Anda di halaman 1dari 6

Tema

Kesedaran atau keinsafan daripada sikap angkuh dan sombong.Hal ini


dapat diperhatikan daripada sikap Kamarul yang sudah
berubah.Kamarul yang asalnya peramah orangnya telah jarang-jarang
berbual dengan Saridah dan kawan-kawannya yang lain.Selain
itu,Kamarul yang giat berlatih untuk kejohanan sukan sekolah enggan
berlatih untuk sukan sekolah.Kamarul juga seolah-olah telah
melupakan jasa Cikgu Zainal yang memperkenalkannya dalam sukan
olahraga.Kamarul bersikap kasar dan tidak mahu dilatih oleh Encik
Kadir yang telah membawa dia ke tahap tinggi dalam sukan
olahraga.Perubahan sikap Kamarul ini disebabkan dia terpilih mewakili
negara dalam Kejohanan Sukan SEA di Brunei dan gambarnya sering
termampang di dada akhbar.Namun begitu,Kamarul mula sedar
apabila dia terlantar di hospital akibat dilanggar kereta.Kawankawannya,Cikgu Zainal,Encik Kadir, dan Saridah datang melawatnya
dan memberikan kata-kata semangat.Kesedarannya itu telah
mengembalikan Kamarul pada sikap baiknya.Dia akur dengan arahan
jurulatihnya serta berbaik semula dengan semula dengan Saridah dan
kawan-kawannya yang lain.Akhirnya,Kamarul berjaya menjuarai acara
100 dan 400 meter Kejohanan Sukan SEA Ke -14 di Bangkok.

Persoalan
(a) Kemahsyuran diri telah menjadikan seseorang itu lupa akan asal
usulnya. Contohnya,Kamarul telah menjadi sombong tehadap
jurulatih dan kawan-kawannya selepas dia berjaya mewakili negara
dalam Kejohanan Sukan SEA dia Brunei.
(b) Percintaan pada waktu bersekolah boleh menjejaskan pencapaian
akademik. Contohnya,Saridah bercinta dengan Kamarul , sehingga
akhirnya mengabaikan pelajarannya kerana mengalami masalah dalam
hubungan mereka.
(c)Komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas dan
amanah.Contohnya, Encik Kadir amat komited dengan tugas dan
amanah yang dipikulnya dengan sering menasihati pelatih-pelatih di
bawah kendaliannya.

Watak dan Perwatakan

(a)Watak utama dalam novel ini ialah Kamarul.


(b)Watak-watak sampingannya terdiri daripada Encik
Kadir,Sures,Saridah,Juriah ,Adibah ,Cikgu Zainal,Mak Jah,De Wega.

Kamarul
(a)Pada awalnya,Kamarul seorang yang ramah dan bersopan santun.
(b)Kamarul tidak menepati janji , iaitu dia telah berjanji dengan Sures
untuk datang ke rumah pada pukul 3:00 petang tetapi dia tidak
datang.
(c) Kamarul seorang berani yang berani memprotes.
(d) Dia seorang perajuk dan pendendam.
(e)Kamarul bersikap biadap apabila dia meninggalkan jurulatihnya
yang sedang bercakap dengan secara tiba-tiba.
(f)Kamarul seorang pembenci apabila mengoyakkan gambar Encik
Kadir.
(g)Kamarul seorang yang bersikap sombong.
(h)Kamarul bersikap keras hati,iaitu dia menolak pingat yang diberikan
oleh Encik Kadir.
(i)Kamarul seorang yang gigih berusaha untuk memperoleh kejayaan.

Saridah
(a)Saridah berhidung kecil dan berambut lurus.
(b)Saridah bersedih mengenangkan hubungannya dengan Kamarul.
(c)Seorang yang baik hati kerana ingin belanja Juriah.
(d)Dia seorang jujur apabila dia memohon maaf kepada Kamarul dan
mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok.
(e)Saridah seorang yang berwajah tenang dan ketenangan itu
memancarkan kejujuran hatinya.
(f)Dia seorang perahsia apabila dia tidak mahu orang lain mengetahui
ceritanya.

