Anda di halaman 1dari 41

BAB 1

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan
Sukan merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat dan mempunyai

signifikan kepada sesebuah masyarakat dan negara khususnya dalam konteks


perhubungan. Sering kali perhubungan sesebuah masyarakat dan hubungan antara negerinegeri dapat dieratkan dengan adanya penyertaan dalam acara-acara sukan yang
dilangsungkan dalam sesebuah negara. Oleh itu perkembangan sukan bukanlah sesuatu
yang boleh dipandang remeh kerana ianya bukan sahaja menjadi medium penyatuan dalam
negara tetapi juga membawa kepada perkembangan ekonomi negara yang menjadi tuan
rumah kepada penganjuran acara-acara sukan.
Sejarah sukan di Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 zaman iaitu sebelum
penjajahan British, zaman pemerintahan British, dan selepas merdeka. Sebelum penjajahan
British, Malaysia bukanlah sebuah negara seperti yang ada pasa masa ini tetapi merupakan
negara-negara yang terdiri daripada entiti-entiti politik yang berdiri sendiri dan merupakan
sebuah kerajaan yang berasingan antara satu sama lain. Oleh itu, sukan pada zaman
sebelum penjajahan British lebih kepada permainan tradisonal sehinggalah British
membawa masuk sukan-sukan dari luar negara semasa penjajahannya. Pelbagai jenis
sukan yang dibawa masuk semasa penjajahan menjadi popular dalam kalangan masyarakat
tempatan sehinggalah kemerdekaan dicapai. Antara sukan yang menjadi terkenal dan
manjadi kegilaan masyarakat tempatan adalah sukan bola sepak, sukan ini diperkenalkan
di Melaka buat pertama kalinya di Melaka pada tahun 1825. Sukan ini merupakan sukan
yang penuh kontroversi dari dulu sehingga kini.

1.2

Latar Belakang Kajian


Sektor sukan di Malaysia khususnya acara sukan yang diimport oleh British seperti

bola sepak, badminton, hoki, tenis dan golf menjadi antara sukan yang digemari
masyarakat walaupun pada mulanya aktiviti sukan sedemikian hanyalah untuk golongan
atasan kecuali bola sepak namun lama-kelamaan ianya menjadi sukan untuk semua. Bola
sepak khususnya menjadi salah satu aktiviti sukan yang mendapat tempat dalam semua
lapisan masyarakat di tanah Melayu pada ketika itu kerana konsep permainannya yang
mudah

dan

menyeronokkan.

Sir

Andrew

Caldecott

merupakan

orang

yang

bertanggungjawab memajukan sukan bola sepak di Tanah Melayu pada zaman penjajahan
British dengan menubuhkan Persekutuan Bola Sepak Melayu Semenanjung di Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang.
Perkembangan sukan bola sepak berjalan selari dengan perkembangan politik
tempatan yang mana semasa penjajahan British, peningkatan minat secara mendadak
terhadap sukan bola sepak diseluruh dunia dijadikan alat untuk mengalihkan perhatian
penduduk tempatan daripada isu politik. Namun demikian penubuhan persatuan-persatuan
sukan khususnya persatuan bola sepak di Tanah Melayu nyata merupakan satu peluang
untuk mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan orang Melayu. Sejak abad ke-18,
sukan bola sepak telah menjadi sukan kebangsaan dan pertandingan antara negera-negera
di Tanah Melayu yang berada dibawah jajahan British diadakan setiap tahun bermula pada
pada tahun 1921 dengan penganjuran Piala Malaya.
Setelah kemerdekaan dicapai pada 1957, sukan bola sepak semakin pesat malah
Tunku Abdul Rahman menganjurkan Pesta Bola Merdeka di Stadium Merdeka sebagai
salah satu acara meraih kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Sukan bola sepak dipilih
sebagai salah satu acara gemilang dalam sambutan kemerdekaan ini kerana sukan ini

sememangnya sudah sebati dalam hati penduduk Tanah Melayu sekali gus mampu
mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai kaum di Tanah Melayu.
Sebagai mana dalam ucapan Tunku semasa mesyuarat ketua menteri bersama ahli
jawatankuasa sukan dan pertandingan, Tunku menekankan pemilihan sukan hendaklah
sukan yang disukai oleh penduduk;When planning for the sports and games let us
confine our attention to that particular department of the games which will attractive to
the sport loving public of Malaya.1
Selain itu, disamping meraih Malaysia sebagai sebuah negara baru, ianya juga
bertujuan untuk menjalinkan persahabatan dan hubungan yang baik dengan negara-negara
jiran yang turut dijemput menghantar pasukan mereka bertanding di Stadium Merdeka.
Paling penting penganjuran sambutan kemerdekaan dengan acara-acara sukan ini juga
dijadikan sebagai alat perpaduan kerana Malaysia yang baru berdiri sebagai sebuah negara
baru itu mengandung pelbagai kaum yang berbeza latar belakang, status ekonomi, agama,
bangsa dan budaya namun sukan bola sepak ini merupakan sukan yang membatasi semua
perbezaan tersebut dan mampu dijadikan sebagai alat penyatuan antara kaum.
Walaubagaimanapun, sukan ini juga mampu menjadi pembelah dan pemisahan,
ketaksuban terhadap sukan ini mampu mencetuskan pergaduhan, perbalahan dalam
masyarakat sehingga melibatkan pihak polis. Setelah penubuhan Malaysia pada 16
September 1963, perkembangan sukan bola sepak barulah meliputi Sabah dan Sarawak
sekali.
1.3 Permasalahan dan Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk memahami senario sukan Malaysia demikian kerana kajian
tentang sejarah sukan Malaysia jarang dilakukan. Kajian ini menjelaskan perkembangan
1 M 14, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
3

sukan

di

Malaysia

dengan

mengkhusus

kepada

sukan

bola

sepak,

sejarah

perkembangannya pertubuhan persatuan bola sepak Malaysia FAM, peranan Tunku Abdul
Rahman dalam perkembangan bola sepak Malaysia dan Asia, membincangkan penerimaan
masyarakat terhadap sukan bola sepak serta mengkaji sejauhmana sukan bola sepak ini
berjaya menjadi alat penyatuan dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai
kaum yang ada di Malaysia.
Kajian sejarah sosial tentang sukan bola sepak ini merangkumi jangka masa pada
tahun 1957 hingga 1969. Walaupun tempoh masa yang dikaji sekitar tahun 1957 hingga
1969, namun kajian ini juga akan melihat sejarah kemununculan dan perkembangan sukan
bola sepak di Tanah Melyu sebelum tempoh tersebut iaitu sekitar abad ke-18. Hal ini bagi
memudahkan pemahaman tentang senario sebenar sukan bola sepak di Tanah Melayu bagi
membolehkan penilaian terhadap keberkesanan peranannya sebagai alat penyatuan dan
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam tempoh tahun 1957 hingga
1969.
Persoalan tentang keberkesanan sukan sebagai alat perpaduan akan dirungkai
dalam kajian ini berdasarkan sumber-sumber primer yang terdapat di Arkib Negara dan
paling banyak merujuk kepada koleksi surat khabar yang terpilih dalam tempoh 1957
hingga 1969. Melalui sumber primer ini dapat difahami realiti sejarah sukan di Malaysia,
dan penilaian terhadap kejayaan sukan sebagai alat perpaduan menyatukan pelbagai kaum
dan bangsa yang ada dalam Malaysia dapat dilakukan. Kajian ini diharap dapat menjadi
salah satu asas kepada kajian ilmiah dalam bidang sejarah sosial, dan menambahkan lagi
penulisan tentang sejarah sukan di Malaysia.
Perbincangan dalam kajian ini menyentuh tentang sukan bola sepak dari aspek
sejarah perkembangan Persatuan Bola Sepak Malaysia,Tunku Abdul Rahman dalam sukan

bola sepak, kejohanan-kejohanan bola sepak yang diadakan sekitar 1957 hingga 1969, dan
menilai keberkesanan peranan sukan bola sepak sebagai alat perpaduan selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan pada 1957 hingga 1969. Sejarah perkembangan sukan bola sepak
ini dipecahkan kepada dua tahap iaitu sebelum penubuhan Malaysia dan selepas
penubuhan Malaysia.
Kajian perkembangan sukan bola sepak ini meliputi penyertaan dari negeri-negeri
dalam Persekutuan Tanah Melayu sahaja termasuklah Singapura sehinggalah ianya
dikeluarkan dari Persekutuan Tanah Melayu pada 1959. Tahap kedua setelah penubuhan
Malaysia pada tahun 1963 hingga 1969.
Daripada beberapa sumber primer yang diperolehi dapat dilihat sejak sebelum
Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kejohanan bola sepak sememangnya digunakan
sebagai satu alat untuk mewujudkan persahabatan diantara negeri-negeri Melayu pada
ketika itu. Maka timbul persoalan sama ada sukan bola sepak berjaya mewujudkan
perpaduan dalam kalangan penduduk tempatan di Malaysia ataupun sebenarnya sukan bola
sepak

tidak berjaya sebagai alat perpaduan. Hal ini demikian kerana wujudnya

memorandum dan laporan polis yang berkaitan dengan kuasa serta tindakan polis untuk
membatalkan sesuatu perlawanan bola sepak yang berlangsung sekiranya timbul
kesukaran untuk mengawal para penononton yang memasuki kawasan perlawanan.2
Kekecohan yang ditimbulkan oleh peminat bola sepak sehingga merempuh masuk
ke dalam padang bola sepak menimbulkan kebimbangan kepada pihak penganjur dan
pihak berkuasa kerana ianya menganggu kelancaran perlawanan yang sedang dilansungkan

2 Memorandum telah dikeluarkan oleh H. G. Beverley selaku Penolong Kanan


Pesuruhanjaya C. I. D Ibu Pejabat Persekutuan Tanah Melayu dalam memorandumnya
kepada Yanag Amat Berhormat Peguam Negara bertarikh 27 Ogos 1955, A. G 210,
Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

disamping mampu menimbulkan banyak masalah lain yang boleh membawa kepada
rusuhan dan pergaduhan dalam kalangan orang awam.3
1.4

Skop Kajian

Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di seluruh dunia malahan sangat
terkenal di Malaysia sejak dulu lagi dan ianya juga merupakan sukan yang penuh dengan
kontroversi melibatkan politik, rasuah, pengurusan persatuan bola sepak Malaysia, dan isu
pertukaran pemain bola sepak. Pembinaan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur dengan
dirasmikan oleh pertandingan badminton telah merancakkan lagi sektor sukan negara.
Pembinaan Stadium Merdeka ini membolehkan pelbagai acara sukan dan kejohanan sukan
diadakan dan kejohanan paling bersejarah adalah Pesta Bola Merdeka yang kemudiannya
menjadi acara tahunan sejak tahun 1957.

