi lebih gila berbanding
tahun-tahun yang sudah.
Apakah jumlah kenderaan yang terjual menunjukkan bahawa sistem pengangkutan
awam kita amat tidak boleh diharapkan ?
Bila sistem pengangkutan awam lemah dan tak boleh diharapkan, maka pengguna
memilih untuk mendapatkan kereta bagi kegunaan perjalanan mereka samada untuk
pergi kerja atau pergi berjalan-jalan ?

Anda mungkin juga menyukai