Anda di halaman 1dari 2

DOA SOLAT HAJAT PEPERIKSAAN SPM 2016

, , , ,
, ,



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunilah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan dosa
seluruh umat Islam di serata dunia. Jauhilah kami dari segala mala petaka dan bala
bencana yang menyebabkan kami terjerumus ke lembah kehinaan, kesengsaraan dan
penderitaan.
Ya Allah, Rahmatilah semua para guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan
khidmat tidak terhingga dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak SEMSAS dengan
bersungguh-sungguh.
Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia
yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai
Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah
yang diterima Mu.
Ya Allah Ya Fattah Hu Ya Alim,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka
anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi guru yang amanah
menjalankan tanggungjawab mendidik, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan
dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa
benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari
syaitan yang dilaknati.
Ya Allah Ya Azim,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berikanlah
kejayaan kepada anak didik kami dalam peperiksaan SPM dan PT3 yang akan mereka
duduki nanti, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka,
kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan
yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama Mu Ya Allah.
Ya Allah Ya Bariul Musawwir,
Kami hamba yang lemah hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan
dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah
ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua
yang kami kerjakan.

Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid


Kami menadah tangan pada malam ini, memohon agar segala usaha anak-anak didik kami
dalam menghadapi peperiksaan SPM dan PT3 nanti diberkati dan mendapat pertolongan
dari-Mu Ya Allah, mudah-mudahan akan menjadikan mereka bertambah daya ingatan dan
dapat menjawab dalam peperikaan dengan lancar dan tepat.
Ya Allah Jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan
peperiksaan nanti. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana
skema jawapan.
Ya Allah, Ya Wasi
Berikanlah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PT3 pada tahun ini.
Makbulkanlah permintaan kami agar dapat mencapai sasaran yang kami inginkan. Mudahmudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami
menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kepada Mu. Jadikanlah anak-anak
kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan
agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau
pinjamkan kepada kami.
Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid
Kami merintih kepada Mu, perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu
kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang
menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan
doa doa kami Ya Allah..

Anda mungkin juga menyukai