Pesta Bola Sepak merupakan salah satu

kejohanan yang membawa agenda tersendiri dalam usaha mewujudkan perpaduan


masyarakat pelbagai kaum dalam negara yang baru sahaja merdeka. Namun timbul
persoalan sejauhmana sukan bola sepak ini berjaya menjadi alat penyatuan dan
mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia memandangkan sukan ini banyak menimbulkan
kontroversi.
Tempoh masa yang dikaji dalam kajian ini adalah antara 1957 hingga 1969. Tahun
1957 dipilih sebagai titik mula kerana tahun ini merupakan tahun yang mana Persekutuan
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan secara rasminya daripada pihak British dan Pesta
Bola Merdeka dianjurkan sempena menyambut kemerdekaan yang baru dikecapi.
Seterusnya, Pesta Bola Merdeka ini dianjurkan untuk mempromosikan Persekutuan Tanah

3 Memorandum H. G Bevery kepada Ketua Pegawai Polis Penang, A. G 210,


Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur. A. G 210, Arkib Negara Malaysia, Kuala
Lumpur.
6

Melayu sebagai sebuah negara baru dan mewujudkan persahabatan dengan negara-negara
jiran dengan menjemput negara-negara luar menyertai kejohanan ini.
Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk menyatukan masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza latar belakang, bangsa, adat, agama dan
budaya. Sukan bola sepak ini seperti diketahui merupakan sukan yang popular dalam
kalangan masyarakat Malaysia sebelum lagi Malaysia mendapat kemerdekaan, buktinya
Piala Malaya telah diadakan di Tanah Melayu sejak 1921 lagi.Tahun 1969 dipilih sebagai
titik akhir kerana pada tahun inilah tercetus Peristiwa 13 Mei iaitu kemuncak kepada
ketegangan kaum yang telah wujud sejak penjajahan British lagi apabila British
mengamalkan konsep pecah dan perintah. Ketegangan kaum ini kemudiannya ditambah
lagi apabila Jepun menguasai Tanah Melayu yang bersikap berat sebelah dan pilih kasih
antara kaum, peristiwa 13 Mei ini membangkitkan isu-isu perkauman yang sensitive
sehingga mengakibatkan rusuhan yang meragut nyawa penduduk Tanah Melayu yang
terlibat dalam rusuhan kaum ini.
1.5 Ulasan Literature
Abdul Rahman haji Ismail antara sejarahwan tempatan yang mengkaji tentang
sukan bola sepak dengan melihat pandangan dan penilaian orang Melayu terhadap sukan
bola sepak di Tanah Melayu. Melalui sumber akhbar Utusan Melayu dan Neraca, penulis
telah mengeluarkan pandangan dan perbahasan orang Melayu pada ketika itu tentang baik
buruknya sukan bola sepak ini kepada orang Melayu. Melalui dua akhbar ini dapat dilihat
kesangsian orang Melayu terhadap bola sepak yang dikatakan permainan orang putih yang
tidak membawa faedah kepada kemajuan orang Melayu dan keghairahan terhadap sukan
ini akhirnya mengabaikan hal lain yang lebih penting.4 Walaubagaimanapun, kajian ini
4 Abdul Rahman Haji Ismail, Neraca Menendang Bola: Sedikit Tentang Sikap
Terhadap Bola Sepak Di Dalam Dua Akhbar Melayu Menjelang Peperangan
7

berfokus kepada pandangan orang Melayu terhadap bola yang sepak lebih banyak
menyentuh tentang keburukannya seperti mana yang ditonjolkan dalam akhbar Utusan
Melayu dan Neraca sekitar tahun awal abad ke-18.
The Malaysia Cup hasil penulisan Godfrey Robert menyentuh tentang sejarah
perkembangan Piala Malaysia yang telah wujud sejak tahun 1920 sehingga tahun 1990.
Tumpuan kajian terhadap kejohanan Piala Malaya ini adalah pada sekitar 1922 hingga
1924 dan sekitar 1948 hingga 1990 sesudah Perang Dunia Kedua tamat. Kajian 71 tahun
Piala Malaysia ini meliputi perkembangannya, tokoh-tokoh sukan yang mencipata sejarah
yang tersendiri melalui sukan bola dalam kejohanan ini dan kritikan para jurnalis serta
peminat sukan bola sepak yang telah menjadikan Piala Malaysia ini sebagai salah satu
perlawanan yang terbesar dan terbaik di Tanah Melayu. Buku ini memberikan gambaran
yang lengkap tentang Piala Malaysia dalam tempoh 71 tahun dengan menyediakan statistik
perlawanan yang lengkap dari tahun 1921 hingga 1990 dan tidak ketinggalan juga
tumpuan diberi kepada bintang bola sepak pada ketika itu.
Sport For All In Malaysia: Policy and Practise, hasil kajian Selina Khoo menjelaskan
dengan lebih lanjut tentang Dasar Sukan Negara (1988) yang meliputi polisi sukan,
pertubuhan-pertubuhan sukan dan rancangan sukan yang telah dianjurkan. Kepentingan
sukan untuk semua ini dijelaskan dengan terperinci dalam kajian ini yang mana memenuhi
lompang-lompang dalam kajian sukan untuk semua di Malaysia. Kajian Selina Khoo ini
turut menjelaskan sejarah kewujudan sukan di Malaysia, dasar sukan negara iaitu Sukan
Untuk Semua, motif penglibatan kerajaan dalam industri sukan, inisiatif kerajaan dalam
mempromosikan

sukan

kepada

semua,

menilai

komponen

sukan

negara

dan

mencadangkan langkah untuk terus memajukan industri sukan negara demi kepentingan
bersama. Menurut Selina Khoo, polisi Sukan untuk Semua tidak seharusnya menjadi
Dunia Pertama, Kajian Malaysia, Jil 4, No. 1.
8

tanggungjawab kerajaan semata-mata, untuk merealisasikan polisi ini badan-badan bukan


kerajaan juga hendaklah melibatkan diri mengadakan pelbagai program dan memberikan
penajaan kepada acara sukan yang dianjurkan.5 Kajian ini hanya berfokus kepada
keberkesanan dasar sukan negara dan jelas sekali tidak menyentuh keberkesanan sukan itu
sendiri bagi mewujudkan perpaduan.
Sukan dalam Masyarakat Malaysia yang dihasikan oleh Mohd Salleh Aman
membincangkan isu-isu sukan dari perspektif sosiologi dan pendidikan sukan.
Walaubagaimanapun sedikit sejarah mengenai sukan di Malaysia turut disentuh dalam bab
yang awal. Buku ini menekankan aspek tempatan dengan mengutarakan contoh-contoh di
Malaysia, menerangkan tentang ilmu pengetahuan sukan dan disiplin yang terkandung di
dalamnya seperti permainan, rekreasi, leisure, pendidikan jasmani dan aktiviti fizikal.
Selain itu, matlumat komprehensif dan sainstifik sukan seperti sejarah dan falsafah,
struktur pentadbiran, bidang-bidang akademik sukan dan isu-isu sukan turut dimuatkan
dalam buku ini. Namun demikian, penulis menyentuh secara umum tentang sukan dan
bukannya secara spesifik kepada jenis sukan-sukan tertentu.
Menurut Mohd Salleh Aman, Dasar Sukan Negara 1988 bukan saja mampu
meningkatkan kesihatan rakyat dan menjadikan rakyat lebih produktif malah mampu
mencetuskan perasaan cinta dan bangga terhadap negara, hal ini berikutan peranan sukan
sebagai penyatu yang melepasi batasan umur, keturunan dan kepercayaan. 6 Buku ini
merupakan kajian tentang dasar sukan negara namun kajian ini adalah dari pandangan
bidang sosiologi dan bukannya sejarah, maka bukti yang lebih kukuh seperti dokumen atau
5 Khoo Selina, Sport For All In Malaysia: Policy And Practise, Kuala Lumpur:
University Malaya Press, 2005, hlm 129.
6 Mohd Salleh Aman, Sukan dalam Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, 2014, hlm 1.
9

akhbar diperlukan untuk membuktikan keberkesanan sukan sebagai alat penyatu yang
melepasi perbezaan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia.
1.6 Batasan Kajian
Salah satu batasan dalam menjalankan kajian ini adalah kurangnya bahan bertulis
yang boleh dijadikan rujukan. Hal ini demikian kerana tidak ramai yang berminat dan
mahu menulis atau mengkaji tantang sejarah sosial berkaitan dengan sukan, penulisan
dalam bentuk kajian sosiologi lebih banyak jika dibandingkan dengan kajian sukan yang
berbentuk sejarah. Pelajar-pelajar tahun akhir yang bermajorkan sejarah di Universiti Sains
Malaysia sendiri tiada yang pernah menjadikan sukan sebagai kajian sejarah sosial dalam
projek tahun akhir mereka.
Kajian sejarah sosial tentang sukan ini dipinggirkan akibat kajian sejarah sukan
ini dilihat tidak memberi kesan yang besar kepada rentetan sejarah negara sedangkan
sukan ini sebelum negara merdeka merupakan alat yang berperanan penting kepada
penjajah untuk mengalihkan perhatian orang tempatan terhadap isu politik, dalam kalangan
orang tempatan pula persatuan-persatuan sukan terutama persatuan bola sepak digunakan
sebagai medium untuk bersatu sebagai orang Melayu dan setelah kemerdekaan dicapai,
sukan ini digunakan untuk mempromosi Malaysia sebagai negara baru dan
menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum.
Selain itu, kajian terhadap sejarah sukan ini juga menghadapi masalah apabila
kebanyakan fail-fail yang terbuka hanya menceritakan secara umum perkembangan sukan
yang berlangsung di Malaysia meliputi kertas-kertas kerja, tentatif perlawanan, minit
mesyuarat, ucapan-ucapan perasmian dan terbitan rasmi badan persatuan serta kerajaan.
Oleh itu, rujukan akhbar menjadi alternatif untuk menyelongkar disebalik tabir sukan bola
sepak sekiranya berlaku kekecohan, perbalahan dan pergaduhan yang boleh menjejaskan
10

