Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
M
Buku Rujukan Kata Kerja Dan
Contoh Ayat
Bahasa
Melayu
DISEDIAKAN OLEH:
K.SHANMUGAM (Guru Besar)
1 ) menuntun basikal
2) menatang dulang
3) mengandar bakul
4) mendukung anak
5) mengangkat kotak
1.
2.
Seorang pelayan menatang dulang berisi makanan sambil menuju ke meja pelanggan.
3.
Seorang petani mengandar dua buah bakul berisi sayur-sayuran untuk dijual di pasar.
4.
Puan Tan mendukung anaknya yang sedang menangis supaya dapat menenangkannya.
5.
Encik Ramli membawa sebuah peti yang berisi barang-barang miliknya sambil berbual-bual
dengan rakannya.
6.
Seorang murid menggalas beg sekolahnya sambil mengayuh basikal menuju ke sekolah.
7) memikul guni
8) mengepit fail
9) menjunjung bakul
menjinjing beg plastik
7.
Seorang pemuda memikul dua buah guni berisi beras sambil menuju ke rumahnya.
8.
Seorang guru mengepit sekeping fail serta menjinjing beg tangannya sambil menuju ke
bilik guru.
9.
Puan Salina menjunjung sebuah bakul sarat dengan sayur serta menjinjing dua buah beg
plastik berisi barang-barang dapur.
10. Dua orang kakitangan hospital mengusung seorang pasakit untuk dibawa masuk ke dalam
ambulans.
11.
Puan Salmah memimpin tangan anaknya yang masih kecil sewaktu melintas jalan raya
dengan penuh berhati-hati.
12. Ravi menyandang sebuah beg serta menggalas sebuntil kain sambil meredah banjir menuju
ke tempat yang lebih selamat.
2
13. Encik Ravi bersama ahli keluarga memandu kereta pulang ke rumahnya selepas puas
berkelah di air terjun.
14. Ali dan kawan-kawannya menunggang basikal dengan berhati-berhati menuju ke rumah
masing-masing selepas sekolah tamat.
15. Raju mendayung sampan di sebuah sungai manakala kawannya menunjukkan arah yang
hendak ditujui.
16. Ramu membonceng motosikal ayahnya dengan mengalas raket badminton untuk menyertai
pertandingan badminton yang akan diadakan di sekolahnya.
17. Puan Ros dan anaknya bersiap sedia menaiki kereta api yang baru sahaja tiba di stesen
kereta api.
18. Seekor anjing menggonggong seketul tulang yang dijumpai di tepi jalan sambil berlari
menuju ke rumah tuannya.
20) mengukus
21) merebus
22) membakar
23) menggoreng
24) membakar
19.
Seorang pemuda mengelek segulung tikar serta menjunjung sebuntil kain sambil meredah
air bah menuju ke tempat yang lebih tinggi.
20. Seorang wanita sibuk mengukus putu mayam untuk dijual di pasar malam.
21.
Encik Ali dengan anak buahnya merebus beberapa ikat ketupat sebagai persediaan
menyambut Hari Raya Puasa nanti.
22. Pak Ali sedang membakar lemang untuk dijadikan hidangan khas pada Hari Raya Puasa
kelak.
23. Puan Aminah menggoreng sayur di dapur untuk dihidangkan kepada ahli keluarganya
sebagai hidangan makan malam.
24. Seorang tukang masak mengeluarkan kek yang masih panas dari ketuhar dengan berhatiberhati.
4
25) mencelur
26) menjerang
27) menyalai
28) memanggang
29) menanak
30) mereneh
25. Puan Siti mencelur beberapa ikat kangkung ke dalam air panas untuk menyediakan
hidangan khas.
26. Seorang wanita sedang menjerang air untuk membancuh kopi sebagai minuman utama pada
waktu petang.
27. Beberapa ekor ikan sedang disalai di atas para-para oleh Enck Ali sebagai hidangan makan
malam.
28. Seekor ikan yang besar dipangggang pada api yang sederhana.
29. Puan Siti menanak nasi menggunakan periuk elektrik di bilik dapur rumahnya dengan
berhati-hati.