Encik Kadir
(a)Seorang yang komited terhadap tugasnya.
(b)Encik Kadir baik dan bertimbang rasa.
(c) Seorang yang teliti, iaitu dia sentiasa meneliti tahap kecergasan
dan kepantasan pelatihnya.
(d)Encik Kadir tegas orangnya apabila mengarahkan Kamaeul
melakukan larian sebanyak 8 kali mengelilingi padang.
(e)Encik Kadir bersikap bertolak ansur.
(f)Dia tidak bersikap pendendam.
(g)Encik Kadir bermuka bulat dan sering memakai topi.
(h)Encik Kadir pemurah kerana sanggup memberikan pingat yang
dimenangi kepada Kamarul.

Latar
Latar Tempat
(a)Di Pusat Sukan Kampung Panadan,iaitu tempat
Kamarul,Sures,Suradi dan Mahat berlatih olahraga.
(b)Di Stadium Merdeka,iaitu tempat mulanya Kamarul dan Saridah
berkenalan dan berbual-bual hingga mereka jatuh cinta.
(c)Di bilik guru,iaitu tempat Cikgu Zainal memberitahu Kamarul
bahawa dia ada menerima telegram daripada KOM.
(d)Di Bangkok, iaitu tuan rumah Kejohanan Sukan SEA Ke-14.
(e)Di hospital,iaitu tempat Kamarul dirawat selepas dilanggar di jalan
raya.
(f)Di lapangan terbang,iaitu tempat Kamarul menunggu Saridah ysng
lewt tiba sebelum dia berlepas ke Bangkok.
(g)Di Gimnasium A,iaitu tempat Kamarul dan atlet Malaysia berlatih
dan tempat Kamarul berjumpa dan berkenalan dengan De Wega,iaitu
pelari Filipina yang diminatinya.

Latar Masa
(a)Waktu petang.Contohnya,Kamarul menelefon Sures dan
memberithunya bahawa dia akan datang ke rumah Sures pada pukul
3:00 petang.
(b)Waktu tengah hari. Contohnya,Kamarul dibenarkan keluar hospital
pada pukul 12:00 tengah hari.
(c)Waktu pagi. Contohnya,kontijen Malaysia menuju ke Stadium
Nasional pada waktu pagi untuk menjalani latihan.

Latar Masyarakat
(a)Masyarakat yang angkuh dan sombong apabila memperoleh
kejayaan.Contohnya, Kamarul mula bersikap angkuh apabila dia dapat
menyertai Kejohanan Sukan SEA di Brunei dan menjadi popular.
(b)Masyarakat yang bersikap bertolak ansur.Contohnya,Encik Kadir
bersikap bertolak ansur dengan Kamarul yang tidak berdisiplin dengan
menasihatinya supaya berubah sikap.
(e)Masyarakat prihatin terhadap nasib orang lain.Contohnya,Juriah
menasihati Saridah yang bersedih dengan sikap Kamarul yang dingin
terhadapnya.
(f) Masyarakat yang berdisiplin dalam melakukan latihan.
Contohnya,Prestasi larian Suradi tidak konsisten,namun dia rajin
berlatih.
(g)Masyarakat yang tidak berdisiplin.Contohnya,Kamarul selalu
ponteng dan datang lambat latihan sehingga menyebabkan
kecergasannya merosot.

Nilai
(a)Ketegasan.Contohnya,Adibah begitu tegas menghalang Kamarul
yang ingin keluar bilik darjah pada bukan waktu rehat.
(b)Berdisiplin.Contohnya, Sures yang berdisiplin dan akur pada jadual
latihan telah membolehkan dia menewaskan Kamrul dalam saingan
100 meter.
(c)Keberanian.Contohnya,Saridah berani menegur sikap Kamarul yang
mula sombong dan bongkak setelah Kamarul popular.

Pengajaran
(a)Kita hendaklah berani menjalankan tugas supaya organisasi yang
dipimpin berjalan dengan sistematik.Contohnya,Adibah telah menegur
Kamarul yang ingin keluar bilik darjah pada bukan waktu rehat.
(b)Kita seharusnya berdisiplin dalam kehidupan agar tugas yang
dijalankan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya,Sures dan
Suradi yang berdisiplin dengan akur pada arahan jurulatih telah
membolehkan dia atlet yang berpotensi.
(c)Kita perlu mengingati dan budi baik supaya kita tidak bersikap
angkuh dan sombong . Contohnya,Kamarul yang sudah popular telah
melupakan jasa Cikgu Zainal dan Encik Kadir yang membawa dia
menjadi jaguh pecut dan akhirnya,Kamaru tidak disenangi oleh kawankawannya sendiri.