perpaduan rakyat semasa kejohanan bola sepak berlangsung memandangkan fokus kepada
kajian ini mengambil contoh sukan bola sepak untuk menilai sejauhmana keberkesanan
peranan sukan sebagai alat perpaduan.
Namun demikian, akhbar-akhbar sekitar tahun tahun 1960-an yang terdapat di
arkib negara Malaysia sudah rosak khususnya akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan
Melayu dan Berita Harian. Selain itu, akbar yang lain pula kurang mendedahkan soal halhal dibelakang tabir sebuah kejohanan tetapi lebih suka memaparkan perjalanan
perlawanan dalam kejohanan tersebut dengan hanya berfokus tentang berita kemenangan
dipihak mana.
1.7 Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian sejarah sosial yang berusaha mengkaji isu-isu sosial dalam
sukan Malaysia dengan mengkhusus kepada sukan bola sepak di Malaysia menggunakan
kaedah kuanlitatif. Sumber primer berupa dokumen rasmi diambil mengikut urutan masa
dan yang diberi perhatian adalah diantara tahun 1957 hingga 1969. Tahap awal dalam
kajian ini adalah mengenal pasti dan mengumpul sumber-sumber yang boleh diperolehi
daripada arkib, perpustakaan. Data-data daripada arkib berupa fail-fail, surat-surat, akhbar
dan majalah, setelah memperolehi sumber-sumber primer dan kedua, rujukan di
perpustakaan juga penting untuk mendapatkan matlumat dan bahan-bahan seperti buku,
tesis, jurnal, kajian umum yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Carian secara
online

juga

dilakukan

di

laman

web

NewspaperSG

(http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/), terutamanya untuk mengakses artikel dan


akhbar-akhbar lama yang dikeluarkan di Singapura dan Malaysia misalnya akhbar The
Straits Times, dan Berita Harian. Kaedah carian di laman wen NewspaperSG merupakan
yang paling efisyen kerana carian secara online ini lebih cepat dan mudah.

11

Tahap kedua pula menganalisis sumber primer berupa dokumen berbentuk minitminit mesyuarat dan surat-surat jemputan yang diperolehi daripada Arkib Negara Malaysia
mankala sumber seperti gambar pula diperolehi melalui carian secara talian dalam
compasweb.arkib.gov.my. Sumber-sumber yang diperolehi dinilai dan dicerakinkan
mengikut kefahaman penulis dengan menyusun sumber-sumber mengikut keutaman dan
menilai sejauhmana sumber berkenaan memberi sumbangan kepada kajian yang
dijalankan. Tahap yang terakhir adalah melakukan penulisan.
1.8

Pembahagian Bab
1. Pendahuluan
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Permasalahan dan Tujuan Kajian
1.4 Skop Kajian
1.5 Ulasan Literature
1.6 Metodologi Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Pembahagian Bab
2. Sejarah Perkembangan Bola Sepak Malaysia
3. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
4. Bola Sepak dan Tunku Abdul Rahman
5. Kejohanan Bola Sepak Sepanjang 1957-1969
5.1.1 Piala Malaysia
5.1.2 Pesta Bola Merdeka
5.1.3 Kejohanan Remaja AFC
5.1.4 Piala FAM
6. Bola Sepak dan Masyarakat
7. Distribusi Bola Sepak
8. Kesimpulan

BAB 2
SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA SEPAK MALAYSIA
Sukan bola sepak mula mendapat perhatian masyarakat dunia sekitar tahun 1820
yang mana pada tahun tersebut kelab-kelab bola sepak muncul bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan di seluruh negara. Sukan bola sepak ini kemudiannya diperkenalkan di
12

sekolah-sekolah awam dengan pelbagai versi cara bermain yakni menendang, menangkap,
menanduk dan melambung bola. Sukan ini juga diperkenalkan di institusi pengajian yang
lebih tinggi malah lebih aktif dengan adanya pertandingan bola sepak dianjurkan dalam
kalangan pelajar-pelajar Universiti misalnya Universiti Cambridge pada tahun 1848
merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama menganjurkan perlawanan bola sepak.7
Kelahiran bola sepak moden seperti yang ada pada hari ini dengan adanya
peraturan permainan bola sepak adalah hasil perdebatan banyak pihak tentang bagaimana
ianya harus dimainkan, percubaan-percubaan dan pelbagai ujian telah dilakukan.
Akhirnya, orang Inggeris di Eropah telah mendapatkan resolusi bagi konflik dan
kontroversi cara bermain bagi sukan bola sepak moden ini.8 Hal inilah kemudiannya
memperlihatkan kemana sahaja orang Inggeris menjelajah pasti ada bola sepak dibawa
bersama mereka maka tidak heranlah apabila orang Inggeris ini menjalankan misi
imperialisme ke Asia Tenggara, bola sepak turut dibawa masuk dan diperkenalkan kepada
masyarakat Asia Tenggara.
Sepanjang penjajahan British di Tanah Melayu dalam tempoh 1786 hingga 1941
dan menjajah semula pada tahun 1945 hingga 1957 setelah Jepun menyerah kalah dalam
Perang Dunia Kedua, orang Inggeris ini telah mengimport beberapa sukan yang popular di
Eropah antaranya bola sepak, rugbi, golf, kriket, tenis dan hoki. Kecuali bola sepak, sukan
lain yang diimport oleh orang Inggeris ini hanya dimainkan oleh golongan elit di Tanah
Melayu termasuklah pegawai-pegawai Inggeris dan golongan pembesar Melayu yang
berhubungan baik dengan pihak British. Bola sepak pula berkembang dalam kalangan

7 R. Brash, How Did Sport Begin, Scotland: Tynron Press, 1986, hlm 143.
8 R. Brash, How Did Sport Begin, Scotland: Tynron Press, 1986, hlm 145.
13

orang Melayu sehingga menyerap masuk ke kawasan kampung dan dimainkan oleh semua
peringkat umur tidak kira muda atau tua.
Sukan bola sepak ini mendapat perhatian masyarakat di Tanah Melayu kerana
sukan ini mudah, menyeronokkan dan hanya memerlukan sebiji bola serta kawasan yang
lapang, sebab itulah ianya mudah didekati oleh masyakat dan menjadi salah satu sukan
kegemaran

penduduk

Tanah

Melayu

sehinggalah

kini.

Bab

seterusnya

akan

membincangkan perkembangan sukan bola sejak tahun 1957 hingga 1969 dengan melihat
kepada persatuan bola sepak negara, tokoh penting dalam perkembangan bola sepak
negara dan kejohanan-kejohanan bola sepak yang mendapat sambutan paling tinggi di
Malaysia sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, kajian ini juga akan melihat lebih jauh ke
belakang untuk memudahkan pemahaman perkembangan bola sepak di Malysia seterusnya
dengan latar belakang ini impak bola sepak terhadap perpaduan akan dapat dinilai dan
dibincangkan dalam bab yang berikutnya.

BAB 3
SEJARAH PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM)

14

Nama asal FAM adalah Persekutuan Bola Sepak Melayu Semenanjung dan
bertukar nama kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia apabila Malaysia ditubuhkan pada
tahun 1963.9 Pada awalnya, tidak wujud pemusatan pentadbiran diantara semua persatuan
bola sepak yang wujud di Tanah Melayu dan persatuan-persatuan bola sepak negaranegara di Tanah Melayu berjalan dengan baik tanpa ada tekanan untuk bersatu. Hal ini
demikian kerana pada ketika itu Piala Malaya yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak
Selangor tidak bersifat antarabangsa, dianjurkan di Tanah Melayu hanya melibatkan
persatuan-persatuan bola sepak yang ada di Tanah Melayu sahaja dan tidak menghantar
pasukan mereka untuk bertanding ke luar linkungan Tanah Melayu.10
Penyertaan pasukan dari Autralia untuk bertanding dalam Piala Malaya pada
tahun 1926 akhirnya memberi satu kesedaran kepada persatuan-persatuan bola sepak di
Tanah Melayu untuk mewujudkan pemusatan kuasa bagi seluruh persatuan bola sepak di
Tanah Melayu. Hasilnya Persatuan Bola Sepak Malaya (MFA) ditubuhkan

untuk

membentuk sebuah pasukan bola sepak yang mewakili Tanah Melayu bagi menghadapi
pasukan bola sepak dari Australia.11 Presiden pertama bagi MFA ini adalah Mr. J. R Sime
dari Singapura, Setiausaha Agungnya adalah Mr. W. Mavor dari Selangor dan Persatuan
Bola Sepak Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Singapura Amatur Football
Association menjadi ahli yang bersama-sama mengasaskan MFA.12
MFA ini kemudiannya berkembang membentuk FAM pada tahun 1932 dan pada
ketika ini FAM berpusat di Singapura serta bertanggungjawab sepenuhnya dalam