30. Sup tulang hendaklah direneh untuk beberapa jam supaya rasanya lebih enak untuk
diminum.
31) terjelepok
32) tersembam
33) tersungkur
34) petik
35) kait
36) cop
31. Seorang tua terjelepok ketika berjalan di atas lantai yang licin namun tidak mengalami
apa-apa kecederaan.
32. Seorang kanak-kanak hampir tersembam sewaktu melalui kawasan air bertakung.
33. Seorang pemuda tersungkur ke dalam sungai kerana tersepak seketul batu besar ketika
hendak menangkap ikan.
34. Pak Ahmad sedang memetik beberapa biji rambutan yang telah masak dari pokok
rambutan di halaman rumahnya.
35. Pak Cik Ahmad mengait beberapa biji mangga yang telah masak menggunakan sebatang
galah yang panjang manakala cucunya berada di sisinya.
36. Pak Mat bekerja keras mengecop tandan kelapa sawit di kebunnya menggunakan sebatang
galah yang terpasang sebilah pisau khas.
37) sabit
38) kail
39) paut
40) kukur
41) ambil
42) cedok
37. Dua orang pesawah menyabit padi yang telah masak di bendang.
39. Rajan berpaut pada akar pokok semasa menyelamatkan kawannya daripada lemas.
40. Kakak mengukur kelapa menggunakan alat kukur untuk membuat kuih koci.
41. Vijay membantu ibunya mengambil pakaian dari ampaian kerana tidak lama lagi hujan akan
turun.
42. Encik Maniam menyedok gulai ikan di restoran sambil menatang sepinggan nasi.
43) kaut
44) Tarik
45) pungut
46) menakik
47) menyabit
48) mencantas
43. Jentera kaut digunakan untuk menimbus tayar tayar yang terpakai.
44. Dua orang nelayan menarik jala bersama sama dari perahu mereka.
45. Seekor anjing terbiar memungut sisa makanan dari tong sampah yang dipenuhi dengan
sampah-sarap itu.
46. Kumaran menakik batang pokok kelapa dengan sebilah kapak untuk memudahkannya
memanjat.
47. Pekebun sedang menyabit rumput yang sudah tumbuh tinggi dengan sebilah sabit.
48. Encik Bala mencantas pokok bunga yang sudah tumbuh tinggi di halaman rumahnya supaya
kelihatan cantik.
49) menggergaji
50) mengerat
51) mengupas
52) membelah
53) memotong
54) memotong
49. Seorang tukang kayu sedang menggergaji sekeping papan yang panjang untuk membuat
perabot.
50. Ibu mengerat ubi kentang menggunakan sebilah pisau yang tajam.
51. Opah sedang mengupas ubi kentang dengan sebilah pisau di dapur.
52. Puan Anita membelah sebiji tembikai untuk dihidangkan semasa makan malam.
53. Pakcik Ramli memotong rebung buluh yang tumbuh di belakang rumahnya .
54. Encik Tan memotong daging dengan sebilah pisau pemotong daging yang tajam.
55) meraut
56) membelah
57) memesin
58) menenun
59) menjahit
60) menganyam
56. Ayah Susmitha membelah sebatang buluh menggunakan sebilah parang yang tajam.
58. Puan Rosmah menenun kain songket menggunakan alat tenun tradisional.
10
61) mengait
62) menyulam
63) menganyam
61. Puan Hasmah mengait alas meja menggunakan jarum dan benang sambil duduk di atas sofa.
62. Puan Aimi menyulam gambar bunga pada sapu tangan anak perempuannya.
63. Encik Lim menganyam bakul dan raga untuk menambahkan pendapatan keluargannya.
64. Encik Ahmad menggulang tikar selepas semua barangnya habis dijual.
65. Puan Teoh sedang menguli tepung di dapur untuk membuat kuih chakoi.
11
68. Ravin mengelecek bola daripada dirampas oleh lawannya dengan lincah sekali.
69. Pada masa lapang, Kumaresh suka menggubah bunga untuk dijadikan hiasan rumah.
70. Makcik Tipah merenjis air mawar pada kedua-dua mempelai semasa upacara bersanding
berlangsung.