9 Utusan Melayu, 31/3/1970.


10NewspaperSG, The Straits Times, 7/12/1961,
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/, 6/11/2014.
11 http://www.fam.org.my/history/, 6/11/2014.
12 NewspaperSG, The Straits Times, 7/12/1961,
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/, 6/11/2014.
15

menganjuran Piala Malaysia yang sebelum ini dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak
Selangor.13 Presiden pertama FAM adalah Sir Andrew Caldecott yang merupakan pegawai
kolonial dan pusat pentadbirannya kemudiannya berpindah dari Singapura ke Tanah
Melayu pada tahun 1940.14 FAM bertanggungjawab dalam perkembangan bola sepak di
Tanah Melayu dan antara peristiwa paling penting dalam sejarah FAM adalah apabila FAM
menghantar Lim Kee Siong sebagai pemerhati ke Sukan Olimpik pada tahun 1956 serta
menghadiri kongres Federation International Football Assosiation atau FIFA di Tokyo.15
Tahun 1958 merupakan batu lonjatan dalam meningkatkan prestij FAM kerana
pada tahun tersebut FAM menghadiri persidangan kongres yang diadakan di Tokyo ketika
Sukan Asia dan Tunku Abdul Rahman selaku Presiden FAM dilantik dengan kata sepakat
sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia ataupun AFC. FAM dengan ini menjadi
satu pertubuhan bola sepak yang berpestij dan mengetuai semua persatuan-persatuan bola
sepak yang wujud di Asia. Seluruh Persatuan-persatuan bola sepak negeri-negeri di Tanah
Melayu pula berada dibawah bidang kuasa FAM termasuklah persatuan bola sepak
Singapura sehinggalah Singapura keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu manakala
pasukan bola sepak bagi negeri Sabah dan Sarawak hanya berada dibawah FAM setelah
ditubuhkan secara rasmi agak lewat iaitu Persatuan Bola Sepak Sarawak pada tahun 1974
dan Persatuan Bola Sepak Sabah pada tahun 1977.
FAM selepas dibawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman tidak hanya berfokus
kepada kejohanan Piala Malaysia malahan kejohanan dan program-program latihan untuk
golongan remaja, jurulatih dan pengadil tidak disisihkan khususnya program-program bola

13 The Growth of FAM, Kuala Lumpur: FAM, 1988.


14 NewspaperSG, The Straits Times, 7/12/1961,
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/, 6/11/2014.
15 NewspaperSG, The Straits Times, 7/12/1961,
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/, 6/11/2014.
16

sepak diperingkat sekolah.16 Kebajikan pemain bola sepak, jurulatih dan pengadil juga
berada dibawah jagaan FAM. Sebagai contoh, pemain bola sepak yang terpilih mewakili
negara, FAM akan menyediakan kelengkapan sukan, makanan, tempat tinggal, pemain
juga akan menerima elaun harian dan elaun ini meningkat dengan ketara ketika dalam
tempoh pertandingan, dan bonus juga dibayar ketika pemain menunjukkan prestasi yang
cemerlang dalam perlawanan antarabangsa.17
Dalam soal perlantikan jawatan dalam FAM, Majlis FAM akan melantik Presiden,
Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat setiap dua tahun dalam
mesyuarat agung tahunan. Antara ahli dalam majlis FAM ini adalah seorang wakil bagi
setiap persatauan bola sepak negeri, seorang wakil rasmi daripada Kementerian
Kebudayaan dan Sukan, Majlis Sukan Negara, dan Jawantankuasa Perubatan serta empat
perwakilan bebas yang dilantik oleh Majlis. Majlis juga mempunyai suatu Jawatankuasa
Eksekutif yang memegang kuasa yang sama dengan Majlis. Majlis FAM juga melantik
jawatankuasa kecil di mana tugas utama jawantankuasa kecil ini adalah untuk menyelia
pelbagai aspek pentadbiran dalam FAM.18
Secara ringkasnya, FAM merupakan organisasi yang bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap kemajuan dan perkembangan bola sepak negara dalam semua aspek
meliputi penganjuran kejohanan-kejohanan bola sepak, merangka peraturan-peraturan,
pusat pentadbiran semua persatuan bola sepak dalam negara, menjaga kebajikan pemain,
jurulatih dan pengadil serta bertanggungjawab menyediakan latihan kepada mereka yang
terlibat dalam sukan bola sepak ini.

16 The Growth of FAM, Kuala Lumpur: FAM, 1988.


17 The Growth of FAM, Kuala Lumpur: FAM, 1988.
18 Bidang kuasa dan peranan Majlis FAM ini dijelaskan dalam The Growth of
FAM, Kuala Lumpur: FAM, 1988.
17

BAB 4
BOLA SEPAK DAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman selaku perdana menteri Persekutuan
Tanah Melayu dilantik menjadi Presiden FAM yang kesepuluh berikutan latar belakang
Tunku yang sangat sinonim dengan bola sepak. Tunku pernah menjadi Naib Yang Dipertua
Persatuan Bola Sepak Kedah dan berjaya membimbing pasukan tersebut ke peringkat akhir
Piala H. M. S Malaya melawan Singapura pada hujung tahun 30-an, kemudian pada tahun
1949 Tunku dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu seterusnya menjadi
Presiden Bola Sepak Selangor.19
Dibawah Tunku, bola sepak di Malaysia memasuki fasa baru apabila lebih banyak
kejohanan-kejohanan bola sepak telah diadakan di Tanah Melayu termasuklah kejohanan
peringkat antarabangsa dengan penganjuran Pesta Bola Merdeka pada tahun 1957. Tunku
juga kemudiannya selaku presiden FAM turut dilantik menjadi Presiden Persekutuan Bola
Sepak Asia atau AFC ketika Sukan Asia di Tokyo pada tahun 1958. 20 Tunku mengambil
peluang ini sebagai satu cabaran memajukan sukan bola sepak dan meningkatkan prestasi
pemain-pemain bola sepak di Asia, dan antara langkah Tunku untuk mencapai matlamat
tersebut adalah dengan menganjurkan Kejohanan Remaja AFC. 21 Sumbangan Tunku dalam

19 Tunku Abdul Rahma, Bola Sepak Dan Saya, Majalah Mastika, hlm 9, Oktober
1981.
20 Tunku Abdul Rahma, Bola Sepak Dan Saya, Majalah Mastika, hlm 9, Oktober
1981.
21 NewspaperSG, The Straits Times, 7/12/1961,
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/, 6/11/2014.
18

sukan bola sepak ini menyababkan Tunku selain daripada mendapat gelaran Bapa
Kemerdekaan juga mendapat gelaran sebagai Bapa Bolasepak.22
Tunku turut dibantu oleh pentadbir yang berpengalaman seperti Lim Kee Siong,
S.C.E Singam, Dato Zainal Abidin, Datuk Teoh Chye Hin dan Datuk Harun bin Haji Idris.
Kerjasama tokoh-tokoh dalam FAM dalam perkembangan bola sepak dapat dilihat apabila
Piala FAM diperkenalkan pada tahun 1952 yang berkonsepkan satu pertandingan kalah
mati sebagai pelengkap kepada Piala Malaya, dan untuk meningkatkan persaingan dalam
kejohanan bola sepak.23 Pada tahun 1956, Tunku memainkan peranan penting dalam
pembinaan Stadium Merdeka. Pembinaan stadium ini menjadi mercu tanda kejayaan
Tunku sebagai Perdana Menteri yang sangat memberi perhatian kepada perkembangan
sukan negara. Stadium ini menjadi salah satu kemudahan untuk kegunaan acara olahraga
dan tempat berlangsungnya semua perlawanan akhir bola sepak dan kejohanan-kejohanan
bola sepak yang dianjurkan. Kewujudan stadium ini sekali gus menyumbang kepada
perkembangan dan kemajuan bola sepak Malaysia kerana semakin hari semakin banyak
kejohanan bola sepak yang dianjurkan dalam negara bertempat di Stadium Merdeka.
Tunku sangat menumpukan kepada kemajuan dan perkembangan sukan
khususnya bola sepak kerana Tunku percaya bola sepak mampu menarik perhatian seluruh
penduduk Tanah Melayu kerana ianya merupakan sukan yang diminati oleh semua lapisan
masyarakat dan berkesan dalam melahirkan semangat kesatuan dan perpaduan dalam
kalangan penduduk Tanah Melayu, oleh itu Tunku memperkenalkan Pesta Bola Merdeka. 24
Penglibatan Tunku dalam sukan membawa bola sepak ke fasa baru yang lebih maju malah
22 The Growth of FAM, Kuala Lumpur: FAM, 1988.
23 The Growth of FAM, Kuala Lumpur: FAM, 1988.
24 M14, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
19

sukan-sukan lain juga mula berkembang dan diminati penduduk Tanah Melayu seperti
sepak raga yakni sukan tradisional masyarakat melayu, bola keranjang dan hoki. Namun
begitu bola sepak tetap menjadi sukan nombor satu berbanding sukan yang lain
sehinggakan setiap hari berita tentang bola sepak ini tidak pernah hilang dari dada-dada
akhbar sehinggalah kini.
Tunku sangat aktif dalam mempromosikan sukan dalam negara kerana Tunku
juga yakin sukan mampu memberi kebahagiaan kepada orang ramai oleh itu semasa
sambutan kemerdekaan dilansungkan Tunku ingin acara sukan yang dipertandingkan
adalah sukan-sukan yang diminati ramai dan mampu menarik orang ramai untuk turut serta
dalam meraihkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. 25 Penglibatan Tunku dalam
sukan secara langsung membawa kepada penglibatan kerajaan dalam mempromosikan
sukan kepada masyarakat. Semasa era pemerintahan Tunku, kerajaan sangat memberi
perhatian kepada usaha mempromosikan sukan kepada masyarakat, pada masa yang sama
usaha ini bermaksud meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa dan
mewujudkan persefahaman dalam kalangan rakyat dan persefahaman dengan negara luar.
Kejayaan Malaysia menganjurkan Pesta Bola Merdeka yang bersifat
antarabangsa menunjukkan peranan kerajaan dalam sektor sukan diharap dapat
mewujudkan semangat kesukanan yang sihat disamping sukan ini paling penting
bermanfaat untuk melahirkan semangat kebangsaan dan semangat perpaduan dalam
kalangan penduduk Malaysia yang berbilang kaum. Penghargaan turut diberi kepada
Tunku sebagai tokoh yang yang mengabdikan hidupnya untuk mempromosikan dan
meningkatkan mutu bola sepak di Malaysia dan juga di Asia.26
25 M14, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
26 The Growth of FAM, Kuala Lumpur: FAM, 1988.
20

BAB 5
KEJOHANAN BOLA SEPAK SEKITAR 1957 HINGGA 1969
5.1 Piala Malaysia
Pada tahun 1957, dalam kesibukan meraih kemerdekaan kajohanan Piala Malaya yang
bermula sejak 1921 tidak dilupakan. Kejohanan ini merupakan kejohanan terbaik dan
terbesar di Tanah Melayu yang diadakan setiap tahun hingga kini kecuali dalam tempoh
Perang Dunia Kedua sehingga perang tamat, kejohanan ini telah ditangguhkan seketika.
Piala Malaysia ini melibatkan perlawanan antara negeri-negeri di Tanah Melayu
dan Singgapura pula masih menyertai kejohanan ini walaupun telah keluar dari
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1959. Sabah dan Sarawak pula menyertai
kejohanan ini apabila tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 dan pada tahun 1967, Piala
H.M.S Malaya atas cadangan Tunku bertukar nama kepada Piala Malaysia. 27 Pertukaran
nama ini bersesuaian dengan politik negara yang sudahpun meliputi Sabah dan Sarawak
dibawah satu bendera bersama-sama dengan negeri-negeri di Semenanjung tanpa
Singapura.

27B 13650, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.


21

Tahun

Perlawanan Peringkat Akhir

Keputusan

Tempat

1957

Perak mengalahkan Selangor

3-2

Kuala Lumpur

1958

Penang mengalahkan Singapura

3-1

Kuala Lumpur

1959

Selangor mengalahkan Perak

4-0

Kuala Lumpur

1960

Singapura mengalahkan Perak

2-0

Kuala Lumpur

1961

Selangor mengalahkan Perak

4-2

Kuala Lumpur

1962

Selangor mengalahkan Penang

1-0

Kuala Lumpur

1963

Selangor mengalahkan Penang

6-2

Kuala Lumpur

1964

Singapura mengalahkan Perak

3-2

Kuala Lumpur

1965

Singapura mengalahkan Selangor

3-1

Kuala Lumpur

1966

Selangor mengalahkan Angkatan 1-0

Kuala Lumpur

1967

Tentera KL
Perak mengalahkan Singapura

2-1

Kuala Lumpur

1968

Selangor

mengalahkan

Pulau 8-1

Kuala Lumpur

1969

Pinang
Selangor

mengalahkan

Pulau 1-0

Pulau Pinang

Pinang

Jadual 1, Jadual Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1957-1969


Sumber: Utusan Melayu, 9/4/1982.

Dalam Tempoh 1957 hingga 1969, Piala Malaysia menyaksikan kejaguhan


Selangor menawan Piala Malaysia tujuh kali iaitu pada tahun 1959, 1960, 1962, 1963,
1966, 1968, 1969 dan hampir setiap tahun Selangor berjaya melayak diri ke perlawanan
akhir kecuali pada tahun 1958, 1960, 1964 dan 1967. Pada tahun 1957, perlawanan akhir
antara Perak dan Selangor diadakan di Stadium Merdeka buat pertama kalinya sempena

22

menyambut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Selangor tewas ditangan Perak
dengan beza 1 gol sahaja. Perlawanan antara Selangor dan Perak pada tahun 1959
merupakan perlawanan paling epik dalam sejarah Piala Malaya. Dihadiri oleh 30 000
penonton, perlawanan ini diperdengarkan secara langsung melalui Radio Malaya dengan 4
bahasa yang berbeza iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.28
Kejohanan Piala Malaysia ini walaupun sudah memasuki zaman baru dan
meninggalkan sifat kenegaraan seperti pada zaman dibawah penjajahan British namun
sehingga kini sifat kenegerian itu sukar dikikis. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat
penyokong-penyokong yang taksub terhadap pasukan negeri masing-masing sehingga
menimbulkan kekecohan semasa perlawanan sedang berjalan. Penyokong pasukan bola
sepak negeri masing-masing melakukan provokasi kepada penyokong pihak lawan
sehingga menimbulkan pergaduhan dan kekecohan di dalam stadium sekali gus
mencemarkan suasana sihat dalam perlawanan bola sepak. Hal ini dinyatakan oleh H. G
Beverley selaku pesuruhjaya penolong kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat,
Persekutuan Tanah Melayu; Crowd indiscipline and hooliganism at certain league
football matches is becoming a growing worry to many C. P. Os.29
Dalam ucapan Tunku ketika mesyuarat antara ketua menteri dan jawatankuasa
sukan menyentuh isu perlantikan Mr. de Souza sebagai pengerusi jawatankuasa program
sukan dan pertandingan sempena sambutan kemerdekaan menyatakan:
We should be able to take victory as well as defeat. We are supposed to do this
in the spirit of sportsmanship. But to do so in public, and to tear one another to
bits, I do not think it is playing games. I am sorry that this has happened, and I
do hope it will stop.30

28 Godfrey Robert, The Malaysia Cup, Singapura: 2A Publication, 1991, hlm 27.
29 A. G 210, Arkib Negara Malaysai, Kuala Lumpur.
30 M14, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
23

Tunku kesal dengan keadaan di Tanah Melayu apabila melibatkan sukan,


kekalahan mahupun kemenangan tidak diterima dengan hati terbuka dan dengan semangat
kesukanan malah provokasi yang dilakukan penyokong akhirnya mencetuskan pergaduhan
dalam kalangan penonton dan penyokong bola sepak.
5.2 Pesta Bola Merdeka
Bola Sepak negara memasuki satu tahap baru apabila Pesta Bola Merdeka
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj pada hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957. Dalam
petikan dari 25 tahun Pestabola Merdeka, menurut Tunku kejohanan ini merupakan satu
acara untuk meningkatkan prestasi bola sepak negara malah memberi manfaat juga kepada
negara lain yang menyertai Pesta Bola Merdeka ini, bahkan kejohanan inilah menyumbang
kapadapeningkatkan prestasi pasukan-pasukan Asia yang lain.
Saya perkenalkan Pestabola Merdeka, satu idea yang saya sungguh rasa megah,
ini merupakan satu jalan bagi, bukan sahaja pasukan kebangsaan kita, tapi juga
bagi negara-negara di rantau ini untuk mengambil bahagian dalam suasana
pertandingan. Dengan megah, saya berani katakan, Pestabola Merdeka inilah
yang menyebabkan sesetangah Pasukan Asia menjadi begitu baik.31

Pesta Bola Merdeka ini boleh menjadi impian kebanyakkan negara Asia
termasuklah Israel walaupun tidak mempunyai hubungan dengan Malaysia, namun hanya
pasukan dari negara tertentu yang telah diundang oleh Malaysia boleh menyertai Pesta
Bola Merdeka.32 Tunku berharap dengan adanya Pesta Bola Merdeka maka ianya dapat
menyatupadukan semua pemain bola sepak dari pelbagai negara dan mewujudkan
semnagat muhibah serta persahabatan selain untuk merayakan sambutan kemerdekaan.33

31 Tunku Abdul Rahman, Bola Sepak Dan Saya, Majalah Mastika, hlm 9,
Oktober 1981.
32 Berita Harian, 19/8/1976, NewspaperSG, http://eresources.nlb.gov.sg/,
21/11/2014.
24

Kejohanan Pesta Bola Merdeka yang pertama pada tahun 1957 disertai oleh lapan
buah negara antaranya Persekutuan Tanah Melayu, Hong Kong, Indonesia, Vietnam,
Singapura, Burma, Thailand, dan Kemboja. Lebih 70 000 penonton memenuhi Stadium
Merdeka untuk menyaksikan perlawanan akhir dan Hong Kong berjaya mengalah
Indonesia. Pada tahun berikutnya, pasukan bola sepak Negara berjaya menjuarai
kejohanan ini mengalahkan dua kuasa besar dalam arena bola sepak pada ketika itu iaitu
Hong Kong dan Indonesia. Kejayaan pasukan negara dalam Pesta Bola Merdeka pada
tahun 1958 membuktikan kejayaan bola sepak melahirkan tekad dan semangat patriotik
dalam kalangan pemain-pemain bola sepak yang mewakili negara dan peminat-peminat
bola sepak yang memberi sokongan kepada pasukan negara.
Tahun 1959, Persekutuan Tanah Melayu terus menguasi Pesta Bola Merdeka
tetapi pada tahun berikutnya pasukan negara berkongsi kejayaan dengan Republik Korea.
Kejayaan mengadakan pesta bola ini menempatkan kejohanan ini sebagai yang berpestij
dalam dunia bola sepak di Asia dan menjadi kejohanan bola sepak tahunan secara tidak
rasmi di Asia.34 Namun demikian, bermula 1961, pasukan bola sepak negara memasuki
fasa kejatuhannya dan hanya bangkit pada tahun 1968 menjuarai Pesta Bola Merdeka ke12. Pesta Bola Merdeka edisi ke-13 pada tahun 1969 yang sepatutnya berlansung sekitar
bulan Julai hingga Ogos tahun tersebut terpaksa ditangguhkan akibat tercetusnya Peristiwa
13 Mei. Kejohanan ini ditangguhkan ke Oktober dan November 1969, pasukan negara