71. Pak Leman menjirus air mawar di atas kubur isterinya yang telah meninggal dunia bulan
lalu.
72. Seorang yang dituduh mencuri, membela dirinya dengan mengatakan bahawa dia tidak
bersalah semasa perbicaraan di mahkamah.
12
74. Pengembara itu meniti jambatan gantung sambil menghayati keindahan alam semulajadi.
75. Pasukan sepak takraw Malaysia berjaya menampan bola yang dihantar oleh pasukan lawan.
76. Kakak menolong ibu untuk mengisar lada menggunakan mesin pengisar.
77. Pak Mat dan anaknya mengacau gulai ayam untuk dihidangkan dalam jamuan perkahwinan.
78. Mukesh menjulang piala yang dimenanginya dalam acara larian 100 meter.
13
81) meraung-raung
82) berucap
83) berbahas
84) berlakon
79. Kavin menelaah pelajaran dengan bersungguh sungguh untuk mencapai keputusan yang
cemerlang.
80. Rani membalut hadiah hari lahir abangnya dengan kertas pembalut yang cantik.
81. Seorang budak lelaki yang kehilangan ibu bapanya di sebuah pusat membeli-belah sedang
meraung raung.
82. Seorang guru besar sedang menyampaikan ucapan dalam majlis sambutan hari guru di atas
pentas.
83. Rina dan rakan-rakannnya berbahas dengan penuh yakin menggunakan idea idea yang
bernas.
84. Murid - murid SJK(T) Simpang Morib mendapat peluang untuk berlakon dalam
pertandingan drama antara Sekolah Sekolah Tamil Negeri Selangor.
14
85) berkelah
86) berkhemah
87) berlumba
88) hinggap
89) mengeram
90) mengesot
85. Pada hujung minggu yang lalu, keluarga Anita berkelah di Pantai Morib.
86. Pasukan Pengakap Sekolah SJK ( T ) Simpang Morib berkhemah di atas Bukit Jugra.
88. Seekor burung terkukur sedang hinggap di atas sebatang dahan pokok.
89. Seekor ayam betina sedang mengeram telur telurnya di dalam reban.
15
91) kemarau
94) terperosok
92) tengkujuh
95) tergelincir
93) bah
96) tergeluncur
91. Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan tumbuhtumbuhan dan haiwan mati di
kawasan pedalaman itu.
92. Musim tengkujuh telah menyebabkan kampung itu dilanda banjir.
93. Hujan yang berpanjangan selama seminggu telah memyebabkan bah di negeri Kelantan.
94. Sebuah kereta pacuan empat roda telah terperosok ke dalam anak sungai.
96. Sebuah bas telah tergeluncur dari jalan raya menyebabkan kesesakan lalu lintas selama
beberapa jam.
16
97) terduduk
98) tercekik
99) terjatuh
100) tercemar
101) terlentang
102) terdedah
97.
98.
Vinesh minum air dengan segera apabila dia tercekik semasa makan ayam goreng.
99.
Steven terjatuh dari pokok apabila terpijak sebatang dahan yang reput.
100. Sungai di kampung itu tercemar kerana pembuangan sampah sarap oleh penduduk yang
tidak bertanggunjawab.
101. Adik Aiman yang baru berusia dua bulan sedang baring terlentang.
102. Makanan dan minuman di atas meja makan tidak selamat dimakan kerana telah terdedah
kepada lalat.
17
103) tersandung
104) tercegat
105) terkurung
106) terlucut
107) terpijak
108) terawang-awang
103. Deva tersandung pada sebiji batu lalu terjatuh di tepi sungai semasa hendak menangkap
ikan.
104. Kabilan tercegat melihat pelbagai bentuk alat muzik tradisional di Muzium Negara.
106. Tulang yang digonggong oleh seekor anjing terlucut dari mulutnya lalu terjatuh ke dalam
sungai.
107. Samuel terpijak tahi lembu di jalan raya semasa berjoging.
18
CATATAN
19