33 Berita Harian, 10/8/1968, NewspaperSG, http://eresources.nlb.gov.sg/,


21/11/2014.
34 This Merdeka tournament has already won for itself a high reputation in
the Asia football world and has become in effect a kind of unoffial annual
soccer championship. Speech The Prime Minister At The Opening Of The
Meeting Of Asian Fifa Referees Kuala Lumpur On 6 August, 1960 dalam
Ucapan-Ucapan Tunku Abdul Rahman Putra 1967 dan 1960, Kuala Lumpur:
Arkib Negara Malaysia, 1985.
25

terus berhadapan dengan kegagalan menjuarai kejohanan Pesta Bola Merdeka sehinggalah
tahun-tahun berikutnya.
5.3 Kejohanan Remaja AFC
Selain Piala Malaysia dan Pesta Bola Merdeka, Kejohanan Remaja AFC juga
merupakan kejohanan yang mendapat perhatian peminat sukan bola sepak di Malaysia.
Berbeza dengan Piala Malaysia dan Pesta Bola Merdeka, Kejohanan Remaja AFC ini
dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dan kejohanan ini dimulakan pada
tahun 1959 dan merupakan inisiatif daripada Tunku Abdul Rahman selaku Presiden AFC
untuk meningkatkan prestasi dan mutu sukan bola sepak di Asia.
Kejohanan ini diadakan di negara-negara Asia secara bergilir-gilir setiap tahun
dan sepanjang tempoh ianya mula dipertandingkan sehingga tahun 1969, Malaysia telah
dipilih menjadi tuan rumah sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1959, 1960 dan 1963. Kali
pertama diadakan adalah di Kuala Lumpur pada tahun 1959 dan sebanyak sembilan negara
telah menyertai kejohanan ini. Dalam ucapan Tunku selaku President AFC sempena
perasmian Kejohanan Remaja AFC kali ke-5 pada tahun 1963 yang berlansung di Pulau
Pinang, Tunku menyatakan bahawa penganjuran kejohanan ini di Pulau Pinang adalah
untuk memudahkan peminat bola sepak di bahagian Utara untuk menyaksikan perlawanan
ini kerana peminat bola sepak di kawasan utara Malaysia sangat tinggi terutamanya di
kawasan Kedah, Penang dan Perak.35
Kejohanan ini disertai oleh dua belas negara antara Burma, Sailan, Indonesia,
Japan, Korea, Filipina, Singapura, Hong Kong, Thailand, Vietnam, India dan Kemboja,
kejohanan ini memberi peluang kepada pemain bola sepak muda daripada luar negara
35 Ucapan alu-aluan Tunku Abdul Rahman kepada pasukan yang bertanding dalam
Kejohanan Remaja AFC di Kuala Lumpur pada 28 Mac 1963, F.A.M. Fifth Asian Youth
Football Tournament, Kuala Lumpur: AFC, 1963.

26

untuk mengenali Malaysia dan mewujudkan hubungan persahabatan diantara negaranegara di Asia. Pengangjuran kejohanan ini merupakan salah satu kejayaan Tunku dan
FAM dalam meningkatkan kualiti sukan bola sepak Malaysia dan juga Asia kerana
melaluinya banyak pihak yang memperoleh manfaat.
5.4 Piala FAM
Piala FAM telah diadakan pada tahun 1952 dan merupakan liga bola sepak
divisyen ketiga yang menggunapakai konsep kalah mati dan perlawanan. Antara pasukan
yang bersaing adalah pasukan negara termasuk Singapura, Polis, Tentera dan Jabatan
Penjara Malaysia. Piala FAM meningkatkan standard perlawanan bola sepak Malaysia.
Perlawanan ini menjadi satu medium persatuan-persatuan dan kelab-kelab bola sepak di
Malaysia untuk melayakkan diri ke Piala Malaysia. Sejak Piala FAM ini diperkenalkan,
sukan bola sepak di Malaysia semakin meriah malah perlawanan bola sepak bagaikan
tidak pernah habis diadakan.
Jadual 2, Keputusan Piala FAM Tahun 1957 Hingga 1969
Tahun
1957
1958
1959
1960
1961
1962
1963
1964
1965
1966
1967
1968
1969

Perlawanan Akhir
Penang FA Mengalahkan Melaka FA
Combined Services Mengalahkan Melaka FA
Perak FA Mengalahkan Johor FA
Selangor FA Mengalahkan Perak
Selangor FA Mengalahkan Penang FA
Selangor Mengalahkan Penang FA
Singapura FA Mengalahkan Kelantan FA
Perak FA Mengalahkan Selangor FA
Perak FA Mengalahkan Singapura FA
Selangor FA Mengalahkan Johor FA
Singapura FA Mengalahkan Selangor FA
Selangor FA Mengalahkan Penang FA
Terengganu FA Mengalahkan Selangor FA

Keputusan
8-1
3-1
1-0
5-0
5-3
4-3
7-0
7-3
3-2
3-0
2-1
2-1
3-1

Sumber: The Straits Times, 8 April 1967, 1968, 1969

Sepanjang tahun 1957 hingga 1969, Selangor FA merupakan pasukan yang paling
banyak menjuarai Piala FAM iaitu sebanyak lima kali pada tahun 1960, 1961, 1962, 1966,
27

dan pada tahun 1968. Setelah Singapura keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Persatuan Bola Sepak Singapura atau FAS secara automatik bukan lagi cawangan FAM. 36
Perlawanan akhir ini juga telah berpindah ke Stadium Merdeka sebagaimana menurut
Setiausaha FAM, dengan mengambil kira status Singapura yang bukan lagi sebahagian
daripada Persekutuan Tanah Melayu maka sebaiknya perlawanan akhir ini diadakan dalam
negara kerana Piala FAM ini merupakan anjuran FAM bukannya Persatuan Bola Sepak
Singapura.37

36 The Straith Times, 17/3/1967, NewspaperSG,


http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/, 11/11/2014.
37 Its not proper for the final to be played outside Malaysia., petikan
daripada Setiausaha FAM iaitu Kwok Kin Keng dalam temubualnya bersama
media menyatakan menjelaskan sebab pertukaran lokasi perlawanan akhir
Piala Cup. The Straith Times, 17/3/1967, NewspaperSG,
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/, 11/11/2014.
28

BAB 6
BOLA SEPAK DAN MASYARAKAT
Peringkat awal perkembangan bola sepak di Tanah Melayu mendapat pelbagai
kritikan daripada sesetengah penduduk yang tidak berapa menyukai perkembangan bola
sepak dalam kalangan orang Melayu. Kritikan mereka ini banyak diluahkan dalam bentuk
penulisan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan khususnya Utusan Melayu dan
Neraca.38 Hal ini jelas menunjukkan sejak awal lagi sukan ini sudah diwarnai dengan
kontroversi tempatan dan menjadi perhatian penduduk di Tanah Melayu seumpama satu
isu politik yang sentiasa hidup dan dibicara oleh semua lapisan masyarakat.
Pihak British mula memperkenalkan sukan bola sepak ini dengan menjadikannya
salah satu aktiviti sukan di sekolah-sekolah tajaan mereka dan ianya berjaya menarik
menarik minat anak-anak Melayu ini untuk datang ke sekolah. 39 Sekolah-sekolah Ingeris
ini hanya golongan elit yang menghantar anak-anak mereka demikian kerana orang
Melayu pada ketika itu mempunyai persepsi yang negatif terhadap pendidikan Inggeris
yang diperkenalkan oleh pihak British. Orang Melayu misalnya takut budaya Inggeris
yang bertentangan dengan nilai-nilai murni orang Melayu akan meresap dalam minda
anak-anak mereka dan mereka juga bimbang jika anak-anak mereka diajar agama Kristian.
Walaubagaimanapun, sistem pendidikan Ingeris ini bukannya untuk menyebarkan
agama Kristian dalam kalangan orang Melayu tetapi lebih kepada membudayakan budaya
38 Abdul Rahman Haji Ismail, Neraca Menendang Bola: Sedikit Tentang
Sikap Terhadap Bola Sepak Di Dalam Dua Akhbar Melayu Menjelang
Peperangan Dunia Pertama, Kajian Malaysia, Jil 4, No. 1, hlm 43
39 Abdul Rahman Haji Ismail, Neraca Menendang Bola: Sedikit Tentang
Sikap Terhadap Bola Sepak Di Dalam Dua Akhbar Melayu Menjelang
Peperangan Dunia Pertama, Kajian Malaysia, Jil 4, No. 1, hlm 45
29

orang barat dan memberi peluang kepada elit-elit tempatan mempelajari budaya barat
seperti kemahiran berbahasa Inggeris, menekankan nilai-nilai seperti kesetiaan, kelas,
keadilan dalam bersukan dan kerjasama yang kemudiannya membolehkan mereka bekerja
di sebagai penjawat awam di bawah pemerintahan British.
British kemudiannya menyedari kepentingan sukan untuk merapatkan pihak
kerajaan dengan penduduk Tanah Melayu khususnya dalam orang Melayu, keadaan ini
penting untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan menggelakkan mereka bangkit
menentang pentadbiran Birtish. Oleh itu, pihak British menggalakkan penduduk Tanah
Melayu untuk terlibat dalam acara-acara sukan dan pada awal 1920-an aktiviti bersukan
menjadi budaya masyarakat di Tanah Melayu apabila banyak kejohanan liga bola diadakan
di negara-negara di Tanah Melayu. Populariti bola sepak menguasai seluruh lapisan
masyarakat di Tanah Melayu, sekolah-sekolah mula menjadikan sukan bola sepak sebagai
sukan yang utama di sekolah, padang bola sepak dibina hampir di keseluruhan sekolahsekolah awam di Tanah Melayu. Sehingga kini semua sekolah-sekolah di Malaysia
pastinya mempunyai padang bola sepak.
Perkembangan bola sepak dalam kalangan orang Melayu tidak dapat dihapuskan
malah sukan bola sepak ini dijadikan sebagai penyatu masyarakat dan melahirkan
semangat patriotik kepada negara. Walaupun akhbar-ahkbar tempatan awal abad ke-18
melahirkan kekesalan mereka terhadap perkembangan bola sepak yang memudarat orang
Melayu namun bola sepak tetap berkembang dan tidak pupus dari kehidupan masyarakat
Melayu. Pandangan dan kritikan dalam akhbar tentang bola sepak ini walaupun dimuatkan
kebaikannya kepada masyarakat namun ianya lebih banyak memperlihatkan keburukan
bola sepak yang melalaikan orang Melayu daripada menjalankan tanggungjawab mereka

30

kerana leka menghabiskan masa bermain bola sepak. 40 Selain itu, ada juga dalam kalangan
peminat bola sepak yang bertindak masuk secara haram ke dalam stadium semata-mata
mahu melihat perlawanan akhir bola sepak akibat kehabisan tiket. 41 Keadaan ini benarbenar menunjukkan betapa taksubnya peminat bola sepak di Malaysia sehingga sanggup
menghalalkan apa cara sekalipun agar dapat menonton perlawanan akhir yang sedang
berlangsung.
Keluhan di dalam akhbar-akbar awal kurun ke-18 tentang bola sepak memperlihat
betapa besarnya pengaruh bola sepak ke atas masyarakat Melayu dan mereka sangat
meminati sukan ini sehingga sanggup berabis wang, masa dan tenaga untuk sukan bola
sepak ini. Akhirnya akhabr-akhbar ini memperlihatkan seolah-olah bola sepak pada ketika
itu seumpama menjadi racun yang merosakkan orang Melayu sedangkan nilai-nilai murni
yang dikatakan lahir daripada aktiviti sukan bola sepak ini boleh didapati dengan cara lain
yang jauh lebih baik seperti mengerjakan sembahyang, melalui sembahyang saja sifat-sifat
mulia seperti sabar, rajin, taat, setia da tekun dapat dipupuk dalam diri orang Melayu.42
Walaupun akhbar-akhbar tempatan sangat aktif mengkritik perkembangan sukan
bola sepak dalam kalangan orang Melayu pada awal abad ke-18 namun akhirnya sekitar
tahun abad ke-20, akhbar-akhbar tempatan ini mula menerima sukan bola sepak sebagai
40 Al-mizan, Utusan Melayu dan Neraca merupakan antara akhbar yang
membicarakan tentang kebaikan dan keburukan sukan bola sepak sekitar awal
kurun ke-19. Abdul Rahman Haji Ismail, Neraca Menendang Bola: Sedikit
Tentang Sikap Terhadap Bola Sepak Di Dalam Dua Akhbar Melayu Menjelang
Peperangan Dunia Pertama, Kajian Malaysia, Jil 4, No. 1, hlm 47.
41 Berita Harian, 6/8/1960, NewspaperSG, http://eresources.nlb.gov.sg/,
21/11/2014.
42 Abdul Rahman Haji Ismail, Neraca Menendang Bola: Sedikit Tentang
Sikap Terhadap Bola Sepak Di Dalam Dua Akhbar Melayu Menjelang
Peperangan Dunia Pertama, Kajian Malaysia, Jil 4, No. 1, hlm 50.
31

salah satu budaya sukan dalam kalangan penduduk Malaysia. Tambahan pula, Ahli
Jawantankuasa penganjur Pesta Bola Merdeka misalnya telah mengeluarka pas-pas khas
untuk para wartawan akhbar, radio, elevision dan pegawai-pegawai tertentu untuk
membuat laporan tentang perlawanan yang sedang diadakan.43 Akhbar-akhbar tempatan
mula memandang sumbangan bola sepak dari sudut positif dan permintaan masyarakat
juga akhirnya mendesak akhbar-akhbar tempatan ini menggunakan isu bola sepak untuk
menarik pembaca membeli dan membawa akhbar-akhbar tempatan. Hasilnya, setiap
keluaran akbar pasti ada saja isu bola sepak yang diutarakan tambahan pula Malaysia
sekitar tahun 1957 hingga 1969 dibawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman sangat
memberi perhatian kepada perkembangan dan kemajuan bola sepak dalam negara.

43 Berita Harian, 7/10/1969, NewspaperSG, http://eresources.nlb.gov.sg/,


21/11/2014.
32

BAB 7
DISTRIBUSI BOLA SEPAK
Kejohanan bola sepak yang mendapat perhatian dalam kalangan penduduk
Malaysia antaranya adalah Piala Malaysia, Pesta Bola Merdeka, Piala FAM dan Kejohanan
Remaja AFC. Kejohanan-kejohanan ini merupakan yang terkenal di Malaysia pada tahun
1957-1969 walaupun ada banyak lagi kejohanan lain yang turut diadakan dalam negara
dalam tempoh tersebut. Penganjuran kejohanan bola sepak sememangnya telah menjadi
salah pelaburan kepada negara kerana ianya memberi pulangan yang menguntungkan
melalui jualan tiket, industri pengeluran alat-alat sukan dan mendapat pelbagai penajaan
dari pelbagai syarikat dalam dan luar negara.44
Jadual 3: Jumlah Penonton dan Kutipan Jualan Tiket Piala Malaysia, 1957-1969
Tahun
1963
1964
1965
1966

Jumlah Penonton
155, 20
193, 501
163, 399
172, 878

Kutipan Jualan Tiket


$ 294, 724
$ 391, 950
$ 385, 082
$ 366, 621

44 Malayan Tobacco merupakan syarikat terbesar yang menaja penganjuran


Pesta Bola Merdeka dan Piala Malaysia.,B 13650, Arkib Negara Malaysia, Kuala
Lumpur.
33

1967
1968
1969
Sumber:

169, 578
227, 636
123, 536
Berita

Harian,

19/8/1976,

$ 382, 763. 4 sen


$ 498, 437. 50sen
$ 289, 828
NewspaperSG,

http://eresources.nlb.gov.sg/,

21/11/2014.

Daripada pengamatan sepanjang berlangsungnya perlawanan dan kejohanan bola


sepak ini, berpuluhan ribu penyokong bola sepak telah menghadirkan diri di stadium untuk
menyaksikan pasukan kegemaran mereka bersaing dengan pasukan lawan. Sokongan yang
diberikan sangat luar biasa dan ini memperlihatkan kejayaan bola sepak mampu
menyatukan individu yang berlainan pegangan politik, agama, dan bangsa bersama-sama
menyokong satu pasukan yang mewakili negari mahupun negara. Sambutan ke atas Pesta
Bola Merdeka ini memberi keuntungan ekonomi kepada negara melalui jualan tiket yang
mencecah sehingga ke $ 498, 437. 50sen pada tahun 1968. Namun demikian, pada tahun
1969 kutipan jualan tiket jatuh mendadak berikutan Pesta Bola Merdeka ini terjejas akibat
tercetusnya Peristiwa 13 Mei. Peristiwa 13 Mei telah mengalihkan sedikit tumpuan
peminat bola sepak negara kepada isu yang lebih kritikal pada tahun tersebut iaitu isu
ketegangan kaum. Kesannya tidak ramai yang turun memberi sokongan kepada pasukan
bola sepak yang bertanding di Stadium Merdeka , pada tahun 1969 hanya 123, 536 ribu
penonton yang hadir berbanding tahun sebelum dua kali ganda penonton hadir iaitu
sebanyak 227, 636 ribu penonton.
Penganjuran Piala Malaysia pula jika dilihat jauh kebelakang sejak diperkenalkan
pada tahun 1921 sememangnya terbukti telah mewujudkan persahabatan anatara negaranegara di Tanah Melayu namun tidak berjaya sepenuhnya mewujudkan penyatuan dalam
kalangan orang Melayu di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, ketika kejohanan ini
berlangsung, penyokong pasukan bola sepak begitu taksub dengan pasukan yang mewakili
negara mereka sehinggakan berlaku kekecohan di sekitar kawasan perlawanan dan orang

34

ramai masuk yang berpusu-pusu ke dalam padang untuk menyaksikan perlawanan bola
sepak telah mengakibatkan kekacauan dan merosakkann harta benda.45 Kebimbangan
terhadap keselamatan peminat bola sepak dalam kalangan wanita juga timbul apabila
penonton-penonton tanpa mengira jantina dan umur hanya merempuh masuk ke dalam
stadium dengan beradu kekuatan, yang kuat akan bertahan dan terlepas ke barisan hadapan
manakala yang selebihnya terpaksa menuggu di bahagian belakang.46
Selain itu, sepanjang berlangsungnya kejohanan-kejohanan bola sepak sama ada
di semenanjung Tanah Melayu mahupun Singapura, perlawanan suku akhir dan akhir
pastinya perlawanan yang paling mendapat perhatian dan beribu-ribu penyokong bola
sepak dari seluruh negeri akan datang menyaksi perlawanan tersebut. Oleh itu, sudah pasti
akan terjadi kekecohan dan huru hara dengan kehadiran penyokong-penyokong yang
agresif, hasilnya pihak yang bertanggungjawab walaupun sudah melakukan perancangan
untuk mengawal kesesakan orang ramai yang menyaksikan perlawanan akhir ini namun
kejadian-kejadian yang tidak diingini tetap berlaku.47

45 Tingkah laku penonton yang dianggap agak kasar dan agresif semasa
berlangsungnya perlawanan bola sepak dinyatakan dengan jelas oleh H. G.
Beverley selaku Penolong Kanan Pesuruhanjaya C. I. D Ibu Pejabat Persekutuan
Tanah Melayu dalam memorandumnya kepada Yanag Amat Berhormat Peguam
Negara bertarikh 27 Ogos 1955, A. G 210, Arkib Negara Malaysia, Kuala
Lumpur
46 Berita Harian, 27/7/1961, NewspaperSG, http://eresources.nlb.gov.sg/,
21/11/2014.
47 Ketika perlawanan akhir Piala FAM pada tahun 1964, langkah-langkah untuk
mengawal kesesakan orang ramai dan memudahkan aliran keluar masuk
penonton semasa dan selepas perlawanan antaranya adalah melarang
penjaja berjaja di luar stadium dan basikal tidak dibenarkan diletak disekitar
kawasan stadium, The Strait Times, 28/3/1964, NewspaperSG,
http://eresources.nlb.gov.sg/, 11/11/2014
35

Selain itu, semasa perlawanan liga kedua suku akhir bagi zon-dalam Singapura
menentang Terengganu, FAS sudah meramal kehadiran penyokong yang ramai iaitu
sebanyak 10 000 orang datang menyaksikan perlawanan yang menentukan nasib pasukan
mereka ke perlawanan akhir di Kuala Lumpur. Kesesakan orang ramai ini mendesak FAS
mendapatkan lebih ramai anggota polis untuk mengawal kesesakan orang ramai bagi
mengelakkan hal-hal buruk yang boleh menganggu kelancaran perlawanan daripada
berlaku, bilangan anggota polis yang berkawal ditambah dan kawalan ketat ke atas orang
ramai dijalankan sepanjang perlawanan tersebut berlangsung.48
Melalui laporan-laporan akhbar, walaupun banyak yang menceritakan secara
luaran dan umum tentang perlawanan yang sedang berlansung tetapi ada juga yang
menceritakan sedikit peristiwa buruk yang menimpa penyokong bola sepak yang datang
menyaksikan perlawanan bola sehinggakan ada yang ditikam semasa perlawanan akhir
Piala FAM antara Singapura dan Kelantan pada tahun 1963.49
Sukan bola sepak sebenarnya tidak berjaya sepenuhnya secara seratus peratus
sebagai alat perpaduan berikutan pada tahun 1969 peristiwa 13 Mei terjadi. Walaupun
ketegangan kaum pada 13 Mei bukanlah disebabkan sukan bola sepak secara langsung
seperti mana yang berlaku di negara luar misalnya di Eropah, pada tahun 1985 rusuhan
berlaku ketika perlawanan akhir Piala Eropah di Brussel yang mana pergaduhan tercetus di
antara penyokong Liverpool dan penyokong Itali sehingga mengakibatkan 34 orang

48 The Strait Times, 21/7/1967, NewspaperSG, http://eresources.nlb.gov.sg/,


11/11/2014.
49 The Strait Times, 15/4/1963, NewspaperSG, http://eresources.nlb.gov.sg/,
11/11/2014.
36

terbunuh dan beratus-ratus cedera namun matlamat Tunku yang asalnya ingin merapat
jurang antara kaum itu kurang berjaya melalui sukan.50
Walaupun bola sepak berjaya mengumpul ribuan peminat untuk menyaksikan
perlawanan bola sepak dengan mengetepikan dan meletakkan perbezaan pegangan dan
kepentingan politik serta ekonomi dibelakang namun ianya bersifat sementara sahaja.
Tambahan pula kadang-kala bola sepak boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati
terhadap keputusan yang diperolehi pada perlawanan dan perlawanan bola sepak yang
berlangsung boleh menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong sehingga bertindak
ganas dan agresif. Perpaduan yang terbentuk ketika bersama-sama memberi sokongan
kepada pasukan negara dalam mana-mana kejohanan

bola sepak hanyalah bersifat

sementara di dalam stadium, ketika musim bola sahaja dan tidak berpanjangan sifatnya
hingga ke dunia luar yakni hakikat berhadapan dengan realiti menjalani bersama-sama
mereka yang berbeza dari segenap aspek kehidupan.
Tunku walaubagaimanapun tetap percaya sukan bola sepak ini boleh dijadikan
sebagai alat penyatuan dan perpaduan kaum yang pelbagai. Setelah tercetusnya peristiwa
13 Mei 1969, Tunku tidak bersetuju pestabola dibatalkan pada tahun tersebut sebaliknya
Tunku menangguhkan Pesta Bola Merdeka pada tahun tersebut hingga tamat tempoh
darurat iaitu ditangguhkan ke Oktober dan November 1969.51 Berikutan peristiwa 13 Mei
ini juga, Tunku turut menegur sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan kelab-kelab
sukan kaum Cina yang mengalakkan sukan-sukan yang tidak digemari oleh kaum lain

50 If you can, do not bring in sports if it is going to be staged far from the
heart of the capital, because the idea is to enable rich and poor alike to
partake in the celebration. M14, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
51 Berita Harian, 4/7/1969, NewspaperSG, http://eresources.nlb.gov.sg/,
21/11/2014.
37

misalnya bola keranjang dan bola tampar.52 Hal ini demikian kerana sukan tersebut tidak
seperti bola sepak yang diminati oleh seluruh kaum dan ini memberi kesan kepada aspek
perpaduan. Keadaan ini seolah-olah memperlihatkan kepentingan sukan bola sepak
sebagai alat perpaduan namun hakikatnya sekitar 1957-1969, ratusan perlawanan bola
sepak sudahpun diadakan di Malaysia melibatan penyertaan pelbagai pelbagai kaum dari
aspek pentadbirannya, pemain, jurulatih, pengadil hinggalah ke penonton dan
penyokongnya namun perpaduan seluruh kaum itu masih belum dapat dicapai sepenuhnya.
Oleh itu, sukan bola sepak sebagai alat penyatuan dan memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia kurang berjaya kerana sukan walaupun tidak banyak bukti yang
boleh dikemukakan untuk membidas pendapat yang menyatakan kejayaan sukan bola
sepak sebagai alat penyatu rakyat berbilang kaum namun masih ada bukti-bukti tersirat
yang boleh ditafsir dalam peristiwa bersejarah yang membabitkan pelbagai kaum dalam
negara, dokumen-dokumen kerajaan dan akhbar-akhbar tempatan.

BAB 8
KESIMPULAN
Perkembangan bola sepak sejak di Malaysia berjalan seiring dengan politik
negara ketika negara mencapai kemerdekaan, pemisahan Singapura daripada Persekutuan
Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia. Perubahan-perubahan yang berlaku terhadap
dunia bola sepak di Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan politik dan peranan

52 Utusan Melayu, 31/3/1970.


38

tokoh penting dalam kemajuan bola sepak tanah air iaitu Tunku Abdul Rahman bersama
sahabat-sahabatnya dalam FAM. Kejayaan menganjurkan pelbagai kejohanan dari perinkat
negeri hingga ke peringkat antarabangsa memperlihatkan komitmen kerajaan dalam
mempromosikan sukan khusunya bola sepak kepada penduduk di Malaysia bagi tujuan
mewujudkan persahabatan juga perpaduan kaum. Sukan bola sepak ini juga menyumbang
kepada sosial dan ekonomi negara melalui penjualan tiket, penajaan dan perkembangan
industri sukan dalam negara.
Dari aspek sosial khususnya ianya dilihat mampu menyatukan masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia dan menjamin perpaduan yang utuh dalaam kalangan rakyat
Malaysia. Malangnya, sukan bola sepak juga menyumbang kepada beberapa kesan buruk
kepada aspek sosial di Malaysia dan dapat dikesan melalui tingkah laku penyokong bola
sepak yang sering kali dilabel sebagai tidak berdisiplin dalam memorandum kerajaan dan
akhbar-akhbar tempatan. Oleh itu, disamping memberi imej yang baik kepada negara, bola
sepak juga menonjolkan imej sosial yang kurang baik dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sekiranya sukan bola sepak berjaya sebagai alat perpaduan sudah pastinya peristiwa 13
Mei tidak akan berlaku kerana persefahaman, persahabatan dan perpaduan boleh dicapai
melalui sukan bola sepak yang disukai oleh semua lapisan masyarakat. Namun ternyata
bola sepak tidak berjaya menjadi alat perpaduan yang mampu menghalang peristiwaperistiwa ketegangan kaum daripada berlaku.
Walaupun peristiwa 13 Mei ini bukanlah disebabkan oleh bola sepak secara
langsung namun fungsi bola sepak sebagai perpaduan kaum di Malaysia sekitar tahun
1957 hingga 1969 boleh dianggap berjaya jika sukan bola sepak ini berjaya mewujudkan
keamanan dan perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia dengan mengetepikan isu-isu
sensetif yang boleh menimbulkan kemarahan dan menjalinkan persahabatan diantara
pelbagai kaum yang kebanyakannya mempunyai minat yang sama iaitu bola sepak.
39

Bibliografi
Dokumen-Dokumen daripada Arkib Negara Malaysia. Kuala Lumpur:
A.G 210, Koleksi Memorandum Soal Bidang Kuasa Polis Dalam Kejohanan Bola Sepak
Di Tanah Melayu Pada Tahun 1955-1956.
B 13650. Fail Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
M14, Ucapan Tunku Dalam Mesyuarat Perlantikan Mr. de Souza sebagai Pengerusi Ahli
Jawantankuasa Sambutan Kemerdekaan 1957.
Akhbar dan Majalah
Utusan Melayu.
Berita Harian (http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/).

40

The Straits Time (http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/).


Mastika, Oktober 1981.
Terbitan Rasmi
F.A.M. Fifth Asian Youth Football Tournament. Kuala Lumpur: AFC. 1963.
The Growth Of FAM. Kuala Lumpur: FAM. 1988.
Ucapan-Ucapan Tunku Abdul Rahman Putra 1967 dan 1960. Kuala Lumpur: Arkib
Negara Malaysia. 1985.
Artikel
Abdul Rahman Haji Ismail. Neraca Menendang Bola: Sedikit Tentang Sikap Terhadap
Bola Sepak Di Dalam Dua Akhbar Melayu Menjelang Peperangan Dunia Pertama.
Kajian Malaysia. Jil 4. No. 1.
Buku
Godfrey Robert. The Malaysia Cup. Singapura: 2A Publication. 1991.
Khoo Selina. Sport For All In Malaysia: Policy And Practise. Kuala Lumpur: University
Malaya Press. 2005.
R. Brash. How Did Sport Begin. Scotland: Tynron Press. 1986.
Mohd Salleh Aman. Sukan dalam Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya. 2014.

41

Anda mungkin juga menyukai